KARAKTER MURID JOHOR 2.0
(KrMJ)
PENDIDIKAN HOLISTIK JPNJ
2021 - 2025
KARAKTER MURID JOHOR
Pembentukan dan dasar pendidikan negara seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961 adalah
bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin.
Pada tahun 1988, Falsafah pendidikan Kebangsaan diperkenalkan dengan matlamat yang lebih menyeluruh.
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Karakter Murid Johor atau lebih dikenali sebagai KrMJ merupakan nilai tambah yang diperkenalkan kepada
semua murid di negeri Johor bagi melahirkan murid Johor yang mempunyai identiti Johor. Sejak diperkenalkan pada tahun
2017, KrMJ telah memperkenalkan beberapa program antaranya keseragaman Kemeja-T KrMJ, rambut kemas ala Johor dan
juga amalan budaya salam serta teks doa yang seragam.
Kini KrMJ 2.0 yang bermula pada tahun 2021 telah memperkenalkan beberapa lagi program selaras dengan
pendidikan holistik 2.0 Jabatan Negeri Johor. Program Perintis Warisan, Sahabat, Senamrobik KrMJ dan Program
Dwibahasa (Prodib) antara program baharu yang diperkenalkan bagi menyuntik identiti Johor yang lebih menyerlah dalam
kalangan murid Johor.
RAMBUT ALA JOHOR
BUTIRAN Rambut pendek ala Johor untuk murid lelaki
PROGRAM Rambut dipotong menggunakan tapak 2 atau 3
ISU Murid berambut panjang atau mengikut trend.
Potongan rambut yang tidak mengikut buku
KPI peraturan sekolah.
IMPAK Bilangan sekolah yang melaksanakan program
potongan Rambut Ala Johor.
Mewujudkan penampilan yang kemas dan
berdisiplin dalam kalangan murid lelaki Johor.
LELAKI
Murid lelaki dilarang berambut panjang.
Istilah RAMBUT PANJANG adalah seperti berikut :
Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di
bawah ………………cuping telinga.
Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi.
Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga
atau ………………sebahagian daripadanya dan
sideburn ………………melebihi garisan tengah hidung.
Di atas : Rambut lebih daripada 8 cm panjang.
RAMBUT MURID LELAKI
Murid lelaki dilarang mewarnakan rambut.
Potongan rambut berfesyen seperti punk, mohawk, spiky,
berekor atau seumpamanya adalah dilarang.
Mencukur licin rambut di kepala adalah dilarang kecuali untuk
tujuan keagamaan dan kesihatan dengan kebenaran Pengetua
dan guru besar.
Untuk penerangan lebih lanjut, sila rujuk gambar bagi gaya
menyimpan rambut murid lelaki yang dibenarkan.
PANDANGAN BELAH
HADAPAN DAN BELAKANG
PANDANGAN BELAH
KIRI DAN KANAN
CARA POTONGAN RAMBUT
-SISI TEPI KIRI, KANAN DAN
BELAKANG MENGGUNAKAN
TAPAK 2.
-SISI HADAPAN
MENGGUNAKAN TAPAK 3.
TERIMA KASIH