The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umai.sufiya, 2021-08-31 04:21:47

Kajian Kes Sejarah Kesultanan Johor Riau

kajian kes sejarah 2021

Kajian Kes
Sejarah
Tingkatan 2

-Kesultanan

Johor Riau-

Nama : Nur Umairah Sufiya binti Amrul
Affendi

Tingkatan : 2 Edinburgh
No Maktrik : CP201087

Nama Guru : Zulkifli bin Yasok

1.1 Jadual Kerja

1 23 Julai 2021 Menerima taklimat daripada guru /
subjek Sejarah berkaitan penulisan /
tugasan.
/
2 31 Julai 2021 Membuat rujukan awal ke laman
/
web yang berkaitan dengan tajuk
/
tugasan. /
/
3 7 Ogos 2021 Mengenalpasti cara penulisan /

tugasan dan menentukan tajuk

penulisan.

4 15 Ogos 2021 Membuat rujukan lanjut berkaitan

dengan tajuk tugasan menerusi

buku.

5 21 Ogos 2021 Menulis pengenalan dan pelaporan

penuh tugasan.

6 22 Ogos 2021 Rumusan pengetahuan, nilai murni
dan harapan.

7 28 Ogos 2021 Mengemaskini tugasan.

8 31 Ogos 2021 Menyemak dan menghantar
tugasan.

1.2 Objektif Kajian

1. Untuk mengetahui latar belakang Kesultanan Melayu
Johor Riau.

2. Untuk memahami faktor kegemilangan Kesultanan
Johor Riau.

3. Untuk mengkaji cara untuk memartabatkan karya
persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa.

1.3 Kaedah Kajian

Bahan Ilmiah: buku teks

Saya menggunakan buku teks Sejarah Tingkatan 2 sebagai
rujukan saya kerana info dan maklumat yang lengkap dan

mudah difahami.

1.4 Pengenalan

Salam sejahtera kepada semua yang sedang membaca.
Saya Nur Umairah Sufiya selaku penulis kajian kes ini ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
telah membantu saya menyiapkan folio ini sama ada secara
langsung atau tidak. Terima kasih juga kepada guru subjek
Sejarah saya yang berwibawa lagi bijaksana, En. Zulkifli nin
Yasok kerana telah memberi tunjuk ajar tentang tajuk 6
iaitu Kesultanan Johor Riau yang merupakan topik utama
folio ini. Seperti yang dikatakan, tajuk kajian kes saya ialah
Kesultanan Johor Riau. Saya telah menerangkan sedikit
sebanyak pengetahuan saya tentang tajuk tersebut dengan
rujukan yang dipercayai sahih dan tepat.

Antara perkara yang akan diketengahkan ialah latar
belakang pengasasan Kesultanan Johor Riau dan faktor
kegemilangan Kesultanan Johor Riau dari aspek pusat
perdagangan yang unggul, pengurusan pelabuhan serta
pusat persuratan. Silalah menikmati sesi pembacaan anda
dan mohon maafkan saya jika terdapat banyak kekurangan
dari segi tatabahasa, kesalahan maklumat dan sebagainya.

2) Latar belakang pengasasan
Kesultanan Johor Riau

2.1 Pengenalan

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan
Melayu Melaka. Kerajaan ini mewarisi sistem pemerintahan
dan pentadbiran serta wilayah jajahan takluk dan naungan
Kesultanan Melayu Melaka. Tradisi kegemilangan diteruskan
oleh Kesultanan Johor Riau dan keagungan kerajaan awal di

Alam Melayu.

a)Pengasasan Kerajaan

Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali,
putera kepada Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah.
Baginda menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat
Shah I (1528-1564). Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan
menghimpunkan rakyat untuk membuka negeri di pesisir
Sungai Johor.

b)Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua

Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat
pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun 1528.
Kedudukan Kota Kara terletak berhampiran sungai yang
lebar dan dalam memudahkan kapal untuk keluar masuk.
Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi
benteng pertahanan daripada ancaman luar.

C) Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang

Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh
Portugis pada tahun 1535. Sultan Alauddin Riayat Shah I
berundur dan pusat pemerintahan dibuka di Kota Sayong.
Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar
melintasi sungai yang sempit.

d) Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama.

Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I memindahkan
pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor Lama. Kawasan ini juga
dikenal sebagai Tanjung Batu. Kedudukannya yang strategik di
Sungai Johor yang lebar dan dalam memudahkan kemasukan
kapal dagang.

Sultan Alauddin Riayat Shah I telah meletakkan asas yang
kukuh untuk pemerintah seterusnya mengembalikan

kewibawaan dan kedaulatan kerajaan Kesultanan Melayu.
Semangat gigih dan usaha tanpa jemu yang ditunjukkan oleh

Sultan Alauddin Riayat Shah I wajar dijadikan iktibar oleh
kita dalam menzahirkan semangat cinta akan negara.

2.2 Cabaran Ke Arah Kegemilangan

Kesultanan Johor Riau menghadapi pelbagai cabaran untuk
mempertahankan kedaulatannya, seperti persaingan Johor-
Acheh-Portugis, Perang Johor-Jambi, konflik pembesar dan

ancaman Raja Kechil.

1. Persaingan Johor-Acheh-Portugis

Peperangan ini berlaku antara tiga kuasa ini untuk
menguasai perdagangan di Selat Melaka. Perang ini dikenali
sebagai Perang Tiga Segi atau Perang Seratus Tahun.
Peperangan ini berakhir apabila Johor memberikan bantuan
kepada Belanda untuk mengalahkan Portugis dan menguasai
Melaka pada tahun 1641. Acheh pula mengalami kemerosotan
selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani.

2. Perang Johor-Jambi.

Wilayah Tungkal dituntut oleh Johor daripada kerajaan
Jambi. Krisis dan peperangan berlaku dari tahun 1659 hingga
1679. Johor menyerang Jambi pada bulan Jun 1679. Jambi
tewas dan tunduk di bawah kuasa Kesultanan Johor Riau
yang berpusat di Riau.

3. Konflik Pembesar

Berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan
Laksamana Tun Abdul Jamil untuk menguasai pemerintahan
Kerajaan Johor Riau. Persaingan berakhir dengan
pengunduran Laksamana Tun Abdul Jamil ke Terengganu.
Keturunan Bendahara kembali berpengaruh dalam
pemerintahan Kerajaan Johor Riau. Tun Habib meninggal
dunia dan dikenali dengan gelaran Bendahara Padang
Saujana. Tun Abdul Jalil iaitu anaknya menggantikan jawatan
Bendahara beliau.

4. Ancaman Raja Kechil

Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718 untuk
menuntut takhta kerajaan Johor. Baginda mendakwa dirinya
sebagai putera Sultan Mahmud Shah I (Sultan Mahmud
Mangkat Dijulang) (1685-1699). Baginda mengisytiharkan
dirinya sebagai Sultan Johor Riau dengan menggunakan
gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Raja Sulaiman, putera
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV meminta bantuan Opu Bugis
Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil. Raja Kechil
akhirnya dapat dikalahkan pada 4 Oktober 1722. Raja
Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan gelaran
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760). Daeng
Merewah pula dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda atau
Yamtuan Muda Bugis yang pertama di Johor.

2.3 Strategi Menghadapi Cabaran

Kepemimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi
cabaran yang menggugat kedaulatannya dengan

menggunakan beberapa strategi. Antaranya termasuklah
memindahkan pusat pemerintahan, membina kota

pertahanan serta menjalinkan hubungan persahabatan
dengan Belanda.

• Pemindahan Pusat Pemerintahan

Sebahagian besar pusat pemerintahan Kesultanan Johor
Riau terletak di sepanjang pesisir Sungai Johor. Semasa
pemerintahan Sultan Ibrahim (1677-1685), kegemilangan
Kesultanan Johor Riau diteruskan di Kepulauan Riau Lingga
yang menjadi pusat pemerintahan yang baharu. Keperluan
strategi ketenteraan dan pertahanan serta muslihat
mempertahankan diri daripada ancaman Portugis dan
Acheh Pusat menyebabkan pemerintahan sering berpindah.

• Membina Kota Pertahanan

Kota Kara Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan
Alauddin Riayat Shah I. Ia terletak di Kuala Sungai Telor.
Pagarnya dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40
kaki (12 meter) dan diperkuatkan dengan bedil dan meriam.

• Menjalinkan hubungan dengan Belanda

Kepimpinan Kesultanan Johor Riau mengekalkan kedaulatan
kerajaan dengan mengadakan perjanjian persahabatan
dengan pihak Belanda. Dasar berbaik-baik dengan Belanda
dilakukan sebagai strategi untuk menghadapi ancaman
daripada Portugis di Melaka dan Acheh.

3) Faktor Kegemilangan
Kesultanan Johor Riau

Kesultanan Johor Riau muncul sebagai sebuah kerajaan yang
kuat dan unggul di Alam Melayu. Kerajaan ini mencapai
kegemilangannya dalam aspek perdagangan dan

persuratan Melayu serta berusaha menghidupkan kembali
tradisi perdagangan kerajaan di Alam Melayu dengan Arab,

India dan China.

3.1 Pusat Perdagangan yang Unggul

Pada abad ke-16 dan ke-17, Johor muncul sebagai pusat
perdagangan yang menjadi tumpuan pedagang. Terdapat
beberapa keistimewaan yang menyebabkan Johor muncul

sebagai pusat perdagangan yang unggul.

Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar ▪
dan Panchor mudah dimudiki oleh
kapal besar kerana Sungai Johor
yang lebar dan dalam. Lokasi
pelabuhan di kawasan selatan Selat
Melaka membolehkannya mengawal
lalu lintas kapal dagang dari Timur dan
Barat. Pelabuhan Riau yang terletak
di persimpangan lalu lintas maritim
yang strategik menjadi tumpuan para
pedagang luar untuk berurus niaga.



Kerajaan Johor Riau menjadi tumpuan pedagang dari China,
Gujerat, Belanda dan pedagang Inggeris. Pedagang Jawa
menjadikan Johor sebagai pelabuhan pilihan disebabkan
mereka tidak berminat berdagang dengan Portugis di
Melaka. Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti
beras. Johor Riau juga turut menjadi tumpuan pedagang dari
tanah jajahan dan naungan serta kerajaan lain di Alam
Melayu.



Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran
barangan keluaran Alam Melayu dengan barangan dari
China, India dan Arab.

Johor membekalkan lada hitam, bijih Pelabuhan Batu Sawar juga
timah dan emas. Bijih timah dibawa menjadi pusat perdagangan
masuk dari Klang, Sungai Ujong dan untuk barangan yang dibawa
Bernam serta Pulau Bangka, dari China. Antaranya ialah
Sumatera. Lada hitam dibawa dari benang emas, kain sutera putih,
Jambi dan emas pula dari Inderagiri. barang tembikar, seramik, kuali
Barang tempatan lain ialah kelapa besi, teh dan tembaga. Pedagang
kering, kayu gaharu, damar, Jawa membawa beras manakala
kelembak, sagu, pinang, ikan masin, pedagang Gujerat pula
periuk belanga, lilin dan garam yang membawa kain, wangian dan
didatangkan dari Pahang, timur manik. Johor juga mendapat
Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai bekalan beras yang diniagakan
Ujong, Klang, Naning dan Rembau. oleh pedagang Siam.



Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai
bangsa berlabuh di pelabuhan Johor terutamanya di
pelabuhan Riau. Antara kapal yang berlabuh di Riau
termasuklah kapal Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau
di Alam Melayu.

3.2 Pengurusan Pelabuhan

Kecekapan pelabuhan Kesultanan Johor Riau mengendalikan
barang dagangan dan kemampuannya membekalkan semula

kapal dengan cepat dan murah, merupakan antara faktor
utama yang menjadikan pelabuhannya sebagai pelabuhan

entrepot.



Pelabuhan tersebut menyediakan gudang bawah tanah
untuk menyimpan barangan bagi mengelakkan daripada
kebakaran. Juga disediakan pegawai terlatih untuk
mengendalikan urusan perdagangan serta membekalkan
barang yang diperlukan oleh pedagang seperti lada hitam
dan rempah-ratus.



Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan
menggunakan mata wang. Sultan Alauddin Riayat Shah I
memperkenalkan mata wang emas yang dikenali sebagai
mas, wang perak sebagai kupang dan wang timah sebagai
katun. Pada akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar
Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda turut digunakan.

Syahbandar merupakan
pembesar yang
bertanggungjawab mengurus
sistem jual beli dan kutipan
cukai pelabuhan. Syahbandar
juga menetapkan ukuran dan
berat timbangan barangan.
Cukai pelabuhan yang
dikenakan terhadap
pedagang adalah berpatutan.



Pedagang luar dan pedagang tempatan mendapat naungan
daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja
Indera Bongsu. Sebahagian hasil keuntungan diberikan
kepada pihak yang memberikan naungan dalam bentuk
cukai perdagangan berdasarkan sistem naungan. Melalui
sistem ini pedagang mudah mendapat surat kebenaran
daripada Belanda dan dapat belayar tanpa gangguan di
Selat Melaka.



Orang Laut ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan,
penunda kapal dagang, penunjuk arah kepada para
pedagang dan pengawal di perairan Johor dan Selat Melaka.
Orang Laut juga terlibat mengawal keselamatan Kesultanan
Johor Riau dengan menjadi tentera angkatan laut.



Pelabuhan di Johor mempunyai kemudahan membaiki dan
membina kapal bersaiz kecil. Orang Laut mahir dalam
pembinaan kapal. Mereka membuat kapal pesisir pantai
seperti kolek, banteng, penjajap, balok dan pencalang.
Kemahiran ini telah membantu memajukan Kesultanan Johor
Riau.

3.3 Pusat Persuratan

Penghasilan karya persuratan juga membuktikan Kesultanan
Johor Riau juga tidak ketandusan dengan karya agung dan
tokoh persuratan yang berkaliber. Batu Sawar dan Pulau
Penyengat, Riau memainkan peranan penting dalam
perkembangan penulisan karya persuratan berkaitan
kerajaan Melayu.

o

Kesultanan Johor Riau banyak menghasilkan karya agung.
Karya agung bermaksud karya yang tertulis dalam bahasa

Melayu yang mampu mencetuskan unsur pemikiran, sistem
nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup
bangsa Melayu. Karya agung juga melambangkan
pencapaian unggul dalam tamadun Melayu yang
mencerminkan pemikiran dan pandangan hidup bangsa
Melayu.

Sulalatus Salatin bermaksud Salasilah Raja-Raja atau
Peraturan Segala Raja-Raja. Naskhah asal karya ini bernama
Hikayat Melayu telah disusun dan ditulis semula oleh Tun Seri
Lanang pada tahun 1612. Kandungannya menceritakan asal
usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat kerajaan dan
sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

Sejarawan menyatakan bahawa naskhah ini dihasilkan oleh
pengarang dari Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka
pada tahun 1641. Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik
kepahlawanan yang merentas sepanjang zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kandungannya
juga berkaitan dengan ketaatan atau kesetiaan Hang Tuah
kepada raja dan Kesultanan Melayu Melaka.

o

Nama sebenar Tun Seri Lanang ialah Tun Muhammad bin Tun
Ahmad Paduka Raja. Dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota Tinggi
pada tahun 1565. Baginda menjadi Bendahara Johor semasa

pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II. Jasanya
termasuklah menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin
atas titah Raja Abdullah, adinda Sultan Alauddin Riayat Shah
II. • Kemudiannya dilantik sebagai penasihat Sultan Iskandar
Muda, Acheh dan menjadi Raja Uleebalang di Samarlanga.

o

Tajul Salatin atau Mahkota Raja-Raja ini ditulis oleh Bukhari
al-Jauhari. Karya tersebut merupakan antara karya
persuratan yang tersohor dihasilkan pada zaman
Kesultanan Johor Riau. Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan
Bugis dan Gurindam Dua Belas dikarang oleh Raja Ali Haji.
Hikayat Anak Panah Sedasa dikarang oleh Tun Hisap Misai.
Tajul Salatin manakala Syair Ungku Puteri dikarang oleh Raja
Ahmad.

Kelahiran karya persuratan merupakan pengiktirafan
kepada kegemilangan Kesultanan Johor Riau sebagai pusat

persuratan Alam Melayu pada abad ke-17 dan ke-18.
Kesannya, kesultanan ini muncul sebagai pusat

perkembangan persuratan dan bahasa Melayu yang
terulung di Alam Melayu. Kita perlu menghargai karya-
karya persuratan ini kerana karya tersebut merupakan

warisan bernilai yang menjadi rujukan hingga hari ini.

4) Langkah yang Perlu Dilakukan untuk

Memartabatkan Karya-Karya Persuratan
Melayu ke Peringkat Antarabangsa

Dunia tanpa persuratan mahupun penulisan, tidak indah
bukan? Tanpa tokoh persuratan zaman dahulu, Bahasa
Melayu tidak akan mungkin maju seperti sediakala. Saya
setuju dan juga berusaha untuk memartabatkan lagi Bahasa
Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun,
kita tidak boleh melupakan karya-karya persuratan Melayu

yang terdahulu.

Jadi, apakah langkah yang perlu dilakukan umtuk
memartabatkan karya tersebut ke peringkat
antarabangsa? Pada pendapat saya, kita perlu
memanfaatkan kemudahan teknologi zaman kini. Dengan
kemudahan sosial media, komunikasi perhubungan kita
menjadi lebih mudah dan dapat digunakan di hampir seluruh
dunia. Terdapat pelbagai aplikasi yang kita boleh gunakan
untuk berkarya dan juga berkongsi karya-karya
persuratan Melayu zaman dahulu. Orang dari negara luar
yang membaca penulisan tersebut pasti akan mula
tertanya-tanya, “Siapakah orang pertama yang menulis
surat atau kisah-kisah Melayu?”. Ini dapat menarik minat
mereka untuk memperdalami asal usul karya penulisan
Melayu. Secara tidak langsung, menulis surat juga dapat
meningkatkan kemahiran mengarang kita.

’Karya agung juga melambangkan pencapaian unggul dalam
tamadun Melayu yang mencerminkan pemikiran dan
pandangan hidup bangsa Melayu’. Setelah meneliti semula
ayat tersebut, saya sedar bahawa karya agung ataupun
karya penulisan Melayu telah membawa perubahan kepada
masyarakat zaman dahulu. Oleh itu, kita perlu menyuntik
kesedaran dalam diri bahawa karya penulisan ini bukan
sesuatu yang remeh dan patut disebarkan sejauh mungkin.

Kempen dan pendidikan yang jelas dan mendalam secara
automatik dapat menyedarkan rakyat Malaysia untuk
bersama mencari jalan bagi meluaskan lagi empayar karya
persuratan Melayu ini. Bagi aspek pendidikan, salah satu
contoh usaha yang boleh dilakukan adalah mengadakan
Kelab Bahasa yang mengetengahkan persuratan sebagai
aktiviti utama mereka supaya para pelajar belajar sejarah
karya agung ini sejak zaman remaja lagi. Berkemungkinan
sesetengah daripada mereka akan sambung belajar ke luar
negara dan insan-insan bertuah tersebut akan membawa
bahasa ibunda kita bersama mereka, jadi terbukti bahawa
ianya tidak mustahil untuk memartabatkan karya
persuratan ke peringkat antarabangsa.

Di samping itu, kita mestilah menyertakan Bahasa Melayu
dalam kehidupan seharian kita. Sudah tentu, kebanyakkan
rakyat Malaysia menggunakan Bahasa Melayu untuk
bertutur dan berkomunikasi di rumah mahupun di sekolah.
Akan tetapi, tujuan utama kita adalah pihak luar negara.
Apakah yang saya maksudkan dengan ‘kehidupan seharian’?
Apabila difikirkan semula, sebenarnya aktiviti seharian kita
penuh dengan hiburan. Langkah terakhir yang saya
cadangkan dalam kajian kes ini adalah meluaskan karya
agung Melayu melalui hiburan. Kedengaran aneh bukan?
Filem, drama, dokumentari, video pendek dan macam-
macam jenis hiburan lagi dapat kita memanfaatkan untuk
mempamerkan karya penulisan Melayu. Kualiti yang luar
biasa, visual yang jelas dan audio yang menaikkan bulu roma
merupakan ciri-ciri tarikan yang boleh ditambah untuk
menarik perhatian para penonton dari luar negara.

Sudah tentu bukan itu sahaja alternatif yang kita boleh
usahakan. Ini hanyalah sekadar sekerat dua pendapat saya

terhadap langkah untuk memartabatkan karya-karya
penulisan Melayu ke peringkat Antarabangsa. Saya

berharap agar kita dapat bersama-sama merealisasikan
impian tersebut agar pengorbanan dan kreativiti para
tokoh penulisan zaman dahulu tidak disia-siakan begitu

sahaja. Teruskan usaha anda supaya generasi akan datang
juga masih dapat mendalami karya agung mereka.

5) Sebab Generasi Muda Hari Ini Perlu

Memelihara Kedaulatan Negara agar
Kemakmuran dan Kemajuan Negara Terus

Terjamin

Rakyat memainkan peranan yang penting dalam menjaga
dan memelihara kedaulatan serta kemakmuran negara.
Ianya akan menyerlahkan tahap ketaatan dan rasa sayang
akan negara. Generasi muda seperti remaja dan kanak-
kanak juga tidak terkecuali dalam hal ini. Generasi datuk

moyang kita telah bermandi keringat berjuang untuk
kedaulatan negara kita. Kini, telah tiba masanya untuk kita

mengambil-alih tanggungjawab tersebut.

Sebab pertama kedaulatan negara perlu dijaga adalah
untuk memelihara maruah negara. Malaysia terkenal
dengan budaya sopan-santun dan berbudi bahasa. Budaya
yang pelbagai juga merupakan satu tarikan negara kita.
Tanpa perkara tersebut, maruah negara kita tidak akan

terjaga dan Malaysia tidak akan mencapai tahap kemajuan
seperti hari ini. Kita perlu mengekalkan imej baik tersebut
supaya tanah air kita boleh mengorak Langkah yang lebih

jauh kehadapan.

Kestabilan politik Malaysia semakin jatuh merudum. Banyak
persalahfahaman remeh dan cadangan yang kurang cerdas
telah diusulkan. Remaja mahupun kanak-kanak perlu diberi
didikan yang padu dan jelas dari kecil lagi. Generasi muda
inilah yang bakal memimpin negara kita pada masa
hadapan. Jika generasi tersebut dapat menyerlahkan politik
yang stabil dan ahli politik yang bijaksana dalam membuat
keputusan, saya yakin kedaulatan dan kemakmuran kita
akan terjamin. Tidak ketinggalan, generasi muda ini juga
akan menunjukkan contoh dan memberi tunjuk ajar kepada
generasi akan datang jadi sekali lagi saya ketengahkan
bahawa pendidikan adalan sesuatu yang mustahak dalam
kehidupan kita.

Akhir sekali, keselamatan negara mungkin akan terancam
jika kedaulatan negara tidak dikekalkan. Tidak sampai hati
untuk saya bayangkan rakyat Malaysia berpecah-belah dan
bertengkar sesama sendiri. Hal tersebut mampu meningkat
ke tahap yang lebih teruk iaitu pergaduhan fizikal. Tentunya
kita tidak mahu perkara tersebut menjadi kenyataan.
Keharmonian kita dapat dilihat dengan kepelbagaian kaum
yang mendiami tanah air kita tanpa banyak isu perkauman
tidak mengira warna kulit mahupun bangsa dan agama.
Kekalkanlah, majukanlah dan kukuhkanlah keadaan sekarang
untuk masa hadapan negara yang cerah.

Hampir semua perkara tidak mustahil jika kita bersama
berganding bahu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Bak kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Peranan generasi zaman kini penting dalam usaha
membawa konsep perpaduan yang lebih jitu kea rah
penambahbaikan sebuah negarabangsa yang benar-benar

utuh dan maju.

Rumusan

Apa yang saya dapat simpulkan dari kajian kes ini adalah
para pemimpin Kesultanan Johor Riau amatlah berdedikasi
dalam memimpin. Sifat tekun, tidak putus asa, amanah dan
kebijaksanaan menyusun strategi mereka merupakan nilai-
nilai murni yang boleh dijadikan contoh tauladan bagi semua
individu. Tidak dilupakan juga meluaskan karya agung Melayu
yang menarik dan menjaga kedaulatan serta keharmonian
negara tidak asing lagi bagi diri kita agar tanah air kita,
Malaysia dapat mengorak langkah yang lebih besar di mata
dunia.

Saya berharap agar folio saya dapat membantu pembaca
untuk memahami lebih lanjut tentang Kesultanan Johor Riau
dan jangan lupa untuk berkongsi ilmu ini kepada orang lain
juga. Sekian sahaja daripada saya, terima kasih saya ucapkan
kerana telah membaca sehingga ke akhir folio saya.

Sumber Rujukan

1. Bahan Ilmiah: Buku Teks Sejarah Tingkatan 2, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka


Click to View FlipBook Version