The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrsyamimiftinh, 2021-05-29 06:42:30

LOCAL

LOCAL

L DOCAL ESSERT
RECIPES

SPT 2043 (T/A) LOCAL DESSERT
TAJUK TUGASAN:

DISEDIAKAN OLEH:
NUR SYAMIMI FATINAH BINTI ROZAIDY B05SPT20F020

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN JAMILAH

TARIKH HANTAR:

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BIL. TAJUK 1
1. PENGENALAN 2-5
2. BAHAN-BAHAN LOCAL DESSERT 6-7
3. PERALATAN LOCAL DESSERT 8-16
4. MALAY DESSERT 17-21
5. NYONYA DESSERT 22-24
6. INDIAN DESSERT 25
7. RUMUSAN 26
8. RUJUKAN

PENGENALAN

“Local Dessert” adalah makanan yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan di Asia
termasuklah kuih-muih tempatan seperti bubur , pengat dan lain-lain lagi. Kuih-muih

tempatan makanan yang popular mengikut negeri dan adat resam di Malaysia.
“Local Dessert” ini dipanggil juga sebagai manisan atau pencuci mulut yang

dihidangkan pada akhir sesuatu kajian. Kebiasaannya dihidang semasa minum
petang atau minum pagi. Ia dapat melengkapkan atau menyeimbangkan sesuatu

hidangan. “Local Dessert” menggunakan bahan tempatan seperti pisang , ubi
keledek , ubi kayu , sagu , tepung beras dan sebagainya.

BAHAN-BAHAN LOCAL DESSERT

BIL. NAMA BAHAN GAMBAR PERALATAN
1. Tepung Gandum

2. Tepung Beras

3 Tepung Pulut

4. Tepung Ubi Kayu
5. Tepung Suji

6. Gula Pasir
7. Gula Merah
8. Gula Melaka
9. Telur
10. Biji Sagu

11. Kelapa Parut
12. Santan
13. Garam
14. Minyak Sapi
15. Minyak Kelapa

16. Ubi Keledek
17. Ubi Kayu
18. Daun Pandan

PERALATAN-PERALATAN LOCAL DESSERT

BIL. NAMA PERALATAN GAMBAR PERALATAN
1. Penimbang

2. Sudu Penyukat
3. Penapis
4. Mangkuk Adunan

5. Cawan Penyukat

6. Pengukus elektrik
7. Loyang
8. Acuan
9. Spatula
10. Berus pastri

MALAY DESSERT

PENGAT LABU
PENGAT PISANG
PENGAT JAGUNG

KUIH KERIA
KUIH KETAYAP
APAM PUTERI AYU
TALAM SUJI MOCHA
TALAM SERI MUKA

BAHAN-BAHAN:
 1 biji labu ( dipotong kiub

besar)
 1 kotak santan
 2 sudu besar gula merah
 2 sudu besar gula pasir
 ½ cawan air
 ½ cawan sagu
 1 tsp garam
 Daun pandan

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Rendam sagu terlebih dahulu di dalam air. Kemudian tapis sagu

dan bilas dengan air.
2. Kupaskan kulit labu dan potong kiub besar.
3. Masukkan labu di dalam periuk bersama santan , air , gula merah ,

gula pasir , sagu dan juga garam.
4. Seterusnya , letakkan daun pandan yang disimpul.
5. Masak dengan api yang perlahan , kemudian kacau sedikit

sehingga ia mendidih.
6. Akhir sekali , sedia untuk dihidangkan

BAHAN-BAHAN:
 Jagung (dihiris isi)
 1 kotak santan
 2 cawan air
 6 sudu besar gula pasir
 2 sudu besar gula merah
 3 sudu besar sagu
 Secubit garam ( secukup rasa)
 Daun pandan

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Rendam sagu terlebih dahulu di dalam air. Kemudian tapis sagu

dan bilas dengan air.
2. Hiris jagung dan ambil isinya sahaja.
3. Kemudian , masukkan jagung di dalam periuk bersama santan , air

, gula pasir , gula merah , sagu.
4. Masukkan garam dan daun pandan yang disimpul
5. Masak dengan api yang perlahan , kemudian kacau sedikit

sehingga ia mendidih.
6. Siap untuk dihidang

BAHAN-BAHAN:
 Jagung (dihiris isi)
 1 kotak santan
 2 cawan air
 6 sudu besar gula pasir
 2 sudu besar gula merah
 3 sudu besar sagu
 Secubit garam ( secukup rasa)
 Daun pandan

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Rendam sagu terlebih dahulu di dalam air. Kemudian tapis sagu

dan bilas dengan air.
2. Hiris jagung dan ambil isinya sahaja.
3. Kemudian , masukkan jagung di dalam periuk bersama santan , air

, gula pasir , gula merah , sagu.
4. Masukkan garam dan daun pandan yang disimpul
5. Masak dengan api yang perlahan , kemudian kacau sedikit

sehingga ia mendidih.
6. Siap untuk dihidang

BAHAN-BAHAN:
 1 kg – Ubi keledek
 2 cawan – tepung

gandum
 1 tsp – garam
 Air
 2 cawan – gula pasir
 2 tbsp – minyak kelapa

CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH KERIA
1. Rebus terlebih dahulu ubi keledek sehingga ia empuk
2. Kemudian lenyekkan ubi keledek tersebut sehingga halus
3. Masukkan , sedikit demi sedikit tepung gandum dan masukkan

sekali garam
4. Kemudian gaul rata dan uli sehingga menjadi doh.
5. Seterusnya , bentukkan menjadi seperti donat
6. Goreng apabila minyak panas dan goring sehingga naik

kekuningan.

CARA-CARA PENYEDIAAN SIRA GULA KUIH KERIA
1. Masukkan gula bersama air.
2. Kacau sehingga berbuih dan likat
3. Kemudian , masukkan kuih keria dan gaul rata

BAHAN KULIT KUIH KETAYAP:

 2 cawan tepung gandum
 2 ½ cawan santan
 1 cawan air pandan (kisar 5

helai daun pandan bersama
air)
 1 biji telur
 ½ tsp pewarna hijau
 2 sudu besar minyak masak
 Garam secukup rasa

BAHAN INTI KELAPA:

 Kelapa parut
 ½ cawan gula Melaka
 ½ cawan gula pasir
 Garam secukup rasa
 Daun pandan
 Air

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Masak kelapa bersama gula Melaka , gula pasir , sedikit air dan
garam. Kacau rata

2. Kisarkan santan , tepung gandum , air pandan , telur , garam ,
pewarna hijau dan minyak masak. Kisar sehingga sebati

3. Panaskan kuali , letak minyak sedikit. Tuang satu senduk
bancuhan tepung dan ratakan supaya mendapat bentuk bulat

4. Masak sehingga 3-4 minit
5. Angkat dan gulung bersama inti kelapa
6. Siap dihidangkan

BAHAN-BAHAN:

 4 biji telur
 3 cawan tepung

gandum
 2 cawan gula kastor
 2 cawan santan
 1 sudu besar ovallete
 1 tsp baking powder
 1 sudu besar perisa

pandan
 1 tsp pewarna hijau
 Kelapa + garam

secukup rasa

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Kukus kelapa parut dan letakkan sedikit garam terlebih dahulu
2. Putarkan telur , gula dan ovallete sehingga sebati
3. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan dan juga santan.

Kacau sehingga sebati
4. Kemudian , masukkan tepung sedikit demi sedikit yang diayak

bersama baking powder
5. Seterusnya , masuk kelapa yang dikukus tadi di dalam acuan dan

padatkan dengan jari
6. Masukkan adunan sehingga paras acuan dan kukus selama 10

minit
7. Siap untuk dihidang

BAHAN LAPISAN BAWAH:

 2 cawan tepung suji
 3 sudu besar tepung gandum
 2 biji telur
 3 sudu besar gula pasir
 3 cawan santan
 Garam secukup rasa
 Pewarna kuning

BAHAN LAPISAN ATAS:

 2 biji telur
 700 ml santan
 2 cawan tepung gandum
 1 cawan gula melaka (dicincang halus)
 1 tsp esen vanilla
 Garam secukup rasa
 1 tsp coklat emulco

CARA-CARA PENYEDIAAN TALAM SUJI MOCHA:

CARA MEMBUAT LAPISAN BAWAH:

1. Terlebih dahulu , panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang lapik
jugak bersama plastic

2. Sebatikan tepung gandum , telur , gula pasir , santan dan garam. Masuk di
dalam periuk

3. Kemudian , masukkan tepung suji dan pewarna kuning. Kacau di atas api
yang perlahan sehingga adunan mendidih dan pekat

4. Tapis ke dalam loyang supaya tidak berketul dan kukus selama 25 minit
5. Sementera itu , sediakan adunan untuk lapisan atas

CARA MEMBUAT LAPISAN ATAS:

1. Sebatikan semua bahan lapisan atas
2. Kemudian tapis di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.

Sentiasa kacau adunan supaya tidak berketul.
3. Apabila adunan sudah pekat , tuang adunan di atas lapisan bawah
4. Kemudian , sambung kukus selama 25 minit
5. Tunggu sejuk dan boleh dihidangkan

BAHAN BAHAGIAN LAPISAN
PULUT :

 2 cawan beras pulut
 2 cawan santan
 1 sudu besar gula
 Garam secukup rasa

BAHAN BAHAGIAN ATAS:

 6 helai daun pandan
 190 ml air
 375 ml santan
 150 g gula
 60 g tepung gandum
 3 sudu besar tepung

jagung
 3 biji telur
 Secubit garam
 Pewarna hijau

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Rendam beras pulut semalaman terlebih dahulu. Apabila sudah rendam ,
toskan beras pulut dari air rendaman.

2. Kacau santan , gula dan garam sehingga sebati
3. Kemudian , geselkan minyak di dalam loyang dan lapit dengan plastik
4. Masukkan tepung beras yang ditos dan tuangkan adunan santan di dalam

loyang
5. Ratakan dan kukus beras pulut selama 15 minit
6. Sementera itu , kisar daun pandan dan juga air
7. Kemudian tepung gandum , tepung jagung , gula , santan , telur dan garam

kacau sehingga sebati
8. Masukkan air pandan dan juga pewarna hijau. Kacau rata
9. Apabila beras pulut sudah masak , rata dan padatkan semula.
10. Tuang adunan pandan di atas beras pulut. Sambung kukus selama 40-45

minit
11. Talam seri muka siap untuk dihidangkan

NYONYA DESSERT

KUIH ONDE-ONDE
KUIH BOM
TANG YUAN
ANGKO

BAHAN-BAHAN:
 2 cawan tepung pulut
 3 sudu besar tepung beras
 6 helai daun pandan
 Gula Melaka (dipotong kiub

kecil)
 Kelapa parut (digaul

dengan garam secukup
rasa)
 Pewarna hijau

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar daun pandan bersama air , kemudian tapis. Campur air

pandan dengan sedikit pewarna hijau.
2. Tuang sedikit demi sedikit air pandan ke dalam tepung pulut dan

tepung beras yang dicampurkan.
3. Uli sehingga menjadi adunan yang boleh digentel
4. Ambil sedikit adunan , leperkan atas tapak tangan dan letakkan

gula Melaka (inti). Kemudian tutup rapat dan bulatkan.
5. Seterusnya , rebus di dalam air yang mendidih sehingga buah

Melaka timbul.
6. Angkat dan toskan. Kemudian , salut buah Melaka dengan kelapa

parut , gaul rata.
7. Onde-onde siap untuk dihidangkan

BAHAN- BAHAN:

 2 cawan tepung
gandum

 ½ cawan tepung pulut
 ½ tsp garam
 ½ cawan bijan
 Air secukupnya
 Inti Kelapa

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Tepung pulut , tepung gandum dan garam dicampurkan sekali.
2. Kemudian , masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan

boleh digumpal.
3. Apabila adunan boleh digumpal , leperkan adunan dan masukkan

inti kelapa.
4. Seterusnya , tutup rapat-rapat supaya inti kelapa tidak terkeluar
5. Golekkan ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi

dengan bijan
6. Goreng kuih bom ini dengan api yang sederhana kemudian baru

besarkan api sambil kacau
7. Masak sehingga naik kekuningan
8. Siap dihidangkan

BAHAN-BAHAN:
 2 cawan tepung pulut
 Air
 Gula pasir
 Daun pandan

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Sebelum membuat doh , larutkan gula bersama daun pandan

terlebih dahulu , masak hingga gula larut. (sirap manis)
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung boleh diuli dan

menjadi doh
3. Seterusnya , bahagikan doh kepada 3 bahagian warna iaitu pink ,

hijau dan putih
4. Uli tepung yang berwarna sehingga rata
5. Kemudian , bentukkan kepada bulat-bulat kecil seperti bebola dan

masukkan di dalam air yang mendidih. Ia masak apabila timbul di
permukaan air
6. Seterusnya , toskan bebola tersebut dan masuk ke dalam sirap
manis. Hidangkan sejuk-sejuk.

BAHAN-BAHAN:

 200 gm – keledek
 2 cawan tepung pulut
 ½ cawan tepung ubi kayu
 2 sudu besar gula kastor
 ½ cawan air
 Secubit garam
 Pewarna merah
 Daun pisang (alas kuih

angko)
 Inti kacang merah

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Masukkan kedua-dua tepung dalam satu mangkuk bersama
garam dan gaul rata.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung , gaul serata
dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.

3. Seterusnya , bulatkan doh dan leperkan sedikit. Kemudian ,
masukkan inti kacang merah.

4. Gentel semula untuk tutup inti.
5. Masukkan doh ke dalam acuan kuih angko dan tekan perlahan-

lahan sehingga rata
6. Kemudian , letak atas daun pisang yang bersih.
7. Akhir sekali , apabila air kukusan sudah mendidih , kukuskan kuih

angko sehingga masak.
8. Kuih angko siap untuk dihidangkan

INDIAN DESSERT

KUIH KESARI

KUIH LADOO

BAHAN-BAHAN:

 300 gm cawan tepung suji
 300 gm cawan tepung pasir
 3 cawan air suam
 3 cawan susu cair
 2 cawan minyak sapi
 200 gm kacang gajus
 100 gm badam
 50 gm kismis
 Garam secukup rasa
 Pewarna oren

CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH KESARI

1. Letakkan sedikit minyak sapi dan goreng kismis , kacang gajus , badam
secara bergilir-gilir

2. Sangaikan tepung suji hingga kuning keemasan
3. Panaskan kuali dan masak air bersama gula , kacau sehingga air gula

mendidih dan likat
4. Kemudian , masukkan susu cair dan pewarna oren ke dalam adunan. Kacau

sebati
5. Seterusnya , masukkan gula separuh bersama sedikit minyak sapi. Gaul

sehingga rata
6. Masukkan tepung yang di sangai tadi sedikit demi sedikit dengan lebihan gula

tadi
7. Kacau sehingga sebati menggunakan api yang sederhana
8. Kemudian , masukkan badam dan kacang gajus yang digoreng
9. Apabila dah masak , tuangkan adunan ke dalam loyang yang digesel dengan

minyak sapi
10. Akhir sekali , rata dan mampatkan , potong mengikut bentuk yang diingini dan

hias dengan kismis
11. Kuih Kesari siap untuk dihidangkan

BAHAN A (BOONDI LADOO):

 2 cawan tepung kacang dhal
 ½ tsp baking powder
 ½ sudu kecil garam
 1 cawan air
 Pewarna hijau dan merah

BAHAN B (SIRAP GULA):
 2 cawan gula
 1 cawan air
 1 tsp serbuk buah pelaga

CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH LADOO

CARA B (SIRAP GULA):

1. Masak air dan gula. Apabila hamper pekat , masukkan serbuk pelage.
2. Kacau sebati dan masak sehingga pekat dan likat

CARA A (BOONDI LADOO):

1. Ayak tepung dan baking powder terlebih dahulu
2. Masukkan garam dan air sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih cair
3. Asingkan adunan tepung kepada 2 bahagian warna iaitu hijau dan merah.

Letakkan 2 ke 3 titik pewarna dan ratakan
4. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas
5. Ambil adunan tepung. Adunan tepung dan senduk di tangan kanan. Tangan

kiri pula senduk bertapis. Letakkan adunan tepung dari senduk ke senduk
bertapis
6. Kemudian , adunan akan jatuh menitik ke dalam minyak. Ratakan adunan di
atas senduk bertapis.
7. Apabila adunan jatuh menitis dalam minyak , ia akan timbul dan
menghasilkan bentuk bulat kecil. Agak dah garing terus angkat dan toskan
minyak
8. Ulang langkah 5 hingga 7 sampai adunan habis
9. Masukkan boondi yang di goreng tadi ke dalam sirap gula yang suam.
Kemudian kacau rata
10. Akhir sekali , apabila boondi yang digoreng suap , bentukkan bulat-bulat
11. Siap dihidangkan

RUMUSAN

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan tugasan yang diberi dan menepati
tempoh masa untuk menyiapkan tepat pada waktunya. Di dalam tugasan ini , saya
telah menerangkan bahan dan peralatan dalam penyediaan “Local Dessert”. Selain
itu , saya juga menerangkan resepi setiap makanan oleh masyarakat tempatan iaitu
melayu , cina dan india. Semasa saya menjalankan tugasan ini , saya dapat
membezakan makanan-makanan tempatan seperti kuih-muih dengan lebih
terperinci. Dalam masa yang sama , saya juga tahu setiap kegunaan bahan untuk
membuat “Local Dessert”. Banyak maklumat yang saya dapat melalui internet dan di
dalam kelas semasa saya menghasilkan produk. Dari menghasilkan produk ini ,
banyak yang saya tahu cara untuk membuatnya. Akhir sekali ,.saya berharap
tugasan ini dapat memenuhi kehendak yang diberikan

RUJUKAN

 https://www.slideshare.net/viknesvariletchumana/local-dessert-
pencuci-mulut-tempatan

 https://www.rasa.my/kuih-muih-tradisional-yang-sentiasa-menjadi-
kegemaran-rakyat-malaysia/

 http://delightfulcooldessert.blogspot.com/p/p_14.html


 PENSYARAH LOCAL DESSERT:

PUAN JAMILAH


Click to View FlipBook Version