The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahasa Melayu Komunikasi TATABAHASA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU KHADIJAH, 2021-08-15 10:26:24

TATABAHASA (KATA ADJEKTIF)

Bahasa Melayu Komunikasi TATABAHASA

Bahasa Melayu
Komunikasi

TATABAHASA
(KATA ADJEKTIF)

Di akhir pembelajaran,murid dapat;

1. Memahami dan menggunakan kata adjektif
dengan betul.

2. Membezakan sekurang-kurangnya 5
daripada 9 jenis-jenis kata adjektif dengan
betul.
3. Dapat menulis contoh jenis-jenis kata
adjektif dengan bimbingan guru.

APAKAH MAKSUD KATA ADJEKTIF??

Kata Adjektif ialah perkataan yang
menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam,besar kuat,banyak
dan sedikit.sifat atau keadaan sesuatu
benda,orang,tempat,binatang dan sebagainya.
Kata adjektif juga dikenali sebagai kata
sifat.

KATA ADJEKTIF

Kata Adjektif boleh disertai kata
keterangan amat,paling,sangat dan
sebagainya yang bertugas sebagai penguat.

Sebagai contoh; sangat cantik, amat rajin,
paling tinggi dan sebagainya.

KATA ADJEKTIF

Keadaan

Jarak Jenis- Cara
jenis Warna
Bentuk kata
adjektif

Ukuran

KATA ADJEKTIF

Waktu

Panca- Jenis-jenis
indera kata

adjektif

Perasaan

KATA ADJEKTIF SIFAT KEADAAN

Terdiri daripada perkataan yang memberi
pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur

keterangan nama.

Cantik Baik Sihat Lemah

Nakal Berani Takut Cerdik

KATA ADJEKTIF SIFAT CARA

Jenis perkataan yang memberi pengertian
keadaan kelakuan atau ragam sebagai

penerangan kata nama.

lambat lincah deras

gopoh laju selalu

KATA ADJEKTIF SIFAT WARNA

Jenis perkataan yang memberi pengertian
warna sebagai unsur penerangan.

Merah Kuning Biru

Unggu Hijau Merah jambu

KATA ADJEKTIF SIFAT UKURAN

Jenis perkataan yang memberi pengertian

ukuran sebagai unsur penerangan.

panjang tinggi luas

tebal besar nipis

KATA ADJEKTIF SIFAT BENTUK

Jenis perkataan yang memberi pengertian

bentuk yang berunsur keterangan.

bulat bujur bengkok

leper pipih cembung

KATA ADJEKTIF SIFAT JARAK

Jenis perkataan yang memberi pengertian
ruang antara dua benda atau keadaan yang

memberi keterangan kata nama.

hampir nyaris jauh

dekat rapat renggang

KATA ADJEKTIF SIFAT WAKTU

Jenis perkataan yang memberi pengertian

konsep masa sebagai unsur keterangan.

lama lewat awal

suntuk lampau segera

KATA ADJEKTIF SIFAT PANCAINDERA

Jenis perkataan yang memberi pengertian
konsep rasa,pandang,dengar,bau,sentuh dan
gabungan.

sedap cantik wangi
kasar bingit kelat

KATA ADJEKTIF SIFAT PERASAAN

Jenis perkataan yang memberi pengertian
konsep perasaan sebagai penerangan kata
nama dan diikuti oleh kata sendi nama.

rindu berani benci
sayang suka ragu

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Amir sangat ………… kerana mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam PT3.
A. segan B. benci C. marah D. kecewa

2. Sikap ayah yang …….. Memberikan dorongan itu menambahkan lagi semangat saya untuk belajar.

A. lupa B. panjang c.jarang D.sering

3.Burung bangau mempunyai leher yang …….
A. tinggi B. panjang C. pendek D.rendah

4. Lauk-pauk yang dijual di gerai Mak Midah sedap-sedap belaka walaupun …….
A. kelat B. pedas C. masam D. payau

5. Petir berdentum dengan …….. Menandakan hari hendak hujan.
A. Kuat B.rakus C.senyap D.perlahan


Click to View FlipBook Version