DYE RAMBUT MENURUT ISLAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM POLITEKNIK MUADZAM SHAH Sesi II : 2024/2025
ISI KANDUNGAN -PENGENALAN -APA ITU DYE RAMBUT -TUJUAN DYE DIGUNAKAN -KESAN PENGGUNAAN DYE TERHADAP KESIHATAN -JENIS DYE -DYE RAMBUT MENURUT ISLAM -HUKUM MEWARNAKAN RAMBUT -PENDAPAT ULAMAK -KAEDAH FEQAH -KESIMPULAN -RUMUSAN -BIODATA DAN SUMBANGAN -REFERENCE
PENGENALAN APA ITU DYE RAMBUT Pewarna rambut dikenali juga sebagai cat rambut yang digunakan untuk menukar warna rambut. Kebiasaannya, ia digunakan bertujuan untuk menutupi rambut beruban, memberi warna yang diingini pada rambut untuk tujuan fesyen atau mengembalikan/mengubah warna asal rambut. Sumber warna boleh diperolehi daripada alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan atau warna sintetik. Perubahan warna rambut daripada warna asli rambut kepada warna yang lebih terang perlu melalui proses pemudaran rambut atau “bleaching”. Namun yang demikian, proses ini mempunyai risiko yang boleh mengakibatkan rambut menjadi rosak seperti mudah putus dan bercabang. Bahan asas di dalam pewarna rambut kebiasaannya adalah hidrogen peroksida dan ammonia. Kandungan hidrogen peroksida di dalam sediaan pewarna rambut akan menentukan jenis pewarna rambut tersebut. Pewarna rambut kekal mengandungi kepekatan hidrogen peroksida yang lebih tinggi berbanding pewarna rambut separa kekal manakala pewarna rambut sementara mengandungi kepekatan hidrogen peroksida yang paling sedikit. disarankan untuk mengikuti petunjuk penggunaan dan melakukan ujian sensitiviti sebelum mengaplikasikan pewarna rambut ke seluruh rambut.
TUJUAN DYE DIGUNAKAN 1)KEPERLUAN KOSMETIK Pewarna rambut adalah salah satu alat kosmetik yang paling kuat dalam mengubah penampilan seseorang. Banyak orang menggunakan pewarna rambut sebagai cara untuk menyegarkan penampilan mereka dan mengekspresikan kepribadian mereka melalui gaya rambut. Penggunaan pewarna rambut memungkinkan seseorang untuk secara dramatis mengubah warna rambut mereka, baik itu dari warna alami mereka atau dari warna rambut sebelumnya. 2)MENUTUPI UBAN Menutupi uban adalah salah satu tujuan utama penggunaan pewarna rambut bagi banyak orang. Uban terjadi kerana pengurangan pengeluaran pigmen melanin dalam akar rambut, yang semulanya berlaku semasa kita menua. Bagi sesetengah orang, kehadiran uban boleh menjadi sumber kekurangan keyakinan diri atau kebimbangan tentang penampilan yang kelihatan lebih tua.
3)LAKONAN ATAU KOSTUM Dalam dunia hiburan, sama ada di teater, filem, atau pun dalam dunia cosplay, pewarna rambut boleh menjadi alat penting dalam membentuk tampilan yang sesuai dengan karakter yang dimainkan. Pewarna rambut sering digunakan untuk menciptakan tampilan yang unik atau dramatis yang tidak mungkin dicapai dengan warna rambut asli. TUJUAN DYE DIGUNAKAN
KESAN PENGGUNAAN DYE TERHADAP KESIHATAN Warna semula jadi rambut bergantung kepada nisbah bahan kimia protein melanin iaitu eumelanin dan phaeomelanin. Eumelanin bertanggungjawab kepada warna rona warna perang ke hitam, manakala phaeomelanin pula memberikan warna keemasan dan merah. Ketiadaan kedua jenis protein ini akan menyebabkan rambut berwarna kelabu atau putih. Bahan kimia PPD sendiri tidak berwarna. Namun hasil tindakbalas pengoksidaan dalam keadaan beralkali akan menghasilkan warna yang pelbagai pada rambut. Bahan pengoksidaan yang biasanya digunakan adalah hydrogen peroxide dan agent alkali PPD pula biasanya ammonia. Umumnya PPD adalah selamat digunakan sebagai pewarna rambut kerana ianya diregulasi of European Cosmetics Directive, 76/768/EEC (revised No. 1223/2009). Kandungan PPD yang dibenarkan adalah hanya sehingga 2% pada rambut. Dalam kuantiti yang dibenarkan, ia lebih selamat daripada pewarna rambut sintetik lain seperti lead acetate trihydrate, dan 4- aminobiphenyl (4-ABP). Pun begitu, bahan dan cara penyediaan yang tidak sempurna akan menyebabkan PPD yang tidak teroksida sepenuhnya. Keadaan ini boleh menyebabkan reaksi seperti iritasi, ruam kering, pedih dan gatal kepada kulit yang terdedah. Untuk mengelakan kesan sampingan disebabkan pengoksidaan PPD yang tidak sempurna, pastikan mendapatkan servis daripada pusat kecantikan yang diyakini. Untuk produk pula, pastikan beli daripada pengeluar yang punya reputasi baik dan patuhi arahan penyediaan pada label.
Pendedahan kali pertama PPD kepada individu sensetif biasanya tidak memberikan kesan, namun pendedahan berikutnya boleh menjadi lebih teruk. Antara gejala alahan PPD adalah ruam kemerahan, lecet dan bengkak pada kelopak mata atas, cuping telinga, kulit kepada, muka, leher, tangan dan kaki (lihat contoh gambar di bawah). Tindakbalas sistematik badan terhadap PPD boleh membawa kepada anaphylaxis (respond berlebihan sistem imuniti badan). Antara gejala selain masalah kepada kulit adalah pening, loya dan muntah, pembengkakan pada kerongkong dan lidah, kesukaran bernafas dan pengsan. Jika tidak dirawat ianya boleh menyebabkan kematian. Masalah pada kulit yang sensetif juga boleh berpanjangan kepada hyperpigmentasi dan parut. Walaupun jarang dilaporkan, PPD juga dipercayai boleh menyebabkan leukoderma atau vitiligo iaitu keadaan di mana kulit kehilangan sel pigmen melanocytes kepada individu yang cenderung secara genetik.
JENIS DYE DAN KEGUNAAN 1) PEWARNA RAMBUT PERMANEN - Pewarna rambut permanen menggunakan bahan kimia seperti amonia dan peroksida untuk membuka lapisan rambut dan menghilangkan pigmen alami. - Setelah pigmen alami dihilangkan, pewarna permanen menggantikannya dengan pigmen buatan yang memberikan warna. - Pewarna permanen biasanya memberikan hasil yang paling tahan lama dan intens, bertahan hingga rambut tumbuh kembali atau diwarnai kembali. 2) PEWARNA RAMBUT SEMI PERMANEN - Pewarna rambut semi permanen mengandungi bahan kimia yang lebih lembut daripada pewarna permanen, seperti peroksida dalam konsentrasi yang lebih rendah. - Mereka tidak merosakkan lapisan rambut sebanyak pewarna permanen kerana mereka hanya menembus lapisan luar helai rambut. - Pewarna semipermanen akan bertahan lebih lama daripada temporary tetapi lebih cepat memudar daripada pewarna permanen, biasanya setelah sekitar 4-6 minggu.
3) PEWARNA RAMBUT TEMPORARY - Pewarna rambut temporary tidak mengandungi bahan kimia yang merosakkan kerana mereka hanya menempel di luar helai rambut. - Mereka sering tersedia dalam bentuk sampo, busa, atau semprotan dan dapat dengan mudah dicuci dengan air setelah beberapa kali pencucian . - Pewarna temporary sesuai untuk seseorang yang ingin mencuba warna baru tanpa komitmen jangka panjang atau untuk menciptakan kesan sementara, seperti untuk acara khusus.
HUKUM MEWARNAKAN RAMBUT - Haram bagi lelaki dan perempuan mewarnakan janggut dan rambut dengan warna hitam. Namun, sunat mewarnakan uban dan rambut dengan warna yang lain sama ada kuning atau merah.Mewarnakan rambut dengan pewarna tertentu selain hitam adalah dibolehkan. Perkara ini telah dibuktikan menerusi hadis Nabi yang begitu banyak menggalakkan sahabatnya menginai rambut mereka apabila usia meningkat. - Sabda Nabi SAW : "Warnakanlah rambut kamu semua dengan inai. Sesungguhnya perbuatan itu akan menyebabkan kamu semua kelihatan lebih muda dan bergaya ketika hendak melangsungkan perkahwinan." (Riwayat al-Bukhari) ِّ ُروا - َب َغي َو ال َّشْي لَ تَ َشبَّ يَ ُهوِّد ُهوا ْ بِّال - Maksudnya: “Ubahlah warna uban dan jangan menyerupai orang Yahudi.” َّن - يَ ُه إ و َد ِّ َر ال ى ْ َصا َوالنَّ لَ يَ ْصبُغُو َن، فَ َخاِّلفُو ُه ْم - Maksudnya: “Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut. Justeru, hendaklah kamu berlainan daripada mereka.” DYE RAMBUT MENURUT ISLAM
- Perbuatan menghitamkan uban mengandungi unsur-unsur pemalsuan dan mengubah keadaan yang sebenar. Dengan celupan warna hitam, seseorang dewasa kelihatan seperti remaja, orang tua kelihatan muda kepada pandangan orang ramai. Hal ini menyebabkan sangkaan mereka berlainan daripada keadaan yang sebenar. Adapun warna yang lain tidaklah sampai ke tahap pengubahan, penipuan dan pemalsuan.” - Inilah pendapat mazhab al-Syafie. Adapun di sisi mazhab Maliki, Hanafi dan Hanabilah, hukum mewarnakan rambut dengan warna hitam adalah makruh dan diharuskan semasa perang. Imam Abu Yusuf daripada Hanafiyyah mengharuskan secara mutlak
HUKUM MEWARNAKAN RAMBUT 1. Sunat (a)Mewarna rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam 2. Harus (a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad (b) Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami. 3. Makruh (a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh (b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya. 4. Haram (a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b) (b) Mewarnakan rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.
PANDANGAN ULAMAK Perkara ini berdasarkan sabda Nabi SAW: "Warnakanlah rambut kamu semua dengan inai kerana ia menambahkan kemudaan kamu semua khususnya ketika hendak bernikah." (Riwayat al-Bukhari) Hadis itu jelas menunjukkan Nabi SAW menggalakkan umat Islam mewarnakan rambut dengan inai supaya sentiasa kelihatan muda dan kuat. Lebih jelas lagi apabila terdapat riwayat daripada Anas bin Malik mengatakan, "Seorang lelaki telah masuk kepada Nabi SAW dengan keadaan rambutnya dan janggutnya putih (kerana faktor usia), Nabi SAW bertanya kepada lelaki itu: Adakah kamu seorang Islam? Lantas lelaki itu menjawab: Ya. Nabi SAW bersabda lagi: Warnakanlah rambutmu itu dengan inai." (Riwayat al-Bukhari). Sebagai menyahut saranan Nabi SAW ini, ramai dalam kalangan sahabat yang telah mewarnakan rambut mereka dengan inai antaranya Abu Bakar dan cucu Baginda SAW, Hasan serta Hussein. Kedua, hukum mewarnakan rambut dengan warna hitam, ulama terbahagi kepada dua pandangan. Mazhab Syafie mengharamkan umat Islam menghitamkan rambutnya dengan bahan tertentu. Dalil mereka ialah Abdullah bin Umar berkata: "Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Kuning adalah warna orang mukmin, merah juga termasuk dalam warna orang Mukmin manakala warna hitam pula adalah untuk orang kafir." (Riwayat Ahmad ibn Hanbal)
Dalam riwayat lain, Ibnu Abbas berkata, "Nabi SAW bersabda: Akan tiba suatu masa pada akhir zaman satu kaum yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam, sesungguhnya Allah SWT tidak akan melihat kepada mereka." (Riwayat al-Nasa'i) Menurut al-Zuhayli dan Soleh Fawzan, warna hitam yang dilarang oleh Nabi SAW dalam hadis itu adalah untuk mereka yang mewarnakan rambut dengan tujuan menipu, sombong dan riak. Mereka yang mewarnakan rambut hitam untuk tujuan peperangan dan menampakkan orang Islam itu kuat serta gagah tidak termasuk dalam larangan hadis berkenaan. Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali tidak mengharamkan perbuatan mewarnakan rambut dengan warna hitam. Menurut Ibn Hajar, mewarnakan rambut dengan warna hitam haram jika ia bertujuan untuk menipu, menggoda dan sebagainya. Ini kerana terdapat riwayat yang banyak menunjukkan sahabat telah mewarnakan rambut dengan warna hitam untuk tujuan kebaikan. Jika perbuatan itu difahami sebagai haram oleh sahabat Nabi, nescaya mereka akan meninggalkannya. Antara riwayatnya, Umar ibn Khattab pernah berkata, "Warnakan rambut kamu semua dengan warna hitam kerana ia mampu membuatkan isteri sayang kepada kamu dan menakutkan musuh." (Riwayat al-Tirmizi) Ibn Abi Mulaykah pernah meriwayatkan, Uthman ibn Affan pernah menghitamkan rambutnya dengan warna hitam. Ali ibn Abi Talib pernah berkata: "Hendaklah ke atas kamu semua mewarnakan rambut dengan warna hitam ini kerana ia mampu menakutkan musuh di samping menyebabkan isteri menyayangi kamu." (Riwayat Ibn al-Jawziy).
Kesimpulannya, bagi menghormati kedua-dua pandangan di atas, saya berpendapat adalah lebih sesuai jika hukum mewarnakan rambut dengan warna hitam ditentukan sebagai makruh. Ini memberi erti perbuatan itu mestilah bergantung kepada niat dan maksud individu yang melakukannya. Jika dia mewarnakan rambut dengan warna hitam untuk menipu dan sebagainya, maka hukumnya adalah haram. Namun, jika dia berbuat demikian untuk kelihatan gagah di hadapan musuh, orang kafir atau memikat hati isteri, maka hukumnya adalah makruh dan perbuatan itu juga tidak dikira berdosa. Ketiga, hukum mewarnakan rambut dengan bahan yang menghalang rambut dari terkena air adalah haram kerana perbuatan itu akan menyebabkan wuduk atau mandi wajib seseorang tidak sah. Rentetan daripada keadaan itu, maka tidak dinafikan lagi solat yang mereka lakukan juga tidak sah.
KAEDAH FEQAH 4.0 HUBUNGKAIT TAJUK DENGAN KAEDAH FIQH BERSERTA HURAIAN 4.1 SETIAP SESUATU ITU BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA Rujukan utama hadis Riwayat Saiyidina Umar al-Khattab yang bermaksud: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang diniatkan. PERBINCANGAN KAEDAH 1. Sekiranya seseorang itu berniat mewarnakan rambut dengan warna hitam untuk kelihatan muda maka hukumnya adalah haram. 2. Jika seseorang itu mewarnakan rambut dengan niat untuk mendapatkan kedudukan didalam masyarakat maka hukumnya adalah makruh.. 3. Andai kata seseorang itu berniat untuk mewarnakan rambut dengan tujuan mengikut budaya orang kafir maka hukumnya diklasifikasikan sebagai haram
4.2 KEYAKINAN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SYAK Menggunakan dalil yang menjadi pengukuh kaedah ini adalah firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat ke-36: َو َم ِّ ُع ا ْم يَتَّب ُرهُ َ ْكثَ َّل أ ِّ َظ َّن إ نَّا ال ل يُ ْغنِّي ِّم َن َّظ إ َّن ِّ َح قِّ ال َشْيئًا َّن ْ ِّ إ َ م ا بِّ َم ْو َن َّّللا َعِّلي ُ ْفعَل يَ "dan kebanyakannya mereka tidak menurut melainkan suatu sangkaan sahaja. Pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak untuk menentukan sesuatu kebenaran. PERBINCANGAN KAEDAH 1. Dibolehkan mewarnakan rambut dengan warna-warna inai tetapi diharamkan. mewarnakan rambut dengan warna hitam sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW telah bersabda: "Pada akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum yang bersemir dengan warna hitam seperti tembolok merpati. Mereka itu tidak akan mencium bau surga." (HR. Abu Daud). Dari konteks hadits larangan mewarnai rambut dengan warna hitam yaitu hadits yang berbunyi, "Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam".
KESIMPULAN Penggunaan pewarna rambut adalah satu keputusan kosmetik yang popular bagi ramai individu yang ingin mengubah atau menyelaraskan semula warna rambut mereka. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memahami bahawa pewarna rambut mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh memberi kesan sampingan kepada kulit kepala dan rambut.Walaupun terdapat risiko kesan sampingan, penggunaan pewarna rambut masih diterima oleh ramai individu sebagai cara untuk meningkatkan penampilan dan keyakinan diri mereka. Bagi sesetengah individu, risiko ini mungkin dianggap berbaloi dengan manfaat estetik yang diperoleh. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memahami dan menimbangkan kesan kesihatan sebelum membuat keputusan untuk menggunakan produk pewarna rambut. RUMUSAN Rumusannya, pemakaian pewarna rambut adalah bahawa ia adalah pilihan kosmetik yang popular untuk mengubah warna rambut, tetapi ia menyimpan risiko kesan sampingan seperti iritasi kulit kepala, kerosakan rambut, dan reaksi alergi. Walaupun begitu, dengan melakukan ujian alergi, memilih produk yang sesuai, dan mengikuti arahan penggunaan dengan teliti, individu dapat meminimumkan risiko kesan sampingan dan menikmati manfaat estetik pewarna rambut. Penting untuk mempertimbangkan kesihatan dan keselamatan semasa menggunakan produk pewarna rambut untuk pengalaman yang lebih selamat dan memuaskan.
REFERENCE Hairanie bt. Sa’ban,2017,”PEWARNA RAMBUT”,myhealth.moh.gov.my, http://myhealth.moh.gov.my/pewarna-rambut/ Nadzirah Roselan,2022,” Bahaya Ke Tak Mewarnakan Rambut Ni? Ini Jawapan Ahli Kimia…”,SIRAP LIMAU.COM, https://siraplimau.com/bahaya-ke-takmewarnakan-rambut-ni-ini-jawapan-ahli-kimia/ Umar Mukhtar Mohd Noor, 17mei 2018, “hukum mewarnakan rambut dengan warna hitam“,muftiwp.gov.my,https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/alkafi-li-al-fatawi/2405-al-kafi-742-hukum-mewarnakan-rambut-denganwarna-hitam
MOHAMAD IZZUDDIN BIN MOHAMAD YUSOF 19DMA21F2103 KOTA BHARU ,KELANTAN BUJANG BADMINTON/ HOCKEY SUMBANGAN -HUKUM PENGUNAAN DYE -KESIMPULAN -JENIS DYE MUHAMMAD ZAILI BIN SHARUL ANUWAR 19DMA21F2111 BUJANG NIBONG TEBAL,PULAU PINANG PING-PONG/DART SUMBANGAN -APA IT DYE RAMBUT -TUJUAN DYE DIGUNAKAN -KESAN PENGUNAAN DYE TERHADAP KESIHATAN BIODATA DAN SUMBANGAN
MUHAMMAD HAFIZUDIN BIN ZEPALI 19DMA21F2101 BUJANG ULU TIRAM ,JOHOR FUTSAL/WOODBALL MUHAMMAD IHSAN IRFAN BIN RAZILAH 19DMA21F2102 BUJANG JERANTUT , PAHANG TAKRAW/NETBALL SUMBANGAN -PRINSIP SYARIAH SUMBANGAN -KAEDAH FEQAH -RUMUSAN