The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur.afifah.adibah, 2024-02-02 00:19:01

Copy of BUKU PROGRAM MAKEP SKTBT 2324

Copy of BUKU PROGRAM MAKEP SKTBT 2324

Majlis Apresiasi SK TANJONG BATU, TAWAU EN. MOHD THAUFIK BIN MOHD TAMBI YDP PIBG SK TANJONG BATU TAWAU Dirasmikan Oleh : Pelajar Kecemerlangan MAKeP2023/2024


PENGENALAN Semoga terus sukses anak-anak SK Tanjong Batu Majlis Kecemerlangan Pelajar (MAKeP) 2023/2024 ini merupakan anugerah kepada murid-murid yang berjaya dan cemerlang dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023/2024. Di samping itu, anugerah juga turut diberikan kepada murid mengikut kategori-kategori khas. Anugerah ini merupakan pemangkin semangat kepada murid untuk terus meningkatkan prestasi dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Anugerah ini disediakan untuk murid yang mencapai keputusan terbaik dalam setiap tahun mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan. OBJEKTIF a) Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid- murid yang cemerlang dalam bidang akademik. b) Menggalakkan persaingan murid-murid dalam bidang kurikulum secara sihat.


UCAPAN GURU BESAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKeP) 2023/2024. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan kejayaan murid-murid yang berusaha penuh iltizam sehingga berjaya menempa nama dengan cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YDP PIBG En. Mohd Thaufik bin Mohd Tambi yang sudi merasmikan Majlis Anugerah Kemerlangan sekolah ini. Jasa tuan tidak kami lupakan. Kita sedia maklum bahawa para pelajar merupakan aset negara. Merekalah generasi yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan. Oleh itu, kita menaruh sepenuh harapan kepada mereka kerana pepatah ada mengatakan “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Tahniah saya ucapkan kepada semua murid yang akan menerima anugerah dalam majlis ini. Semoga anugerah ini tidak menjadi noktah kepada anda semua untuk berjaya dengan lebih cemerlang pada masa hadapan. Anugerah ini juga diharapkan menjadi pencetus semangat kepada murid-murid lain agar dapat memotivasikan diri untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek. Di samping itu, saya juga turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang turut membantu demi kecemerlangan anak-anak. Di sini, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru, pihak PIBG dan staf sekolah ini yang telah bekerja keras bagi menjayakan majlis yang begitu bermakna ini. Semoga majlis ini berjalan dengan lancar dan usaha kita diberkati oleh Allah SWT. Segala kelemahan atau kekurangan, saya mohon berbanyakbanyak kemaafan. Sekian. Terima kasih. ENCIK HASSAN BIN AHMAT GURU BESAR SK TANJONG BATU TAWAU


UCAPAN PERASMI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan kepada kita untuk meraikan kejayaan anak-anak kita yang telah dicapai sepanjang sesi 2023/2024 ini. Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus lumus dalam memastikan anak-anak kita mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk mereka. Kepada para ibu bapa dan penjaga, saya ucapkan tahniah kerana kita telah berjaya memastikan anak-anak menghadiri sesi persekolahan sebaik mungkin. Sesungguhnya semua pihak mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan generasi akan datang dilengkapi ilmu yang sewajarnya. Tanpa ilmu, kita seakan-akan membiarkan anakanak kita ini pergi berperang tanpa sebarang senjata. Pencapaian cemerlang anak-anak bukanlah hanya terletak di bahu pihak sekolah sahaja, bahkan harus dipikul bersama oleh pihak ibu bapa. Gandingan yang mantap antara guru dan ibu bapa akan menghasilkan keputusan yang baik ke atas pencapaian anak-anak. Oleh itu saya menyeru kepada semua ibu bapa dan penjaga agar memberikan perhatian sewajarnya terhadap anak-anak bagi memastikan mereka memberikan tumpuan yang sepenuhnya dalam pelajaran. Akhir kata, saya dan seluruh ahli jawatankuasa PIBG sekolah ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua warga SK Tanjong Batu kerana berjaya memastikan pencapaian sekolah ini berada di tahap yang boleh dibanggakan. Sekian, terima kasih. EN. MOHD THAUFIK BIN MOHD TAMBI YANG DIPERTUA PIBG SK TANJONG BATU TAWAU


AHLI JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS Pn. Norasyiqah Binti Muhiddin (K) Pn. Anniza Azmin PENYELIA PENERIMA HADIAH Pn. Norasmah Abdullah (K) Pn. Samsiah Suga (T5) Pn. Sanisa @ Saliha Abdul Gani (T4) Pn. Syaroni Shahid (T3) Pn. Nurmiwati Hisyamuddin (T2) Pn. Norasmah Abdullah (T1) PERSIAPAN PERSEMBAHAN Pn. Norhayati binti Bayong (K) Pn. Julianita binti Abd Razak Pn. Nor Haidah binti Makmur PA SISTEM En. Salman Sah Nurun (K) En. Zuanidi Rodolfo JEMPUTAN Pn. Kamsiah binti Ali SIJIL Pn. Norfazilah binti Tokeman (K) Pn. Isnirah binti Mardin BACAAN DOA En. Mohd Hazize Mat Hanapi BUKU PROGRAM Cik Nur Afifah Adibah Mohd Tamizi (K) Pn. Samisah Lee Siong PENGURUSAN HADIAH & CENDERAMATA Pn. Ainul Aishah binti Awang (K) Pn. Hasisah binti Bacho Pn. Rajayah binti Perin Pn. Juliana binti Japar DOKUMENTASI Pn. Ratna Rustan PERSIAPAN TEMPAT DAN PERALATAN En. Ramudin bin Sinabu (K) En. Amir Bakar Hamja En. Abdul Rahman Jamaruddin En. Abdul Malali Sawali En. Maydin Abd Jalil En. Mohd Hazize Mat Hanapi JURUGAMBAR Pn Rosmena binti Makaraseng (K) Cik Nur Afifah Adibah Mohd Tamizi JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : En Hassan bin Ahmat (Guru Besar) Naib Pengerusi : Pn. Noraida binti Najehal (GPK Pentadbiran) En. Sophiaan bin Lahidu (GPK HEM) En. Mazlan bin Abdul Majid (GPK Kokurikulum) En. Busman bin Borahima (GPK Petang) Setiausaha : Pn Kamsiah binti Ali Bendahari : Pn Asiah binti Ahmad Floor Manager : Pn Ratna binti Rustan JAWATANKUASA PELAKSANA


AHLI JAWATANKUASA HIASAN PENTAS / DEWAN Pn. Nurliana Lanna (K) Pn. Titi Farah Yunus Pn. Nor Haidah Makmur Pn. Juliana Japar Pn. Elfianah Zakaria Pn. Siti Darumah Cholleng Pn. Iraba Latada JAMUAN VIP & GURU Pn. Aspianah Binti Ahmad (K) Pn. Norhayati Mat Ali Pn. Siti Jania @ Nursyahirah Jikri Pn. Fridah Linggang Pn. Norfazilah Tokeman Pn. Hawa Selamat Pn. Meriyam Gulam MAKANAN MURID & IBU BAPA Pn. Hayati binti Mahmud Pn. Julianita binti Abd Razak Pn. Nor Haidah binti Makmur PANEL PEMILIHAN ANUGERAH Pn Sitti Subaidah Mohd Amin (K) Pn Anniza Azmin Pn Norhasanah Ahmad Pn Syaroni Shahid En Amir Bakar Hamja KEBERSIHAN Pn. Nor Azrinah Sairin Pekerja Sekolah PENDAFTARAN PESERTA DAN IBU BAPA Pn. Sitti Subaidah Mohd Amin (K) Pn. Norhasanah Ahmad Pn. Samisah Lee Siong Pn. Iraba Latada Pn. Aslina Juna KEDUDUKAN TETAMU / MURID Pn. Nur Ain Mappaire (K) Pn. Mashitah Abd Mutalib Pn. Arbaya Pangan Pn. Kamisah Siddik KAWALAN MURID En. Maydin Abd Jalil (K) En. Muhammad Hudi Ahmad Hafid En. Ramudin bin Sinabu En. Amir Bakar Hamja En. Abdul Rahman Jamaruddin En. Abdul Malali Sawali PHOTO BOOTH Cik Ummi Husna Abdullah Zawawi (K) Pn Rosmena binti Makaraseng Pn Maznah Lamdin Pn Norasyiqah Muhiddin Pn Salina Ibrahim Pn Jufriah Ahmad JAWATANKUASA PELAKSANA


6:30 pagi 7.00 pagi 7.30 pagi 7.50 pagi 8.00 pagi 8.15 pagi 8.30 pagi 11.00 pagi TENTATIF PROGRAM Tahniah anak-anak SK Tanjong Batu ! PENDAFTARAN MURID-MURID DAN IBU BAPA KETIBAAN TETAMU KEHORMAT NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN NEGERI SEKOLAH BACAAN DOA OLEH AL FADHIL USTAZ MOHD HAZIZE MAT HANAPI UCAPAN ALU- ALUAN OLEH EN HASSAN BIN AHMAT GURU BESAR UCAPAN PERASMIAN OLEH EN MOHD THAUFIK BIN MOHD TAMBI YDP PIBG SK TANJONG BATU PERSEMBAHAN 1 PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL KONVOKESYEN PRA SEKOLAH KEDUDUKAN TERBAIK KELAS TAHAP 1 KEDUDUKAN TERBAIK KELAS TAHAP 2 PERSEMBAHAN 2 PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL HADIAH MATA PELAJARAN TERBAIK TAHAP 1 HADIAH MATA PELAJARAN TERBAIK TAHAP 2 ANUGERAH PEMULIHAN TAHAP 1 ANUGERAH NILAM TAHAP 1 & TAHAP 2 PERSEMBAHAN 3 PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL ANUGERAH PERMATA HARAPAN TAHAP 1 & TAHAP 2 ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM TAHAP 2 BERSURAI


1.AARONSHAH T BIN AZRINSHAH T 2.AHMAD FAHIM BIN WAHAB 3.FIRASH FAYYADH BIN ZURIANSYAH 4.HANA FATINI BINTI EDDY SUKIRMAN 5.MUHAMAD IRFAN DANIEL BIN THAMSIL 6.MUHAMMAD AFWAN YUSEIRA BIN YUSAMAN 7.MUHAMMAD AQIL FIRASH BIN JUNAIDI 8.MUHAMMAD AZRI ZAFRAN BIN REZUAN 9.MUHAMMAD FAIZ HAIKAL BIN ZAINORIN 10.MUHAMMAD SHAHRIL BIN ABDULLAH 11.MUHAMMAD ZUL SYAZAM BIN SAPARDDING 12.NUR ARIANA BINTI ARLAN 13.NUR AYRA SOFEA BINTI MOHAMMAD RAFIE NUR GHAZWANI QALEESYA BINTI MOHAMAD GHAZALI 14. 15.NUR NAILA ARALYN BINTI ZAKI 16.PUTRI NURAAIRA MIKAYLA BINTI ABDULLAH GRADUAN PRA SEKOLAH NURANI


1 BERLIAN Kedudukan Terbaik dukan Terbaik Kelas Tahap 1 Tahap 1 1 ZAMRUD 1 DELIMA 1 MUTIARA


2 BERLIAN Kedudukan Terbaik dukan Terbaik 2 ZAMRUD 2 DELIMA 2 MUTIARA Kelas Tahap 1 Tahap 1


3 BERLIAN Kedudukan Terbaik dukan Terbaik 3 ZAMRUD 3 DELIMA 3 MUTIARA Kelas Tahap 1 Tahap 1


4 BERLIAN Kedudukan Terbaik dukan Terbaik 4 ZAMRUD 4 DELIMA 4 MUTIARA Kelas Tahap 2


5 BERLIAN Kedudukan Terbaik dukan Terbaik 5 ZAMRUD 5 DELIMA 5 MUTIARA Kelas Tahap 2


TAHUN 1 Anugerah Mata Pelajaran ugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahap 1 ik Tahap 1


TAHUN 2 Anugerah Mata Pelajaran ugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahap 1 ik Tahap 1


TAHUN 3 Anugerah Mata Pelajaran ugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahap 1 ik Tahap 1


TAHUN 4 Anugerah Mata Pelajaran ugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahap 2 Tahap 2


TAHUN 5 Anugerah Mata Pelajaran ugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahap 2 Tahap 2


ANUGERAH PEMULIHAN TAHAP 1 ANUGERAH NILAM TAHAP 1 & TAHAP 2 ANUGERAH PERMATA HARAPAN TAHAP 1 AnugerahAnugerah Khas erah Khas


ANUGERAH KOKURIKULUM AnugerahAnugerah Khas erah Khas ANUGERAH PERMATA HARAPAN TAHAP 2


Penghargaan Jawatankuasa Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar ( MAKeP ), SK Tanjong Batu Tawau merakamkan setinggitinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Hassan bin Ahmat, (Guru Besar SK Tanjong Batu Tawau), Barisan Penolong Kanan, YDP PIBG, Ahli Jawatankuasa Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar ( MAKeP ), Ibu bapa dan penjaga serta murid-murid SK Tanjong Batu Tawau. Tidak ketinggalan juga sekalung penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar ( MAKeP ), SK Tanjong Batu Tawau. Sekian, terima kasih.


SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BATU PETI SURAT 60494, 91014 TAWAU SABAH. KOD SEKOLAH : XBA3050 NO TELEFON : 089772898 EMAIL SEKOLAH : [email protected]


Click to View FlipBook Version