The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT PIBG 2022 DI HOTEL SERI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noormahusain825, 2022-05-22 01:06:36

BUKU PROGRAM PIBG 2022

MESYUARAT PIBG 2022 DI HOTEL SERI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
1
Isi Kandungan 2
3
Kata Alu-Aluan Pemangku Yang Dipertua PIBG 4
5
Kata Alu-Aluan Pengetua 6

Atur Cara Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 & 47 7 – 12
13
Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-46 & 47
14
Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021 / 2022 15

Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 16

Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2021 / 2022

Penyata kewangan PIBG

Usul PIBG / Makluman

Penghargaan

1

KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan
terima kasih kepada Tuan Pengetua, barisan pentadbir dan guru -guru, AJK PIBG dan ibu bapa
keseluruhannya dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 & 47 ini yang
diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kulim.

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berkumpul pada hari yang
penuh berbahagia ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 & 47 bagi tahun
2022. Penubuhan PIBG di sekolah-sekolah yang disyorkan merupakan satu aspirasi bagi
mencapai wawasan pendidikan yang gemilang.

Antara fungsi utama PIBG ditubuhkan di sekolah-sekolah adalah untuk menjaga dan
melindungi kebajikan para pelajar dan guru di samping memberi sumbangan untuk
perkembangan sekolah. Ini dapat diperlihatkan daripada kegiatan-kegiatan sosial, akademik
dan kebajikan yang telah diusahakan mengikut garis panduan Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Pada kesempatan ini, saya menyeru kepada sekalian ibu bapa untuk sama-sama bersatu
hati menggembeling tenaga bagi menyahut cabaran pendidikan era globalisasi masa kini. Saya
berharap kita mengekalkan semangat kerjasama secara berterusan, InsyaAllah saya percaya
kita akan terus mengecapi kejayaan pada masa akan datang.

Akhir kata, semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan ibu bapa dan guru
merupakan wadah terbaik dalam menangani permasalahan demi kecemerlangan pendidikan
anak-anak kita. Saya dan barisan AJK PIBG bagi pihak ibu bapa pelajar -pelajar mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan guru-guru serta seluruh warga sekolah kerana
berusaha bersungguh –sungguh demi kecemerlangan anak-anak kami di sekolah ini.

“ TERIMA KASIH CIKGU”

Salam hormat.

NOORUL AINI BINTI HAJI SHEIKH MOHAMAD
Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Patrick,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman

2

KATA ALU-ALUAN PENGETUA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG, Pn. Noorul
Aini Binti Haji Sheikh Mohamad dan semua AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa yang telah
memberi kerjasama dan komitmen kepada pihak sekolah dalam menjayakan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke -46 & 47 bagi tahun 2022 .

Seperti kita semua sudah maklum, kita baharu sahaja mengakhiri cabaran Covid 19,
pelbagai ujian dan tekanan yang kita terpaksa harungi sepanjang dua tahun ini. Pelaksanaan
PdPR yang banyak menyebabkan anak-anak kita berlaku keciciran dalam pelajaran.
Alhamdulillah, anak-anak kita sudah boleh mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

Sesungguhnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk dan mendidik
anak-anak terutama ketika berada di rumah. Budaya permainan gajet yang begitu menarik
menyebabkan anak-anak berani mencuba dan seterusnya ketagih dengan pelbagai games yang
ada. Maka, pemantauan daripada ibu bapa amat diharapkan.

Saya berharap para ibu bapa dapat memberi perhatian yang serius kepada anak-anak
supaya mereka tidak terus lalai sebaliknya menggunakan kemudahan gajet ini ke arah
pembelajaran atau dengan kata lain „belajar di alam maya‟ bukan semata-mata untuk
berseronok.

Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting terutama dalam bidang akademik,
sahsiah dan kokurikulum para pelajar. Saya yakin dan percaya bahawa kemajuan sesebuah
sekolah adalah terletak di atas kekuatan dan peranan PIBG dan warga sekolah. Justeru,
sokongan padu PIBG amat diperlukan dalam menjayakan setiap program di sekolah.

Kedua-dua pihak haruslah sama-sama berganding bahu agar prestasi anak anak dapat
ditingkatkan. Pihak sekolah sentiasa bersikap terbuka dan berfikiran positif serta rasional
dalam menghadapi sebarang kesulitan berkaitan masalah pembelajaran anak-anak didik di
sekolah ini.

Akhir kata, saya amat berharap kerjasama antara dua pihak terjalin erat dan sentiasa
sepakat demi kecemerlangan anak-anak pelajar sekolah ini dalam semua aspek.

Sekian, terima kasih.

HAJAH HAMIDAH BINTI GHAZALI
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Patrick,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman

3

ATUR CARA
MESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE-46 & 47
TAHUN 2022

1.45 petang - Pendaftaran Ibu Bapa / Waris
2.00 petang - Majlis bermula
- Aluan Pengerusi Majlis
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Bacaan Doa

- Ucapan Laporan Tuan Pengetua,
Cikgu Hajah Hamidah Binti Ghazli

- Ucapan Perasmian oleh Yang Dipertua PIBG,
Pn. Noorul Aini Binti Haji Sheikh Mohamad

- MESYUARAT AGUNG PIBG BERMULA
- Ucapan penangguhan
- Majlis tamat

4

AGENDA MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-46 & 47
TAHUN 2019

1. Laporan oleh Yang Dipertua, Pn. Noorul Aini Binti Haji Sheikh Mohamad
2. Laporan oleh Tuan Pengetua, Cikgu Hajah Hamidah Binti Ghazali
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2021
4. Membentang Penyata Kewangan PIBG
5. Perkara Berbangkit
6. Pengesahan Kutipan Sumbangan PIBG 2022
7. Membincang dan Menerima Usul.
8. Hal-hal lain.
9. Ucapan Penangguhan

5

AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2021 / 2022

PENASIHAT : CIKGU HAJAH HAMIDAH BINTI GHAZALI (PENGETUA)

YANG DIPERTUA : PN. NOORUL AINI BINTI HAJI SHEIKH MOHAMAD

NAIB YANG DIPERTUA : EN. JAGATHISAN A/L NADARAJAN

SETIAUSAHA : CIKGU LEELA MARY A/P MUNIANDY

BENDAHARI : CIKGU MANESHA KAUR A/P RAJENDRA SINGH

AJK : 1. PN. NORLELAWATI BINTI ZAINAL ABIDIN (Waris)

2. EN. IRWAN BIN ABDUL JALIL (Waris)

3. EN. MOHD FARIDZ BIN HASSAN (Waris)

4. EN. MOHAMAD AZHAR BIN ZALAI @ ZALI (Waris)

5. PN. CHOW SIEW HIONG (Waris)

6. PN. SUZLIANA BINTI MD ISA (Waris)

6. CIKGU HASMAH BT. MD. NOR (Guru)

7. CIKGU NOORMA BT. HUSAIN (Guru)

8. CIKGU HEMA LINDA A/P SUBRAMANIAM (Guru)

JURU AUDIT DALAMAN (Guru)
1. CIKGU NURLAYALI BINTI MOHD GHANI (Waris)
2. PN. ROSLINA BINTI ABDUL JALIL

6

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 SESI 2020/2021
SMK ST PATRICK 09000 KULIM KEDAH

TARIKH : 23 OKTOBER 2021 (Sabtu)
MASA : 8.30 Malam
TEMPAT : Kediaman masing-masing
MEDIUM: : GoogleMeet

1.0 Ucapan Aluan Pemangku Yang Dipertua PIBG : Tn. Hj. Abu Samah Bin Din (NYDP)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG
SMK St Patrick kali ke-45 secara atas talian serta menjelaskan ianya membuktikan sikap
prihatin dan komitmen semua untuk kecemerlangan anak-anak.

1.2 Pengerusi menyatakan kesyukuran kerana mesyuarat ini dapat dilangsungkan
walaupun bukan secara bersemuka memandangkan negara kita kini dilanda wabak Covid
19 dan mendoakan agar semua dijauhi wabak itu dan dapat sama-sama kita menjalani
kehidupan seharian dengan sempurna.

1.3 Pengerusi menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam
pendidikan anak-anak amat besar pentingnya terutama pembelajaran yang berlaku secara
luar bilik darjah iaitu di rumah, di mana peranan ibu bapa bagi memastikan anak-anak
belajar merupakan pemangkin utama kepada kejayaan anak-anak dan kemajuan
pendidikan negara amnya.

1.4 Beliau juga memaklumkan bahawa kini dalam norma baharu semua pihak dapat melihat
semua murid terlibat dalam pembelajaran di rumah. Oleh itu, penglibatan dan peranan
ibubapa sangat penting bagi memastikan anak-anak belajar di rumah.

1.5 NYDP PIBG menyeru agar ibu bapa yang hadir terus memberi sokongan kepada
pihak sekolah dalam apa-apa program sekolah kerana program ini merupakan penentu
kecemerlangan prestasi anak-anak.

MAKLUMAN: Semua Ahli Mesyuarat

7

2.0 Ucapan dan Laporan Sekolah oleh Tuan Pengetua : Encik Ahmad Shabuddin bin Ismail
2.1 Tuan Pengetua memanjatkan kesyukuran kerana dapat mengadakan mesyuarat
agung PIBG kali ke 45 secara maya pada tahun ini, beliau memaklumkan ini adalah
mesyuarat PIBG 2019/2021 kerana tahun lepas tidak dapat diadakan.

2.2 Ucapan terima kasih diberikan oleh Pengetua kepada Inspektor Rohayu binti Jaafar,
Pegawai PenyiasatTrafik, Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik, IPD Kulim kerana
sudi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 45 ini.

2.3 Laporan aktiviti sekolah oleh Tuan Pengetua dengan tayangan slide:
i. Beliau memaklumkan jumlah guru seramai 22 orang, Staff sekolah 3 orang, pekerja
kebersihan 4 orang dan 8 orang Pengawal Keselamatan. Jumlah pelajar pula seramai 189
pelajar.
ii. Peratus murid mengikuti PdPR 61.77% dan sebanyak 38.23 % tidak mengikuti PdPR.
iii. Analisis kehadiran murid ada peningkatan bagi tempoh Jun – Julai terutama pelajar
kelas peperiksaan tingkatan 5 iaitu Jun 78 % meningkat kepada 90.11 pada bulan Julai.
iv. Pengurusan pembukaan sekolah, Negeri Kedah di Fasa 3, sekolah akan dibuka pada
31.10.2021(Ahad). Tingkatan 5 sahaja secara penggiliran kumpulan A dan B. Sebarang
perubahan akan di maklumkan kemudian.
v. Bagi persiapan buka sekolah, pihak sekolah telah menyediakan SOP yang perlu
dipatuhi, selain itu telah mengecat pagar, membina pentas di tapak perhimpunan,
membaiki dan mengemas kelas dan kemudahan lampu isyarat murid melintas jalan.
vi. Bagi SOP buka sekolah, waris tidak perlu bimbang kerana hampir keseluruhan murid
telah divaksin manakala guru, staff pejabat, pengusaha kantin dan pengawal keselematan
semuanya telah divaksin.
vii. Bagi SOP yang ditetapkan oleh MKN pula perlu dipatuhi : Penjarakan sosial – Tanda-
tanda telah dibuat, Memakai penutup muka semasa di sekolah, Kit Ujian Saringan Covid 19
untuk murid bergejala akan dirujuk PKD dan waris akan dimaklumkan sekiranya positif.
viii. Guru telah menyediakan modul pembelajaran dan telah serah pada pelajar ikut
tingkatan di pondok pengawal.
ix. Bagi Pelaksanaan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS)- 2020 hingga
2023 pula semua ibubapa/waris diingatkan agar memastikan anak-anak hadir ke sekolah
dan PdPR mengikut jadual semuanya direkod. Sekolah telah mengadakan Ziarah Cakna,
Dialog Prestasi, I love My School dan pelbagai program lagi.

8

x. Unit Kurikulum- Program Highway ke Puncak, di mana ibu bapa diminta perlu beri
perhatian khas kepada mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak mendapat
Sijil SPM. Sasaran bagi tahun 2021 ialah layak dapat sjil 89.74%
xi. Intervensi untuk bulan April 2021 ialah Penetapan target dan Aku Janji, Format dan
Teknik Jawab SPM serta LADAP Kurikulum Bahasa Melayu dan Sejarah semuanya fokus
kepada pelajar tingkatan 5.
xii. Unit HEM telah memberi peranti kepada murid yang layak supaya murid dapat
libatkan diri dalam PdPR, selain itu bakul makanan juga diberikan kepada waris terpilih.
xiii. Inisiatif bagi mengubah sikap murid pula antaranya ialah mengadakan Anugerah
Tokoh Qudwah Murni Diri, Program Pemantapan Rohani dan Moral setiap hari Khamis,
Tranformasi Minda setiap hari Selasa dan Pemuafakatan Sekolah dan Komuniti.
xiv. Unit Kaunselor Sekolah telah memberi motivasi pada setiap hari melalui whatapps
dan facebook.
xv. Unit Kokurikulum telah mengadakan Program Jejak Juara bagi meningkatkan
pencapaian PAJSK yang masih rendah iaitu 62% . Jabatan Pendidikan Kedah pula
mensasarkan pencapaian yang perlu dicapai ialah sebanyakm 80%. Pihak sekolah
berharap agar guru dan waris dapat bekerjasama bagi memantap dan mewujudkan
kecemrlangan dalam kalangan pelajar.

MAKLUMAN: Semua Ahli Mesyuarat

3.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT 2019/2020
Pn. Leela selaku setiausaha PIBG telah membentang Minit Mesyuarat PIBG kali ke- 44 yang
bertarikh 21 Mac 2019. Pn.Muniroh binti Ahmad mencadangkan minit mesyuarat disahkan
dan disokong oleh Pn.Noorma binti Husain.

MAKLUMAN : Semua Ahli Mesyuarat

4.0 PEMBENTANGAN KEWANGAN OLEH PN. MANESHA KAUR A/P RAJENDRA SINGH
Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020.
Baki semasa dalam bank ialah sebanyak RM32,788.24. Pn. Hemalinda mencadangkan agar
Laporan Penyata Kewangan bagi tahun 2019/2020 diterima dan disahkan seterusnya
disokong oleh Pn. Fatin Aina binti Mokhtar.

MAKLUMAN : Semua Ahli Mesyuarat

9

5.0 MENERIMA AKTIVITI TAHUNAN 2019, 2020 DAN 2021

Tn. Hj. Abu Samah Bin Din membentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang
tahun 2019, 2020 dan 2021 yang melibatkan semua waris dan ajk PIBG.

BIL AKTIVITI TARIKH
1. Gotong-royong 5S 12-13/7/2019

2. Sambutah Hari Guru 2019 30/4/ 2019

3 Penglibatan AJK dalam Majlis Anugerah Hem dan Kokurikulum 2019. 17/11/2019

4. Sumbangan dan Penglibatan dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Deepavali 21/10/2019
kepada pelajar

5 Penglibatan AJK dalam Sambutan Perarakan Bulan Merdeka 27/08/19

6 Gotong Royong Perdana Bersama Majlis Bandaran di sekolah. 03/-8/2019

7 Penglibatan AJK dalam Majlis Pertukaran Encik Mazelan,Penolong Kanan 25/07/2019
Pentadbiran.

8 Penglibatan AJk dalam Persiapan dan Majlis Anugerah kecemerlangan 2019 21/07/2019

9 Penglibatan AJk dalam Majlis Jamuan Raya 3/7/2019

10 Persiapan Bilik Sarana PIBG oleh AJK 19/7/2019

11 Penglibatan AJK dalam Majlis Bubur Asyura 9/9/2020

12 Penglibatan AJK dalam Kejohanan Olahraga 06/02/20

13 Penglibatan AJK dalam Majlis Bubur Asyura 9/9/2020

14 Penglibatan AJK dalam Kejohanan Olahraga 06/02/20
15 Penglibatan AJk dalam majlis Pertukaran Puan Laila Dan Pn Jamaiza 1/3/21

6.0 PEMBUBARAN AJK

NYDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan AJK PIBG atas komitmen
yang sepenuhnya bagi menjalankan segala aktiviti bagi tahun 2019/2020 dan secara rasmi
membubarkan AJK PIBG. Ustaz Hj. Abdul Rahim bin Sudin dipilih sebagai pengerusi majlis
sementara untuk mempengerusikan pelantikan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2021/2022.

10

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022

YANG DIPERTUA : PN. NOORUL AINI BT HAJI SHEIKH MOHAMAD

NAIB YANG DIPERTUA : EN. JAGATHISAN A/L NADARAJAN

SETIAUSAHA : PN. LEELA MARY A/P MUNIANDY

BENDAHARI : PN. MANESHA KAUR A/P RAJENDRAN SINGH

AJK WARIS : PN. NORLELAWATI BINTI ZAINAL ABIDIN

: EN. IRWAN BIN ABDUL JALIL

: EN. MOHD FARIDZ BIN HASSAN

: EN. MOHAMAD AZHAR BIN ZALAI @ZALI

: PN.CHOW SIEW HIONG

: PN SUZLIANA BINTI MD ISA

AJK GURU : PN. HASMAH BINTI MD NOR

: PN.NOORMA BINTI HUSAIN

: PN.HEMA LINDA SUBRAMANIAM

JURU AUDIT 1 : PN. NURLAYALI BINTI MOHD GHANI

JURU AUDIT 2 : ROSLINA ABDUL JALIL

* syarat untuk menandatangan cek PIBG

-Yang Dipertua PIBG bersama Bendahari atau Setiausaha PIBG SMK St Patrick.

MAKLUMAN: Semua Ahli Mesyuarat

7.0 PERBAHASAN USUL

7.1 Usul 1 – Daripada Pn. Manesha Kaur (Bendahari PIBG).

Bagi meningkatkan pengurusan kewangan PIBG, Pn. Manesha Kaur mencadangkan wang
dalam akuan PIBG diagihkan kepada 3 bahagian : Pertama, agihan untuk Program
Peningkatan Akademik. Kedua, agihan untuk Program Pembestarian Komputer. Ketiga,
agihan Sumbangan PIBG. Pengagihan ini bertujuan memudahkan urusan kewangan untuk
digunakan.

Sokongan Usul 1 - Pn. Zuraida bt Abdullah Zawawi bersetuju dengan usul yang
dikemukakan oleh Pn. Manesha Kaur dan disokong oleh Pn. Normidanar.

11

7.2 Usul 2 - Daripada Pn. Muniroh (Penolong Kanan Pentadbiran).
Cadangan agar duit Sumbangan PIBG yang telah dijelaskan pada tahun 2020 akan dibawa
ke tahun 2022. Oleh itu, murid berkenaan tidak perlu membuat sumbangan lagi pada tahun
2022. Bagi tahun 2021 tiada kutipan dibuat.
Sokongan Usul 2 - Disokong oleh Pn. Roslina Abd Jalil.

7.3 Usul 3 – Daripada Puan Roslina Abdul Jalil (AJK Waris).
Cadangan agar pihak sekolah memperbanyakkan aktiviti berbentuk kuiz untuk setiap
subjek bagi mengisi masa lapang pelajar.

TINDAKAN: Semua Guru

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Tuan Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PIBG tahun 2019/2020
yang telah banyak membantu pihak sekolah menjayakan program-program yang dirancang
untuk anak-anak.
8.2 Tuan Pengetua juga mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj. Abu Samah bin Din
yang memangku tugas YDP.
8.3 Tn. Pengetua juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada YDP dan AJK-AJK PIBG
yang baru dilantik.
8.4 Tn. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua waris yang hadir mesyuarat
pada malam ini.

9.0 HAL-HAL LAIN
Tiada

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 malam.

12

LAPORAN AKTIVITI PIBG
TAHUN 2021 / 2022

BIL AKTIVITI TARIKH

1. Sumbangan sempena Deepavali kepada pelajar 28/10/2021

2. Sumbangan sempena Majlis Pertukaran Tn. Pengetua – 11/11/2021

Cikgu Ahmad Shabuddin bin Ismail

3. Sumbangan sempena Majlis Anugerah Hem dan Kokurikulum 2021 5/12/ 2021

4. Sumbangan pemasangan CCTV dalam kawasan sekolah 9/12/2021

5. Sumbangan untuk bantuan pelajar yang kurang berkemampuan 24/1/2022

. Sumbangan sempena Tahun Baru Cina kepada pelajar 28/1/2022
6.

7. Sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada pelajar 28/4/2022

8. Sumbangan sempena Hari Guru 16/5/2022

9. Sumbangan untuk Pertandingan Keceriaan Kelas Mei 2022 –
Februari 2023

10. Penglibatan AJK dalam Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2022 22/5/2022

*Penglibatan AJk dalam program-program sekolah pada tahun 2021 dan 2022 dikurangkan
disebabkan Pandemik Covid-19

MESYUARAT / TAKLIMAT TARIKH
BIL 6/2/2022
1. MESYUARAT AJK PIBG 21/2/2022
2 MESYUARAT AJK PIBG 13/4/2022
3 MESYUARAT AJK PIBG

13

PENYATA KEWANGAN PIBG
SEHINGGA 31 APRIL 2022

PENERIMAAN RM PEMBAYARAN RM
Baki b/b 31,426.59 Cek 680681 3222.00
Caj Pemprosesan Cek 0.50
28,204.09 Baki h/b 28,204.09
28,204.09

14

USUL PIBG

USUL
Pihak sekolah bercadang untuk menaik taraf Bilik Komputer.

Memohon persetujuan waris untuk
membenarkan pihak sekolah menjalankan
kutipan sebanyak RM10 bagi setiap orang pelajar
bagi tujuan menaik taraf Bilik Komputer.

************************ ********************** *******************

MAKLUMAN

Makluman daripada pihak pengusaha kantin Ayu Cahaya Enterprise
iaitu Pn. Fauzilaton Ayu Binti Abdullah.

Selepas Cuti Pertengahan Penggal I nanti, harga makanan
di kantin akan dinaikkan sebanyak 50 sen.
Contoh : RM2.00 menjadi RM2.50

15

Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
ibu bapa, waris, guru-guru serta semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 & 47

pada hari ini.

16


Click to View FlipBook Version