UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SBLM 1023 PENGANTAR PENULISAN
KUMPULAN T
TUGASAN 3: E-BULETIN WARISAN DAN SENI
NAMA
MUHAMMAD YUSHAIMANBIN MOHD YUSOF (264776)
MUHAMMAD ASMADI BIN MAHAZIR (256990)
NOR AMIRA SYUHADAH BINTI MD SAZALI
NUR WAHIDA BINTI ABDUL MANAF
PENSYARAH
NORZALIZA BINTI GHAZALI
E – Buletin Tarian Ulek
Mayang
SIDANG PENGARANG
PENAUNG
MUHAMMAD YUSHAIMANBIN MOHD YUSOF
KETUA EDITOR
NOR AMIRA SYUHADAH BINTI MD SAZALI
EDITOR
NUR WAHIDA BINTI ABDUL MANAF
JURUFOTO
MUHAMMAD ASMADI BIN MAHAZIR
ARTIKEL UTAMA
Tarian Ulek Mayang merupakan tarian tradisional dari negeri Terengganu.
Persembahan tarian ulek mayang ini mempunyai fungsi sosial yang membantu
mengisi masa lapang masyarakat kerana ia berbentuk seni hiburan. Keistimewaan
tarian Ulek Mayang ini dipersembahkan dalam bentuk tarian, nyanyian dan paluan
alat-alat muzik (Samad, 2003). Tarian ulek mayang ini menjadi sebuah tarian yang
bukan sahaja sebagai hiburan, sumber pendapatan dan penyeri majlis rasmi. Lagunya
yang unik juga mengiringi tarian ini. Sesetengah orang mendakwa ia sebagai ‘lagu
berirama lengguk tarian’.
Ramai masyarakat sekarang menggunakan tarian tradisional seperti tarian Ulek
Mayang untuk persembahan di majlis rasmi kerana tariannnya yang sangat unik yang
mampu mengambil perhatian orang ramai untuk melihatnya. Tarian Ulek Mayang
dapat dijadikan panduan untuk generasi akan datang bagi mempelajari muzik yang
mengiringi tarian-tarian di negeri lain.
RUANGAN KREATIF :
TEKA SILANG KATA: ALAT MUZIK TRADISONAL
Menegak : Melintang :
1. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu 5. Sejenis alat muzik tradisi yang perlu
yang kering dengan lapan batang paip ditiup apabila hendak membunyikannya.
buluh yang disusun dalam dua lapisan.
6. Merupakan alat muzik yang diperbuat
2. Sejenis gendang satu muka yang daripada kayu keras, biasanya dimainkan
berbentuk seperti pasu. menggunakan 2 bilah kayu pengetuk.
3. Berbentuk seperti gambus panjang 7. Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali
bertali empat. Badannya panjang dan dawai.
berbentuk hampir empat segi 8. Sejenis alat tiupan horn yang
4. Sejenis alat muzik pukul tradisional diperbuat daripada perak dan berukuran
China, dan dimainkan untuk mengiringi panjang 32 inci.
nyanyian dan tarian dalam pelbagai 9. Sejenis gitar bertali 6 dan
drama dan opera tempatan China. membengkak dibahagian badannya
hampir-hampir separuh bulat.
10.Alat muzik tradisional yang paling
popula rbagi masyarakat Melayu. Ia
tergolong dalam kumpulan alat muzik
gendang.
WARISAN DAN SENI - TARIAN ‘ULEK MAYANG’ UNTUK HIBURAN
MASYARKAT DAN TARIAN YANG UNIK.
OLEH : NUR WAHIDA BINTI ABDUL MANAF
Tradisi seni tarian tradisional Melayu telah wujud dan diwarisi sejak zaman
berzaman. Memandangkan Tanah Melayu mempunyai sejarah yang luas dengan dunia
luar melalui beberapa cabang seperti perdagangan, penghijrahan dan penjajahan, maka
wujudlah pelbagai elemen pengaruh luar dalam bentuk-bentuk seni tarian tradisonal di
alam Melayu. Antara pengaruh yang paling ketara yang boleh dilihat adalah pengaruh
budaya Hindu Buddha, budaya Islam dan kemudiannya budaya barat (Ang, 1998).
Selain itu, terdapat juga pengaruh budaya daripada Indonesia, Thailand dan China juga
dapat dilihat dalam beberapa bentuk seni persembahan tradisional (Mohamed Ghouse
Nasaruddin, 1992). Oleh itu, seperti mana yang boleh kita lihat pada persembahan
Wayang Kulit di Kelantan, terdapatnya gabungan unsur dari Hindu, Islam dan
animisme serta pengaruh dari Thailand, semuanya bercampur bagi membentuk satu
persembahan.
Sebelum adanya interaksi dengan dunia luar iaitu pada Zaman
Animisme, kebanyakan seni persembahan masyarakat Melayu adalah dalam bentuk
mantera dan jampi serta digunakan untuk tujuan upacara kepercayaan animistik
(Mohamed Ghouse Nasaruddin, 1992) termasuk untuk tujuan memuja semangat dan
roh nenek moyang mereka (Mohd Kipli Abdul Rahman, 2013). Seni persembahan
orang Melayu di Tanah Melayu terus berkembang hasil pertukaran budaya antara
pelbagai Kepulauan Melayu Nusantara dalam tempoh empayar Hindu Funan, Sri
Vijaya dan Majapahit (Mohamed Ghouse Nasaruddin 1992, Hilarian 2003). Seterusnya
seni persembahan Melayu menerima pengaruh Islam hasil daripada interaksi dengan
pedagang India dan Arab semasa di Zaman Empayar Melaka (1411-1511).
Seni persembahan Melayu dipercayai mencapai kemuncaknya samasa di Zaman
Empayar Melaka. Struktur kehidupan sosial masyarakat Melayu pada ketika itu yang
terdiri daripada golongan bangsawan dan rakyat melahirkan tradisi budaya istana dan
tradisi budaya rakyat. Muzik dan tari tradisional Melayu menjadi sebahagian daripada
upacara ritual dan hiburan sekular istana diraja. Istana-istana raja di negeri-negeri
Tanah Melayu mempunyai Pemuzik dan Penari sendiri (Sheppard 1967, Ang 1998).
Pada masa itu, genre klasik yang sering dipersembahkan dalam majlis di istana diraja
adalah tari gamelan, gamelan dan nobat (Sheppard 1967, Matusky dan Tan 1997).
Warisan membawa makna harta pusaka, harta peninggalan, sesuatu yg diwarisi,
sesuatu yang turun-temurun ataupun peninggalan (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2006). Secara ringkasnya, ia boleh difahami dengan pernyataan sesuatu perkara yang
diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya untuk diamalkan. Ianya merupakan
aspek terpenting untuk mengekalkan tradisi dan cara hidup tradisional untuk
memaparkan identiti dan keistimewaan budaya masing-masing. Setiap masyarakat
yang berasal dari etnik yang berlainan mempunyai warisan dan budaya yang berbeza
dan setiap darinya mempunyai makna, simbol mahupun mesej-mesej tersirat terhadap
adat resam yang dipegang.
Akta Warisan Kebangsaan 2005 telah menyatakan bahawa “warisan kebudayaan
yang penting” bererti warisan berkonsepkan kebudayaan yang kaya dengan nilai-nilai
estetik, arkeologi, sejarah, kebudayaan, seni bina, saintifik, sosial, spiritual, teknologi
dan juga linguistik (Akta Warisan Kebangsaan, 2005). Warisan secara jelasnya
terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu warisan ketara, warisan tidak ketara, warisan
kebudayaan bawah air, warisan orang hidup dan warisan semulajadi. Warisan tidak
ketara yang merangkumi adat-resam, budaya kesenian, muzik, tarian, makanan
tradisional dan sebagainya memberi fahaman makna terhadap sesuatu warisan yang
tidak dapat disentuh dengan tangan namun ianya jelas menampilkan sesuatu tradisi atau
amalan sesuatu masyarakat.
SUDUT TAMBAHAN
Salah satu program untuk generasi muda dalam menaikkan tarian tradisional di
peringkat yang lebih meluas.
Persembahan pelajar Sekolah Menengah Jenis Cina, Pahang.
Melihat kelebihan itu, Kementerian Seni Budaya dan Kesenian Negara telah
mengambil inisiatif menyediakan latihan seni dan budaya kepada setiap masyarakat
bagi tujuan meningkatkan kefahaman serta kecintaan terhadap seni dan budaya.
Pembangunan seni budaya dalam kalangan kanak-kanak bukan sekadar hiburan
semata-mata sebaliknya membantu pembangunan modal insan seseorang termasuk
sahsiah diri.