The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhariz26, 2021-08-25 01:32:00

flipbook modul bahan asas masakan

flipbook modul bahan asas masakan

MARI BELAJAR BERSAMA CIKGU RIZ@myriz

Mata Pelajaran:
KEMAHIRAN HIDUP ASAS TAHUN 4

(KEFUNGSIAN TINGGI)

Tajuk:
BAHAN ASAS MASAKAN

BAHAN PEMBELAJARAN:

MODUL PEMBELAJARAN DAN LATIHAN
BAGI TAJUK BAHAN ASAS MASAKAN

1. Bahan
masakan kering

2. Bahan
masakan basah

Apa itu bahan kering

1. Bahan kering adalah bahan yang boleh disimpan dalam
tempoh yang lama.

2. Bahan kering boleh diletakkan di luar peti ais kerana
tidak akan rosak.

3. Contoh bahan kering yang biasa terdapat di dapur rumah
kita adalah seperti tepung, beras, gula, garam, cili kering,
serbuk kari, serbuk kunyit dan ikan bilis.

Apa itu bahan basah

1. Bahan basah adalah bahan yang tidak boleh disimpan
dalam tempoh yang lama.

2. Terdapat 2 jenis bahan basah iaitu bahan basah yang
perlu disimpan di dalam peti ais dan bahan yang boleh
diletakkan di rak atau almari dapur.

3. Contoh bahan basah adalah seperti ayam, daging,
ikan,sotong, udang,sayur, bawang, minyak, kicap, sos dan
santan.

Jom kita kenalijenis dan
nama bahan kering

Jom kita kenali jenis dan
nama bahan basah

Jom kita belajar tentang
kegunaan bahan kering dan

bahan basah

Kegunaan bahan kering dan basah

1. Bahan kering dan basah boleh dimasak untuk dijadikan
makanan.

2. Bahan kering seperti beras dan tepung merupakan bahan
makanan utama yang kita guna setiap hari.

3. Bahan kering seperti garam dan gula tidak boleh diambil
dalam jumlah yang banyak kerana boleh memudaratkan
kesihatan kita.

4. Bahan kering seperti serbuk kunyit, serbuk kari, cili
kering dan ikan bilis adalah bahan yang digunakan untuk
penambah perisa dalam makanan kita.

5. Bahan basah seperti ayam, daging, ikan, udang dan sotong
harus disimpan di dalam peti agar makanan tersebut
tidak dijangkiti bakteria. Makanan yang dijangkiti
bakteria boleh menyebabkan perut kita sakit.

6. Bahan basah seperti sayur-sayuran dan santan akan
cepat rosak jika tidak disimpan di dalam peti ais.

7. Kita perlu ambil banyak makanan seperti ikan dan sayur-
sayuran supaya badan kita sihat.









Jom kita kenali alatan
yang digunakan untuk
menyimpan makanan.

Bekas plastik

Bekas kaca

Raga

Jom kita kenali tempat
untuk menyimpan
makanan.

Peti ais

Almari

Rak

Cara simpan makanan kering

1. Bahan kering boleh dimasukkan di dalam bekas plastik
atau balang kaca .

2. Bahan kering yang telah dimasukkan di dalam bekas
plastik atau balang kaca akan disimpan di dalam almari
atau di rak makanan .

3. Kita perlu susun bekas plastik dan balang kaca dengan
kemas agar mudah untuk kita ambil serta dapur kita
akan nampak kemas dan cantik.

Cara simpan makanan basah

1. Bahan basah boleh dimasukkan ke dalam bekas plastik
selepas dicuci dengan bersih bagi bahan mentah seperti
ayam, udang, ikan, sotong dan sayur.

2. Bahan basah seperti bawang boleh disimpan di dalam
raga supaya tidak cepat rosak dan diletakkan di rak
dapur.

3. Bahan basah seperti minyak, sos dan kicap boleh
disimpan di dalam almari atau rak makanan di dapur.

Jangan lupa buat tugasan
yang Cikgu Riz beri….


Click to View FlipBook Version