The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 255-21-muhamad, 2022-03-21 11:23:04

Tugasan 1 - BMMB1104

Tugasan 1 - BMMB1104

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU [SK]

KERJA KURSUS
BMMB1104 : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK (INDIVIDU)

NAMA PELAJAR : MUHAMAD SYAZWAN BIN MOHD ALINAPIAH
ANGKA GILIRAN : 2021022310016
NO. KAD PENGENALAN : 030314-13-1159
KUMPULAN UNIT : PPRBMM2-1
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN

NAMA PENSYARAH MELAYU
TARIKH HANTAR : PUAN SELINA BINTI AHMAD
: 21 MAC 2022

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat

Pengenalan.................................................................................................................................................... 3
2.0 Konsep kesusasteraan Melayu ................................................................................................................ 3
3.0 Fungsi kesusasteraaan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional.................................. 4
4.0 Akal budi dan pemikiran masyarakat Melayu dalam pantun-pantun tradisional Melayu ....................... 5
5.0 Rumusan.................................................................................................................................................. 6
Sumber rujukan ............................................................................................................................................. 7

1.0 Pengenalan

Kesusasteraan merupakan aspek yang tidak pernah lenyap dan punah walaupun zaman semakin
beransur ke arah kemodenan tetapi tetap disanjung oelah masyarakat bagi memenuhi keperluan
sukma. Hal ini dikatakan demikian kerana aspek kesusasteraan ini memiliki keistimewaan
berbanding aspek yang lain. Sastera adalah satu bidang seni kreatif yang pengantarnya dengan
medium pengantarnya bahasa. Sastera semakin berkembang mengikut peredaran semasa dari
tradisi lisan. Sastera juga mengandungi semua unsur yang menggunakan bahasa kreatif. Sastera
merupakan satu seni yang berlandaskan intelektual and gabungan intelek dengan kepuasan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), sastera merujuk kepada bahasa yang digunakan
dalam kitab-kitab dan kesusasteraan pula merupakan hasil seni yang berunsurkan tulisan dalam
bentuk prosa atau puisi yang mengandungi keunikan tertentu.

2.0 Konsep kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil gubahan seni yang terkandung dalam kehidupan
masyarakat Melayu. Kesusasteraan Melayu juga merujuk kepada sebuah hasil karya yang
diungkapkan menggunakan bahasa. Karya yang dihasilkan bukan semata-mata satu deskripsi
tentang apa yang dilihatnya, tetapi terselit pemikiran, cita-cita, nilai dan perasaan pengarang itu
sendiri (Sohaimi Abdul Aziz, 2011). (Arba’ie et al,2008) Secara ringkasnya sastera dilengkapi
dengan unsur-unsur yang berikut:

S – Seni bahasa yang indah
A – Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang
S – Sensori atau daya sensitiviti pengarang
T – Tersurat & tersirat
E – Estetika atau keindahan dari segi bahasa
R – Realiti kehidupan
A – Alternatif

Berdasarkan aspek aspek yang terdapat di atas, ini telah menunjukkan bahawa sastera Melayu
ini mengandungi karya bahasa yang unik dan teratur. Hasil-hasil karya mampu untuk meluahkan
dan mengungkapkan makna yang difikirkan dengan kepakaran dan keahlian seorang pengarang
itu. Sesebuah karya itu hidup dan bertenaga karena adunan teknik-teknik yang sesuai dan

ketepatan diksi. Sastera dihasilkan berlandaskan aspek akaliah. Seorang penulis hendaklah
memiliki kata hati dalam perutusan, tanggungjawab, atau pengeluaran idea yang ingin dihujahkan
atau dikongsi dan direnungi bersama dalam erti kata lain.

3.0 Fungsi kesusasteraaan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional

Umum mengetahui bahawa fungsi kesusasteraan Melayu ini terbahagi kepada empat aspek
utama iaitu sebagai hiburan, alat pendidikan, medium dakwah, dan krtitikan sosial. Bagi fungsi
yang sastera yang pertama iaitu sebagai hiburan merujuk kepada keinginan untuk menghiburkan
yang mencetuskan hasil karya sastera yang mewujudkan keriangan yanng begitu menarik.
Hiburan berdasarkan sastera ini terbina hasil daripada keunikan kata-kata yang dihujahkan.
Rentak dan nada yang sangat teratur mampu untuk menyentuh kalbu si pembaca atau
pendengar. Suatu ketika dahulu karya sastera yang berbentuk hiburan ini sangat menjadi
perhatian. Tamsilnya, pantun mampu melahirkan keunikan dalam menghiburkan masyarakat.

Karya sastera Melayu ini juga berfungsi sebagai alat pendidikan. Hal ini dikatakan
demikian kerana hasil karya sastera ini mampu untuk menyampaikan peringatan dalam
kehidupan masyarakat. Peranan karya sastera ini juga boleh mewujudkan perubahan tanggapan,
merenovasi perenungan, dan juga mampu untuk memenuhi penerapan nilai-nilai kebaikan yang
diangkat dalam karya sastera. Hasil gubahan yang penuh dengan elemen pendidikan dan
teladan pastinya berupaya untuk merangsang pemikiran masyarakat sekali gus memberi
pendidikan terhadap khalayak sebagai ajaran dan teladan dalam kehiduapan. Sebagai contoh
cerita Sang Kancil dengan Buaya yang terkenal pada setiap lapisan masyarakat bukan semata-
mata karena ceritanya menghiburkan, tetapi kemampuannya untuk memasyarakatkan nilai,
unsur moral, dan teladan yang bermanfaat kepada pembaca atau pendengar. Sedar tak sedar
kita membesar dalam pendidikan moral yang ada pada cerita tersebut. Kita juga dihiasi dengan
pelbagai nilai-nilai dalam kehidupan seperti ringan tulang dalam membantu seseorang yang
berada dalam kesusahan.

Peranan sastera Melayu yang ketiga ialah sastera sebagai satu medium dakwah.
Menurut Abdul Rahman Napiah (2020), Kegiatan berkarya, dikawal oleh tuntutan syiar Islam, iaitu
mentasawurkan kehidupan Islam, yang berpegang teguh kepada akidah, syariat dan akhlak
Islami. Di sini dapatlah dikenalpasti bahawa sastera juga berperanan untuk menyampaikan
dakwah. Para penulis juga adalah pendakwah (daʿī) yang memilih bidang penulisan sentiasa

berusaha memastikan tulisan mereka mencapai maksud dakwah namun dalam masa yang sama
berusaha memastikan tulisan mereka mempunyai keistimewaan tertentu bagi menarik perhatian
serta mempengaruhi para pembaca (madʿū) terlebih dahulu (Abdullah Hassan, 2006). Pertemuan
agama dengan kesusasteraan pada dasarnya terlihat dalam realiti peradaban islam sebagai
agama Rahmatan Lil Alamin dalam sejarahnya meletakkan agama sebagai sistem mengatur
hubungan manusia dengan Tuhannya dan sosial mengatur hubungan sesama manusia.

Kritikan sosial merupakan peranan sastera yang keempat. Sastera adalah perjalanan
kehidupan yang menyelongkar dan mengenali kehidupan manusia daripada pelbagai perspektif
dan sudut pandang yang berlainan. Sesuatu yang ditunjukkan dalam sastera adalah sesuatu
yang berlangsung dan terbina dalam kehidupan manusia secara realitinya. Hal ini dikatakan
demikian kerana hasil seni sastera merupakan bayangan hidup manusia sepertimana yang
dinyatakan oleh Usman Awang. A. Samad Said dan Dharmawijaya. Cerita-cerita lisan merupakan
medium untuk menyuarakan kritikan atau sindiran oleh raja, orang-orang bangsawan, dan
masyarakat setempat. Contoh karya sastera dalam yang berbentuk kritikan sosial ialah cerita Pak
Kaduk dimana cerita ini tampak menyindir golongan atasan yang bersikap kejam, besar perut,
dan lebih mementingkan kuasa dengan tidak menghiraukan kemakmuran hidup penduduk.

4.0 Akal budi dan pemikiran masyarakat Melayu dalam pantun-pantun tradisional Melayu

Definisi ‘akal’ dan ‘budi’ dalam konteks Melayu merupakan konsep yang terjelma daripada
kearifan cara bangsa Melayu berfikir, Shamsudin Othman (2015). Akal budi Melayu merupakan
satu aspek yang mekar dalam skop sosiobudaya Melayu. Pantun merujuk kepada sebuah karya
puisi tradisional yang telah ada sejak zaman kehadiran masyarakat Melayu. Pantun mempunyai
pembayang dan maksud. Berikut merupakan pantun yang telah diberikan pada pernyataan;

Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,

Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,

Indah tampan kerana budi,

Tinggi bangsa kerana bahasa.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,

Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Manifestasi bagi pantun yang terdapat pada pernyataan di atas bagi rangkap pertama
membawa maksud jika kita telah mempunyai banyak ilmu di dada atau memiliki darjat yang tinggi,
janganlah sesekali kita sombong dan bongkak malah kita perlu untuk merendah diri dalam apa
jua perlakuan dalam kehidupan seharian. Bagi maksud rangkap kedua pantun tersebut ialah
martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata akan dipandang mulia orang yang
berbudi. Akhir sekali pada rangkap yang ketiga membawa maksud untuk mencapai hasil yang
baik, amalan menuntut ilmu hendaklah dengan sepenuh hati dan tidak tanggung-tanggung.

5.0 Rumusan

Natijahnya, hasil-hasil nukilan kesusasteraan Melayu sangat memainkan peranan penting dalam
menyampaikan sesuatu mesej dan seterusnya menjana kebijaksanaan insan. Elemen
kebijaksanaan ini disampaikan oleh akal khalayaknya melalui berbagai bentuk ilmu yang
terkandung dalam teks kesusasteraan Melayu tradisional untuk dicerap dan dicerna. Pengarang
berilmu dan bijaksana membuat ilmu dan bijaksanaan mereka ke dalam karya khususnya melalui
watak-watak yang telah mereka wujudkan. Dalam prosedur psikologi unsur ilmu, and kepintaran
dan keindahan yang ditampilkan menerusi watak-watak dalam karya ini akan dicerap dan dicerna
oleh khalayak kesusasteraan Melayu tradisional sebagai contoh, panduan, dan pedoman. Oleh
itu, setiap pihak hendaklah berganding bahu dalam mengekalkan dan menjaga martabat
Kesusasteraan Melayu ini setanding dengan aspek yang lain bagi menjamin kelangsungan
penggunaan sastera di mada hadapan kelak.

(1028 Patah Perkataan)

Sumber rujukan
Abdul rahman Napiah. (2020, Oktober 4). Islam Memartabatkan Sastera. Sinar Harian.

Abdullah Hassan. (2006). Berdakwah Dengan Efektif, Batu Caves: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Arba’ie Sujud. (2008). Sastera Melayu Suatu Pengantar. Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn. Bhd.

Fauzi Hasan, Intan Marlina Mohd Ali & Madiawati Tehrani. (2011). Kritikan Sosial Novel-novel
Terpilih Karya Faisal Tehrani. Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. https://bit.ly/3D0bviU

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.


Click to View FlipBook Version