The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vvvvvvvvv, 2019-08-06 00:08:01

ISLAM DALAM PEMBINAAN TAMADUN MELAYU

ISLAM DALAM PEMBINAAN TAMADUN MELAYU

CTU551

PERANAN ISLAM DALAM
PEMBINAAN TAMADUN MELAYU

CHE ZAHARAH ABDULLAH
FADHILAH ADIBAH ISMAIL
MASTURA RAZALI

Bab Pendahuluan

Pencapaian tamadun Melayu menjadi bukti
kegemilangan bangsa Melayu pada lembaran sejarah
silam. Pencapaian ini boleh dilihat daripada aspek
material (benda), intelektual (ilmu pengetahuan) dan

spiritual (agama/kepercayaan).

Pencapaian Tamadun Melayu banyak mempengaruhi
perkembangan tamadun Malaysia sekali gus

mengaplikasikan tamadun Islam dalam semua aspek
Kehidupan. Tamadun Melayu telah menjadi landasan
perkembangan tamadun Malaysia yang bertunjangkan
nilai agama, identiti diri, aspek kesenian dan budaya,

politik dan perundangan.

Bab Kerajaan Dan Pemerintahan

Kerajaan dan sistem pemerintahan merupakan tunggak
dalam pembinaan sesebuah tamadun.

Wujudnya kerajaan yang mempunyai sistem
pemerintahan yang berasaskan undang-undang Islam

Antara kerajaan dan pemerintahan Islam di Alam
Melayu adalah:

 Kerajaan Melayu Melaka
 Kerajaan Perlak
 Kerajaan Samudera Pasai
 Kerajaan Aceh
 Kerajaan Pattani

Bab 2-Perundangan

Sistem pemerintahan tersebut menggunakan undang-
undang bertulis berdasarkan undang-undang Islam:

 Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka
dilaksanakan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka

 Undang-undang 99 digunakan oleh Kesultanan Melayu Perak
 Hukum Kanun Pahang diamalkan oleh Kerajaan Melayu Pahang
 Kanun Meukuta Alam dilaksanakan di Kerajaan Melayu Aceh

Bab Pendidikan

Terdapat dua bentuk pendidikan yang wujud dalam
masyarakat Melayu iaitu formal dan tidak formal.

Pendidikan formal telah menghasilkan
pelbagai pusat pendidikan di Alam
Melayu yang berteraskan beberapa
bidang pengajian Islam seperti ilmu
aqidah, fiqh, akhlak, tafsir dan
sejarah Islam.

Manakala pendidikan tidak formal
adalah pendidikan yang berlaku
dalam kehidupan bermasyarakat yang
kemudiannya membentuk kemahiran
berfikir, berusaha, berbudi pekerti
dan bijak dalam bertindak.

Bab Pendidikan

Pencapaian dalam aspek pendidikan oleh
tamadun Melayu adalah seperti berikut:

 Kelahiran dan perkembangan
institusi pendidikan agama Islam

 Minat dan kesukaan para sultan
atau pemerintah menguasai
pendidikan Islam

 Munculan golongan ilmuan Melayu

 Kelahiran manuskrip dan naskhah-
naskhah Melayu yang dihasilkan
oleh para ilmuan

Bab Budaya dan Sosial

Budaya menulis dan berpuisi telah berjaya
menghasilkan manuskrip Melayu serta puisi Melayu
seperti pantun, syair, pepatah dan gurindam

Wujudnya budaya bercerita melalui tradisi lisan yang
disampaikan oleh tukang cerita, tok selampit dan tok
dalang.

Wujudnya adat istiadat dan pantang larang dalam
kehidupan orang Melayu

Bab Ekonomi

Lahirnya pusat kegiatan ekonomi di pelabuhan-
pelabuhan alam Melayu yang berjaya menjadi pusat
pusat import-eksport yang maju seperti Melaka

Bukti pencapaian tahap kecemerlangan ekonomi di
Alam Melayu ialah dengan penggunaan mata wang
yang digunakan dalam pengurusan jual beli.

Bentuk ekonomi masyarakat tidak lagi dalam sistem
sara diri yang diamalkan sebelum ini.

Bab Bahasa dan Sastera

Pertambahan perkataan-perkataan yang berasal daripada
bahasa Arab, India dan Cina ke dalam bahasa Melayu

Terhasilnya manuskrip Melayu dalam pelbagai bidang.

Penghasilan tulisan Jawi yang diubahsuai dari huruf-
huruf bahasa Arab.

Bab Kesenian Dan Kemahiran
Pembuatan

Masyarakat Melayu terkenal dengan pelbagai
kemahiran pembuatan

Hasil-hasil barangan pembuatan ini dapat dilihat
dalam bentuk perkakasan dapur, pakaian,
peralatan nelayan, pertanian, seni kraf dan
sebagainya.

Setiap hasil kemahiran mengandungi nilai
falsafah Melayu yang berteraskan kepada agama
Islam.

Bab Kesimpulan

Tamadun Melayu mempunyai pelbagai pencapaian
yang terbukti melalui manuskrip, binaan , batu
bersurat , karya2 seni dan sastera.

Ketinggian tamadunnya memaparkan jati diri dan
identiti bangsa Melayu. Kejayaan masyarakat
Melayu silam mencorakkan tamadun dan budaya –
menjadi bangsa Melayu menjadi satu rumpun yang
dikenali, dihormati dan disanjung.

Tongga kejayaan ini terletak pada pembentukan
modal insan yang berpegang kuat pada agama,
falsafah bangsa , jati diri yang teguh dan budi
pekerti yang luhur.

Rumusan

 Sesungguhnya kedatangan Islam ke rantau ini berjaya merubah
sistem kehidupan yang telah lama berakar umbi di dalam jiwa orang
Melayu dari segenap aspek

 Seterusnya dengan beridentitikan Islam, tamadun Melayu telah
berjaya membentuk satu tamadun yang cemerlang terutamanya di
Malaysia.


Click to View FlipBook Version