The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhan_aldon, 2021-01-04 22:57:56

BAHASA MALAYSIA

BAHASA MALAYSIA

* SULIT BAHASA MALAYSIA (WK012)

KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL - INSANIAH
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
(KPTI)
PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER 4

NAMA :

TARIKH :

MATAPELAJARAN : BAHASA MALAYSIA

MASA :

TEMPOH : 2 JAM

PENSYARAH :

(KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI TUJUH (7) MUKA SURAT BERCETAK
TERMASUK MUKA DEPAN DENGAN DUA (2) BAHAGIAN SOALAN)
ARAHAN KEPADA CALON

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU.

JAWAB SEMUA SOALAN BAHAGIAN A DAN JAWAB SATU (1) SOALAN
BAHAGIAN (B) DALAM BUKU JAWAPAN YANG DISEDIAKAN.

SEBARANG PENIPUAN ATAU PERCUBAAN MENIRU ADALAH SATU
KESALAHAN YANG SERIUS DAN JIKA ANDA DIDAPATI BERSALAH ANDA AKAN

DIKELUARKAN DARIPADA MENDUDUKI PEPERIKSAAN INI.

KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL - INSANIAH

* SULIT BAHASA MALAYSIA (WK012)

BAHAGIAN A:

Soalan 1 hingga 14
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai

1. Kerja ini dapat diselesaikan kerjasama yang erat daripada semua ahli.

A akan C oleh

B dengan D terhadap

2. telinga Murad apabila mendengar sindiran rakan-rakannya itu.

A Berdenging-denging C Berpinar-pinar

B Berpusar-pusar D Berdegar-degar

3. Peristiwa aneh yang dialaminya semalam terus fikiran Guan Eng

A merabuni C mengaburi

B mengabusi D mengabui

4. Jamuan telah di atas meja.
A terhidang C menghidang
B berhidang D di hidang

5. Ibu muda itu sedang anaknya.
A menidurkan C menjualkan
B menyalakan D mewarnai

6. Saya ____________ikan pada waktu malam.

A memukul C mengail

B memiliki D mendarat

7. Istilah atau konsep yang berikut digunakan dalam analisis dan huraian
tatabahasa kecuali________.
A fonem
B morfem
C kata
D frasa
E ayat

KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL - INSANIAH

* SULIT BAHASA MALAYSIA (WK012)

8. Idiolek, dialek kawasan atau loghat, dan dialek sosial merupakan ciri-ciri

yang menentukan ______________.

A tatabahasa C variasi bahasa

B sintaksis D kesantunan bahasa

9. Pada umumnya, penggunaan bahasa halus meliputi hal-hal yang berikut,
iaitu_________.
I Bahasa istana
II Bahasa surat menyurat
III Bahasa pasar
IV Bahasa kesat

A. I dan II sahaja C III dan IV sahaja
B. II dan III sahaja D I,II,III dan IV

10. ‘Semalam _________ pergi ke rumah nenek di kampung Morten’ kata

pasangan kembar itu kepada rakan mereka.

A saya C kami

B kita D kalian

11. “__________ mohon ampun, tuanku” sembah petani tua itu kepada Sultan

Abdullah.

A Hamba C Patik

B Beta D Saya

12. Setelah berlatih dengan tekun, Rahman berasa _________ bahawa dia akan

berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.

A yakin C bangga

B selesa D tenteram

13. Makanan yang masin itu tidak ______ olehnya.

A tertelan C terteguk

B terusik D tersedut

14. Ayah Khali membersihkan sarang _______ di siling ruang tamu rumahnya

dengan menggunakan penyapu.

A pepijat C rerama

B lelabah D lelabi

KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL – INSANIAH 2

* SULIT BAHASA MALAYSIA (WK012)

Soalan 15 & 16 : Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf condong dengan betul.

15. I Laki-laki yang tidak dikenali lalu di hadapan mereka.
II Rajan tidak lalu makan sejak mengalami demam denggi
III Mereka lalu meneruskan
IV Pak Abu lalu jalan pintas untuk ke rumah Pak Yob

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

16. I Melia berjaga hingga pagi untuk menyiapkan tugasan.
II Pihak polis sentiasa berjaga di kawasan itu
III Mereka berjaga apabila melalui titi yang sempit itu
IV Arfah berjaga anak yatim itu sejak tahun lalu

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL – INSANIAH 3

* SULIT BAHASA MALAYSIA (WK012)

Soalan 17 hingga 25: Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai

17. Ain sudah menyiapkan semua latihan walaupun topik itu belum diajarkan oleh gurunya.
Sikap yang diamalkan oleh Ain diibaratkan....
A bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
B belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
C di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
D hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

18. “Saya menyeru agar remaja yang lalai segera sedar. Berusahalah untuk mengubah diri
sendiri,” kata pakar motivasi itu. Peribahasa yang paling sesuai dengan pesanan tersebut
ialah...
A tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak berkata.
B sekali tersengat, selalu beringat.
C yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.
D sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

19. Peribahasa “darah setampuk pinang” bermaksud.....
A belum berpengalaman
B rajin dan cepat bekerja
C nasihat yang disia-siakan
D menolong orang yang tidak perlu ditolong

20. Encik Ali yang bertungkus-lumus menyiapkan projek itu, namun pengerusi persatuan
pula yang mendapat pujian. Peribahasa yang paling sesuai bagi menggambarkan keadaan
tersebut ialah...
A lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.
B ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya.
C lembu punya susu, sapi yang dapat nama.
D mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.

21. Pemuda yang dikatakan baik itu, rupa-rupanya penjenayah yang dikehendaki polis.
Situasi ini dikatakan...
A telunjuk lurus kelingking berkait.
B untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
C terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.
D yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga.

KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL – INSANIAH 4

* SULIT BAHASA MALAYSIA (WK012)

22. Amin berbaik-baik dengan gurunya kerana _________.
A ada udang di sebalik batu
B ayam terlepas, tangan bau tahi
C bak cetus api
D bakar tak berapi

23. Linda dan Faris ______________ kerana selalu membantu antara satu sama lain
dalam mata pelajaran.
A Bagai aur dan tebing
B Bagai dakwat dengan kertas
C Campak bunga dibalas dengan campak tahi
D Cantik bagai bidadari

24. Perangai dua beradik itu_______, kerana apabila bertemu mereka pasti bergaduh.
A bagai gagak menggonggong telur
B cerdik bagai ekor lembu
C bagai anjing dan kucing
D celaka ayam, padi masak makan ke hutan

25. Walaupun majlis itu diadakan untuk pewakil tetapi didapati mempunyai perempuan
yang __________.
A campak baju nampak kurap
B bagai gagak menggonggong telur
C balik belakang lain bicara
D cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada

(50 markah)

KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL – INSANIAH 5

* SULIT BAHASA MALAYSIA (WK012)

BAHAGIAN B: ESEI
Jawab SATU soalan sahaja. Panjang esei mestilah lebih 200 patah perkataan

1. Kejadian kecurian sering berlaku di tempat tinggal anda. Sebagai setiausaha Jawatankuasa
Kemajuan Kampung, anda telah diminta menulis surat kepada pihak yang berkenaan untuk
melaporkan kejadian tersebut.
Tulis surat rasmi selengkapnya.

2. Anda mengambil bahagian dalam satu pertandingan perbahasan di daerah anda. Tajuk
perbahasan ialah “Kewujudan institusi pengajian tinggi swasta di negara ini dapat
melahirkan tenaga mahir”.
Sediakan hujah-hujah anda bagi mewakili pihak pencadang.

3. Alat sebaran am seperti media cetak dan media elektronik sangat penting pada zaman
moden ini.
Bincangkan.

(50 markah)

JUMLAH MARKAH: 100 MARKAH

- SOALAN TAMAT -

KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL – INSANIAH 6


Click to View FlipBook Version