INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 01000 KANGAR PERLIS PAKK1094 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Nama : SITI KHADIJAH BINTI HASBULLAH No. K/P : 041023-07-0222 Angka Giliran : 2022232310177 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK B Nama Pensyarah : ENCIK ABDUL GHANI BIN ABDUL HAMID Tarikh Hantar : 16 MAC 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____16 MAC 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
1.0 Penghargaan Pertama sekali,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan bagi kod subjek (PAKK1094) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini,saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran Pengenalan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK1094) ini iaitu Encik.Abdul Ghani Bin Abdul Hamid . Beliau telah banyak membantu saya dalam menjalankan tugasan ini dan telah berusaha memastikan agar segala penyampaian pengajarannya difahami dengan jayanya. Selain itu,ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung .Dengan bantuan yang diberi amat saya hargai kerana tanpa bantuan mereka saya tidak dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. Sekian , terima kasih SAYA YANG BENAR, Nama :SITI KHADIJAH BINTI HASBULLAH No Matrik:P22232787
Isi kandungan Halaman Penghargaan i Isi Kandungan ii 1.0 Pendahuluan 1.1 Pengenalan 1 2.0 Banding bezakan kurikulum di Taska dan Tadika yang diguna pakai masa kini. 2.1 Persamaan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak di Taska dan Tadika 2.1.1 Mempunyai matlamat yang sama 1 2.1.2 Mempunyai objektif yang sama 2 2.2 Perbezaan kurikulum PERMATA Negara dan KSPK 2.2.1 Perbezaan kandungan kurikulum di PERMATA Negara dan KSPK. 3 2.2.2 Perbezaan penggunaan akta di PERMATA Negara dan KSPK 4 3.0 Penutup 5 Rujukan
1.0 Pengenalan 1.1 Pendahuluan Menurut Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003), kurikulum adalah rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang disusun untuk mencapai sesuatu matlamat pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kurikulum ini penting dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ia merupakan garis panduan yang membantu guru atau pendidik berfikir tentang kanakkanak dan mengurus pengalaman kanak-kanak berdasarkan program . 2.0 Banding bezakan kurikulum di Taska dan Tadika yang diguna pakai masa kini. 2.1 Persamaan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak di Taska dan Tadika 2.1.1 Mempunyai matlamat yang sama Kukurikulum PERMATA Negara dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) mempunyai matlamat yang tersendiri tapi saling berkait . .Kurikulum PERMATA Negara bermatlamat untuk menyediakan program asuhan dan didikan awal yang bersepadu untuk kanakkanak yang berumur 0-4 tahun.Kurikulum ini telah menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti .Kanak-kanak dilatih dan diajar untuk boleh menjaga diri sendiri.Hal ini bagi melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia,kerohanian yang mantap,kecerdasan intelek yang tinggi ,menghargai kepelbagaian budaya ,patriotik ,dan mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu ia bermatlamat mengembangkan kemahiran dan peribadi kanak-kanak yang terbaik agar lebih bersedia untuk memasuki alam persekolahan formal.Oleh itu kurikulum ini telah menekankan supaya kanak-kanak dari peringkat awal umur telah didedahkan sepenuhnya kepada pengalaman meneroka dan mengalami alam sekitarnya. Matlamat KSPK pula adalah untuk mengembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan ,kreatif dan bermakna. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran,menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. Matlamat ini sama tujuannya dengan Kukurikulum PERMATA yang memberikan pendidikan bersepadu serta membantu kanak-kanak dalam persediaan untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat seterusnya.Di samping itu, kedua –dua kukurikulum ini dibentuk berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani,berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
2.1.2. Mempunyai objektif yang sama Objektif kurikulum bagi Kurikulum PERMATA dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) mempunyai persamaan. Tujuan Kurikulum PERMATA adalah untuk menyediakan garis panduan kepada pendidik melaksanakan aktiviti pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi mencapai sesuatu hasil pembelajaran yang telah ditetapkan . Salah satu objektif di Kukurikulum PERMATA Negara ialah membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran awal berbahasa, berkomunikasi dan literasi dalam bahasa Melayu, bahasa ibunda dan bahasa Inggeris.Manakala objektif KSPK dari segi intelek dapat berkomunikasi dengan baik iaitu membaca, menulis dan bertutur menggunakan bahasa Malaysia, berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris, berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina dan Tamil .Hal ini menunjukkan kedua-dua kukurikulum menekankan objektif untuk melahirkan kanak-kanak yang mampu menguasai kemahiran berbahasa dan berkomunikasi dengan baik namun ia berbeza mengikut perkembangan umur. Selain itu , Kedua-dua kukurikulum ini menekankan objektif nilai-nilai murni dari segi Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek dan Sosial (JERIS) kepada kanak-kanak.Sebagai contoh,Kukurikulum PERMATA Negara menekankan objektif iaitu membimbing kanak-kanak memahami dunia persekitaran melalui aktiviti bermain, meneroka, mencuba idea baharu, mengeksperimen, dan mencipta, sama ada di dalam atau di luar kelas, menggunakan pelbagai bahan yang terdapat dalam persekitaran mereka manakala KSPK dari segi jasmani mempunyai tubuh badan yang sihat, kecergasan dan kemahiran fizikal asas, mempraktikkan amalan kesihatan yang baik dan langkah-langkah menjaga keselamatan, menguasai kemahiran psikomotor asas seperti kemahiran motor halus dan motor kasar .Kedua –dua kukurikulum ini memberi peluang kepada kanak-kanak mendapatkan pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna semasa proses pembelajaran dijalankan.
2.2 Perbezaan kurikulum PERMATA Negara dan KSPK 2.2.1 Perbezaan kandungan kukurikulum di PERMATA Negara dan KSPK. Kurikulum PERMATA Negara yang digunakan di taska mempunyai enam bidang pembelajaran iaitu perkembangan sahsiah,sosio-emosi dan kerohanian ,perkembangan Bahasa ,komunikasi dan literasi awal,perkembangan fizikal dan psikomotor ,perkembangan kreativiti dan estetika ,perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran dan perkembangan awal matematik dan pemikiran logik.Kesemua perkembangan ini diterapkan kepada kanak-kanak yang bertujuan untuk membantu perkemabngan kanak-kanak dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial .Sebagai contoh, dalam perkembangan sahsiah,sosio-emosi dan kerohanian telah memberi fokus kepada pembetukan sahsiah dan kemahiran-kemahiran sosial ,interpersonal,intrapersonal dan kerohanian kanak-kanak.Kesannya ,pada akhir pembelajaran kanak-kanak dapat mengawal emosi ,mengikut arahan yang diberi dan menunjukkan kelakuan yang beradab dan sopan serta menghormati orang lain dan harta benda . Selain itu,bidang pembelajaran bagi perkembangan fizikal dan psikomotor dapat mengembangkan kemahiran fizikal dan psikomotor halus dan kasar kanakkanak serta membolehkan mereka mengawal anggota badan dengan lebih berkesan . Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pula mempunyai enam tunjang utama dalam isi kandungan iaitu tunjang komunikasi,tunjang kerohanian ,sikap dan nilai ,tunjang kemanusiaan ,tunjang keterampilan diri,tunjang perkemabngan fizikal dan estetika serta tunjang sains dan teknologi .Tunjang-tunjang ini memfokuskan kemahiran Bahasa iaitu mendengar ,bertutur ,membaca serta seni Bahasa iaitu keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan Bahasa.Di samping itu,tunjang ini merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain . Dalam tunjang keterampilan diri , KSPK memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi dan pembinaan kemahiran berinteraksi serta kemahiran sosial dalam kalangan murid .Tunjang ini juga tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi semua aktiviti rutin,semasa rehat,semasa makan dan aktiviti PdP .
2.2.2 Perbezaan penggunaan akta di Kurikulum PERMATA Negara dan KSPK Akta taska digubal untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran ,pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas taska dan perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan,keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.Kurikulum PERMATA Negara iaitu taska menggunakan akta yang dinamakan Akta Taman Asuhan KanakKanak 1984 atau juga dikenali sebagai Akta 308 .Di bawah seksyen 2 , Akta 308 membawa maksud mana-mana premis yang menerima masuk empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dalam satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.Dalam akta ini telah menyatakan tindakan undang-undang yang boleh diambil sekiranya melanggar akta tersebut.Antaranya ialah dikenakan bayaran kompaun maksimum Rm 5,000.00 bagi setiap kesalahan ,pembatalan pendaftaran ,taska diarahkan ditutup sementara serta boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjara selamatempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya . Manakala Kurikulum di tadika menggunakan Akta Pendidikan 1996 atau dikenali sebagai Akta 550. Tafsiran kurikulum prasekolah ertinya garis panduan kurikulum yang diluluskan oleh menteri di bawah Seksyen 22.Pendidikan prasekolah bermaksud program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun serta tadika ertinya mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah disediakan untuk sepuluh orang murid atau lebih.Dalam Akta 550 di bawah seksyen 22 ini ,menyatakan bahawa menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang perlu digunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan .Selain itu ,Kurikulum ini juga yang ditetapkan di bawah Subseksyen 1 hendaklah menyatakan pengetahuan,kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh muridmurid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing .Akhir sekali,mana-mana tadika yang ingin melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai tambahan hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis daripada Ketua Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan .
3.0 Penutup Kesimpulannya,Kurikulum PERMATA Negara dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ini mempunyai persamaan dan perbezaan yang banyak memberikan kesan positif dan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak tersebut .Persamaan dan perbezaan bagi keduadua kurikulum ini mampu mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mampu mengembangkan kemahiran kanak-kanak dariaspek Jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial sebagai persediaan ke sekolah rendah.
Rujukan Aziyan Bakar.(2013,Julai 21).Konsep dan definisi kukurikulum .Slideshare. https://www.slideshare.net/nayiza/konsep-dan-definisi-kurikulum Kementerian Pembangunan Wanita ,Kelurga dan Masyarakat .(n.d).Kanak-kanak.Jabatan Kebajikan Masyarakat. https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=b0twWGNVR0N2VjdGV2N0S3Jkbjl EZz09 Norfaezah Mohd Hamidin ,Siti Nurhajariah Md Isa,Awatif Abdul Rahman & Idi Hamdi.(n.d) .Pendidikan awal kanak-kanak di malaysia :Kajian literature.Kuis.edu. http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/26-DRNORFAEZAH.pdf Nur Airin Natasha Nazrin Nordin .(2022,April 17).Kurikulum PERMATA Negara dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan .Anyflip . https://anyflip.com/pwiyw/rlxp/basic Munawwar Adi Putra.(2022,Oktober 4).Dokumen KSPK 2017.Slideshare . https://www.slideshare.net/jju3018/dokumen-kspk-2017pdf Yulia Kurniawan .(2017).Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).Docplayer info. https://docplayer.info/45293373-Kurikulum-standard-prasekolah-kebangsaan-kspk.html