The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by olyecain, 2020-08-23 10:39:57

NOTA JIRIM TAHUN 5

NOTA JIRIM

NOTA RINGKAS TAHUN 5 - JIRIM

Mengenal Jirim
1. Jirim ialah sebarang objek yang mempunyai jisim dan memenuhi
ruang.
2. Jirim juga dapat dilihat, disentuh dan dirasa.
3. Jirim wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas.

JIRIM

Pepejal Cecair Gas

Sifat Keadaan Jirim

1. Jirim dapat dikenalpasti melalui sifat-sifatnya.
2. Sifat-sifat pepejal ialah :

a. Mempunyai bentuk yang tetap
b. Memenuhi ruang
c. Mempunyai jisim
d. Mempunyai isipadu yang tetap
3. Rajah yang berikut menunjukkan beberapa sifat pepejal

Mempunyai bentuk Memenuhi Mempunyai jisim Mempunyai isipadu
yang tetap ruang yang tetap

Pepejal tidak mengikut
bentuk bekas

NOTA RINGKAS TAHUN 5 - JIRIM

4. Sifat-sifat cecair ialah :
a. Tidak mempunyai bentuk yang tetap, tetapi mengambil bentuk
bekas yang diisinya
b. Memenuhi ruang
c. Mempunyai jisim
d. Mempunyai isipadu yang tetap

5. Rajah yang berikut menunjukkan beberapa sifat cecair

Tidak mempunyai bentuk Memenuhi ruang Mempunyai jisim Mempunyai
yang tetap, tetapi isipadu yang
mengambil bentuk bekas tetap
yang diisinya

6. Sifat-sifat gas ialah :

a. Tidak mempunyai bentuk yang tetap
b. Memenuhi ruang
c. Mempunyai jisim
d. Tidak mempunyai isipadu yang tetap

7. Rajah yang berikut menunjukkan beberapa sifat gas

Tidak mempunyai Memenuhi ruang Mempunyai jisim Tidak mempunyai
bentuk yang tetap isipadu yang tetap

Gas boleh
dimampatkan dengan
mudah kerana tidak
mempunyai isipadu
yang tetap.

NOTA RINGKAS TAHUN 5 - JIRIM

Tiga Keadaan Air

1. Air berubah daripada satu keadaan ke keadaan yang lain apabila
menerima haba atau kehilangan haba.

2. Air boleh wujud dalam tiga keadan bahan iaitu pepejal, cecair dan gas.

Pepejal Cecair Gas

3. Air boleh berubah keadaan melalui proses-proses berikut :

PROSES PERUBAHAN KEADAAN AIR

Peleburan Pepejal  Cecair
Pendidihan Cecair  Gas
Pembekuan
Kondensari Cecair  Pepejal
Penyejatan Gas  Cecair
Cecair  Gas

4. Rajah di bawah menunjukkan perubahan keadaan air

Pendidihan Gas Kondensasi
Pepejal
Cecair Cecair

Peleburan Pembekuan

NOTA RINGKAS TAHUN 5 - JIRIM

Peleburan
1. Peleburan ialah proses perubahan pepejal, menjadi cecair.
2. Contohnya apabila ais dipanaskan atau dibiarkan pada suhu bilik, ais
akan melebur menjadi air.

ais Proses Peleburan

air

Pendidihan dan pengewapan

1. Pendidihan ialah proses perubahan cecair menjadi gas.
2. Air (cecair) berubah menjadi wap air (gas)apabila dipanaskansehingga

mendidih.

Penyejatan

1. Penyejatan adalah proses perubahan cecair menjadi gas.
2. Proses penyejatan berlaku hanya pada permukaan cecair.
3. Penyejatan berlaku apabila cecair terdedah kepada haba.
4. Penyejatan berlaku pada sebarang suhu.
5. Hal ini berbeza daripada pendidihan kerana proses pendidihan berlaku

apabila air dipanaskan sehingga mencapai suhu yang tertentu

NOTA RINGKAS TAHUN 5 - JIRIM
Pembekuan

1. Pembekuan ialah proses perubahan cecair menjadi pepejal.
2. Air akan membeku menjadi air apabila disejukbekukan sehingga

takat beku.
3. Takat beku ais adalah 0oC

Kondensasi
1. Kondensasi ialah proses perubahan gas menjadi cecair.
2. Wap air (gas) berubah menjadi air apabila disejukkan
3. Rajah dibawah menunjukkan contoh proses kondensasi.
a) Apabila ketulan ais di dalam gelas dibiarkanbebrapa ketika, titisan air akan
terbentuk di luar gelas itu.
b) Hal ini adalah disebabkan wap air di dalam udarasekitar telah disejukkan
apabila tersentuh dinding luar gelas yang sejuk.

NOTA RINGKAS TAHUN 5 - JIRIM

Perubahan keadaan jirim

1. Jirim boleh berubah bentuk apabila menerima atau kehilangan haba.
2. Jirim disekeliling kita seperti air , ais, coklat dan logam boleh berubah bentuk

melalui proses-proses seperti ditunjukkan pada dua contoh berikut
a. Air

Proses Kondensasi

(kehilangan haba)
gas cecair

Proses Penyejatan

(menerima haba)

cecair gas

Proses Pendidihan

(menerima haba)

cecair gas

b. Coklat

Proses Peleburan

(kehilangan haba)

pepejal cecair

Proses Pembekuan

(kehilangan haba)

cecair pepejal

NOTA RINGKAS TAHUN 5 - JIRIM

Kitaran air semula jadi
Pembentukan Awan dan Hujan

1. Kitaran air ialah pergerakkan air daripada permukaan Bumi ke Udaradan
balik semula ke permukaan Bumi.

2. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana kitaran air semula jadi berlaku.

3. Rajah berikut menunjukkan ringkasan proses yang terlibat dalam
pembentukkan awan dan hujan.

Wap Air

Air ( Laut, Awan
sungai, tasik

Hujan

Pembentukkan awan dan hujan

NOTA RINGKAS TAHUN 5 - JIRIM

Kepentingan Kitaran Air Semula Jadi

1. Kitaran air semula jadi sangat penting bagi semua hidupan di Bumi.
2. Antara kepentingan kitaran air semula jadi ialah

a. Membekalkan air bersih
kepada manusia

b. Menjamin bekalan air yang
cukup untuk manusia
melakukan aktiviti pertanian.

c. Membantu
menyejukkan
suhu Bumi.

3. Jika kitaran air semula jadi ini terjejas, bekalan air di Bumi akan terganggu.
4. Bencana seperti kemarauakan berlaku dan akan menyebabkan banyak

hidupan akan mati.

NOTA RINGKAS TAHUN 5 - JIRIM
Sumber Air Semula Jadi

1. Sumber air semula jadi yang terdapat di Bumi ialah sungai, tasik,
telaga dan mata air.

2. Sumber air semula jadi ini membekakan air untuk keperluan hidupan di Bumi.

Kepentingan Kebersihan Sumber Air

1. Sumber air semula jadi sangat penting bagi hidupan di Bumi mendapatkan
air.

2. Antara kepentingan sumber air ialah :
a. Membekalkan air untuk semua hidupan di Bumi
b. Memelihara hidupan akuatik
c. Mengekalkan suhu Bumi dan menggelakkan kepanasan global.

3. Oleh sebab itu, kebersihan semula jadi perlu sentiasa dijaga.
4. Antara langkah untuk menjaga kebersihan sumber air ialah :

a. Menggelakkan sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan sumber air
seperti membuang sampahke dalam sungai dan tasik.

b. Merawat sisi bungan kilang sebelum dilepaskan ke dalam sungai.
c. Membina kilang jauh dari sumber air.


Click to View FlipBook Version