The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by uzairnazri2002, 2024-03-12 22:49:16

HUBUNGAN PENDEKATAN DAN PENGUASAAN GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TULISAN JAWI DI SEKOLAH RENDAH

MUHAMMAD UZAIR BIN MOHAMAD NAZRI

HUBUNGAN PENDEKATAN DAN PENGUASAAN GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TULISAN JAWI DI SEKOLAH RENDAH MUHAMMAD UZAIR BIN MOHAMAD NAZRI PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Ambilan JUN 2021) Dr. Ismail Bin Husin INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU 2024


KANDUNGAN Muka Surat KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN BAB 1: PENDAHULULAN 1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Tujuan Kajian 1.3.1 Objektif Kajian 1.3.2 Soalan Kajian 1.3.3 Hipotesis Kajian 1.4 Skop dan Batasan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Definisi Operasional 1.7 Rumusan 1 3 5 5 5 6 6 7 8 9 BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian 10


2.2 Teori Kajian 2.3 Dapatan Kajian-Kajian Lalu 2.4 Kerangka Konseptual 2.5 Rumusan 10 13 15 16 BAB 3: METADOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Persampelan 3.4 Instrumen Kajian 3.4.1 Kesahan 3.4.2 Kebolehpercayaan 3.5 Kajian Rintis 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 3.8 Rumusan 17 17 18 19 20 21 22 23 24 26 RUJUKAN LAMPIRAN 27 32


SENARAI JADUAL NOMBOR JADUAL BAB 3 NAMA JADUAL MUKA SURAT 1 Pecahan Bahagian Soal Selidik 19 2 Tahap Persetujuan Responden Mengikut Skala Likert 20 3 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Keseluruhan 22 4 Tahap Penentuan Ukuran Skor Min 25 5 Saiz Pekali Kolerasi 25 6 Kaedah Penganalisisan Data 26


1 SENARAI RAJAH NOMBOR RAJAH BAB 2 NAMA RAJAH MUKA SURAT 1 BAB 3 1 Kerangka konsep Prosedur pengumpulan data 15 24


2 SENARAI SINGKATAN PdP Pengajaran dan pembelajaran DSKP Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran SPSS Statistical Package for the Social Sciences


3 SENARAI LAMPIRAN Lampiran A Surat kebenaran Lampiran B Carta gant kajian penyelidikan Lampiran C Lampiran D Lampiran E Intrumen kajian Hasil analisis cronbach alpha Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejce dan Morgan


4 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Tulisan Jawi merupakan tulisan yang menggunakan huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang terdiri daripada 37 huruf untuk menulis dalam bahasa Melayu. Tulisan bagi huruf Jawi ini berpandukan dengan tulisan dalam huruf rumi. Sebagai contoh, huruf “ك “adalah huruf Jawi untuk huruf rumi “K”. Sejak sebelum kemerdekaan lagi, orang Melayu telah menggunakan tulisan Jawi sebagai salah satu penulisan di tanah Melayu. Pemerintahan kerajaan Melayu telah menggunakan tulisan Jawi secara formal pada abad ke-15 Masihi lagi. Misalnya, tulisan Jawi telah digunakan sebagai tulisan rasmi kerajaan dalam urusan surat-menyurat kerajaan Melayu. Penggunaan tulisan Jawi pada batu bersurat di Terengganu dan ukiran tulisan Jawi pada batu nisan juga menunjukkan bahawa tulisan Jawi telah digunakan di tanah Melayu sejak sekian lama (Salehuddin, 2012). Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Pendidikan Islam telah berkembang namun secara tidak formal di mana murid hanya belajar di rumah guru, pondok dan madrasah. Buku pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam ketika itu telah pun menggunakan tulisan Jawi di mana ia telah digunakan secara berterusan sehingga ke hari ini. Pada masa ini, subjek Pendidikan Islam merupakan subjek wajib bagi murid yang beragama Islam di sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan Malaysia telah menggunakan tulisan Jawi sebagai format penulisan dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Sejak Islam tiba di Tanah Melayu pada abad ke-13, tulisan Jawi amat penting dalam mengubah bahasa Melayu menjadi bahasa pembelajaran. (Akmariah Mamat, 2010). Beberapa tokoh ilmuan tempatan yang lahir pada zaman kegemilangan Islam ketika itu antaranya adalah Hamzah Fansuri dan Nurudin al Raniri. Karya penulisan Jawi mereka telah berkembang dan digunakan sehingga kini. Walaubagaimanapun, perubahan teknologi yang begitu


5 pesat pada era moden ini telah menyebabkan tulisan Jawi semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat setempat. Kementerian Pelajaran Malaysia memandang serius usaha melindungi dan memelihara Jawi dalam pendidikan negara sebagai tempat menyimpan rasa sayang terhadap seni warisan budaya negara (Wan Marzuki et al., 2016). Sebagai cara untuk mengelakkan seni warisan tulisan Jawi ini terus disisihkan, langkah-langkah yang proaktif perlu dilakukan untuk mengembalikan semula martabat tulisan Jawi. Salah satu langkah yang boleh dilakukan adalah warga pendidik iaitu guru Pendidikan Islam serta guru bidang lain perlu berusaha bersama-sama menaikkan semangat anak muda untuk mencintai tulisan Jawi dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Bagi memastikan murid-murid dapat menguasai tulisan Jawi dengan betul, guru hendaklah menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mengajar mereka tulisan Jawi (Kamarul Azmi et al. 2012). Oleh hal yang demikian, guru perlulah memainkan peranan dengan sebaiknya dalam memartabatkan tulisan Jawi dalam kalangan murid di sekolah seterusnya boleh menjadikan tulisan ini berkembang dengan baik dan tidak ditelan oleh peredaran zaman.


6 1.2 PERNYATAAN MASALAH Dalam pendidikan Jawi, terdapat pelbagai jenis kemahiran yang boleh dipraktikkan. Sebagai contoh, kemahiran mengenal, mengeja, menyebut, membaca dan menulis yang mana dapat membantu murid menguasai bidang lain dalam subjek Pendidikan Islam seperti asuhan Tilawah al-Quran serta Ulum Syariah yang merangkumi Ibadah, Akidah, Sirah serta Adab dan Akhlak Islamiah. Terdapat beberapa kajian yang lalu mendapati bahawa murid lemah dalam mata pelajaran yang dipelajari adalah disebabkan oleh faktor pengajaran dan pembelajaran guru kurang memberangsangkan untuk menarik minat murid (Nur Syamira et al., 2016; dan Noor Asmina et al., 2019). Metodologi yang digunakan guru amatlah penting dalam proses pengendalian pengajaran dan pembelajaran Jawi supaya dapat merangsang kebolehan murid serta menarik minat mereka untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran. Untuk memastikan murid mencapai objektif yang dikehendaki, guru perlu menentukan pendekatan pengajaran yang terbaik dan mempelbagaikan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar menjadi lebih menarik. Pendekatan pengajaran yang sesuai pastinya dapat memupuk minat murid untuk lebih bersemangat belajar dan mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dalam diri mereka. Perkara ini pastinya dapat memberikan pemahaman yang lebih baik kepada murid tentang Jawi. Di sekolah, proses PdP Pendidikan Islam menggunakan buku teks yang ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini menunjukkan bahawa penguasaan Jawi amatlah penting dalam diri seseorang murid untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan lebih mudah. Dalam erti kata lain, mata pelajaran Pendidikan Islam secara praktikalnya menggunakan tulisan Jawi dengan sepenuhnya. Kajian Fatimah Rajak (2016) menyatakan ramai dalam kalangan murid Islam yang mempelajari Pendidikan Islam tetapi mereka tidak menguasai pembacaan dan penulisan Jawi. Kebanyakan murid masih gagal untuk menyambung huruf-huruf hijaiyah seterusnya memberikan kesukaran kepada untuk membina ayat menggunakan tulisan Jawi dengan betul. Hal ini disokong Zamferi Ibrahim (2009) yang mendapati murid kurang mahir dalam menulis perkataan Jawi dan ada juga diantara mereka yang langsung tidak boleh menulis perkataan Jawi dengan betul.


7 Tambahan pula, pengkaji juga dapat mengenal pasti jurang yang ada pada kajian-kajian lalu. Banyak kajian yang dibuat adalah untuk menyelidik berkaitan dengan minat dan faktor pencapaian murid dalam pengajaran Jawi. Tidak banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan pendekatan dan penguasaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi. Seterusnya, kajian yang ada juga lebih menjurus kepada amalan pengajaran Jawi seperti kajian yang dijalankan oleh Naquiah dan Jimain (2016) dan kajian Akmariah (2010). Perkara ini membuktikan bahawa terdapat jurang yang berlaku mengenai kajian pengajaran dan pembelajaran Jawi di sekolah rendah terhadap pendekatan dan penguasaan guru. Malahan, kajian daripada Saiful Bahari dan Mazlan (2019) dan Mohd Sabri et al. (2021) juga hanya memfokuskan kajian kepada penguasaan murid dalam tulisan Jawi tanpa melibatkan kajian terhadap pendekatan dan penguasaan guru. Oleh hal yang demikian, pengkaji ingin memberikan fokus terhadap pendekatan dan penguasaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi yang tidak dilakukan oleh pengkaji lain. Pengkaji ingin melakukan kajian ini kerana pencapaian murid bukan sahaja bergantung kepada diri murid itu sahaja, tetapi kepada pendekatan pengajaran yang dibawa oleh guru di dalam kelas. Aspek terpenting dalam menentukan prestasi seseorang murid ialah kualiti guru. Pendidik yang cemerlang akan menghasilkan murid yang cemerlang (Bahagian Pendidikan Guru, 2018). Hasil daripada jurang yang telah berlaku ini, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi melalui pendekatan dan penguasaan guru dengan meluaskan skop kajian.


8 1.2 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sama ada pendekatan dan penguasaan yang digunakan guru mempengaruhi terhadap tahap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah. Seterusnya, pengkaji ingin meninjau sejauh mana pandangan murid terhadap pendekatan dan penguasaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi bagi membantu mereka meningkatkan penguasaan Jawi dengan lebih baik. 1.3.1 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengenalpasti tahap pendekatan dan penguasaan guru dalam tulisan Jawi 2. Mengenal pasti tahap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah. 3. Mengenalpasti hubungan antara pendekatan dan penguasaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah. 1.3.2 Soalan Kajian Berikut ialah senarai soalan kajian yang bakal diguna pakai untuk mencapai objektif kajian: 1. Apakah tahap pendekatan dan penguasaan guru dalam tulisan Jawi? 2. Apakah tahap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah? 3. Adakah terdapat hubungan antara pendekatan dan penguasaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah?


9 1.3.3 Hipotesis Kajian Berdasarkan persoalan kajian yang dikemukakan, hipotesis yang dapat dibentuk adalah seperti berikut: H1: Terdapat hubungan signifikan yang mempengaruhi hubungan antara pendekatan dan penguasaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah. 1.3 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini diadakan untuk mengkaji pandangan murid terhadap pendekatan dan penguasaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi. Secara spesifiknya, kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan menilai keberkesanan pendekatan dan penguasaan guru yang digunakan di sekolah, serta pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah. Selain itu, kajian ini diadakan bagi mengkaji tahap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi dari aspek kemahiran menyambung dan menceraikan huruf Jawi, ejaan perkataan Jawi, membina ayat, dan menjawab soalan kefahaman dalam kalangan murid sekolah rendah. Skop ini telah diambil dari Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran. Batasan kajian adalah pemilihan sebuah sekolah dalam daerah Tawau sebagai lokasi kajian kerana pengkaji mendapati bilangan murid di kawasan tersebut sesuai untuk diadakan kajian ini. Justifikasi kajian ini adalah untuk memudahkan pengkaji menguruskan proses pengurusan data dijalankan. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dan data daripada responden. Pengkaji memilih kaedah ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap serta hubungan pendekatan dan penguasaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah.


10 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini memberikan kepentingan kepada beberapa pihak seperti: 1.5.1 Guru Kajian ini membantu guru Pendidikan Islam dalam membina rancangan pengajaran yang efektif untuk digunakan terhadap murid yang diajar. Pendekatan yang dipilih mestilah dapat memberikan kesan positif dalam meningkatkan pertumbuhan lengkap murid, termasuk kemahiran kognitif, jasmani, rohani emosi dan sosial mereka. Selain itu, kajian ini dapat memberikan warga pendidik Pendidikan Islam mendapat banyak ilmu pengetahuan, kebolehan dan watak yang diperlukan seseorang guru untuk menguasai tulisan Jawi dengan baik. 1.5.2 Sekolah Kajian ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah bagi meningkatkan kualiti pengajaran khususnya dalam subjek Pendidikan Islam bagi bidang Jawi. Perkara ini pastinya akan membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi dan pencapaian bagi sekolah tersebut. Seterusnya, kajian yang dijalankan ini dapat memberikan maklumat baharu kepada sekolah untuk mengadakan program, latihan serta bengkel berkaitan pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi kepada warga pendidik Pendidikan Islam. 1.5.3 Kementerian Pendidikan Malaysia Kajian ini dapat memberikan kesempatan pihak perancang kurikulum dan pengelola untuk mengenal pasti perkara-perkara yang perlu diberikan tumpuan dalam usaha untuk menambah baik pelaksanaan aktiviti menulis tulisan Jawi dalam program pendidikan. Hal ini agar pelaksanaan aktiviti yang dilaksanakan dapat membantu murid meningkatkan kemahiran mereka dalam penulisan. Di samping itu, kajian ini juga dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merancang program yang sesuai kepada semua sekolah untuk


11 meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran supaya guru-guru menjadi lebih efektif pada masa yang akan datang. 1.6 DEFINISI OPERASIONAL 1.6.1 Tulisan Jawi Secara umumnya,,tulisan Jawi adalah bahasa Arab dengan beberapa huruf Melayu tambahan (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007). Dalam kajian ini, pengkaji ingin memberikan tumpuan terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi yang terkandung dalam DSKP iaitu aspek kemahiran menyambung dan menceraikan huruf Jawi, ejaan perkataan Jawi, membina ayat dan menjawab soalan kefahaman dalam kalangan murid dan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam melaksanakan pengajaran Jawi kepada murid. 1.6.2 Pendekatan dan Penguasaan Guru Menurut Abu Bakar, Zainudddin (2008), proses pengajaran dan pembelajaran adalah melibatkan penggunaan teknik yang telah dikuasai oleh pengajar. Strategi pengajaran mestilah sesuai dengan kebolehan kognitif (minda dan penaakulan) dan psikomotor (bahagian fizikal badan) murid. Seseorang guru mestilah menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan murid bagi menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Dalam konteks pendidikan, pendekatan pengajaran adalah kaedah,teknik atau cara yang digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif yang telah ditentukan. Dalam kajian ini, pengkaji lebih memfokuskan kepada pendekatan pengajaran yang diaplikasikan guru dalam pengajaran tulisan Jawi.


12 1.6.3 Pengajaran dan Pembelajaran Tulisan Jawi Secara umumnya, penguasaan boleh ditakrfikan sebagai kebolehan dan kemahiran yang perlu ada dalam diri seseorang untuk melaksanakan sesuatu kewajipan dan tanggungjawab. Penguasaan merupakan suatu proses, kaedah dan aktiviti (Nana Sudjana, 2009). Dalam kajian ini, penguasaan yang ingin dilihat adalah pada pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah. Aspek yang ingin dilihat dalam diri murid adalah kemampuan mengeja, membaca, menulis dan membina ayat dalam tulisan Jawi. 1.7 RUMUSAN Dalam bab ini, pengkaji telah membincangkan pengenalan pembelajaran tulisan Jawi melalui kepelbagaian kaedah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, pengkaji juga telah menjelaskan tentang penyataan masalah kajian, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, skop dan batasan kajian, kepentingan kajian dan definisi operasional.


13 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN Dalam subjek Pendidikan Islam, pembelajaran tulisan Jawi adalah perkara yang diwajibkan kepada murid yang beragama Islam di setiap sekolah rendah. Muridmurid akan didedahkan dengan banyak perkara mengenai penulisan Jawi misalnya sejarah tulisan Jawi, gaya penulisan dan huruf-huruf Hijaiyyah. Murid juga akan diajar untuk menulis Jawi dengan menggunakan pen Jawi. Keistimewaan tulisan Jawi yang mempunyai nilai estetika yang tinggi, bersifat tradisional dan tersendiri menjadikan pentingnya murid untuk menguasai tulisan ini agar dapat memudahkan mereka memahami kandungan dalam subjek Pendidikan Islam . 2.2 TEORI-TEORI KAJIAN 2.2.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Kemahiran kognitif adalah keupayaan seseorang individu untuk berfikir, membina pengetahuan, membuat penilaian serta mengingati sesuatu maklumat. Menurut Jean Piaget, teori perkembangan kognitif adalah teori untuk memahami cara seseorang manusia untuk berfikir dan membuat penilaian sesuatu mengikut empat peringkat perkembangan. Menurut Santrock (2011), empat peringkat perkembangan itu ialah tahap sensorimotor, peringkat pra-operasional, peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal. Peringkat yang pertama adalah sensimotor di mana seseorang individu berusia 0-2 tahun. Pada peringkat ini, individu mula mempelajari sesuatu perkara melalui tindakan refleks misalnya mengangkat, menarik sesuatu dan menolak barang. Individu masih tidak memahami fungsi sebenar perbuatan yang dilakukan tapi hanya bergantung kepada tindakan refleks untuk melakukan


14 sesuatu. Langkah yang boleh dilakukan guru pada peringkat ini adalah dengan menggunakan kaedah mengenali huruf-huruf Jawi menggunakan kad imbas sebagai pengenalan awal kepada huruf-huruf Jawi. Seterusnya adalah peringkat pra operasional iaitu seseorang individu berusia 2-7 tahun, di mana seseorang individu dapat mempelajari sesuatu melalui apa yang mereka lihat kemudiannya meniru perbuatan tersebut. Selain itu, individu juga mula berhubung dengan kanak-kanak dan orang lain terutamanya rakan sebaya serta dapat mempelajari sesuatu melalui permainan. Dengan itu, guru boleh melaksanakan kaedah permainan kepada murid untuk memastikan pembelajaran tulisan Jawi dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Pada peringkat ketiga pula adalah ketika seseorang individu berusia 7-11 tahun iaitu dikenali sebagai operasi konkrit. Peringkat ini adalah di mana individu mula berfikir secara logik bagi sesetengah perkara untuk membantu mereka mencipta pengetahuan dan boleh melakukan penilaian dengan betul. Dalam pembelajaran tulisan Jawi, kaedah latih tubi dapat membantu meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran tulisan Jawi. Kaedah ini boleh dilaksanakan untuk mengajarkan murid cara menyambungkan huruf-huruf Jawi, cara menJawikan ayat Rumi dengan betul. Hal ini penting agar murid dapat membaca petikan atau ayat yang menggunakan tulisan Jawi dengan betul dan tepat. Akhir sekali adalah peringkat operasi formal iaitu ketika seseorang berumur 11-15 tahun (Santrock, 2011). Pada peringkat ini individu lebih berfikiran logik mengenai sesuatu perkara dalam semua keadaan dan membuat penilaian sendiri. Dalam konteks pembelajaran Jawi, murid telah menunjukkan kemampuan mereka membina ayat menggunakan tulisan Jawi dan dapat membaca penulisan yang menggunakan tulisan Jawi dengan lancar dan fasih.


15 2.2.2 Teori Pengajaran Konstruktivisme Teori konstruktivisme adalah teori yang menjelaskan bahawa seseorang murid membina pengetahuan sendiri atau konsep secara aktif melalui pengetahuan dan pengalaman yang telah ada dalam diri murid tersebut. Khadijah (2011) menyatakan bahawa pendekatan konstruktivisme merupakan satu inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan. Dalam teori ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berpusatkan kepada murid berbanding guru. Guru hanya menjadi fasilitator kepada murid untuk membantu mereka berfikir dan membina pengetahuan sendiri tanpa menerimanya secara pasif. Murid-murid akan cuba menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan sendiri serta mendapat bimbingan daripada guru dan rakan yang lain. Dalam pembelajaran tulisan Jawi, guru boleh memberikan tugasan menyambungkan huruf-huruf Jawi kepada murid dengan arahan mereka harus menyiapkannya dengan usaha sendiri. Namun begitu, murid boleh memohon bimbingan daripada guru dan rakan dalam menyelesaikan tugasan tersebut. Dengan itu, murid dapat membina pengetahuan baru daripada proses PdP yang dijalankan. Selain itu, pendekatan konstruktivisme ini amat penting dalam aktiviti yang memberikan penekanan kepada penerokaan informasi baru misalnya pembelajaran kolaboratif, koperatif, sumbangsaran dan sebagainya (Zakaria, 2016). Apabila murid mendapat informasi baharu, maka murid dapat membentuk fahaman baru dengan mengkonstrukkannya dengan ilmu pengetahuan yang lama. Aktiviti berkumpulan yang dilakukan pastinya dapat membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih aktif dengan dapat mempraktikkan kemahiran sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan sebagainya. Sebagai contoh, guru boleh memberikan tugasan berkumpulan kepada murid berkaitan dengan membina ayat daripada perkataan Jawi. Mereka dapat membuat perbincangan dalam kumpulan seterusnya menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih menarik. Hasilnya, murid dapat menyelesaikan masalah pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah dengan menggunakan pengetahuan baru. Dengan itu, jelaslah bahawa pendekatan dan penguasaan guru amat penting agar dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan efektif.


16 2.3 DAPATAN KAJIAN LALU Pendekatan dan penguasaan guru serta tahap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah dan akan dibincangkan secara lebih mendalam melalui dapatan kajian lalu. 2.3.1 Pendekatan dan Penguasaan Guru Melalui tinjauan literatur, terdapat hubungan antara pendekatan dan penguasaan guru dengan pengajaran dan pembelajaran terhadap suatu subjek. Kajian daripada Noor Erma (2014) yang bertajuk “Hubungan antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru dan Pengaruh Rakan Sebaya terhadap Pencapaian Matematik Tambahan Tingkatan 4” adalah salah satu bukti yang menunjukkan pentingnya hubungan antara pengajaran guru dan pencapaian murid dalam subjek Matematik Tambahan. Kajian yang dilakukan tersebut adalah dalam bentuk kajian tinjauan yang mana melibatkan seramai 114 orang murid Tingkatan 4 sebagai sampel kajian daripada empat buah sekolah menengah swasta yang dipilih. Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mengutip data manakala kaedah penganalisisan data menggunakan kaedah korelasi untuk melihat hubungan antara sikap dan pencapaian Matematik Tambahan dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa analisis korelasi hubungan antara pengajaran guru dan pencapaian Matematik Tambahan menunjukkan nilai 0.14 manakala aras signifikan p adalah 0.01. Hal ini menunjukkan bahawa pengajaran guru dalam subjek Matematik Tambahan mempengaruhi pencapaian murid-murid. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa penguasaan murid dalam sesuatu subjek bergantung kepada pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh seseorang guru di dalam serta luar bilik darjah. Kajian Ab Halim, Kamarulzaman, Rosli et al. (2012) yang dijalankan di Selangor adalah untuk mengenal pasti kaedah yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam dalam proses PdP bidang asas Jawi. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan dapatan telah mendapati bahawa item kaedah ‘membaca huruf’ memperoleh min tertinggi iaitu sebanyak 4.61 diikuti item kaedah ‘latih tubi penulisan’ min sebanyak 4.53 dan item kaedah ‘kuliah atau penerangan’ yang mencatatkan min 4.31. Sementara itu, min yang


17 paling rendah pula ialah di bawah item kaedah ‘akhbar dalam darjah’ yang hanya menunjukkan perolehan min sebanyak 3.39 sahaja manakala item kaedah ‘menulis rencana ringkas’ min sebanyak 3.77. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian ini adalah majoriti guru Pendidikan Islam lebih cenderung menggunakan kaedah berpusatkan guru misalnya kaedah syarahan, kuliah serta demonstrasi dalam pengajaran Jawi di dalam kelas. Didapati juga guru Pendidikan Islam kurang menggunakan kaedah berpusatkan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh hal yang demikian, seseorang guru hendaklah lebih menumpukan kekreatifan dalam menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang bersesuaian dalam amalan pengajaran mereka (Mohd Aderi & Rohani, 2009). Dengan itu, dapat ditekankan di sini bahawa aspek pendekatan dan penguasaan guru mempunyai perkaitan dengan tahap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi. 2.3.2 Pengajaran dan Pembelajaran Tulisan Jawi Melalui kajian yang dijalankan oleh daripada Suhana Abd Hamid (2016), dalam kajiannya yang bertajuk Statistik Penguasaan Jawi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Agama, beberapa dapatan kajian telah dikenalpasti. Dapatan analisis kajian menujukkan bahawa tahap penguasaan pembacaan dan penulisan Jawi berada pada tahap sederhana dan memperlihatkan penguasaan pembacaan mendahului penulisan. Penguasaan Jawi perlu dimulakan sejak awal kanak-kanak dan dilazimi oleh semua pihak terlibat iaitu murid, ibubapa dan pengurusan atau kepimpinan sekolah. Selaras dengan kajian Wan Tikah (2002) bahawa keluarga atau ibu bapa amat berperanan dalam usaha memartabatkan keunggulan tulisan Jawi sejak awal kanak-kanak, sebagai momentum memelihara warisan ketamadunan Melayu yang bercorak Islam di Malaysia. Manakala kepimpinan sekolah hendaklah sentiasa memantau dan memastikan keberkesanan pengajaran dengan memberi latih tubi dan pencerapan buku tulis murid-murid. Abu Bakar et al (2015) menegaskan bahawa guru yang berkepimpinan sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawab dan tugas serta bertindak mengikut matlamat yang hendak dicapai dengan sendirinya. Sementara penerapan minat dan kecenderungan murid terhadap Jawi dicorak


18 sejak awal persekolahan. Jelasnya, peningkatan penguasaan penulisan dan pembacaan Jawi diterjemahkan melalui kepimpinan sekolah yang berkesan dan berdaya saing seiring perubahan masa dan corak pendidikan masa kini. Selain itu, berdasarkan kajian dan laporan yang dijalankan, penguasaan murid dalam kemahiran menulis dan membaca Jawi adalah lemah (Awang Mohamad Amin, 1989). Kajian daripada Mustapha Yazid (1991) mendapati, 95 peratus murid mempunyai sikap negatif terhadap tulisan Jawi seperti susah dipelajari, tidak penting dan tidak dinilai dalam peperiksaan. Hal ini memberi kesan terhadap pencapaian dan minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam (Sulaiman Ngah Ghazali, 1990; Azman Wan Chik, 1986). Murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi akan semakin ketinggalan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi (Muhammad Endut, 1992). Oleh itu, Isahak Haron dan Hassan Basri (1994) berpendapat, kelemahan murid-murid sekolah menengah dalam menguasai kemahiran Jawi mempunyai kaitan langsung dengan keupayaan mereka pada peringkat sekolah rendah. 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL Rajah 1 Kerangka konsep Kerangka konsep kajian ini dibina berdasarkan objektif kajian dan persoalan kajian yang telah ditentukan. Hasil daripada rangka konsep yang dibina pada Rajah 2.1, terdapat dua pemboleh ubah yang dapat dikenalpasti dalam kajian ini iaitu satu pemboleh ubah bebas dan satu pemboleh ubah bersandar. Pendekatan dan penguasaan guru ialah pemboleh ubah bebas. Pemilihan Pendekatan dan Penguasaan Guru Pengajaran dan Pembelajaran Tulisan Jawi


19 pendekatan dan penguasaan guru sebagai pemboleh ubah bebas telah dibincangkan dalam kajian-kajian terdahulu (antaranya Naquiah, 2016; Jimaain, 2016; Zairul Anuwar, 2016; Niveetha, 2021; dan Abdul Razaq, 2021). Manakala pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi merupakan pemboleh ubah bersandar yang mana telah dibincangkan dalam kajian Suhana et al. (2016), Misri dan Zairul Anuwar (2016). Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi murid dalam menguasai tulisan Jawi termasuklah pendekatan dan penguasaan guru yang digunakan di dalam bilik darjah. Normazidah (2012) mengatakan bahawa kaedah pengajaran memainkan peranan penting dalam membawa kefahaman, penglibatan, dan komitmen murid terhadap proses pembelajaran. 2.5 RUMUSAN Dalam bab ini, pengkaji membuat ulasan tentang teori yang mendasari kajian ini selaras dengan permasalahan kajian. Ulasan kajian literatur atau dapat kajian lalu menjadi aspek utama kepada kepentingan kajian iaitu untuk mengetahui pendekatan dan penguasaan guru dalam tulisan Jawi serta tahap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah. Seterusnya, satu kerangka konseptual telah diwujudkan untuk menunjukkan dua pemboleh ubah bagi kajian ini dengan lebih jelas.


20 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Dalam bab ini akan membincangkan metodologi yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini. Metodologi kajian amatlah penting agar penyelidikan yang dilaksanakan mempunyai kaedah yang sesuai dan efektif dalam menyelesaikan permasalahan kajian. Intisari kajian dalam bab ini akan membincangkan topik reka bentuk kajian, pemilihan sampel, instrumen, kesahan, kebolehpercayaan, kajian rintis, prosedur pengumpulan data, dan prosedur analisis data. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Kajian yang dilaksanakan ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dalam bentuk keratan rentas. Menurut Creswell (2005), dalam kedua-dua penyelidikan kuantitatif dan kualitatif, reka bentuk kajian tinjauan ialah satu proses di mana penyelidik meninjau sampel populasi atau keseluruhan populasi. Rasional kajian kuantitatif ini dipilih adalah untuk membolehkan pengkaji mendapat hasil dapatan kajian yang tepat. Selain itu, kajian berbentuk tinjauan ini lebih sesuai kerana matlamatnya ialah untuk mengumpulkan maklumat tentang sesuatu permasalahan, isu atau peristiwa yang berlaku. Borang soal selidik telah dipilih untuk pengkaji untuk mengumpulkan maklumat dan data responden sebagai instrumen kajian. Hal ini bertujuan untuk mengumpul maklumat data tentang persepsi murid terhadap pendekatan dan penguasaan guru serta melihat tahap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah. Lazimnya, soal selidik digunakan sebagai instrumen kerana soal selidik mudah dijawab, mudah diisi, dan sesuai untuk responden (Abdul Razak, 2010).


21 Kajian ini melibatkan dua pemboleh ubah iaitu satu pemboleh ubah bebas dan satu pemboleh ubah bersandar. Pemboleh ubah bebas ialah pendekatan dan penguasaan guru manakala pemboleh ubah bersandar ialah pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah. Tinjauan soal selidik telah digunakan untuk mengukur kedua-dua pemboleh ubah. 3.3 PERSAMPELAN Alias (1992) berpendapat bahawa sampel terdiri daripada individu yang diambil secara rawak daripada kumpulan kecil dalam populasi bagi meneliti ciri atau parameter populasi. Bagi populasi kajian, pengkaji telah memilih murid sekolah rendah yang mengambil subjek Pendidikan Islam di sebuah sekolah dalam daerah Tawau. Jumlah populasi bagi kajian ini adalah seramai 30 orang. Dengan itu, pengkaji telah memilih seramai 28 orang murid sebagai sampel kajian berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan yang telah menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian yang terdapat dalam lampiran. Dalam kajian yang dilakukan ini, pengkaji menggunakan kaedah rawak bertujuan dalam pemilihan sampel yang dilakukan kepada beberapa bilik darjah di sekolah. Sharma (2017) mengatakan bahawa kaedah sampel rawak bertujuan dipilih kerana kaedah ini berkesan dalam mendapatkan sampel yang diinginkan mengikut kepada ciri-ciri kajian dalam masa yang singkat. Selain itu, kaedah sampel rawak bertujuan ini juga dapat membantu pengkaji mencapai objektif yang ingin dicapai serta bertepatan dengan batasan kajian yang dilaksanakan.


22 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan satu jenis instrumen dalam proses pengumpulan data iaitu borang soal selidik. Chua Yan Piaw (2011) menjelaskan bahawa kaedah soal selidik dipilih kerana kaedah ini mudah, cepat dan menjimatkan masa untuk memperoleh data. Terdapat 3 bahagian dalam borang soal selidik iaitu bahagian A, B dan C. Borang soal selidik ini bertujuan untuk mengumpulkan maklumat dan data daripada responden yang terlibat mengenai persepsi murid terhadap pendekatan dan penguasaan guru serta tahap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah. Jadual 3.1 menunjukkan pecahan bahagian yang terdapat dalam soal selidik. Jadual 1 Pecahan Bahagian Soal Selidik Bahagian Pecahan Soalan Bahagian A Demografi Bahagian B Persepsi murid terhadap pendekatan dan penguasaan guru dalam tulisan Jawi Bahagian C Pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah Bahagian A adalah merujuk kepada maklumat demografi murid iaitu jantina dan tahun manakala bahagian B pula mengandungi 12 item soalan berkaitan persepsi murid terhadap kepelbagaian pendekatan pengajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Instrumen ini telah diubahsuai daripada kajian Naquiah Nahar dan Jimain Safar (2016) yang bertajuk Amalan Pengajaran Jawi dalam Pendidikan Masa : Suatu Tinjauan. Bahagian C pula mengandungi 12 item soalan yang berkaitan dengan penguasaan Jawi murid. Dalam bahagian B dan C soal selidik, skala Likert telah dipilih oleh pengkaji sebagai ukuran normatif. Satu siri soalan afirmatif disertakan pada skala ini untuk melihat tahap persetujuan antara responden. Di samping itu, maklumat dan data akan dikumpul serta diteliti seiring dengan matlamat serta tujuan yang ditetapkan pengkaji untuk kajian ini. Seterusnya, mengikut skala Likert, pengkaji meminta


23 responden untuk menyatakan nombor yang disediakan. Jadual 3.2 memaparkan tahap persetujuan responden mengikut skala Likert. Jadual 2 Tahap Persetujuan Responden Mengikut Skala Likert Maklum Balas Skor Sangat tidak setuju 1 Tidak setuju 2 Kurang setuju 3 Setuju 4 Sangat setuju 5 3.4.1 Kesahan Apabila instrumen soal selidik siap dibina, soal selidik tersebut mestilah melalui dahulu proses kesahan. Selepas itu, barulah ujian rintis dapat dilakukan dan melalui proses yang seterusnya iaitu kebolehpercayaan hasil daripada data yang telah diambil selepas ujian rintis dilakukan. Proses kesahan ini perlulah dilakukan bagi mengenalpasti proses atau ciri yang mempunyai hubungan dengan sesuatu trait agar item-item ujian yang khusus dan tepat dapat disediakan untuk diuji kepada responden. Pallant (2007) menerangkan bahawa jika sesuatu instrumen itu boleh mengukur apa yang hendak diukur, ia dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi. Jenis kesahan yang digunakan dalam kajian ini adalah kesahan muka, kesahan kandungan dan kesahan konstruk. Dalam kajian ini, pengkaji telah merujuk kepada pakar dalam kalangan pensyarah untuk menguji kesahan instrumen soal selidik yang dibina dari segi bahasa dan kandungan. Hal ini agar pengkaji dapat memperbaiki kelemahan atau kesalahan yang terdapat dalam soal selidik sebelum melakukan ujian rintis. Oleh hal yang demikian, kesahan konstruk bagi item soal selidik yang dibina telah dicapai.


24 3.4.2 Kebolehpercayaan Kestabilan dan ketekalan dalaman soal selidik dirujuk sebagai kebolehpercayaan instrumen kajian (Creswell, 2005; Pallant, 2007). Kebolehpercayaan ialah ukuran sejauh mana alat kajian secara konsisten mengukur masalah (pembolehubah) kajian setiap kali ia digunakan merentasi pelbagai konteks, populasi dan sampel (Mohd Salleh dan Zaidatun, 2001). Ujian kebolehpercayaan ini akan diadakan selepas selesai semakan akhir diadakan terhadap instrumen kajian. Bagi menilai kebolehpercayaan kajian ini, pengkaji akan menentukannya dengan menggunakan Ujian Statistik Cronbach Alfa dalam perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) oleh Cronbach Alpha. Tujuan pengkaji dalam melaksanakan kajian rintis adalah untuk melihat perkara-perkara yang perlu diperbaiki, diubah suai atau dikeluarkan dalam instrumen kajian. Jika instrumen yang dinilai mendapat skor Alpha Cronbach kurang daripada 0.60, maka instrumen tersebut dikira tidak diterima kerana mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Suah See Ling, Ong Saw Lan, dan Shuki Osman (2010) menyatakan bahawa nilai kebolehpercayaan 0.60 dan lebih tinggi kerap digunakan untuk menilai tahap kebolehpercayaan alat kajian, dan nilai kebolehpercayaan kurang daripada 0.60 adalah rendah dan tidak memuaskan. Dengan itu, sesuatu instrumen atau item yang dinilai boleh digunakan dan diluluskan jika nilai skor Alpha Cronbach dalam ujian rintis lebih daripada 0.60. Hasil daripada kajian rintis yang dilakukan, nilai skor Alpha Cronbach telah mencapai nilai 0.744 bagi keseluruhan konstruk. Dengan itu, instrumen yang dihasilkan dapat digunakan dalam kajian.


25 3.5 KAJIAN RINTIS Kajian rintis merupakan praujian untuk mencuba instrumen kajian yang khusus (Muhammad Fahmi, 2012). Tujuan kajian rintis ini diadakan adalah untuk menentukan sama ada soal selidik yang dibuat sesuai atau tidak untuk digunakan dalam kajian yang sebenar. Menurut Fraenkel dan Wallen (1996) , kajian rintis ialah cubaan kajian yang dibuat secara kecilan dengan tujuan mengenal pasti kelemahan instrumen kajian dan tatacara kajian. Dengan itu, saya telah memilih sebuah sekolah di sekitar Tawau untuk melakukan kajian rintis. Saya telah memilih 30 orang murid yang mempunyai ciri yang lebih kurang sama dengan dibantu oleh guru kelas untuk diedarkan soal selidik tersebut. Setelah itu, data yang dikumpul akan dinilai menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Sosial Science) versi 27. Setelah kajian rintis yang dibuat, pengkaji telah mendapat nilai sebanyak 0.744 hasil daripada ujian Alpha Cronbach bagi keseluruhan konstruk. Dengan itu, perkara ini menunjukkan kebolehpercayaan bagi soal selidik yang telah dilakukan mencapai tahap yang baik dan boleh digunakan dalam kajian yang sebenar. Jadual di bawah menunjukkan perincian bagi nilai Alpha Cronbach yang telah diperolehi hasil daripada kajian rintis yang dilakukan terhadap 30 orang murid di sebuah sekolah. Jadual 3 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Keseluruhan Nilai Alpha Cronbach Jumlah soalan 0.744 24 Jadual 3.3 di atas menunjukkan nilai Alpha Cronbach bagi keseluruhan item iaitu telah mendapat nilai 0.744 daripada 24 soalan yang telah ditadbir dalam kajian rintis. Ia melibatkan kedua-dua bahagian dalam soal selidik iaitu bahagian B iaitu sebanyak 12 item soalan berkenaan dengan persepsi murid terhadap pendekatan dan penguasaan guru dalam tulisan Jawi manakala bahagian C sebanyak 12 soalan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah. Dengan itu, item-item yang telah dibina dapat digunakan untuk mengkaji responden yang sebenar.


26 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Sejak permulaan kajian dilakukan sehingga tamat proses penulisan kajian, pengkaji telah memikirkan idea untuk melaksanakan beberapa tindakan dan persediaan yang penting untuk memudahkan proses kajian ini. Pada mulanya, langkah yang dilakukan adalah mengenai proses pembinaan item soal selidik. Setelah itu, soal selidik tersebut dilakukan pengesahan dengan merujuk kepada pakar dalam kalangan pensyarah serta melalui kajian rintis yang dilakukan. Selepas kajian rintis dilakukan, pengkaji membuat penambahbaikan terhadap soal selidik hasil daripada dapatan pengesahan yang dilakukan. Seterusnya, pengkaji akan meminta kebenaran guru Pendidikan Islam sekolah tersebut untuk menjalankan penyelidikan terhadap murid di sekolah tersebut melalui aplikasi Whatsaap. Apabila guru tersebut telah memberikan kelulusan, pengkaji mula melakukan penyelidikan dengan memberikan link google form kepada guru tersebut untuk diedarkan kepada murid sekolah tersebut. Tujuan pengkaji bertemu bual melalui aplikasi Whatsaap dengan guru tersebut adalah untuk berbincang dalam menentukan kaedah dan cara yang sesuai untuk menjalankan kajian kepada murid di sekolah tersebut. Idea yang dikemukakan adalah dengan pengkaji menyerahkan link google form kepada guru tersebut untuk diedarkan kepada murid. Setelah itu, responden akan menjawab soal selidik berdasarkan arahan yang diberikan dengan jelas. Kemudiannya, pengkaji akan memeriksa semula setiap soal selidik untuk memastikan setiap item dijawab oleh responden. Akhir sekali, data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 27.


27 Secara ringkasnya, Rajah 3.2 di bawah menggambarkan proses pengumpulan data. Rajah 1 Prosedur Pengumpulan Data Kajian 3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA Bagi melihat kekerapan data minat murid dalam tulisan Jawi serta persepsi murid terhadap pendekatan pembelajaran tulisan Jawi dalam borang soal selidik yang telah diedarkan, pengkaji akan menggunakan perisisan Statiscal Package for the Social Sciences (SPSS) untuk melaksanakan analisis statistik deskriptif untuk menjelaskan peratusan, min dan sisihan piawai bagi data yang telah diperolehi. Analisis deskriptif merupakan analisis yang digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri pemboleh ubah kajian. Bagi mengesahkan bahawa setiap soalan pada soal selidik telah dijawab sepenuhnya oleh responden, pengkaji akan terlebih dahulu menjalankan analisis awal terhadap data tersebut. Kemudian data-data tersebut akan dianalisis mengikut kaedah tertentu berdasarkan kepada persoalan kajian. Pengkaji menggunakan tafsiran min Landell (1997) sebagai panduan untuk mendapatkan purata skor kajian. Apabila mentafsir skor min, nilai antara 1.0 dan 2.39 dianggap rendah, dan nilai antara 2.40 dan 3.79 dianggap sederhana. Mengikut jadual 3.5, nombor antara 3.80 dan 5.00 menunjukkan tahap tinggi dan pepejal. Pembinaan dan pengesahan item soal selidik Penambahbaika n terhadap item soal selidik Memberikan link google form kepada guru untuk diedarkan kepada murid Mengumpul dan menganalisis data


28 Jadual 4 Tahap Penentuan Ukuran Skor Min Skor Min Interpretasi 1.0 hingga 2.39 Tahap rendah 2.40 hingga 3.79 Tahap sederhana 3.80 hingga 5.00 Tahap tinggi Selain kaedah deskriptif, pengkaji turut menggunakan kaedah inferensi Korelasi Pearson (Jadual 3.6) bagi menganalisis data berkaitan antara hubungan pendekatan dan penguasaan guru dengan pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah. Kekuatan dan arah perkaitan antara dua pembolehubah kuantitatif dinilai menggunakan kaedah ini. Pendekatan korelasi dipilih kerana ia menggambarkan magnitud dan arah hubungan linear antara dua pembolehubah (Muhammad Fahmi, 2012). Hasilnya, pengkaji akan dapat mengenal pasti dengan jelas perkaitan hubungan antara pendekatan dan penguasaan guru dengan pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah. Jadual 5 Saiz Pekali Kolerasi Saiz Pekali Kolerasi Interprestasi 0.10-0.29 Rendah 0.30-0.49 Sederhana 0.50-1.00 Tinggi Sumber : Cohen (1998) dalam Pallant (2007) Kaedah inferensi korelasi Pearson digunakan untuk mengkaji hubungan ini adalah hasil daripada ujian normaliti data yang diperoleh dalam kajian ini bagi kedua-dua konstruk menunjukkan data berterabur secara normal. Nilai skewness dan kurtosis pada data normal berada di antara -1.96 dan +1.96 (Azizi Yahaya, 2001).


29 Kesimpulannya, kaedah yang digunakan untuk menganalisis data disediakan dalam Jadual 3.7 di bawah. Jadual 6 Kaedah Penganalisisan Data Objektif kajian Kaedah Penganalisisan Data Mengenalpasti tahap pendekatan dan penguasaan guru dalam tulisan Jawi Mengenalpasti tahap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah Mengenalpasti hubungan antara pendekatan dan penguasaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah Deskriptif (min, sisihan piawai) Deskriptif (min, sisihan piawai) Korelasi pearson 3.8 RUMUSAN Pengkaji memperincikan tentang metodologi kajian dalam bab ini, termasuk reka bentuk kajian, persampelan, instrumen, kesahan, kebolehpercayaan, kajian rintis, teknik pengumpulan data, dan teknik analisis data. Bagi menjadikan penyelidikan dapat ditadbir dengan jayanya serta menghasilkan penemuan yang sah dan boleh dipercayai, penyelidik perlu memastikan bahawa metodologi dan prosedur dilaksanakan sebaik mungkin.


30 RUJUKAN Abu Bakar, Norashikin and Basri, Ramli and Foo, Say Fooi (2015) Hubungan kepimpinan guru dengan pencapaian akademik murid. International Journal of Education and Training, 1 (2). pp. 1-11. ISSN 2462-2079 Ab Halim Tamuri, Kamarulzaman Abdul Ghani, Rosli Mokhtar et al. (2012). Penilaianpelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kurikulum Pendidikan Islam Bahagian Pendidikan Islam (JAIS) di sekolah-sekolah rendah agama negeri Selangor. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Pengajian Islam, Bil. 1, ISSN-2231-8291. Februari 2012 Abdul Razak Idris, N. A. (2010). Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru Sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. 1-7. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Razaq. (2021). Pendekatan pengajaran dari aspek penyampaian, alat bantu mengajar, pedagogi dan peneguhan dalam pembelajaran Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Abu Bakar, Zainuddin (2008) Bab 2 : Teori-teori Perkembangan. In: Psikologi Pendidikan. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru, pp. 1-5. ISBN 978983520536 Akmariah Mamat, S. I. (2010). Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru pemulihan Jawi di Malaysia. Proceedings of the 4* International Conference onTeacher Education; Join Confrence UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 321. Alias Baba. (1992). Statistik penyelidikan dalam Pendidikan Sains Sosial. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Awang Mohamad Amin. (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas dan berkesan. Jurnal Dewan Bahasa, 33(12), 937–941. Azizi Hj. Yahaya. (2001). Penggunaan Model Konteks, Input, Proses dan Produk (KIPP) dalam Penilaian Program Pembelajaran. Sejauh manakah ia relevan? International Conference on Challenges and Prospects in Teacher education, Concorde Hotel Shah Alam 16 & 17 July 2001. UTM: Skudai, Johor.


31 Azman Wan Chik. (1986). Kaedah amali hayati: Satu pendekatan mengajar Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian Pendidikan Guru. (2018). Dokumen awal pelan induk pembangunan profesionalisme keguruan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan: Kaedah Statistik Penyelidikan. McGraw Hill (Malaysia). Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Upper Saddle River, NJ: Pearson. Fatimah Rajak. (2016). Permasalahan penguasaan pelajaran Jawi dalam kalangan murid tahun 3. Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Fraenkel, J. R., & Wallen, N.E. 1996. How to Design and Evaluate Research. USA: Mc.Graw-Hill Inc. Isahak Haron dan Hassan Basri. (1994). Laporan Penguasaan Jawi Murid Sekolah Menengah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Kamarul Azmi and Muhammad, Azhar and Abu Bakar, Rujalah and Ahamad, Saodah (2012) Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. In: Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam [SEAPPI2012] (International Seminar on Teacher and Islamic Education [SEAPPI2012]), 8-9 March 2012, Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru. Kamus Dewan. Edisi keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan. 2011. HBEF2103 Psikologi Pendidikan: Perkembangan Kanak-kanak Hingga Remaja. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia. KPM, K. P. (2019). Pendidikan Rendah. Retrieved from Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-rendah Landell, K. (1997). Management by menu. London: Wiley and Soms Inc.


32 Misri Bohari & Mohamad Razali. (2009). Penguasaan kemahiran membaca dan menulis Jawi dalam kalangan murid-murid tahap satu sekolah-sekolah kebangsaan Program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah KPLI(SR)- LPBS-j-QAF Ambilan Januari 2009. IPGM Kampus Keningau. Mohd Aderi Che Noh & Rohani. (2009). Persepsi murid terhadap amalan pengajaran Tilawah Al-Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1) 93-109. Mohd Sabri Ahmad, Harun Baharudin & Nurul Solehah. (2021). Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) Di Sekolah Rendah Daerah Selangau, Sarawak. Jurnal Dunia Pendidikan [S.l.], v. 3, n. 2, p. 144-153. Mohd Salleh Abu & Zaidatun Tasir. (2001). Pengenalan kepada analisis data berkomputer: SPSS 10.0 for windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing. Muhamad Fahmi Abd Jalil. (2012). Penguasaan murid STAM terhadap imbuhan kata bahasa Arab. Disertasi Sarjana, Pengajian Bahasa Moden, Universiti Malaya. Muhammad Endut. (1992). Pendidikan Islam KBSM: Satu kajian tentang masalah pengajaran di sekolah-sekolah di negeri Johor. Tesis M. Ed., Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Mustapha Yazid. (1991). Penguasaan Jawi di kalangan murid-murid sekolah menengah di negeri Kelantan: Satu kajian khusus di daerah Kota Bharu. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Naquiah Nahar, Jimaain S. (2016). Pengajaran Jawi berkesan dalam memartabatkan warisan budaya bangsa. Proceeding of the International Conference on Education toward Global Peace, 1-17. Niveeta Mookan. (2021). Pendekatan pengajaran dari aspek penyampaian, alat bantu mengajar, pedagogi dan peneguhan dalam pembelajaran Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Normazidah Mahmood. (2012). Penggunaan kaedah pengajaran Bahasa Arab dalam kalangan guru peringkat sekolah rendah: Satu penilaian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.Kuala Lumpur. Noor Asmina M.R, Shaharuddin M.S & Norah M.N. (2019). Development of Jawi spelling skills applications, ‘Oh Jawiku’. iJIM. 13(7).


33 Noor Erma. (2014). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian Matematik Tambahan tingkatan 4. Universiti Malaya. Nur Syamira Abd Wahab, Maimun Aqsha Abdin Lubis & Aisyah Sjahrony. (2016). Aplikasi permainan bahasa bermultimedia ke arah memacu peningkatan kefahaman al-Quran dan Jawi. Asean Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization. 1(1), 1-12. Pallant J. (2007). SPSS Survival Manual. Sydney: Ligare Book Printer. Saiful Bahari & Mazlan Ibrahim. (2019). Tahap dan faktor yang mempengaruhi penguasaan Jawi dikalangan murid tahun enam di sekolah kebangsaan seri duyong. 1-6. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Salehuddin, K. (2012). Penilaian ke atas kerumitan kognitif dalam proses membaca Jawi. Journal of Language Studies 12(4), 1180. Santrock, John W. (2011). Perkembangan Anak Edisi 7 Jilid 2. (Terjemahan: Sarah Genis B) Jakarta: Erlangga. Sharma, G. (2017). Pros and cons of different sampling techniques. International Journal of Applied Research, 3, 749-752. Suah, See Ling, Ong Saw Lan & Shuki Osman. (2010). Pentaksiran pembelajaran murid: amalan guru-guru di Malaysia. Malaysian Education Deans’ Council Journal 5, 68-83. Sudjana, Nana (2009). Penilaian Hasil Prosel Belajar Mengajar. Bandung. PT. Remaja Rosdakarya Suhana Abd Hamid, Ahmad Marzuki Mohamad & Azman Ahmad. (2016). Statistik penguasaan Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah agama. Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia.


34 Sulaiman Ngah Ghazali. (1990). Ke arah mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah agama rakyat di negeri Perak: Satu kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Wan Marzuki Wan Ismail, Hafizoah Kassim & Munira Abdul Razak. (2016). Penerapan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Jawi: Kajian rintis. The National Conference for Postgraduate Research 2016, 24-25. Universiti Malaysia Pahang, Pekan, 512-518. Wan Tikah (2002) Persepsi murid terhadap penguasaan tulisan Jawi: Satu kajian kes ke atas murid tahun enam Sek. Keb. Felda Kahang Barat, Kluang, Johor. Universiti Teknologi Malaysia Zairul Anuwar Jamriy. (2016). Strategi pengajaran pemulihan Jawi j-QAF di sekolah rendah, Perak. Fakulti Sains Kemanusiaan, Univerisiti Pendidikan Sultan Idris. Zakaria, S. N. (2016). Kesan pendekatan konstruktivisme dan pendekatan tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera bahasa Melayu (The Effectiveness of Constructivist Approach and Traditional Approach in Teaching and Learning on Malay Language Literature Component). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2),12-21. Zamferi Ibrahim. (2009). Meningkatkan kemahiran penulisan huruf Jawi yang berubah bentuk apabila disambungkan bagi murid tahun empat. Fakulti Pendidikan Sastera Dan Sains Sosial, Open Universiti Malaysia.


35 LAMPIRAN LAMPIRAN A


Carta Gantt PERANCANGAN KERTAS CADANGAPISMP PAI AMBILAN JUNBULAN JAN FEB Peringkat/ Minggu M 1 M 2 M 3 M 4 M 1 M 2 M 3 M 4 M1 1.0 Pendahuluan ▪ Pengenalan ▪ Pernyataan masalah ▪ Tujuan kajian ▪ Objektif kajian ▪ Soalan kajian ▪ Hipotesis kajian ▪ Skop kajian ▪ Batasan kajian ▪ Kepentingan kajian ▪ Definisi operasional/ istilah


36 LAMPIRAN B Lampiran B AN PENYELIDIKAN/ PROPOSAL N 2021 KELUARAN MEI 2025 MAC APRIL MEI JUN M M 2 M 3 M 4 M 1 M 2 M 3 M 4 M 1 M 2 M 3 M 4 M 1 M 2 M 3 M 4


2.0 Tinjauan Literatur ▪ Pengenalan kepada konteks kajian ▪ Teori/ model kajian ▪ Dapatan kajian lalu ▪ kerangka konseptual kajian ▪ Rumusan tinjauan literatur 3.0 Metadologi/ Reka Bentuk Penyelidikan ▪ Reka bentuk kajian ▪ Persampelan ▪ Instrumen kajian ▪ kesahan kebolehpercayaan ▪ Kajian rintis (pilot test) ▪ Prosedur pengumpulan


37


Carta Gantt data ▪ Proses penganalisisan data 4.0 Pengolahan Penulisan, Rujukan, Lampiran & Etika Pembentangan & penilaian Kertas Cadangan/ proposal kajian penyelidikan pada 23 & 24 April 2024 Bab 4 Analisa Data Bab 5 Perbincangan, Kesimpulan & Cadangan *Tentatif boleh diubahsuai mengikut kesesuian pelajar dan ruangsepenuhnya untuk proses penjilidan (penerbitan)


38 Lampiran B an boleh ditambah sehinggalah disertasi kajian penyelidikan siap


39 LAMPIRAN C BORANG SOAL SELIDIK TAJUK KAJIAN: HUBUNGAN PENDEKATAN DAN PENGUASAAN GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TULISAN JAWI DI SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN A : DEMOGRAFI MAKLUMAT RESPONDEN JANTINA : Lelaki Perempuan TAHUN : Satu Empat Dua Lima Tiga Enam ARAHAN: TANDAKAN (/) PADA RUANGAN YANG BERKAITAN.


40 BAHAGIAN B : PERSEPSI MURID TERHADAP PENDEKATAN DAN PENGUASAAN GURU DALAM TULISAN JAWI Soalan B1 hingga B5. Arahan: Sila tandakan (/) untuk jawapan anda bagi menjelaskan penerimaan murid terhadap pendekatan dan penguasaan guru dalam tulisan Jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan skala seperti berikut: Skala 1 2 3 4 5 Pilihan jawapan Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju ITEM SOALAN 1 2 3 4 5 B1 Guru selalu menggunakan kaedah pandang sebut semasa mengeja tulisan Jawi B2 Guru selalu memberikan latih tubi semasa pengajaran Jawi dilaksanakan B3 Guru selalu menggunakan kaedah nyanyian dalam pengajaran Jawi untuk mengingati huruf-huruf Jawi B4 Guru selalu menggunakan kaedah permainan ketika pengajaran Jawi di dalam kelas B5 Guru selalu meminta murid untuk membaca dan menulis tulisan Jawi. B6 Guru selalu mengadakan aktiviti berkumpulan semasa pengajaran Jawi. B7 Guru selalu membuat kuiz berkaitan dengan tulisan Jawi semasa di dalam kelas B8 Guru selalu menayangkan video cara menulis Jawi dengan betul. B9 Guru selalu membimbing murid jika ada perkara yang sukar difahami. B10 Guru selalu mengadakan sesi soal jawab berkaitan dengan tulisan Jawi. B11 Guru menggunakan kaedah huruf semasa pengajaran Jawi. B12 Guru menggunakan kaedah kefahaman semasa pengajaran Jawi.


41 BAHAGIAN C : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TULISAN JAWI DI SEKOLAH RENDAH Soalan C1 hingga C5: Arahan: Sila tandakan (/) untuk jawapan anda bagi soalan-soalan yang diajukan untuk melihat tahap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi dengan menggunakan skala seperti berikut: Skala 1 2 3 4 5 Pilihan jawapan Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju ITEM SOALAN 1 2 3 4 5 C1 Saya dapat mengenal tulisan Jawi. C2 Saya dapat mengeja perkataan Jawi. C3 Saya dapat membaca ayat dalam tulisan Jawi. C4 Saya dapat menyambung perkataan dalam tulisan Jawi. C5 Saya dapat menulis ayat dalam tulisan Jawi C6 Saya dapat membina ayat mudah dalam tulisan Jawi. C7 Saya dapat membina ayat yang panjang dalam tulisan Jawi. C8 Saya berminat dengan tulisan Jawi. C9 Saya gembira belajar tulisan Jawi. C10 Saya mengaplikasikan tulisan Jawi dalam kehidupan harian. C11 Saya dapat menyebut huruf Jawi. C12 Saya dapat menulis huruf Jawi dan menyambungkannya.


42 LAMPIRAN D RELIABILITY /VARIABLES=Pendekatan Penguasaan /SCALE('ALL VARIABLES') ALL /MODEL=ALPHA /STATISTICS=DESCRIPTIVE SCALE. Reliability Scale: ALL VARIABLES Case Processing Summary N % Cases Valid 30 100.0 Excludeda 0 .0 Total 30 100.0 a. Listwise deletion based on all variables in the procedure. Reliability Statistics Cronbach's Alpha N of Items .744 2 Item Statistics Mean Std. Deviation N Pendekatan 50.0000 5.55226 30 Penguasaan 51.6333 6.29441 30 Scale Statistics Mean Variance Std. Deviation N of Items 101.6333 112.171 10.59109 2


43 LAMPIRAN E Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejce dan Morgan (1970)


Click to View FlipBook Version