Bengkel UASA Bahasa Melayu oleh: Cikgu Azni SK Jalan Gurney 1
Bahagian A
bahagian a 10 soalan objektif ABCD Merangkumi soalan Tatabahasa 10 Markah
Bahagian B
bahagian b 2 soalan 10 markah Soalan Pemahaman dan Tatabahasa bersepadu (5 markah) Respons kritis dan kreatif (5 markah) Wajib baca dan fahami soalan
Contoh Soalan B (1) (rujuk kertas soalan)
Contoh Soalan B (1) (rujuk kertas soalan)
Contoh Soalan B (2) (rujuk kertas soalan) Tindakan yang akan saya ambil ialah __________________________. Kemudian, saya akan____________ ____________________. Seterusnya, saya akan _____________________.
Teknik menjawab soalan B (2) 5 Markah Jawapan < daripada 30 pp Tulis dalam bentuk jawapan pemahaman biasa Pastikan kamu memberi 3 pendapat/tindakan Contoh jawapan B(2) Tindakan yang akan saya ambil ialah cuba bertenang. Kemudian, saya akan menghubungi bilik kawalan dengan menekan butang pada lif. Seterusnya, saya akan duduk di atas lantai lif sementara bantuan sampai.
Bahagian C
bahagian c 1 soalan Soalan pendapat Tulis dalam 1 perenggan < 55 pp 10 markah Wajib baca dan fahami soalan Garisi kata kunci pada tajuk
Teknik menjawab soalan C Teliti gambar / bahan rangsangan Kena tulis : Pendahuluan - 2 ayat 1 ayat (ambil dari arahan) 1 ayat (ambil dari tajuk) Isi- 3 ayat sila bacaARAHAN semula fokus semula pada kehendak soalan cari 3 isi utama guna Penanda Wacana (ASSDA) Penutup - 1 ayat boleh pilih antara 1 Cadangan/ Perasaan/ Harapan (CPH) Kita haruslah. . . . . . . . . Semuaditulis dalam1 perenggan
Contoh soalan C
Contoh jawapan C Grafik menunjukkan tentang aktiviti kejiranan dalam masyarakat kita. Terdapat pelbagai cara untuk memuput semangat kejiranan. Antaranya, aktiviti bergotong-royong dapat mewujudkan kerjasama antara jiran. Selain itu, sambutan hari keluarga juga dapat mengeratkan hubungan sesama jiran. Seterusnya, menganjurkan rumah terbuka perayaan membolehkan jiran-jiran yang berbilang kaum dan agama meraikan bersama-sama. Kita haruslah melakukan aktiviti bersama jiran untuk mewujudkan persefahaman.
Bahagian D
bahagian d 1 soalan Soalan subjektif respons terbuka Tulis dalam 5 perenggan 50-80 pp 20 markah Wajib baca dan fahami soalan boleh pilih - karangan berformat atau tidak berformat Kena buat rangka (ICKH)
ISI UTAMA CONTOH HURAIAN KESAN ICKH Penanda Wacana (ASSDA) Kata Bantu (mhpph) Kata Sendi (mscms) P1 : PENDAHULUAN Cari kata kunci dari tajuk buat 2 ayat P2, P3, P4 : ISI Cari I (isi utama) - 1 ayat Pilih 2 sahaja daripada CKH (Contoh/Kesan/Huraian) - 2 ayat Setiap perenggan ada 3 ayat P5 : PENUTUP Pilih C/P/H - Buat 2 ayat kesimpulan karangan
Contoh soalan D
Contoh Rangka Karangan P1 : PENDAHULUAN TemasyaPT bila di mana P2 : ISI Tujuan temasya - pendedahan kpd ? supaya X lenyap permainan yg telah lama ditinggalkan spt gasing P3 : ISI Pelbagai aktiviti- pertandingan & demonstrasi permainan berkumpulan / individu cungkil bakat
P4 : ISI hampir semua penduduk hadir ke temasya - meriah cuba bermain dan menjadi urusetia pelbagai kaum- dtg menontonmemberi sokongan kpd pihak penganjur P5 : PENUTUP CPH seronok - capai matlamat cadang - adakan lg tahun hadapan
Contoh Jawapan Soalan D karangan berformat LAPORAN
Laporan Temasya Permainan Tradisional Taman Mawar 2023 Pada 20 Disember 2023 yang lalu, Persatuan Penduduk Taman Mawar telah menganjurkan Temasya Permainan Tradisional 2023. Temasya itu diadakan di Taman Permainan Taman Mawar. Semua penduduk sekitar dijemput dan hadir semasa temasya itu dijalankan. Tujuan utama temasya itu adalah untuk memberi pendedahan kepada generasi muda. Selain itu, untuk memastikan permainan tradisional itu tidak lenyap ditelan zaman. Contohnya permainan gasing besar yang telah dilupakan cara bermain dan pembuatannya. Pelbagai permainan tradisoinal yang dimainkan semasa temasya itu. Antaranya ialah batu Seremban, congkak, gasing dan sepak raga bulatan. Selain pertandingan, demonstrasi permainan permainan tradional lain juga diadakan untuk menunjukkan cara bermain. Penduduk Taman Mawar telah hadir memeriahkan temasya itu. Ada yang cuba bermain permainan tradisional dan menjadi urusetia. Mereka teruja bermain permainan tradisional pelbagai kaum itu. Sesunggunya temasya permainan tradisional yang menyeronokkan itu telah mencapai matlamatnya. Semoga temasya seperti ini diadakan lagi pada tahun hadapan. Laporan disediakan oleh, 31 Disember 2023 Azlan (AZLAN BIN MUSA) Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Mawar
Contoh Jawapan Soalan D karangan tidak berformat
Temasya Permainan Tradisional Pada 20 Disember 2023 yang lalu, Persatuan Penduduk Taman Mawar telah menganjurkan Temasya Permainan Tradisional 2023. Temasya itu diadakan di Taman Permainan Taman Mawar. Semua penduduk sekitar dijemput dan hadir semasa temasya itu dijalankan. Tujuan utama temasya itu adalah untuk memberi pendedahan kepada generasi muda. Selain itu, untuk memastikan permainan tradisional itu tidak lenyap ditelan zaman. Contohnya permainan gasing besar yang telah dilupakan cara bermain dan pembuatannya. Pelbagai permainan tradisoinal yang dimainkan semasa temasya itu. Antaranya ialah batu Seremban, congkak, gasing dan sepak raga bulatan. Selain pertandingan, demonstrasi permainan permainan tradional lain juga diadakan untuk menunjukkan cara bermain. Penduduk Taman Mawar telah hadir memeriahkan temasya itu. Ada yang cuba bermain permainan tradisional dan menjadi urusetia. Mereka teruja bermain permainan tradisional pelbagai kaum itu. Sesunggunya temasya permainan tradisional yang menyeronokkan itu telah mencapai matlamatnya. Semoga temasya seperti ini diadakan lagi pada tahun hadapan.
selamat menjawab UASA 2023 ByCikguAjeni