The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN KUMPULAN:
PERBANDINGAN KARYA SASTERA: LANGIT PETANG KARYA A.SAMAD SAID &
DI ATAS SEJADAH CINTA KARYA HABIBURAHMAN EL-SHIRA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdasyraf2409, 2022-01-24 01:51:54

BSS3153 SASTERA ANTARABANGSA

TUGASAN KUMPULAN:
PERBANDINGAN KARYA SASTERA: LANGIT PETANG KARYA A.SAMAD SAID &
DI ATAS SEJADAH CINTA KARYA HABIBURAHMAN EL-SHIRA

BSS3153 SASTERA ANTARABANGSA

TUGASAN KUMPULAN:
PERBANDINGAN KARYA SASTERA: LANGIT PETANG KARYA

A.SAMAD SAID &
DI ATAS SEJADAH CINTA KARYA HABIBURAHMAN EL-SHIRAZY

DISEDIAKAN OLEH: NO. MATRIK
D20181082347
BIL NAMA D20181082350
1. MOHAMAD HAKIMI BIN MOHAMAD REJAB D20181084868
2. MOHAMAD ALIF IKHWAN BIN CHE SANUSI
3. MOHAMMAD ASYRAF BIN MOHD SHUKRI

KUMPULAN:
A

NAMA PENSYARAH:
DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI

1.0 PENGENALAN
Sastera merujuk kepada kesusasteraan hasil seni yang wujub dalam membentuk karangan
bebas atau dalam bentuk puisi. “susastera” merujuk kepada bahasa yang indah manakala
“kesusasteraan” adalah kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan baik isinya (Kamus
Dewan edisi keempat). Erti kata lain, Kesusasteraan bermaksud hasil karya bertulis yang
menggunakan bahasa yang indah untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Menurut
Sohaimi Abd Aziz pula, kesusasteraan merujuk kepada satu bentuk seni yang menggunakan
bahasa secara tersusun dan indah karangannya untuk tujuan yang baik dan berfaedah.
Antarabangsa pula bermaksud melibatkan dua atau lebih negara. Ringkasnya, Sastera
Antarabangsa merujuk kepada penulisan karya tempatan yang mendapat tempat di peringkat
antarabangsa. Sastera mengandungi pelbagai bahasa yang indah serta nilai-nilai murni,
kekayaan ilmu pengajaran sejarah, konsep, falsafah dan juga sifat masyarakat. Kesusasteraan
bandingan ialah kajian sastera yang melibatkan kajian budaya yang berbeza dan disiplin-
disiplin yang berbeza untuk komunikasi melalui pelbagai sejarah sastera dan keadaan semasa.

Pemikiran merupakan suatu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna
dan penyelesaian terhadap sesuatu karangan atau masalah yang timbul dengan menggunakan
pelbagai cara, kemudian membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logic dan
munasabah terhadap proses yang diambil. Pemikiran terbahagi kepada beberapa aspek iaitu
aspek pemikiran budaya, pemikiran politik, pemikiran nilai moral dan budi, pemikiran
ekonomi, pemikiran pendidikan dan pemikiran keagamaan. Naratif merupakan ilmu mengkaji
naratif dalam sesebuah karya. Struktur naratif terdiri daripada unsur intertekstual merujuk
kepada kajian jaringan antara teks dengan teks yang lain. Fokus kajian ini adalah perbandingan
dari segi tema, plot, watak perwatakan, latar dan gaya bahasa bagi kedua-dua novel tersebut.
Dalam kajian ini, pengkaji akan membuat perbandingan dari beberapa aspek iaitu aspek tema,
aspek sosiobudaya, aspek unsur keagamaan, aspek nilai dan aspek linguistik bagi novel Langit
Petang Karya A.Samad Said dan novel Di Atas Sejadah Cinta Karya Habiburahman El-
Shirazy.

Novel Langit Petang merupakan hasil Karya A.Samad Said yang diterbitkan pada tahun
1980. Novel ini membawa pembaca kepada latar masyarakat sekitar tahun 80 an dengan
mengetengahkan tiga watak utama dalam naratif karya yakni Hafiz seorang wartwan sambilan
yang memutuskan untuk menamatkan kariernya bagi mengembara mencari ketenangan ke
Pantai Timur setelah disahkan menghidap leukemia. Seterusnya Pak Ariff, seorang bekas
pejuang tanah air yang pernah mengetuai gerakan menentang Malayan Union suatu ketika

namun memilih untuk hidup bersendirian dan mengerjakan aktiviti bercucuk tanam di halaman
rumahnya setelah sisa perjuangannya tidak mendapat penghargaaan. Kadang kala dirinyaa
turut menyampaikan kuliah falsafah hidup kepada beberapa tetangga rapat di surau kecil
berdekatan. Watak ketiga yang diangkat oleh Pak Samad adalah Zakiah, seorang wanita
pendendam yang memilih kehidupan sebagai perempuan simpanan bagi melunaskan
dendamnya terhadap lelaki yang pernah meniggalkan dirinya suatu ketika tatkala dirinya
mengalami kegururan hasil dari perhubungan mereka. Selain turut dikelilingi dengan situasi
kegagalan rumahtangga adik wanitanya membuakkan lagi kebencian dirinya terhadap lelaki.
Watak-watak ini telah dihubungkan oleh Pak Samad dalam satu naratif yang akan membawa
pembaca untuk menilai setiap pendirian dan pandangan mereka sebagai satu cerminan di dalam
kehidupan realiti.

Novel Di Atas Sejadah Cinta merupakan hasil Karya Habiburahman El-Shirazy yang
diterbitkan pada tahun 2020. Di Atas Sajadah Cinta adalah cerita berkaitan keagamaan
bernafaskan Islam yang penuh dengan aqidah dan prinsip-prinsip dasar Islam dengan pelbagai
cerita yang selesai dalam setiap plotnya. Ceritanya penuh dengan variasi namun tema
keseluruhan cenderung mengangkat ruang-ruang cinta yang sangat halus dan indah, sesuai
konsep dan prinsip-prinsip Islam. Kepelbagaian kisah ini juga membuktikan bahawa prinsip-
prinsip Islam selalu bersifat dalam segala bentuk, variasi, dan waktu.

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen. Pengkaji
menggunakan untuk melihat perbandingan dan perbezaan aspek-aspek dalam karya tersebut.
Kedua-dua novel dianalisis dengan terperinci oleh pengkaji.

2.1 Analisi Dokumen

Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kajian analisis dokumen. Analisis
dokumen bermaksud proses mengumpul data kajian melalui penyelidikan dan penganalisisan
terperinci yang dibuat terhadap bahan bertulis yang berkaitan dengan perkara yang dikaji.
Dokumen adalah sumber data bagi kajian yang dijalankan. Berdasarkan kajian ini, pengkaji
telah menganalisis novel Di Atas Sejadah Cinta karya Habiburrahman El Shirazy dan Novel
Langit Petang karya A.Samad Said untuk melihat perbandingan dan perbezaan aspek-aspek
dalam karya tersebut. Kedua-dua novel dianalisis dengan terperinci oleh pengkaji. Pengkaji
menggunakan kaedah analisis dokumen ini dalam menganalisis data dan menyempurnakan
kajian ini dengan sebaiknya.

2.2 Kaedah Kepustakaan

Kaedah kepustakaan merupakan kaedah pencarian sumber terhadap kajian yang dijalankan.
Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan sumber-sumber rujukan contohnya
seperti artikel, buku-buku, jurnal dan lain-lain lagi. Bahan yang didapati dalam kaedah ini akan
memudahkan pengkaji untuk membuat huraian dan penambahan dalam penulisan. Kaedah
kepustakaan ini merupakan kaedah yang sangat popular digunakan dalam menjalankan kajian
kerana sesuatu kajian perlulah mempunyai bukti dan rujukan daripada sumber-sumber yang
betul agar kajian tersebut lebih tepat dan sah serta terperinci. Bahan-bahan yang didapati akan
menyempurnakan lagi sesebuah kajian dengan sebaiknya. Kaedah keperpustakaan yang
digunakan sangat membantu kerana ia boleh membimbing pengkaji dalam mendapatkan
maklumat untuk dianalisis. Antaranya ialah melalui rujukan artikal, jurnal, surat khabar dan
sebagainya.

2.0 ISI DAN PERBINCANGAN

2.1 Perbandingan Dari Segi Tema

Tema adalah gambaran tentang gagasan, fikiran atau persoalan pokok yang menjadi tunjang
sesebuah cerita atau persoalan utama yangdiutarakan atau dikemukakan oleh pengarang
sesebuah karya ataupun isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan (Ariff Mohamad, 2020).
Tema juga dianggap sebagai idea utama sesebuah karya sastera di mana apa pemikiran yang
ingin dibawa oleh pengarang kepada pembaca. Pembaca akan membaca keseluruhan cerita dan
membuat tafsiran apakah tema yang dibawa dalam sesebuah karya. Antara contoh tema dalam
sesebuah karya sastera ialah, tema kekeluargaan, kemasyarakatan, percintaan, ketuhanan dan
sebagainya yang menjadi idea utama atau gagasan kepada sebuah jalan cerita. Sesebuah karya
tidak akan sempurna sekiranya tiada tema kerana tema bagaikan nadi atau jantung kepada
sebuah karya sastera. Tidak akan sempurna atau baik sebuah karya sekiranya tiada tema yang
utuh dibincangkan dalam sesebuah karya. Tema yang terdapat dalam novel Langit Petang ialah
berkisarkan tentang tiga sahabat yang mempunyai ideologi yang sama berusaha mencari
matlamat hidup mereka. Contohnya pengarang A.Samad Said telah mewujudkan perkaitan
antara ketiga-tiga latar belakang ini dengan menyelinapkan kisah-kisah antara satu sama lain.

“Pejuang kemerdekaan tiba-tiba bertemu wartawan dan wartawan tiba-tiba berbaik dengan
wanita pendendam. Pejuang tua akhirnya bersedia untuk mengembara bagi menyaksikan
sendiri tanah air yang pernah diperjuangkannya, dia berhak untuk menyedut udara
kemerdekaan itu dengan bangganya. Bagi wartawan pula, ia menemui kesedaran baru bahawa
dia terlalu lama terjerat dalam satu keadaan yang memaksanya menjadi pelapor. Dia perlu
mengisi hidupnya dengan nilai yang lebih bermakna lagi. Namun hanya wanita pendendam
sahaja yang dibiarkan penyelesaiannya tergantung. Dapatkah wanita pendendam mencari
kebahagiaan hidup sekiranya dia secara terus-terusan membalas dendam terhadap lelaki? Oleh
itu secara keseluruhan tiga kisah ini akhirnya menemukan satu titik pertemuan yang
menimbulkan persoalan falsafah terhadap diri pembaca” (A.Samad Said, 2015). Oleh itu dapat
dilihat bahawa novel ini mempunyai tema ketuhanan iaitu mencari ketenangan dalam hidup
dengan keredaan Allah s.w.t.

Manakala tema yang terdapat dalam novel Di Atas Sejadah Cinta karya Habiburahman
mengisahkan mengangkat ruang-ruang cinta yang sangat halus dan indah, sesuai konsep dan
prinsip-prinsip Islam. Keberagaman kisah juga membuktikan bahawa prinsip-prinsip Islam
selalu bersifat dalam segala bentuk, variasi, dan waktu. Perbezaan tema ialah masyarakat yang

berusaha mencari tuhan dan percintaan ke arah yang diredai oleh Allah s.w.t. “Ceritanya
mengisahkan tema yang bernafaskan Islam yang penuh dengan aqidah dan prinsip-prinsip
dasar Islam dengan beragam cerita yang selesai dalam setiap jalan ceritanya. Karya ini juga
mengankat ruang-ruang cinta yang sangat halus dan indah, sesuai konsep dan prinsip-prinsip
Islam. Keberagaman kisah juga membuktikan bahawa prinsip-prinsip Islam selalu bersifat
dalam segala bentuk, variasi dan waktu” (Habiburahman El-Shirazy, 2003). Oleh itu jelaslah
bahawa tema yang ditonjolkan dalam karya ini tema percintaan yang mengejar reda Illahi.
Dapat disimpulkan bahawa titik tolak tema yang dibawa ialah berdasarkan ketuhanan tetapi
dari sudut yang sedikit berbeza di mana novel Langit Petang lebih mencari ketenangan hidup
berlandaskan agama Islam manakala novel Di Atas Sejadah Cinta pula percintaan yang
berlandaskan agama Islam yang diredai Allah s.w.t.

2.2 Perbandingan Dari Aspek Sosiobudaya

Bidang sosiologi dalam kesusasteraan sememangnya telah dipaparkan dalam karya novel,
cerpen, drama, puisi, karya agung kesusasteraan Melayu tradisional dan karya agung
kesusasteraan Melayu klasik.Definisi sosiologi dari segi bahasa pula menurut Auguste Comte
dalam Positive Philosophy, berasal daripada perkataan dalam bahasa Latin, iaitu socio yang
bermaksud berkongsi. Definisi sosiologi menurut Auguste Comte dalam Positive Philosophy
ini telah disebarkan di Perancis. Perhubungan sastera dan sosiologi menurut Laurenson dan
Swingewood (1972: 12) dalam The Sociology of Literature memaparkan perubahan kehidupan
manusia yang diterjemahkan dalam karya sastera. Bidang kesusasteraan juga tidak terlepas
daripada mengkaji dunia sosial kehidupan manusia yang melibatkan cara menyesuaikan diri
dan keinginan manusia dalam menempuh kehidupan dan persekitaran. Asas dalam sesebuah
kajian terhadap karya kesusasteraan bersifat lebih mendalam daripada sekadar fakta dan
analisis data semasa sahaja. Kajian terhadap kesusasteraan memaparkan cetusan perasaan dan
pengalaman yang ebrsifat empirikal yang disulami dengan unsru keindahan telah dipaparkan
dalam karya sastera Melayu tradisional dan lisan. Oleh itu jika dikaji antara kedua-dua novel,
sudah menunjukkan bahawa adanya perbezaan dari aspek sosiobudaya. Ia dapat dilihat dalam
novel Langit Petang karya A.Samad Said.

1. “Saya belajar hidup secara perit – tak melihat ibu dan tak teringat bagaimana rupa
ayah,” kata Hafiz lebih tenggelam dalam kenangan lamanya.

LP:117

2. “Kalau tak derita bagaimana nak kita hargai erti bahagia? Hanya bila kita susah baru...
barulah kita tahu erti senang, kan?” soal Hafiz kepada Ariff.

LP:117

3. “Saya ingin mencari ketenangan dan erti hidup,” kata Hafiz kemudian merasa eperti
bodoh berkata begitu.

LP:121

Berdasarkan ujaran 1, dapat dilihat bahawa sosiologi atau kehidupan masyarakat pada ketika
selepas zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu merasa kesusahan dan keperitan hidup
seperti yang digambarkan oleh Hafiz di mana dia kehilangan kedua ibu dan bapanya. Malah
dia tidak sempat untuk melihat wajah kedua ibu bapanya sejak kecil lagi. Akibat daripada
penjajahan Jepun di Tanah Melayu menyebabkan dia merasa perit tidak dapat kasih sayang ibu
bapa dan dia pernah menceritakan bapa angkatnya Pak Dorani meninggal dunia akibat
kekurangan zat di mana sanggup makan bangkai kucing kerana kelaparan yang teramat sangat.
Dari ujaran 1 dapat di lihat bahawa pengarang ingin menceritakan bagamaina keadaan
masyarakat selepas zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu ketika itu menyebabkan ramai
orang yang terkesan seperti keadaan Hafiz. Ujaran 2 pula menerangkan bahawa kehidupan
masyarakat yang susah menyebabkan ramai orang sedar bahawa sekiranya jika tidak melalui
fasa-fasa penderitaan seperti itu, macam mana manusia hendak menghargai hidup kerana apa
yang berlaku pasti akan ada sebab dan manusia akan lebih mengenal kehidupan yang sebenar
bagaimana. Segala keperitan yang ditonjolkan sedikit sebanyak mengajar masyarakat pada
ketika itu untuk kuat dan berusaha berjuang untuk menentang penjajahan Jepun. Pada ujaran
3, juga dapat dilihat bahawa masyarakat pada zaman itu mula sedar bahawa, setelah berlakunya
perang dunia kedua di mana selepas tamatnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu, masyarakat
ingin mencari ketenangan dalam hidup di mana mencari keredaan Allah s.w.t. Masyarakat pada
ketika itu sudah tahu mencari erti sebenar dalam hidup dan ingin mengubah menjadi orang
yang lebih dekat dengan Islam. Aspek sosiologi yang ditonjolkan oleh pengarang telah
membuktikan bahawa masyarakat yang dipaparkan dalam novel Langit Petang adalah
masyarakat yang inginkan perubahan dan mencari ketenangan dalam hidup sesuai dengan
peredaran zaman di mana tamatnya penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Selain itu, dari novel Di Atas Sejadah Cinta karya Habiburahman El-Shirazy
menunjukkan bahawa masyakat pada ketika itu sudah mula untuk mengenal cinta dan
mengimbangi antara cinta manusia dan cinta Illah. Latar masyarakat yang digambarkan oleh
pengarang jelas menunjukkan bahawa sosiologi atau nilai kemasyarakatan yang terdapat
mengankat nilai percintaan yang berusaha mendapatkan keredaan Allah. Contohnya Zahid
yang telah mengubah Afirah keluar dunia glamor dan taat pada perintah Allah. Zahid
menjadikan sejadah tempat dia dimana bersujud dan menangis di tengah malam memohon
ampun dan memohon rahmat Allah s.w.t . Dalam novel ini juga, pengarang ada menunjukkan
beberapa budaya masyarakat yang rajin menuntut ilmu. Pada zaman ini masyarakat sudah mula
mengenal Islam dengan lebih mendalam dan mencari cinta dengan keredaan Allah s.w.t.
Masyarakat yang mencintai antara satu sama lain namun tidak meninggalkan ajaran Islam dan
sentiasa membaiki diri mereka sendiri bagaimana ingin berubah menjadi seorang hamba yang
taat kepada perintah Allah. Budaya masyarakat yang mencintai agama Islam dan berusaha
menjadikan Islam sebagai pegangan yang kuat untuk menjalani kehidupan seharian. Antara
contoh ujaran yang lain ialah:

1. “Ayo bangun, Yasir. Penari itu mengeringkan matanya padam merah pipinya”. Ujar
Zahid kepada Yasir dengan rasa serba salah.

DASC: 18

2. Zahid atau “Si Ahli Zuhud” karena kezuhudannya meskipun ia masih seorang pemuda
yang paling tampan dan paling mencintai masjid di kerana waktunya ia habiskan di
dalam masjid untuk ibadah dan membaca Kufah.

DASC: 18

3. “Usai shalat dhuha, Zahid meninggalkan masjid menuju ke pinggul yang sakit. Ia
berjalan dengan hati teurs berzikir membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

DASC: 54

Berdasarkan ujaran 1 di atas, Yasir adalah sahabat baik kepada Zahid yang ketiduran
kerana keletihan semalam dia melakukan solat tahajud dan akibat daripada perbuatan Yasir
yang tertidur di restoran menyebabkan penari, Arifah merasa kurang senang dan marah. Namun
berbeza dengan Zahid yang sentiasa memberi mata dan fokus dengan penari yang melayani
mereka. Sudah menjadi adat orang di negara timur tengah bahawa akan ada perempuan yang
akan melayani tetamu dengan menari tarian budaya timur tengah. Dari ujaran ini, dapat kita

lihat bahawa sebenarnya orang timur tengah juga ada yang tidak menganuti Islam di mana di
tanah arab pada ketika itu sudah mula pendatang dari luar negara tinggal di sana. Manakala
pengarang juga ingin memberitahu kepada pembaca bahawa walaupun Yasir yang agak kurang
fokus tetapi masih tetap teguh menunaikan ibadah tahajud di malam hari sehingga
menyebabkan dia tertidur di restoran. Manakala ujaran 2 pula menunjukkan bahawa, Afirah
tertarik dengan keperibadian Zahid yang suka datang ke masjid disamping memiliki wajah
yang sangat tampan. Zahid dikatakan suka membaca Kufah dan rajin beribadah di masjid telah
membuka mata dan pintu hati Arifah untuk bertaubat dan berubah ke jalan Allah. Dari situ
mulalah bibit percintaan dan kasih kepada Zahid. Pengarang ingin memberitahu kepada
pembaca bahawa, budaya masyarakat pada ketika itu, hanya berkenalan dari jauh dan tidak
menggunakan apa-apa kemudahan lain untuk bertaaruf kecuali harus rajin ke masjid. Oleh itu,
kerana kerajinan Zahid, Afirah telah jatuh hati dan ingin berubah ke jalan Allah. Ujaran 3 pula
menunjukkan bahawa Zahid adalah seorang yang taat dan mengingat Allah dalam apa jua
keadaan walaupun dia sakit tetapi dia masih berzikir dan mengagungkan Allah demi
mendapatkan kesembuhan oleh Allah s.w.t. Pengarang ingin memberitahu kepada pembaca
bahawa dari ujaran tersebut, masyarakat yang taat kepada tuhan dan mengingat Allah walau
dalam apa jua keadaan sekalipun.

2.3 Perbandingan Dari Aspek Nilai dan Pengajaran

Nilai adalah segala perbuatan, perlakuan atau tindakan yang bermutu, berdarjat, bertaraf atau
elok yang harus dijadikan contoh dan teladan. Nilai yang diambil dalam sesebuah karya adalah
nilai murni ataupun nilai moral. Nilai murni adalah nilai yang baik yang sepatutnya dicontohi
seperti hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kejujuran, kebersihan fizikal dan mental,
kesyukuran, bertanggungjawab, tolong-menolong, semangat bermasyarakat, nasionalisme dan
lain-lain. Nilai murni merupakan perkara penting sebagai penyerapan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (Ariff Mohamad, 2020). Nilai ini biasanya dikaitkan dengan watak dan yang
diutamakan adalah nilai yang positif manakala nilai negatif pula dijadikan sebagai pengajaran.
Pengajaran yang terdapat dalam karya sastera adalah seperti mesej, amanat, atau peringatan
yang berupa pedoman yang hendak disampaikan oleh pengarang. Nilai murni pula terbahagi
kepada nilai kemanusiaan dan nilai kemasyarakatan. Secara tidak langsung, nilai-nilai dan
pengajaran ini dapat membentuk sahsiah yang baik pada diri pelajar yang membaca karya
sastera. Kefahaman nilai dan selok-belok kehidupan yang patut dicontohi, digunakan dan
dilaksanakan secara bijaksana dan bermakna. Pengajaran pula nilai yang menyarani individu
atau yang mengajar manusia supaya berbuat sesuatu yang baik, yang disenangi dan yang

diterima oleh setiap anggota masyarakat dan agama dan meninggalkan apa sahaja yang
bertentangan dengan kehendak masyarakat (Ariff Mohamad, 2020). Pengajaran adalah sesuatu
yang menjadi didikan atau teladan kepada pembaca setelah selesai membaca sesebuah karya.
Pengajaran dalam sesebuah novel atau cerpen mahupun puisi dapat dikesan dan dinilai melalui
tindakan atau aksi seseorang watak ataupun kumpulan-kumpulan watak tertentu. Berikut
adalah antara contoh nilai dan pengajaran yang ada dalam kedua-dua novel.

1. Nilai menuntut ilmu.Kita hendaklah sentiasa menuntut ilmu agar kita tidak menjadi
orang yang jahil.

Berdasarkan novel Langit Petang karya A.Samad Said, contohnya nilai menuntut ilmu dapat
dilihat Hafiz sanggup merantau ke pantai timur untuk menuntut ilmu kewartawanan dan
menulis karya sastera walaupun mendapat tentangan dari Hanafi yang hanya menganggap
menulis dan mengembara tidak membuahkan hasil dan tidak mendatangkan apa-apa yang baik
kepada Hafiz. Hafiz percaya bahawa mengembara akan meluaskan pandangan dan
pengalamannya dalam menulis dalam bidang kewartawanan dan karya sastera. Hal ini
disokong oleh ujaran berikut:

“Awak mengisi dengan mengembara begini? Dengan membaca dan.... dan kalau saya tak silap
dengan menulis? Pakcik Ariff awak tu tentu tak setuju begini,” kata Hanafi.

LP: 121

Manakala novel Afirah sentiasa dapat belajar ilmu agama melalui surat2 yang dikirim oleh
Zahid. Zahid banyak mengajar Afirah tentang Islam dan membuatkan dia rajin untuk menuntut
ilmu dengan Zahid tanpa segan silu. Arifah percaya bahawa dengan mempelajari Islam, dia
akan menjadi wanita yang diredai oleh Allah s.w.t dan menjadi orang yang solehah disamping
dia mencintai Zahid dalam diam. Hal ini disokong dengan ujaran di bawah:

“Karena aku ingin mendapatkan bidadari yang suci dan baik maka aku akan menjaga

kesucian dan kebaikan. Selanjutnya Allahlah yang menentukan. Afirah, Bersama surat ini ak

u sertakan sorbanku, semoga bisa jadi pelipur lara dan rindu.Hanya kepada Allah kita serah
kan hidup dan mati kita”

DASC:199

2. Nilai ketaatan. Kita perlulah taat kepada perintah Allah agar kita menjadi hamba yang
beriman.

Berdasarkan novel Langit Petang karya A.Samad Said, ada situasi di Pak Cik Arif sentiasa
membawa surah yasin dan sejadah usang untuk menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Hal
ini menunjukkan bahawa Pak Ariff merupakan seorang lelaki yang taat kepada agamanya. Dia
seorang lelaki tua yang berjuang kemerdekaan tetapi tidak dihargai usahanya dan kini dia ingin
mencari ketenangan hidup dengan taat atas segala perintah yang diberikan oleh Allah s.w.t.
Hal ini disokong dengan ujaran di bawah:
“Di mana-mana pun aku akan menunaikan tanggungjawabku terhadap Allah” katanya dalam
sedu-sedan”.
LP:117
Manakala novel Langit Petang karya Habiburahman El-Shirazy pula menerangkan nilai
ketaatan di mana di waktu siang Zahid akan berpuasa dan malam pula dia akan menghabiskan
masanya dengan bermunajat pada Tuhannya. Hal ini dapat dilihat melalui ujaran berikut:
“Siang dia puasa, malam dia habiskan dengan bermunajat pada Tuhan dan menemukan cinta
yang lebih agung dan lebih indah, iiatu cinta kepada Illahi seperti yang dilakukan Zahid di
masjid Kufah”
DASC: 190

3. Nilai keinsafan. Kita hendaklah insaf daripada melakukan kesilapan dan dosa.
Berdasarkan novel Langit Petang, dapat dilihat bahawa Zakiah merupakan seorang pelacur
yang telah insaf setelah bertemu dengan Hafiz.Hafiz dan Hanafi banyak menasihatinya dan
memberikan jalan untuk dirinya berubah ke jalan Allah s.w.t. Dia banyak berhutang budi
dengan keperibadian Hafiz yang sedikit sebanyak telah membuka hatinya untuk berubah. Hal
ini disokong melalui ujaran berikut:

“Lama-lama berfikir-fikir begitu dia terbayangkan pula wajah Hanafi yang sentiasa
menasihatinya supaya kembali ke agama. Di situlah seseorang makhluk Allah akan dapat
mencari ketenangan yang hakiki, Hanafi memberitahu”.fikir Zakiah.

LP:170

Manakala novel Di Atas Sejadah Cinta pula menggambarkan nilai keinsafan di mana Zahid ia
jadikan sajadah, tempat dimana ia bersujud, dan menangis di tengah malam memohon
ampunan dan rahmat Allah s.w.t dan memohon keampunan dari Allah untuk dilindungi dan
diampun dosanya. Hal ini disokong oleh ujaran di bawah:

“Sementara itu di dalam Masjid Kufah tampak Zahid yang sedang menangis disebelah mimb
ar. Ia menangisi hilangnya kekhusyukan hatinya dalam shalat. Ia tidak tahu h-
arus berbuat apa. Sejak ia bertemu dengan Afirah di kebun korma tadi pagi ia tidak bias men
gendalikan gelora hatinya. Aura kecantikan Afirah bercokol dan mengakar sedemikian kuat
dalam elung hatinya. Aura itu selalu melintas dalam shalat, baca Alquran d-
an dalam apa saja yang ia kerjakan”, kelihatan Zahid yang sedang berdoa dan memohon
keampunan kepada Allah s.w.t.

DASC:230

Dapat disimpulkan bahawa, kedua-dua karya mempunyai persamaan dari segi nilai dan
pengajaran namun perbezaan dari segi situasi dan gambaran yang ditonjolkan oleh kedua-dua
pengarang. Kedua-dua novel menunjukkan pengaruh Islam yang sangat kuat di mana nilai-
nilai yang digambarkan oleh pengarang berkaitan dengan ketuhanan. Memandangkan tema
kedua-dua novel mempunyai persamaan namun ada perbezaan yang menarik perhatian
pembaca. Nilai-nilai yang ada pasti mempunyai pengajaran yang ingin disampaikan oleh
pengarang kepada pembaca.

2.4 Perbandingan dari segi aspek linguistik (Gaya Bahasa)

Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di
Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini.
Bidang linguistic terdapat beberapa unsur untuk yang boleh dikaji antaranya ialah fonetik,
fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, dan pragmatik. Justeru itu, pengkaji memilih untuk
membuat perbezaan dari segi aspek semantik iaitu gaya bahasa. Antara gaya bahasa yang
ditekankan oleh pengkaji ialah gaya bahasa anafora dan epifora

A. Gaya Bahasa Anafora.

Anafora merupakan jenis bidang yang terkandung dalam unsur linguistik bahasa Melayu.
Anafora bermaksud perulangan perkataan di awal baris yang sejajar dan berturutan dalam ayat
ke ayat seterusnya. Anafora ini berfungsi memberi penegasan dalam maksud atau
menimbulkan irama yang indah dalam sesebuah ayat.

Novel Langit Petang.

• Petikan ayat “Begitu banyak peristiwa, dipertengkar, ditafsir, dan dipetik pengajaran
atau moralnya. Begitu banyak rahsia dalam peristiwa” Berdasarkan ayat tersebut ia
menunjukkan perulangan di awal frasa ayat iaitu begitu banyak yang ingin disampaikan
oleh penulis ialah menunjukkan bahawa terdapat banyak perkara dan sesuatu yang
berlaku dalam sejarah mahupun sebuah peristiwa. Ungkapan yang sama tersebut
menarik lagi perhatian pembaca untuk membacanya.

Novel Di Atas Sejadah Cinta

• Petikan ayat “Jadi, kaukah Zahid yang sering dibicarakan orang itu? Jadi, kau yang
hidupnya cuma didalam masjid?” Berdasarkan ayat tersebut, jelas menunjukkan
perulangan kata di awal baris. Di mana ayat tersebut ingin menegaskan dengan jelas
identiti individu itu iaitu Zahid. Hal ini menarik minat pembaca untuk membaca dan
mencari tahu akan gerangan yang dimaksudkan tersebut.

B. Gaya Bahasa Epifora

Anafora merupakan jenis bidang yang terkandung dalam unsur linguistik bahasa Melayu.
Epifora bermaksud perulangan gaya bahasa di akhir baris dalam sesebuah ayat. Fungsinya juga
sama iaitu memberi irama yang indah dan penegasa dalam maksud sesebuah ayat bahasa.

1. Novel Langit Petang

• Petikan ayat “Ya, hujung ertinya berhenti. Dan sekarang. sekarang sudah terlalu dekat
masanya untuk berhenti,”. Berdasarkan contoh (i) menunjukkan perkataan berhenti
ditulis oleh penulis menyatakan bahawa perkataan tersebut ditulis menegaskan supaya
berhenti. Banyak kali diulang perkataan berhenti agar menunjukkan penegasan
terhadap ayat tersebut.

2. Novel Di Atas Sejadah Cinta

• Petikan ayat “Tuan aku hanya mau bilang, namaku Afirah. Kebun ini milik ayah ku .
Dan di sebelah selatan kebun ini ialah rumahku. Jika kau mau silakan datang ke
rumahku.” Berdasarkan ayat tersebut, perkataan ‘rumahku’ diulang pada akhir ayat
yang berlainan adalah untuk menunjukan penegasan yang jelas. Dimana Afirah cuba
menjelaskan kepada ‘Tuan’ iaitu Zahid tentang keadaan dan keberadaan rumahnya.
Jelaslah bahawa, pengulangan ini untuk menepatkan lagi maklumat yang hendak
disampaikan.

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang dilakukan, terdapat unsur perbezaan dan persamaan setelah
dibuat perbandingan dengan jelas dalam novel Langit Petang dan novel Di Atas Sejadah Cinta.
Oleh itu, perbezaan jelas dilihat dari segi tema iaitu novel Langit Petang bertema tentang
perjuangan dan novel Di Atas Sejadah Cinta bertema tentang kemasyarakatan/percintaan.
Selain itu, terdapat juga perbezaan dari segi sosiobudaya yang membicarakan cara gaya hidup
masyarakat dalam novel dan juga perbezaan dari segi nilai dan pengajaran. Dari segi unsur
linguistik pula perbezaan dari segi gaya bahasa iaitu anafora dan epifora. Perbezaan yang dan
persamaan yang dirungkaikan jelas membuktikan bahawa setiap isi kandung sesebuah karya
mempunya unsur-unsur yang boleh dijadikan sebagai tauladan dan pengajaran. Disini jelaslah
bahawa sesebuah karya mempunyai pengaruh atau penerimaan dari negara luar atau
melangkaui sempadan pasti akan bermutu tinggi karya sastera tersebut.

Rujukan

Ariff Mohamad. (2020). Memahami dan Menguasai Kesusasteraan Dalam Pengajaran

Bahasa Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jabatan Bahasa dan

Kesusasteraan Melayu.

Ahmad Nabil Amir & Tasnim Abdul Rahman. (2020). Perkembangan Pemikiran Sastera Islam
Di Alam Melayu. Jurnal Ulwan. Jilid 5 (1):155-168

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. (2017). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Midiyana Mohamad, and Mohammad Fadzeli Jaafar, (2015). Anafora dalam teks ilmiah:
pendekatan analisis kontrastif. GEMA: Online Journal of Language Studies, 15 (2).
pp. 137-150. ISSN 1675.802

Shamsudin Othman, and Ghazali Lateh, and Nurul Faidzah Ab. Hadi, (2014). Penggunaan
gaya bahasa sastera dalam pengajaran bahasa Melayu di Sekolah Menengah. Jurnal
Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 4 (1). pp. 59-64.
ISSN 2180-4842.


Click to View FlipBook Version