The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dunia personaliti introvert..

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayu mohidin, 2023-12-10 19:33:15

Diary Introvert

Dunia personaliti introvert..

Keywords: Introvert

NOTA DIARY …………………. INTROVERT Introvert tu macam mana? 1. Aku, Introvert tidak banyak bercakap. Lebih suka mendengar dan meneliti. Bukan kerana kurang berkomunikasi, cuma cara komunikasiku yang berbeza. Aku introvert yang perlukan masa untuk proses maklumat, mempertimbangkan dan memilih perkataan yang betul sebelumku bercakap.


2. Introvert yang bersama kamu sekarang adalah introvert yang mentalitinya sudah lama musnah, percayalah dia tidak mahukan harta dan kekayaan kamu, dia hanya perlukan rumah yang sunyi, untuk dia pulang apabila rumah pertamanya musnah dan memerlukan seseorang yang boleh mendengarnya. 3. Memang kebanyakan introvert, bila marah sentiasa diam, mengelak atau menjauhkan diri. Tetapi jika dia berani bercakap dengan emosi yang tidak terkawal, bermakna masalah itu telah melampaui batas kesabarannya, dan ini menimbulkan masalah baru baginya, iaitu dia akan terus memikirkan apa yang dia katakan ketika dia marah tadi.


4. Introvert tidak takut untuk menjadi diri mereka sendiri, walaupun itu bermakna, berbeza daripada orang lain, mereka setia kepada nilai dan kepercayaan mereka sendiri dan tidak peduli apa yang orang lain fikirkan tentang mereka. Mereka adalah orang istimewa “tulen” yang mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan kepada dunia. 5. Ciri Introvert yang jarang diperhatikan : . Merasa penat berada dalam khalayak ramai. . Menikmati masa “bersendirian”. . Ruang “lingkup” berkawan dalam skala kecil. . Bercakap dengan teliti. . Tidak fokus apabila melakukan banyak perkara pada satu masa yang sama. . Belajar dengan cara “mengamati”. . Isi semula tenaga dengan “bersendirian”. . Suka belajar hal baharu. . Tidak suka jadi “tumpuan”. . Suka menulis berbanding berbicara.


6. Yang mencipta watak buruk si introvert itu bukanlah dirinya tetapi layanan orang lain terhadapnya. Sebagai contoh, seorang introvert telah cuba menyapa orang yang dikenalinya, tetapi orang lain bersikap acuh tak acuh. Mulai saat itu, si introvert beranggapan tidak perlu lagi bertegur sapa dengan orang lain. Introvert bergantung pada cara dia dilayan. 7. Introvert memang baik, tetapi jika kamu marah mereka, mereka akan mengabaikan seluruh kewujudan kamu. Mereka penyayang dan mereka tidak pernah memandang rendah pada orang lain. Tetapi jika kamu mengambil kesempatan daripada kebaikan mereka, mereka tidak membalas dendam, mereka hanya hilang dalam senyap.


8. Jika Introvert diminta bercakap terus, jawapannya cuma “ermm iya”. Walaubagaimanapun jika kamu berbual di WhatsApp, jawapannya mungkin seperti pakar motivasi, ahli psikologi dan perunding psikiatri. 9. 6 alasan harus bangga menjadi introvert : . Sudah dilatih berfikir, mengamati dan menganalisa. . Walaupun ternampak “acuh tidak acuh”, kamu selalu penuh perhatian. . Walaupun sering diam, kamu sentiasa memikirkan perasaan orang lain. . Tidak suka ikut campur urusan orang lain dan bercakap perkara yang tidak penting. . Tidak mahu terlibat konflik dengan orang lain. . Tidak mahu menghakimi tingkah laku dan pendapat orang lain.


10. Introvert mempunyai sifat yang tidak menyenangkan, sebab itu dia sentiasa memikirkan setiap perkataan yang dia ucapkan terlebih dahulu. Introvert sentiasa cuba menjaga perasaan orang lain, tetapi sebaliknya orang lain kadang-kadang bertindak seperti introvert. 11. Introvert boleh membaca niat kamu seperti buku. Mereka mungkin tidak berkata apa-apa tetapi percayalah mereka tahu segala-galanya yang ada di fikiran kamu. -nada yang kamu gunakan -perkataan yang kamu pilih -tenaga yang kamu keluarkan (jangan sesekali berbohong, dia tahu segala-galanya).


12. Sebagai Introvert, ini yang ingin aku sampaikan agar kamu tidak salah faham.. . Kenapa aku diam? -bukan ertinya aku cuba tutup sesuatu tapi secara aslinya aku tiada modal untuk bersembang. . Ketika aku bersendirian? -Aku cas tenagaku, bukan aku tidak suka sama kamu, tapi aku perlu masa “bersendirian” . Kenapa diam tidak menyapa? -kadangkala tiada kesempatan untuk menjelaskannya di saat aku diasak bertubi-tubi. . Ketika aku dan kamu bersama? -Aku masih diam kerana ubahubah topik terlalu cepat. Perlukan pengamatan terhadap punca ceritamu, barulah aku bercakap dan beri pendapat. Aku tidak bisa terus-terus diserbu.


. Mungkin kamu anggap aku sombong, tapi aku lebih selesa jika bersendirian, jika ada yang terasa dengan perilaku ku, ketahuilah inilah sifat introvert ku yang asli. Tidak semua introvert antisosial ya… 13. Keinginan Introvert ringkas : - Suasana yang hening dan sepi. - Sendirian melakukan aktiviti, baca, menonton dan sebagainya. - Hal kerja, introvert amat menyukai kerja yang mengandungi seni. - Jika bercakap dengan introvert, jujur sahaja tidak perlu berdrama. - Saat introvert bahagia, ia ingin orang disekelilingnya turut merasakan hal yang sama. Namun jika sedih, cukup hanya untuk dirinya sahaja.


14. Pendirian Introvert : Tidak sukakan apa-apa peraturan apabila seseorang mencadangkan peraturan. Introvert punyai prinsip dan pendapat mereka sendiri. Kalau introvert tidak mahu dan rasa tidak sesuai untuknya, dia akan menolak. Introvert juga tidak suka adanya “bos dan bawahan”. Baginya sesiapa sahaja boleh menggunakan hak mereka, baik pendapat mahupun pertimbangan, asalkan ia tidak merugikan mana-mana pihak kerana introvert suka menilai hak yang mengimbangi keadaan. 15. Perasaan Introvert itu nyata. Jadi jangan pernah meragukan perasaan seorang introvert saat dia menebak kelakuanmu, kerana tebakan mereka jarang meleset. Jadi jangan cuba-cuba menyembunyikan sesuatu yang dibencinya. Walaupun dia diam, dia hanya menahan diri dan pura-pura baik-baik sahaja.


16. Introvert adalah penyembuh, mereka mempunyai keupayaan unik untuk membuat orang lain berasa dihormati dan didengari. Walaupun orang yang tidak dikenali, mereka akan membuat orang berasa selamat dan selesa dengan tenaga mereka. Empati mereka menyembuhkan jiwa yang terluka. Tetapi hakikatnya apabila seorang introvert disakiti, mereka tidak dihargai, mereka tidak didengari, tiada siapa yang boleh mengubati jiwa introvert. 17. Introvert tidak berputus asa kerana mereka takut, mereka hanya takut kehilangan kawalan, kerana apa yang keluar dari mulut introvert adalah kelicikanmu, aibmu hingga ke akarnya introvert tahu tentang kamu.


18. Bagi Introvert : “Privasi” adalah segalanya-galanya. Mereka tidak mempunyai keinginan untuk bercakap atau menunjuk-nunjuk kehidupan mereka di khalayak ramai. Mereka mempunyai cerita pengembaraan yang menyeronokkan untuk diceritakan tetapi semuanya mudah. Kamu mungkin fikir introvert menjalani kehidupan yang membosankan. Tetapi percayalah, rahsia mereka boleh menyukarkan anda untuk tidur lena. 19. Introvert benci drama, orang toksik, apa Sahaja manipulasi yang digunakan untuk mengawal kehidupan mereka. Mereka adalah orang yang mudah. Pemberi yang tulen tetapi orang mengambil kesempatan atas kebaikan mereka berulang kali. Mereka memaafkan dan melupakan tetapi tidak pernah apabila mereka hilang sabar percayalah ia akan menyakiti kamu.


21. Introvert dimana orang lain melihatnya: -pendiam -misteri -sombong -susah bergaul Introvert boleh melihat pembohongan dari mata, nada suara, bahasa tubuh, pandangan, vibes, tenaga..introvert tidak boleh dibohongi. Ulang..mereka tidak boleh dibohongi. Introvert tidak berdrama, sangat Ikhlas dengan sesiapapun. Keikhlasan mereka bukan mainmain, tapi bila dah musnah, namamu akan terpadam dari hidup introvert. 20. Jika Introvert masih berkomunikasi bermakna mereka masih mengambil berat. Jika mereka diam bermakna mereka fikir semuanya sudah selesai dan percayalah tiada siapa yang akan dapat mengubah cara berfikir mereka kecuali atas kehendak mereka sendiri.


22. Adakah anda percaya bahawa introvert adalah orang yang tidak menemui kebahagiaan dalam keluarga mereka? Tetapi mereka lebih mementingkan ibu bapa mereka daripada kebahagiaan mereka sendiri. 23. Introvert adalah orang yang sangat tertutup, apa sahaja yang mereka Kongsi akan difikirkan terlebih dahulu. Itulah sebabnya mereka akan merasa kelakar apabila kamu seakanakan tahu segalanya tentang mereka. Percayalah kamu tidak tahu akan mereka.


24. Introvert paling tidak suka diperintah apatah lagi dipaksa, daripada menurut, dia cenderung malas dan enggan. Tetapi jika dia mengambil inisiatif sendiri, dia boleh menjadi sangat rajin melampaui ekstrovert dan boleh menyelesaikan kerjanya dengan cepat dan sempurna. 25. Introvert adalah orang yang “cool”, baik hati, penyayang. Apapun yang dilakukan atau diberikan oleh seorang introvert itu mendalam. Jika anda memanfaatkan seorang introvert pertama kali, dia akan mengabaikan anda. Kedua kalinya, dia akan melihatmu aneh. Ketiga / keempat kalinya, anda akan kehilangannya. (introvert sangat tidak suka dianggap remeh).


26. Introvert dikira polos, padahal otaknya liar, kurang bercita-cita dalam masa depan, jalani hidup sendirian, tanya sendiri..jawab sendiri. Kata “iya”, padahal keberatan tidak selesa sama orang. Mampu “berpuasa” daripada bercakap seharian. Jangan ragu untuk minta bantuan bagi mengenali personaliti seseorang.. 27. Introvert hanya banyak bicara dengan orang-orang tertentu. Tidak semua orang bisa di ajak sembang ramah, berbasa basi atau bergurau haha hihi ikut suka. Introvert hanya akan bersembang seperlunya sahaja. Selebihnya dia akan berdiam diri, Sebaik apapun orang itu, introvert hanya akan membuka dirinya untuk orang-orang tertentu. Bukan memilih, introvert hanya akan berlabuh pada dimana dia merasa nyaman dan sesuai.


28. Introvert adalah hakim terbaik yang pernah anda dapatkan kerana mereka menilai tanpa niat untuk menyenangkan siapapun. Begitulah cara mereka memberikan penilaian terhadap apapun yang saksama, tidak memihak mana-mana orang mereka adili.. 29. Saat Introvert mencintaimu, dia akan memaafkan kesalahanmu sebesar apapun dan bertahan walau sakit. Tapi ketika sudah tidak dianggap dan tidak dihargai, introvert anggap kamu menyuruhnya pergi secara perlahan. Mungkin buatmu kehilangan introvert biasa sahaja. Namun bagi sebahagian introvert, ia tidak peduli lagi sama kamu dan dia akan lebih bahagia tanpa kamu disisinya.


30. Dibandingkan dengan cinta yang lain, cinta Introvert sangat tulus. Dia akan mengorbankan waktu, fikiran, hati. Tapi apa yang telah dilakukan introvert jika cintanya masih diragukan, masih diajukan soalan ulang kali sama orang yang dia cintai padanya, dia akan segera membunuh perasaan dan hatinya, agar tidak perlu jatuh cinta lagi. Segera diam, menghilang dan memastikan dirinya tidak ada lagi. 31.


Click to View FlipBook Version