The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aiidah anwar, 2020-10-29 14:53:33

SLIDE MAJALAH PENGAJIAN ISLAM

SLIDE MAJALAH PENGAJIAN ISLAM

Tajuk: Skim pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan
oleh bank rakyat.

MPU23012

Disediakan oleh:
Raja Nur Batrisyia Binti Raja Shahril Faizal
(15DPM19F2056)
Aiidah Binti Anwar
(15DPM19F2036)
Muhammad Amirul Amin Bin Othman Bakri
(15DPM19F2057)
Fitri Amri Bin Abdul Aziz
(15DPM19F2025)
Muhammad Kamil Bin Mohd Hashim
(15DPM19F2040)

JENIS JENIS MUAMALAH

AL WADIAH
Simpanan tanpa faedah oleh pihak bank
AL MUDHARABAH
Berkongsi modal dan keuntungan tanpa perkongsian kerja
AL MURABAHAH
Jual beli dengan menyatakan modal dan jumlah keuntungan
AL MUSYARAKAH
Berkongsi modal, kerja dan keuntungan bersama
AL RAHNU
Pajak gadai islam
AL IJARAH
Sewa menyewa
AL BAIT BIL-THAMANIN AJIL ( JUALAN TERTANGGUH )
Beli secara ansuran
AL TAKAFUL
Insuran islam berkonsepkan tolong menolong

Maklumat Bank Rakyat

1. Bank rakyat ditubuhkan pada tahun 1954 hasil
daripada gabungan 11 bank-bank kesatuan dan berada
di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948.

2. Pada mulanya bank ini dikenali sebagai Bank Agong
kemudian ditukar nama kepada Bank Kerjasama
Malaysia Berhad pada tahun 1967.

3. Bank ini menukar nama kepada Bank Rakyat pada
tahun 1973

4. Mempunyai lebih 147 cawangan , 990 mesin juruwang
automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) dan
183 Ar-Rahnu X Change di seluruh negara.

5. Pada tahun 2003,bank ini menjadi patuh Syariah
sepenuhnya

Maklumat Bank Rakyat

1. Menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan
yang lengkap untuk individu dan perniagaan di
Malaysia.

2. Untuk perbankan peribadi, produk dan perkhidmatan
yang ditawarkan ialah akaun simpanan,akaun
semasa dan pembiayaan Islamik dalam bentuk
pinjaman peribadi,pajak gadai,kad kredit dan debit
islamik dan perancangan kewangan untuk wasiat dan
pelaburan.

3. Terdapat juga skim perlindungan Takaful untuk
mereka yang inginkan perlindungan insuran Islamik.

Maklumat Bank Rakyat

1. Untuk perniagaan pula, menawarkan produk dan
perkhidmatan yang lengkap daripada akaun deposit
sehinggalah kepada pembiayaan untuk perniagaan termasuk
skim daripada kerajaan.

2. Perkhidmatan perbankan internet melalui laman web iRakyat
memudahkan urusan perbankan secara atas talian.

Pinjaman peribadi Bank Rakyat

01 Pembiayaan peribadi-I
sektor awam

● Ditawarkan kepada kakitangan sektor awam,sama
ada kerajaan GLC atau badan berkanun.

● Pelan pembiayaan membenarkan ciri penyatuan
hutang atau debt consolidation.

● Syarat kelayakan yang tidak membebankan dan juga
caj kadar keuntungan sangat rendah

Jumlah Pembiayaan RM5000 hingga RM200000

Tempoh Pembiayaan 12 bulan hingga 120 bulan

Kadar Keuntungan 3.57% p.a - 4.09% p.a

Pinjaman peribadi-I 02
sektor swasta

● Disasarkan khusus kepada kakitangan sektor
swasta dan mereka yang bekerja sendiri

● Membenarkan pendapatan tidak tetap untuk
mohon.

● Syarat kelayakan yang tidak membebankan dan
juga caj kadar keuntungan yang sangat rendah

Jumlah Pembiayaan RM5000 hingga RM150000

Tempoh Pembiayaan 12 bulan hingga 120 bulan

Kadar Keuntungan 5.09% p.a - 5.61% p.a

03 Personal financing-I untuk
pesara

● Jika anda pesara, pelan pembiayaan ini sangat
sesuai untuk anda

● Buat pembiayaan, dari serendah RM5OOO hingga
mencapai RM100,000 dengan tempoh pembiayaan
sehingga 10 tahun.

● Mengenakan caj kadar keuntungan tetap yang
sangat berpatutan.

Jumlah Pembiayaan RM5000 hingga RM100000
Tempoh Pembiayaan 12 bulan hingga 120 bulan
Kadar Keuntungan 4.79% p.a - 4.79% p.a

Tujuan skim pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan

● Bukan hanya menyediakan pelaburan,-pelaburan, tetapi
institusi perbankan juga menyediakan menyediakan
skim-skim yang membantu masyarakat di Malaysia tanpa
mengira kaum

● Menjana kedudukan ekonomi negara ke arah yang lebih baik
● Memberi keuntungan kepada pihak bank dan juga pihak

peminjam
● Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan kewangan
● Memajukan sesebuah syarikat
● Menstabilkan ekonomi sesebuah negara
● Mentadbir urusan kewangan kerajaan

Kelebihan Skim Pembiayaan Islam Bank Rakyat

● Rebat 20% duti setem perjanjian pembiayaan.
● Tiada yuran pembayaran awal.
● Rebat 2% melalui Skim PKS Patuh Syariah Kemudahan(SSF) oleh

SME Corp.
● Tiada kompaun dikenakan pada keuntungan yang tidak berbayar.
● Tiada caj tambahan bagi jumlah yang tidak digunakan.
● Perlindungan terhadap kenaikan kadar keuntungan pembiayaan

melalui kadar keuntungan siling(Harga Jualan Bank)
● Rebat (ibra) bagi penyelesaian awal.

● Kadar keuntungan yang kompetitif.

PERKARA PERKARA HARAM DALAM MUAMALAT

RIBA

Firman Allah, mafhumnya:Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada
Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang
yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu
tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan
adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).
dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta
kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga
tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 278-279).

Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil

Dalam surah al-Nisa ayat 29 mafhumnya: (Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu,
judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama
suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu).

PERKARA PERKARA HARAM DALAM MUAMALAT

RASUAH

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah,Rasulullah SAW bersabda;

‫ َﻋ ْن َﻋ ْﺑ ِد ﱠ ِﷲ ْﺑ ِن َﻋ ْﻣ ٍرو َﻗﺎ َل َﻗﺎ َل َر ُﺳو ُل ﱠ ِﷲ َﺻﻠﱠﻰ ﱠﷲُ َﻋ َﻠ ْﯾ ِﮫ َو َﺳﻠﱠ َم َﻟ ْﻌ َﻧ ُﺔ ﱠ ِﷲ َﻋ َﻠﻰ اﻟ ﱠرا ِﺷﻲ َوا ْﻟ ُﻣ ْر َﺗ ِﺷﻲ‬.

Maksudnya:

Dari Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda Allah SWT melaknat pemberi
rasuah dan penerima rasuah.

Gejala rasuah dalam semua situasi dan kondisi termasuk dalam menjalankan aktiviti
perniagaan adalah dilarang sama sekali dalam Islam dan merupakan perbuatan haram lagi
tercela. Sebagai peniaga yang beriman, perbuatan terkutuk ini hendaklah dihindari agar
keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat dapat dikecapi oleh semua.

PERKARA PERKARA HARAM DALAM MUAMALAT

MONOPOLI

Dalam satu hadis Rasullah SAW bersabda;

‫ رواه ﻣﺳﻠم‬.‫ ﻓﮭو ﺑﻌﯾد ﻋن اﻟﺣق واﻟﻌدل‬:‫ أى‬. "‫ " ﻣن اﺣﺗﻛر ﻓﮭو ﺧﺎطﺊ‬:‫ﻋن ﻣﻌﻣر أن اﻟﻧﺑﻲ )ص( ﻗﺎل‬.

Maksudnya:
Dari Ma’mar bahawa Rasulullah SAW bersabda; Barang siapa memonopoli
barangan (ihtikar) maka ia telah melakukan kesalahan. Yakni ia telah tersasar jauh
dari perkara yang sebenar dan keadilan.

PERKARA PERKARA HARAM DALAM
MUAMALAT

Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan

‫َﻋ ْن أَ ِﺑﻲ َﻗ َﺗﺎ َد َة ا ْﻷَ ْﻧ َﺻﺎ ِر ﱢي أَ ﱠﻧ ُﮫ َﺳ ِﻣ َﻊ َر ُﺳو َل‬

‫ ﻓﺄن ﻛﺛرة اﻟﺣﻠف ﻓﻰ اﻟﺑﯾﻊ ﻗد ﯾؤدي أﻟﻰ رواج اﻟﺳﻠﻌﺔ إﻻ أﻧﮫ ﺑﻌد ذﻟك إﻟﻰ ُﯾ ِزﯾل ا ْﻟ َﺑ َر َﻛﺗﮭ اﺎ‬:‫ أ ْي‬.‫ُل إِ ﱠﯾﺎ ُﻛ ْم َو َﻛ ْﺛ َر َة ا ْﻟ َﺣﻠِ ِف ِﻓﻲ ا ْﻟ َﺑ ْﯾ ِﻊ َﻓﺈِ ﱠﻧ ُﮫ ُﯾ َﻧ ﱢﻔ ُق ُﺛ ﱠم َﯾ ْﻣ َﺣ ُق‬

Maksudnya:

Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah
SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya
(kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan
tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.

PERKARA PERKARA HARAM DALAM MUAMALAT

HARAM MENJUAL NAJIS

‫ﻋن َﺟﺎ ِﺑ َر ْﺑ َن َﻋ ْﺑ ِد‬
‫َﺻﻠﱠﻰ ﱠﷲُ َﻋ َﻠ ْﯾ ِﮫ َو َﺳﻠﱠ َم َﯾﻘُو ُل َﻋﺎ َم ا ْﻟ َﻔ ْﺗﺢ ِإِ ﱠن ﱠ َﷲ َﻋ ﱠز َو َﺟ ﱠل َو َر ُﺳو َﻟ ُﮫ َﺣ ﱠر َم َﺑ ْﯾﻊ َا ْﻟ َﺧ َﻧﺎ ِزﯾ ِر َو َﺑ ْﯾ َﻊ ا ْﻟ َﻣ ْﯾ َﺗ ِﺔ َو َﺑ ْﯾ َﻊ ا ْﻟ َﺧ ْﻣر ِ َو َﺑ ْﯾ َﻊ ا ْﻷَ ْﺻ َﻧﺎ ِما‬

Maksudnya:
Dari Jabir bin Abdullahkatanya, ia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada
tahun pembukaan kota Mekah, sesungguhnya Allah SWT dan Rasulnya telah
mengharamkan jual beli babi, bangkai, arak dan patung berhala.

Mercury is the closest
planet from the Sun

LKKKKPERKARA PERKARA HARAM DALAM MUAMALAT

Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan
Di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi orang-orang yang
curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan
(gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya)
apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak

‫ ﻓﻘد ﺷرك ﻓﻲ ﻋﺎرھﺎ وإﺛﻣﮭﺎ‬، ‫ وھو ﯾﻌﻠم أﻧﮭﺎ ﺳرﻗﺔ‬، ‫ » ﻣن اﺷﺗرى ﺳرﻗﺔ‬: ‫ ﻋن اﻟﻧﺑﻲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯾﮫ وﺳﻠم أﻧﮫ ﻗﺎل‬، ‫» ﻋن أﺑﻲ ھرﯾرة‬

Maksudnya:
Diriwayatkan Abi Hurairah, dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda: Barang siapa membeli
barangan curi, sedangia mengetahui barang itu adalah dicuri, maka ia telah berkongsi sama (dengan
pencuri) pada aib dan dosanya.

PENJELASAAN MENGENAI PERBEZAAN DI ANTARA PEMBIAYAAN
PERIBADI ISLAMIK DAN PINJAMAN PERIBADI KONVENSIONAL

❏ Pinjaman Vs Pembiayaan
-Walaupun mempunyai konsep yang hampir sama, perbankan konvensional menggunakan terma
‘pinjaman ‘ manakala perbankan islam menggunakan terma ‘ pembiayaan ‘.
- Pinjaman kewangan konvensional, pemberi pinjaman ( pihak bank atau institusi kewangan )
akan memberi pinjaman kepada peminjam dan memperoleh keuntungan daripada caj faedah
yang dikenakan ke atas jumlah prinsipal.
- Pembayaran secara ansuran dibuat melalui tempoh yang ditetapkan.
- Pembiayaan kewangan islam pula, pihak pembiaya ( bank atau institusi kewangan ) akan
‘ membeli ‘ sesuatu untuk pelanggan, kemudian ‘ menjual ‘ kepada pelanggan tersebut dengan
kadar keuntungan yang telah dipersetujui. Sebagai ganti kepada faedah, kadar keuntungan
ditakrifkan di dalam kontrak.

❏ Hukum-Hukum Syariah
- Pembiayaan Islam adalah berlandaskan prinsip-prinsip syariah, di mana ia perlu bebas
daripada sebarang unsur-unsur yang tidak beretika, termasuklah riba ( kadar faedah berganda
yang membebankan ), gharar ( penipuan ), maysir ( perjudian ), dan zulm ( penindasan dan
amalan tidak berakhlak ).
- Pinjaman konvensional pula mendapat keuntungan melalui riba ( faedah yang dikenakan ke
atas jumlah prinsipal ). Selain itu, risiko kerugian juga adalah berat sebelah di mana ia
ditanggung oleh peminjam sahaja.

❏ Jumlah Yang Perlu Dibayar
- Pinjaman konvensional, jumlah yang perlu dibayar oleh peminjam akan berubah mengikut
perubahan kadar pinjaman asas ( BLR-Base Lending Rate ). Ini adalah kadar faedah minimum
yang dikira oleh institusi-insitusi perbankan. Ia berdasarkan formula yang mengambil kira kos
perbelanjaan institusi-institusi dan caj-caj pentadbiran lain.

- Bagi pembiayaan islam pula, jumlah bayaran adalah jelas dan tetap
sepanjang tempoh pembiayaan. Ini kerana jumlah maksimum yang perlu
dibayar oleh pelanggan sudah dipersetujui lebih awal.

❏ Pengubahsuaian Terma Kewangan
- Pinjaman konvensional, pengubahsuaian terma kewangan seperti
peningkatan jumlah pinjaman hanya akan dikenakan duti setem ke atas
perjanjian kemudahan pinjaman.
- Pembiayaan islam pula, perjanjian jual dan beli balik ( BBA ) yang baru
perlu disediakan, yang akan menjadikan ia lebih mahal.

❏ Penstrukturan Semula
- Sekiranya berlaku kegagalan, pinjaman konvensional adalah lebih
mudah untuk melakukan penstrukturan semula berbanding pembiayaan
islam.

❏ Penyelesaian Awal
- Perbankan Islam, caj bayaran lewat dikenakan sebagai bayaran kos rugi yang
dihadapi oleh pembiaya akibat pelanggan tidak membayar hutangnya dalam waktu
yang ditetapkan. Caj yang dikenakan hanyalah kepada baki jumlah pembiayaan.
- Sistem pinjaman konvensional pula mengamalkan konsep faedah kompaun, iaitu
faedah ke atas faedah. Semakin lama tiada pembayaran, semakin meningkat
bayaran denda.
- Contoh perbezaan di antara kedua-dua sistem tersebut. Sekiranya jumlah pinjaman
adalah RM 100,000 manakala caj lewat adalah 3%, pengiraannya adalah seperti
berikut :

❏ Pembiayaan Islamik
- Bulan pertama : RM 100,000 X 3% = RM 3000
- Bulan kedua : RM 100,000 X 3% = RM 3000
- Bulan ketiga : RM 100,000 X 3% = RM 3000
- Jumlah denda sekiranya tidak bayar tiga bulan :
- RM 3000 + RM 3000 + RM 3000 = RM 9000

❏ Pinjaman Konvensional
- Bulan pertama : RM 100,000 X 3% = RM 3000
- Bulan kedua : ( RM 100,000 + RM 3000 ) X 3% = RM 3090
- Bulan ketiga : ( RM 100,000 + RM 3090 ) X 3% = RM 3182.7
- Jumlah denda sekiranya tidak bayar tiga bulan : RM 3000 + RM 3090 +
RM 3182.7 = RM 9272.7

❏ Insurans
- Pinjaman konvensional mempunyai perlindungan insurans jenis konvensional.
Majoriti pembiayaan kewangan islamik pula diliputi dengan perlindungan insurans
takaful. Pelan insurans ini memiliki ciri patuh syariah dan adalah berdasarkan
konsep kerjasama dan perkongsian risiko.


Click to View FlipBook Version