, PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) AKTIVITI WHITE WATER RAFTING GOPENG, PERAK
1 Isi Kandungan 1.0 PENGENALAN ......................................................................................................... 2 2.0 LATAR BELAKANG................................................................................................. 5 2.1 White Water Rafting ............................................................................................ 2 2.2 Orang Kurang Upaya (OKU)............................................................................. 2-3 2.3 Riverbug.............................................................................................................. 3 3.0 OBJEKTIF ............................................................................................................. 3-4 4.0 DEFINISI OPERASIONAL ..................................................................................... 4-5 4.1 Rekreasi Luar...................................................................................................... 4 4.2 Aktiviti White Water Rafting (WWR) .................................................................... 4 4.3 Prosedur Operasi Standard (SOP) ...................................................................... 4 4.4 Risiko .................................................................................................................. 4 4.5 Peserta White Water Rafting ............................................................................ 4-5 4.6 Kemalangan ........................................................................................................ 5 4.7 Kecemasan ......................................................................................................... 5 4.8 Tindakan kecemasan........................................................................................... 5 4.9 Pengurusan risiko................................................................................................ 5 5.0 TANGGUNGJAWAB ................................................................................................ 5 5.1 Penasihat (Pensyarah) ..................................................................................... 5-6 5.2 Pembantu Penasihat (Pembantu Pensyarah)...................................................... 6 5.3 Operator (Riverbug).......................................................................................... 6-7 5.4 Sukarelawan..................................................................................................... 7-8 5.5 Peserta............................................................................................................. 8-9 6.0 PROSEDUR SEBELUM AKTIVITI WHITE WATER RAFTING ........................... 9-10 7.0 PROSEDUR SEMASA AKTIVITI WHITE WATER RAFTING ................................ 11 8.0 PROSEDUR SELEPAS AKTIVITI WHITE WATER RAFTING .......................... 11-12 9.0 CARTA ALIR PROSEDUR OPERASI STANDARD AKTIVITI WHITE WATER RAFTING ................................................................................ 13-14 10.0 KESIMPULAN......................................................................................................... 15 11.0 LAMPIRAN ........................................................................................................ 15-32
2 1.0 PENGENALAN Pelajar kursus Rekreasi Terapeutik bagi Golongan Istimewa (FHR3506) dan kursus Pengurusan Risiko dalam Rekreasi (FHR3301) telah membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi aktiviti White Water Rafting Gopeng, Perak. Pelaksanaan SOP ini adalah penting khususnya bagi melancarkan program rekreasi inklusif bersama peserta OKU yang berkerusi roda agar mempertingkatkan keselamatan para peserta sekaligus melancarkan aktiviti White Water Rafting bersama peserta OKU. SOP yang ditubuhkan ini juga menjadi sebagai rujukan kepada semua sukarelawan yang terlibat agar mengetahui susun atur pergerakan bersama peserta OKU untuk meneruskan aktiviti ini. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 White Water Rafting White water rafting merupakan satu sukan melibatkan air yang menggembirakan di mana peserta melayari sungai dengan raft. Pengalaman white water rafting biasanya melibatkan peserta untuk mengatasi kawasan air yang deras yang mempunyai batubatuan dan jeram sungai. Ia merupakan aktiviti berpasukan yang memerlukan penyelarasan antara peserta untuk mendayung dan mengemudi melalui keadaan air sungai yang mencabar. Dalam aktiviti white water rafting, langkah keselamatan, termasuk jaket keselamatan dan helmet adalah penting. White water rafting bukan sahaja aktiviti luar yang mencabar tetapi juga peluang untuk menikmati landskap yang indah dan keseronokan melayari perairan yang tidak dapat diramalkan. 2.2 Orang Kurang Upaya (OKU) Orang Kurang Upaya (OKU) atau lebih dikenali sebagai golongan istimewa merupakan satu kelompok yang mempunyai keadaan fizikal, deria, intelek, atau mental yang mungkin menghadkan keupayaan mereka untuk melakukan aktiviti seharian atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam masyarakat. Kecacatan yang dialami oleh golongan ini boleh berbeza secara meluas dalam sifat dan keterukan, dan ia mungkin kekal atau sementara. Istilah ini menekankan kepentingan mengiktiraf dan
3 menampung keperluan dan hak individu golongan istimewa untuk menggalakkan keterangkuman dan peluang yang sama untuk semua. 2.3 Riverbug RiverBug Perak merupakan pakar pengembaraan terkemuka di Gopeng, Perak, Malaysia. Riverbug menawarkan pelbagai aktiviti mencabar yang menjamin pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua pelanggan. Sebagai nama yang dipercayai dalam industri, RiverBug Perak menyediakan aktiviti pengembaraan yang luar biasa, termasuk arung jeram, berkayak air arung, mendaki, abseiling, penerokaan gua, tiub sungai, ikatan pasukan, lawatan yang dibuat khas dan banyak lagi. Di RiverBug Perak, menawarkan pengalaman pengembaraan yang luar biasa yang akan diterokai oleh semua pelanggan. Operator profesional RiverBug berpengalaman bekerja akan memastikan keselamatan, keseronokan dan kepuasan sepanjang pengembaraan yang akan dijanjikan kepada pelanggannya. RiverBug juga menawarkan penerokaan alam semulajadi dan menerokai landskap serta gua yang menakjubkan di sana kepada semua yang tiba di sana. 3.0 OBJEKTIF Dokumen ini disediakan bagi mencapai objektif seperti berikut: 1. Menyediakan rujukan rasmi bagi pengendalian aktiviti white water rafting, pengurusan risiko di kawasan Riverbug. 2. Mengenal pasti pihak bertanggungjawab bagi aspek keselamatan dan pengurusan kecemasan di kawasan Riverbug. Objektif Khusus: ➢ Menyediakan prosedur operasi standard yang jelas dan lengkap. ➢ Menyediakan panduan gerak kerja yang sistematik. ➢ Memastikan gerak kerja operasi dijalankan secara konsisten. ➢ Memelihara pengetahuan organisasi. ➢ Mewujudkan pengurusan kumpulan yang efektif.
4 ➢ Mengurangkan risiko berkaitan aktiviti pendakian. ➢ Sebagai rujukan utama bagi tujuan rekod dan pelaporan aktiviti. 4.0 DEFINISI OPERASIONAL 4.1 Rekreasi Luar Merujuk kepada apa-apa bentuk aktiviti rekreasi yang dijalankan di kawasan luar, khususnya di kawasan semulajadi. Aktiviti rekreasi luar boleh dikelaskan kepada aktiviti pasif dan aktif (kembara lasak). 4.2 Aktiviti White Water Rafting (WWR) Aktiviti White Water Rafting atau juga dikenali sebagai arung jeram merupakan aktiviti pengarungan bahagian alur sungai yang berjeram dengan menggunakan peralatan tertentu. 4.3 Prosedur Operasi Standard (SOP) Prosedur Operasi Standard adalah turutan langkah-langkah terperinci dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti dan kegiatan. SOP di dalam dokumen ini akan memperincikan turutan langkah-langkah berkenaan proses sebelum, semasa dan selepas aktiviti White Water Rafting. 4.4 Risiko Risiko merujuk kepada kemungkinan yang boleh menyebabkan kehilangan sesuatu yang dianggap bernilai oleh individu, sama ada kesihatan, tubuh badan, harta benda, dan emosi. 4.5 Peserta White Water Rafting Peserta White Water Rafting adalah orang awam yang ingin mengikuti aktiviti White Water Rafting di dalam kawasan Sungai Kampar, Gopeng, Perak. Peserta termasuklah warganegara Malaysia dan bukan warganegara, dan tertakluk dengan
5 undang-undang dan peraturan yang tetapkan oleh pihak Riverbug bagi menjalankan aktiviti White Water Rafting. 4.6 Kemalangan Kemalangan merujuk kepada kecederaan yang dialami oleh individu yang sedang menjalankan aktiviti White Water Rafting di Sungai Kampar, Gopeng, Perak. Bentuk kecederaan termasuk kecederaan fizikal, fisiologi, psikologi, dan/atau spiritual, dan boleh dikelaskan kepada beberapa peringkat mengikut tahap kecederaan tersebut. 4.7 Kecemasan Kejadian yang membawa risiko kepada nyawa atau harta benda yang berlaku tanpa dijangka dan/atau diluar kawalan Riverbug atau peserta dan memerlukan tindakan segera. 4.8 Tindakan Kecemasan Apa-apa operasi mencari, menyelamat, atau mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam situasi kecemasan dan kemalangan sewaktu aktiviti white water rafting di Sungai Kampar, Gopeng, Perak. 4.9 Pengurusan Risiko Proses mengenalpasti punca, menilai, menaksir, dan mengawal risiko aktiviti white water rafting. Tindakan kawalan risiko dibuat untuk memastikan keselamatan peserta white water rafting pada tahap yang boleh diterima. 5.0 TANGGUNGJAWAB Setiap pihak yang terlibat dalam SOP aktiviti white water rafting ini mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing. Dalam kebanyakan situasi, tanggungjawab dan peranan pihak yang terlibat dalam SOP aktiviti white water rafting ini boleh saling berkaitan. 5.1 Penasihat (Pensyarah) 5.1.1 Menyediakan pelan perancangan dan pengurusan kawasan aktiviti white water
6 rafting sewajarnya. 5.1.2 Membantu dalam perancangan dan pengorganisasian iaitu bertanggungjawab untuk merancang dan mengorganisasikan keseluruhan aktiviti white water rafting. 5.1.3 Mengenal pasti secara munasabah semua risiko berkaitan aktiviti white water rafting untuk tindakan susulan dalam aktiviti white water rafting. 5.1.4 Berkoordinasi dengan pembantu penasihat, operator, sukarelawan dan peserta untuk memastikan kelancaran aktiviti. 5.1.5 Memantau keselamatan peserta dan memastikan prosedur keselamatan diikuti dengan betul. 5.1.6 Memantau peserta secara terus dan memberikan bantuan atau peringatan jika diperlukan. 5.2 Pembantu Penasihat (Pembantu Pensyarah) 5.2.1 Memberikan bantuan operasional, termasuk persiapan peralatan dan kelancaran aktiviti. 5.2.2 Membantu dalam pelaksanaan tindakan kecemasan. 5.2.3 Memberikan bantuan kepada peserta dalam penggunaan peralatan keselamatan dan persiapan sebelum aktiviti. 5.2.4 Memberikan dukungan kepada peserta yang memerlukan bantuan semasa aktiviti. 5.2.5 Memantau peserta secara terus dan memberikan bantuan atau peringatan jika diperlukan. 5.2.6 Melapor kepada penasihat/pensyarah tentang masalah keselamatan atau perilaku peserta. 5.3 Operator (Riverbug) 5.3.1 Memastikan kawasan rafting sesuai digunakan untuk aktiviti white water rafting.
7 5.3.2 Menentukan kadar bayaran fi masuk bagi aktiviti white water rafting memasuki Sungai Kampar. 5.3.3 Memberikan kebenaran, mengeluarkan, membatalkan, atau menarik balik fi masuk kepada individu secara munasabah. 5.3.4 Memantau dan menyelenggara semua kemudahan berkaitan aktiviti white water rafting. 5.3.5 Membuat semakan secara berkala pelan pengurusan risiko aktiviti white water rafting berdasarkan rekod dan/atau maklumat berkaitan penasihat, pembantu penasihat,operator, sukarelawan dan peserta, kemalangan, dan tindakan kecemasan. 5.3.6 Mengurus dan mengelola pendaftaran dan latihan berterusan kepada ahli jurupandu sungai Riverbug. 5.3.7 Membuat rondaan pemeriksaan secara berkala dan rawak untuk mengesan pencerobohan di kawasan aktiviti white water rafting serta kawasan penginapan. 5.3.8 Mengenal pasti secara munasabah semua risiko berkaitan aktiviti white water rafting untuk tindakan susulan. 5.3.9 Merekodkan semua maklumat berkaitan penasihat, pembantu penasihat, operator, sukarelawan dan peserta, laporan kemalangan, dan tindakan kecemasan untuk penambahbaikan perancangan dan penyeliaan aktiviti dan kawasan white water rafting. 5.3.10 Terlibat secara aktif dalam semua aktiviti melibatkan tindakan kecemasan. 5.4 Sukarelawan 5.4.1 Membentuk SOP aktiviti white water rafting yang lengkap untuk kegunaan peserta, pengiring dan sukarelawan ketika melakukan aktiviti WWR bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan terjamin. 5.4.2 Memastikan semua peserta memakai peralatan keselamatan seperti helmet dan pfd dengan betul dan sesuai.
8 5.4.3 Mengenal pasti secara munasabah semua risiko berkaitan aktiviti white water rafting untuk tindakan susulan dalam aktiviti white water rafting. 5.4.4 Memantau dan memastikan peserta mematuhi SOP yang telah disediakan bagi menghindari berlakunya kemalangan semasa melakukan aktiviti white water rafting . 5.4.5 Memastikan buddies sentiasa bersama peserta untuk membantu peserta pergi ke kawasan yang berisiko tinggi seperti tandas atau kawasan yang tinggi. 5.4.6 Merekodkan semua maklumat yang berkaitan laporan kemalangan dan tindakan kecemasan untuk penambahbaikan perancangan dan penyeliaan aktiviti white water rafting. 5.4.7 Melaporkan kemalangan yang berlaku semasa melakukan aktiviti white water rafting kepada pihak operasi atau pengiring yang terlibat semasa aktiviti berlangsung. 5.4.8 Melaksanakan tindakan bantu mula kecemasan yang munasabah terhadap peserta, pengiring dan sukarelawan yang lain sewaktu situasi kecemasan berlaku semasa melakukan aktiviti white water rafting. 5.5 Peserta 5.5.1 Membuat persiapan fizikal, mental dan sebarang perkara teknikal yang sewajarnya seperti persediaan pakaian, peralatan khas, makanan dan latihan yang rapi sebelum mengikuti aktiviti white water rafting. 5.5.2 Memastikan status Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS) sentiasa berada dalam keadaan yang cergas mengikut keperluan aktiviti white water rafting. 5.5.3 Memberikan informasi perubatan yang relevan kepada pihak sukarelawan atau operator termasuk keperluan khas mahupun keterbatasan fizikal yang perlu diawasi dan memerlukan sokongan.
9 5.5.4 Memahami dan mampu melaksanakan pelan tindakan kecemasan yang digariskan oleh pihak operator sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini. 5.5.5 Sentiasa memahami dan mematuhi SOP keselamatan aktiviti white water rafting serta peraturan kawasan yang telah ditetapkan. 5.5.6 Sentiasa memastikan keselamatan diri dan peralatan peribadi terjamin selamat sepanjang berada di kawasan Riverbug dan ketika menjalankan aktiviti white water rafting. 5.5.7 Melaporkan dengan segera kepada pihak sukarelawan atau operator yang bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kecederaan atau hal kecemasan ketika berada di kawasan Riverbug mahupun semasa bermain aktiviti white water rafting. 6.0 PROSEDUR SEBELUM MELAKUKAN AKTIVITI WHITE WATER RAFTING 1. Memastikan peserta berkumpul di tempat letak kenderaan. PIC: Sukarelawan bertugas memastikan peserta mencukupi seramai 36 orang sukarelawan dan 5 orang peserta. 2. Membuat penilaian kesihatan fizikal kepada semua peserta dan sukarelawan PIC: Sukarelawan mengetuai saringan kesihatan fizikal ➢ Jika terdapat peserta mengalami masalah kesihatan, peserta dinasihatkan untuk berehat dibilik dan dipantau oleh sukarelawan dan bagi memastikan keadaan peserta berada dalam keadaan yang baik. 3. Sukarewalan menanyakan peserta untuk ke tandas sebelum menaiki van PIC: Buddies peserta membantu peserta untuk ke tandas. (Rujuk Jadual 2) 4. Memastikan semua peserta menaiki van fakulti seramai 5 orang diiringi buddies
10 ➢ Trip pertama peserta menaiki van bersama sukarelawan. (Rujuk Jadual 1) ➢ Trip kedua peserta menaiki van bersama sukarelawan. (Rujuk Jadual 1) ➢ Sukarelawan yang akan menyambut menjadi runner di stor peralatan. PIC: Sukarelawan membantu peserta untuk menaiki van. ➢ Semua sukarelawan seramai 36 orang menaiki lori 5. Semua peserta dan sukarelawan tiba di stor peralatan. PIC: Sukarelawan menolong peserta menurun van untuk pergi ke stor peralatan. 6. Taklimat aktiviti white water rafting diberikan oleh pihak Riverbug kepada semua peserta dan sukarelawan. PIC: Buddies setiap peserta membantu peserta memakai pfd, helmet dan paddle yang sesuai. ➢ Jika peserta ingin ke tandas sukarelawan akan membawa peserta dan mendapatkan persetujuan cara membimbing yang dipersetujui daripada peserta. (Rujuk jadual 5) 7. Membantu membawa peserta ke tempat permulaan aktiviti white water rafting. PIC: Buddies bagi setiap peserta memastikan setiap peserta dalam keadaan bersedia. ➢ Sukarelawan membantu menguruskan peserta membawa turun peserta dari atas sehingga ke raft. ➢ Sekiranya giliran peserta terlalu lama menunggu sukarelawan akan menyediakan kerusi sebanyak 4 buah untuk peserta duduk. ➢ Cara bantuan : Menolak wheelchair, memapah , menggendong, berpaut ➢ Buddies mengesahkan dan bertanyakan kepada peserta kaedah yang ingin digunakan untuk mengurus peserta mengikut kesesuaian permintaan peserta. (Rujuk jadual 5) 8. Memastikan peserta bersedia untuk memulakan aktiviti. PIC: Pihak Riverbug akan mengetuai aktiviti white water rafting
11 7.0 PROSEDUR SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI WHITE WATER RAFTING 1. Semua peserta dan sukarelawan menaiki raft untuk menjalankan aktiviti white water rafting. PIC: Pihak Riverbug dan buddies memantau peserta di setiap raft masing-masing. (Rujuk Jadual 3) ➢ Perjalanan aktiviti white water rafting ditentukan oleh pihak Riverbug sepanjang 7 km atau 9 km. 2. Sekiranya berlaku kemalangan, setiap sukarelawan dalam raft bersama peserta perlu melaksanakan tindakan kecemasan ke atas kecederaan yang dialami oleh peserta. PIC: Buddies bagi setiap raft memberi bantuan keselamatan mengikut tahap kecederaan yang dialami. ➢ Sekiranya peserta dan sukarelawan terjatuh dari raft mereka perlu hanyutkan badan dengan cara kedua-dua kaki melunjur kehadapan dan kepala mendongak ke atas sehingga bantuan dari pihak riverbug sampai serta menarik peserta dan sukarelawan naik ke atas raft. 3. Semua peserta dan sukarelawan tiba di ending point. PIC: Sukarelawan menyambut peserta yang sampai ke ending point. ➢ Jika cuaca buruk, perjalanan akan menjadi 9 km dan berhenti di jambatan manakala jika cuaca baik, perjalanan akan menjadi sepanjang 7 km dan berhenti di Riverbug. 8.0 PROSEDUR SELEPAS MELAKUKAN AKTIVITI WHITE WATER RAFTING 1. Memeriksa keadaan setiap peserta di tempat letak kenderaan. PIC: Sukarelawan memeriksa keadaan setiap peserta. ➢ Jika terdapat kecederaan ringan pada peserta, rawatan susulan diberikan oleh Pihak Riverbug/Sukarelawan .
12 ➢ Jika terdapat kecederaan parah pada peserta maklumkan kepada Pihak Riverbug untuk rawatan seterusnya. (hospital atau klinik). 2. Membantu peserta pergi ke setiap penginapan masing-masing PIC: Buddies setiap peserta membantu membawa peserta ke dalam bilik masingmasing. ➢ Cara bantuan: Menolak wheelchair, memapah, menggendong, dan berpaut. ➢ Buddies mengesahkan dan bertanyakan kepada peserta kaedah yang ingin digunakan untuk mengurus peserta mengikut kesesuaian permintaan peserta. (Rujuk jadual 5) 3. Memastikan peserta membuat persiapan diri untuk aktiviti seterusnya. PIC: Buddies setiap bilik peserta memastikan peserta dalam keadaan baik.
13 9.0 CARTA ALIR PROSEDUR OPERASI STANDARD AKTIVITI WHITE WATER RAFTING GOPENG, PERAK
14
15 10.0 KESIMPULAN Dokumen SOP aktiviti White Water Rafting Gopeng Perak ini bertujuan sebagai panduan operasi utama kepada operator Riverbug di Gopeng, Perak. Dengan berpandukan carta alir yang dibangunkan, sebarang perkara berkaitan prosedur keselamatan, pengurusan risiko dan kecemasan dapat dikendalikan dengan lebih berkesan. SOP ini menyediakan asas yang kukuh untuk menjalankan aktiviti White Water Rafting dengan berkesan dan sistematik. 11.0 LAMPIRAN Jadual A: Carta Alir SOP Aktiviti White Water Rafting Jadual 1: Senarai nama peserta bersama peserta (Buddies) Jadual 2: Senarai nama pasangan raft bersama peserta Jadual 3: Senarai nama giliran menaiki raft dan PIC untuk memapah OKU Jadual 4: Jadual penilaian risiko-White Water Rafting untuk Orang Kurang Upaya (Berkerusi Roda) Jadual 5: Teknik memapah Orang Kurang Upaya (OKU)
16 JADUAL A - CARTA ALIR SOP AKTIVITI WHITE WATER RAFTING Status Arahan Memastikan peserta berkumpul di tempat letak kenderaan. Membuat penilaian kesihatan fizikal kepada semua peserta dan sukarelawan. Jika terdapat peserta mengalami masalah kesihatan, peserta dinasihatkan untuk berehat dibilik dan dipantau oleh2 orang sukarelawan bagi memastikan keadaan peserta berada dalam keadaan yang baik. Sukarelawan menanyakan peserta untuk ke tandas sebelum menaiki van. (Rujuk Jadual 2) Memastikan semua peserta menaiki van fakulti seramai 5 orang.Trip pertama peserta 1 dan peserta 2l menaiki van bersama buddies. (Rujuk Jadual 1). Trip kedua peserta 3, peserta 4 dan 5 menaiki van bersama buddies. (Rujuk Jadual 1) Semua peserta dan sukarelawan tiba di stor peralatan.
17 Taklimat aktiviti white water rafting diberikan oleh pihak Riverbug kepada semua peserta dan sukarelawan. Jika peserta ingin ke tandas, sukarelawan akan membawa peserta dan mendapatkan persetujuan cara membimbing yang dipersetujui daripada peserta. (Rujuk jadual 1 dan jadual 5) Membantu membawa peserta ke tempat permulaan aktiviti white water rafting.Sekiranya giliran peserta terlalu lama menunggu, 2 sukarelawan akan menyediakan kerusi sebanyak 4 buah untuk peserta duduk. (Rujuk jadual 1 dan jadual 5) Memastikan peserta bersedia untuk memulakan aktiviti Semua peserta dan sukarelawan menaiki raft dan menjalankan aktiviti white water rafting. (Rujuk Jadual 3) Sekiranya berlaku kemalangan, setiap sukarelawan dalam raft bersama peserta perlu melaksanakan tindakan kecemasan ke atas kecederaan yang dialami oleh peserta. Sekiranya peserta dan sukarelawan terjatuh dari raft mereka perlu hanyutkan badan dengan cara kedua-dua kaki melunjur kehadapan dan kepala mendongak ke atas sehingga bantuan dari pihak riverbug sampai serta menarik peserta dan sukarelawan naik ke atas raft. (Rujuk jadual 4) Semua peserta dan sukarelawan tiba di ending point. Memeriksa keadaan setiap peserta di tempat letak kenderaan. Jika terdapat kecederaan ringan pada
18 peserta, rawatan susulan diberikan oleh Pihak Riverbug atau Sukarelawan. Jika terdapat kecederaan parah pada peserta maklumkan kepada Pihak Riverbug untuk rawatan seterusnya. (Hospital atau Klinik). Membantu peserta pergi ke setiap penginapan masing-masing. Buddies mengesahkan dan bertanyakan kepada peserta kaedah yang ingin digunakan untuk mengurus peserta mengikut kesesuaian permintaan peserta. (Rujuk jadual 1 dan jadual 5) Memastikan peserta membuat persiapan diri untuk aktiviti seterusnya.
19 JADUAL 1 - SENARAI NAMA SUKARELAWAN BERSAMA PESERTA (BUDDIES) NAMA PESERTA 1.AKMAL 2.SAMMY 3.NAJIHAH 4.SYASYA 5.SYAFINA 6.SOFEA 7.SYAHMI CIK HADFINA 1.HAFIZ 2.HUSNA 3. ARINA 4.SIRUT 5AMAR 6.SYAMIN 7.SYAFIQAH CIK IKMAL 1.AZIM 2.ELLY 3.CHRISTINE 4.ATHIRAH 5.NINA 6.MADLE 7.KITRA ENCIK IZHAR 1.ASLAM 2.AIDA 3.FAZILAH 4.FARAIN 5.MUSTAQIM 6ALIA 7.PANG ENCIK FUAD 1.AISYAH 2.AMIRAH 3.FARAH 4.HIDAYAH 5.LEYKA 6.ALEX 7.El 8.AIN CIK FAZLIN
20 JADUAL 2 - SENARAI NAMA PASANGAN (RAFT) BERSAMA PESERTA PETUNJUK: Sukarelawan mahir berenang Sukarelawan yang menjadi Runner NAMA PESERTA 1.DR ASWAD 2.AKMAL 3.ZULAIKA 4.SIRUT PESERTA 1 CIK HADFINA *Raft 1 1 DR ZUL 2.HAFIZ 3.AMAR 4.SOFEA PESERTA 2 ENCIK IQMAL *Raft 2 1.ENCIK WAN 2. AZIM 3.CHRISTINE 4.ASLAM PESERTA 3 ENCIK FUAD *Raft 3 1.CIK HAJAR 2.MUSTAQIM 3.AIDA 4.ALIA PESERTA 4 CIK FAZLIN *Raft 4 1.ENCIK FIRDAUS (dj) 2.SYAMIN 3.HIDAYAH 4.SYAHMI PESERTA 5 ENCIK IZHAR *Raft 5 1.SYAFINA 2.AISYAH 3.KITRA 4.EL RAFT 6
21 1.CIK INTAN 2. NAJIHAH 3.AMIRAH 4. ARINA RAFT 7 1.SYASYA 2.PANG 3.ATHIRAH 4.SAMMY RAFT 8 1.SYAFIQAH 2.HUSNA 3.BRAWCHA 4.FARAIN RAFT 9 1.ELLY 2.FAZILAH 3.FARAH 4.BRAWCHA RAFT 10 1.PUAN ANNUR 2.MADEL 3.BRAWCHA RAFT 11
22 JADUAL 3 - SENARAI NAMA GILIRAN MANAIKI RAFT DAN PIC UNTUK MEMAPAH OKU Dua Orang Sukarelawan Memapah Seorang Sukarelawan Memasuki Raft Dua Orang Sukarelawan Dan Pengiring Memasuki Raft Akhir Nama Peserta OKU Sirut dan Zulaika Sirut Dr Aswad dan Akmal Cik Hadfina Hafiz dan Amar Sofea Dr Zul dan Hafiz Encik Ikmal Azim dan Aslam Aslam Christine dan Amar Encik Fuad Aida dan Alia Alia Aida dan Mus Cik Fazlin Syahmi dan Syamin Syamin Syahmi dan Hidayah Encik Izhar JADUAL 4 - JADUAL PENILAIAN RISIKO: WHITE WATER RAFTING UNTUK ORANG KURANG UPAYA (BERKERUSI RODA) Hazard / Punca risiko Risiko Indeks Risiko Strategi Kawalan Risiko Tindakan pengurusan risiko Persekitaran; 1. Jumlah batu sungai berhampiran gigi air 2. Arus air yang kuat 3. Perubahan aliran air secara tiba-tiba Terhempas ke batu 16(4x4) Elakan Kurangkan Elakkan berakit dalam arus air berbahaya terutamanya ketika air pasang Bantuan juru pandu yang mahir, berpengalaman dan bertauliah yang biasa dengan sungai untuk membantu dalam navigasi dengan selamat
23 Manusia; 1. Tidak mengikut arahan dengan betul 2. Pergerakan tidak selaras 3. Panik dan gementar 4. Arahan yang tidak jelas Kurangkan Memberi pengenalan dan taklimat yang betul dengan keseluruhan aktiviti, peralatan, ukuran keselamatan dan perkara yang perlu dilakukan untuk situasi yang teruk selain menyediakan sesi Soal Jawab dan membolehkan peserta menggunakan dan membiasakan diri dengan peralatan dan kaedah. Mempunyai juru pandu yang berkelayakan dan berpengalaman untuk diikuti Peralatan; 1. Kerosakan dan/atau kekurangan peralatan yang sesuai Elakan/ Kurangkan Sentiasa periksa peralatan sebelum membenarkan peserta menggunakannya untuk memastikan kita dapat mengelak daripada menggunakan peralatan yang rosak. Tindakan ini termasuk memastikan peserta dapat menggunakan peralatan yang sesuai dengan keadaan fizikal mereka. Persekitaran; 1. Arus air yang kuat Lemas 15(3x5) Elakan Minta peserta duduk di tengah-tengah rakit dengan kaedah pencegahan keselamatan khusus dan bukannya di sisi rakit Manusia; 1. Panik 2. Kecacatan fizikal untuk terus bertahan dalam kaedah yang betul Kurangkan Mempunyai juru pandu yang berkelayakan untuk menyelamatkan dan mengumpulkan semula jika boleh. Jangan cuba menyelamatkan dengan terjun ke dalam sungai.
24 3. Keletihan Jika sudah berada di sungai, cuba kekalkan diri dan berkumpul semula dengan ahli rakit terutamanya peserta atau hanyut ke tebing sungai Peralatan; 1. PFD gagal berfungsi/PFD longgar dan dilucutkan Kurangkan Pastikan PFD yang digunakan oleh peserta dalam keadaan baik Persekitaran; 1. Arus deras dan banyak jeram Terseliuh bahagian atas badan 12(4x3) Elakan Lakukan pengubahsuaian laluan jika perlu atau gunakan laluan alternatif. Pastikan peserta tidak mendayung jika arus air berbahaya untuk mereka. Manusia; 1. Kurang kemahiran yang betul dan teknik yang tidak mencukupi 2. Keletihan 3. Otot tegang Kurangkan Memberi latihan praperjalanan dan melaksanakan teknik pengendalian dayung yang betul. Sentiasa periksa keadaan fizikal peserta dari semasa ke semasa. Pastikan peserta tidak keterlaluan mendayung dan menggunakan seluruh badan/otot teras semasa mendayung. Peralatan; 1. dayung yang tidak sesuai Kurangkan Pastikan setiap peserta menerima peralatan yang serasi dengan keadaan fizikal mereka. Persekitaran; Tendonitis 12(4x3) Kurangkan Sediakan keadaan yang sesuai untuk peserta
25 1. Cuaca sejuk 2. Arus air yang kuat selepas aktiviti bagi mengelakkan mereka terdedah kepada keadaan suhu rendah terlalu lama. Manusia; 1. Pendedahan lama kepada persekitaran suhu rendah 2. Kekuatan otot yang rendah 3. Kecederaan dan penggunaan berlebihan semasa mendayung 4. Tidak melakukan sesi memanaskan badan dengan betul Kurangkan Lakukan sesi memanaskan badan sebelum dan selepas aktiviti. Sentiasa periksa keadaan peserta kami dari semasa ke semasa dan maklumkan juru pandu rakit kami untuk berhenti sebentar jika perlu. Pastikan setiap ahli rakit termasuk peserta sedar dan mengikut arahan juru pandu semasa mendayung. Peralatan; 1. Berat/saiz dayung yang tidak serasi Elakan Beri mereka peralatan yang sesuai dengan keadaan fizikal mereka. Elakkan peserta daripada mendayung jika mereka dalam keadaan furtige. Persekitaran; 1. Berlanggar dengan permukaan keras dalam arus yang kuat 2. Berlanggar antara dayung Terkehel 12(4x3) Kurangkan Berwaspada pada setiap masa dengan persekitaran dan berhati-hati antara satu sama lain, terutamanya kedudukan dayung. Manusia; 1. Cuai dan salah laku 2. Kawalan yang Kurangkan Menjalankan penilaian ke atas keupayaan peserta dengan dayung untuk membolehkan mereka membiasakan diri dan
26 lemah dalam mendayung menemui batasan fizikal tertentu. Pastikan peserta kami tidak membebankan badan melebihi had mereka. Peralatan; 1. Peralatan yang rosak Elakkan Periksa semua peralatan untuk kerosakan Persekitaran; 1. Dahan tumbang 2. Pendayung 3. Batu keras Kecederaan kepala 12(4x3) Kurangkan Memberi taklimat dan latihan ringkas tentang cara-cara menggunakan teknik dayung dan dayung dalam melakukan aktiviti WWR. Sentiasa berwaspada dengan kemungkinan bahaya Manusia; 1. Panik 2. Tidak memakai topi keledar dengan betul/ topi keledar tertanggal semasa aktiviti 3. Carless Elakan Penggunaan topi keledar yang diwajibkan dan sentiasa mempunyai sistem rakan bagi memastikan pakaian peserta sesuai, selesa dan menepati piawaian keselamatan. Berwaspada dengan keperluan dan ekspresi peserta. Peralatan; 1. Kerosakan pada topi keledar Elakan Sentiasa memeriksa dan menyelenggara semua peralatan terutamanya peralatan keselamatan untuk memastikan ia berada dalam keadaan baik.
27 Persekitaran; 1. Arus air yang kuat Tertelan air sungai 10(5x2) Elakan Minta peserta duduk di tengah-tengah rakit dengan kaedah pencegahan keselamatan khusus dan bukannya di sisi rakit. Manusia; 1. Panik 2. Kecacatan fizikal untuk terus bertahan dalam kaedah yang betul 3. Keletihan Terima/ kurangkan Memastikan keadaan semua ahli raft dan peserta semasa raft berhenti. Menilai tahap kemampuan/kesihatan peserta semasa raft berhenti Peralatan; 1. PFD gagal berfungsi/PFD longgar dan dilucutkan Kurangkan Pastikan PFD yang digunakan oleh peserta dalam keadaan baik Persekitaran; 1. Perubahan cuaca yang tidak dijangka Hypothermia 9(3x3) Manusia; 1. Terlalu lama terdedah kepada suhu sejuk melampau 2. Memakai pakaian yang tidak betul/tidak menukar kain selepas aktiviti. Elakan Sediakan tuala dan pakaian salinan sedia untuk ditukar kepada peserta sejurus selepas aktiviti. Pastikan peserta dirawat pada tanda pertama hipotermia.
28 Persekitaran; 1. Arus deras, jeram dan pusaran air Gegaran/ konkusi 8 (4x2) Kurangkan Mengadakan latihan keselamatan dan sesi latihan ringkas untuk membiasakan peserta dan menyediakan mereka untuk situasi yang tidak dijangka Manusia; 1. Komunikasi dan koordinasi yang lemah menyebabkan dayung berlanggar 2. Panik dan trauma masa lalu Kurangkan Sentiasa berwaspada sepenuhnya dengan keadaan peserta terutamanya semasa navigasi melalui jeram, pusaran air dan permukaan keras. Beri perhatian kepada bahasa badan dan ekspresi peserta Peralatan; 1. Topi keledar yang longgar, rapuh atau terlalu ketat Elakan Sentiasa pilih topi keledar yang sesuai untuk setiap peserta dan semak sebarang tanda yang rosak pada peralatan untuk keselamatan dan keselesaan mereka Persekitaran; 1. Keadaan air bergelora 2. Arus air yang kuat 3. kehadiran jeram dan batu Rakit terbalik 6(3x2) Kurangkan/ Terima Perhatikan perubahan cuaca dan ikut arahan juru pandu. Sentiasa bersedia jika rakit terbalik dan jangan panik, sebaliknya berada dalam keadaan terapung dan berkumpul semula dengan ahli rakit lain terutamanya peserta. Manusia; 1. Cuai dan tidak mengikut arahan panduan Kurangkan Pastikan peserta duduk di tempat duduk khusus di tengah-tengah rakit.
29 2. Tidak seimbang apabila mengemudi melalui jeram Peralatan; 1. Tidak memakai PFD dengan betul/PFD longgar semasa aktiviti 2. Tempat duduk khas peserta telah rosak Kurangkan Pastikan peserta sudah memakai pakaian yang sesuai dengan PFD sebelum pergi berhampiran tebing sungai Persekitaran; 1. Kawasan licin 2. Permukaan tidak stabil 3. Kekurangan infrastruktur berkaitan OKU Kerusi Roda Terbalik 5(1x5) Kurangkan Lakukan penilaian tapak dengan kerusi roda sebelum benar-benar mengendalikan peserta. Bina laluan pelan ke titik permulaan dengan kaedah yang betul yang memberikan keselamatan dan keselesaan kepada peserta. Manusia; 1. Kurang sokongan/pemb antu 2. Pengalaman sukarelawan Kurangkan Tetapkan rakan pembantu yang berpengalaman/berkema mpuan (sekurangkurangnya 2 orang) untuk membantu di sisi peserta sepanjang masa. Peralatan; 1. Tiada kemudahan mesra OKU Kurangkan Sediakan teknik untuk dibawa, tempat menunggu dan rakan-rakan untuk menemani peserta kami.
30 Persekitaran; 1. Tebing sungai yang licin 2. Perubahan mendadak dalam arus air Tergelincir ke dalam sungai 4(4x1) Kurangkan Tetapkan sekurangkurangnya 3 orang untuk memindahkan peserta dari titik permulaan ke rakit dengan salah seorang daripada mereka sudah berada di dalam rakit. Pastikan semua orang termasuk peserta sedar dan bersedia setiap kali berhampiran tebing sungai dengan PFD sentiasa berada di badan mereka. Manusia; 1. Cuai 2. Peserta pergi bersendirian tanpa rakan Elakan Tetapkan rakan pembantu yang berpengalaman/berkema mpuan (sekurangkurangnya 2 orang) untuk membantu di sisi mereka sepanjang masa. Peralatan; 1. Tidak memakai PFD dengan betul sebelum memasuki rakit Elakan Pastikan peserta sudah memakai pakaian yang sesuai dengan PFD sebelum pergi berhampiran tebing sungai Persekitaran; 1. Arus deras, jeram dan pusaran air Tersasar 2(2x1) Kurangkan Ikut arahan juru pandu dan amalkan latihan keselamatan. Manusia; 1. Panik 2. Penat Kurangkan Jangan cuba menyelamatkan jika tidak yakin atau potensi pendedahan kepada risiko yang muncul adalah lebih tinggi.
31 Biarkan kerja menyelamat dilakukan hanya oleh pemandu pakar. Sentiasa dalam kedudukan terapung setiap kali tersasar dari rakit. Peralatan; 1. Rakit terbalik Kurangkan Sentiasa berpegang teguh dengan ahli rakit terutamanya peserta JADUAL 5 - TEKNIK MEMAPAH ORANG KURANG UPAYA (OKU) Teknik Memapah Orang Kurang Upaya (OKU) 1. Mendukung OKU di belakang badan buddies. 2. Memapah OKU dengan meletakkan kedua dua tangan di atas bahu dua orang buddies di kiri dan kanannya.
32 3. Mengangkat badan OKU dengan cara buddies depan mengangkat lower body; buddies belakang mengangkat bahagian upper body 4. Mengangkat kerusi roda secara buddies berempat, setiap buddies mengangkat pada setiap sudut kerusi roda dengan serentak dan perlahan.Rujuk gambar sebelah iaitu petunjuk merah untuk tempat mengangkat kerusi roda dengan betul.