The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU3471a UNIT UNIFORM KRS 1 (e-Portfolio KRS)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SAKINAH BINTI MD ADAM IPG-Pelajar, 2024-03-20 12:33:45

BUKU LOG KRS

MPU3471a UNIT UNIFORM KRS 1 (e-Portfolio KRS)

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 2024 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BATU LINTANG


BIODATA [email protected] KADET REMAJA SEKOLAH NAMA : NUR SAKINAH BINTI MD ADAM IPG : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BATU LINTANG ANGKA GILIRAN : 2021042340296 AMBILAN : PISMP JUN 2021/2026 PROGRAM : PENDIDIKAN ISLAM MAJOR SK3 IPGM KAMPUS BATU LINTANG 019-6876813 NAMA PENSYARAH : PISMP JUN 2021/2026


I S I K A N D U N G A N K A N D U N G A N B U K U L O G K A D E T R E M A J A S E K O L A H ( K R S ) 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang 1.2 Rasional 1.3 Matlamat 1.4 Obejektif 1.5 Perancangan dan Pelaksanaan 1.6 Bidang Aktiviti Bersepadu KRS 1.7 Pemantauan 2.0 SEJARAH KRS 2.1 Sejarah Pengasas KRS 2.2 Sejarah Penubuhan KRS 2.3 Istiadat - Istiadat Rasmi Penubuhan 3.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 3.1 Prrinsip-Prinsip Asas Pertubuhan 3.2 Perlembagaan Pertubuhan 3.3 Lambang dan Cogan Kata 3.4 Bendera dan Lagu Pertubuhan 3.5 Ikrar dan Undang-Undang Pertubuhan


I S I K A N D U N G A N K A N D U N G A N B U K U L O G K A D E T R E M A J A S E K O L A H ( K R S ) 4.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN 4.1 Struktur dan Organisasi Peringkat Antarabangsa 4.2 Struktur dan Organisasi Peringkat Kebangsaan/ Daerah/ IPG 4.3 Struktur dan Organisasi Peringkat Seolah dan Kumpulan 4.4 Fungsi Majlis Tadbir 3.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 5.1 Pendaftaran Ahli dan Kumpulan 5.2 Kuasa Penganjur 5.3 Struktur Unit 5.4 Pengurusan Buku Log 5.5 Laporan Aktiviti 5.6 Tanggungjawab Pemimpin 5.7 Pakaian Seragam 5.8 Takwim Perancangan Aktiviti Tahunan 5.9 Rancangan Pengajaran Harian Sekolah Rendah


1.0 PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang 1.2 Rasional 1.3 Matlamat 1.4 Obejektif 1.5 Perancangan dan Pelaksanaan 1.6 Bidang Aktiviti Bersepadu KRS 1.7 Pemantauan


1.1 Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek ( JERI ). 1.2 Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah/rendah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Badan Beruniform di sekolah. Kewujudan KRS/TKRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan. 1.1 Latar Belakang 1.0 PENDAHULUAN


2.1 Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam. 2.2 Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana. 2.3 Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak. 2.4 Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1.2 Rasional


4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. 4.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. 4.3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. 4.4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. 4.5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. 1.3 Matlamat Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. 1.4 Objektif


Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah ialah seminar dan bengkel konsep dan operasi KRS/TKRS. Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS. Bagi Tunas Kadet Remaja Sekolah( TKRS ) dicadangkan supaya ditubuhkan di semua sekolah rendah seluruh Malaysia agar murid-murid didedahkan lebih awal mengenai Kadet Remaja Sekolah seperti mana pasukan pakaian seragam yang lain ( Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia,Persatuan Pandu Puteri Malaysia, St. John Ambulans Malaysia, Pasukan Pancaragam dan Seni Bela Diri ) 1.5 Perancangan dan Pelaksanaan 1.6 Bidang Aktiviti Bersepadu KRS 6.1 Disiplin dan Kerohanian 6.2 Ketahanan diri dan Kebudayaan 6.3Alam Sekitar 6.4 Keusahawanan 6.5 Khidmat Masyarakat ( Khidmas )


7.1 Tugas pemantauan terhadap pelaksanaan / laporan aktiviti hendaklah dilakukan oleh : – Pengarah Pelajaran Negeri – Pegawai-Pegawai JPN – Jurulatih KRS Negeri – Pegawai Pelajaran Daerah – Pengetua/ Guru Besar 7.2 Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut : - Laporan Aktiviti - Laporan Kewangan 1.7 Pemantauan


2.0 SEJARAH KRS 2.1 Sejarah Pengasas KRS 2.2 Sejarah Penubuhan KRS 2.3 Istiadat - Istiadat Rasmi Penubuhan


2.1 Sejarah Pengasas KRS BIODATA PENGASAS KRS Pengasas Kadet Remaja Sekolah ialah Allahyarham Muhammad Thani bin Shaaban. Beliau dilahirkan di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang, dan meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menegah Raja Tun Uda, Pulau Pinang. Allahyarham merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Beliau telah berjaya menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru dalam Kursus Perguruan Asas sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan kerjayanya sebagai guru siswazah di Sekolah Menengah Sains Selangor dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Ulu Yam.


Beliau merupakan pengasas bagi Kadet Remaja Sekolah yang telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah pada 27 Jun 1987. Penubuhan Kadet Remaja Sekolah ini akhirnya bernaung di bawah Kementerian Pelajaran pada 10 Ogos 1993. Pada 20 Jun 1995, upacara pelancaran KRS telah dirasmikan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Kini KRS telah bertapak di semua sekolah di Malaysia dengan keahlian sebanyak 280 ribu pelajar. Beliau akhirnya telah dijemput Illahi pada tanggal 10 April 2003 meninggalkan seorang balu dan 4 orang cahaya mata.


2.2 Sejarah Penubuhan KRS Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.


Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)


Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada PengarahPengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.


-ISTIADAT PERKHEMAHAN - 2.3 Istiadat - Istiadat Rasmi Penubuhan 1. Kedudukan anggota secara melintang 2. Kedudukan anggota secara melajur


3.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 3.1 Prinsip-Prinsip Asas Pertubuhan 3.2 Perlembagaan Pertubuhan 3.3 Lambang dan Cogan Kata 3.4 Bendera dan Lagu Pertubuhan 3.5 Ikrar dan Undang-Undang Pertubuhan


Disiplin Yang Kental Berpegang teguh Kepada Agama Cinta Kepada Agama Sanggup Berkhidmat 3.0 Perlembagaan Pertubuhan 3.1 Prinsip-Prinsip Asas Pertubuhan


a. Peringkat Kebangsaan: Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3 & 4 , Blok E2 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Kuala Lumpur b. Peringkat Negeri: Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan c. Peringkat Daerah: Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan d. Peringkat Sekolah: Sekolah berkenaan e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa. 3.2 Perlembagaan Pertubuhan Nama dan alamat berdaftar : i. Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) bagi Sekolah Rendah ii. Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS:


Tujuan : i. Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. ii. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilainilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. iii. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. iv. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. v. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia. vi. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. vii. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


3.3 Lambang dan Cogan Kata Pengertian logo : i. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. ii. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. iii. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. iv. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. v. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. vi. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. vii. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. viii. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.


i. Warna Hijau melambangkan a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS. ii. Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’ a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. 3.4 Bendera dan Lagu Pertubuhan Bendera :


LAGU KADET REMAJA SEKOLAH Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan ilmu, iman dan amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sahutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang, remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayatilah budaya Ilmu, iman dan amal Kekalkan di hati, dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah Lagu Pertubuhan: Lagu: Mejar Muhammad Thani B. Shaaban Lirik: Left. Ustaz Roslan B. Abd. Rahman Muzik: Bah. Teknologi Pendidikan, Kementerian Pend. Malaysia


Bahawasanya kami, Kadet Remaja Sekolah Malaysia, Berjanji dan bersetia, Akan menyemai semangat patriotik, Tetap berdisiplin, berakhlak mulia, Berilmu, beriman dan beramal, Kami juga akan memupuk semangat, Keusahawanan, mencintai alam sekitar Mempunyai ketahanan mental dan fizikal Bersedia berkhidmat untuk masyarakat Demi agama, bangsa dan negara Serta mendukung Rukun agama dan rukun negara Sepanjang masa kami menjadi ahli kadet P E R S E T I A A N / I K R A R 3.5 Ikrar dan Undang-Undang Pertubuhan IKRAR / PERSETIAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


U N D A N G - U N D A N G P E R T U B U H A N UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN Menepati masa Dilarang memakai jam tangan, gelang dan yang berkaitan Berpakaian kemas Sentiasa membawa buku log Panggilan kepada AJK dalam perjumpaan mengikut jawatan dan pangkat yang disandang oleh AJK tersebut


4.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN4.1 Struktur dan Organisasi Peringkat Kebangsaan/ Daerah/ IPG 4.2 Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah dan Kumpulan 4.4 Fungsi Majlis Tadbir


NAMA AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI KADET REMAJA SEKOLAH BENDAHARI SETIAUSAHA NAIB BENDAHARI NAIB SETIAUSAHA MUHAMMAD ARIF IHSAN BIN ZAMRI MUNA NABILA BINTI ROSLI NUR KHAIRINA BINTI ABDUL RASHID IMELDA ANGELA CHUA AMEERA ZAFIRAH BINTI AHMAD AZMAN PENGERUSI NAIB PENGERUSI MUHAMMAD ZAIDANI ZAIDAN BIN HERMAN


AHLI JAWATANKUASA KADET REMAJA SEKOLAH AJK PERALATAN AJK DOKUMENTASI AZWAR HAKIM BIN ANUAR MUHAMMAD HANIF FARIHIN BIN NOR HAYAZI SYAFIQA QADRINA BINTI MOHAMAD IZAN KOMANDEN AZZAMI BIN JOLKADIR MUHAMMAD AL HAKIM BIN SHAMSULAZWA TI ABDUL RASHID RAJA NU’AIM BIN RAJA AZRIFFUDIN FARIS AIMAN BIN RUSLI MUHAMMAD FARIS BIN MOHD FAISOL DAYANG NUR FARZANA BINTI AWANG ZAINI SITI NATRAH MUNIRAH BINTI HUSSEIN ALYAA QAIRINA BINTI HASBI SHARIFAH DANIAMALYANA BINTI WAN DEROS NURUL NADHIRAH BINTI MOHD ALI ANDRYSEN DAUD JOANA JANE FRANCIS PRISCILLA ROSA ANAK CHUNDI


AHLI JAWATANKUASA KADET REMAJA SEKOLAH AJK KEBAJIKAN AARONROSSY RANGGAW ANAK ANTHONY TOK LIK SHENG MUHAMMAD MUSTAQIM BIN ABD RAZAK GAVIN YEK TECK LUNG DENNIS LIEU HING YUAN MUHAMMAD ARIF ARSYAD BIN AZHAR STANLEY YAP YONG SHENG CLEVELAND RAYMOND JESSY BENNY AJK KEBAJIKAN NURATIQAH AMNANI BINTI MOHD KHIR NUR AMNI SYAHINDAH BINTI ZULKARNAIN SYAZA ADAWIYAH BINTI JAMIL NIK NUR AINA BALQIS BINTI MOHMD NASIR NUR SAKINAH BINTI MD ADAM ALICIA KONG PIN YI TIE CHUEN RU SYAHMI YUSRI BIN YUSMAN ANTHEA YULTICIA ANAK NASHODA SARAI LIDEN


F U N G S I - F U N G S I M A J L I S T A D B I R Merancang, melaksanakan dan menyelia aktiviti 4.4 FUNGSI MAJLIS TADBIR Mengurus dan mentadbir pertubuhan Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Berhak dalam undi pemutus Meneliti catatan minit mesyuarat


5.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 5.1 Pendaftaran Ahli dan Kumpulan 5.2 Kuasa Penganjur 5.3 Struktur Unit 5.4 Pengurusan Buku Log 5.5 Laporan Aktiviti 5.6 Tanggungjawab Pemimpin 5.7 Pakaian Seragam 5.8 Takwim Perancangan Aktiviti Tahunan 5.9 Rancangan Pengajaran Harian Sekolah Rendah


5 . 1 P E N D A F T A R A N A H L I D A N K U M P U L A N KEAHLIAN Keahlian KRS/TKRS adalahterbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuankerajaan. Ahli bersekutu KRS/TKRS terbukakepada semua pelajaryang menuntut di institusi pendidikanselain daripadayang dinyatakan dalam perkara 5.1 KRS/TKRS yang dianggotai olehahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan. Keahlian KRS/TKRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadipelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas. KeahlianTKRS terbukakepada semuapelajar tahap II (tahun 4, 5 & 6) di sekolahkerajaan dan bantuan kerajaan. Ahli KRS / TKRS yang bertukarke sekolah / negeri lain,keahlianasal masih diterima pakai.


KUASA PENGANJUR Guru Besar di sekolah rendah dan (Unit PKK Persatuan dan Unit Uniform Kadet Remaja Sekolah di sekolah semasa penubuhan dan pendaftaran setiap tahun hendaklah di bawah kebenaran kuasa penganjur yang terdiri daripada : Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Pengetua di sekolah Menengah GURU PEMBIMBING 5.2 KUASA PENGANJUR


PLATUN A PLATUN B PLATUN C PLATUN D PEGAWAI WARAN PENOLONG KETUA KOMPENI CARTA ORGANISASI KOMPENI KETUA KOMPENI EJUTAN Satu kompeni gabungan platun perlu diketuai Ketua Kompeni berpangkat Mejar/Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Platun.


SEKSYEN 1 SYEKSYEN 2 SEKSYEN 3 STAF SARJAN CARTA ORGANISASI PLATUN PEGAWAI PLATUN SARJAN PLATUN Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai,1 sarjan, 3 koperal, 3 lans koperal dan 30 anggota kadet.


PENOLONG KETUA SEKSYEN CARTA ORGANISASI SEKSYEN KETUA SEKSYEN 10 ANGGOTA KADET Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet.


Name Date P ENGURUSAN BUKU LOG BUKU LOG JENIS-JENIS BUKU LOG FUNGSI BUKU LOG TUJUAN PENULISAN BUKU LOG Buku catatan rasmi Kandungan : Fakta yang dipelajari & dialami anggota kadet Dikemaskini pegawai KRS Penulisan Log Pelajaran (latihan mingguan) Penulisan Log Harian (perkhemahan, kursus, lawatan dll) Membantu kadet membuat refleksi Melatih anggota lebih bertanggungjawab Memupuk nilai pemimpin Bukti & kejayaan menjalani latihan kursus 1) PENGURUSAN Panduan menjalani aktiviti seterusnya Sumber ilmu didapati daripada catatan dan pengalaman sendiri 2) RUJUKAN/KERJAYA Bukti dan rujukan menjadi anggota KRS 3) KEPIMPINAN Memperbaiki kelemahan/kesilapan Pengalaman & pelajaran kekal


KANDUNGAN BUKU LOG BIODATA PENULISAN HARIAN KREATIVITI PENDAHULUAN PENGHARGAAN NOTA LAGU PENULISAN PELAJARAN NOTA PENULISANNOTA PERTOLONGAN CEMAS JADUAL KURSUS JADUAL CARTA/RAJAH LAMPIRAN AUTOGRAF ULASAN PENILAIAANKANDUNGAN BUKU LOG


IPGMKBL 2024 K A D E T R E M A J A S E K O L A H ( K R S ) LAPORANAKTIVITI


LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KALI:1 TARIKH : 10 Januari 2024 (Rabu) MASA : 7.30 Pagi-9.30 Pagi TEMPAT : Dewan Brooke IPGMKBL JUMLAH KEHADIRAN : 46 Orang JENIS AKTIVITI : Mesyuarat Agong Kali Pertama, Asas Kawad Kaki & Pemakaian Seragam KRS LAPORAN AKTIVITI : Perjumpaan kali pertama berkaitan Menyuasat Agong dan pelantikan AJK 2024 Ahli KRS berkumpul di Dewan Brooke IPGMKBL untuk sesi berkenalan Pengenalan asas kawad kaki KRS Perbincangan mengenai pemakaian seragam KRS Objektif perjumpaan minngu ini ialah untuk memilih Ahli Jawatankuasa Tertinggi KRS bagi tahun 2024 badan beruniform sesi 2024 Pembahagian topik pembentangan minggu hadapan Disiplin siswa siswi guru pelatih terkawal dan perjumpaan bersurai jam 9.30 pagi.


GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI PERJUMPAAN


LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KALI: 2 TARIKH : 10 Januari 2024 (Rabu) MASA : 7.30 Pagi-9.30 Pagi TEMPAT : Dewan Brooke IPGMKBL JUMLAH KEHADIRAN : 46 Orang JENIS AKTIVITI : Nyanyian Lagu KRS & Pembentangan Sejarah Penubuhan KRS LAPORAN AKTIVITI : Pengenalan lagu Kadet Remaja Sekolah kepada ahli baharu KRS Pembahagian platun secara adil dilakukan dengan persetujuan semua kadet Aktiviti dalam kumpulan platun masing-masing (menghafal lagu KRS bersama-sama) Pembentangan platun tentang Topik 2 bagi minggu kedua Sesi soal jawab & penerangan tentang topik pembentangan Bersurai dengan nyanyian lagu KRS


GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI PERJUMPAAN


LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KALI: 3 TARIKH : 1 Januari 2024 (Rabu) MASA : 7.30 Pagi-9.30 Pagi TEMPAT : Dataran Lapang IPGMKBL JUMLAH KEHADIRAN : 46 Orang JENIS AKTIVITI : Pengajaran Asas Mengendalikan Perhimpunan Unit Beruniform LAPORAN AKTIVITI : Perhimpunan semua unit beruniform Pensyarahan tentang cara mengendalikan perhimpunan pagi unit beruniform dengan baik Mendisiplinkan siswa siswi IPGMBKL -teguran tentang masa Bersurai


GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI PERJUMPAAN


LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KALI: 4 TARIKH : 1 Januari 2024 (Rabu) MASA : 7.30 Pagi-9.30 Pagi TEMPAT : Dataran Lapang IPGMKBL JUMLAH KEHADIRAN : 46 Orang JENIS AKTIVITI : Asas Kawad Kaki & Koman LAPORAN AKTIVITI : Perhimpunan semua unit beruniform Mempelajari asas kawad kaki secara berkumpulan mengikut platun masing-masing Mengetahui perkara asas tentang peraturan kawad kaki Belajar cara memberi arahan kawad kaki bagi setiap individu Melatih pergerakan yang terdapat dalam kawad kaki Memberi refleksi tentang pembelajaran asas kawad kaki Bersurai


GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI PERJUMPAAN


LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KALI: 5 TARIKH : 1 Januari 2024 (Rabu) MASA : 7.30 Pagi-9.30 Pagi TEMPAT : Dataran Lapang IPGMKBL JUMLAH KEHADIRAN : 46 Orang JENIS AKTIVITI : Mendengar Ceramah Daripada Penceramah Jemputan LAPORAN AKTIVITI : Perhimpunan semua unit beruniform Mempelajari topik yang terdapat dalam unit beruniform KRS di sekolah rendah Teknik penulisan RPH unit beruniform KRS Buku Panduan terkini unit beruniform KRS sekolah rendah Perkongsian pengalaman penceramah dan senior tentang unit beruniform KRS


Click to View FlipBook Version