The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azri09-445, 2022-05-12 08:24:39

KK Penulisan Akademik

KK Penulisan Akademik

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP 3073

Disediakan oleh:

Nama: Muhammad Azri Afiq bin Mohd Yusof
No. Kad Pengenalan: 010612-14-0151
2020192340006
Angka Giliran: PISMP F1
Kumpulan/ Unit
Sharizan bt Abd. Hamid
Nama Pensyarah: Penulisan Akademik
12 Mei 2022
Tajuk Tugasan :

Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum

Balas Daripada
Pensyarah

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 BILIK DARJAH MESRA BUDAYA 1
3.0 LANGKAH MENGURUS BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
1-3
3.1 FIZIKAL
3.2 EMOSI 4
3.3 SOSIAL 4-5
3.4 SOSIOLINGUISTIK
4.0 RUMUSAN
RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang lahir daripada kelompok masyarakat yang berbilang
etnik seperti Melayu, Cina, India, kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta masyarakat orang
asli yang menjadi kaum minoriti. Hal ini menyebabkan wujudnya perbezaan dan kepelbagaian
sosio-budaya dalam masyarakat. Oleh itu, bagi memastikan kehidupan bermasyarakat yang
harmoni dan aman dapat diwujudkan, persekitaran yang mesra budaya perlulah dipupuk sejak
zaman persekolahan lagi terutamanya di peringkat sekolah rendah. Sehubungan itu, guru
perlulah memainkan peranan mereka sebagai agen sosialisasi dengan merancang langkah-
langkah pengurusan bilik darjah yang sesuai untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya yang seterusnya akan membentuk persekitaran yang mesra budaya di peringkat
nasional dan global.

2.0 BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Bilik darjah umumnya dapat dimaksudkan sebagai tempat untuk murid-murid belajar dan
menimba ilmu. Tempat di mana murid-murid menjalani rutin harian belajar dan meraih segala
input daripada guru yang mengajar. Di bilik darjah ini juga, kebanyakan pembelajaran berlaku
sama ada dalam bentuk formal atau informal. Budaya menurut Kamus Dewan Edisi keempat,
sebuah tamadun atau peradaban. Budaya juga bermaksud sebagai kemajuan berfikir atau akal
budi, iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Konsep bilik darjah mesra budaya merujuk kepada
kepelbagaian, kesamarataan, dan pemahaman terhadap wujudnya berbagai budaya yang
berbeza dalam kalangan guru dan murid-murid di sebuah bilik darjah. Guru sebagai agen
penghubung budaya antara murid berbeza kaum haruslah mengenal terlebih dahulu latar
belakang muridnya. Pengetahuan tentang latar belakang setiap murid dapat membantu guru
memilih kaedah pengajaran terbaik untuk memastikan bilik darjahnya itu mesra budaya.

3.0 LANGKAH MENGURUS BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya terbahagi kepada empat elemen, iaitu
fizikal, sosial, emosi, dan sosiolinguistik.

1

3.1 FIZIKAL

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah merupakan antara elemen utama dalam
mewujudkan bilik darjah mesra budaya. Guru perlu jelas bahawa bilik darjah ialah satu ekologi
yang mempunyai sistemnya yang tersendiri dan memiliki perkaitan dan pertautan antara
persekitaran fizikal dengan benda bernyawa, iaitu guru dan murid. Antara perkara yang perlu
diberi perhatian adalah seperti penyusunan dan keselesaan bilik darjah melalui susunan
perabot, kerusi, dan meja murid, keceriaan dan maklumat informasi dalam kelas, dan wujudnya
perpustakaan mini sebagai ruang ilmu kepada murid-murid. Guru hendaklah memastikan
susunan kedudukan murid selesa dan memudahkan mereka untuk bergerak melaksanakan
aktiviti berkumpulan. Aspek keceriaan, kebersihan, dan informasi di papan maklumat kelas
haruslah diberikan perhatian kerana perkara ini dapat menjejaskan fokus murid untuk belajar.
Seterusnya, usaha menyediakan sudut perpustakaan mini amatlah baik kepada murid untuk
memberi mereka peluang mencari bahan tambahan pembelajaran sama ada secara maujud
seperit buku dan maya seperti penyediaan komputer untuk capaian bahan dalam talian.

3.2 EMOSI

Selain itu, elemen emosi dalam membentuk bilik darjah yang mesra budaya juga
penting. Menurut Albert Bandura dalam Nur Diyanah Hasan et al. (2021), perkembangan emosi
kanak-kanak terbentuk daripada pemerhatian terhadap orang lain. Jadi, murid belajar untuk
menguruskan emosi mereka dengan meniru kepada cara orang lain disekelilingnya lakukan.
Oleh itu, guru mestilah memastikan pengurusan emosi murid-murid dalam bilik darjah terkawal
dan sentiasa positif untuk membentuk bilik darjah mesra budaya. Antara langkah yang boleh
guru lakukan bagi mengurus emosi dalam bilik darjah yang mesra budaya adalah memberikan
layanan yang adil kepada semua murid. Tidak kira sama ada murid itu berbangsa minoriti atau
majoriti atau jurang sosioekonomi keluarga yang berbeza-beza, guru mestilah memberi
layanan yang sama rata jika mahu mewujudkan bilik darjah mesra budaya. Seterusnya, guru
juga hendaklah menjadi pendorong, penggalak, pemberi motivasi, dan penyokong terdekat
kepada murid-murid ketika di dalam kelas. Ada murid yang mempunyai personaliti introvert, di
mana agak sukar untuknya bertinteraksi dan bersosial bersama rakan yang lain kerana dirinya
yang bersikap pasif. Oleh itu, guru perlu bertindak sebagai agen untuk memberi sokongan dan
motivasi bagi membantu muridnya mengatasi masalah tersebut.

2

3.3 SOSIAL

Seterusnya, elemen pengurusan sosial. Murid-murid di sekolah mengalami fasa
pembelajaran tidak hanya daripada aspek akademik dan kokurikulum. Mereka juga belajar cara
bersosial dan menjadi manusia yang diterima oleh masyarakat sekitar mengikut budaya
setempat. Menurut Bandura dalam Mohd Shahir Mohamed Sunar (2019), kanak-kanak
bersosial menggunakan kaedah Modeling yang terdiri daripada empat proses, iaitu
pemerhatian, perwakilan, peniruan tingkah laku, motivasi dan penguatan. Sebagai contoh, para
peringkat pemerhatian, murid melihat dan memerhati cara orang disekitarnya seperti guru
melalui tingkah laku guru seperti cara guru bercakap. Kemudian, proses perwakilan, tingkah
laku yang dilihat oleh murid akan disimbolisasikan dalam ingatannya. Murid ingat bagaimana
cara gurunya bercakap dengan ada adab sopan, menggunakan bahasa yang betul, dan nada
suara yang tenang. Seterusnya, peniruan tingkah laku, iaitu murid yang memerhati meniru
perilaku dari model yang diamati, iaitu guru. Murid cuba menggunakan bahasa yang baik dan
nada suara yang tenang ketika berbual dengan ibu bapa dan rakan-rakannya.

3.4 SOSIOLINGUISTIK

Akhir sekali, elemen sosiolinguistik di mana masyarakat Malaysia bersatu menggunakan
satu bahasa, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan bagi membentuk jati diri
Malaysia. Sosiolinguistik berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, merujuk kepada kajian
bahasa dalam hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Guru di dalam bilik darjah
haruslah menyatukan murid-murid berbagai bangsa dengan penggunaan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pertuturan harian. Hal ini penting kerana salah satu elemen pembentukan
masyarakat sejahtera ialah penyatuan bahasa rakyat berbilang kaum. Antara peranan yang
guru boleh ambil adalah mempelbagaikan kegiatan kokurikulum untuk memartabat bahasa
kebangsaan melalui aktiviti berkumpulan atau projek, menyelitkan unsur-unsur warisan budaya
berbagai kaum dan etnik sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran, dan melaksanakan
aktiviti bahasa, sastera, dan budaya dalam kalangan murid. Semua perkara ini harus diambil
cakna guru bagi memastikan pembentukan bilik darjah mesra budaya itu mampu tercapai.

3

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh setiap pendidik
dalam usaha untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya pada abad ke-21. Bilik darjah
yang mesra budaya amat penting untuk merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) yang memberi fokus terhadap perpaduan sebagai salah satu aspirasi
sistem pendidikan negara. Hal ini kerana, bilik darjah mesra budaya mengalakkan murid untuk
mewujudkan konsep penerimaan dan persefahaman dalam kalangan mereka yang teridiri
daripada latar belakang dan budaya yang berbeza. Perkara tersebut secara tidak langsung
dapat menanamkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan murid pelbagai etnik. Oleh
yang demikian, bilik darjah mesra budaya seharusnya dipraktikan oleh guru dalam usaha untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid.

RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2014). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Shahir Mohamed Sunar. (2019). Kesan gaya pembelajaran vark dan pendekatan
pembelajaran pelajar ke atas pencapaian subjek kimia dan kemahiran insaniah secara
kaedah pembelajaran teradun melalui media sosial. (Ijazah Doktor Falsafah), Universiti
Utara Malaysia.

Noraini Omar, Mohd Aderi Che Noh, & Mohd Isa Hamzah. (2014). Kepelbagaian budaya dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam: Teori dan amalan. Fakulti Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia. Dicapai daripada
https://jtssweb.files.wordpress.com/2014/12/kepelbagaian-budaya-dalam-pengajaran-
dan-pembelajaran-pendidikan-islam.pdf

Noraini Omar, Mohd Aderi Che Noh, & Mohd Isa Hamzah. (2014). Kepelbagaian elemen
budaya dalam pengajaran Pendidikan Islam : Isu dan kepentingan. The Online Journal
Of Islamic Education, Special Issue of ICIEd2014.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Zuraidah A. Majid. Siri
Pendidikan Guru - Budaya Dan Pembelajaran Edisi Kedua: Oxford Fajar.

4

Nur Diyanah Hasan, & Syaza Hazwani Zaini. (2021). Penerapan kemahiran sosial terhadap
kanak-kanak melalui aktiviti main peranan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan, 10(1), 25-40.

Nurhijrah Zakaria, & Ramlee Mustapha. (2017). Pedagogi responsif budaya dalam pengajaran
sejarah untuk persekitaran pembelajaran bilik darjah pelbagai budaya. Jurnal
Penyelidikan Pendidikan, 18.

Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang, & Adlina Ab
Halim. (2018). Peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan
kaum di sekolah. Akademika, 88(2), 95-108.

5


Click to View FlipBook Version