1 MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA TUGASAN: E-FOLIO TAJUK: KESEDARAN NILAI PATRIOTISME DI KALANGAN PELAJAR NAMA PENSYARAH: AHMAD SYU’AIB BIN ZUKHRI KUMPULAN 4 Nama Nombor Matrik Hema Laxmi A/P Nadesan 33DCE22F2007 Carlos Idell Stanley 33DFO22F2045 Sia Yao Sheng 33DFO22F2052 Parvina A/P Bala Murugan 33DCE22F2005
2 1.0 Penghargaan Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam menyiapkan kerja kursus subjek Nilai Masyarakat Malaysia ini. Kerja kursus Nilai Masyarakat Malaysia ini memberikan kami peluang untuk mempelajari dan memahami peristiwa penting dalam sejarah dan mengembangkan kemahiran penyelidikan dan penulisan.Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang mengajar Nilai Masyarakat Malaysia iaitu Tuan AHMAD SYU’AIB BIN ZUKHRI. Kami yang memberikan panduan dan sokongan sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bimbingan dan sokongan daripada pensyarah, kami tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.
3 2.0 Objektif Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji kesedaran nilai patriotisme dalam kalangan belia iaitu terutamanya pelajar Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail. Manakala objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut : i. Mengkaji punca – punca kekurangan kesedaran nilai patriotism dalam kalangan pelajar. ii. Meluaskan pengetahuan mengenai kepentingan nilai patrotisme iii. Mengenal pasti Langkah – Langkah melahirkan nilai patriotisme antara kalangan mahasiswa.
4 3.0 Pendahuluan Semangat patriotisme merupakan salah satu sentimen yang menekankan aspek kesetiaan dan cintakan negara. Nilai patriotik wajar dipupuk melalui pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan.. Malah, patriotisme boleh dibahagikan kepada patriotisme peribadi dan patriotisme rasmi. Patriotisme peribadi bersifat sentimental dan sukarela. Patriot yang menegaskan nilai patriotik tertentu, seperti menghormati bendera negara.Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh dengan kandungan simbolik dan ritual. Patriotisme ini adalah kepentingan logik negara itu sendiri, dan keberkesanannya berpunca daripada ekspresi kepentingan Bersama masyarakat politik. Monumen negara dan Hari Pahlawan dan upacara peringatan adalah contoh patriotisme ini. Patriotisme rasmi biasanya dikawal oleh etika, dengan peraturan tertentu untuk mengendalikan bendera, atau jaminan atau bukti kesetiaan tertentu.
5 4.0 Isi Kandungan I. Punca – punca kekurangan kesedaran nilai patriotisme dalam kalangan pelajar. Banyak faktor-faktor yang mendorong kepada luntumya semangar dan penghayatan patriotisme antara pihak mahasiswa ini.Punca pertama ialah Kepentingan Diri Sendiri. Masyarakat kini lebih mementingkan kerjaya mereka dan sibuk dengan urusan mereka yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain.Bagi mereka perkara yang penting dalam hidup adalah berusaha untuk menambahkan pendapatan dan mencari kekayaan semata mata. Hal-hal lain kurang diberi perhatian, semangat dan penghayatan patriotisme kian pudar dalam kalangan masyarakar dan di negara.Masyarakat kini tidak lagi menitikberatkan semangat patriotisme. Aktiviti seperti kempen-Kempen kesedaran dan juga sambutan hari kebangsaan tidak lagi mendapat sambutan. Selain itu, punca kedua ialah Kurang Menghayat Perjuangan Tokoh- Tokoh Tempatan.Pemuda hari ini tidak merasai kepayahan hidup dan pengorbanan para pejuang dahulu demi mencapal kemerdekaan, jadi genarasi kini kurang menghayati semangat patriotism. Masyarakat tidak mengenang jasa lokoh-lokoh terdahulu. Negara Malaysia kita yang aman dan makmur ini hasil daripada segala usaha mereka demi menuntut kemerdekaan Tokoh- tokoh tempatan yang dulu terkenal telah kurang dikenali dalam kalangan masyarakat. Pihak kerajaan, dan media massa seharusnya memberi pendedahan atas jasa tokoh tokoh tempatan agar moreka tidak dilupakan oleh generasi akan datang.
6 II. Kepentingan kesedaran nilai patriotisme dalam kalangan pelajar Semangat patriotisme adalah bahan yang amat penting antara masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Tujuan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan atau kebaikan semangat patriotisme di dalam kalangan rakyat. Pertamanya, memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Negara Malaysia akan dapal aman dan damai dengan mewujukan semangal cinta akan negara di kalangan masyarakat.Sesungguhnya anasir luar atau musun negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila rakyat Malaysia tidak sikap cinta akan negara, past akan mudah dilakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita. Seterusnya, memupuk perpaduan kaum.Semangat patriotisme akan menibentuk rakyal yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Maka kerajaan akan dapat melaksanakan program program pembangunan untuk kemudahan rakyal jika mewujudkan perpaduan antara satu sama lain.Di samping itu, Harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan.Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.
7 III. Langkah – Langkah melahirkan nilai patriotisme antara kalangan mahasiswa. Antara langkah boleh diambil bagi melahirkan nilai patriotisme dalam kalangan mahasiswa ialah pertamanya dari segi pihak ibu bapa. Ibu bapa merupakan tonggak utama dalam kehidupan anak-anak. Dalam hal ini, ibu bapa wajar menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan menunjukkan sifat patriotik kepada mereka sejak kecil lagi kerana bagaimana acuan, begitulah kuhnya. Ibu bapa boleh membawa anak-anak untuk menyertai sambutan kemerdekaan.Hal ini dikatakan demikian kerana tingkah laku yang kecil akan memberikan impak besar kepada perlakuan anak-anak. Bukan itu sahaja,ibu bapa juga boleh membawa anak-anak ke Melaka untuk melihat bangunan-bangunan bersejarah tinggalan penjajah seperti Kota A Farmosa. Pada masa ini, ibu bapa boleh mengambil peluang menceritakan tentang sejarah yang berlaku pada zaman dahulu. Dalam bidang sukan pula, ibu bapa perlu mempamerkan semangat cinta akan negara dengan menyerlahkan sokongan kepada pasukan negara dalam acara-acara sukan peringkat antarabangsa.Dengan perkara yang dilihat remeh ini, penerapan semangat patriotik dalam diri anak-anak dapat dilakukan secara halus.Oleh itu,peranan ibu bapa sememangnya sangat penting untuk meningkatkan semangat patriotik dalam generasi muda. Selain itu, pihak sekolah merupakan rumah kedua pelajar yang menuntut sebahagian besar masa mereka untuk berada di situ. Pihak sekolah boleh menganjurkan program-program bersifat patriotik seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah. Penerapan nilai cinta akan negara turut dapat dilakukan melalui subjek seperti Sivik dan Kewarganegaraan, Moral serta Sejarah. Hal Ini penting agar pelajar didedahkan kepada sejarah kemerdekaan negara dan pengorbanan tokoh pelbagai kaum supaya mereka lebih menghargai watan tercinta.Jika hal ini dilakukan sudah pasti, semangat patriotik sememangnya dapat dipupuk dalam diri pelajar.
8 4.0 Lampiran
9
10
11 5.0 Kesimpulan Semangat patriotisme dan cintakan negara bukanlah perkara yang mampu timbul sendiri dalam diri pelajar. Perkara itu perlu dipupuk dan disemat dalam diri seseorang sejak kecil lagi.Ini adalah sesuatu yang amat penting terutamanya dalam kalangan generasi muda kerana mereka perlu sedar bahawa keamanan dan kesejahteraan negara yang mereka kecapi hari ini bukan datang secara percuma.Belia muda tidak pernah melalui pahit getir zaman darurat, mereka lahir dan hidup dalam era diwarisi daripada dalam generasi sebelumnya yang terpaksa mempertaruhkan nyawa mempertahankan maruah bangsa dan kedaulatan negara.Pihak-pihak yang bertanggungjawab harus memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalagan pelajar dendan cara yang efektit dan proaktif.
12 6.0 Rujukan 1) Internet o https://www.scribd.com/doc/194766058/Langkah-Punca-Kepentingan-SEMANGATPATRIOTISME. o https://tirto.id/sejarah-kemerdekaan-malaysia-bermula-dari-federasi-malaya-cvD8. o https://www.permohonan.my/langkah-memupuk-semangat-patriotik/. o https://www.permohonan.my/langkah-memupuk-semangat-patriotik/. 2) Jurnal o Muslim, N., Alias, J. (n.d.). PATRIOTISME KONSE DAN PELAKSANAANNYA DI MALAYSIA. 3) Thesis o Hamzah, S.N., Rajall, N.A. & Teh, N.I.A. (2020), Kesedaran Nilal Patriotisme Pelajar Politeknik Balik Pulau Melalui Kursus Pengajian Malaysia, International Journal of Social Science Research.