Penulisan Cikgu Azni
1. KARANGAN FORMAT : SURAT KIRIMAN RASMI
Persatuan Puteri Islam,
Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 1,
Jalan Gurney Satu, 54000
Kuala Lumpur.
____________________________________________________________________
Tuan Guru Besar, 13 Ogos 2019
Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 1,
Jalan Gurney Satu, 54000
Kuala Lumpur.
Tuan,
Meminta Kebenaran Mengadakan Perkhemahan
Merujuk perkara di atas, saya Suwaibah bt. Khairuzi selaku Setiausaha
Persatuan Puteri Islam diminta oleh guru penasihat untuk menulis surat
kepada tuan. Tujuan surat ini adalah untuk meminta kebenaran
mengadakan perkemahan. Perkemahan tersebut melibatkan 80 ahli
persatuan.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, perkemahan itu akan diadakan
pada 13 hingga 15 September 2019. Aktiviti akan diadakan di Hutan Rekreasi
Ulu Yam, Gombak. Setiap ahli dikenakan bayaran sebanyak RM30.00.
3. Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah kerana untuk memberikan
pengalaman baharu kepada ahli sebagai batu loncatan untuk berjaya.
Segala ilmu yang dipelajari di sekolah dapat dimafaatkan ketika mengikuti
perkemahan itu. Malah, aktiviti yang dijalankan dapat membantu sikap
berdikari dalam kalangan ahli.
4. Saya berharap agar pihak tuan mengizinkan ahli Puteri Islam
menganjurkan aktiviti tersebut. Kerjasama dan perhatian tuan amatlah
disanjung tinggi. Saya akhiri surat saya ini dengan lafaz berbanyak-banyak
terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Suwaibah
(SUWAIBAH BT. KHAIRUZI)
Setiausaha,
Persatuan Puteri Islam,
Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 1.
1
Penulisan Cikgu Azni
2. KARANGAN FORMAT : SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
Irfan bin Idris,
No.12,
Jalan Gurney Satu,
54000 Kuala Lumpur.
5 April 2020
Menemui sahabatku yang diingati selalu, Siti Khadijah yang kini berada di
Kota Bharu, Kelantan. Semoga sihat sejahtera.
Saudari,
Surat saudari telah selamat saya terima. Dalam surat saudari yang
lepas, saudari bertanyakan tentang persediaan saya untuk menghadapi
UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana
tidak mahu menyesal kemudian hari. Bak kata pepatah Melayu, sediakan
payung sebelum hujan.
Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyediakan jadual waktu
belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk bermain dan mengulang
kaji pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan
sistematik.
Selain itu, saya mengikuti kelas bimbingan yang diadakan oleh guru-
guru pada setiap hujung minggu. Saya kerap bertukar-tukar nota dan soalan
peperiksaan dengan rakan-rakan dari sekolah lain.
Baru-baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah
mengadakan seminar dan kem motivasi untuk calon-calon UPSR. Kami
banyak mendapat pendedahan tentang cara-cara belajar yang betul.
Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya
untuk saudari sekeluarga.
Sahabatmu,
Irfan
2
Penulisan Cikgu Azni
3. KARANGAN FORMAT: UCAPAN / SYARAHAN / PIDATO
Tidak berapa lama lagi, kamu dan rakan-rakan akan meninggalkan sekolah
rendah. Satu majlis perpisahan akan diadakan untuk murid-murid tahun enam.
Kamu telah diminta untuk menyampaikan ucapan pada hari tersebut. Sediakan
teks ucapan kamu.
Terima kasih kepada Saudara Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Razali bin Isa,
Guru Besar, barisan guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan.
Assalamulaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.
Hadirin sekalian,
Terlebih dahulu, saya merakamkan penghargaan atas kesudian pihak
sekolah menganjurkan majlis seumpama ini. Majlis perpisahan ini amat besar
maknanya kepada kami. Maklumlah, sudah enam tahun kami menuntut di sekolah
yang sangat berjasa kepada kami.
Pada majlis yang bersejarah ini, saya mewakili teman-teman mengucapkan
terima kasih atas jasa guru-guru yang tidak jemu mendidik kami. Jasa pasa guru
terakam dalam lipatan sejarah. Kami tetap mengingati jasa guru-guru selagi hayat
dikandung badan.
Hadirin sekalian,
Kelmarin, keputusan UPSR telah diumumkan. Buat pertama kalinya seramai
83 orang murid telah lulus dalam UPSR. Sekolah kita juga telah mencatat peratus
terbaik dari segi kuantiti lulus. Keputusan ini amat membanggakan sekolah.
Tahun ini juga banyak kejayaan dalam bidang kokurikulum yang telah diraih.
Antaranya, murid sekolah kita telah menjadi johan di peringkat negeri dalam
pidato, olahraga dan bola sepak. Kejayaan ini telah mengharumkan nama sekolah.
Hadirin sekalian,
Sesungguhnya, jasa warga pendidik amat besar maknanya kepada kami.
Tanpamu guru, kami bagai si buta kehilangan tongkat. Saya akhiri ucapan saya in
dengan serangkap pantun yang berbunyi:
Tenang-tenang air di laut,
Sampan boleh mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Sekian, terima kasih.
3
Penulisan Cikgu Azni
4. KARANGAN FORMAT: UCAPAN / SYARAHAN / PIDATO
Amalan berjimat cermat wajar menjadi budaya hidup kita. Kamu diminta
menyampaikan syarahan yang bertajuk “Cara-cara Melahirkan Sikap Berjimat
Cermat”. Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.
Cara-cara Melahirkan Sikap Berjimat Cermat
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, yang
dihormati barisan juri yang bijaksana, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan
rakan sekalian. Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
Hadirin sekalian,
Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
“Cara-cara Melahirkan Sikap Berjimat Cermat”. Amalan berjimat cermat membawa
maksud berhemat dalam perbelanjaan. Amalan ini bertentangan dengan sikap
boros yang boleh mendatangkan kepapaan.
Antara cara untuk berjimat cermat adalah mengawal nafsu ketika
berbelanjaan. Walaupun banyak barang yang diingini, tetapi belilah barang yang
perlu sahaja. Jika ada duit lebihan, simpanlah untuk kegunaan ketika perlu.
Hadirin sekalian,
Selain itu, ibu bapa pula hendaklah mengajar anak-anak mereka akan
pentingnya berjimat cermat walaupun anak akan merajuk. Elakkan memberikan
wang yang banyak kepada mereka untuk belanja persekolahan. Amalan itu akan
melahirkan sikap boros. Wang yang diperolehi oleh anak-anak seperti hadiah
sempena hari raya hendaklah disimpan di dalam bank.
Seterusnya, kita perlulah membawa bekal ke sekolah untuk berjimat. Cara ini
bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan. Malah, dapat menjamin makanan
kita lebih bersih dan berkhasiat.
Hadirin sekalian,
Sekian dahulu syarahan saya pada pagi ini. Sebelum berundur diri, saya
berharap agar amalan berjimat cermat dapat dijadikan budaya hidup kita. Sekian,
terima kasih.
4
Penulisan Cikgu Azni
5. KARANGAN FORMAT : DIALOG / WAWANCARA / PERBUALAN
/TEMURAMAH
Contoh Soalan :
Semasa menunggu bas sekolah sampai, kamu dan rakan kamu berbual-bual
tentang kebaikan membaca surat khabar. Tulis perbualan kamu dan rakan
kamu itu selengkapnya.
Rangka karangan :
Pendahuluan:
Menegur - memberi salam - bertanya khabar
Isi 1 :
Kebaikan surat khabar - dapat berita dalam dan luar negara -
perkembangan semasa - cuaca
Isi 2 :
Menambah perbendaharaan kata - perkataan baharu - ejaan yang betul
Isi 3 :
Melancarkan pembacaan - sisipan untuk murid - contoh latihan UPSR
Penutupan :
Bas sampai - sambung esok - jumpa lagi
5
Penulisan Cikgu Azni
Perbualan : Kebaikan membaca surat khabar
Dija : Assalammualikum
Syaza : Waalaikumussalam
Dija : Kamu sedang buat apa?
Syaza : Saya sedang membaca surat khabar.
Dija : Apakah kelebihan membaca surat khabar?
Syaza : Dengan membaca surat khabar, kita dapat
Dija mengetahui berita dalam dan luar negara. Kita juga
dapat mengetahui perkembangan semasa.
Syaza : Ya, betul tu. Dengan membaca surat khabar
juga, kita dapat mengetahui ramalan cuaca
Dija dalam setiap negeri.
Syaza : Selain itu, kita juga dapat menambah
Dija perbendaharaan kata kita. Jika kita membaca surat
khabar, kita dapat mengetahui perkataan baharu yang
Syaza dapat memantapkan karangan pada waktu peperiksaan.
: Kita juga dapat mengetahui ejaan yang betul
pada perkataan yang agak sukar untuk dieja.
: Dengan membaca surat khabar juga, kita
dapat melancarkan pembacaan kita.
: Di dalam setiap surat khabar pasti terdapat
sisipan untuk murid. Kita dapat membuat latihan
yang telah diesediakan.
: Bas sudah samapi. Terpaksalah kita sambung
pada keesokan hari. Selamat tinggal.
6
Penulisan Cikgu Azni
6. KARANGAN FORMAT : BERITA
PENERANGAN: untuk membina karangan jenis berita murid perlu membina
soalan berdasarkan apa, siapa, bila, mengapa, di mana, bagaimana.
*Apa: Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita.
Aspek ini memberikan maklumat kepada keseluruhan berita.
*Siapa: Nama dijelaskan dengan lengkap, termasuklah gelaran dan usia.
*Bila: Menerangkan masa dan tarikh peristiwa berlaku.
*Mengapa: Sebab-sebab peristiwa itu berlaku. Sebab-sebab belum
diketahui, nyatakan “belum diketahui” atau “pihak polis masih menjalankan
siasatan”.
*Di mana: Menerangkan tepat kejadian tersebut berlaku. Jika tempat
kejadian kurang diketahui umum, letakkan nama negeri.
*Bagaimana: Menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan
perkembangan peristiwa tersebut.
Contoh: Di sekolah kamu telah berlaku satu peristiwa yang menggemparkan.
Tulis berita tentang kejadian tersebut.
Rangka karangan.
Pendahuluan
Seramai 14 orang murid mengalami keracunan makanan.
-Kejadian berlaku pada waktu rehat.
-Mangsa telah dihantar ke hospital.
Idea
1)Peringkat awal hanya tiga orang 3)Pegawai kesihatan telah
mangsa sahaja yang muntah. memeriksa kentin.
-Jumlah mangsa semakin -Keadaan kentin sangat kotor.
bertambah. -kantin diarah tutup.
-Murid dilarang makan nasi lemak.
4)Mangsa dimasukkan ke wad.
2)Mangsa dibawa ke bilik kesihatan. -Ibu bapa mangsa dihubungi.
-Pihak hospital telah dihubungi. -Doktor telah membuat pemeriksaan
-Murid dibawa ke hospital. rapi.
Penutup
Murid bercadang membawa bekal ke sekolah.
-Kesihatan terjaga dan menjimatkan wang.
-Murid sedar pentingnya menjaga kesihatan.
7
Penulisan Cikgu Azni
Berita
ALOR SETAR, 7 Mac – Seramai 14 orang murid dari Sekolah Kebangsaan
Buloh Lima telah mengalami keracunan makanan. Kejadian telah berlaku
pada pukul 10.30 pagi ketika murid-murid makan nasi lemak di kantin
sekolah. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa dihantar ke Hospital
Sultanah Bahiyah.
Menurut guru besar sekolah tersebut, Encik Muhammad Rifqi, pada
awalnya hanya tiga awal murid sahaja yang muntah. Beberapa minit
kemudian, jumlah murid yang muntah semakin bertambah. Tanpa berfikir
panjang, beliau melarang murid supaya tidak memakan nasi lemak yang
sudah dibeli.
Murid yang disyaki keracunan makanan telah dibawa ke bilik
kesihatan. Oleh sebab kejadian tersebut agak serius, pihak hospital telah
dihubungi. Kira-kira 20 minit kemudian, ambulan telah datang dan mangsa
yang seperti ayam berak kapur segera dikejarkan ke hospital.
Tiga orang pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan telah
memeriksa kantin sekolah. Menurut pegawai yang membuat pemeriksaan,
keadaan tempat memasak kantin sangat kotor. Mereka mengarahkan
kantin menutup peniagaan selama dua minggu untuk tujuan pembersihan.
Mangsa yang dihantar ke hospital telah ditahan di wad. Ibu bapa
mereka telah dihubungi. Doktor yang bertugas telah membuat pemeriksaan
rapi terhadap setiap mangsa.
Ekoran kejadian tersebut, ramai murid yang bercadang membawa
bekal ke sekolah. Cara ini bukan sahaja dapat memastikan kesihatan
terjamin, tetapi dapat menjimatkan wang. Kini, murid-murid semakin sedar
bertapa pentingnya menjaga kebersihan.
8
Penulisan Cikgu Azni
7. KARANGAN FORMAT : CATATAN
Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan.
Tuliskan sebuah catatan tentang perkelahan tersebut.
Ahad , 25 Julai 2020
7.00 pagi
Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Ini disebabkan adik-beradikku
sibuk membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai Port Dickson, Negeri
Sembilan seperti yang dijanjikan oleh ayah. Ayah dan ibu sibuk di dapur
menyiapkan bekalan makanan yang hendak dibawa.
8.15 pagi.
Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Toyota Innova.
Perjalanan ke Port Dickson mengambil masa selama satu jam setengah.
Ketika kami sampai, orang ramai sudah membanjiri pantai Port Dickson.
9.45 pagi.
Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh di bawah sebatang
pokok yang rendang. Aku, abang dan adikku pula membantu ibu
mengangkat barang-barang lalu meletakkannya di bawah pohon itu. Ibu
pula mula menyusun atur barang dan membuka bekalan yang dibawa.
10.00 pagi.
Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik bermandi-manda di kawasan
gigi air sahaja. Sementara itu ayah sentiasa memerhatikan kami dari tepi
pantai sebagai langkah berjaga-jaga. Selepas puas bermandi-manda, kami
naik ke pantai dan membina istana pasir bersama-sama.
12.15 tengah hari.
Setelah lebih dua jam kami bermandi-manda dan membina istana pasir,
kami dipanggil oleh ibu untuk menjamu selera dengan bekalan yang
dibawa. Kami makan dengan amat berselera sekali, maklumlah masing-
masing sudah kelaparan dan makanan yang ibu sediakan pula enak-enak
belaka. Sambil itu, kami menikmati suasana nyaman pantai Port Dickson dan
melihat gelagat orang ramai yang ada di situ.
3.00 petang.
Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang. Kami berasa gembira
dan puas dapat berkelah di situ. Ayah berjanji akan membawa kami
berkelah di pantai Port Dickson lagi pada cuti yang akan datang atau jika
ada kelapangan pada masa lain.
9
Penulisan Cikgu Azni
8. KARANGAN FORMAT : LAPORAN
SOALAN:
Sekolah kamu telah mengadakan kempen kebersihan. Tulis laporan tentang
kempen tersebut.
Rangka karangan.
Pendahuluan
Sekolah telah mengadakan kempen kebersihan 2020.
-Majlis pelancaran olen Tuan Guru Besar.
-Majlis diadakan di perkarangan sekolah.
Idea
1)Tuan Guru Besar mahu murid 3)Diadakan pertandingan kelas
mencintai kebersihan. terbersih.
-Kebersihan budaya murid yang -Murid membersihkan kelas.
cemerlang. -Tiga orang guru membersihkan kelas.
-Sekolah sebagai tempat melatih
murit menghargai kebersihan. 4)Murid-murid digalakkan
menyumbangkan pokok bunga.
2)Bersama-sama membersihkan -Mendapat sambutan baik daripada
persekitaran sekolah. ibu bapa.
-Murid bersikap ringan tulang. -Sebanyak 236 pokok diterima.
-Guru mengawasi murid.
Penutup
Majlis penutupan di dewan besar.
-Kelas 6 Jaya diumumkan sebagai kelas terbersih.
-Kempen ini mencapai matlamat.
10
Penulisan Cikgu Azni
Laporan Kempen Kebersihan
Sekolah Kebangsaan Kampung Gelung
Pada 4 Mac 2020, Sekolah Kebangsaan Kampung Gelung (SKKG) telah
mengadakan aktiviti Kempen Kebersihan 2020. Majlis telah dilancarkan oleh
Tuan Guru Besar, Encik Saleh bin Mat Isa. Semua murid menghadiri majlis
perasmian yang diadakan di perkarangan sekolah.
Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk melahirkan murid yang
mencintai kebersihan. Tuan Guru Besar dalam ucapannya mahu aktiviti yang
dijalankan selama seminggu ini mampu melatih murid yang tahu
menghargai kebersihan. Oleh itu, beliau mahu menjadikan sekolah sebagai
tempat yang mengajar murid sukakan kebersihan.
Selepas majlis pelancaran itu, semua murid bersama-sama
membersihkan persekitaran sekolah. Murid-murid menunjukkan sikap ringan
tulang mengutip sampah, mencabut rumput, dan menyusun kedudukan
pasu bunga. Setiap kelas dibahagikan kepada kawasan tertentu yang
diawasi oleh guru kelas masing-masing.
Sekolah juga mengadakan pertandingan kebersihan. Pertandingan
itu menyebabkan murid-murid berlumba-lumba membersih, menghias dan
menceriakan kelas masing-masing. Tiga orang guru telah memeriksa setiap
kelas untuk menentukan kelas yang layak menjadi juara.
Murid-murid juga digalakkan menyumbang pokok bunga kepada
sekolah. Kempen tersebut mendapat sambutan yang baik dari pada ibu
bapa. Sejumlah 236 pokok bunga telah diterima oleh pihak sekolah.
Majlis penutupan telah diadakan pada 8 Mac 2020 di dewan besar.
Kelas 6 Jaya telah diumumkan sebagai kelas terbersih. Secara
keseluruhannya, kempen yang dijalankan telah mencapai matlamat untuk
mewujudkan suasana sekolah yang ceria dan indah.
Laporan disediakan oleh, 11 Mac 2020
Yuhanis
(YUHANIS BT. MUHAMMAD ISMAIL)
11
Penulisan Cikgu Azni
9. KARANGAN FORMAT : PERBAHASAN
Contoh Soalan:
Kamu bersama-sama dengan rakan-rakan telah terpilih untuk memasuki satu
pertandingan perbahasan. Tajuk yang ditetapkan ialah “Membawa Bekal ke
Sekolah Lebih Baik Berbanding Membeli Makanan di Kantin Sekolah”.
Sebagai pencadang pertama, sediakan hujah-hujah kamu.
Rangka karangan.
Pendahuluan
Terima kasih kepada Pengerusi Majlis.
-Penghargaan kepada para jemputan.
-Lafaz selamat sejahtera.
Idea
1)Memastikan makanan bersih. 3)Dapat menjimatkan masa.
-Sering berlaku keracunan makanan. -Waktu rehat Cuma 20 minit.
-Tidak berlaku jika membawa bekal. -Tidak berebut membeli makanan.
2)Berhemat ketika berbelanja. 4)Bertukar lauk dengan rakan.
-Berhemat jika membawa bekal. -Mengeratkan siraturahim.
-Makanan di kantin mahal. -Makan lebih berselera.
Penutup
Lebih baik membawa bekal ke seklah.
-Serangkap pantun.
-Lafaz terima kasih.
12
Penulisan Cikgu Azni
Membawa Bekal ke Sekolah Lebih Baik Berbanding Membeli Makanan di
Kantin Sekolah
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru
Besar, para hakim yang adil, barisan pembangkang, guru-guru, dan rakan
sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi
ini, izinkan saya menyampaikan perbahasan yang bertajuk, “Membawa
Bekal ke Sekolah Lebih Baik Berbanding Membeli Makanan di Kantin
Sekolah”.
Kita digalakkan membawa bekal ke sekolah untuk memastikan kita
memakan makanan yang bersih. Media masa selalu memaparkan merid-
murid menghadapi masalah keracunan makanan. Masalah ini tidak akan
berlaku jika kita membawa makanan dari rumah.
Kita dididik berhemat berbelanja. Hal ini dapat dilakukan sekiranya
kita membawa makanan dari rumah. Jika kita berbelanja di kantin sekolah
RM3.00, perut kita belum kenyang lagi.
Membawa bekal bermakna kita dapat menjimatkan masa. Hal ini
demikian kerana masa rehat cuma diberi 20 minit. Jadi, waktu kita gunakan
untuk makan tanpa berebut-rebut membeli makanan.
Seterusnya, kita boleh bertukar lauk dengan kawan yang sama
membawa bekal. Sikap ini boleh mengeratkan siraturahim dan mengetahui
isi hati kawan kita. Malah, kita makan dalam keadaan lebih menyelerakan.
Jelaslah kepada kita bahawa membawa bekal ke sekolah lebih baik
berbanding membeli makanan di kantin sekolah. Sebelum saya akhiri
perbahasan ini, saya sertakan serangkap pantun yang berbunyi:
Tegurlah rakan dengan ramah,
Jumlah rakan akan beribu,
Membawa bekal dari rumah,
Menghargai air tangan ibu.
Sekian, terima kasih.
13
Penulisan Cikgu Azni
10. KARANGAN TIDAK BERFORMAT : PENGALAMAN / CERITA / GAMBARAN /
SITUASI
Tajuk 1: Pengalaman Mengikuti Lawatan
A. Pendahuluan
- Bila pergi melawat
- Siapa yang menganjurkan lawatan tersebut
- Tujuan lawatan.
- Berapa ramai murid yang mengikuti
- Serta berapa orang guru pengiring
B. Isi-isi penting
ISI 1. Sebelum bertolak
- Pukul berapa.
- Berhimpun di tapak perhimpunan.
- Guru pengiring memberi taklimat .
- Menaiki bas.
- Beratur semasa menaiki bas.
ISI 2. Semasa berada di dalam bas
- Berbual-bual
- Menceritakan pengalaman masing-masing
- Makan dan minum sarapan, kuih dan air
ISI 3. Setelah sampai
- Waktu tiba
- Siapa yang menyambut ketibaan
- Pegawai bertugas memberi taklimat ringkas serta maklumat mengenai
Taman Hidupan Liar
ISI 4. Aktiviti (apa yang di lihat dan di buat)
- Melihat …..(pertunjukkan ,pameran, persembahan)
- Mengambil gambar
- Membeli cenderamata untuk diberi kepada ibu bapa
C. Penutup
- Selepas makan tengah hari
- Waktu pulang
- Tiba di sekolah dijemput ibu bapa
- Perasaan
14
Penulisan Cikgu Azni
Pengalaman Mengikuti Lawatan
Pada cuti sekolah yang lepas saya mengikuti lawatan sambil belajar
ke Taman Hidupan Liar. Lawatan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Sains
Sekolah Kebangsaan Taman Jaya. Tujuan lawatan adalah untuk
mendapatkan maklumat berkenaan haiwan-haiwan yang terdapat di
dalam hutan. Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring
menyertai lawatan tersebut
Sebelum bertolak, murid-murid beratur di tapak perhimpunan pada
pukul 8.00 pagi. Guru pengiring memberi taklimat dan nasihat supaya
menjaga disiplin semasa berada di kawasan taman. Selepas memberi
taklimat, guru-guru pengiring membawa kami menaiki bas rombongan. Kami
beratur semasa menaiki bas tersebut.
Semasa berada di dalam bas kami berbual-bual dengan rakan-rakan.
Ada juga rakan yang bercerita tentang pengalaman pernah ke Taman
Hidupan Liar sebelum ini. Kami juga menikmati kuih-muih dan air kotak yang
diberi semasa di dalam bas untuk mengalas perut.
Kami tiba di Taman Hidupan Liar pada jam 9.00 pagi. Selepas turun
dari bas, pegawai yang bertugas menyambut ketibaan kami. Beliau
memberi taklimat ringkas serta maklumat tentang taman kepada kami.
Selepas itu, kami diberi peluang untuk melihat dari dekat binatang
yang ada di dalam taman. Kami juga sempat melihat pertunjukkan burung
yang telah dilatih untuk menghiburkan hati kami. Ada juga murid yang
mengambil peluang mengambil gambar dan membeli cenderamata untuk
dihadiahkan kepada ibu bapa.
Selepas menikmati makan tengah hari kami pulang pada jam 1.00
petang. Tiba di sekolah ibu bapa kami telah bersedia menjemput kami
pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang ke rumah, saya bercerita
pengalaman yang menyeronokkan kepada ibu. Walaupun agak letih, saya
berasa sangat gembira.
15
Penulisan Cikgu Azni
11. KARANGAN TIDAK BERFORMAT : PERBINCANGAN
Contoh soalan:
Kejayaan murid banyak bergantung pada sikap. Bincangkan.
Rangka karangan.
Pendahuluan
Kejayaan banyak bergantung pada sikap.
-Baiknya bergantung pada kecerdasan.
-Perlu sikap posotif untuk mencapai kejayaan
Idea
1)Menguruskan masa yang baik. 3)Murid cemerlang mudah menerima
-Ada masa belajar dan bermain. nasihat.
-Murid aktif perlu ada jadual. -Peraturan akan dipatuhi.
-Didikan mendisiplinkan kita.
2)Murid cemerlang peribadi terpuji.
-Bersikap berbudi bahasa. 4)Tidak mudah putus asa.
-Sering membantu rakan. -Menyedari kelemahan diri.
-Yakin kejayaan bergantung pada
kerajinan.
Penutup
Berfikiran positif untuk berjaya.
-Pencapaian lalu sebagai pendorong.
-Yakin diri untuk berjaya.
16
Penulisan Cikgu Azni
Kejayaan murid banyak bergantung pada sikap.
Kejayaan Seseorang Murid Banyak Bergantung pada Sikap. Sembilan
puluh peratus kejayaan seorang itu banyak bergantung pada sikap.
Manakala, bakinya bergantung pada kecerdasan dan persekitaran. Ini
menunjukkan bahawa perlunya bersikap positif untuk mencapai kejayaan.
Kita perlu menguruskan masa dengan baik. Kita perlu membahagikan
masa untuk belajar dan bermain. Membuat jadual amat penting bagi
seseorang yang aktif dalam kokurikulum agar tidak mengabaikan pelajaran.
Murid yang cemerlang biasanya mempunyai keperibadian yang
terpuji. Mereka akan menunjukkan sikap berbudi bahasa dan hormat-
menghormati. Dalam kalangan rakan, mereka sering membantu rakan yang
lemah dalam pelajaran.
Murid cemerlang juga mudah menerima nasihat. Peraturan sekolah
tidak sesekali dilanggar, sebaliknya akan diikuti. Didikan membiasakan
mereka mendisiplinkan diri.
Golongan ini juga tidak mudah putus asa. Mereka sedar, jika memiliki
otak udang, memerlukan keyakinan yang kuat dalam diri. Mereka sedar
bahawa kerajinan dan usaha menentukan kejayaan. Lantaran itu, mereka
terus belajar tanpa jemu.
Berdasarkan semua keterangan tersebut, kita wajar bersikap positif
jika ingin berjaya. Pencapaian kita yang lalu juga sebagai pendorong
kepada pencapaian hari-hari mendatang. Tanamkan dalam diri bahawa
kita boleh berjaya.
17
Penulisan Cikgu Azni
12. KARANGAN TIDAK BERFORMAT : MELENGKAPKAN CERITA
Tulis sebuah cerita yang bermula dengan petikan yang berikut:
Hujan turun sejak kemarin. Air sudah msuk kedalam rumah. Jika kami
tidak segera meninggalkan rumah. …
Rangka karangan.
Pendahuluan
Menyertakan petikan.
-Perlu memikirkan sesuatu.
-Tindakan pantas boleh menyelamatkan keluarga.
Idea
1)Mendapatkan ayah didalam bilik . 3)Bersama dengan ibu memapah
-Tubuh ayah kurus kering. ayah.
-Menerangkan kejadian yang -Orang ramai menjujung barang.
berlaku. -Saya membantu ibu mengemas
barang.
2)Rumah dimasuki air.
-Tiada tanda hujan hendak teduh. 4)Barang yang dibungkus diletak di
-Mencadangkan agar segera anjung rumah.
pindah. -Bersyukur adik-adik berada di rumah
Pak Ngah.
-Ternampak sebuah motobot.
Penutup
Menjerit ntuk menarik perhatian.
-Motobot menuju kearah kami.
Bersyukur dapat pindah.
18
Penulisan Cikgu Azni
Tajuk: Musim Tengkujuh
Jika kami tidak segera meninggalkan rumah, bermakna kami
sekeluarga akan ditenggelami air. Saya perlu memikirkan sesuatu sebelum air
yang melimpah menenggelamkan kami sekeluarga. Tindakan yang cepat
boleh menyelamatkan keluarga.
Saya ke bilik untuk mendapatkan ayah yang terlantar di katil.
Keadaan tubuh ayah kurus kering. Terasa berat untuk saya terangkan
kejadian yang berlaku, tetapi perkara ini amat penting dan saya perlu
bertindak dengan segera.
“Ayah, rumah kita telah dimasuki air. Tiada tanda-tanda hujan
hendak teduh dan bila-bila masa sahaja rumah kita akan ditenggelami air.
Kita perlu berpindah sebelum perkara buruk terjadi.” Saya berkata sambil
merenung mata ayah yang tidak berkelip.
Dalam keadaan patah kandar, saya memapah ayah yang tidak
bermaya untuk bergerak. Ayah duduk di anjung rumah memerhatikan orang
ramai yang sebuk berpindah. Saya membantu ibu mengemaskan barang-
barang yng penting.
Barang-barang yang sudah dibungkus diletakkan di anjung rumah.
Dalam keadaan genting ini, saya merasa bersyukur kerana adik-adik masih
berada di rumah Pak Ngah, jika tidak sudah tentu merumitkan kami untuk
berpindah. Nun di kejauhan, saya ternampak sebuah motobot.
Saya menjerit agar pemandu motobot itu ternampak saya yang
melambai-lambai ke arahnya. Motobot itu kemudiannya menuju ke arah
kami. Saya merasa bersyukur kerana kami dapat dipindahkan ke tempat
yang selamat sementara menanti banjir surut.
*Maksud peribahasa yang digunakan.
Patah kandar – hilang tempat bergantung
19
Penulisan Cikgu Azni
Contoh Soalan:
Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut:
….“Saya berjanji tidak akan buat lagi,” rayunya. Akan tetapi, saya tidak
memperdulikan kata-kata itu. Saya terus membawanya ke bilik Guru Besar.
Rangka karangan.
Pendahuluan
Terlihat Adi mahu ke Blok Aman.
-Adi murid yang nakal.
-Mengekori langkah Adi.
Idea
1)Adi masuk ke tandas. 3)Adi menconteng dinding tandas.
-Saya juga masuk. -Memegang bahu Adi.
-Adi berkata dari dalam tandas. -Adi terkejut melihat saya.
2)Asyik dipersalahkan. 4)Menegur tidak pernah insaf.
-Mahu menjadi murid yang baik. -Bukan kesalahan pertama.
-Jahat sekali terus jahat. -Bawa kebilik Gur Besar.
Penutup
Buat rayuan.
-Janji tidak buat lagi.
-Rayuan tidak diperdulikan.
20
Penulisan Cikgu Azni
Tajuk: Bukan Kesalahan Pertama
Ketika saya hendak ke bilik guru, saya telihat Adi menuju ke Blok
Aman. Adi terkenal sebagai murid yang nakal. Saya berasa tidak sedap
hati, lalu mengekori langkah Adi.
Adi masuk ke tandas sambil bersiul-siul. Saya juga masuk ke tandas.
Ketika di dalam tandas, saya terdengar Adi mengatakan sesuatu. “Apa-apa
sahaja yang saya buat, ada sahaja yang tidak kena. Saya memang mahu
menjadi orang baik, tetapi guru anggap saya masih nakal. Alang-alang
menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.”
Apabila saya keluar dari tandas, saya mendapati Adi sedang
menconteng dinding. Saya segera memegang bahunya. Adi menepis dan
agak terkejut apabila memandang wajah saya.
“Awak memang tak pernah insaf”. Kejadian ini bukan kesalahan
pertama yang awak lakukan. Ikut saya berjumpa dengan Cikgu Anuar,”
pinta saya.
“Saya berjanji tidak akan buat lagi,” rayunya. Akan tetapi, saya tidak
memperdulikan kata-kata itu. Saya terus membawanya ke bilik Guru Besar.
*Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan –
maksudnya jika ingin melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah dilakukan
dengan sepenuh hati.
21
Penulisan Cikgu Azni
13. KARANGAN TIDAK BERFORMAT : AUTOBIOGRAFI / BIOGRAFI
Katakan kamu sebuah kereta.Tulis riwayat hidup kamu.
Rangka karangan.
Pendahuluan
Sebuah kereta Myvi.
-Dilahirkan di Rawang.
-Dikagumi oleh penggemar kereta.
Idea
1)Enjin teknologi Toyota. 3)Tuan membawa saya pulang.
-Dicat sebanyak dua kali. -Bermula tugas bersama dengan
-Dipandu uji sebelum dipasarkan tuan baharu.
-Bersiar-siar ke tempat kerja dan ke
2)Dibawa untuk di pasarkan. pasar.
-Diletakkan di kedai kereta.
-Sudah ditempah sejak tiga bulan 4)Dibawa memecut selaju 100
yang lalu. kilomiter sejam.
-Dipandu dalam kelajuan sederhana.
-Berpuas hati dijaga dengan cermat.
Penutup
Tuan membeli kereta besar untuk keluarga.
-Saya kurang digunakan.
-Gembira dapat berbakti.
22
Penulisan Cikgu Azni
Tajuk: Saya Sebuah Kereta
Saya sebuah kereta Myvi. Saya dilahirkan disebuah kilang kereta di
Rawang. Kehebatan tubuh saya dikagumi oleh penggemar kereta.
Tubuh saya mengandungi besi dan enjin yang dihasilkan dengan
teklologi Toyota. Kemudian, saya di sembur dengan cat berwarna biru
muda.Sebelum saya dipasarkan saya dipandu uji oleh pemandu yang
terlatih dan berpengalaman untuk memastikan saya betul-betul menepati
piawaian yang ditetapkan.
Bersama-sama dengan teman yang lain, saya dibawa ke Kota Bharu
dengan menggunakan lori panjang. Saya diletakkan di sebuah kedai
kereta.Tanpa saya duga, rupa-rupanya diri saya telah ditempah oleh
seorang pembeli sejak tiga bulan yang lalu dengan harga RM65 000.00.
Setelah urusan pembelian selesai, saya dibawa pulang oleh tuan
saya. Tuan saya membawa isterinya bersiar-siar dengan menggunakan saya.
Sejak itu, bermulalah tugas saya membawa tuan pergi ke tempat kerja dan
kadangkala saya dipandu oleh isteri tuan saya untuk ke pasar.
Untuk menguji kelajuan saya di lebuh raya, tuan saya memecut
sehingga 100 kilomiter sejam. Apabila tuan saya berpuas hati memecut,
saya dipandu dalam kelajuan sederhana. Saya berpuas hati kerana dijaga
dengan cermat.
Apabila tuan saya sudah mempunyai anak, dirasakan saya terlalu
kecil, lalu tuan saya membeli kereta yang lebih besar. Saya kurang lagi
dignakan. Saya kecewa bagaikan kaca jatuh ke batu, namun saya gembira
kerana masih dapat berbakti.
23
Penulisan Cikgu Azni
14. KARANGAN TIDAK BERFORMAT : JENIS PERIBAHASA
Contoh Soalan: Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa yang
berbunyi, “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.
Pendahuluan
Fahmi kurang mengulang kaji pelajaran.
-Keputusan peperiksaan merosot.
-Banyak mencatatkan B.
Idea
1)Tidak kecewa walaupun keputusan 3)Meyakinkan emak.
sederhana. -Kejayaannya akan dicontohi oleh
-Kejayaan banyak bergantung pada adik-adik.
kerajinan. -Keputusan peperiksaan Fahmi
-Terus berusaha tanpa jemu. menampakkan peningkatan.
2)Emak kagum melihat ketekunan 4) Fahmi menjawab soalan dengan
Fahmi. tekun.
-Kawan sebaya asyik bermain. -Akhirnya mendapat 5A.
- Fahmi bekepit dengan buku. -Gembira impian menjadi kenyataan.
Penutup
Menyebut peribahasa.
- Fahmi membuktikan kejayaan.
-Dia mahu mengekalkan kecermelangan.
24
Penulisan Cikgu Azni
Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung Manakah Dapat Sagunya.
Fahmi sedar dirinya kurang mengulang kaji pelajaran. Keputusan
peperiksaan yang lepas tidak begitu membanggakan. Markah yang
diperolehi lebih banyak B daripada A.
Namun, dia tidak berasa kecewa. Baginya, kejayaan seseorang murid
itu libih banyak bergantung pada kerajinan, bukannya kepandaian.
Walaupun dia tahu dia tidak pandai, tetapi dia terus berusaha tanpa jemu.
“Emak kasihan melihat kamu, Fahmi. Kawan-kawan sebaya kamu
asyik bermain. Kamu pula asyik berkepit dengan buku saja,” luah ibunya,
Mak Cik Arifah.
“Emak usah Risau,” luah Fahmi. “Fahmi berazam untuk mendapat 6A,
sebab itu Fahmi berusaha dengan bersungguh-sungguh. Fahmi yakin,
sesiapa yang rajin berusaha dan bertawakal kepada Allah akan
memperoleh kejayaan.”
Mak Cik Arifah bangga dengan kesungguhan anak sulungnya itu. Dia
berharap kejayaan Fahmi nanti akan diteladani oleh adik-adiknya yang lain.
Dalam peperiksaan percubaan dahulu, keputusan Fahmi menampakkan
peningkatan, iaitu mendapat 2A dan 4B.
Apabila tiba peperiksaan UPSR, Fahmi menjawab soalan dengan
penuh yakin. Tiga bulan kemudian, apabila keputusan diumumkan, dia
mendapat 6A. alangkah gembiranya Fahmi kerana mendapat sesuatu yang
diidamkan.
Benarlah kata peribahasa, “jika tidak dipecahkan ruyung, manakah
dapat sagunya”. Fahmi telah membuktikan kejayaannya hasil daripada
usahanya yang bersungguh-sungguh. Dia mahu mengekalkan sifat
kerajinannya agar kecemerlangannya dalam pelajaran dapat dikekalkan di
sekolah menengah.
*Jika tidak dipecahkan ruyung, manakah dapat sagunya – jika kita berusaha
bersungguh-sungguh kita akan dapat hasilnya.
25
Penulisan Cikgu Azni
Tajuk: Biar Lambat Asal Selamat
Peribahasa ‘Biar Lambat Asal Selamat’ membawa maksud sesuatu
pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-
hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baiknya.
Ada setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat
sebarang pekerjaan. Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa
menghiraukan akibatnya.
Sebagai menghuraikan peribahasa di atas , saya akan mengambil
contoh seorang pemandu kenderaan. Pemandu itu memandu
kenderaannya dengan laju kerana dia ingin segera sampai ke tempat yang
hendak ditujunya. Tanpa disedari, perbuatannya itu berbahaya kepada
dirinya sendiri dan juga orang lain.
Sekiranya dalam perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku
ke atas dirinya misalnya kemalangan , pemandu itu akan menyesal kerana
perbuatannya itu. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi
jika dia sabar dan cermat ketika memandu.
Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam
kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini
akan sentiasa selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.
26
Penulisan Cikgu Azni
KARANGAN TIDAK BERFORMAT
Tajuk: Cara-cara menjaga kesihatan
Amalan menjaga kesihatan adalah amalan yang baik. Jika kita
menjaga kesihatan, hidup kita akan menjadi lebih bahagia. Banyak cara
untuk kita menjaga kesihatan.
Antara cara menjaga kesihatan adalah dengan memakan makanan
yang berkhasiat. Contohnya, kita perlu makan banyak sayur-sayuran, daging
dan buah-buahan. Kesannya, tubuh badan kita akan sentiasa cergas.
Seterusnya, kita boleh menjaga kesihatan dengan mengamalkan
gaya hidup yang sihat. Contohnya, tidak menghisap rokok dan meminum
arak. Kesannya, kita dapat mengelak dari penyakit yang berbahaya.
Selain itu, cara menjaga kesihatan adalah dengan bersenam dan
melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Contohnya, bermain bola sepak dan
berjoging. Kesannya, otak kita akan menjadi cerdas dan tubuh badan
sentiasa bertenaga.
Di samping itu, cara menjaga kesihatan adalah dengan menjaga
kebersihan persekitaran. Contohnya, membersihkan kawasan bilik tidur,
tandas dan sekeliling rumah. Jika rumah kita bersih, kita akan terhindar
daripada pelbagai jenis penyakit.
Akhir sekali, kita perlulah sentiasa menjaga kesihatan untuk
memastikan badan kita sihat. Kita akan rasa lebih bahagia jika dapat
mengamalkan hidup yang sihat. Saya berharap agar rakan-rakan sama-
sama menjaga kesihatan diri.
27
Penulisan Cikgu Azni
KARANGAN TIDAK BERFORMAT
Tajuk: Faedah menjaga kesihatan
Amalan menjaga kesihatan adalah amalan yang baik. Jika kita
menjaga kesihatan, hidup kita akan menjadi lebih bahagia. Banyak faedah
jika kita pandai menjaga kesihatan.
Antara faedah menjaga kesihatan adalah dapat hidup dalam
keadaan ceria sepanjang masa. Contohnya, kita tidak perlu memikirkan
masalah penyakit yang dihidapi. Kesannya, kita dapat hidup bahagia
bersama keluarga.
Seterusnya, faedah menjaga kesihatan adalah dapat menyimpan
wang yang banyak. Contohnya, kita tidak perlu berbelanja untuk membeli
ubat-ubatan. Kesannya, kita dapat hidup senang tanpa menyusahkan
orang lain.
Selain itu, faedah menjaga kesihatan adalah dapat hidup secara aktif.
Contohnya, dapat menjalankan tugas harian dengan lancar. Kesannya, kita
dapat meningkatkan kejayaan dalam kehidupan.
Di samping itu, sekiranya kita menjaga kesihatan, hidup kita akan lebih
bahagia bersama keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling. Negara
kita akan aman jika semua orang hidup secara sihat.
Akhir sekali, kita perlulah sentiasa menjaga kesihatan untuk
memastikan badan kita sihat. Kita akan rasa lebih bahagia jika dapat
mengamalkan hidup yang sihat. Saya berharap agar rakan-rakan sama-
sama menjaga kesihatan diri.
28
Penulisan Cikgu Azni
KARANGAN TIDAK BERFORMAT
Tajuk: Cara-cara menjaga kebersihan
Amalan menjaga kebersihan adalah amalan yang baik. Jika kita
menjaga kebersihan, hidup kita akan menjadi lebih bahagia. Banyak cara
untuk kita menjaga kebersihan.
Antara cara untuk menjaga kebersihan adalah dengan membersihkan
persekitaran. Contohnya, membersihkan bilik tidur. Kesannya, hidup kita
akan lebih gembira jika bilik kita sebtiasa kemas dan teratur.
Seterusnya, kita hendaklah menjaga kebersihan tubuh badan sendiri.
Contohnya, kita mestilah mandi, gosok gigi dan memakai pakaian bersih
setiap hari supaya tubuh badan kita tidak berbau. Kesannya, ramai orang
akan menyayangi diri kita.
Selain itu, kita hendaklah menjaga kebersihan rumah. Contohnya,
membersihkan halaman rumah seperti memotong rumput dan menyapu
sampah. Kesannya, halaman rumah kita akan sentiasa bersih.
Akhir sekali, kita perlulah sentiasa menjaga kebersihan supaya mental,
fizikal dan rohani kita sihat. Kita akan rasa lebih bahagia jika hidup dalam
persekitaran yang bersih. Saya berharap agar rakan-rakan sama-sama
menjaga kebersihan diri.
29
Penulisan Cikgu Azni
KARANGAN TIDAK BERFORMAT
Tajuk: Kebaikan belajar di perpustakaan
Belajar di perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Di
perpustakaan terdapat banyak buku-buku yang boleh dibaca seperti seperti
buku cerita, novel, majalah, buku rencana dan lain-lain lagi. Dengan
membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu
membantu murid-murid dalam pelajaran.
Antara faedah belajar di perpustakaan, murid-murid dapat mengisi
masa lapang dengan bermanfaat. Mereka yang selalu ke perpustakaan
akan terhindar daripada gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok
dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran
dan masa depan mereka akan lebih cerah. Sebaliknya, gejala yang tidak
sihat akan mengelapkan masa depan mereka.
Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri.
Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti
larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun
semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat
berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi
amalan dalam kehidupan mereka.
Perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid.
Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh
dipinjam di perpustakaan. Ini tentu dapat menjimatkan wang ibu bapa
murid-murid.
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh
itu, menfaatkanlah perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita
dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan
rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di
perpustakaan.
30