UNIT 2 (12 JAM)
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Hj. Awang Nazrul Bin Ag Masri, MSc.
KONSEP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MATLAMAT DAN PRINSIP BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
BIMBINGAN INDIVIDU DAN BIMBINGAN
KELOMPOK
JENIS-JENIS TERAPI DALAM BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU
PEMBIMBING
Shertzer & Stone (1992): Bimbingan
merupakan suatu proses yang membantu
individu memahami diri dan dunia mereka
Bimbingan – melibatkan tindakan atau
langkah untuk mencapai matlamat klien
Kaunseling – satu proses pertolongan yang
profesional bertujuan membantu individu
untuk memahami diri dan dunia
persekitarannya
Kaunselor – adalah individu profesional yang
berkelayakan dalam bidang kaunseling yang
akan mengendalikan proses kaunseling
Menjana t/l positif: negatif ke positif
Menjana hubungan yang positif:
meminimumkan halangan komunikasi
Menjana kendiri efektif: penyelesaian
masalah peribadi
Membuat keputusan rasional: membantu
membuat keputusan rasional dan bermakna
Pencapaian potensi diri: menyedari
kekuatan, kebolehan, bakat, dan minat diri
Prinsip2 Bimbingan dan Kaunseling:
Semua pelajar bermasalah harus diberi
peluang perkhidmatan BdK
Perkhidmatan BdK adalah tanggungjawab
bersama
Diuruskan mengikut prosedur & peraturan
yang ditetapkan
Mesra dan kepercayaan
Hanya boleh diberi kepada pelajar yang sudi
menerimanya
Bilik khas..
Diuruskan mengikut etika
Dijalankan dalam situasi bersendirian
Tindakan susulan hendaklah dirancang
selepas proses BdK
Hanya boleh diuruskan oleh kaunselor
bertauliah atau guru bimbingan yang terlatih
Kemahiran membina hubungan: memberi
perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang
dan berfikiran positif
Ruang untuk berkomunikasi: peraturan agama,
perbezaan jantina, umur, budaya, l/belakang
etnik & isu yang dibincangkan
Kemahiran berkomunikasi: guna perkataan yang
mudah difahami – elak guna ayat2 yang panjang
& berbelit-belit – boleh guna komunikasi lisan
Kemahiran menyoal: keupayaan guru untuk
mengemukakan sesuatu soalan yang bertujuan
memudahkan klien terhadap tajuk - soalan
terbuka, soalan tertutup
Kemahiran mendengar: tumpuan dari segi
jasmani, emosi dan perasaan untuk
mendapatkan mesej yang hendak
disampaikan – lisan & bukan lisan
Parafrasa atau menyatakan semula: ulang
cakap
Kemahiran berempati: murid merasakan
bahawa dia benar2 sedang dibantu dari segi
jasmani, emosi, perasaan serta mental
Kemahiran refleksi: memperlihatkan sejauh
mana anda boleh membaca mesej yang
hendak disampaikan oleh murid
Kemahiran melakukan dorongan minimum:
respon dalam bentuk ungkapan
ringkas/pergerakan positif yang menggalakkan
klien untuk terus bercakap
Kemahiran mengendalikan kesenyapan: memberi
peluang kepada guru & murid untuk memikirkan
tindakan yang sewajarnya diambil seterusnya
Kemahiran konfrantasi: dilaksanakan setelah
terbentuk hubungan yang baik antara guru
dengan murid
Kemahiran merumus: bertujuan untuk
menyedarkan murid serta mengimbas kembali
apa yang telah dibincangkan – boleh dilakukan
pada permulaan, tengah atau akhir intervensi
1) Jelaskan konsep asas bimbingan dan
kaunseling
2) Huraikan matlamat bimbingan dan
kaunseling
3) Nyatakan prinsip-prinsip bimbingan dan
kaunseling
4) Huraikan kemahiran asas bimbingan dan
kaunseling
Bimbingan individu:
Melibatkan interaksi di antara dua individu iaitu
kaunselor dan klien. Kaunselor bersama-sama
klien cuba menyelesaikan konflik kendiri yang
dihadapi, masalah perhubungan dengan orang
lain, masalah psikologikal dan masalah akademik
Masalah penyesuaian diri, hubungan keluarga,
kematian, kebimbangan, kemurungan, masalah
pemakanan, penderaan seksual, identiti seksual,
pemikiran untuk membunuh diri, masalah
akademi dan imej, masalah konsep kendiri
Bimbingan kelompok:
Gibson dan Mitchell (1981): kaunseling kelompok
– satu proses dalam membantu klien
menyesuaikan diri dengan perkara2 seharian
yang berkaitan perkembangan dan bagaimana
memperbaiki perkembangan itu
Murid dibantu untuk peningkatan akademik dan
interaksi diwujudkan di kalangan individu secara
positif dan berkesan. Suasana ceria dan seronok
diwujudkan
Mementingkan suara majoriti. Individu2 dalam
kelompok lebih mempercayai rakan2nya
daripada kaunselor..
Peringkat umur yang sesuai antara 10 – 12
tahun (dianggap boleh memahami perasaan
orang lain)
Satu bentuk kaunseling yang mencabar dan
dinamik
Terdiri daripada 5 – 8 orang klien
Berkongsi masalah yang sama, berinteraksi
dengan orang lain secara konsisten dan
mengenali antara satu sama lain
Perbincangan masalah yang dihadapi &
berkongsi pengalaman - diselesaikan oleh
murid berkenaan..
Kebaikan – memberi kekuatan dan bersifat
lebih terbuka – murid2 dapat mendengar dan
belajar daripada pengalaman & idea2 rakan
sebaya - membina hubungan dalam kumpulan
Pelaksanaan amat berkesan, mewujudkan
rasa lebih tanggungjawab
Meningkatkan keyakinan diri, menonjol
potensi, memberi bantuan kepada individu
lain