The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN INDIVIDU KPS3014

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amira, 2021-05-27 20:11:17

Folio

TUGASAN INDIVIDU KPS3014

KPS3014

PENGURUSAN
PEMBELAJARAN

NAMA : SITI AMIRAH HANISAH BINTI MOHD ASRI
NO. MATRIK : D20201093654
KUMPULAN : O

PENSYARAH : DR MOHD SYAUBARI BIN OTHMAN

BAB 6
Pengurusan

Bilik
Darjah

Pengenalan

 Bilik darjah merupakan tempat belajar pelajar di sekolah yang lengkap, sibuk dan
mempunyai ciri-ciri yang khusus yang akan memberi kesan positif atau negatif kepada
murid yang berada dalam bilik darjah tersebut.

 Bilik darjah bukan sahaja tempat untuk murid menerima ilmu malah boleh dijadikan
sebagai tempat berlakunya aktivti-aktiviti pembelajaran.

 Aktiviti yang berlaku dalam bilik darjah akan melibatkan guru, pelajar, tugasan, masa dan
juga bahan pembelajaran.

 Alberto dan Troutman, 1968 menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah ialah cara yang
digunakan untuk menguruskan aktiviti pengajaran, susunan fizikal dan keadaan psikososial
di dalam bilik darjah bagi memastikan masa yang digunakan berkualiti dan suasana
pembelajaran yang mesra dapat diwujudkan.

 Pengurusan bilik darjah ialah sebuah proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah
bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid.

Kebaikan Pengurusan Bilik Darjah

 Murid akan menunjukkan tingkah laku yang baik. Hal ini kerana, nilai-nilai murni
diterapkan dalam diri murid melalui pengurusan bilik darjah. Contohnya, murid
bekerjasama dengan murid yang lain dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.

 Suasana pembelajaran yang positif dapat dibentuk. Contohnya, murid dibahagikan kepada
kumpulan yang mempunyai murid yang pelbagai tahap seperti tahap lemah dan sederhana
akan mencipta suasana pembelajaran yang harmoni. Hal ini kerana, mereka akan
berinteraksi antara satu sama yang lain untuk membantu rakan yang mempunyai masalah.

 Guru dan pelajar mempunyai masa yang diperuntukkan pada waktu pembelajaran. Setiap
matapelajaran mempunyai masa yang diperuntukkan bagi setiap waktu pembelajaran. Hal
ini dapat membantu guru untuk mempunyai perancangan yang rapi sebelum memulakan
kelas.

Aktiviti pengajaran berkumpulan

 Pengajaran berkumpulan merupakan satu kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar
untuk berada dalam kumpulan untuk menjalankan aktiviti. Kumpulan yang dibahagikan
kepada pelajar adalah berdasarkan peringkat minat dan kebolehan. Contohnya, guru
menggabungkan murid-murid yang berlainan kebolehan dalam satu kumpulan.

 Kebaikan daripada pengajaran berkumpulan ialah murid dapat merangsang minda masing-
masing untuk menyelesaikan tugasan mereka. Hal ini kerana, mereka mempunyai sikap
bertanggungjawab dalam diri mereka untuk membantu rakan-rakan mereka yang lemah
dalam sesuatu perkara.

 Terdapat tiga jenis dan bentuk kumpulan iaitu mengikut kebolehan, pelbagai kebolehan
dan mengikut minat. Kumpulan yang mengikut kebolehan adalah kumpulan yang terdiri
daripada pelajar yang sama kebolehan manakala kumpulan yang pelbagai kebolehan terdiri
daripada pelajar yang lemah, sederhana dan cergas. Kumpulan yang mengikut minat pula
ialah kumpulan yang mempunyai pelajar yang seragam minat mereka.

Penubuhan pusat pembelajaran

 Pusat pembelajaran ialah suatu sudut pelbagai bahan atau sumber pembelajaran yang
dibina di dalam bilik darjah. Sudut ini ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran secara formal atau tidak formal. Contohnya, pusat pembelajaran
digunakan untuk pelajar menampal nota-nota menarik dan dibaca oleh pelajar lain.

 Terdapat panduan dalam membina pusat pembelajaran supaya ia menepati ciri-ciri bilik
darjah KBSR/KBSM. Panduan ini akan membimbing guru dan pelajar untuk membina
pusat pembelajaran yang betul. Contohnya, susunan tempat duduk perlulah diubah dari
semasa ke semasa untuk mengelakkan pelajar daripada mudah berasa bosan dengan
keadaan persekitaran yang sama.

 Alat bahan pengajaran terbahagi kepada empat iaitu bahan bercetak, bahan tayang, bahan
audio, dan bahan tiga dimensi. Bahan-bahan ini akan digunakan berdasarkan keperluan
aktivti yang akan pelajar laksanakan. Oleh itu, guru mestilah menyediakan bahan dan alat
di pusat pembelajaran supaya lebih berkesan. Jenis bahan yang disediakan juga mestilah
mengikut peredaran masa supaya lebih menarik.

Kesimpulan

 Guru dan pelajar sangat memerlukan pengurusan bilik darjah untuk mengendalikan dan
menguruskan aktiviti pengajaran semasa berada di dalam kelas. Perancangan aktivti
pelajar akan menjadi lebih berkesan kerana waktu pembelajaran yang tersusun dan lebih
berdisiplin.

 Murid akan belajar dengan lebih berkesan semasa di dalam kelas kerana terdapat guru
yang menyusun dan membahagi tugas dengan baik yang memenuhi keperluan pelajar.
Contohnya, guru menjalankan tanggungjawabnya untuk merancang pengurusan bilik
darjah dengan teliti iaitu memenuhi aspek yang diperlukan sehingga dapat menarik minat
pelajar.

 Kesimpulannya, guru dan pelajar mestilah mengaplikasikan pengurusan bilik darjah
semasa berada di sekolah supaya dapat mewujudkan persekitaran dan suasana pendidikan
yang lebih positif dan menimbulkan semangat serta minat untuk pelajar belajar.

Rujukan

Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih, & Mohd Hairy

Ibrahim. (2013). Pengaruh persekitaran fizikal bilik darjah terhadap tahap keselesaan

pengajaran dan pembelajaran. My Jurnal, 6(0), 1. Diperoleh daripada

http://www.myjurna l. my/ public/art ic le -view.php? id=89468

Che Nidzam Che Ahmad, Saidatul Ainoor Shaharim, & Asmayati Yahaya. (2016). Kesesuaian

persekitaran pembelajaran, interaksi guru-pelajar, komitmen belajar dan keselesaan

pembelajaran dalam kalangan pelajar biologi. Jurnal Pendidikan Sains dan

Matematik, 6(2), 102-106. Diperoleh daripada file:///C:/Users/user/Downloads/2162-

Article%20Text-4552-1-10-20190706.pdf

Sabri Bayani. (2019). Pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-

21. Jurnal Ulasan, 1(1), 2. Diperoleh daripada

https://www.academia.edu/42951191/U lasan_Jurna l_Pengur usan_Bilik_Darjah


Click to View FlipBook Version