Dirasmikan Oleh : YB. Dr. Hajah Norlela binti Ariffin ADUN PENANTI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ® 2023 Mesyuarat Agung 2023 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN P E N A N T I 14400 Kubang Semang, SPT http://www.penanti.net 10 JUN 2023 / SABTU 8.00 – 11.00 Pagi DEWAN MASJID JAMEK KUBANG ULU Kubang Semang
2 SENARAI KANDUNGAN Bil Perkara Halaman 1 Sekapur Sireh ~ Kata-kata Aluan Pengetua 1 2 Seulas Pinang ~ Kata-kata Aluan YDP PIBG 2 3 Atur Cara Majlis 3 4 AJK Induk dan Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG ke-46/2020 4 5 Agenda Mesyuarat 6 6 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45/2019 7 7 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2019/2020 13 8 Laporan Kewangan PIBG 2019/2020 15 9 Usul / Cadangan 19 10 Jawatankuasa PIBG 2019/2020 21 11 Jawatankuasa PIBG 2020/2021 22 12 Lampiran Pencapaian Sekolah • Kurikulum - Analisis PT3 2019 23 • Pelajar Cemerlang PT3 2019 24 • Kejayaan Ko-Akademik 2019/2020 25 • Kejayaan Unit Beruniform 2019/2020 30 • Kejayaan Sukan dan Permainan 2019/2020 31 • Perancangan Program Peningkatan Akademik 2020 35 13 Sekalung Penghargaan 37
2 SEKAPUR SIREH Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Sebagai pembuka bicara pada hari ini, marilah kita sama-sama, memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bertemu dan berkumpul sekali lagi dalam merealisasikan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ke-46, bagi tahun 2020 ini. Inilah masa yang paling sesuai dan tepat untuk kita sama-sama hadir bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli PIBG SMK Penanti. Tuan-tuan dan puan-puan, Anak-anak kita sememangnya istimewa. Contoh kejayaan yang kita rangkul adalah menjadi Johan dalam Pertandingan Bola Tampar MSSPP Daerah Seberang Perai, bawah 18 tahun bagi kategori Lelaki dan Wanita, baru-baru ini. Sememangnya kejayaan milik anak-anak kita apabila mereka telah berjaya merangkul Johan dalam Solar Vehicle Challenge di Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Universiti Automotif DRB-Hicom, Pekan, Pahang. Seterusnya, kita terus mengorak langkah menjadi Johan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah anjuran MAGGI pada Peringkat Kebangsaan dalam Majlis Apresiasi Kokurikulum 2019 anjuran Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Tuan-tuan dan puan-puan, Saya amat berbesar hati dan bersyukur kerana mempunyai ahli jawatankuasa PIBG di bawah naungan Tuan Haji Mohd Halid bin Haji Othman, yang sentiasa menyokong semua usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk kepentingan anak-anak pelajar kita. Kejayaan program yang dianjurkan seperti Mesyuarat Agung PIBG hari ini, Hari Sukan Tahunan, Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Hari Karnival Kokurikulum yang bakal berlangsung, akan membuahkan kejayaan apabila mendapat komitmen yang jitu daripada semua pihak. Akhir kata, harapan saya semoga kita semua sentiasa berada dalam limpahan rahmat Allah SWT dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berjaya serta seimbang dalam semua bidang yang diceburi. Sekian, terima kasih. Pengetua BUJANG BIN SAYEM
2 SEULAS PINANG Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita sama-sama berkumpul untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti pada kali ke–46. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para guru serta ibu bapa yang telah memilih untuk bersama-sama pada hari ini bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG demi kejayaan sekolah dan juga kejayaan anak-anak kita. Saya sangat gembira kerana sepanjang sesi 2019/2020 ini, pelbagai program dan aktiviti sekolah yang melibatkan bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid telah berjaya dilaksanakan atas sumbangan daripada dana PIBG. Hakikatnya, sumbangan daripada dana PIBG memainkan peranan yang besar dalam menjayakan sebahagian besar program dan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini. Oleh itu, saya menyeru para ibu bapa agar terus memberi sumbangan PIBG seperti mana yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung supaya kita sama-sama dapat terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita pada tahun ini. Saya juga amat berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan dalam pelaksanaan Program Korban Perdana yang telah kita rancang. Program kerohanian tersebut berjalan dengan meriah dan penuh dengan pengisian yang bermanfaat. Program ini berjaya memperlihatkan hubungan erat yang wujud antara sekolah dan komuniti setempat. Saya amat berharap agar pada tahun ini lebih banyak program dan aktiviti dapat terus dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. Akhir kalam, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang telah diberikan kepada barisan jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020. Semoga hasrat murni kita untuk membentuk modal insan yang berjaya dan berketerampilan dalam kalangan anak-anak kita akan tercapai. Sekian, terima kasih. YDP PIBG MOHD HALID BIN OTHMAN
2 ATURCARA MAJLIS 22 FEBRUARI 2020 / SABTU 8.00 pagi : Pendaftaran kehadiran ibu bapa, waris dan guru 8.30 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan / Perasmi 8.45 pagi : Bacaan Doa Ucapan Alu – aluan dan Laporan Pengetua Ucapan Yang Di-Pertua PIBG Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG bermula 11.30 Pagi : Bersurai
2 AJK INDUK DAN PELAKSANA JAWATANKUASA PELAKSANA Pendaftaran (Guru/AJK /Waris) Puan Norlela binti Arshad (Ketua/Guru) Puan Norasmimi binti Ghazali (T6) Puan Norhafizah binti Bongsu (T5) Puan Saila Haine binti Salim (T4) Puan Norfaizah binti Che Nen(T3) Puan Nur Sapura binti Ishak (T2) Puan Durisyah binti Md Daud (T1) Puan Phit Samai A/P Vilai (AJK PIBG/Sarana) Sambutan Puan Rahimah binti Zainudin (K) Puan Rozita binti Bohari Encik Muhamad Zaki bin Khalid Puan Rozita binti Idris Puan Halimah binti Ayob Encik Mohd Fazil bin Haji Yahaya Kewangan / Tajaan / Sumbangan Puan Arfa Hairiyah binti Moksin (K) Encik Fatim Nor Muhamad bin Nordin Puan Che Rampawan binti Nayan Puan Noorashikin binti Hashim Peleraian Tempat (selepas) Encik Kamal Syahir bin Kassim (K) Encik Zulfarzly bin Yahya Encik Mohd Zamri bin Hassan Encik Nisham bin Hj. Che Ani Puan Aniqah Rushda binti Ahmad Tajudin Puan Azlina bin Abdul Karim Puan Santhi a/p Appalanaidoo Puan Rozita binti Bohari Penolong Kanan HEM Encik Muhamad Zaki bin Khalid Penolong Kanan Kokurikulum Setiausaha: Puan Aini Atiroh binti Ibrahim Puan Nur Nabilah binti Zakaria Bendahari: Puan Arfa Hairiyah binti Moksin Encik Fatim Nor Muhamad bin Nordin Cik Raudhah binti Haji Abd Wahab Puan Noor Suaini binti Mat Hussain Penasihat: En. Bujang bin Sayem Pengetua Pengerusi: Puan Rahimah binti Zainudin Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi: Puan Rozita binti Idris Penolong Kanan Tingkatan Enam Puan Halimah binti Ayob Penolong Kanan Petang Penyelaras: Puan Raha binti Abdul Aziz Puan Noor Leila binti Md Saad Jemputan Pn. Aini Atiroh binti Ibrahim (K) Pn. Nur Nabilah binti Zakaria Persiapan Tempat (sebelum) Encik Abdul Aqwa Hazim bin Mohd Zain (K) Encik Ahmad Faizal bin Mohamad Encik Mohamad Helmi bin A. Rahim Encik Mohd Faiz bin Mohd Daud Puan Lim Yoke Fong Puan Nor Izrina binti Mohamad Ariffin Puan Nor Salwa binti Derisa
2 AJK PELAKSANA Persiapan Meja Puan Nor Ahziyah binti Marzuki (K) Puan Panca Delima binti Mohamed Yunus Puan Hazuraini binti Mohd Sa’ad Puan Siti Mariya binti Jamaludin Perhiasan Pentas/Backdrop/Rostrum Puan Norashikin binti Ismail (K) Puan Ratna binti Ismail Puan Siti Noor binti Ibrahim Puan Nor Ashikin binti Abdullah Encik Noor Ainulfahim bin Abd Rahim Sijil, banner dan cenderamata Puan Mastura binti Azmi (K) Puan Hazwani binti Md. Shukri Puan Zubaidah binti Mohamad Ali Puan Sharifah Maisarah binti Kamal Batcha Puan Norida binti Harun Dokumentasi Encik Mohd Saiful Azuar bin Abdul Soter (K) Puan Nur Amali bin Kamarudin Puan Nurul Mahirah binti Ishak Puan Roslinda binti Kasim Siaraya Encik Mohd Fakrul Anwar bin Abdul Salam (K) Encik Syukri bin Bilal Lalu lintas dan Keselamatan Encik Shar Nizal bin Ahmad Said (K) Encik Ahmad Fauzi bin Shaari Encik Ali bin Zakariah Encik Mohamad Noor Azman bin Mohamad Alias Buku Program Puan Suhaida binti Haroon (K) Puan Surita binti Ghazali Puan Siti Aishah binti Mohd Yusoff Puan Haslinda binti Che Omar Puan Norhidayah binti Abd Wahab Puan Nur Edayanti binti Ismail Jamuan Tetamu Puan Rosni binti Johari (K) Puan Mazni binti Zainol Abidin Waris/guru/pelajar (jika ada) terlibat Puan Faridah binti Saad (K) Puan Hazami binti hj. Kassim Puan Nor Haslina binti Din Puan Hasnah binti Awang Pengiraan Undi Encik Hasbullah bin Halim (K) Encik Mohd Sokri bin Sa’ad Puan Nor Azira binti Said Puan Yumaryanti binti Yusof Pencatat Minit Cik Nur Sarah binti Rosman (K) Puan Yuhaiza binti Jasni Puan Tengku Nazuin binti Tengku Nazudin Kebersihan (Sebelum) Puan Zainap binti Rashid (K) Puan Safahgatin binti Samsuri Puan Noorazlina binti Che’li Puan Anida binti Abdul Malek Kebersihan (Selepas) Puan Noor Asiah binti Abdul Halim (K) Puan Asnon Sarahwani binti Alias Puan Mureen a/p Santhosam Puan Nurul Sakinah Athiah binti Azizan Puan Suzaimah binti Safei Bacaan Doa Encik Mohd Ammar bin Mohd Rosdi @ Mohd Rodhi (K) Cabutan Bertuah Puan Ummi Amarah binti Musa (K) Puan Fatin Izzati binti Ahmad Badri Puan Faridah Hanim binti Abdul Hamid Puan Fadzilah binti Abu Bakar Puan Siti Ana Irwarnita binti Abdul Jalil Pengacara Majlis Encik Mohd Azrin bin Miskom (K) Puan Rusyati binti Abu Hassan Teks Ucapan dan Salutasi Puan Rahimah bt Rahim (K) Puan Rashidah binti Abidin Puan Norhafizah binti Rasla
2 AGENDA MESYUARAT AGENDA 1 : Ucapan Penasihat PIBG AGENDA 2 : Ucapan Yang Dipertua PIBG AGENDA 3 : Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 45 AGENDA 4 : Membentang Laporan Aktiviti PIBG bagi Sesi 2019/2020 AGENDA 5 : Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2019 AGENDA 6 : Membahaskan Usul-usul AGENDA 7 : Pelantikan AJK PIBG SMK Penanti bagi Sesi 2020/2021 AGENDA 8 : Ucapan Penangguhan
2 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2022/2023 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENANTI 14400 KUBANG SEMANG, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 SESI 2019/2020 Tarikh : 23 Februari 2019 Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Al Ghazali, Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti Kehadiran : 187 orang 1.0 Ucapan Penasihat 1.1 Penasihat, Tuan Haji Mohd Munir bin Md Ramli, merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan AJK PIBG 2018/2019 kerana membantu pengurusan sekolah dalam merealisasikan program sama ada dalam bidang akademik, Hal Ehwal Murid (HEM), mahupun bidang kokurikulum serta memberi sokongan moral dalam menjalankan pelbagai aktiviti. 1.2 Penasihat menyatakan betapa pentingnya hubungan antara sekolah dengan PIBG kerana melalui hubungan erat inilah, beberapa perkara dan program dilaksanakan dengan jayanya. Antaranya pembinaan semula Surau As Syafie, penambah baik blok bangunan daif, Program Perarakan Maulidul Rasul SMK Penanti – Kariah Masjid Kubang Ulu dan lain-lain lagi. 1.3 Penasihat juga memaklumkan beberapa perancangan baru yang dirancang seperti melengkapkan setiap makmal sains dengan televisyen LED. Program yang dirancang ini adalah dengan kerjasama Yang Berhormat Puan Nurul Izzah bt Anwar dan penglibatan ICU Pulau Pinang. Tindakan: Makluman
2 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2022/2023 2.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2018/2019 2.1 Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Mohd Halid Bin Haji Othman mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah beserta barisan ajk kerja dalam membuat persiapan untuk Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45. Yang Dipertua juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada barisan AJK PIBG 2018/2019 kerana banyak merancang dan menjalankan aktiviti PIBG. 3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-44 Sesi 2018/2019 3.1 Puan Hajah Marzita binti Abu Othman selaku setiausaha PIBG telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44 untuk disahkan. 3.2 Puan Norziana binti Yusof mencadangkan pengesahan minit dan disokong oleh Encik Zulfarzly bin Yahya . Tindakan: Makluman 4.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2018/2019 4.1 Puan Hajah Marzita binti Abu Othman selaku setiausaha PIBG sekali lagi membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG pada muka surat 14, 15 dan 16 dalam buku laporan tahunan PIBG 2019. Puan Hajah Marzita memaklumkan bahawa sepanjang tahun 2018 sebanyak 52 aktiviti telah dijalankan. Tindakan: Makluman 5.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG sesi 2018/2019 5.1 Puan Hajah Mazni binti Zainol Abidin selaku bendahari membentangkan Laporan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember tahun 2018 untuk diterima. Puan Hajah Mazni melaporkan hasil kutipan berjumlah RM10,540.71. Baki terakhir berjumlah RM5770.70. 5.2 Puan Suriati binti Chee Mughter mencadangkan Laporan Penyata Kewangan bagi tahun 2018 disahkan dan disokong oleh Puan Nor Azmah binti Ayob.
2 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2022/2023 6.0 Membahaskan Usul-usul 6.1 Yang Dipertua memohon hadirin merujuk pada muka surat 20, Yang Dipertua meminta ibu bapa yang menyatakan usul agar tampil untuk membahas dan membincangkan usul yang dikemukakan. 6.2 Usul 01 dan 02 tidak dibahaskan kerana ibu bapa yang mengemukakan usul tersebut tidak hadir 6.3 Usul 03 : Pihak Sekolah Mengadakan Satu Sesi Persekolahan Sahaja. Pembawa usul – En. Mohtar bin Mohamad ( bapa kepada Muhammad Haikal bin Mohtar, 1 Ibnu Nafis ) Beliau memohon agar dikurangkan pengambilan pelajar ke sekolah ini. Penolong Kanan Pentadbiran menyatakan bahawa usul tersebut pernah dikemukakan pada tahun-tahun sebelumnya dan hasrat ini tidak boleh dilaksanakan. Keadaan ini adalah kerana bilangan kelas yang dibuka adalah sebanyak 52 manakala bilik darjah yang sedia ada berjumlah 39 buah. Pengurangan jumlah kemasukan murid bukan dalam bidang kuasa sekolah sebaliknya di bawah bidang kuasa Pejabat Pendidikan Daerah. Pemohonan untuk membina bangunan baru juga telah diajukan namun tidak dapat dipenuhi kerana melibatkan peruntukan besar dan prosesnya perlu melalui pemohonan untuk Rancangan Malaysia yang seterusnya (Rancangan Malaysia Ke – 12). Tambahan pula sudah ada ura-ura untuk cadangan pembinaan sebuah sekolah menengah baru di kawasan berdekatan (Tanah Liat). Tindakan: Makluman 6.4 Usul 04 tidak dibahaskan kerana ibu bapa yang mengemukakannya tidak hadir. 6.5 Usul 05 : Mengekalkan jumlah sumbangan PIBG iaitu sebanyak RM50.00 bagi setiap keluarga. Pembawa usul – Encik Mohd Murthada bin Hashim ( AJK PIBG ). Pengerusi membuka usul untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Pengerusi memohon agar usul ini diterima atau tidak. Ahli mesyuarat sebulat suara menerima usul ini. Tindakan: Makluman
2 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2022/2023 7.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019 7.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2018/2019. 7.2 Pn Hajah Marzita binti Abu Othman mencadangkan Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Fauzi bin Abd Rahman, dilantik sebagai pengerusi sementara. Tuan Haji Mohd Halid bin Haji Othman menyokong. 8.0 Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020 8.1 Pengerusi sementara memohon pada hadirin untuk memberi tumpuan berkenaan pemilihan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 dan mohon para hadirin mencadang. 8.2 Encik Mohd Fazil bin Abu Bakar mencadangkan agar barisan Ahli Jawatankuasa PIBG dalam kalangan ibu bapa sesi 2018/2019 dikekalkan. Encik Ahmad bin Buang menyokong. Encik Ahmad bin Buang mencadangkan cadangan baru ditutup dan disokong. Pengerusi sementara memaklumkan bahawa terdapat beberapa orang ahli jawatankuasa yang tidak hadir dan tidak dipertandingkan. Antaranya jawatan Naib Yang Dipertua dan seorang AJK. Jawatan yang dicadangkan dikekalkan ialah: Yang Dipertua : Tuan Haji Mohd Halid Bin Haji Othman Ahli Jawatankuasa : Encik Baharudin bin Mahamud Puan Suriati binti Chee Mughter Puan Nor Azmah binti Ayob Puan Norziana binti Yusof Encik Abdullah bin Othman Semua hadirin sebulat suara bersetuju dengan pelantikan semua AJK yang dicadangkan. Tindakan: Makluman 8.3 Puan Asnon Sarahwani binti Mohd Alias mencadangkan Encik Ku Azwan bin Ku Denan dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PIBG sesi 2019/2020. Puan Rashidah binti Abidin menyokong cadangan tersebut. Encik Ahmad bin Buang mencadangkan agar pemilihan ditutup dan diterima sebulat suara. Maka Encik Ku Azwan bin Ku Denan dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PIBG sesi 2019/2020
2 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2022/2023 8.4 Puan Nor’risah binti Abdul Wahab mencadangkan Encik Mohtar bin Mohamad sebagai AJK PIBG. Cadangan disokong oleh Puan Durisyah binti Md Daud. Encik Ahmad bin Buang mencadangkan sekali lagi agar pemilihan ditutup dan disokong oleh Encik Roslan bin Abdul Hamid. Encik Mohtar bin Mohamad sebulat suara dilantik sebagai AJK PIBG sesi 2019/2020. 8.5 Jawatan Juruaudit dalam kalangan waris dicadangkan oleh Encik Zulfarzly bin Yahya bagi melantik Encik Husnizam bin Hussin. Cadangan disokong oleh Encik Mohd Fazil bin Abu Bakar. Encik Ahmad bin Buang mencadangkan cadangan pemilihan ditutup dan disokong senulat suara. Encik Husnizam bin Hussin dilantik sebulat suara. 8.6 Mesyuarat agung diteruskan dengan pelantikan AJK guru. Yang Dipertua menjemput Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyenaraikan Ahli Jawatankuasa PIBG dalam kalangan guru. Penolong Kanan Pentadbiran menyatakan pelantikan AJK guru diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Sekolah. Jawatankuasa Pengurusan Sekolah bersetuju untuk mengekalkan beberapa muka lama dalam ajk yang baharu. Antara mereka yang dilantik ialah: Penasihat : Tuan Haji Mohd Munir bin Md Ramli (Pengetua Cemerlang) Setiausaha : Puan Siti Nurbalqis binti Mohd Hanafi Bendahari : Puan Hajah Mazni binti Zainol Abidin (kekal) Ahli Jawatankuasa: Encik Mohd Azrin bin Miskom (kekal) Encik Nooramlee bin Ibrahim (kekal) Puan Siti Noor binti Ibrahim (Penolong Setiausaha) Puan Hazami binti Haji Kassim (Penolong Bendahari – kekal) Puan Nor Sapura binti Ishak (Setiausaha PIBK - kekal) Puan Mastura binti Azmi (Juruaudit Guru) Tindakan: Makluman 9.0 Ucapan Penangguhan 9.1 Yang Dipertua mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan semua ibu bapa serta guru yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG sesi 2019 / 2020. 9.2 Yang Dipertua mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG yang baru dilantik. Pengerusi berharap dengan gabungan idea dan kerjasama daripada semua AJK akan melancarkan semua program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk anak-anak SMK Penanti.
2 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2022/2023 9.3 Naib Yang Dipertua, Encik Ku Azwan bin Ku Denan mengucapkan ucapan terima kasih atas sokongan dan mengharapkan sokongan ibu bapa kepada pimpinan PIBG yang baharu. Beliau mengharapkan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan semua ibu bapa dan waris pelajar. 9.4 Encik Abdullah bin Othman (AJK Ibu Bapa) mencadangkan agar pimpinan baru PIBG sesi 2019/2020 diperkenalkan dan ditonjolkan dalam kalangan semua ibu bapa dan waris dan beliau berharap pihak sekolah dapat mengambil insiatif ini. 9.5 Barisan AJK yang lain turut menyatakan ucapan terima kasih dan berharap dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. 9.6 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa usul tahun lepas iaitu mengedarkan takwim sekolah telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perubahan terutama melibatkan tarikh-tarikh peperiksaan awam seperti SPM. Peperiksaan SPM tahun 2019 telah diawalkan dan akan bermula mulai bulan Oktober. Beliau mengharapkan agar ibu bapa calon SPM senantiasa menasihati anak jagaan mereka agar bersiap siaga dari sekarang dan tidak mengamalkan sikap belajar di saat akhir. Selain itu, terdapat juga perubahan format peperiksaan dua mata pelajaran iaitu Sejarah dan Geografi dalam PT3. Jika tahun sebelumnya hanya melibatkan 100 peratus Ujian Pelbagai Instrumen atau kerja kursus, sebaliknya mulai tahun 2019 formatnya ditukarkan kepada 80 peratus ujian bertulis dan hanya 20 peratus melibatkan Ujian Pelbagai Instrumen atau kerja kursus. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 pagi. Disediakan oleh, SITI NURBALQIS BINTI MOHD HANAFI Setiausaha PIBG Sesi 2019/2020, Persatuan Ibu bapa Dan Guru, SMK Penanti 2019/2020. Tarikh : 01 Mac 2019 Disahkan oleh, MOHD HALID BIN HAJI OTHMAN Yang Dipertua, Persatuan Ibu bapa Dan Guru, SMK Penanti 2019/2020. Tarikh : 01 Mac 2019
2 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG BIL PERKARA SUMBANGAN ( RM ) 1 Peti Sejuk Makmal Kimia 1 150.00 2 Program Akademik F6(Atas) 1 250.00 3 AUTOCAD (GKT) 150.00 4 Water Cooler Service (2x setahun) 2 475.00 5 Mesyuarat Agung PIBG 1 338.00 6 Kembara MPSM (Penang) ERT 200.00 7 Asrama (Kebangsaan) 150.00 8 Bayaran Pagar Blok baru 7 950.00 9 International Inventor (Switzerland) 200.00 10 Bayaran CCTV 1 500.00 11 Mesyuarat AJK PIBG 280.00 12 Taman Herba Warisan 150.00 13 Bengkel Teknik Jawab Pertanian 150.00 14 Karnival Kokurikulum (Sarana) 120.00 15 MATTEN (Tamat T6) 3 000.00 16 Program Pasca PT3 400.00 17 Banner peperiksaan SPM 70.00 18 Bengkel Prinsip Akaun 340.00 19 Saguhati Pengawal Keselamatan (11 bulan) 1 100.00 20 Bil TMNet Streamyx 2 825.00
2 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG BIL PERKARA SUMBANGAN ( RM ) 1 Peti Sejuk Makmal Kimia 1 150.00 2 Program Akademik F6(Atas) 1 250.00 3 AUTOCAD (GKT) 150.00 4 Water Cooler Service (2x setahun) 2 475.00 5 Mesyuarat Agung PIBG 1 338.00 6 Kembara MPSM (Penang) ERT 200.00 7 Asrama (Kebangsaan) 150.00 8 Bayaran Pagar Blok baru 7 950.00 9 International Inventor (Switzerland) 200.00 10 Bayaran CCTV 1 500.00 11 Mesyuarat AJK PIBG 280.00 12 Taman Herba Warisan 150.00 13 Bengkel Teknik Jawab Pertanian 150.00 14 Karnival Kokurikulum (Sarana) 120.00 15 MATTEN (Tamat T6) 3 000.00 16 Program Pasca PT3 400.00 17 Banner peperiksaan SPM 70.00 18 Bengkel Prinsip Akaun 340.00 19 Saguhati Pengawal Keselamatan (11 bulan) 1 100.00 20 Bil TMNet Streamyx 2 825.00
2 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022/2023 Penyata Kewangan PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENANTI Disediakan oleh, Disahkan oleh, ...................................... ........................................ MAZNI BINTI ZAINOL ABIDINMOHD HALID BIN HJ OSMAN Bendahari PIBG Sesi 2019/2020 Yang Dipertua PIBGSesi 2019/2020 Diaudit oleh, Diaudit oleh, ....................................... ......................................... MASTURA BINTI AZMI HUSNIZAM BIN HUSSAIN Pemeriksa Kira-Kira 1 Pemeriksa Kira-Kira 2 PIBG Sesi 2019/2020 PIBG Sesi 2019/2020 Tarikh Penerimaan RM Tarikh Pembayaran RM 01.01.19 Baki b/b (Nota 1) 48,340.71 Kurikulum (Nota 2) 27,246.00 Kokurikulum (Nota 3) 4,149.00 HEM (Nota 4) 1,650.00 31.12.19 Baki h/b 15,295.71 48,340.71 48,340.71 01.01.20 Baki b/b 15,295.71 Tunai di bank RM 15 295.71 Tunai di tangan 0.00
2 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022/2023 BIL NOTA 1 – Baki dibawa ke hadapan RM 1 Baki 2018 10 590.71 2 Sumbangan PIBG 2019 37 750.00 JUMLAH 48 340.71 BIL NOTA 2 – KURIKULUM RM 1 Peti Sejuk Makmal Kimia 1 150.00 2 Program Akademik F6(Atas) 1 250.00 3 AUTOCAD (GKT) 150.00 4 Servis Watercooler (2x setahun) 2 475.00 5 Mesyuarat Agung PIBG 1 338.00 6 Kembara MPSM (Penang) ERT 200.00 7 Asrama (Kebangsaan) 150.00 8 Bayaran Pagar Blok baru 7 950.00 9 International Inventor (Switzerland) 200.00 10 Bayaran CCTV 1 500.00 11 Mesyuarat AJK PIBG 280.00 12 Taman Herba Warisan 150.00 13 Bengkel Teknik Jawab Pertanian 150.00 14 Karnival Kokurikulum (Sarana) 120.00 15 MATTEN (Tamat T6) 3 000.00 16 Program Pasca PT3 400.00 17 Banner peperiksaan SPM 70.00 18 Bengkel Prinsip Akaun 340.00 19 Saguhati Pengawal Keselamatan (11 bulan) 1 100.00 20 Bil TMNet Streamyx 2 825.00 21 Mesin Air COWAY 2 448.00 JUMLAH 27 246.00
2 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022/2023 BIL NOTA 3 - KOKURIKULUM RM 1 Merentas Desa 1 150.00 2 KEM PADU (F6) 1 250.00 3 Perkhemahan Perdana 150.00 4 Bola Tampar (Kebangsaan)(Sumbangan murid) 2 475.00 5 Olahraga (Negeri)(Sumbangan murid) 1 338.00 6 Bola Baling (Kebangsaan)(Sumbangan murid) 200.00 7 Kursusu KASPA 150.00 8 Jambori Pengakap (Antarabangsa) 7 950.00 9 Bola Baling Persahabatan 200.00 JUMLAH 27 246.00 BIL NOTA 4 - HEM RM 1 Program Sayangi Diri (Kaunseling) 1 150.00 2 Majlis Akhir Tahun Pengawas 1 250.00 3 Majlis Kehadiran Penuh Murid 150.00 JUMLAH 27 246.00
2 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022/2023 Tarikh Penerimaan RM Tarikh Pembayaran RM 01.01.20 Baki b/b 15,295.71 10.01.20 Aktiviti Kurikulum T6A (KURI) 3,240.00 31.01.20 Sumbangan perseorangan 100.00 13.01.20 Bengkel Study Smart T5 (KURI) 1,320.00 15.01.20 Kem Kepimpinan Pengawas(HEM) 432.00 17.01.20 Mesyuarat AJK PIBG (KURI) 107.00 31.01.20 Saguhati Pengawal Keselamatan 100.00 31.01.20 Jumlah Pembayaran 5,199.00 31.01.20 Baki h/b 10,196.71 15,395.71 15,395.71 Buku Tunai – Januari 2020 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENANTI Disediakan oleh, Disemak oleh, ...................................... ....................................... MAZNI BINTI ZAINOL ABIDIN MASTURA BINTI AZMI Bendahari PIBG Sesi 2019/2020 Juruaudit PIBG Sesi 2019/2020 Disahkan oleh, ......................................... MOHD HALID BIN HJ OSMAN Yang Dipertua PIBG Sesi 2019/2020
2 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022/2023 U S U L 1 NAMA PENCADANG : Puan Hayati binti Mohd Arif (Mohamad Akmal Sharif – 1IR) CADANGAN : Pihak sekolah mengadakan kelas tambahan berbayar bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 untuk persediaan PT3. ULASAN : Pihak sekolah tiada halangan berkaitan kelas tambahan berbayar, tetapi mesti melihat kepada masa guru yang terlibat. Walau bagaimanapun kelas tambahan sekolah telah dijalankan ketika ini. U S U L 2 NAMA PENCADANG : Puan Nor Aza binti Abdul Aziz (Nor Izzati binti Jamil – 4IR) CADANGAN : Pihak sekolah menyediakan tempat berbumbung untuk ibu bapa menunggu anak-anak ketika waktu pulang sekolah. ULASAN : Tempat berbumbung untuk menunggu tidak dapat disediakan kerana ruang terhad. Namun dewan terbuka dan pondok boleh digunakan oleh waris untuk tujuan tersebut.
U S U L 3 NAMA PENCADANG : Encik Husnizam bin Hussain (Hasya Farzana – 3IN) CADANGAN : Menambah jumlah sumbangan PIBG dari RM50 kepada RM70 bagi satu keluarga. ULASAN : Keputusan sumbangan PIBG hanya boleh dibuat melalui Mesyuarat Agung Tahunan PIBG U S U L 4 NAMA PENCADANG : Encik Husnizam bin Hussain (Hasya Farzana – 3IN) CADANGAN : Mohon pihak sekolah memasang cermin pandangan sisi di pintu masuk dan keluar sekolah. ULASAN : Masih dalam perbincangan AJK PIBG. USUL / CADANGAN
2 JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 Penasihat : Tuan Haji Mohd Munir bin Md Ramli Yang Dipertua : Tuan Haji Mohd Halid bin Haji Othman Naib Yang Dipertua : Encik Ku Azwan bin Ku Denan Setiausaha : Puan Nur Sapura binti Ishak Bendahari : Puan Hajah Mazni binti Zainol Abidin Ahli Jawatankuasa Waris : Encik Baharudin bin Mahamud Puan Suriati binti Chee Mugther Puan Nor Azmah binti Ayob Puan Norziana binti Yusof Encik Abdullah bin Othman Encik Mohtar bin Mohamad Ahli Jawatankuasa Guru : Encik Mohd Azrin bin Miskom Encik Nooramlee bin Ibrahim Puan Siti Noor binti Ibrahim (Penolong Setiausaha) Puan Hazami binti Hj Kassim (Penolong Bendahari) Puan Siti Nurbalqis binti Mohd Hanafi Puan Mastura binti Azmi (Setiausaha Sarana) Juruaudit Waris : Encik Husnizam bin Hussaini Juruaudit Guru : Puan Mastura binti Azmi
2 JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 Penasihat : Yang Dipertua : Naib Yang Dipertua : Setiausaha : Bendahari : Ahli Jawatankuasa Waris : Ahli Jawatankuasa Guru : Juruaudit Waris : Juruaudit Guru :
Kurikulum – Analisis PT3 2019 PENCAPAIAN SEKOLAH
Kurikulum - Pelajar Cemerlang BIL NAMA KELAS PENCAPAIAN 1 MUHAMMAD BIN ABDULLAH 3IN 9[A] 1[B] 2 MUHAMMAD ZIKRI HAKIM BIN YUSOF 3IN 9[A] 1[B] 3 SYAFIKAH BINTI YAHAYA 3IN 8[A] 2[B] 4 ASMA BINTI KHAIRUDDIN 3IR 8[A] 1[B] 5 FARWIZAH 'AINA BINTI AHMAD NIZAR 3IN 7[A] 2[B] 1[C] 6 MUHAMMAD HAFIY IQBAL BIN JAAFAR 3IN 6[A] 4[B] 7 FATIHAH BINTI KAMARUDDIN 3IN 6[A] 2[B] 2[C] 8 SITI BALQIS BINTI MOHD SHAHRIMAN 3IN 5[A] 4[B] 1[D] 9 NOR AIN FATIHAH BINTI SHAIFUL IRWAN 3IR 5[A] 3[B] 1[C] 10 NUR AFIFAH BINTI AZAHAR 3IN 4[A] 5[B] 1[C] 11 NUR AINA NABILAH BINTI MOHD ASRI 3IN 4[A] 4[B] 2[C] 12 MUHAMMAD DANIAL BIN RIDUWAN 3IR 4[A] 4[B] 1[D] 13 AINA SYAFIQAH BINTI AHMAD SHUKRI 3IN 4[A] 3[B] 2[C] 1[D] 14 MUHAMMAD HASIF BIN AZIZAN 3IN 4[A] 3[B] 2[C] 1[D] 15 MUHAMMAD AZREEL HAKEMY BIN MANSOR 3IR 4[A] 2[B] 2[C] 1[D] 16 NURAINSYIRA INTAN SOFEA BINTI ZAMZURI 3IH 4[A] 2[B] 2[C] 1[D] PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2019 PENCAPAIAN SEKOLAH
2 JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 Kejayaan Kokurikulum KELAB SAINS RUMAH TANGGA JOHAN dan TEMPAT KE-3 KATEGORI PELAJAR, JOHAN KATEGORI GURU Pertandingan Memasak Dalam Taman @Taman Belia Pulau Pinang. (13 April 2019) TEMPAT KE-5, 6, 7, 8, 9 DARIPADA 60 KUMPULAN KATEGORI PELAJAR, JOHAN KATEGORI GURU 2nd Ghee Hiang Power Chef Cooking Challenge 2019 @KDU, Pulau Pinang. (20 April 2019) KETIGA (NEGERI) Pertandingan Memasak Sekolah Menengah (MAGGI) Peringkat Negeri Pulau Pinang @SMK Gemilang. (12 September 2019) JOHAN (KEBANGSAAN) Pertandingan Memasak Sekolah Menengah (MAGGI) Peringkat Kebangsaan dalam Majlis Apresiasi Kokurikulum 2019 anjuran Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang @SM Chung Ling (Persendirian). (12 Oktober 2019)
Kejayaan Ko-Akademik KELAB BAHASA MELAYU KETIGA (DAERAH) Pesta Pantun Sekolah Menengah Daerah Seberang Perai Tengah @ SMK Tun Hussein Onn (19 – 20 Mac 2019) KETIGA (DAERAH) Pertandingan Forum Daerah Seberang Perai Tengah @ SMK Alma (17 dan 18 April 2019) Peserta: Nur Sabrina binti Kamarudin 5IN Nur Aliyyin Salsabila binti Jasani 5IR Muhammad Adil Hakim binti Ahmad 4IN Muhammad Amirul Amir bin Md Sa’ad 4IN Nur Erlia Nadia binti Mohamad Salmi 3IN PENYERTAAN (NEGERI) Pesta Pantun Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang @ SMKA Al-Irsyad (25 Jun 2019) PENCAPAIAN SEKOLAH
PENCAPAIAN SEKOLAH Kejayaan Ko-Akademik KELAB BAHASA ARAB / KEMAHIRAN AL-QURAN JOHAN Pertandingan Hafazan (Perempuan) @SMK Alma (09 Mac 2019) Peserta: Fahima bt Azmir Khan 5IN KETIGA Pertandingan Syarahan Spontan Agama (Perempuan) @SMK Alma (09 Mac 2019) Peserta: Aisyah binti Rosli 5IN KETIGA (NEGERI) Pertandingan Hafazan Peringkat Negeri Pulau Pinang @SMK Pondok Upeh, Balik Pulau (09 April 2019) Peserta: Fahima bt Azmir Khan 5IN PENCAPAIAN SEKOLAH
Kejayaan Ko-Akademik KELAB SAINS DAN MATEMATIK PINGAT GANGSA 47th International Exhibition of Inventions Geneva @Geneva, Switzerland (10 – 14 April 2019) Peserta: Aisyah binti Rosli 5IN JOHAN (DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH) Pertandingan Struktur Binaan Peringkat Seberang Perai Tengah @SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam (27 Jun 2019) JOHAN (NEGERI) Pertandingan Solar Car Vehicle @IPG Tunku Bainun (01 dan 02 Julai 2019) Peserta: Muhammad Danish Arman bin Anshori 5IN Alif Firdaus bin Anuar Rizal 5IN JOHAN (KEBANGSAAN) Solar Vehicle Challenge dalam Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan @Universiti Automotif DRB-Hicom, Pekan, Pahang (19 September 2019) Peserta: Muhammad Amirul Amir bin Md Sa’ad 4IN Muhammad Isa bin Ibrahim 4IN PENCAPAIAN SEKOLAH
PERSATUAN TINGKATAN ENAM JOHAN (KEBANGSAAN) Pertandingan Deklamasi Sajak Kita Sihat Peserta: Nur Salsabilla binti Ismail Siti Maryam binti Abdul Jalil JOHAN (KEBANGSAAN) Eksplorace Kita Sihat TEMPAT KETIGA BERKUMPULAN (KEBANGSAAN) Pertandingan Ten Pin Bowling Kita Sihat TEMPAT KETIGA INDIVIDU (KEBANGSAAN) Pertandingan Ten Pin Bowling Kita Sihat @Mydin Bukit Mertajam (22 Jun 2019) NAIB JOHAN Sayembara Deklamasi Sajak Karnival Koakademik Tingkatan 6 2020 (24 Ogos 2019) Kejayaan Kokurikulum PENCAPAIAN SEKOLAH
2 JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 PANDU PUTERI PENYERTAAN 10 PELAJAR (DAERAH) Sambutan Hari Peringatan Dunia Pandu Puteri Peringkat Daerah @SMK Guar Perahu Indah (23 Februari 2019) PENYERTAAN 5 PELAJAR Bengkel Sehari Ikatan Simpulan & Gajet Persatuan Pandu Puteri @BTNPP Pokok Sena (17 April 2019) PENYERTAAN 3 PELAJAR (DAERAH) Kem Persatuan Pandu Puteri Peringkat Daerah 2019 @BTNPP Pokok Sena (19 – 21 April 2019) PENYERTAAN 40 PELAJAR (NEGERI) Konsert Gegar 100 Peringkat Negeri Pulau Pinang @Straits Quay Convention Center (15 Jun 2019) Kejayaan Unit Beruniform PENGAKAP PENYERTAAN 2 PELAJAR (ANTARABANGSA) Jambori Sempadan Malaysia Thailand 2019 @Samila Beach, Thailand (14 – 20 Jun 2019) Peserta: Amira Nafeesa bt Mohamad Tahir 4IN Intan Nur Syahirah bt Mohd Nasir 4IN PENYERTAAN 50 PELAJAR (ANTARABANGSA) International 5km Fun Walk For World Peace (sempena Hari Antarabangsa Keamanan PBB) @Dataran Dewan Jubli Emas Alor Setar (21 September 2019)
Kejayaan Sukan dan Permainan RAGBI NAIB JOHAN (KEBANGSAAN) KATEGORI SHEILD PEREMPUAN 16TKB Kejohanan Ragbi NRDP-Milo U16 @SMK Sains Selangor, Kuala Lumpur (20 Januari 2019) NAIB JOHAN (KEBANGSAAN) KATEGORI PLATE LELAKI 16TKB Kejohanan Ragbi ESSTEEKAY @SMK Telok Kumbar, Pulau Pinang (9 Februari 2019) NAIB JOHAN (KEBANGSAAN) KATEGORI SHEILD PEREMPUAN 14 TKB Kejohanan Ragbi Touch 3.0 @SMK Penanti (13 – 14 Mac 2019) JOHAN ( KEBANGSAAN) KATEGORI CUP PEREMPUAN 17TKB Kejohanan Ragbi Touch 3.0 @SMK Penanti (13 – 14 Mac 2019) JOHAN (KEBANGSAAN) KATEGORI SHEILD PEREMPUAN OPEN Kejohanan Ragbi Touch 3.0 @SMK Penanti (13 – 14 Mac 2019) KETIGA (KEBANGSAAN) KATEGORI PLATE LELAKI 18TKB Kejohanan Ragbi Matador 10s @UniKL MSI (13 April 2019) KETIGA (KEBANGSAAN) KATEGORI PLATE LELAKI 18 TKB Kejohanan Ragbi USM @USM Transkrian (20 April 2019) NAIB JOHAN (DAERAH) KATEGORI PLATE LELAKI 14TKB Kejohanan Ragbi Penanti 7s @SMK Penanti (4 Mei 2019) NAIB JOHAN (KEBANGSAAN) KATEGORI CUP LELAKI 18TKB @SMK Ibrahim, Sg. Petani, Kedah (12 Jun 2019) NAIB JOHAN (KEBANGSAAN) KATEGORI CUP LELAKI 18TKB @SMK Telok Kumbar (06 Julai 2019) PENCAPAIAN SEKOLAH
Kejayaan Sukan dan Permainan RAGBI NAIB JOHAN (KEBANGSAAN) KATEGORI BOWL LELAKI 17 TKB Kejohanan Perlis Royal 7’s @IPG Perlis (14 Julai 2019) JOHAN (KEBANGSAAN) KATEGORI CUP PEREMPUAN TERBUKA Kejohanan Ragbi KMRC @Maktab Perguruan Sultan Abdul Hamid (31 Ogos 2019) KETIGA (KEBANGSAAN) KATEGORI SHEILD LELAKI 17TKB Kejohanan Ragbi Penang 10's @Padang Penang Free School (12 Disember 2019) NAIB JOHAN (KEBANGSAAN) KATEGORI BOWL PEREMPUAN TERBUKA Kejohanan Ragbi SPARTAN 7’s, @MRSM Kepala Batas (15 September 2019) KETIGA (KEBANGSAAN) KATEGORI CUP PEREMPUAN 19TKB Kejohanan Rugby Touch 7’s @SMV Arau, Perlis (24 Januari 2020) KETIGA (NEGERI) KATEGORI PLATE LELAKI 18TKB 15 SEPASUKAN Kejohanan Ragbi MSSPP @MRSM Kepala Batas (06 Februari 2020) BADMINTON Mohd Amin bin Azmi – 4 Ibnu Bajjah Antara Pencapaian: • SUKU AKHIR PARA SUKMA 2018 @Ipoh Perak. • PINGAT PERAK (KEBANGSAAN) MSN SIRKIT 1 MILO @Pusat Kecemerlangan Sukan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur (18 – 21 April 2019) • Kem Fasa 1 @Hot Spring Resort, Bentong, Pahang. (8 – 12 Julai 2019) • PENYERTAAN (KEBANGSAAN) MSN SIRKIT 2 MILO @Pusat Kecemerlangan Sukan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur (18 – 21 Julai 2019) PENCAPAIAN SEKOLAH
Kejayaan Sukan dan Permainan Kejayaan Zon Permatang Pauh NAMA ACARA KELAS PINGAT FARWIZAH AINA BT AHMAD NIZAR LONTAR PELURU P 2 EMAS LOKMAN HAKIN BIN AHMAD SUFFIAN LOMPAT KIJANG L 1 EMAS NOR AYUNI BT ABD HAMID 100 M P 1 PERAK MOHD HAIKAL BIN ZAKARIA LONTAR PELURU L 2 PERAK BERPASUKAN 4 X 400 M P 1 PERAK FARWIZAH AINA BT AHMAD NIZAR REJAM LEMBING P 2 GANGSA NUR ATHIRAH BT ELIAS LOMPAT JAUH P 1 GANGSA NUR ATHIRAH BT ELIAS LOMPAT KIJANG P 1 GANGSA BOLA BALING TEMPAT KETIGA Kejohanan Bola Baling Zon Permatang Pauh 18TKB (Lelaki) @ SMK Bandar Baru Perda (12 Februari 2019) OLAHRAGA EMAS – 2 , PERAK – 3 , GANGSA – 4 Kejohanan Olahraga Zon Permatang Pauh @Stadium Betik, Bukit Mertajam (06 – 13 Mac 2019) Atlet Layak Ke Peringkat Negeri NOR AYUNI BT ABD HAMID 100 M P 1 - FARWIZAH AINA BT AHMAD NIZAR LONTAR PELURU P 2 - LOKMAN HAKIN BIN AHMAD SUFFIAN LOMPAT KIJANG L 1 - MUHD HAIKAL BIN ZAKARIA LONTAR PELURU L 2 - PENCAPAIAN SEKOLAH
Kejayaan Sukan dan Permainan BOLA TAMPAR NAIB JOHAN (DAERAH SEBERANG PERAI) Kejohanan Bola Tampar MSSPP 18TKB (P) @ SMK Berapit (28 Februari 2019) JOHAN (NEGERI) Kejohanan Bola Tampar Negeri Pulau Pinang 18TKB (P) @SMK Berapit (04 Mac 2019) Pencapaian Cemerlang 2019 Farwizah Aina binti Ahmad Nizar 3IN: • PENYERTAAN Kejohanan Bola Tampar MSSM, Selangor • PINGAT EMAS Bola Tampar UiTM Open • PINGAT EMAS Bola Tampar UPM ke-17 Terbuka • ANUGERAH KHAS Most Valueable Player UPM ke-17 • PINGAT EMAS Karnival Olimpik Penang • PENYERTAAN Volleyball Raintown Open, Taiping JOHAN (DAERAH SEBERANG PERAI) Kejohanan Bola Tampar MSSPP 18TKB (P) @SMK Berapit (13 Februari 2020) JOHAN (DAERAH SEBERANG PERAI) Kejohanan Bola Tampar MSSPP 18TKB (L) @Perkampungan Berapit (13 Februari 2020) BOLA JARING JOHAN (ZON PERMATANG PAUH) Kejohanan Bola Jaring 18TKB Zon Permatang Pauh @SMK Mengkuang (20 Februari 2019) PENCAPAIAN SEKOLAH
Peningkatan Akademik BIL TINGKATAN PROGRAM 2020 1 SATU • Orientasi Tingkatan 1 – Disember 2019 • Program Jaya waris 1– Februari 2020 • Program Jaya Waris 1 – Julai 2020 • Bengkel Kecemerlangan Akademik – Februari – Mei 2010 • Bengkel Pecutan Akhir- September 2020 2 DUA • Program Jaya waris Pertama – Februari 2020 • Program Jaya Waris Kedua – Julai 2020 • Bengkel Kecemerlangan Akademik – Februari – Mei 2010 • Bengkel Pecutan Akhir- September 2020 3 TIGA • Program Pembangunan Sahsiah Murid dan Motivasi – Januari 2020 • Program Jaya waris Pertama – Februari 2020 • Bengkel Teknik Menjawab – Julai 2020 • Bengkel Pecutan Akhir- September 2020 • Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat PT3 - September 2020 • Program Pasca-PT3 – Oktober- November 2020 PROGRAM PERANCANGAN 2023/2024
Peningkatan Akademik BIL TINGKATAN PROGRAM 2020 4 EMPAT • Program Jaya Waris 1 – Julai 2020 • Bengkel Kecemerlangan Akademik –Mac 2010 • Bengkel Pecutan Akhir- September 2020 5 LIMA • Headcount dan Graf Prestasi Pelajar – Februari 2020 • Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan SPM – Mac 2020 • Kelas Tambahan Panitia Mata Pelajaran – Januari – November 2020 • Program Jaya waris 1 – Februari 2020 • Program Jaya Waris 1 – Julai 2020 • Bengkel Kecemerlangan Minda 1 – Mac 2020 • Bengkel Kecemerlangan Minda 2 – Julai 2020 • Bengkel Pecutan Akhir SPM –September 2020 • Program Bacaan Yasin – Oktober 2020 PROGRAM PERANCANGAN 2023/2024
Sekalung Penghargaan Yang Berhormat Dr. Hajah Norlela binti Ariffin, ADUN Penanti YDP dan Semua AJK PIBG Ibu bapa dan Waris Guru-guru dan Staf Sokongan SMK Penanti Pekerja Kontrak SMK Penanti Semua yang terlibat membantu sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ke-46 Tahun 2020 Terima Kasih TINTA PENANTI
Beli bedak di kedai Norlia, Murah harganya dapat berjimat; Ajar budak akhlak yang mulia, Dunia dibangga, akhiratselamat Pulang pemburu dengan riangnya, Dapat menghambatsi anak rusa; Berjuang guru dengan ilmunya, Menobat martabatsi anak bangsa. Ayu semarak di sisi bonda, Kekal berseri jambangan gelora; Guru pencorak generasi muda, Bakal mengisi kepimpinan negara.