MAJALAH BANK RAKYAT
Tajuk: Skim pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan oleh
bank rakyat.
MPU23012
Diterbitkan pada tahun 2020
Maklumat Bank Rakyat
1. Bank rakyat ditubuhkan pada tahun 1954 hasil daripada gabungan
11 bank-bank kesatuan dan berada di bawah Ordinan Syarikat
Kerjasama 1948.
2. Pada mulanya bank ini dikenali sebagai Bank Agong kemudian
ditukar nama kepada Bank Kerjasama Malaysia Berhad pada tahun
1967.
3. Bank ini menukar nama kepada Bank Rakyat pada tahun 1973
4. Mempunyai lebih 147 cawangan , 990 mesin juruwang automatik
(ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) dan 183 Ar-Rahnu X Change di
seluruh negara.
5. Pada tahun 2003,bank ini menjadi patuh Syariah sepenuhnya
Maklumat Bank Rakyat
1. Menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan yang lengkap
untuk individu dan perniagaan di Malaysia.
2. Untuk perbankan peribadi, produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan ialah akaun simpanan,akaun semasa dan pembiayaan
Islamik dalam bentuk pinjaman peribadi,pajak gadai,kad kredit dan
debit islamik dan perancangan kewangan untuk wasiat dan
pelaburan.
3. Terdapat juga skim perlindungan Takaful untuk mereka yang
inginkan perlindungan insuran Islamik.
Maklumat Bank Rakyat
1. Untuk perniagaan pula, menawarkan produk dan perkhidmatan yang lengkap
daripada akaun deposit sehinggalah kepada pembiayaan untuk perniagaan
termasuk skim daripada kerajaan.
2. Perkhidmatan perbankan internet melalui laman web iRakyat memudahkan
urusan perbankan secara atas talian.
Pinjaman peribadi Bank Rakyat
01 Pembiayaan peribadi-I
sektor awam
● Ditawarkan kepada kakitangan sektor awam,sama ada kerajaan
GLC atau badan berkanun.
● Pelan pembiayaan membenarkan ciri penyatuan hutang atau debt
consolidation.
● Syarat kelayakan yang tidak membebankan dan juga caj kadar
keuntungan sangat rendah
Jumlah Pembiayaan RM5000 hingga RM200000
Tempoh Pembiayaan 12 bulan hingga 120 bulan
Kadar Keuntungan 3.57% p.a - 4.09% p.a
Pinjaman peribadi-I sektor swasta
02
● Disasarkan khusus kepada kakitangan sektor swasta dan
mereka yang bekerja sendiri
● Membenarkan pendapatan tidak tetap untuk mohon.
● Syarat kelayakan yang tidak membebankan dan juga caj
kadar keuntungan yang sangat rendah
Jumlah Pembiayaan RM5000 hingga RM150000
Tempoh Pembiayaan 12 bulan hingga 120 bulan
Kadar Keuntungan 5.09% p.a - 5.61% p.a
03 Personal financing-I untuk pesara
● Jika anda pesara, pelan pembiayaan ini sangat sesuai untuk
anda
● Buat pembiayaan, dari serendah RM5OOO hingga mencapai
RM100,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
● Mengenakan caj kadar keuntungan tetap yang sangat
berpatutan.
Jumlah Pembiayaan RM5000 hingga RM100000
Tempoh Pembiayaan 12 bulan hingga 120 bulan
Kadar Keuntungan 4.79% p.a - 4.79% p.a
Tujuan skim pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan
● Bukan hanya menyediakan pelaburan,-pelaburan, tetapi institusi perbankan
juga menyediakan menyediakan skim-skim yang membantu masyarakat di
Malaysia tanpa mengira kaum
● Menjana kedudukan ekonomi negara ke arah yang lebih baik
● Memberi keuntungan kepada pihak bank dan juga pihak peminjam
● Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan kewangan
● Memajukan sesebuah syarikat
● Menstabilkan ekonomi sesebuah negara
● Mentadbir urusan kewangan kerajaan
Kelebihan Skim Pembiayaan Islam Bank Rakyat
● Rebat 20% duti setem perjanjian pembiayaan.
● Tiada yuran pembayaran awal.
● Rebat 2% melalui Skim PKS Patuh Syariah Kemudahan(SSF) oleh SME Corp.
● Tiada kompaun dikenakan pada keuntungan yang tidak berbayar.
● Tiada caj tambahan bagi jumlah yang tidak digunakan.
● Perlindungan terhadap kenaikan kadar keuntungan pembiayaan melalui
kadar keuntungan siling(Harga Jualan Bank)
● Rebat (ibra) bagi penyelesaian awal.
● Kadar keuntungan yang kompetitif.
JENIS-JENIS MUAMALAT
AL WADIAH
Simpanan tanpa faedah oleh pihak bank
AL MUDHARABAH
Berkongsi modal dan keuntungan tanpa perkongsian kerja
AL MURABAHAH
Jual beli dengan menyatakan modal dan jumlah keuntungan
AL MUSYARAKAH
Berkongsi modal, kerja dan keuntungan bersama
AL RAHNU
Pajak gadai islam
AL IJARAH
Sewa menyewa
AL BAIT BIL-THAMANIN AJIL ( JUALAN TERTANGGUH )
Beli secara ansuran
AL TAKAFUL
Insuran islam berkonsepkan tolong menolong
PERKARA-PERKARA HARAM DALAM MUAMALAT
RASUAH
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah,Rasulullah SAW bersabda;
َ
َ
َ
َ
َ
ْ نَع و ٍ ر مَع ْ ن ب ْ َ اللّ ْ د بَع ْ َ اللّ ْ ُلوُسر ْ َلاَق ْ َلاَق ْملَسو َ ْ ه يلع َْ اللّ ىلص ي شَت رُملاو َ ي شا َ رلا ىلَع ْ َ اللّ ُ ْ ةَن عل.
َ
ُ َ
َ
َ
Maksudnya:
Dari Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda Allah SWT melaknat pemberi
rasuah dan penerima rasuah.
Gejala rasuah dalam semua situasi dan kondisi termasuk dalam menjalankan aktiviti
perniagaan adalah dilarang sama sekali dalam Islam dan merupakan perbuatan haram
lagi tercela. Sebagai peniaga yang beriman, perbuatan terkutuk ini hendaklah dihindari
agar keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat dapat dikecapi oleh semua.
PERKARA-PERKARA HARAM DALAM MUAMALAT
MONOPOLI
Dalam satu hadis Rasullah SAW bersabda;
يبنلا نأ رمعم نع(ص) لاق: " ئطاخ وهف ركتحا نم" . ىأ: لدعلاو قحلا نع ديعب وهف. ملسم هاور.
Maksudnya:
Dari Ma’mar bahawa Rasulullah SAW bersabda; Barang siapa memonopoli
barangan (ihtikar) maka ia telah melakukan kesalahan. Yakni ia telah tersasar
jauh dari perkara yang sebenar dan keadilan.
PERKARA PERKARA HARAM DALAM MUAMALAT
Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan
َ
َ
ْ يراَصنلْا
ْ ة َ رثَك َ و
ْ نَع ْ ِ َّ اللّ ْ َلو س َ ر ْ َعِمَس ْ هَّنأ َ ِ ِ َ َ ْ ةَداَتق َ يبأ ْمَّلَس َ و ْ ِه يَلَع َّْ اللّ ىَّلَص ْ لو قَي ْمث ْ قِفن ْ ي َ ْ هَّنإف ْ ع يَبلا يِف ْ ِ فِلَحلا َ ْ م كاَّيإ ْ قَح مَي. ْيأ: ةرثك نأف
َ
ِ
ِ
َّ
ِ
ِ
اهتَك َ رَبلا ليز ي ىلإ كلذ دعب هنأ لاإ ةعلسلا جاور ىلأ يدؤي دق عيبلا ىف فلحلا.
ِ
Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW
bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala)
banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan
menghilangkan barakahnya.
PERKARA-PERKARA HARAM DALAM MUAMALAT
HARAM MENJUAL NAJIS
َ
ْ ِ َّ اللّ ْ ِد بَع ْ َن ب ْ َ رباَج نع ْ ِ َّ اللّ ْ َلو س َ ر ُ ت عِمَس ْ لو قَي ْمَّلَس َ و ْ ِه يَلَع َّْ اللّ ىَّلَص ْ َّلَج َ و ْ ْ َّز َع َّْ اللّ ْ َّنإُ ح تفلا ْ ماَع ْ لو قَي
َ
ِ
َ
ِ ِ
َ
ْ هَلو س َ ر َ و ْماَن ص َ ْ لْا ْ َع يَب َ وُ ر مَخلا ْ َع يَب َ و ْ ِةَت يَملا ْ َع يَب َ و ْ ريزاَنَخلا َ ُ ع يَب ْ مرَح…
َ َّ
ِ
ِ
ِ ِ
Maksudnya:
Dari Jabir bin Abdullah katanya, ia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada
tahun pembukaan kota Mekah, sesungguhnya Allah SWT dan Rasulnya telah
mengharamkan jual beli babi, bangkai, arak dan patung berhala.
PERKARA-PERKARA HARAM DALAM MUAMALAT
Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan
Di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi orang-orang yang
curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan
(gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya)
apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangkan
Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak
لاق هنأ ملسو هيلع الله ىلص يبنلا نع ، ةريره يبأ نع: « اهمثإو اهراع يف كرش دقف ، ةقرس اهنأ ملعي وهو ، ةقرس ىرتشا نم»
Maksudnya:
Diriwayatkan Abi Hurairah, dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda: Barang siapa
membeli barangan curi, sedang ia mengetahui barang itu adalah dicuri, maka ia telah
berkongsi sama (dengan pencuri) pada aib dan dosanya.
PENJELASAN MENGENAI PERBEZAAN DI ANTARA PEMBIAYAAN
PERIBADI ISLAMIK DAN PINJAMAN PERIBADI KONVENSIONAL
❏ Pinjaman Vs Pembiayaan
-Walaupun mempunyai konsep yang hampir sama, perbankan konvensional menggunakan
terma ‘pinjaman ‘ manakala perbankan islam menggunakan terma ‘ pembiayaan ‘.
- Pinjaman kewangan konvensional, pemberi pinjaman ( pihak bank atau institusi kewangan )
akan memberi pinjaman kepada peminjam dan memperoleh keuntungan daripada caj faedah
yang dikenakan ke atas jumlah prinsipal.
- Pembayaran secara ansuran dibuat melalui tempoh yang ditetapkan.
- Pembiayaan kewangan islam pula, pihak pembiaya ( bank atau institusi kewangan ) akan
‘ membeli ‘ sesuatu untuk pelanggan, kemudian ‘ menjual ‘ kepada pelanggan tersebut dengan
kadar keuntungan yang telah dipersetujui. Sebagai ganti kepada faedah, kadar keuntungan
ditakrifkan di dalam kontrak.
❏ Hukum-Hukum Syariah
- Pembiayaan Islam adalah berlandaskan prinsip-prinsip syariah, di mana ia perlu bebas
daripada sebarang unsur-unsur yang tidak beretika, termasuklah riba ( kadar faedah
berganda yang membebankan ), gharar ( penipuan ), maysir ( perjudian ), dan zulm (
penindasan dan amalan tidak berakhlak ).
- Pinjaman konvensional pula mendapat keuntungan melalui riba ( faedah yang dikenakan
ke atas jumlah prinsipal ). Selain itu, risiko kerugian juga adalah berat sebelah di mana ia
ditanggung oleh peminjam sahaja.
❏ Jumlah Yang Perlu Dibayar
- Pinjaman konvensional, jumlah yang perlu dibayar oleh peminjam akan berubah mengikut
perubahan kadar pinjaman asas ( BLR-Base Lending Rate ). Ini adalah kadar faedah
minimum yang dikira oleh institusi-insitusi perbankan. Ia berdasarkan formula yang
mengambil kira kos perbelanjaan institusi-institusi dan caj-caj pentadbiran lain.
- Bagi pembiayaan islam pula, jumlah bayaran adalah jelas dan tetap
sepanjang tempoh pembiayaan. Ini kerana jumlah maksimum yang perlu
dibayar oleh pelanggan sudah dipersetujui lebih awal.
❏ Pengubahsuaian Terma Kewangan
- Pinjaman konvensional, pengubahsuaian terma kewangan seperti
peningkatan jumlah pinjaman hanya akan dikenakan duti setem ke atas
perjanjian kemudahan pinjaman.
- Pembiayaan islam pula, perjanjian jual dan beli balik ( BBA ) yang baru
perlu disediakan, yang akan menjadikan ia lebih mahal.
❏ Penstrukturan Semula
- Sekiranya berlaku kegagalan, pinjaman konvensional adalah lebih
mudah untuk melakukan penstrukturan semula berbanding pembiayaan
islam.
❏ Penyelesaian Awal
- Perbankan Islam, caj bayaran lewat dikenakan sebagai bayaran kos rugi yang
dihadapi oleh pembiaya akibat pelanggan tidak membayar hutangnya dalam
waktu yang ditetapkan. Caj yang dikenakan hanyalah kepada baki jumlah
pembiayaan.
- Sistem pinjaman konvensional pula mengamalkan konsep faedah kompaun, iaitu
faedah ke atas faedah. Semakin lama tiada pembayaran, semakin meningkat
bayaran denda.
- Contoh perbezaan di antara kedua-dua sistem tersebut. Sekiranya jumlah
pinjaman adalah RM 100,000 manakala caj lewat adalah 3%, pengiraannya adalah
seperti berikut :
❏ Pembiayaan Islamik
- Bulan pertama : RM 100,000 X 3% = RM 3000
- Bulan kedua : RM 100,000 X 3% = RM 3000
- Bulan ketiga : RM 100,000 X 3% = RM 3000
- Jumlah denda sekiranya tidak bayar tiga bulan :
- RM 3000 + RM 3000 + RM 3000 = RM 9000
❏ Pinjaman Konvensional
- Bulan pertama : RM 100,000 X 3% = RM 3000
- Bulan kedua : ( RM 100,000 + RM 3000 ) X 3% = RM 3090
- Bulan ketiga : ( RM 100,000 + RM 3090 ) X 3% = RM 3182.7
- Jumlah denda sekiranya tidak bayar tiga bulan : RM 3000 + RM 3090 +
RM 3182.7 = RM 9272.7
❏ Insurans
- Pinjaman konvensional mempunyai perlindungan insurans jenis konvensional.
Majoriti pembiayaan kewangan islamik pula diliputi dengan perlindungan
insurans takaful. Pelan insurans ini memiliki ciri patuh syariah dan adalah
berdasarkan konsep kerjasama dan perkongsian risiko.
Tajuk: Skim pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan
oleh bank rakyat.
MPU23012
Disediakan oleh:
Raja Nur Batrisyia Binti Raja Shahril Faizal
(15DPM19F2056)
Aiidah Binti Anwar
(15DPM19F2036)
Muhammad Amirul Amin Bin Othman Bakri
(15DPM19F2057)
Muhammad Kamil Bin Mohd Hashim
(15DPM19F2040)
Fitri Amri Bin Abdul Aziz
(15DPM19F2025)