The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aiidah anwar, 2020-10-30 14:56:47

SLIDE MAJALAH PENGAJIAN ISLAM

SLIDE MAJALAH PENGAJIAN ISLAM

MAJALAH BANK RAKYAT

Tajuk: Skim pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan oleh 1
bank rakyat.

MPU23012
Diterbitkan pada tahun 2020

ISI KANDUNGAN

1 Pengenalan 8 Pinjaman Peribadi - I Sektor
Swasta

2 Isi Kandungan Personal Financing - I

9 Untuk Pesara

4 Maklumat Bank Tujuan Skim Pinjaman Dan
Rakyat
10 Pembiayaan Yang

Ditawarkan

Pembiayaan Kelebihan Skim

7 Peribadi-I Sektor 11 Pembiayaan Islam Bank
Awam
Rakyat 2

12 Jenis-Jenis
Muamalat

Perkara-Perkara

13 Haram Dalam

Muamalat

Penjelasan Mengenai

18 Perbezaan Di Antara
Pembiayaan Peribadi Islamik

Dan Pinjaman Peribadi

Konvensional

3

Maklumat Bank Rakyat

1. Bank rakyat ditubuhkan pada tahun 1954 hasil daripada gabungan
11 bank-bank kesatuan dan berada di bawah Ordinan Syarikat
Kerjasama 1948.

2. Pada mulanya bank ini dikenali sebagai Bank Agong kemudian
ditukar nama kepada Bank Kerjasama Malaysia Berhad pada tahun
1967.

3. Bank ini menukar nama kepada Bank Rakyat pada tahun 1973
4. Mempunyai lebih 147 cawangan , 990 mesin juruwang automatik

(ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) dan 183 Ar-Rahnu X Change di
seluruh negara.
5. Pada tahun 2003,bank ini menjadi patuh Syariah sepenuhnya

4

Maklumat Bank Rakyat

1. Menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan yang lengkap
untuk individu dan perniagaan di Malaysia.

2. Untuk perbankan peribadi, produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan ialah akaun simpanan,akaun semasa dan pembiayaan
Islamik dalam bentuk pinjaman peribadi,pajak gadai,kad kredit dan
debit islamik dan perancangan kewangan untuk wasiat dan pelaburan.

3. Terdapat juga skim perlindungan Takaful untuk mereka yang inginkan
perlindungan insuran Islamik.

5

Maklumat Bank Rakyat

1. Untuk perniagaan pula, menawarkan produk dan perkhidmatan yang lengkap
daripada akaun deposit sehinggalah kepada pembiayaan untuk perniagaan
termasuk skim daripada kerajaan.

2. Perkhidmatan perbankan internet melalui laman web iRakyat memudahkan
urusan perbankan secara atas talian.

6

Pinjaman peribadi Bank Rakyat

01 Pembiayaan peribadi-I
sektor awam

● Ditawarkan kepada kakitangan sektor awam,sama ada kerajaan
GLC atau badan berkanun.

● Pelan pembiayaan membenarkan ciri penyatuan hutang atau debt
consolidation.

● Syarat kelayakan yang tidak membebankan dan juga caj kadar
keuntungan sangat rendah

Jumlah Pembiayaan RM5000 hingga RM200000
Tempoh Pembiayaan 12 bulan hingga 120 bulan
Kadar Keuntungan 3.57% p.a - 4.09% p.a

7

Pinjaman peribadi-I sektor swasta 02

● Disasarkan khusus kepada kakitangan sektor swasta dan 8
mereka yang bekerja sendiri

● Membenarkan pendapatan tidak tetap untuk mohon.
● Syarat kelayakan yang tidak membebankan dan juga caj

kadar keuntungan yang sangat rendah

Jumlah Pembiayaan RM5000 hingga RM150000
Tempoh Pembiayaan 12 bulan hingga 120 bulan
Kadar Keuntungan 5.09% p.a - 5.61% p.a

03 Personal financing-I untuk pesara

● Jika anda pesara, pelan pembiayaan ini sangat sesuai untuk anda
● Buat pembiayaan, dari serendah RM5OOO hingga mencapai

RM100,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
● Mengenakan caj kadar keuntungan tetap yang sangat

berpatutan.

Jumlah Pembiayaan RM5000 hingga RM100000
Tempoh Pembiayaan 12 bulan hingga 120 bulan
Kadar Keuntungan 4.79% p.a - 4.79% p.a

9

Tujuan skim pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan

● Bukan hanya menyediakan pelaburan,-pelaburan, tetapi institusi perbankan
juga menyediakan menyediakan skim-skim yang membantu masyarakat di
Malaysia tanpa mengira kaum

● Menjana kedudukan ekonomi negara ke arah yang lebih baik
● Memberi keuntungan kepada pihak bank dan juga pihak peminjam
● Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan kewangan
● Memajukan sesebuah syarikat
● Menstabilkan ekonomi sesebuah negara
● Mentadbir urusan kewangan kerajaan

10

Kelebihan Skim Pembiayaan Islam Bank Rakyat

● Rebat 20% duti setem perjanjian pembiayaan.
● Tiada yuran pembayaran awal.
● Rebat 2% melalui Skim PKS Patuh Syariah Kemudahan(SSF) oleh SME Corp.
● Tiada kompaun dikenakan pada keuntungan yang tidak berbayar.
● Tiada caj tambahan bagi jumlah yang tidak digunakan.
● Perlindungan terhadap kenaikan kadar keuntungan pembiayaan melalui kadar

keuntungan siling(Harga Jualan Bank)
● Rebat (ibra) bagi penyelesaian awal.
● Kadar keuntungan yang kompetitif.

11

JENIS-JENIS MUAMALAT 12

AL WADIAH

Simpanan tanpa faedah oleh pihak bank

AL MUDHARABAH

Berkongsi modal dan keuntungan tanpa perkongsian kerja

AL MURABAHAH

Jual beli dengan menyatakan modal dan jumlah keuntungan

AL MUSYARAKAH

Berkongsi modal, kerja dan keuntungan bersama

AL RAHNU

Pajak gadai islam

AL IJARAH

Sewa menyewa

AL BAIT BIL-THAMANIN AJIL ( JUALAN TERTANGGUH )

Beli secara ansuran

AL TAKAFUL

Insuran islam berkonsepkan tolong menolong

PERKARA-PERKARA HARAM DALAM MUAMALAT

RASUAH

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah,Rasulullah SAW bersabda;

‫ َﻋ ْﻦ َﻋ ْﺒ ِﺪ ﱠﷲِ ْﺑ ِﻦ َﻋ ْﻤ ٍﺮو ﻗَﺎ َل ﻗَﺎ َل َر ُﺳﻮ ُل ﱠﷲِ َﺻﻠﱠﻰ ﱠﷲُ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮫ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻟَ ْﻌﻨَﺔُ ﱠﷲِ َﻋﻠَﻰ اﻟ ﱠﺮا ِﺷﻲ َوا ْﻟ ُﻤ ْﺮﺗَ ِﺸﻲ‬.

Maksudnya:

Dari Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda Allah SWT melaknat pemberi
rasuah dan penerima rasuah.

Gejala rasuah dalam semua situasi dan kondisi termasuk dalam menjalankan aktiviti
perniagaan adalah dilarang sama sekali dalam Islam dan merupakan perbuatan haram
lagi tercela. Sebagai peniaga yang beriman, perbuatan terkutuk ini hendaklah dihindari
agar keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat dapat dikecapi oleh semua.

13

PERKARA-PERKARA HARAM DALAM MUAMALAT

MONOPOLI
Dalam satu hadis Rasullah SAW bersabda;
‫ رواه ﻣﺴﻠﻢ‬.‫ ﻓﮭﻮ ﺑﻌﯿﺪ ﻋﻦ اﻟﺤﻖ واﻟﻌﺪل‬:‫ أى‬. "‫ " ﻣﻦ اﺣﺘﻜﺮ ﻓﮭﻮ ﺧﺎطﺊ‬:‫ﻋﻦ ﻣﻌﻤﺮ أن اﻟﻨﺒﻲ )ص( ﻗﺎل‬.
Maksudnya:
Dari Ma’mar bahawa Rasulullah SAW bersabda; Barang siapa memonopoli
barangan (ihtikar) maka ia telah melakukan kesalahan. Yakni ia telah tersasar
jauh dari perkara yang sebenar dan keadilan.

14

PERKARA PERKARA HARAM DALAM MUAMALAT

Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan

َ‫ ﻓﺄن ﻛﺛرة َﻋ ْن أَ ِﺑﻲ َﻗ َﺗﺎ َد َة ا ْﻷَ ْﻧ َﺻﺎ ِر ﱢي أَ ﱠﻧ ُﮫ َﺳ ِﻣ َﻊ َر ُﺳول‬:‫ أ ْي‬.‫ﱠ ِﷲ َﺻ ﱠﻠﻰ ﱠﷲُ َﻋ َﻠ ْﯾ ِﮫ َو َﺳ ﱠﻠ َم َﯾﻘُولُ إِ ﱠﯾﺎ ُﻛ ْم َو َﻛ ْﺛ َر َة ا ْﻟ َﺣﻠِ ِف ﻓِﻲ ا ْﻟ َﺑ ْﯾ ِﻊ َﻓﺈِ ﱠﻧ ُﮫ ُﯾ َﻧ ﱢﻔ ُق ُﺛ ﱠم َﯾ ْﻣ َﺣ ُق‬
‫اﻟﺣﻠف ﻓﻰ اﻟﺑﯾﻊ ﻗد ﯾؤدي أﻟﻰ رواج اﻟﺳﻠﻌﺔ إﻻ أﻧﮫ ﺑﻌد ذﻟك إﻟﻰ ُﯾ ِزﯾل ا ْﻟ َﺑ َر َﻛﺗﮭﺎ‬.
Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW
bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala)
banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan
menghilangkan barakahnya.

15

PERKARA-PERKARA HARAM DALAM MUAMALAT

HARAM MENJUAL NAJIS

‫ﻋن َﺟﺎ ِﺑ َر ْﺑ َن َﻋ ْﺑ ِد ﱠ ِﷲ َﯾﻘُولُ َﺳ ِﻣ ْﻌت ُ َر ُﺳولَ ﱠ ِﷲ َﺻ ﱠﻠﻰ ﱠﷲُ َﻋ َﻠ ْﯾ ِﮫ َو َﺳ ﱠﻠ َم َﯾﻘُولُ َﻋﺎ َم ا ْﻟ َﻔ ْﺗﺢ ِإِ ﱠن ﱠ َﷲ َﻋ ﱠز َو َﺟلﱠ َو َر ُﺳو َﻟ ُﮫ‬
‫… َﺣ ﱠر َم َﺑ ْﯾﻊ َا ْﻟ َﺧ َﻧﺎ ِزﯾ ِر َو َﺑ ْﯾ َﻊ ا ْﻟ َﻣ ْﯾ َﺗ ِﺔ َو َﺑ ْﯾ َﻊ ا ْﻟ َﺧ ْﻣر ِ َو َﺑ ْﯾ َﻊ ا ْﻷَ ْﺻ َﻧﺎ ِم‬

Maksudnya:
Dari Jabir bin Abdullah katanya, ia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada
tahun pembukaan kota Mekah, sesungguhnya Allah SWT dan Rasulnya telah
mengharamkan jual beli babi, bangkai, arak dan patung berhala.

16

PERKARA-PERKARA HARAM DALAM MUAMALAT

Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan
Di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi orang-orang yang
curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan
(gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya)
apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangkan

Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak

‫ ﻓﻘد ﺷرك ﻓﻲ ﻋﺎرھﺎ وإﺛﻣﮭﺎ‬، ‫ وھو ﯾﻌﻠم أﻧﮭﺎ ﺳرﻗﺔ‬، ‫ » ﻣن اﺷﺗرى ﺳرﻗﺔ‬: ‫ ﻋن اﻟﻧﺑﻲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯾﮫ وﺳﻠم أﻧﮫ ﻗﺎل‬، ‫» ﻋن أﺑﻲ ھرﯾرة‬

Maksudnya:

Diriwayatkan Abi Hurairah, dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda: Barang siapa
membeli barangan curi, sedang ia mengetahui barang itu adalah dicuri, maka ia telah
berkongsi sama (dengan pencuri) pada aib dan dosanya.

17

PENJELASAN MENGENAI PERBEZAAN DI ANTARA PEMBIAYAAN
PERIBADI ISLAMIK DAN PINJAMAN PERIBADI KONVENSIONAL

❏ Pinjaman Vs Pembiayaan
-Walaupun mempunyai konsep yang hampir sama, perbankan konvensional menggunakan
terma ‘pinjaman ‘ manakala perbankan islam menggunakan terma ‘ pembiayaan ‘.
- Pinjaman kewangan konvensional, pemberi pinjaman ( pihak bank atau institusi kewangan )
akan memberi pinjaman kepada peminjam dan memperoleh keuntungan daripada caj faedah
yang dikenakan ke atas jumlah prinsipal.
- Pembayaran secara ansuran dibuat melalui tempoh yang ditetapkan.
- Pembiayaan kewangan islam pula, pihak pembiaya ( bank atau institusi kewangan ) akan
‘ membeli ‘ sesuatu untuk pelanggan, kemudian ‘ menjual ‘ kepada pelanggan tersebut dengan
kadar keuntungan yang telah dipersetujui. Sebagai ganti kepada faedah, kadar keuntungan
ditakrifkan di dalam kontrak.

18

❏Hukum-Hukum Syariah
- Pembiayaan Islam adalah berlandaskan prinsip-prinsip syariah, di mana ia perlu bebas
daripada sebarang unsur-unsur yang tidak beretika, termasuklah riba ( kadar faedah
berganda yang membebankan ), gharar ( penipuan ), maysir ( perjudian ), dan zulm (
penindasan dan amalan tidak berakhlak ).
- Pinjaman konvensional pula mendapat keuntungan melalui riba ( faedah yang
dikenakan ke atas jumlah prinsipal ). Selain itu, risiko kerugian juga adalah berat sebelah
di mana ia ditanggung oleh peminjam sahaja.

❏Jumlah Yang Perlu Dibayar
- Pinjaman konvensional, jumlah yang perlu dibayar oleh peminjam akan berubah
mengikut perubahan kadar pinjaman asas ( BLR-Base Lending Rate ). Ini adalah kadar
faedah minimum yang dikira oleh institusi-insitusi perbankan. Ia berdasarkan formula
yang mengambil kira kos perbelanjaan institusi-institusi dan caj-caj pentadbiran lain.

19

- Bagi pembiayaan islam pula, jumlah bayaran adalah jelas dan tetap sepanjang
tempoh pembiayaan. Ini kerana jumlah maksimum yang perlu dibayar oleh
pelanggan sudah dipersetujui lebih awal.

❏Pengubahsuaian Terma Kewangan
- Pinjaman konvensional, pengubahsuaian terma kewangan seperti peningkatan
jumlah pinjaman hanya akan dikenakan duti setem ke atas perjanjian kemudahan
pinjaman.
- Pembiayaan islam pula, perjanjian jual dan beli balik ( BBA ) yang baru perlu
disediakan, yang akan menjadikan ia lebih mahal.

❏Penstrukturan Semula
- Sekiranya berlaku kegagalan, pinjaman konvensional adalah lebih mudah untuk
melakukan penstrukturan semula berbanding pembiayaan islam.

20

❏Penyelesaian Awal 21
- Perbankan Islam, caj bayaran lewat dikenakan sebagai bayaran kos rugi yang
dihadapi oleh pembiaya akibat pelanggan tidak membayar hutangnya dalam waktu
yang ditetapkan. Caj yang dikenakan hanyalah kepada baki jumlah pembiayaan.
- Sistem pinjaman konvensional pula mengamalkan konsep faedah kompaun, iaitu
faedah ke atas faedah. Semakin lama tiada pembayaran, semakin meningkat
bayaran denda.
- Contoh perbezaan di antara kedua-dua sistem tersebut. Sekiranya jumlah pinjaman
adalah RM 100,000 manakala caj lewat adalah 3%, pengiraannya adalah seperti
berikut :

❏Pembiayaan Islamik
- Bulan pertama : RM 100,000 X 3% = RM 3000
- Bulan kedua : RM 100,000 X 3% = RM 3000
- Bulan ketiga : RM 100,000 X 3% = RM 3000
- Jumlah denda sekiranya tidak bayar tiga bulan :
- RM 3000 + RM 3000 + RM 3000 = RM 9000

❏Pinjaman Konvensional
- Bulan pertama : RM 100,000 X 3% = RM 3000
- Bulan kedua : ( RM 100,000 + RM 3000 ) X 3% = RM 3090
- Bulan ketiga : ( RM 100,000 + RM 3090 ) X 3% = RM 3182.7
- Jumlah denda sekiranya tidak bayar tiga bulan : RM 3000 + RM 3090 +
RM 3182.7 = RM 9272.7

❏Insurans
- Pinjaman konvensional mempunyai perlindungan insurans jenis
konvensional. Majoriti pembiayaan kewangan islamik pula diliputi dengan
perlindungan insurans takaful. Pelan insurans ini memiliki ciri patuh syariah
dan adalah berdasarkan konsep kerjasama dan perkongsian risiko.

22

Kesimpulan

Kesimpulannya, kami dapat mengetahui skim pinjaman yang ditawarkan oleh
bank rakyat dan dapat mempelajari maklumat tentang bank rakyat. Selain itu,
dapat membina negara yang maju dengan adanya institusi kewangan untuk
memudahkan masyarakat membuat pinjaman dari bank rakyat. Oleh itu,
penubuhan bank rakyat ini mengikut hukum-hukum syariah yang ditetapkan
dalam islam. Dengan adanya bank rakyat, masyarakat dapat membuat
pinjaman bank yang dapat membantu mengurangkan beban mereka.
Seterusnya, masyarakat dapat keuntungan dari skim pinjaman . Akhir sekali,
kami dapat memahami jenis-jenis muamalat yang terdapat di bank rakyat.

23

Penulis: Sunting oleh:

Raja Nur Batrisyia Binti Raja Shahril Muhammad Amirul Amin Bin Othman Bakri
Faizal (15DPM19F2057)
(15DPM19F2056) Muhammad Kamil Bin Mohd Hashim
Aiidah Binti Anwar (15DPM19F2040)
(15DPM19F2036) Fitri Amri Bin Abdul Aziz
(15DPM19F2025)

24

Diterbitkan oleh:

Pusat Bank Rakyat Malaysia,
Menara Kembar Bank Rakyat
No 33, Jalan Rakyat 50470, Kuala Lumpur

Tel: 1300-80-5454
Fax: 03-2264-7272

Hak Cipta © 2020- Pusat Bank Rakyat Malaysia

Cetakan Pertama: 2020

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menggunakan isi kandungan
dan konsep buku ini dalam apa jua bentuk tanpa izin daripada pihak
Bank Rakyat.

25


Click to View FlipBook Version