The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Goury Soundrapandian, 2020-10-23 02:37:34

robotic fr Pn Goury-converted

robotic fr Pn Goury-converted

ROBOTIK

NAMA PESERTA : V.JOEL EBENEZER NAIR
: M.DARIC SOOSAY
KELAS : S.ABED NEGE
NAMA SEKOLAH : J.VINESH
GURU PEMBIMBING : 3 GIGIH
: SMK METHODIST (ACS) KLANG
: PUAN GOURY SOUNDRAPANDIAN

i. Tajuk
ii. Kandungan
iii. Penghargaan & Pengesahan

ISI KANDUNGAN
1.0 Latar belakang bidang kerjaya Revolusi Industri 4.0
2.0 5 Pekerjaan dalam Revolusi Industri
3.0 Kerjaya pilihan
4.0 Latarbelakang kerjaya pilihan
5.0 Syarat Kelayakan
6.0 Prospek masa depan
7.0 Spesifikasi perkerjaan dan etika kerja
8.0 Suasana pekerjaan

9.0 Gaya hidupan/ciri ciri professional seorang dalam
bidang kerjaya pilihan berdasarkan pemerhatian

10.0 Kesimpulan/penutup

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa kami yang telah memberi bantuan dari segi kewangan,
sokongan moral dan dorongan kepada kami.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Tuan Pengetua, Encik Raman A/L Annamalai kerana
memberi kebenaran untuk menjalankan dan menjayakan
projek ini.

Selain itu, mengucapkan terima kasih kepada guru
PPDa ysng kami kasihi, Puan Goury Soundrapandian
yang memberi sokongan dan dorongan.

Dengan kerjasama semua pihak kami dapat
menjalankan. Kajian ini dengan sempurna. Sekali lagi,
kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat

TERIMA KASIH !!!!

PENGENALAN ROBOTIK

➢ Robotik ialah cabang kejuruteraandan sains
antaradisiplin yang merangkumi kejuruteraan
mekanikal, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan
maklumat, sains komputern, dan lain-lain. Robotik
berkaitan dengan reka bentuk, pembinaan, operasi, dan
penggunaan robot, serta sistem komputer untuk
kawalan mereka, maklum balas deria, dan pemprosesan
maklumat.

LATAR BELAKANG BIDANG KERJAYA

Apa maksud kerjaya yang sebenarnya?

Menurut Tolbert (1994), kerjaya didefinisikan sebagai
rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu
mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sepanjang hidupnya
dan ada juga individu yang gemar bertukar-tukar pekerjaan.

Kerjaya menurut Super (1957,1972) pula merangkumi
persediaan-persediaan yang dilakukan oleh seseorang individu
sebelum bekerja dan juga peranan lain yang dilakukan selapas
bersara.

➢ Teknologi ini digunakan untuk mebangunkan mesin yang boleh
menggantikan tenaga manusia dan meniru tindakan manusia. Robot boleh
digunakan dalam banyak situasi dan banyak tujuan, tetapi hari ini banyak
digunakan dalam persekitaran berbahaya (termasuklah pengesanan dan
penyahaktifan bom), proses pembuatan, atau di mana manusia tidak dapat
bertahan.

➢ Robot boleh mengambil apa-apa bentuk tetapi ada yang dibuat untuk
menyerupai manusia dalam penampilan. Ini dikatakan membantu dalam
penerimaan robot dalam perilaku replika tertentu yang biasanya dilakukan
oleh orang. Robot sedemikian cuba untuk meniru berjalan, mengangkat,
bertutur, kognisi, dan pada dasarnya apa yang manusia boleh lakukan. Ramai
robot hari ini diilhamkan oleh alam semula jadi menyumbang kepada bidang
robotic bio yang diilhamkan. Konsep mewujudkan mesin yang boleh

beroperasi secara autonomi bermula pada ZAMAN KLASIK.

KOMPONEN ASAS ROBOT

Robot direka bentuk daripada kombinasi beberapa komponen,
komponen ini terdiri daripada:

1)Manipulator
2)Pengawal (controller)
3)Sumber penggerak
4)Alat hujung lenggan(end effektor)
5)Penderia (sensor)

Lima komponen ini mempunyai peranan masing-masing untuk
menjayakan tugas yang diarahkan kepada robot











PEKERJAAN DALAM BIDANG
ROBOTIK

Pembantu jurutera Mekatronik (Mekanikal /
elektronik /Automasi perindustrian) atau penyelia
mekanikal / elektronik / automosi perindustrian.

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM
Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata
pelajaran berikut:

1) Matematik

2) Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan
Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata
Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran
Vokasional (MPAV),

3) Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain

Dan

Lulus Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM
Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C
(NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran dan Lulus SPM bagi mata
pelajaran berikut:
1) Matematik

2) Bahasa Inggeris

3) Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains /
Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul; DAN lulus SPM bagi mata pelajaran
berikut:

1) Matematik

2) Bahasa Inggeris

3) Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains /
Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

PENGENALAN KURSUS ROBOTIK

Kursus Teknologi Kejuruteraan Automasi dan Robotik
diwujudkan bertujuan untuk memberi latihan kemahiran
diperingkat teknologi tinggi bagi pelajar lepasan SPM dan
memberi laluan kepada mereka untuk melanjutkan
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang ini
dimana-mana institut pengajian tinggi awam dan swasta.
Kursus ini adalah gabungan daripada teknologi elektronik
dan mekanikal dengan memberikan penekanan kepada
sistem automasi dan penggunaan robot yang meluas.
Selain menekankan aspek teori atau

pengetahuan berkaitan , kursus ini juga memberi latihan
kemahiran dalam menggunakan pelbagai sistem seperti
hidraulik dan elektro‐hidraulik, pneumatik dan
elektro‐pneumatik, sistem elektrik dan elektronik, sistem
automasi dan sistem robotik. Pelajar juga dilatih agar
boleh merekabentuk dan membangunkan atau
mengubahsuai dan mempertingkatkan sistem atau
peralatan yang digunapakai dalam industri proses dan
pembuatan disamping mematuhi prosedur dan peraturan
keselamatan yang ditetakan.

PEMBEDAHAN ROBOTIK

Pembedahan konvensional sering dikaitkan dengan risiko tinggi selain
luka pembedahan besar yang menyebabkan masa pemulihan lebih lama
hingga menimbulkan kesan trauma ke atas pesakit.

Bagaimanapun, seiring kepesatan teknologi perubatan, stigma
masyarakat terhadap pembedahan kian berubah selepas penggunaan
teknologi pembedahan robotik mengambil alih kaedah konvensional
dalam kebanyakan pembedahan.

Teknologi ini memiliki kelebihan berbanding pembedahan konvensional
menggunakan tangan manusia yang selama ini jangkauan tangan pakar
bedah agak terbatas manakala sudut peralatan pembedahan biasanya
hanya dua dimensi.

Akibatnya, pembedahan menjadi kurang optimum sehingga menyebabkan
risiko pendarahan lebih tinggi.

Pembedahan robotik biasanya meminimumkan kehilangan darah,
mengurangkan masa pemulihan pasca pembedahan dan ia membolehkan
ketepatan dalam melaksanakan prosedur, sekali gus menyelamatkan tisu
sihat daripada kerosakan.

Penyembuhan yang lebih cepat dan tahap kesakitan yang lebih rendah pula
dapat menjadikan tempoh tinggal di hospital lebih singkat berbanding
pembedahan konvensional.

Pusat Perubatan Sunway (SMC) baru-baru ini mengadakan bengkel mengenai
ginekologi robotik menggunakan sistem pembedahan da Vinci. Tiga
pembedahan robotik dilakukan untuk menunjukkan kemudahan penggunaan
dan keberkesanan kaedah ini kepada sekumpulan doktor bedah tempatan.

KEPENTINGAN KERJAYA
ROBOTIK

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kepentingan dan
keperluan robotik dalam industri:

✤ Dapat melakukan tugas untuk menghasilkan pengeluaran yang
berkualiti dengan kuantiti yang besar.
✤ Dapat berkerja secara berterusan tanpa letih, cuti, mengambil
alih tugas dan tidak perlukan insuran perubatan.
✤ Dapat melaksanakan tugas dengan lebih cepat dan tepat
✤ Dapat melaksanakan tugas berulang-kali dengan memberi
kejituan yang tinggi ketika dalam kawalan.





PENUTUP

Kesimpulannya, saya akan melipat gandakan usaha
saya dalam mencapai keputusan yang baik dalam SPM
serta dapat melanjutkan pelajaran di university
terkemuka di Malaysia. Folio ini juga banyak membantu
saya dalam menambahkan ilmu pengetahuan dalam
bidang kulinari sekaligus membakar semangat saya
untuk menjadi seorang pelajar yang berpengetahuan
luas dan seorang ahli robotic satu hari nanti.

RUJUKAN

1) https://ms.wikipedia.org/wiki/Robotik
2) http://www.adtecsa.gov.my/index.php/2016-08-23-03-16-

49/kursus-sepenuh-masa?layout=edit&id=56
3) https://www.tvetmara.edu.my/index.php/component/splms/c
4) https://www.slideshare.net/halenna/asas-robotik-2


Click to View FlipBook Version