SAINS SOSIAL
KSSMPK Pendidikan Khas
UNIT 5:PETA
Disediakan Oleh:Cikgu Siti
DI AKHIR PEMBELAJARAN MURID
DAPAT;
Mengenal pasti simbol-simbol pada peta tempatan
dengan bimbingan guru.
Melakar dan melabelkan semula peta sekolah
dengan menggunakan simbol dan petunjuk asas
pada peta dengan betul
Menghasilkan sebuah peta lakar sekolah yang lengkap dengan
simbol dan petunjuk asas peta
PETUNJUK PADA PETA 1.PETA LAKAR SEKOLAH
a. Peta lakar sekolah boleh membantu murid mengenali lokasi bangunan dalam
kawasan sekolah.
b. Berikut adalah contoh peta lakar bagi sebuah sekolah yang bernama sekolah
menengah kebangsaan Melur jaya.
c. Perhatikan petunjuk peta berkenaan berdasarkan warna bagi memperihalkan
kedudukan sesuatu bangunan atau binaan
Bagaimana kita harus memahami sesebuah peta lakar ?
a. Berdasarkan peta lakar Sekolah Menengah Kebangsaan Melur Jaya itu tadi
adalah jelas bahawa setiap bangunan dan ciri-ciri fizikal di sekolah itu
diwakili oleh warna-warna yang berbeza.
b. Warna-warna itu adalah petunjuk paling mudah bagi kita untuk mengetahui
kedudukan bangunan dan ciri-ciri fizikal di sekolah berkenaan.
c. Ini secara tidak langsung memudahkan kita untuk mencari atau bergerak
ke tempat-tempat tertentu di sekolah berkenaan dengan mudah tanpa
tersesat
SITI