The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTOLONGAN CEMAS - PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-96358781, 2021-12-15 02:48:58

MODEL ASSURE

PERTOLONGAN CEMAS - PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4

ASSURE Model Instructional Plan

Subjek: Pendidikan Kesihatan
Topik: Pertolongan Cemas
Tahun: Tahun 4 Iris
Guru: Muhammad Ubaidillah
Masa: 12.00 – 12.30 Tengah hari

Analyze Learner

Bilangan pelajar : 9 orang (3 Perempuan, 6 Lelaki)
Fungsi Kemahiran : Sederhana
Umur : 10 tahun
Tahun : Tahun 4 Iris
Tahap pemikiran : Pelajar boleh membaca dan memahami arahan pendek daripada
guru
Diagnosis pelajar : Masalah pembelajaran
Gaya pembelajaran : Menggunakan pendekatan kaedah multisensori
Pengetahuan sedia ada : Murid tahu dan kenal dengan kecederaan lebam.

State Objectives

Standard Kandungan: 9.1 Pengetahuan asas pertolongan cemas dan kemahiran bertindak

dengan bijak mengikut situasi.

Standard Pembelajaran: 9.1.1 Menyatakan punca kecederaan lebam dan terseliuh

9.1.2 Membincangkan cara memberi bantu mula untuk kecederaan

lebam.

Hasil Pembelajaran:

1. Menghubung kait cara memberi bantu mula untuk kecederaan lebam (kognitif).

2. Menunjuk cara memberi bantu mula menggunakan kaedah PRICER untuk kecederaan lebam
(psikomotor).

3. Bertindak dengan bijak apabila berlaku kecederaan lebam (afektif).

Select Media, Materials, and Methods

Model KPPB : Kompetensi 6C, model 3E dan 3R, model reka bentuk pengajaran, model

pembelajaran murid

Kaedah : Penyoalan, variasi rangsangan, peneguhan positif: pujian dan tepukan,

perbincangan, penerangan/ ilustrasi/ contoh, berpusatkan pelajar

projek mudah, penutup kognitif.

Bahan sumber pembelajaran: Tuala kecil, ais, kuiz (Quizziz), infografik, flashcard

Bahan Bantu Mengajar (Media) : Youtube, Canva, Anyflip, Google Form, Google

Classroom, video

Alat AV (Audio & Visual) : Komputer riba

Utilize Media, Materials, and Methods

Persediaan Bahan PdP
1. Bahan video yang digunakan disemak terlebih dahulu mengikut kesesuaian kefahaman
pelajar.
2. Guru menyediakan video untuk set induksi yang berkaitan dengan kecederaan untuk murid-
murid fahami mengenai kecederaan.
3. Guru mengambil kira pemilihan penghasilan projek yang sesuai dengan keupayaan pelajar.
4. Guru menyenaraikan bahan dan peratalan yang diperlukan untuk mencipta projek.

Persediaan Persekitaran Pembelajaran
1. Pelajar diarah untuk mengisi kehadiran sebelum kelas bermula di platform Google classroom.

Persediaan Pelajar
1. Pelajar sudah mengenali kecederaan lebam.
2. Pelajar boleh memberi idea tentang punca kecederaan lebam.
3. Pelajar diberi gambaran tentang topik yang bakal diajar sehari sebelum kelas bermula.
4. Pelajar didedahkan dengan topik pengajaran pada permulaan kelas dengan set induksi.
5. Pelajar diberi penerangan oleh guru tentang rancangan aktiviti yang akan dilakukan di dalam

kelas.

Persediaan Pengalaman Pembelajaran
1. Pelajar didedahkan dengan ilmu tentang pertolongan cemas dalam mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan semasa
2. Pelajar mempunyai kebolehan untuk menyebut punca kecederaan lebam.
3. Pelajar mempelajari cara-cara untuk memberi bantu mula bagi kecederaan lebam.
4. Pelajar telah didedahkan dengan kepentingan pertolongan cemas dalam kehidupan seharian.

Require Learner Participation
Cadangan Model PDP

Set Induksi (5 min):
1. Pelajar ditayangkan video berkenaan kecederaan lebam dan terseliuh.
2. Pelajar ditunjukkan dengan bahan maujud (pek ais).
3. Soal jawab tentang kegunaan pek ais.

Langkah 1 (10 min):
1. Pelajar ditunjukkan persembahan slaid tentang kecederaan lebam.
2. Pelajar akan ditanya dan membuat perbincangan tentang slaid :
 Apakah warna kesan lebam?
 Apakah punca terjadinya kecederaan lebam?
3. Guru memaparkan satu persatu flashcard dan pelajar perlu menyatakan betul atau
salah tentang kecederaan lebam.
4. Pelajar ditanya jika mereka mempunyai soalan.

Langkah 2 (10 min):
1. Tayangan video mengenai cara rawatan kecederaan lebam menggunakan prinsip PRICER.

2. Murid mengaitkan penggunaan ais dengan kecederaan lebam.
3. Pelajar diberi arahan untuk menghasilkan satu projek rakaman video secara

individu iaitu menunjuk cara memberi bantu mula bagi kecederaan lebam.
4. Pelajar perlu merakam proses memberi bantu mula dari awal proses sehingga akhir.
5. Setelah selesai, pelajar perlu memuatnaik hasil video untuk dinilai oleh guru.
6. Soalan KBAT:

i) Bolehkah kita melakukan tuaman dengan meletak ais tanpa lapik? Mengapa?

Penutup (5 min):
1. Guru membimbing pelajar membuat rumusan tentang aktiviti yang telah dijalankan.
2. Pelajar perlu menjawab soalan kuiz (Quizziz) setelah selesai kelas untuk penilaian di Google
Classroom.
3. Infografik disediakan sebagai rujukan pelajar untuk mendapatkan keseluruhan idea tentang
cara membantu mula kecederaan mengikut prinsip PRICER dan juga kepentingan
memberi bantu mula.

Evaluate & Revise
Refleksi murid semasa dalam kelas

1. Pelajar dapat menyatakan warna kesan kecederaan lebam.
2. Pelajar dapat menyatakan punca terjadinya kecederaan lebam.
3. Pelajar menerangkan cara untuk memberi bantu mula.
4. Pelajar seronok dan memberikan tumpuan yang baik dengan topik yang diajar.

Soalan Penilaian

Pelajar akan ditanya soalan oleh guru:
 Apakah fungsi pek ais?
 Apakah warna kesan lebam?
 Apakah punca terjadinya lebam?
 Namakan pirinsip yang digunakan semasa bantu mula kecederaan lebam?
 Terangkan bagaimanakah prinsip PRICER digunakan untuk kecederaan lebam.

Penilaian Media Pengajaran:
Borang Penilaian Media Pengajaran disediakan oleh guru untuk para pelajar menilai media
pengajaran yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran menerusi platform Google
Form.

Instructional Technology and Media for Learning
8th Edition
Sharon E. Smaldino (Author), James D. Russell (Author), Robert Heinich (Author), Michael
Molenda (Author),
Prentice Hall; 8 edition (November 16, 2005)


Click to View FlipBook Version