INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS, TERENGGANU.
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)
AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2 TAHUN 1
TUGASAN 1.2 : PENULISAN AKADEMIK
NAMA : FITRI SYUHADA BT MOHD NASIR
ANGKA GILIRAN : 2020092310178
NO. KAD PENGENALAN : 021129-03-0466
KUMPULAN / UNIT : SEJARAH 3 (SJH3)
KOD DAN NAMA KURSUS : GPP 1063 - PENGANTAR PENGAJIAN
PROFESSIONAL
NAMA PENSYARAH : PN ANI SALWIAH BT ZAKARIA
TARIKH HANTAR : 18 MAC 2021
NO TELEFON : 01111-545152
Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :
Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan
fahami.
Tandatangan Pelajar : Tarikh :
1.0 PENGENALAN
Jika kita meneliti sejarah dunia, pandemik Covid-19 merupakan virus yang julung
kalinya menyerang populasi manusia merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan
negara dan benua, malah ke seluruh dunia. Wabak ini telah merencatkan aktiviti manusia
termasuklah sektor Pendidikan yang beralih arah iaitu daripada kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara langsung di institusi kepada PdP secara atas talian secara
sepenuhnya. Namun begitu, sekolah sebagai sebuah institusi Pendidikan tidak akan pernah
berhenti menggalas beban dan tanggungjawab sebagai agen sosialisasi di samping tugas
hakikinya iaitu pusat penyebaran ilmu. Hal ini kerana, selain daripada keluarga, sekolah
merupakan salah satu institusi yang berperanan penting sebagai agen sosialisasi politik
dalam negara (Dowse & Hughes 1971). Persoalannya, apakah kaedah PdP semasa wabak
Covid-19 yang berkesan tetapi tidak membebankan ibubapa, guru dan murid?
2.0 VIDEO RAKAMAN PENGAJARAN
Sebagai cetusan minda saya yang pertama, guru seharusnya berusaha sedaya upaya
mewujudkan suasana pembelajaran yang sebenar melalui kaedah PdP secara video rakaman
pengajaran. Hal ini demikian kerana, video rakaman ini akan memaparkan ekspresi wajah
guru yang mengajar menyebabkan murid lebih memberikan perhatian terhadap PdP yang
dijalankan. Menurut psikologi Pendidikan juga memang tidak dinafikan seseorang murid itu
lebih tertarik memerhatikan penampilan guru mereka ketika PdP yang menjadi salah satu
sebab untuk mereka terus fokus mendengar sesuatu penyampaian itu.
(Baddeley&Hitch.1974) telah mengemukakan teori working memory yang menyatakan
bahawa pembelajaran melalui multimedia menyebabkan otak berfungsi memproses dua jenis
maklumat iaitu stimulasi audio dan stimulasi visual. Tambahan pula, video rakaman
pengajaran ini tidak mempunyai had masa tertentu. Murid bebas menentukan masa mereka
sendiri mengakses video rakaman pengajaranyang disediakan untuk memahami sesuatu
PdP. Sebagai contoh, berita astro awani ada melaporkan berita yang bertarikh 21 April 2020,
Puan Siti Faridah Matt, seorang guru mata pelajaran Kimia memanfaatkan teknologi skrin
hijau atau ‘green screen’ untuk memudahkannya menerangkan topik jadual berkala unsur
kimia kepada murid-muridnya yang kemudiannya dimuat naik dan dikongsi menerusi akaun
media sosial YouTube miliknya.
(Rajah 1.0 menunjukkan Siti Faridah (kiri) dan Arifah antara guru yang bergiat aktif
dalam melaksanakan PdP melalui teknologi skrin hijau)
3.0 PEMBELAJARAN MELALUI APLIKASI
Kesinambungan dan kelangsungan diskusi ini, guru juga patutlah melaksanakan PdP
melalui penggunaan aplikasi. Menurut Ratheeswari, K. (2018), dalam era digital, penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi atau Information and Communications Technology (ICT)
memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar dan mengaplikasi kemahiran-kemahiran
yang diperlukan di alaf 21. Statistik penggunaan ICT oleh individu di Malaysia bagi tahun 2019
dan 2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa
sekurang-kurangnya 70% individu di Malaysia menggunakan ICT dalam kehidupan mereka
sama ada menggunakan internet, komputer atau telefon bimbit. Oleh yang demikian, PdP
melalui penggunaan aplikasi adalah medium terbaik untuk memastikan kesinambungan
proses PdP sewaktu pandemik COVID-19 ini melanda negara. Lagipun, komunikasi dua hala
di antara pendidik dan pelajar juga wujud seperti mana PdP secara fizikal melalui respons
yang diterima secara ‘live’ semasa sesi kuliah berlangsung atau melalui perbincangan di
ruangan mesej. Contoh yang boleh diketengahkan ialah GoogleMeet, GoogleClassroom,
Whatsapp, Telegram, Zoom, OBS dan lain-lain merupakan platform asas bagi pembelajaran
serta perbincangan yang mudah diakses. Sebagai penutup wacana, jelaslah bahawa
penggunaan aplikasi sebagai medium pembelajaran adalah sangat efektif kerana ianya
sangat dekat dengan diri murid yang pada masa kini hampir keseluruhannya menggunakan
alat teknologi.
(Rajah 2.0 menunjukkan Cikgu Arifah berkongsi pengalaman menggunakan
aplikasi OBS untuk PdP dalam talian)
Sumber: astro awani 21 april 2020
4.0 PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
Menyingkap jendela langkah konkrit, guru juga hendaklah mengaplikasikan
kaedah pembelajaran akses kendiri (PAK) dalam mengharungi pengajaran ketika pasca
Covid-19 bagi mengurangkan beban murid. Dengan berbuat demikian, guru telah
melaksanakan agenda Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyarankan 13
strategi PdP yang terkandung di dalam Dokumen Standard Kurikulum Sekolah (DSKP)
dan antaranya ialah PAK. Menurut Toru Kumon, ada hadnya untuk seseorang mengajar,
namun tiada had bagi seseorang itu untuk maju melalui pembelajaran kendiri. Daripada
realiti ini, dapat kita jelaskan bahawa PAK merupakan satu pendekatan pembelajaran
yang membolehkan murid mengakses sumber pembelajaran dan memperolehi
pengetahuan dan kemahiran secara berdikari sejajar dengan usaha guru membentuk
nilai-nilai moral dalam diri murid. Bertitik tolak daripada itu, guru mestilah kreatif mereka
dan menguruskan bahan pembelajaran supaya murid dapat belajar mengikut minat,
keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Dalam hal ini, guru telah
berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai pemudah cara dalam PdP selari dengan
keperluan pendidikan abad ke-21 yang menjadikan pembelajaran yang berpusatkan
murid. Sebagai konklusinya, jelaslah bahawa PdP secara PAK tidak akan membebankan
semua pihak yang terlibat iaitu guru, murid dan juga ibubapa.
5.0 GURU MENYEDIAKAN TUGASAN DAN NOTA KULIAH
Beralih pula pada perspektif yang lain, guru juga boleh meneruskan kaedah PdP sedia
ada iaitu menyediakan tugasan dan nota kuliah secara ‘hardcopy’ dan ‘softcopy’. Hal ini
dikatakan demikian kerana, masih terdapat murid yang mempunyai kekangan dalam
menjalankan PdP berasaskan ICT. Menyedari hakikat ini, guru seharusnya tidak
meninggalkan murid yang berada dalam kelompok ini terkapai-kapai di belakang
dahagakan ilmu. Oleh yang demikian, guru mestilah meninggalkan tugasan dan nota
kuliah di pondok jaga sekolah yang menjadi tempat perantaraan terbaik antara guru dan
ibubapa murid. Menurut Blanco et. al. (2013), ibubapa perlu merangka strategi untuk
menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan dan dinamik seterusnya membawa
kepada kemajuan kejayaan akademik anak-anak mereka. Pengorbanan ini perlu
dilakukan oleh ibu bapa dan juga guru bagi memastikan aset negara iaitu murid-murid
tidak menjadi korban dalam rencah dunia kini yang diserang virus Covid-19. Hal ini kerana,
tanpa kerjasama ibu bapa, akan berlaku keadaan murid tidak mengikuti pembelajaran
disediakan tanpa guru dapat berbuat apa-apa, sekali gus merugikan murid itu sendiri. Lain
daripada itu, guru juga boleh membangunkan soalan atau tugasan menggunakan aplikasi
Kahoot, Google Form, Quizizz dan sebagainya untuk melancarkan proses penilaian murid
dan seterusnya meningkatkan keseronokan PdP.
6.0 KESIMPULAN
Tuntasnya, dapatlah kita rumuskan disini bahawa penutupan institusi Pendidikan
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebenarnya akan menyemarakkan
lagi hubungan antara guru, ibubapa dan murid. Guru memerah otak untuk menjadi individu
yang paling kreatif dan kritis untuk menghasilkan kaedah pembelajaran berkesan dalam
suasana yang cukup asing dengan kita semua. Ibubapa pula perlu membantu anak
mereka mengendalikan pembelajaran di luar kelas. Pembelajaran di luar kelas ini
membantu kanak-kanak untuk meneroka bidang yang mereka ingin tahu serta
memberikan kebebasan kepada kanak-kanak untuk meneroka perkara di luar buku teks
mereka. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran, membina karakter serta
memastikan pembelajaran yang menyeluruh tetap berlangsung walaupun berada di
rumah. PdP yang berlangsung sepatutnya bukanlah sesuatu yang membebankan malah
menyeronokkan. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
RUJUKAN
Astro Awani. 21 April 2020. Normal baharu: PKP jadikan guru lebih kreatif dalam
penggunaan PdPc. oleh Najmi Syahiran Mamat
Berita Harian. 14 Julai 2020. COVID-19 ubah pengajaran dan pembelajaran dari rumah.
oleh Dr Mohan Rathakrishnan
Blanco, Lucía & Martínez-González, Raquel-Amaya & Iglesias, Mª & Pérez, Mª. (2013).
The challenging role of educating children at home.
Colleta, N.J. 1996. Formal, Nonformal and Informal Education. Dlm. Tuijman, C. (pnyt.).
International Encyclopedia of Adult Education and Training. 2nd Ed. New York: Pergamon
Press.
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2019. Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2019. Kuala
Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.
Jamaludin Mohaidin, (1996), Interaktiviti dalam rekabentuk multimedi, Prosiding
Konvensyen Teknologi Pendidikan IX, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Johor
Bahru
McClure ER, Chentsova‐Dutton YE, Holochwost SJ, et al. (2018) Look At That! Video Chat
and Joint Visual Attention Development Among Babies and Toddlers. Child Development
Nsiah-Gyabaah, K. (2011). The increasing demand for tertiary education in Ghana and
female participation. Journal of Polytechnics in Ghana,
(PDF) Perception of Secondary School Students towards ICT Education.
Ratheeswari, K. (2018). Information Communication Technology in Education. Journal
of Applied and Advanced Research.2018.
Wan, Ya Shin. (2020). Education during COVID-19.