The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norisle, 2023-09-12 22:46:18

6.1 Pengasasan Johor Riau

6.1 Pengasasan Johor Riau

Oleh: Cikgu Noridah BAB 6: KESULTANAN JOHOR RIAU


Pengenalan Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini juga mewarisi sistem pemerintahan dan pentadbiran serta wilayah jajahan takluk dan naungan Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Johor Riau juga meneruskan tradisi kegemilangan dan keagungan kerajaan awal di Alam Melayu.


6.1 PENGASASAN KESULTANAN JOHOR RIAU 1. Pengasasan Kerajaan ➢Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah. ➢Baginda menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-1564). ➢Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan menghimpunkan rakyat untuk membuka negeri di pesisir Sungai Johor.


2. Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua ➢Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun 1528. ➢Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai yang lebar dan dalam memudahkan kapal untuk keluar masuk. ➢Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi benteng pertahanan daripada ancaman luar.


3. Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang ➢ Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1535. ➢ Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan di Kota Sayong. ➢ Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar melintasi sungai yang sempit.


4. Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama ➢ Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor Lama. ➢ Kawasan ini juga dikenal sebagai Tanjung Batu. ➢ Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang lebar dan dalam memudahkan kemasukan kapal dagang.


Tahukah Anda? Kesultanan Johor Riau yang diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I telah berkembang dan diperintah oleh sultan daripada dua keturunan. Dari tahun 1528 hingga 1699, pemerintahan Kesultanan Johor Riau diketuai oleh waris berketurunan Kesultanan Melayu Melaka. Manakala dari tahun 1699 hingga 1824, kegemilangan dan kemasyhuran Kesultanan Johor Riau diteruskan pula oleh sultan berketurunan Bendahara Johor.


Cabaran Ke Arah Kegemilangan Kesultanan Johor Riau menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan kedaulatannya. Antara cabaran tersebut termasuklah persaingan Johor-Acheh-Portugis, Perang Johor-Jambi, konflik pembesar dan ancaman Raja Kechil.


1. Persaingan Johor-Acheh-Portugis ➢ Berlaku peperangan antara tiga kuasa ini untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka. Perang ini dikenali sebagai Perang Tiga Segi atau Perang Seratus Tahun. ➢ Peperangan ini berakhir apabila Johor memberikan bantuan kepada Belanda untuk mengalahkan Portugis dan menguasai Melaka pada tahun 1641. Acheh pula mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani.


2. Perang Johor-Jambi ➢ Johor menuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi. Krisis dan peperangan berlaku dari tahun 1659 hingga 1679. ➢ Johor menyerang Jambi pada bulan Jun 1679. Jambi tewas dan tunduk di bawah kuasa Kesultanan Johor Riau yang berpusat di Riau.


3. Konflik Pembesar ➢ Konflik berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil untuk menguasai pemerintahan Kerajaan Johor Riau. ➢ Persaingan berakhir dengan pengunduran Laksamana Tun Abdul Jamil ke Terengganu. ➢ Keturunan Bendahara kembali berpengaruh dalam pemerintahan Kerajaan Johor Riau. Tun Habib meninggal dunia dan dikenali dengan gelaran Bendahara Padang Saujana. Jawatan Bendahara digantikan oleh anaknya, Tun Abdul Jalil.


4. Ancaman Raja Kechil ➢ Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718 kerana menuntut takhta kerajaan Johor. Baginda mendakwa dirinya sebagai putera Sultan Mahmud Shah I (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) (1685-1699) dan mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor Riau dengan menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. ➢ Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV meminta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil. ➢ Raja Kechil dapat dikalahkan pada 4 Oktober 1722. Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760), manakala Daeng Merewah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda atau Yamtuan Muda Bugis yang pertama di Johor.


NILAI, PATRIOTISME DAN IKTIBAR Cabaran yang dihadapi oleh Kesultanan Johor Riau tidak menggugat kewibawaan pemerintah dan kedaulatan Johor. Kecekalan dan kebijaksanaan para pemerintah menghadapi cabaran getir telah membawa Kesultanan Johor Riau ke arah kegemilangan. Kita wajar mencontohi semangat juang yang tinggi dan mampu menghadapi segala cabaran demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan.


Strategi Menghadapi Cabaran 1.Pemindahan Pusat Pemerintahan ➢ Sebahagian besar pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau terletak di sepanjang pesisir Sungai Johor. ➢ Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1677-1685), kegemilangan Kesultanan Johor Riau diteruskan di Kepulauan Riau Lingga yang menjadi pusat pemerintahan yang baharu. ➢ Pusat pemerintahan sering berpindah disebabkan oleh keperluan strategi ketenteraan dan pertahanan serta muslihat mempertahankan diri daripada ancaman Portugis dan Acheh.


2. Membina Kota Pertahanan Kota pertahanan yang dibina sering berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan dan mempunyai bentuk serta ciri yang tersendiri. Kota Kara ➢ Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I. ➢ Terletak di Kuala Sungai Telor. ➢ Pagar dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40 kaki (12 meter). ➢ Diperkuatkan dengan bedil dan meriam.


3. Menjalinkan Hubungan dengan Belanda Kepemimpinan Kesultanan Johor Riau mengekalkan kedaulatan kerajaan dengan mengadakan perjanjian persahabatan dengan pihak Belanda. Dasar berbaik-baik dengan Belanda dilakukan sebagai strategi untuk menghadapi ancaman daripada Portugis di Melaka dan Acheh. ➢ Hubungan Johor-Belanda bermula pada tahun 1602 apabila Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II (1597- 1615) untuk melindungi Johor daripada serangan Portugis dan Acheh. ➢ Perjanjian Johor-Belanda ditandatangani pada 17 Mei 1606 antara Admiral Belanda, Cornelis Matelief de Jonge dan Sultan Alauddin Riayat Shah II di atas kapal Belanda bernama Oranje.


➢ Belanda meminta bantuan Johor untuk menyerang Melaka. Johor mengambil bahagian dalam perang Belanda-Portugis dengan memberikan bantuan yang berikut: ▪ Membantu mengangkut peralatan perang. ▪ Membuat tapak meriam. ▪ Menggali parit kubu. ▪ Menyekat musuh lari ke dalam hutan. ▪ Menaikkan semangat tentera Belanda. ➢ Johor membantu Belanda mengepung dan menyerang Portugis di Melaka sejak 2 Ogos 1640. ➢ Portugis di Melaka berjaya ditewaskan pada Januari 1641.


LATIHAN KELAS 2C DAN 2 G Buku aktiviti Top One ms 60 - 61 KELAS 2J Buku aktiviti Neuron ms 32 -34 D


Click to View FlipBook Version