L DOCAL ESSERT
RECIPES
CREATED BY:NUR SYAMIMI FATINAH BINTI ROZAIDY
PROVIDED FOR:PUAN NOR JAMILAH BINTI MOHAMED
1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
BIL. TAJUK 4
1. PENGENALAN 8
2. BAHAN-BAHAN LOCAL DESSERT 10
3. PERALATAN LOCAL DESSERT
4. MALAY DESSERT 19
i. Pengat Labu
ii. Pengat Pisang 24
iii. Pengat Jagung
iv. Kuih Keria 28
v. Kuih Ketayap 29
vi. Apam Puteri Ayu
vii. Talam Suji Mocha
viii. Talam Seri Muka
5. NYONYA DESSERT
i. Kuih Onde-Onde
ii. Kuih Bom
iii. Tang Yuan
iv. Kuih Angkoo
6. INDIAN DESSERT
i. Kuih Kesari
ii. Kuih Ladoo
iii. Kheer
7. RUMUSAN
8. RUJUKAN
2
PENGENALAN
“Local Dessert” adalah makanan yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan di Asia
termasuklah kuih-muih tempatan seperti bubur , pengat dan lain-lain lagi. Kuih-muih
tempatan makanan yang popular mengikut negeri dan adat resam di Malaysia.
“Local Dessert” ini dipanggil juga sebagai manisan atau pencuci mulut yang
dihidangkan pada akhir sesuatu kajian. Kebiasaannya dihidang semasa minum
petang atau minum pagi. Ia dapat melengkapkan atau menyeimbangkan sesuatu
hidangan. “Local Dessert” menggunakan bahan tempatan seperti pisang , ubi
keledek , ubi kayu , sagu , tepung beras dan sebagainya.
3
BAHAN-BAHAN LOCAL DESSERT
BIL. NAMA BAHAN GAMBAR BAHAN FUNGSI BAHAN
1. Tepung Gandum
Digunakan dalam penyediaan
kuih keria , kuih ketayap ,
apam puteri ayu , talam suji
mocha dan kuih bom
2. Tepung Beras Digunakan dalam bancuhan
kuih onde-onde
3 Tepung Pulut Digunakan untuk membuat
4. Tepung Ubi Kayu tang yuan dan juga tambahan
5. Tepung Suji bahan dalam kuih onde-onde ,
6. Gula Pasir
kuih bom , dan kuih angko.
Digunakan dalam bancuhan
kuih angko
Kegunaan dalam adunan
tepung suji mocha dan kuih
kesari
Memberi rasa manis pada
makanan
4
7. Gula Merah Untuk memberi rasa manis
8. Gula Melaka dan juga menambahkan warna
9. Telur
10. Biji Sagu seperti inti kuih ketayap ,
dalam masakan pengat
11. Kelapa Parut
12. Santan Bahan utama kuih onde-onde
sebagai inti
Memberikan rasa dan warna
pada adunan seperti kuih
apam seri ayu , lapisan bawah
untuk talam suji mocha
Tambahan bahan dalam
masakan pengat untuk lebih
sedap
Digunakan sebagai apam
puteri ayu , kuih onde-onde ,
inti kelapa kuih ketayap
Untuk memekatkan lagi rasa
dalam makanan seperti pengat
, talam seri muka , kuih
ketayap dan sebagainya
5
13. Garam Memberi rasa pada makanan
14. Minyak Sapi
15. Minyak Kelapa Digunakan dalam adunan
16. Ubi Keledek “indian dessert” seperti kuih
17. Beras Pulut
18. Daun Pandan ladoo dan kuih kesari
Diletakkan dalam bancuhan
sira gula supaya mudah
melekat pada kuih keria
Digunakan untuk membuat
kuih keria
Untuk lapisan bawah kuih
talam seri muka
Digunakan sebagai “air
pandan” untuk menambah
rasa dan juga warna pada
adunan
6
PERALATAN-PERALATAN LOCAL DESSERT
BIL. NAMA PERALATAN GAMBAR PERALATAN FUNGSI PERALATAN
1. Penimbang
Menimbang bahan untuk
mendapat sukatan yang
tepat
2. Sudu Penyukat Untuk menyukat cecair
dalam nisbah yang sedikit
3. Penapis Mengasingkan ketulan dari
4. Mangkuk Adunan bahan berserbuk seperti
5. Cawan Penyukat tepung , gula
Untuk memudahkan
pengasingan bahan kering
dan juga basah seperti
telur , air , tepung , gula
Menyukat bahan kering
dalam nisbah yang sedikit
atau dalam nisbah cawan
7
6. Pengukus elektrik Mengukus seperti apam
7. Loyang puteri ayu , talam seri
8. Acuan
9. Acuan muka , talam suji mocha ,
kuih angkoo
10. Senduk Kayu
Untuk meletakkan adunan
seperti kuih kesari , talam
seri muka , talam suji
mocha
Digunakan sebagai acuan
apam puteri ayu
Digunakan untuk acuan
kuih angko
Berfungsi sebagai
menggaul adunan
sehingga rata
8
11. Kuali Untuk goreng kuih yang
menggunakan kaedah
12. Periuk menggoreng seperti kuih
keria , kuih bom , kuih
13.
Senduk dan Penapis ladoo
14. Goreng Tohor Digunakan sebagai
(non-stick pan) kaedah merebus seperti
pengat labu , pengat
pisang , pengat jagung ,
kuih onde-onde , tang
yuan
Senduk dan penapis ini
digunakan untuk adunan
kuih ladoo
Sesuai untuk membuat
kuih ketayap dengan
kaedah goring tohor
9
MALAY DESSERT
PENGAT LABU
PENGAT PISANG
PENGAT JAGUNG
KUIH KERIA
KUIH KETAYAP
APAM PUTERI AYU
TALAM SUJI MOCHA
TALAM SERI MUKA
10
BAHAN-BAHAN:
1 biji labu ( dipotong kiub
besar)
1 kotak santan
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar gula pasir
½ cawan air
½ cawan sagu
1 tsp garam
Daun pandan
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Rendam sagu terlebih dahulu di dalam air. Kemudian tapis sagu
dan bilas dengan air.
2. Kupaskan kulit labu dan potong kiub besar.
3. Masukkan labu di dalam periuk bersama santan , air , gula merah ,
gula pasir , sagu dan juga garam.
4. Seterusnya , letakkan daun pandan yang disimpul.
5. Masak dengan api yang perlahan , kemudian kacau sedikit
sehingga ia mendidih.
6. Akhir sekali , sedia untuk dihidangkan
1111
BAHAN-BAHAN:
Jagung (dihiris isi)
1 kotak santan
2 cawan air
6 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah
3 sudu besar sagu
Secubit garam ( secukup rasa)
Daun pandan
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Rendam sagu terlebih dahulu di dalam air. Kemudian tapis sagu
dan bilas dengan air.
2. Hiris jagung dan ambil isinya sahaja.
3. Kemudian , masukkan jagung di dalam periuk bersama santan , air
, gula pasir , gula merah , sagu.
4. Masukkan garam dan daun pandan yang disimpul
5. Masak dengan api yang perlahan , kemudian kacau sedikit
sehingga ia mendidih.
6. Siap untuk dihidang
12 12
BAHAN-BAHAN:
Jagung (dihiris isi)
1 kotak santan
2 cawan air
6 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah
3 sudu besar sagu
Secubit garam ( secukup rasa)
Daun pandan
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Rendam sagu terlebih dahulu di dalam air. Kemudian tapis sagu
dan bilas dengan air.
2. Hiris jagung dan ambil isinya sahaja.
3. Kemudian , masukkan jagung di dalam periuk bersama santan , air
, gula pasir , gula merah , sagu.
4. Masukkan garam dan daun pandan yang disimpul
5. Masak dengan api yang perlahan , kemudian kacau sedikit
sehingga ia mendidih.
6. Siap untuk dihidang
13
13
BAHAN-BAHAN:
1 kg – Ubi keledek
2 cawan – tepung gandum
1 tsp – garam
Air
2 cawan – gula pasir
2 tbsp – minyak kelapa
CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH KERIA
1. Rebus terlebih dahulu ubi keledek sehingga ia empuk
2. Kemudian lenyekkan ubi keledek tersebut sehingga halus
3. Masukkan , sedikit demi sedikit tepung gandum dan masukkan
sekali garam
4. Kemudian gaul rata dan uli sehingga menjadi doh.
5. Seterusnya , bentukkan menjadi seperti donat
6. Goreng apabila minyak panas dan goring sehingga naik
kekuningan.
CARA-CARA PENYEDIAAN SIRA GULA KUIH KERIA
1. Masukkan gula bersama air.
2. Kacau sehingga berbuih dan likat
3. Kemudian , masukkan kuih keria dan gaul rata
1144
BAHAN KULIT KUIH KETAYAP:
2 cawan tepung gandum
2 ½ cawan santan
1 cawan air pandan (kisar 5
helai daun pandan bersama air)
1 biji telur
½ tsp pewarna hijau
2 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
BAHAN INTI KELAPA:
Kelapa parut
½ cawan gula Melaka
½ cawan gula pasir
Garam secukup rasa
Daun pandan
Air
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Masak kelapa bersama gula Melaka , gula pasir , sedikit air dan
garam. Kacau rata
2. Kisarkan santan , tepung gandum , air pandan , telur , garam ,
pewarna hijau dan minyak masak. Kisar sehingga sebati
3. Panaskan kuali , letak minyak sedikit. Tuang satu senduk
bancuhan tepung dan ratakan supaya mendapat bentuk bulat
4. Masak sehingga 3-4 minit
5. Angkat dan gulung bersama inti kelapa
6. Siap dihidangkan
15
15
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
2 cawan santan
1 sudu besar ovallete
1 tsp baking powder
1 sudu besar perisa pandan
1 tsp pewarna hijau
Kelapa + garam secukup rasa
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Kukus kelapa parut dan letakkan sedikit garam terlebih dahulu
2. Putarkan telur , gula dan ovallete sehingga sebati
3. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan dan juga santan.
Kacau sehingga sebati
4. Kemudian , masukkan tepung sedikit demi sedikit yang diayak
bersama baking powder
5. Seterusnya , masuk kelapa yang dikukus tadi di dalam acuan dan
padatkan dengan jari
6. Masukkan adunan sehingga paras acuan dan kukus selama 10
minit
7. Siap untuk dihidang
16
16
BAHAN LAPISAN BAWAH:
2 cawan tepung suji
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar gula pasir
3 cawan santan
Garam secukup rasa
Pewarna kuning
BAHAN LAPISAN ATAS:
2 biji telur
700 ml santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula melaka (dicincang halus)
1 tsp esen vanilla
Garam secukup rasa
1 tsp coklat emulco
CARA-CARA PENYEDIAAN TALAM SUJI MOCHA:
CARA MEMBUAT LAPISAN BAWAH:
1. Terlebih dahulu , panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang lapik
jugak bersama plastic
2. Sebatikan tepung gandum , telur , gula pasir , santan dan garam. Masuk di
dalam periuk
3. Kemudian , masukkan tepung suji dan pewarna kuning. Kacau di atas api
yang perlahan sehingga adunan mendidih dan pekat
4. Tapis ke dalam loyang supaya tidak berketul dan kukus selama 25 minit
5. Sementera itu , sediakan adunan untuk lapisan atas
CARA MEMBUAT LAPISAN ATAS:
1. Sebatikan semua bahan lapisan atas
2. Kemudian tapis di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
Sentiasa kacau adunan supaya tidak berketul.
3. Apabila adunan sudah pekat , tuang adunan di atas lapisan bawah
4. Kemudian , sambung kukus selama 25 minit
5. Tunggu sejuk dan boleh dihidangkan
17
17
BAHAN BAHAGIAN LAPISAN
PULUT :
2 cawan beras pulut
2 cawan santan
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
6 helai daun pandan
190 ml air
375 ml santan
150 g gula
60 g tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
3 biji telur
Secubit garam
Pewarna hijau
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Rendam beras pulut semalaman terlebih dahulu. Apabila sudah rendam ,
toskan beras pulut dari air rendaman.
2. Kacau santan , gula dan garam sehingga sebati
3. Kemudian , geselkan minyak di dalam loyang dan lapit dengan plastik
4. Masukkan tepung beras yang ditos dan tuangkan adunan santan di dalam
loyang
5. Ratakan dan kukus beras pulut selama 15 minit
6. Sementera itu , kisar daun pandan dan juga air
7. Kemudian tepung gandum , tepung jagung , gula , santan , telur dan garam
kacau sehingga sebati
8. Masukkan air pandan dan juga pewarna hijau. Kacau rata
9. Apabila beras pulut sudah masak , rata dan padatkan semula.
10. Tuang adunan pandan di atas beras pulut. Sambung kukus selama 40-45
minit
11. Talam seri muka siap untuk dihidangkan
18
18
NYONYA DESSERT
KUIH ONDE-ONDE
KUIH BOM
TANG YUAN
KUIH ANGKO
19
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung beras
6 helai daun pandan
Gula Melaka (dipotong kiub kecil)
Kelapa parut (digaul dengan garam
secukup rasa)
Pewarna hijau
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar daun pandan bersama air , kemudian tapis. Campur air
pandan dengan sedikit pewarna hijau.
2. Tuang sedikit demi sedikit air pandan ke dalam tepung pulut dan
tepung beras yang dicampurkan.
3. Uli sehingga menjadi adunan yang boleh digentel
4. Ambil sedikit adunan , leperkan atas tapak tangan dan letakkan
gula Melaka (inti). Kemudian tutup rapat dan bulatkan.
5. Seterusnya , rebus di dalam air yang mendidih sehingga buah
Melaka timbul.
6. Angkat dan toskan. Kemudian , salut buah Melaka dengan kelapa
parut , gaul rata.
7. Onde-onde siap untuk dihidangkan
20
20
BAHAN- BAHAN:
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung pulut
½ tsp garam
½ cawan bijan
Air secukupnya
Inti Kelapa
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Tepung pulut , tepung gandum dan garam dicampurkan sekali.
2. Kemudian , masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan
boleh digumpal.
3. Apabila adunan boleh digumpal , leperkan adunan dan masukkan
inti kelapa.
4. Seterusnya , tutup rapat-rapat supaya inti kelapa tidak terkeluar
5. Golekkan ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi
dengan bijan
6. Goreng kuih bom ini dengan api yang sederhana kemudian baru
besarkan api sambil kacau
7. Masak sehingga naik kekuningan
8. Siap dihidangkan
21
21
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
Air
Gula pasir
Daun pandan
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Sebelum membuat doh , larutkan gula bersama daun pandan
terlebih dahulu , masak hingga gula larut. (sirap manis)
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung boleh diuli dan
menjadi doh
3. Seterusnya , bahagikan doh kepada 3 bahagian warna iaitu pink ,
hijau dan putih
4. Uli tepung yang berwarna sehingga rata
5. Kemudian , bentukkan kepada bulat-bulat kecil seperti bebola dan
masukkan di dalam air yang mendidih. Ia masak apabila timbul di
permukaan air
6. Seterusnya , toskan bebola tersebut dan masuk ke dalam sirap
manis. Hidangkan sejuk-sejuk.
2222
BAHAN-BAHAN:
200 gm – keledek
2 cawan tepung pulut
½ cawan tepung ubi kayu
2 sudu besar gula kastor
½ cawan air
Secubit garam
Pewarna merah
Daun pisang (alas kuih angko)
Inti kacang merah
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan kedua-dua tepung dalam satu mangkuk bersama
garam dan gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung , gaul serata
dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
3. Seterusnya , bulatkan doh dan leperkan sedikit. Kemudian ,
masukkan inti kacang merah.
4. Gentel semula untuk tutup inti.
5. Masukkan doh ke dalam acuan kuih angko dan tekan perlahan-
lahan sehingga rata
6. Kemudian , letak atas daun pisang yang bersih.
7. Akhir sekali , apabila air kukusan sudah mendidih , kukuskan kuih
angko sehingga masak.
8. Kuih angko siap untuk dihidangkan
23
23
INDIAN DESSERT
KUIH KESARI
KUIH LADOO
KHEER
24
BAHAN-BAHAN:
300 gm cawan tepung suji
300 gm cawan gula pasir
3 cawan air suam
3 cawan susu cair
2 cawan minyak sapi
200 gm kacang gajus
100 gm badam
50 gm kismis
Garam secukup rasa
Pewarna oren
CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH KESARI
1. Letakkan sedikit minyak sapi dan goreng kismis , kacang gajus , badam
secara bergilir-gilir
2. Sangaikan tepung suji hingga kuning keemasan
3. Panaskan kuali dan masak air bersama gula , kacau sehingga air gula
mendidih dan likat
4. Kemudian , masukkan susu cair dan pewarna oren ke dalam adunan. Kacau
sebati
5. Seterusnya , masukkan gula separuh bersama sedikit minyak sapi. Gaul
sehingga rata
6. Masukkan tepung yang di sangai tadi sedikit demi sedikit dengan lebihan gula
tadi
7. Kacau sehingga sebati menggunakan api yang sederhana
8. Kemudian , masukkan badam dan kacang gajus yang digoreng
9. Apabila dah masak , tuangkan adunan ke dalam loyang yang digesel dengan
minyak sapi
10. Akhir sekali , rata dan mampatkan , potong mengikut bentuk yang diingini dan
hias dengan kismis
11. Kuih Kesari siap untuk dihidangkan
2525
BAHAN A (BOONDI LADOO):
2 cawan tepung kacang dhal
½ tsp baking powder
½ sudu kecil garam
1 cawan air
Pewarna hijau dan merah
BAHAN B (SIRAP GULA):
2 cawan gula
1 cawan air
1 tsp serbuk buah pelaga
CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH LADOO
CARA B (SIRAP GULA):
1. Masak air dan gula. Apabila hamper pekat , masukkan serbuk pelage.
2. Kacau sebati dan masak sehingga pekat dan likat
CARA A (BOONDI LADOO):
1. Ayak tepung dan baking powder terlebih dahulu
2. Masukkan garam dan air sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih cair
3. Asingkan adunan tepung kepada 2 bahagian warna iaitu hijau dan merah.
Letakkan 2 ke 3 titik pewarna dan ratakan
4. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas
5. Ambil adunan tepung. Adunan tepung dan senduk di tangan kanan. Tangan
kiri pula senduk bertapis. Letakkan adunan tepung dari senduk ke senduk
bertapis
6. Kemudian , adunan akan jatuh menitik ke dalam minyak. Ratakan adunan di
atas senduk bertapis.
7. Apabila adunan jatuh menitis dalam minyak , ia akan timbul dan
menghasilkan bentuk bulat kecil. Agak dah garing terus angkat dan toskan
minyak
8. Ulang langkah 5 hingga 7 sampai adunan habis
9. Masukkan boondi yang di goreng tadi ke dalam sirap gula yang suam.
Kemudian kacau rata
10. Akhir sekali , apabila boondi yang digoreng suap , bentukkan bulat-bulat
11. Siap dihidangkan
26
26
BAHAN-BAHAN:
½ cawan nasi ( direndam )
2 cawan susu
½ cawan gula
BAHAN TAMBAHAN
Kurma
Almond
CARA-CARA PENYEDIAAN
1. Basuh beras telebih dahulu , kemudian rendam selama 30 minit dan toskan.
Pecahkan beras dalam kepingan yang kecil
2. Panaskan susu di dalam periuk dengan api yang sederhana
3. Kemudian , masukkan nasi yang di rendam tadi di dalam susu. Kacau
sehingga rata
4. Biarkan nasi di dalam susu.
5. Apabila susu mulai pekat , masukkan gula. Gaul sehingga sebati
6. Kemudian , masukkan kurma. Apabila kheer sudah mendidih tutup api
7. Kheer siap dihidangkan dan hias dengan serpihan badam
27
27
RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan tugasan yang diberi dan menepati
tempoh masa untuk menyiapkan tepat pada waktunya. Di dalam tugasan ini , saya
telah menerangkan bahan dan peralatan dalam penyediaan “Local Dessert”. Selain
itu , saya juga menerangkan resepi setiap makanan oleh masyarakat tempatan iaitu
melayu , cina dan india. Semasa saya menjalankan tugasan ini , saya dapat
membezakan makanan-makanan tempatan seperti kuih-muih dengan lebih
terperinci. Dalam masa yang sama , saya juga tahu setiap kegunaan bahan untuk
membuat “Local Dessert”. Banyak maklumat yang saya dapat melalui internet dan di
dalam kelas semasa saya menghasilkan produk. Dari menghasilkan produk ini ,
banyak yang saya tahu cara untuk membuatnya. Akhir sekali ,.saya berharap
tugasan ini dapat memenuhi kehendak yang diberikan
28
RUJUKAN
https://www.slideshare.net/viknesvariletchumana/local-dessert-
pencuci-mulut-tempatan
https://www.rasa.my/kuih-muih-tradisional-yang-sentiasa-menjadi-
kegemaran-rakyat-malaysia/
http://delightfulcooldessert.blogspot.com/p/p_14.html
PENSYARAH LOCAL DESSERT:
PUAN JAMILAH
29