The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAKK3424
Perkembangan fizikal kanak-kanak - Aktiviti motor kasar dan aktiviti motor halus

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1009-1-khadijah, 2024-04-01 10:34:00

CADANGAN AKTIVITI MOTOR KASAR DAN MOTOR HALUS

PAKK3424
Perkembangan fizikal kanak-kanak - Aktiviti motor kasar dan aktiviti motor halus

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SEMESTER : 2 TAHUN : 1 PAKK3424 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK TUGASAN 2: PENULISAN ESEI NAMA PELAJAR SITI KHADIJAH BINTI HASBULLAH ANGKA GILIRAN 2022232440177 NOMBOR KAD PENGENALAN 041023070222 KUMPULAN/UNIT PAKK B NAMA PENSYARAH ZAINUDIN BIN RAMLI TARIKH HANTAR 09/03/ 2024


BORANG AKUAN PELAJAR NAMA SITI KHADIJAH BINTI HASBULLAH NO. KAD PENGENALAN 041023070222 TAJUK PROGRAM PISMP KOD DAN NAMA KURSUS PAKK3424 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK SEMESTER 2 / 2024 – JANUARI – MEI 2024 Saya, dengan ini mengaku tugasan PAKK3424 (Perkembangan fizikal kanak-kanak) yang saya hasilkan ini adalah asli dengan menggunakan perkataan sendiri tanpa menyalin atau meniru mana-mana tugasan lain. Dengan ini saya mengaku bahawa : 1. Dengan ini dimaklumkan bahawa hasil idea dalam tugasan ini dirujuk kepada bahan-bahan bercetak. 2. Tidak meniru daripada tugasan atau pelajar lain. 3. Tidak membenarkan pelajar lain meniru tugasan. 4. Telah membuat rujukan daripada pelbagai bahan rujukan seperti yang dilampirkan. Dengan ini saya memahami bahawa sekiranya terdapat peniruan atau penipuan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis berhak mengenakan tindakan disiplin kepada Buku Panduan Pelajar terkini. Disediakan oleh, Disahkan oleh, Tandatangan Pelajar Tandatangan Pensyarah NAMA : SITI KHADIJAH BINTI HASBULLAH NAMA : ZAINUDIN BIN RAMLI TARIKH : 09/03/2024 TARIKH :


PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Perkembangan Fizikal Kanak-kanak PAKK3424 ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini, saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Encik Zainudin Bin Ramli, selaku pensyarah bagi subjek Perkembangan Fizikal Kanak-kanak PAKK3424 kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya, Encik Zainudin Bin Ramli atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian, terima kasih.


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN……………………………………………………………i ISI KANDUNGAN…………………………………………………………...ii 1.0 PENGENALAN………………………………………………………… 1 2.0 ASPEK YANG DIPERTIMBANGKAN DALAM AKTIVITI ‘RUNNING IN GUNI’ DAN ‘ROLLING PAPER’. 2.1 PEMILIHAN BAHAN................................................................2 2.2 JENIS BAHAN........................................................................3 2.3 KESESUAIAN BAHAN...........................................................4 2.4 CIRI-CIRI BAHAN...................................................................4 2.5 APLIKASI DIGITAL.................................................................5 2.6 KEPENTINGAN BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN...................................................................6 2.7 KEBOLEHPASARAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN...................................................................7 3.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI “RUNNING IN GUNI” DAN “ROLLING PAPER”.....................................................8-9 4.0 PENUTUP........................................................................................10


1.0 PENGENALAN Aktiviti fizikal motor kasar dan motor halus memainkan peranan penting dalam perkembangan holistik kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Menurut Mohd Hanafi Mohd Yasin et.al.(2003) menjelaskan definisi bagi motor kasar iaitu merujuk kepada pergerakan otot-otot besar yang melibatkan banyak anggota seperti bejalan dan menendang, manakala motor halus merujuk kepada kumpulan otot-otot kecil dan halus yang melibatkan pergerakan kecil tangan seperti mencubit, menggengam, menulis, memakai pakaian dan mengurus diri ke tandas. Pemilihan bahan dalam aktiviti ini memainkan peranan utama dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, di samping mengekalkan elemen kreativiti, sosialiti dan elemen inovatif.


2.0 ASPEK YANG DIPERTIMBANGKAN DALAM AKTIVITI ‘RUNNING IN GUNI’ DAN ‘ROLLING PAPER’. 2.1 PEMILIHAN BAHAN Aktiviti fizikal untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun memainkan peranan penting dalam perkembangan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka. Bagi motor kasar, saya memilih aktiviti yang diberi nama ‘Running in Guni’ atau ‘Lari dalam Guni’ kerana ini merupakan aktiviti yang dilakukan secara berlari dalam guni. Bahan yang digunakan ini selamat dan bersesuaian dengan keperluan kesihatan kanak-kanak. Dalam aktiviti “Rolling Paper pula, sama memilih bahan seperti kertas dan kotak yang dikitar semula. (Aktiviti “Running in Guni”) (Aktiviti “Rolling Paper”


2.2 JENIS BAHAN Bahan pilihan utama dalam aktiviti “Running in Guni” ialah guni yang diperbuat daripada fabrik atau bahan tahan lasak. Bagi aktiviti motor halus pula, saya mencadangkan aktiviti ‘Rolling Paper’ kerana bahan yang diperlukan ialah kertas yang mudah diperolehi serta kotak kitar semula . Jenis bahan yang digunakan iaitu kertas yang senang dibentuk dan ringan untuk digulung dan dironyok ini membolehkan kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor halus secara aktif. (Rajah 1.1: Guni) ( Rajah 1.2 :Kertas A4) (Rajah 1.3: Kotak )


2.3 KESESUAIAN BAHAN Bagi kesesuaian bahan pula, aktiviti ini menggunakan sarung guni yang bersesuaian dengan saiz dan kemahiran motor kasar kanak-kanak iaitu saiznya tidak terlalu besar atau terlalu kecil untuk memudahkan kanak-kanak mengambil bahagian dengan selesa serta struktur fizikalnya menjamin pengalaman yang positif. Pilihan kertas telah mengambil kira pelbagai aspek seperti saiz dan ketebalan kertas iaitu tidak terlalu nipis bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah apabila kanak-kanak meroyok dan membaling kertas ke dalam kotak. Di samping itu, kotak yang dipilih mestilah mempunyai bentuk yang sama dan kukuh agar kotak tersebut tidak mudah terbang ditiup angin. 2.4 CIRI-CIRI BAHAN Setiap bahan mempunyai ciri-ciri yang perlu diambil kira. Bagi sarung guni yang digunakan dalam aktiviti “Running in Guni” mempunyai ciri-ciri seperti tidak berbahaya kepada murid, mudah diperolehi dan mudah dicuci untuk kegunaan seterusnya. Manakala bagi aktiviti “Rolling Paper”, kertas yang digunakan mempunyai ciri-ciri seperti mudah digunakan dan dikitar semula bagi memastikan kebolehgunaan semula dan kelestarian. Di samping itu, kotak yang digunakan cukup kukuh untuk menahan tekanan bola kertas tersebut dan tidak memiliki sebarang permukaan yang berunsur tajam yang boleh mencederakan murid.


2.5 APLIKASI DIGITAL Aplikasi digital merujuk kepada perisian komputer atau program yang direka khas untuk beroperasi pada peranti elektronik seperti komputer dan telefon pintar. Dalam aktiviti ini, guru menggunakan aplikasi digital untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang interaktif. Menurut Nurdiyana dan Kamarih (2018), permainan interaktif merupakan permainan yang menggunakan alat elektronik yang mengandungi elemen multimedia seperti gambar, muzik dan suara yang membolehkan kanakkanak melibatkan secara aktif dengan permainan tersebut. Sebagai contoh, guru memasang muzik menggunakan laptop bagi menjadikan suasana aktiviti tersebut lebih menarik dan menggunakan aplikasi yang merakam prestasi larian kanak-kanak melalui penderia gerakan pada peranti pintar yang memberikan maklum balas segera tentang jarak larian atau kelajuan. Aplikasi permainan digital yang berkaitan dengan aktiviti fizikal dapat merangsang minat kanak-kanak dan memberikan kelainan dalam pembelajaran mereka. (Rajah 2.1: Aplikasi Youtube (Rajah 2.2: Running Distance Tracker)


2.6 KEPENTINGAN BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pentingnya sebagai seorang guru dalam memilih bahan yang betul dalam aktiviti bermain kerana ia memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid. Hal ini disokong oleh David et.al. (2013) yang menyatakan bahawa terdapat beberapa unsur yang menyokong aktiviti bermain dalam pendidikan kanak-kanak termasuklah pendekatan bermain yang menggunakan bahan yang sesuai, masa dan ruang yang fleksibel serta pembelajaran di luar kelas. Dalam aktiviti seperti “Running in Guni” dan “Rolling Paper” mengajar konsep kesihatan, kemahiran motor kasar dan halus serta kerjasama sosial. Bahan yang dipilih secara tepat dapat memudahkan guru untuk mengukuhkan pemahaman tentang konsep dengan cara memberikan contoh yang nyata dan memberikan pengalaman langsung kepada murid. Dengan menggunakan bahan seperti guni dan kertas ini membantu murid memahami pengajaran dan pembelajaran tentang konsep dan cara bermain secara nyata. Penggunaan bakul dalam aktiviti ini boleh menambahkan dimensi tambahan kepada pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Selain daripada aspek pembelajaran motor, kanak-kanak juga boleh mempraktikkan kemahiran membuat balingan kuat dan menilai jarak dengan melihat sejauh mana mereka boleh membaling kertas ke dalam kotak. Kesannya, guru dapat menyampaikan konsep ini dengan jelas dan mencapai objektif pengajaran sekaligus menjadikan sesi pengajaran menyeronokkan.


2.7 KEBOLEHPASARAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Aktiviti “Running in Guni” dan “Rolling Paper” bukan sahaja menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak malah menyerlah dalam kebolehpasaran bahan pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang mudah dilaksanakan kerana kedua-dua bahan iaitu guni dan kertas mudah didapati di kedai perkakasan tempatan. Kesesuaian pasaran bahan ini memastikan guru atau ibu bapa boleh mendapatkan bekalan dengan mudah tanpa perlu bersusah payah mencarinya. Ini memberikan kemudahan logistik dan memastikan ketersediaan bahan yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti. Seterusnya, harga bahan yang berpatutan adalah kriteria utama dalam memilih gunni dan kertas. Harga yang berpatutan menjadikan aktiviti ini lebih terbuka kepada semua pihak tanpa mengira kekangan kewangan. Guru, sekolah, atau ibu bapa boleh menjalankan aktiviti tanpa merasakan beban kewangan yang besar seterusnya menjadikan aktiviti ini lebih berpatutan dan dilaksanakan secara meluas. Selain itu, kebolehpasaran bahan-bahan ini memainkan peranan penting dalam mempromosikan aktiviti ini di kalangan masyarakat. Kepentingan kebolehpasaran bahan ini dapat dilihat dalam konteks ekonomi yang memerlukan pengurangan kos dan pemilihan bahan yang sesuai dengan keperluan. Dengan memilih bahan yang mudah didapati dan berpatutan, aktiviti “Running in Guni” dan “Rolling Paper” bukan sahaja memberi faedah pembelajaran kepada kanak-kanak malah turut merangkumi aspek kebolehpasaran yang memudahkan pelaksanaan dan pentadbiran aktiviti tersebut.


3.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI “RUNNING IN GUNI” DAN “ROLLING PAPER”. https://youtu.be/MIw3fT-Sk-g?si=aR7A43GOwSRI4VGf ( Rajah 1.1 : Cara pelaksanaan aktiviti) Pertama sekali, guru akan melakukan persediaan awal sebelum melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti ini dengan merancang dengan teliti struktur dan objektif aktiviti. Guru akan menetapkan lokasi yang dipilih agar selamat dan sesuai untuk aktiviti. Contohnya, melakukan aktiviti di padang atau kawasan yang lapang. Guru juga menyediakan bahan seperti guni, kertas dan kotak yang disusun rapi sebelum aktiviti bermula. Dalam aktiviti “Running in Guni” dan “Rolling Paper”, guru akan membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 hingga 5 murid. Aktiviti ini akan dimulakan dengan “Running in Guni” dimana murid yang menjadi pemula akan menyarung guni dari kaki hingga paras pinggang di garisan pemula dan kemudian melompat hingga ke checkpoint kedua iaitu aktiviti “Rolling Paper”.


Dalam aktiviti ini, mereka perlu menggulung 3 helai kertas menjadi bola dan membaling bola kertas tersebut ke dalam kotak yang berada dihadapan mereka. Setelah bola kertas tersebut berjaya masuk ke dalam bakul, mereka akan berpatah balik ke tempat permulaan dan murid kedua akan meneruskan permainan dengan cara yang sama sehinggalah murid akhir dalam kumpulan selesai melakukan aktiviti tersebut. Pemenang dinilai berdsasarkan kepantasan kumpulan yang berjaya menghabiskan permainan. Selepas aktiviti selesai, sesi refleksi dilakukan bersama murid untuk membincangkan pengalaman dan nilai yang mereka perolehi.


4.0 PENUTUP Kesimpulannya, aktiviti “Running in Guni” dan “Rolling Paper” merupakan pilihan yang relevan dan bermakna untuk melibatkan kanakkanak berumur 4 hingga 6 tahun dalam pembelajaran melalui pergerakan fizikal. Kesimpulan ini boleh dibuat berdasarkan beberapa faktor penting yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti dan kepentingan bahan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua aktiviti ini menggalakkan perkembangan kemahiran motor kasar dan halus kanakkanak. “Running in Guni” memfokuskan kepada kemahiran motor kasar melalui aktiviti larian, manakala “Rolling Paper” pula menekankan kemahiran motor halus melalui aktiviti menggolek dan membaling kertas. Gabungan aktiviti yang mensasarkan kedua-dua aspek ini yang memberi kesan yang menyeluruh terhadap perkembangan motor kanak-kanak. Menurut Phytanza et. al., (2021), perkembangan motor individu yang baik merupakan faktor penting yang perlu dipupuk sejak kecil bagi memastikan perkembangan individu secara menyeluruh dapat dicapai.


RUJUKAN Davies, et.al. (2013). Creative learning environment in education-a systematic literature review. Journal of thinking skills and creativity, 8, 80- 91. Lian, D. K. C. (2023). Mengukur perkembangan kemahiran motor kanakkanak prasekolah. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 6(18), 91-101. Mohd Hanafi Mohd Yasin et. Al., (2013). Kemahiran guru dalam bidang motor halus. Seminar Majlis Pendidikan Khas Malaysia, UKM, Nurdiyana Tasripin, & Kamariah Abu Bakar. (2018). Permainan interaktif dalam pembelajaran pranombor dan pendidikan matematik prasekolah, Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN2018). Phytanza et. Al. (2021). Gross motor skills levels in children with autism spectrum disorder during the covid-19 pandemic. International Journal of Human Movement and Sports Sciences, 9(4), 738–745. https://doi.org/10.13189/saj.2021.090418


Click to View FlipBook Version