1
2
3
4
SEK. MEN. KEB. TANJONG PUTERI
09300 KUALA KETIL, KEDAH
Email : [email protected]
Tel. : 04-4163853
KAJIAN TINDAKAN
CELIK JAWI
PENYELIDIKAN
GURU
PENGGUNAAN “SMART BROCHURE”
DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENYAMBUNG HURUF JAWI
Disediakan Oleh :
USTAZAH ZURIDA BT YUSOF
SMK.TANJONG PUTERI
09300 KUALA KETIL ,KEDAH
5
KAJIAN TINDAKAN
PENGGUNAAN “SMART BROCHURE” DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWI
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kelemahan pelajar dalam mengenal, membaca dan menulis
jawi. Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 1 Dedikasi SMK Tanjong Puteri Kuala Ketil dipilih yang terdiri
daripada pelajar lemah dan sederhana daripada tinjauan awal yang dilaksanakan melalui latihan harian.
Hasil tinjauan awal menunjukkan pelajar lemah yang begitu ketara dalam menulis, menyambung perkataan
terhadap huruf yang boleh disambung dan huruf yang tidak boleh disambung. Perancangan tindakan
difokuskan kepada penggunaan Smart Brochure Jawi iaitu satu nota rujukan yang membolehkan
pelajar mempelajari dan memahami asas huruf jawi pada bila-bila masa,di mana-mana tempat dan
mengenalpasti kaedah untuk membaca dan menulis jawi dari peringkat asas lagi.Peringkat pertama
pengenalan huruf rumi ke jawi yang jelas dan menarik. Guru menyebut satu persatu diikuti pelajar secara
beramai-ramai dan juga secara individu. Peringkat ini pengkaji menggunakan carta asas huruf jawi ke rumi.
Peringkat yang kedua, kaedah suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Teknik Smart Brochure Jawi
difokuskan kepada cara membaca, membina dan menulis perkataan yang terdiri daripada ,dua sukukata
,tiga suku kata atau lebih. Manakala peringkat terakhir menggunakan kaedah membaca, membina dan
menulis rangkaikata dan teks pendek sebagai alat bantu mengajar yang lebih menarik dan interaktif untuk
menimbulkan minat pelajar untuk belajar. Penggunaan Smart Brochure Jawi telah menunjukkan hasil
maklum balas pelajar mereka mula berminat dan seronok belajar jawi. Hasil dapatan menunjukkan
perubahan positif dan peningkatan prestasi pelajar mengenal asas huruf jawi dan mampu menentukan
huruf yang boleh disambung dan huruf yang tidak boleh disambung dengan lebih betul walaupun
mengambil masa untuk menulis dan menguasai jawi dengan tepat.Semoga ianya menjadi panduan
perkongsian buat guru-guru lain dan dapat menyumbang kepada peningkatan tahap pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran pendidikan Islam.
Disediakan Oleh :
USTAZAH ZURIDA BT YUSOF
SMK.TANJONG PUTERI
09300 KUALA KETIL ,KEDAH
6
KAJIAN TINDAKAN 2021
NAMA SEKOLAH:
SEK. MEN. KEB. TANJONG PUTERI, 09300 KUALA KETIL, KEDAH.
KOD SEKOLAH
KEA 0065
NAMA PENYELIDIK:
USTAZAH ZURIDA BT YUSOF
TAJUK KAJIAN:
PENGGUNAAN“BROSHURE SMART JAWI” DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS
JAWI
ABSTRAK
A.PEMERHATIAN
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Mata pelajaran pendidikan Islam diajar di sekolah bertujuan untuk melahirkan pelajar pelajar yang
berilmu berkaitan dengan Al-Quran,akidah ,ibadat ,sirah dan adab akhlak yang mulia sebagai seorang
muslim. Para pelajar dibekalkan buku teks yang kesemua bidang tadi ditulis dalm tulisan jawi.
Permasalahan ini dikenal pasti apabila pengkaji meminta pelajar membaca buku teks Pendidikan Islam
dalam tulisan jawi, pelajar teragak-agak dan tidak dapat membaca jawi dengan jelas dan tepat. Ini
bermaksud pelajar masih belum berjaya dan tidak dapat menguasai bacaan dan tulisan jawi dengan tepat
walaupun sudah berada di sekolah menengah
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kelemahan pelajar dalam mengenal, membaca dan
menulis jawi. Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 1 Dedikasi SMK Tanjong Puteri Kuala Ketil dipilih
yang terdiri daripada pelajar lemah dan sederhana daripada tinjauan awal yang dilaksanakan melalui
latihan harian. Hasil tinjauan awal menunjukkan pelajar lemah yang begitu ketara dalam menulis,
menyambung perkataan terhadap huruf yang boleh disambung dan huruf yang tidak boleh
disambung.Oleh itu, saya bertekad untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam membaca dan
menulis jawi
7
2.0 Pernyataan Masalah
Daripada refleksi di atas, didapati beberapa orang pelajar tidak dapat membaca tulisan jawi dalam
buku teks. Saya telah memberikan soalan latihan tentang menjawikan tulisan rumi kedalam tulisan
jawi.Saya dapati beberapa orang pelajar tidak boleh menulis jawi walaupun perkataan yang mudah seperti
perkataan pada peringkat suku kata terbuka dan sukukata tertutup bahkan ada pelajar yang lansung tidak
mengenali huruf jawi.
Saya yakin jika pelajar ini didedahkan dengan teknik dan kaedah dari peringkat asas lagi membaca
dan menulis jawi maka usaha ini akan dapat membantu pelajar mengenali huruf jawi dan membaca buku
teks jawi dengan baik dan pelajar mendapat ilmu daripada hasil pembacaan mereka itu. Sekiranya, masalah
ini tidak dapat diatasi dari peringakat akar umbi, hal ini pasti akan memberi kesan pada keputusan pelajar
dalam matapelajaran Pendidikan Islam SPM nanti.
3.0 Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai objektif berikut:
3.1 Objektif Umum
Pelajar dapat mengenal huruf,mengeja,membaca buku teks pendidikan Islam dan menulis perkataan dan teks
pendek dalam tulisan jawi.
3.2 Objektif Khusus
i. Membantu pelajar mengenal huruf
ii. Membantu pelajar mengenal huruf yang boleh disambung dengan huruf yang tak boleh disambung
dengan penggunaan smart broshure jawi.
iii. Membantu pelajar mengeja jawi bermula dari peringkat asas dua sukukata ,tiga sukukata,empat
sukukata hinggalah dapat mengeja teks pendek dalam tulisan jawi.
iv. Untuk menarik minat pelajar mempelajari bahasa jawi.
8
4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 11 orang daripada 32 orang pelajar dalam tingkatan 1 Dedikasi. Tahap pencapaian
pelajar ini adalah sederhana dan lemah. Pelajar itu terdiri daripada
Jadual 1 : Kumpulan Pelajar
Bangsa Lelaki Perempuan
Melayu
Jumlah 65
Sumber: Data Entrolmen 2021
B. REFLEKSI
4.1 Perancangan Tindakan
i) Pemerhatian
Saya telah memerhatikan tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung sebelum kajian. Saya meminta pelajar untuk membaca buku teks atau petikan mudah
secara bergilir. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, jumlah pelajar yang boleh membaca
buku teks jawi adalah separuh daripada kelas. Kebanyakan mereka susah untuk menyambungkan
huruf- huruf .
ii) Ujian Pra
Satu Ujian Pra Ujian diagnostik jawi telah dilaksanakan pada awal pelaksanakan Kajian
Tindakan ini dimana soalan dalam Ujian Pra merangkumi jenis soalan menulis perkataan dalam
tulisan jawi.Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana pengetahuan
dan kemahiran pelajar dalam menyambungkan huruf untuk membina perkatan dalam tulisan jawi.
iii) Ujian Pos Soal selidik
Ujian pos diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mendapatkan maklum balas pelajar.markah
soalan jawi sangat rendah
Temubual dengan beberapa orang guru pendidikan Islam tentang isu ini. Pelajar dalam kelasnya juga
tidak dapat menguasai bacaan dan tulisan jawi dengan baik.
9
C. MERANCANG
4.2 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
D. MELAKSANAKAN INTERVENSI
Aktiviti 1: Guru menghasilkan menghasikan “Brochure Smart Jawi”
Saya cuba menerangkan pelaksanaan“Brochure Smart Jawi” dalam microsoft “publisher adalah satu nota
rujukan yang menarik dan berinformasi membolehkan pelajar-pelajar mempelajari dan memahami asas huruf
jawi pada bila-bila masa,di mana-mana saja dan mengenalpasti kaedah untuk membaca dan menulis jawi dari
peringkat asas serta dapat membezakan di antara huruf-huruf jawi tunggal yang boleh disambung dengan
huruf-huruf jawi tunggal yang tidak boleh disambung
Aktiviti 2 : Penerangan tentang “Broshure Smart Jawi’ kepada pelajar
Sewaktu sebelum PKP saya telah memberi penerangan kepada pelajar-pelajar tentang “ Broshure Smart
Jawi’.Saya telah melakukan beberapa tinjauan dan saya kenal pasti melalui jawapan pelajar ialah tidak dapat
menulis dan menyambungkan huruf jawi dengan betul. Oleh itu, saya telah memulakan kaedah carta di mana
guru menunjukkan carta yang mana mempunyai tulisan jawi .Setelah itu guru menyebut satu persatu dan
diikuti oleh pelajar-pelajar beramai-ramai dan juga secara individu. Semasa PdP kepada kumpulan sasaran
saya memberikan kepada pelajar “ Broshure Smart Jawi sebagai satu kaedah panduan untuk
memahami,menulis dan mahir menyambungkan huruf jawi bagi membentuk perkataan jawi yang betul.
Aktiviti 3: Penerangan tentang “ Broshure Smart Jawi’ kepada waris
Semasa PKP saya menelefon pelajar 1 Dedikasi yang telah dikenalpasti belum menguasai tulisan jawi dengan
menghubungi ibubapa tentang masalah anak mereka dan menawarkan mereka belajar di rumah saya untuk
dibimbing dengan mematuhi syarat-syarat SOP.
10
4.3.1 Jadual Pelaksanaan
BIL AKTIVITI TARIKH
PELAKSANAAN
1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
2. Menulis kertas cadangan / proposal kajian. 11 April 2021
3. Merancang Tindakan- (individu/ Panitia) 14 April 2021
4. Melaksanakan tindakan- aktiviti 1 15 April 2021
5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 20 April 2021
24 April 2021
(dalam panitia)
6. Menjalankan Ujian Pra 25 April 2021
7. Menganalisis ujian pra 27 April 2021
8. Melaksanakan tindakan aktiviti 2
9. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 2 Mei 2021
15 Mei 2021
(dalam panitia)
10. Melaksanakan tindakan aktiviti 3 1 Jun 2021
11. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 3 Jun 2021
(dalam panitia) 8 Jun 2021
12. Menjalankan kaedah bimbingan whastapp dan voice call 11 Jun 2021
13. Refleksi kajian 21 Jun 2021
14. Menulis laporan kajian
4.3.2 Kos Kajian
BIL JENIS BAHAN KUANTITI HARGA JUMLAH
SEUNIT (RM) (RM)
1. Kertas A4 20 X .020 4.00
2. Fotostart kertas latihan 2.00
3. Kertas Manilakad 20 helai X 10 2.40
4. Print Warna 10.00
2 X 1.20
JUMLAH 18.40
10 X 1.00
(Lapan belas Dan Empat Puluh Sen Sahaja)
11
E. PEMERHATIAN SEMULA Kesan dan perubahan yang berlaku
1.Pembelajaran berpusatkan pelajar
ž Pelajar di dalam kelas dapat mencba untuk memahami asas padanan huruf rumi ke jawi dalam
“brochure smart jawi’ Pemahaman ini akan membawa kemahiran tertentu
Mengenal huruf-huruf yang boleh dan huruf yang tidak boleh disambung.
2.Pembelajaran berpusatkan bahan
ž Pelajar boleh belajar dan melakukan sendiri cara menulis dua sukukata atau tiga sukukata jawi
dengan panduan nota dari brochure smart jawi itu.
ž Brochure smart jawi’ menarik minat pelajar mengulangkaji pelajaran jawi di luar waktu PdP kerana
sifatnya yang prakmatik. boleh diguna dan dibawa kemana-mana. Tambahan pula sewaktu PKP pelajar boleh
menggunakannya di rumah dan boleh
3. Keberkesanan Inovasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran
Jadual 1:
Perbandingan pencapaian skor ujian sebelum dan selepas menggunakan Brochure smart jawi’ Terdiri dari
11 orang pelajar Sasaran; Tingkatan 1 Dedikasi di SMK Tanjong Puteri pada 13 April 2021.
SKOR GRED SKOR UJIAN PRA TANPA SKOR UJIAN POS
ITEM MENGGUNAKAN MENGGUNAKAN
BROCHURE SMART JAWI’
BROCHURE SMART JAWI’
BILANGAN PERATUSAN
BILANGAN PERATUSAN
16-20 A 4 36.3
11-15 B 5 45.5
6-10 C 4 36.3 2 18.2
0-5 D 7 63.7 - -
JUMLAH HADIR 11 100 11 100
Berdasarkan keputusan analisis skor ujian pencapaian daripada jadual iaitu ;
Perbandingan skor dalam ujian pra dengan skor ujian pos pelajar, pengkaji dapat membuat kesimpulan
bahawa ;
Pendekatan pengajaran akses-kendiri dengan menggunakan “Brochure smart jawi’ telah membantu
pelajar dalam menguasai hasil pembelajaran yang dinyatakan dalam kajian ini.
12
F. KEJAYAAN
RUMUSAN
Kajian lalu mendapati tahap penguasaan pelajar dalam membaca dan menulis jawi masih berada
pada tahap yang lemah. Kelemahan pelajar dalam mata pelajaran jawi adalah faktor minat dalam
mempelajari jawi ekoran tidak mampu membaca dan memahami kandungan dalam buku teks tersebut
dengan baik. Masalah utama berkaitan kelemahan pelajar menyambung huruf jawi tunggal ialah
pelajar-pelajar keliru apabila diminta menyambungkan beberapa huruf jawi tunggal supaya ianya
menjadi satu ayat atau perkataan yang bermakna. Begitu juga keadaannya ketika menukarkan tulisan
rumi ke dalam tulisan jawi. Lantaran itu, satu kaedah khas telah digunakan untuk memudahkan murid
menyambung huruf tunggal jawi dengan menggunakan “Brochure Smart Jawi”. Melalui penggunaan
broshure ini, pelajar-pelajar dikehendaki mengikut formula yang dicadangkan dan memahami cara
menggunakan “Brochure Smart Jawi”. Berbekalkan keazaman ,usaha dan kesabaran serta pelbagai
aktiviti yang dirancang di harap dapat menarik minat pelajar. Juga diharapkan dengan penggunaan
“Brochure Smart Jawi” memberi nafas baharu bagi pelajar-pelajar untuk menguasai tulisan jawi.
Kebanyakan faedah yang diperolehi hasil dari kemahiran personal dan interpersonal sehingga
terhasilnya “Brochure Smart Jawi” ini telah memberikan saya semangat dan minat untuk belajar,
membaca dan mencuba kaedah pengajaran baru dengan lebih profesional.
Penghasilan “Brochure Smart Jawi” ini bukan sahaja telah menjadikan pengajaran guru lebih
“sofistikated” malah dapat meningkatkan minat pelajar di dalam pembelajaran. Seterusnya akan
menghasilkan pencapaian pelajar yang berilmu dan menguasai tulisan jawi yang merupakan khazanah
bangsa yang sangat berharga .
13
PENGGUNAAN “SMART BROCHURE JAWI”
Bibliografi
14
Siri Najah Belajar Jawi Barharu Percetakan Fargoes Books Sdn. Bhd.
Adnan Mohamed Yusuf at el. (2008). Open University Malaysia, HBIS3203
Pendidikan Islam Tahun 5 & 6. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Amat Juhari Moaian. (1992). Sejarah Tulisan Jawi Jurnal Bahasa 35(11):101 1012.
Hamdan Abdul Rahman (1999). Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1998). Daftar Ejaan Rumi dan Jawi. Kuala Lumpur;
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail bin Dahaman & Manshoor bin Haji Ahmad (1996). Pedoman Ejaan Jawi
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
15