SAYA DAN ACU
SINOPSIS Norhayati merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Dia tinggal bersama ibu dan adik bongsunya di kampung sementara dua orang kakaknya berada di bandar. Dia membantu ibunya menjaga adik bongsunya yang merupakan seorang kanak-kanak istimewa (sindrom down). Norhayati baru berumur 12 tahun namun dia sangat berdikari dan rajin membantu ibunya. Dia juga membantu menguruskan keperluan ibu dan adik bongsunya, Acu. Setelah bapa Norhayati meninggal dunia, mereka hanya tinggal tiga beranak di kampung. Kehidupan Norhayati kain berubah apabila ibunya tiba-tiba diserang penyakit sehingga meninggal dunia. Kesedihan yang dihadapi bukan hanya dirasai oleh Norhayati dan kakak-kakaknya bahkan turut dirasai Acu iaitu adik bongsunya. Meskipun Acu tidak memahami apa-apa, dia tetap dapat merasakan kehilangan ibu kesayangan yang sering berada di sisi dan menjaganya sejak kecil. Kakak sulungnya mengambil tanggungjawab untuk menjaga adik-adik dengan membawa mereka tinggal bersama di bandar Kuala Lumpur. Mereka meneruskan kehidupan empat beradik dengan penuh suka dan duka.
TEMA Kehidupan kekeluargaan yang dipenuhi dengan rintangan dan cabaran. PERSOALAN Persoalan tentang ketabahan ahli keluarga yang hidup tanpa adanya lelaki sebagai ketua keluarga. Contohnya, “Setelah pemergian arwah ayah, kehidupan kami sekeluarga berubah sepenuhnya”. Persoalan tentang tanggungjawab kepada ahli keluarga yang tersayang. Contohnya, “mak menguruskan segala-galanya demi keperluan kami sekeluarga”. Persoalan tentang kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan. Contohnya, “Along menjalankan tanggungjawab demi menunaikan amanah arwah mak untuk menjaga saya dan Acu sebaiknya. Angah turut banyak membantu Along dalam menjaga kami dengan penuh kasih sayang.”
WATAK DAN PERWATAKAN Saya (Norhayati bt Abdul Razak) Seorang yang matang walaupun masih berumur 12 tahun Berdikari dan penyayang Sering membantu ibunya WATAK UTAMA Acu (Muhammad Arif Hakimi bin Abdul Razak) Kanak-kanak sindrom down yang disayangi orang lain Pandai menguruskan diri sendiri Patuh kepada arahan ibu dan kakaknya
WATAK DAN PERWATAKAN Mak (Maimunah bt Hassan) Seorang ibu yang penyayang dan bertanggungjawab Tabah menghadapi ujian kehilangan suaminya Penyabar dalam segala perkara WATAK SAMPINGAN Along (Nuraini bt Abdul Razak) Seorang kakak sulung yang bertanggungjawab Bantu menyara keluarga daripada duit gajinya Prihatin terhadap keluarga meskipun tinggal berjauhan Angah (Nur Azizah bt Abdul Razak) Seorang yang mengambil berat terhadap ahli keluarganya Tidak membebankan ibu dan kakaknya
LATAR TEMPAT Kuala Lumpur: Along bernama Nuraini binti Abdul Razak, berumur 23tahun dan sudah bekerja di Kuala Lumpursebagai pegawai bank. ·Sekolah Kebangsaan Chenor: Saya pula Norhayati binti Abdul Razak, berumur12 tahun dan masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chenor. Rumah pusaka: Kami hanya tinggal bertiga dirumah pusaka ayah, saya, mak dan Acu. Kebun: Pada suatu pagi di kebun, mak kelihatan kurang sihat. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh: Pada keesokan harinya mak pengsan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. LATAR LATAR MASA Pagi: Pada suatu pagi di kebun, mak kelihatan kurang sihat. Petang: Pada pukul 1.00 petang, Along dan Angah tiba di hospital, tepat pukul 5.00 petang, doktor memanggil kami empat beradik kerana keadaan mak semakin kritikal. Hariraya: Setiap kali hariraya menjelang tiba, kami empat beradik akan pulang ke kampung untuk menziarahi pusara mak dan ayah. LATAR MASA Masyarakat yang bertanggungjawab: Along menjalankan tanggungjawab demi menunaikan amanah arwah mak untuk menjaga saya dan Acu sebaiknya. Masyarakat yang melanjutkan pelajaran di institusi tinggi: Angah pula Nur Azizah binti Abdul Razak berumur 21 tahun dan masih melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam jurusan Perakaunan. Masyarakat yang berdikari: Acu boleh mandi sendiri, makan sendiri, basuh dan pakai pakaian sendiri. Acu sangat pembersih dan rajin membantu saya dan mak.
Kasih sayang Berdikari Bertanggungjawab NILAI MURNI
Saya anak ketiga daripada empat beradik, Along, Angah, saya dan Acu. Along bernama Nuraini binti Abdul Razak, berumur 23 tahun dan sudah bekerja di Kuala Lumpur sebagai pegawai bank. Angah pula Nur Azizah binti Abdul Razak berumur 21 tahun dan masih melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam jurusan Perakaunan. Saya pula Norhayati binti Abdul Razak, berumur 12 tahun dan masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chenor, Pahang. Adik bongsu saya bernama Muhammad Arif Hakimi bin Abdul Razak tetapi dikenali sebagai Acu. Saya ingin menceritakan tentang kehidupan seorang Acu yang merupakan kanak-kanak istimewa dan baru berumur 10 tahun. Acu lahir sebagai seorang kanak-kanak “sindrom down”.
Acu mempunyai sifat seperti manusia biasa namun dia hanya boleh bercakap bahasanya sendiri sahaja dan hanya difahami oleh keluarga kami sahaja. Dia suka bercakap seorang diri dan melakukan sesuatu seolah-olah mempunyai dunia sendiri. Kehidupan Acu dipenuhi dengan keceriaan dan kebahagiaan tanpa perlu memikirkan masalah. Dia juga sangat disayangi oleh semua orang lebih-lebih lagi orang kampung. Telatah Acu sangat menghiburkan kerana dia suka bernyanyi dalam bahasanya sendiri. Acu memanggil setiap ahli keluarga dengan panggilannya tersendiri. Mak menjadi ‘Mano’, Along menjadi ‘Ayong’, Angah menjadi ‘Akok’ dan dia memanggil saya ‘De’. Sejak kecil lagi, mak saya mengajar Acu mengurus dirinya sendiri. Acu boleh mandi sendiri, makan sendiri, basuh dan pakai pakaian sendiri. Acu sangat pembersih dan rajin membantu saya dan mak.
Kami hanya tinggal bertiga di rumah pusaka ayah, saya, mak dan Acu. Along dan Angah cuma pulang pada waktu cuti panjang sahaja. Setelah pemergian arwah ayah, kehidupan kami sekeluarga berubah sepenuhnya. Dahulu ayah selalu hantar saya dan Acu ke sekolah tetapi sekarang mak yang hantarkan kami berdua dengan motosikal ayah. Saya berada di kelas tahun 6 dan Acu pula berada di kelas pendidikan khas. Mak menguruskan segala-galanya demi keperluan kami sekeluarga. Saya banyak belajar berdikari dengan membantu mak di kebun dan menguruskan kerja rumah.
Pada suatu pagi di kebun, mak kelihatan kurang sihat. Mak terbatukbatuk dan tidak bermaya. “Mak tak apa-apa, mak tak sihat ke?” tanya saya kepada mak. “Tak mengapa, mak cuma batuk sedikit sahaja” kata mak. Saya memujuk mak untuk pergi ke klinik “mak, baik kita pergi ke klinik dahulu”. Mak enggan pergi ke klinik kerana tidak suka berjumpa doktor “mak tak nak jumpa doktor, dua tiga hari lagi baiklah batuk mak ini”. Setelah selesai kerja di kebun, kami berangkat pulang ke rumah. Keadaan tiba-tiba semakin teruk pada malam hari tersebut. Mak terbatuk sehingga tidak dapat dapat tidur dengan nyenyak. Saya sangat bimbang dan Acu hanya duduk di sisi mak. “Akok…Akok, Mano…” kata Acu kepada saya. Saya memberikan ubat batuk kepada mak supaya bertambah baik. Tetapi batuk mak tetap tidak hilang. Hati saya tidak berhenti risau memikirkan kesihatan mak. Sebelum ini mak tidak pernah batuk seteruk ini sehingga keluar kahak yang pekat. “Mak, biarlah uda bawa mak ke klinik” pujuk saya kepada mak. “Tak apa, sekejap lagi eloklah batuk mak ini”.
Pada keesokan harinya mak pengsan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Saya dan Acu menaiki ambulans bersama mak. Saya meminta jiran sebelah rumah untuk menelefon Along dan Angah. Setibanya di hospital, mak dimasukkan ke wad kecemasan untuk rawatan segera. Saya dan Acu tidak dapat masuk ke dalam wad kecemasan dan kami hanya menunggu di luar berjam-jam lamanya. Pada pukul 1.00 petang, Along dan Angah tiba di hospital. “Uda, macam mana keadaan mak?” tanya Along dan Angah kepada saya. “Uda pun tak tahu, doktor belum memaklumkan apa-apa” jawab saya. Tiba-tiba terdengar pengumuman nama waris ahli keluarga kepada mak (Maimunah binti Hassan). Along dan Angah masuk ke dalam wad untuk berjumpa doktor yang merawat mak. Tidak lama kemudian, Along dan Angah keluar semula dengan bergelinangan air mata. Saya dan Ac uterus berlari menerpa Along dan Angah. Saya bertanya kepada Along “kenapa Along, bagaimana keadaan mak?”. Along menjawab sambil menangis teresak-esak “mak telah dimasukkan ke zon merah sebab paru-paru mak dijangkiti kuman.
Add text here Doktor cakap mak sudah tiada harapan”. Saya terduduk sambil meraung. Acu yang tidak memahami apa-apa cuma tercengangcengang melihat adegan ketika itu. Tepat pukul 5.00 petang, doktor memanggil kami empat beradik kerana keadaan mak semakin kritikal. Kami berempat menghadap mak yang sedang nazak. Along dan Angah membaca surah Yaasin. Sebelum menghemuskan nafas terakhir, mak mewasiatkan agar Along dan Angah menjaga saya dan Acu dengan sebaiknya. Saya melihat Along mengajar mak mengucap dua kalimah syahadah. Setelah melafazkan syahadah, mak pun pergi buat selamanya. Kami empat beradik menangis semahunya dengan kepergian mak. Jenazah mak dibawa pulang ke rumah untuk pengurusan pengebumian. Kami sangat bersyukur kerana orang-orang kampung banyak membantu pengurusan jenazah mak. Dengan izin Allah, jenazah mak selamat dikebumikan.
Setelah ketiadaan mak, kehidupan saya dan Acu kian berubah tiga ratus enam puluh darjah. Kami berpindah ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama Along. Kesedihan saya hanya Allah sahaja yang tahu. Hampir setiap hari saya menangis bermimpikan mak yang berada di sisi sebelum ini. Kadangkala saya melihat Acu duduk termenung bersendirian sambil memegang baju mak. Terlihat kesedihan di wajah Acu sehingga mendatangkan rasa sebak di hati saya. Ada kalanya saya melihat air mata Acu berguguran umpama memendam kesedihan meskipun dia tidak dapat mengungkapkannya. Saya pernah bertanyakan kepada Acu “Acu, kenapa menangis ini. Acu hanya menjawab “Mano..Mano…Mano…”. Saya hanya mampu menjawab sambil menangis “nanti kita jumpa mano dekat syurga ya. Acu jangan nangis dah”. Along juga kelihatan sangat sedih bahkan dia semakin kurang bercakap dan mukanya sentiasa kelihatan muram. Angah pula sering menelefon kami pada hari cuti untuk menanyakan khabar. Hari demi hari berlalu dan kami mula dapat membiasakan diri dengan kehidupan tanpa mak. Namun begitu kami tetap selalu mengingati mak di sepanjang masa. Alhamdulillah, Along berjaya dinaikkan pangkat dalam syarikat dan kehidupan kami bertambah senang. Angah pula tamat pengajian dengan cemerlang dan hanya menunggu tawaran kerja.
Inilah kisah saya dan Acu bersama keluarga tersayang. Suka dan duka kami tempuhi bersama dari kecil hingga kini. Along menjalankan tanggungjawab demi menunaikan amanah arwah mak untuk menjaga saya dan Acu sebaiknya. Angah turut banyak membantu Along dalam menjaga kami dengan penuh kasih sayang. Setiap kali hari raya menjelang tiba, kami empat beradik akan pulang ke kampung untuk menziarahi pusara mak dan ayah. Kami membersihkan kubur dan menghadiahkan doa buat mak dan ayah tersayang. Semoga mak dan ayah tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
TAMAT