SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJONG PUTERI
09300 KUALA KETIL, KEDAH DARUL AMAN
TAJUK INOVASI :
“TAMAN IBADAH HAJI”
KATEGORI PERTANDINGAN :
GURU INOVATIF SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT DAERAH BALING
DISEDIAKAN OLEH :
PN. ZURIDA BT YUSOF
ABSTRAK
Tajuk yang dikemukakan di dalam Inovasi “Taman Ibadah Haji” adalah bertujuan untuk projek
pemurnian, pengimarahan dan penambahbaikan Taman Ibadah Haji yang sedia ada. Ia
merupakan bahan inovasi pengajaran dan pembelajaran bagi topik kewajipan haji sukatan
pelajaran Tingkatan Empat dan Lima.
Bermula dengan cetusan idea oleh pengkaji untuk mewujudkan tempat amali haji yang
sempurna dan selesa telah dibentang di dalam mesyuarat panitia dan dipersetujui oleh
Pengetua. Relevan projek ini diwujudkan untuk Pdp guru yang lebih sofistikated malah lebih
meningkatkan minat pelajar dalam tajuk ini. Disamping itu, pengkaji juga dapat menerangkan
secara terperinci pelaksanaan ibadah haji secara teori dan amali. Dengan terbinanya Taman
ibadah Haji yang dipantau oleh pihak Pejabat Tabung haji Cawangan Baling telah memberi
pengiktirafan potensi Taman Ibadah Haji ini untuk simulasi ibadah haji kepada pelajar, guru,
warga sekolah serta komuniti setempat.
Ujian pra menunjukkan dua daripada sepuluh pelajar faham tentang pelaksanaan ibadah haji.
Tetapi selepas dilaksanakan secara amali, ujian pos menunjukkan lapan orang daripada sepuluh
pelajar memahami tajuk ibadah haji. Ianya juga berpotensi untuk disebarkan kepada pihak luar,
komuniti setempat, sekolah-sekolah lain dan mana-mana agensi atau NGO.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa Inovasi “Taman Ibadah Haji” dapat memberi manfaat
kepada semua pihak sama ada pelajar, warga sekolah serta komuniti setempat demi
mewujudkan modal insan yang berkualiti.
Disediakan oleh,
ZURIDA BT YUSOF
Taman Ibadah Haji merupakan bahan inovasi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam bagi topik Kewajipan haji.
Topik ini merupakan sukatan pelajaran
tingkatan empat dan lima.
Fokus utama ialah pelaksanaan ibadat haji
dan komponen-komponen yang terdapat di
dalam tajuk haji iaitu rukun haji, perkara
wajib haji, melontar di Jamratul Ula,
Jamratul Wusto dan Jamratul Aqabah
Taman ibadah Haji bukan sahaja mengandungi
komponen-komponen perjalanan haji secara
tersusun malah membantu pelajar menentukan
lokasi rukun haji, perkara wajib haji semasa
perjalanan haji dengan tepat. Contohnya
pelajar menentukan lokasi rukun haji.
Langkah pertama pelajar perlu memahami
pelaksanaan haji secara teori, sama ada
melaksanakan haji ifrad, haji tamattuk atau
haji qiran.
Seterusnya memahami miqat makani serta
zamani untuk memudahkan ibadah ini dilakukan
dengan licin dan sempurna.
Selepas itu pelajar dapat mempraktikkan
amalan ibadah haji mengikut lokasi rukun
haji yang telah ditentukan tersebut
dengan tepat.
Dalam pelaksanaan bahan inovasi ini
pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang diamalkan menjadi lebih berkesan
dan pelajar seronok melakukan amalan
ibadah haji ini seolah-olah mereka berada
di Kota suci Mekah.
4.1 Objektif Umum
Meningkatkan keupayaan guru untuk
menerangkan perjalanan haji dengan hierarki
yang tersusun agar pelajar dapat
memahaminya sebagai persediaan
menghadapi peperiksaan.
Memahami konsep ibadat haji dalam
kehidupan mereka sebagai seorang Islam.
Wajib menunaikan rukun Islam ini bagi yang
cukup syarat-syaratnya.
4.2 Objektif khusus
1. Pelajar dapat membezakan rukun haji
dengan perkara wajib haji dengan lebih tepat
2. Pelajar dapat memahami cara pelaksanaan
tawaf ,saie dan melontar di ketiga-tiga
jamrah.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 24 orang pelajar tingkatan
4 di SMK.Tanjong Puteri, Kuala Ketil, Kedah
Penjelasan proses penghasilan inovasi
mengikut kronologi
- Bermula dengan cetusan idea oleh
Pengkaji Pn Zurida bt Yusof dan
dibentangkan kepada Tuan Pengetua Pn.
Fatimah bt Saari (sekarang sudah bertukar
sekolah) tentang pembinaan Taman
Ibadah Haji di perkarangan Surau Nurul
Huda SMK Tanjong Puteri.
Melihat kepada prestasi pelajar dalam tajuk
haji setiap kali peperiksaan amat merisaukan
pengkaji. Oleh itu, pada tahun berikutnya
pengkaji cuba untuk mengesan minat pelajar
Tingkatan 4 ke atas tajuk haji melalui
temubual
Pengkaji kerap mengajar haji melalui kaedah
penerangan yang tidak disusun mengikut unit
hierarki perjalanan haji yang betul kerana
terlalu cepat mahu menghabiskan topik
sukatan pelajaran sehingga membuatkan
pelajar merasakan tajuk haji tidak relevan
untuk kehidupan seharian mereka
Kertas kerja projek inovasi kreatif yang
bertajuk “ Taman Ibadah Haji”
(Tempat teori dan amali) perjalanan
pelaksanaan Ibadah Haji dikemukakan.
- Perkara ini diperbincangkan di dalam
mesyuarat Surau Nurul Huda dan mendapat
kelulusan daripada Pengetua dan pentadbiran
sekolah.
- Tarikh pelaksanaan :
16 Januari 2016 / 23 Januari 2016
06 Februari 2016 / 27 Februari 2016
05 Mac 2016 / 11&12 Mac 2016
23-24 Mac 2016 / 30 Mac 2016
April – Mei - November 2016
Matlamat dan objektif utama diadakan
projek ini adalah untuk kemudahan guru-
guru pendidikan Islam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran
kepada pelajar terutamanya pelajar
tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Kedudukan kawasan surau yang luas,
amat sesuai dibina tempat amali ibadah
haji.
Bangunan Kaabah
(termasuk Hajarul Aswad dan Multazam)
Maqam Ibrahim
Hijir Ismail
Tempat Saie (dari Safa ke Marwah)
Tempat melontar (Jumratul Ula, Jumratul Wusto
dan Jumratul Aqabah)
Paparan bermaklumat mengenai ibadah haji dan
umrah di setiap sudut dinding luar dan dalam
Surau Nurul Huda SMK Tanjong Puteri
Kawasan Pagar Tasbih
(merupakan tempat wukuf di Padang Arafah)
7.0 ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI
Pada tahun 2016 pengkaji telah mengajar tajuk
pelaksanaan ibadat haji. Namun prestasi pelajar dalam
tajuk haji setiap kali peperiksaan tetap juga sama dan
amat merisaukan pengkaji. Oleh itu, pada tahun
berikutnya pengkaji cuba untuk mengesan minat pelajar
Tingkatan 4 ke atas tajuk haji melalui temubual.
Melalui transkrip yang diperolehi pengkaji telah
membuat kesimpulan seperti berikut:
1. Pengkaji kerap menyuruh pelajar membuat latihan
dan kerja rumah tetapi kurang memfokuskan kepada
unit-unit kecil seperti rukun dan perkara wajib haji
kerana pengkaji berpendapat ia mudah dan sedikit untuk
dihafal namun tanpa pengkaji sedari ia mengelirukan
buat pelajar apabila mereka mula mempelajari tajuk-
tajuk yang lain yang lebih abstrak seperti dam haji.
2. Pengkaji kerap mengajar haji melalui kaedah
penerangan yang tidak disusun mengikut unit
hierarki perjalanan haji yang betul kerana
terlalu cepat mahu menghabiskan topik sukatan
pelajaran sehingga membuatkan pelajar
merasakan tajuk haji tidak relevan untuk
kehidupan seharian mereka.
3. Pengkaji masih menggunakan ABM yang
kurang menarik minat murid dan bahan rujukan
pelajar yang sedia ada terlampau berasaskan
nota linear (mendatar) serta tidak sekuen
dengan perkembangan kognitif pelajar-pelajar .
MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI
Pembelajaran berpusatkan pelajar
žPelajar di dalam kumpulan yang sudah menguasai
kemahiran tertentu akan membantu menerangkan
isi pembelajaran kepada rakan-rakan yang lain
(peer teaching).
Pembelajaran berpusatkan bahan
žPelajar boleh belajar dan melakukan sendiri cara
pelaksanaan haji di Taman Ibadah Haji pada waktu
yang digemari tanpa kehadiran guru.
žTaman Ibadah haji menarik minat pelajar
mengulangkaji pelajaran di luar waktu PdP kerana
sifatnya yang prakmatik. Perkembangan ini telah
menjadikan aktiviti pembelajaran pelajar semakin
meningkat.
8.0 HURAIAN INOVASI
8.1 Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi
Pasir tengahan 3 ela
Pasir halus 2 ela
Simen 20 bag
Bata 1200 psc
Tanah bukit Safa & Marwah
Kog Jamrah 3
Tiang Jamrah 3
Cat hitam kaabah dan bukit
Cat kuning terang
Cat koko bukit
Cat putih (kaabah) dan (kolah)
Tiang selamat datang ke taman ibadat Haji
Barang untuk atap kaabah
Plaster kaabah,Maqam Ibrahim ,Hijr Ismail dan tanam tiang
jamrah /simen sudut tertentu
8.2 Cara inovasi digunakan
Guru memberi penerangan mengenai topik
Kewajipan Haji kepada pelajar secara teori
untuk pelaksanaan haji dan umrah.
Sumbangsaran serta bersoal jawab tentang
tajuk bertujuan memberi kefahaman kepada
pelajar.
Melaksanakan ibadah haji secara praktikal
bermula dari perkara utama yang perlu
dilakukan termasuklah perkara wajib haji dan
rukun haji.
Pelajar di agihkan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan diwajibkan menghafaz doa-
doa semasa melakukan tawaf, saie
8.3 Kos bagi menghasilkan inovasi -RM2944.00
(Dua ribu sembilan ratus empat puluh empat ringgit sahaja)
PERINCIAN KOS PEMBINAAN TEMPAT AMALI HAJI
1. Pasir tengahan 3 ela –RM 51x3 RM153.00
2. Pasir halus 2 ela –RM 55X2 RM110.00
3. Simen 20 bag –RM17.50 RM350.00.
4. Bata 1200 psc- RM140X2 RM280.00
5. Tanah bukit Safa & Marwah 2loriXRM60 RM 120.00
6. Kog Jamrah 3 –RM 80X3 RM240.00
7.Tiang Jamrah 3 –RM 18X3 RM54.00
8. Cat hitam kaabah dan bukit 4xRM33 RM132.00
10.Cat kuning terang 1xRM55 RM55.00
11. Cat koko bukit 2Xrm33 RM66.00
12.Cat putih (kaabah) dan (kolah)2xRM33 RM66.00
13. Kos tiang selamat datang ke taman ibadat Haji RM 150.00
14. Barang untuk atap kaabah & atap kolah RM 48.00
15.Upah plaster kaabah,maqam Ibrahim ,Hijr Ismail RM 250.00
dan tanam tiang jamrah /simen sudut mimbar surau
16. Makanan &minuman gotong royong 4x RM120 RM480.00
JUMLAH RM 2244.00
1.UstazahZurida PLAN PERJALANAN PROGRAM GOTONG ROYONG
& Pelajar PENGIMARAHAN SURAU NURUL HUDA KALI PERTAMA.
2.Ustaz Abdul Ghani TARIKH:23&24 MAC 2016 (RABU&KHAMIS)
& Pelajar
A. Pengurusan mengatur plan tindakan
3- Cikgu Sazali B. Mengadakan Sudut dan fail Inovasi Surau
Cikgu Zahran
Cikgu Hairul Pengurusan menyiapkan saki baki pembinaan – tempat amali haji
Cikgu Erizuan 1. Mengecat kaabah dengan warna hitam
Dan Pelajar
1. Mengurus/ menyiapkan lanskap bukit Safa dan Marwah
3- Cikgu Firdaus 2. Mengecat Kog Jamrah (Tempat melontar)
Cikgu Ridzuan 3. Mengecat laluan safa dan Maruah.(Cat kuning selang seli dengan koko)
Dan Pelajar
1. Mengurus/ mengdrill banner
4- Ustazah Rashidah 2. Baner surau – dril di sebelah belakang surau.(tempat amali Haji)
Pelajar 3. Baner tulisan “Hayya ala Solah dan Hayya ala falah’-Dril di dinding sebelah depan surau
5-Ustazah Zaini-Pelajar 4. Baner selamat datang
5. Baner assalamualaikum
6- Ustazah Zakiah& 1. Menyediakan buletin dan Bahan bacaan surau
Pelajar 2. Menyediakan label2 dalam surau
1. Menyusun kedudukan freem Al-Quran di atas cermin dan susun atur di bahagian depan dalam
7-Ustazah Shahiruh
& Cikgu Azlini,Cikgu Suriani dan surau.
Pelajar 2. Menampal bahan bermaklumat di mana2 tempat yang di kira sesuai.
1. Membeli bekas air bacaan yasin
8-Ustazah Rokiah 2. Menulis label air bacaan yasin
3. Mencari meja dan hias meja untuk letak air bacaan yasin
9-Ustazah Siti Hajar 4. Dapatkan kain purple pada Ustz Rokiah dan reben kuning dalam almari surau
1.Mengecat dinding sudut Berilmu dan menyediakan bahan Kalam Tauhid
10.Pak Chat ,Encik Amir & Man 2.Menyiapkan Papan Kenyataan Luar
(pekerja sek.) 3.Menghias belakang almari telekung untuk dijadikan tempat bermaklumat
PengurusanPentadbiran / Kewangan
1. Memurnikan Buku Inventori Surau
2. Papan kenyataan dalam
1.Kumpul Bahan tazkirah surau dan dokumentasi
2.Buat jadual tazkirah sebelum @ selepas solat.
1.Menyimen lantai kawasan sekeliling kaabah
1. Mengurus plaster Hijir Ismail tempat amali haji.
8.4 Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan
pembelajaran
Jadual 1:
Perbandingan pencapaian skor ujian sebelum dan selepas
menggunakan Taman Ibadat Haji Terdiri dari 24 orang pelajar
Sasaran; Tingkatan 4 Kenari di SMK Tanjong Puteri pada 13
Mac 2016.
SKOR GRED SKOR UJIAN PRA TANPA SKOR UJIAN POS
ITEM MENGGUNAKAN TAMAN MENGGUNAKAN TAMAN IBADAH HAJI
IBADAH HAJI
BILANGAN PERATUSAN BILANGAN PERATUSAN
20-23 A 2 8.3 8 33.3
4 16.6 6 25
17-19 B 6 25 10 41.7
5 20.8 - -
14-16 C 4 16.6 - -
3 12.5 - -
10-13 D 24 87.5 24 100
- - -
6-9 E -
0-5 F
JUMLAH HADIR
TIDAK HADIR
Berdasarkan keputusan analisis skor ujian
pencapaian daripada jadual iaitu ;
Perbandingan skor dalam ujian pra dengan skor
ujian pos pelajar, pengkaji dapat membuat
kesimpulan bahawa ;
Pendekatan pengajaran akses-kendiri dengan
menggunakan Taman Ibadah Haji telah
membantu pelajar dalam menguasai hasil
pembelajaran yang dinyatakan dalam kajian
ini.
MP A- B+ B C+ C D E G% % GPMP BEZA
P. A+ A
ISL 15 19 31 25 LULUS GAGAL 5.50 -0.52
AM 24 38 36 34 4.98
44 17 18 38 82.81 17.19
2
0 4 10 26 15 13 33 85.65 14.35
1
5
2
038
1
6
Taman Ibadah Haji dapat meningkatkan peratus gred matapelajaran
Pendidikan Islam dalam keputusan SPM
8.5 Potensi untuk disebar kepada pihak lain
Taman Ibadah haji ini juga telah digunakan oleh
guru-guru dan staf Sekolah Menengah Kebangsaan
Tanjong Puteri dalam kursus (LDP) yang diadakan
pada 11 Febuari 2017.
Disampaikan oleh seorang penceramah Haji dari
Syarikat Andalusia.
Dapatan daripada Peserta Kursus ;
Sangat memberi manfaat
Menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman
Dapat melakukan amali mengerjakan umrah
dan haji.
SKOR ITEM GRED SKOR UJIAN (SEBELUM SKOR UJIAN (SELEPAS
MENGGUNAKAN TAMAN MENGGUNAKAN TAMAN
40-47 Faham
80% IBADAT HAJI) IBADAT HAJI
32-39 Faham 4 ORANG GURU 9 ORANG GURU
24-31 60%
16-23 9 ORANG GURU 14 ORANG GURU
0-15 Faham 14 ORANG GURU 16 ORANG GURU
50% 13 ORANG GURU 8 ORANG GURU
Jumlah 7 ORANG GURU 0 ORANG GURU
Hadir Faham
40% 47 ORANG GURU 47 ORANG GURU
Faham
20%
Taman Ibadah haji boleh digunakan oleh
mana-mana pelajar.
Taman Ibadah haji ini telah diguna oleh guru-
guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong
Puteri
Taman Ibadat haji ini juga telah di gunakan
oleh pelajar pelajar tingkatan empat sewaktu
program eksplorasi Haji.
Taman Ibadat haji ini telah di gunakan oleh
guru-guru sekolah sewaktu kursus pelaksanaan
Umrah dan Haji ( LDP) peringkat sekolah.
Lawatan daripada Pengurus Besar Lembaga
Tabung Haji Cawangan Baling .
Taman Ibadat haji ini berpotensi untuk
dimanfaatkan oleh Lembaga Tabung Haji bagi
kegunaan bakal jemaah haji yang datang
berkursus secara praktikal di sini.
Telah memperolehi pengiktirafan daripada Tn
Hj. Roszailizan bin Hj Awang (Pengurus
Lembaga Tabung Haji Daerah Baling).
Menurut beliau bahawa tempat ini
mempunyai ciri-ciri rekacipta dan bersifat
inovatif dan berpotensi untuk memberi
kefahaman kepada pelajar –
pelajar,masyarakat luar dan bakal jemaah
haji dan umrah sebagai pelengkap bagi kursus
haji dan umrah
Kebanyakan faedah yang diperolehi hasil dari
kemahiran personal dan interpersonal sehingga
terbinanya Taman Ibadah Haji ini telah memberikan
saya semangat dan minat untuk belajar, membaca
dan mencuba kaedah pengajaran baru dengan lebih
profesional.
Pembinaan Taman Ibadah haji ini bukan sahaja telah
menjadikan pengajaran guru lebih “sofistikated”
malah dapat meningkatkan minat pelajar di dalam
pembelajaran.
Melalui kaedah dan teknik mengajar ini, sudah tentu
akan dapat melahirkan pelajar yang berilmu
pengetahuan serta kebolehan menyatakan idea dan
fikiran dengan jelas, objektif dan rasional.
Seterusnya akan menghasilkan pencapaian pelajar
selaras dengan falsafah dan Matlamat Pendidikan
Negara.
Program : BORANG PENILAIAN PROGRAM AMALI
Lokasi Program : IBADAH HAJI DAN UMRAH
Nama :
PROGRAM AMALI IBADAH HAJI DAN UMRAH
TAMAN IBADAH HAJI SURAU NURUL HUDA SMKTPI
Tarikh : 11 FEBRUARI 2017
Sebagai keperluan kajiselidik untuk mengetahui tahap keberkesanan program ini, kami amat menghargai kerjasama anda untuk
melengkapkan borang ini. Sebarang maklumbalas kami dahului dengan ucapan terima kasih
Maklumat Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat
Setuju Pasti Setuju Tidak Setuju
1. Secara keseluruhan program
ini bermanfaat bagi saya
2. Kandungan program adalah
relevan dan bersesuaian dengan
tuntutan semasa umat
3. Penceramah Berjaya
menyampaikan matlamat tajuk
dengan berkesan
4. Program sebegini sepatutnya
lebih mendalam isi kandungannya
5. Secara peribadinya saya
memahami tajuk dan pengisian
program ini
6. Tindakan susulan program
perlu dibuat
7. Saya akan syorkan program ini
kepada masyarakat / pihak lain
8. Saya bersedia untuk
membantu program seperti ini,
jika diminta
Sila √ di dalam kotak yang berkenaan
Dalam ayat sendiri, tolong berikan
komen program ini berkaitan :
a) Bagaimana ia membantu
dalam kefahaman anda ?
b) Perkara-perkara utama yang
relevan dalam konteks setempat?
c) Perkara-perkara yang perlukan
kajian lanjut
Cadangan dan lain-lain komen :
GALERI INOVASI KREATIF
PENUH DENGAN MAKLUMAT HAJI DAN UMRAH
TEMPAT
WUKUF
JEMAAH HAJI
TAMAN IBADAH HAJI
DIKELILINGI OLEH PAGAR
TASBIH YANG DIPERBUAT
DARI BOTOL TERBUANG
HASIL IDEA DARI
PENGKAJI.
Rujukan:
1.Dr.Zulkifli Mohammad Al-Bakri.(2010).Kitab Al-Taudhih Panduan
Lengkap Ke Arah Kesempurnaan Ibadah Haji & Umrah.
Penerbitan Darul Syakir Enterprise sdn.Bhd.Bandar Baru Bangi,
Selangor.
2. Muhammad Idris Abdul Rauf.(2009).Muhtasar Sahih Ar Tarmizi
Juzuk ke enam.Darul Fikr sdn.Bhd.
3. Nota Kursus Asas Haji (KAH).(2015).Modul Kursus Asas Haji (TH-
JAKIM) Penerbitan oleh Bahagian Bimbingan Jabatan Haji Lembaga
Tabung Haji
4. Manual Kajian Tindakan.Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.(1993-1996)
5. Abd.Rahim Abd.Rashid.(2007).Profesionalisme Keguruan Prospek
dan Cabaran. Cet dua.Selangor Darul Ehsan. Dawama Sdn.Bhd.