Kepupusan
Flora dan Fauna
Isu kepupusan
Flora dan Fauna
Pada masa kini manusia masih lagi terkejar-kejar
kemewahan yang berlandaskan teknologi dan kecanggihan
cara hidup. Tetapi harga yang perlu dibayar untuk
mencapai semua itu adalah sangat tinggi. Pelbagai
khazanah bumi terpaksa di korbankan untuk memenuhi
kehendah dan nafsu manusia masa kini. Kealpaan manusia
telah mengakibatkan angka flora dan fauna yang hamper
pupus semakin meningkat angkanya. Kepupusan flora dan
fauna telah berada pada zon berbahaya dan ia perlu
diambil serius selagi kita mempunyai masa. E-book ini akan
membincangkan tentang punca-punca kepupusan flora
dan fauna, kesan-kesan kepupusan dan langkah-langkah
yang dianggap sesuai untuk memelihara dan memulihkan
flora dan fauna. Kebanyakan contoh-contoh yang
diselitkan melibatkan Negara kita sendiri iaitu Negara
Malaysia.
Punca-punca
Kepupusan Flora dan Fauna
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang kepada
kepupusan flora dan fauna sama ada secara langsung atau
secara tidak langsung. Diantara punca-puncanya adalah
pembalakan haram yang merupakan salah satu punca utama
kepupusan flora dan fauna. Pembalak-pembalak haram giat
menjalankan pembalakan secara terbuka di kawasan yang tidak
sepatutnya ditebang dan menyebabkan tumbuhan renek
mengalami kepupusan.
Pembakaran hutan juga dilakukan oleh pihak tidak
bertanggungjawab yang dilakukan secara terbuka. Hal ini akan
menyebabkan habitat kehilangan tempat tinggal. Perkembangan
arus permodenan menyebabkan banyak pembangunan berlaku
di atas bumi. Untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi,
banyak kawasan baru yang diterokai untuk membina
penempatan baru, dijadikan kawasan pertanian dan
perindustrian
Punca-punca
Kepupusan Flora dan Fauna
Selain itu, aktiviti menangkap ikan merupakan salah satu punca
rezeki bagi nelayan-nelayan di persisiran pantai. Tangkapan
menggunakan jala, pancing, bubu dan cara tradisional yang lain
menjejaskan habitat dan bilangan hidupan akuatik di perairan
dan menggugat segala hidupan di dasar laut seperti terumbu
karang dan sebagainya.
Habitat flora dan fauna semakin terjejas disebabkan oleh
perindustrian yang berlaku tapa memikirkan kesan-kesan buruk
yang mungkin terjadi kepada alam sekitar. Pelbagai proses dan
aktiviti dari industri seperti pembuangan sisa, rawatan sisa dari
pembuatan kosmetik, tekstil dan sebagalnya telah mengakibatkan
pencemaran plastik yang berleluasa. Dianggarkan lebih kurang
240tan plastik digunakan setiap tahun. Ekosistem marin
merupakan ekosistem yang mendapat impak terbesar hasil
daripada pencemaran plastik yang tidak terkawal ini.
Kesan-kesan
Kepupusan Flora dan Fauna
Hakisan tanah dan tanah runtuh
Akibat dari pembakaran yang tidak terkawal dan pembukaan
tanah baru mendorong tanah runtuh berlaku. Akar-akar pokok
secara tidak langsung mencengkam tanah daripada runtuh.
Akar-akar ini akan memastikan tanah sentiasa berada dalam
kedudukan semulajadi. Tetapi apabila hutan dan pokok-pokok
digondol, tiada lagi akar-akar yang mencengkam tanah. Apabila
tiada lagi sokongan pada tanah, tanah tidak lagi mampu untuk
menampung segala benda di atasnya. Hasilnya, hakisan tanah
atau tanah runtuh berlaku. Dahulu negara di gemparkan dengan
tragedi tanah runtuh di Genting Highlands dan Highlands tower.
Jika diperhatikan kawasan sekelilingnya tidak banyak pokok dan
ini menyebabkan hakisan tanah sekaligus tanah runtuh pun
berlaku.
Kesan-kesan
Kepupusan Flora dan Fauna
Kitaran kehidupan akan terjejas
Apabila haiwan-haiwan dan tumbuhan mengalami kepupusan
yang serius, ia turut menjejaskan kitaran kehidupan. Contohnya,
rantai makanan hidupan laut khusuanya telah terjejas kerana
pengambilan plastik mikro sebagai makanan. Plastik mikro
bersifat tidak terbiodegradasi dan ini sekaligus merosakkan
sistem pencernaan hidupan akuatik. Polietelena dan polipropilina
merupakan antara jenis-jenis plastik mikro yang sering didapati
di dalam bahan harian yang digunakan di rumah seperti
detergen, pencuci muka dan lain-lain. Kebiasaannya, serpihan
plastik ini berbentuk sfera dan terdiri daripada pelbagai warna.
Plastik mikro ini dikenali sebagai manik mikro yang bertindak
sebagai agen pembersih kotoran, minyak dan lain-lain. Inovasi
manik mikro ini secara tidak langsung telah mengakibatkan
ekosistem laut terancam.
Langkah-langkah
Memelihara dan Memulihara
Terdapat pelbagai langkah-langkah yang patut di ambil bagi
mengatasi masalah kepupusan flora dan fauna di Malaysia.
Antaranya ialah mewujudkan sistem pengurusan hutan yang
boleh menjamin dan melindungi flora dan fauna seperti
menjalankan penanaman semula contohnya menanam semula
pokok kayu balak yang telah ditebang bagi menggantikannya.
Selain itu, dengan menghadkan kapasiti hutan untuk
mengelakkan tumbuhan dan pokok-pokok ditebang.
Kerajaan juga perlu memainkan peranan utama dalam
memperketatkan undang-undang tentang pembalakan dan
pemburuan haram. Pihak berkuasa perlu sentiasa peka dengan
setiap pergerakan yang dilakukan oleh pembalak dan pemburu
haram kerana kewujudan mereka bakal menghancurkan flora
dan fauna. Dengan mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan
sebagai Taman Negara, taman rekreasi, taman laut dan
sebagainya dengan keluasan mencukupi, habitat flora dan fauna
boleh terpelihara.
Langkah-langkah
Memelihara dan Memulihara
Masyarakat juga perlu peka terhadap kesan bahaya serpihan
plastik di ekosistem laut disebabkan oleh penggunaan plastik
yang berlebihan. Pengurusan pembaziran plastik secara
sistematik harus dilakukan seperti memeriksa pengumpulan
sampah untuk mencari plastik dan mengitar semula dengan cara
yang betul. Perkara yang paling biasa dilakukan ialah kempen
untuk mendidik orang ramai mengenai kesan mikroplastik
terhadap alam sekitar supaya mereka mendapat pemahaman
yang lebih baik mengenai sejauh mana mikroplastik member
kesan buruk terhadap alam sekitar.
Kepentingan
Memelihara Flora dan Fauna
Ekosistem ialah satu proses interaksi antara benda-benda hidup
dengan benda-benda bukan hidup yang wujud dalam alam
sekitar. Semua hidupan iaitu, tumbuhan , haiwan, dan manusia
saling memerlukan untuk hidup. Sebagai contoh, manusia dan
haiwan memerlukan oksigen yang dilepaskan oleh tumbuhan
manakalan tumbuhan memerlukan karbon dioksida yang
dilepaskan oleh manusia dan haiwan untuk proses fotosintesis.
Oleh itu, kewujudan flora dan fauna amat penting kerana a
boleh menjadi faktor tarikan pelancong untuk melancong ke
negara kita. Sekiranya kita memelihara flora dan fauna,
sememangnya kita akan dapat menambah pendapatan negara
apabila ramai pelancong yang melancong ke negara kita.
Dengan memelihara dan memulihara alam sekitar, kita akan
dapat mengelakkan berlakunya bencana alam seperti tanah
runtuh, hakisan tanah dan kitaran hidup akan terjejas.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum
melakukan sesuatu perkara. Dalam hal membangunkan Negara
menerusi perindustrian, alam semulajadi tidak boleh dilupakan.
Jika khazanah bumi ini tidak dijaga dengan sebaik-baiknya tidak
ada lagi yang tinggal untuk generasi yang akan datang. Dunia ini
adalah pinjaman manusia tidak berhak untuk merampas atau
meragut kekayaan dunia dengan sewenang-wenangnya segala
pekara yang ingin dilakukan perlu melalui pelbagai fasa untuk
mengelakkan sebarang ancaman terhadap alam semulajadi.
Kepupusan flora dan fauna mampu menjadi mimpi ngeri buat
kita semua jika tiada sikap ambil peduli dengan anugerah Tuhan
ini.
sayangi flora dan fauna tanggungjawab bersama.