The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siti balkes bahaudin, 2024-05-10 06:04:55

BUKU MAT PIBG 2024

BUKU MAT PIBG 2024

1 ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT ATURCARA MAJLIS……………………………………………………………………………2 KATA ALU-ALUAN GURU BESAR…………………………………………………………3-4 KATA ALU-ALUAN YDP PIBG……………………………………………………………….5 JAWATANKUASA PIBG 2023/2024……………………………………………………..6-7 JAWATANKUASA PELAKSANA & KERJA………………………………………………8-12 NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE-34…………………………………………….13 SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA & GURU………………………………………….14-19 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-33…………………………..20-34 BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT ………………………….……………...35 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2023/2024………………………………………..36 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2023…………………………………………………..37-39 USUL & CADANGAN……………………………………………………………………….40-51 SENARAI AJK PIBG SESI 2023/2024…………………………………………………52 SEKALUNG BUDI……………………………………………………………………………..53


2 ATURCARA MAJLIS 08.00 Pagi : Pendaftaran dan sarapan pagi : Tayangan montaj 08.45 Pagi : Ucapan Pengacara Majlis : Lagu Negaraku : Bacaan doa : Ucapan Penasihat (Guru Besar) : Ucapan Pengerusi (Yang Dipertua PIBG) : Ucapan Perasmi : Penyampaian Cenderamata Murid Tahun 6 Yang Berjaya ke Sekolah Berasrama Penuh : Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK 2023/2024 : Cabutan bertuah 09.15 Pagi : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-34 bermula : Ucapan Pengerusi – YDP PIBG : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-33 : Pembentangan Laporan Tahunan Aktiviti Sesi 2023/2024 : Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PIBG Tahun 2023 :Pembentangan Usul & Cadangan : Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 : Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 : Pemilihan 2 orang Juruaudit : Hal-hal lain : Ucapan Penangguhan : Cabutan bertuah : Sesi bergambar 12.00 T/hari : Majlis bersurai


3 KATA ALU-ALUAN GURU BESAR Assalamualaikum w.b.t, selamat pagi dan salam Sejahtera. Yang dimuliakan, Encik Mohd Azlan Shah bin Mohd Arsyad, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Seksyen 24. Yang dihormati, barisan pentadbir, warga guru, dan para ibu bapa SKS24. Selamat datang ke Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 24 bagi tahun 2023. Syukur alhamdulillah kerana dengan taufiq dan hidayah-Nya, dapat kita semua berkumpul di sini pada hari ini bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG SKS24 yang ke-34. Terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG dan guru-guru serta staf sekolah kerana telah merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat pada kali ini. Tahniah dan Syabas juga saya ucapakan kepada semua ibu bapa yang telah berusaha untuk hadir bagi menjayakan dan memaknakan Mesyuarat Agung PIBG SKS24 pada pagi ini. Alhamdulillah, 2023, KPM telah menyalurkan sumbangan ke sekolah demi membaik pulih prasarana yang sedia ada seperti dana Gotong Royong 3K dari KPM sebanyak RM 4300, pemulihan Tandas 70 Ribu, dan Gotong Royong Madani sebanyak RM 10 000.00 dan terakhir dana pemulihan sekolah sebanyak RM 20 ribu. Saya ingin berkongsi kejayaan yang telah dicapai oleh anak-anak sekolah pada tahun 2023 ialah pertama kali mengambil bahagian dalam Malaysia World Band Competition di Alor Setar Kedah, pasukan pancaragam Briged 24 telah mendapat Anugerah Drum Major Terbaik, Pakaian Pancaragam Terbaik dan Colour Guard Terbaik. Drum Battle pasukan kita mendapat tempat ke 2. Justeru, pada tahun 2024 ini kita akan meneruskan perjuangan yang sama untuk mendapat tempat yang lebih baik. Pihak sekolah juga akan mencuba buat pertama kali menjadi tuan rumah Pertandingan Pancaragam Sekolah Rendah dengan menjemput sekolah-sekolah di sekitar dan luar Selangor bagi membolehkan semua murid Sk Seksyen 24 memperolehi sijil PAJSK peringkat Kebangsaan. Sejajar dengan usaha ini sebenarnya, KPM melalui dasar Transformasi Pendidikan, iaitu dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Sarana ibu bapa ada menggariskan panduan penglibatan ibu bapa untuk membantu pihak sekolah dalam strategi peningkatan prestasi anak-anak. Berdasarkan sarana ini, ada enam peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak di rumah yakni menjadi jurulatih, mentor, penyokong, sentiasa bermaklumat, menjadualkan kehidupan dan sahabat kepada anak-anak. Saya yakin jika ibu bapa memainkan enam peranan tersebut secara total, insya-Allah kemenjadian serta kecemerlangan anak-anak di rumah dan di sekolah akan selari dan mudah tercapai.


4 Seperti yang kita sedia maklum juga, UPSR telah dimansuhkan pada tahun 2011. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula telah dilaksanakan secara menyeluruh. PBS merupakan pentaksiran PdP yang dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran ini bersifat autentik dan holistik. Tujuan PBS dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada guru dan murid menumpukan perhatian terhadap peningkatan kemahiran dan kreativiti. Kaedah pelaksanaannya perlu merujuk kepada Standard Prestasi yang menerangkan tentang pencapaian seseorang murid yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran melalui satu penanda aras yang dikenal pasti. Murid-murid semestinya akan dinilai secara adil dan saksama berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi tanpa dibandingkan dengan individu lain. Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin yang dimuliakan, Marilah kita sama-sama sederap dan selangkah menggalas amanah dan memikul tanggungjawab untuk melahirkan anak-anak SKS24 yang cemerlang secara menyeluruh. Kelak, mereka inilah generasi pemimpin alaf transformasi yang diaspirasikan memacu Negara di pentas global. Besarlah harapan saya agar YDP dan barisan AJK yang bakal dilantik untuk sesi 2024-2025 dapat meneruskan perjuangan dan menambahbaik kekurangan yang lalu demi mewujudkan sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tahniah dan terima kasih kepada YDP dan barisan AJK PIBG Sk Seksyen 24 bagi tahun 2023 atas setiap sumbangan kepada Sk Seksyen 24. Sekian, terima kasih. Puan Rafea’h binti Basri Guru Besar SK Seksyen 24


5 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah - Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat sama-sama kita berkumpul pada pagi ini dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-34 2024. Terlebih dahulu, saya amat berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan komitmen yang diberikan oleh semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama hadir pada hari ini. Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak sekolah terutamanya Guru Besar SK Seksyen 24, Puan Rafeah binti Basri selaku Penasihat PIBG dan semua AJK terlibat yang telah bertungkus lumus menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 24 Kali ke 34 ini. Sesungguhnya, mesyuarat agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas bagi melonjakkan lagi kecemerlangan anak-anak kita dalam semua aspek. Bukan itu sahaja, PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan komuniti. Justeru, PIBG seharusnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Oleh itu, pada kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada semua ibu bapa untuk samasama bersatu hati dan berganding bahu bagi meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan sekolah. PIBG juga perlu berusaha untuk mengembangkan peranannya bukan sahaja dalam usaha pengumpulan dana, malah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk meningkatkan lagi kemenjadian murid. Semoga anak-anak SK Seksyen 24 akan bertambah cemerlang dalam semua aspek dengan adanya permuafakatan antara pihak sekolah dan PIBG. Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa PIBG dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 24 pada kali ini. Sesungguhnya, segala bakti, sumbangan dan perkongsian pendapat serta kerjasama bagi meningkatkan kecemerlangan anak didik sekolah ini amatlah dihargai. Saya berharap jalinan kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG akan terus dipereratkan lagi bagi mencapai lebih banyak kecemerlangan pada tahun mendatang. Sekian, terima kasih. Mohd Azlan Shah bin Mohd Arshad Pengerusi YDP PIBG SK Seksyen 24 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA


6 PENASIHAT : PUAN RAFEA’H BINTI BASRI YDP PIBG : ENCIK MOHD AZLAN SHAH BIN MOHD ARSYAD NYDP PIBG : ENCIK MOHD SYARIFFUDDIN BIN RAHMAT SETIAUSAHA : ENCIK AHMAD ABDIN SHAKIRIN BIN BAHARIN BENDAHARI : ENCIK VASANTAKUMARAN A/L SEKAR BIRO AJK GURU AJK IBU BAPA SUKAN MUHAMMAD DANEIL FALIQ AKMAL BIN JOHARI MUHAMMAD RUDY BIN DAMAN HURI AKADEMIK SARAH BINTI SHAHRIL AZMAN NURUL NADIA BINTI MUHAMAD YUSOP ARIANI BINTI AHMAD KEBAJIKAN NORAZURA BT NORDIN ROHALINA BT ALI AZNI BIN KAMARUDIN KESELAMATAN MOHAMAD SAIDI BIN ZAINAL AZIM RAJA SALMAN ALFARISI BIN RAJA MAMAT SHAIFULAZWAN BIN KAMARULZAMAN DANA - MOHD AZLAN SHAH BIN MOHD ARSHAD MOHD SYARIFFUDDIN BIN RAHMAT MOHD FADLI BIN YUSOF JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024


7 JAWATANKUASA KERJA SENARAI AJK PIBG SESI 2023/2024 PENASIHAT : PUAN RAFEAH BINTI BASRI YDP PIBG : ENCIK MOHD AZLAN SHAH BIN MOHD ARSHAD NYDP PIBG : ENCIK MOHD SYARIFFUDDIN BIN RAHMAT SETIAUSAHA : ENCIK AHMAD ABDIN SHAKIRIN BIN BAHARIN PEN. SETIAUSAHA : PUAN NOORUL HUDA BINTI NAWAWI PEN. SETIAUSAHA II : CIK NUR AFIIFAH BINTI MOHD RAZIKIN BENDAHARI : ENCIK VASANTAKUMARAN A/L SEKAR PEN. BENDAHARI : CIK NURUL NAHEEDA BINTI ELIAS ZULKIFLI AJK GURU : PUAN NURUL NADIA BINTI MUHAMAD YUSOP CIK SARAH BINTI SHAHRIL AZMAN PUAN NORAZURA BT NORDIN ENCIK MOHD SAIDI BIN ZAINAL AZIM ENCIK MUHAMMAD DANEIL FALIQ AKMAL BIN JOHARI AJK IBU BAPA : ENCIK SHAIFULAZWAN BIN KAMARULZAMAN ENCIK MOHD FADHLI BIN YUSOF ENCIK MOHD AZNI BIN KAMARUDIN ENCIK MUHAMMAD RUDY BIN DAMAN HURI DATIN ROHALINA BT ALI PUAN ARIANI BINTI AHMAD JURUAUDIT IBU BAPA : PUAN SHAFIQAH NADHIRA BINTI MOHAMAD JURUAUDIT GURU : PUAN HANEEZA MARIA BINTI HAMZAH PEMEGANG AMANAH : WAN SHAHRULANUAR BIN KAMARUDDIN IBUBAPA PEMEGANG AMANAH : RAJA SALMAN ALFARISI BIN RAJA MAMAT GURU EX-OFFICIO : PUAN SALASIAH BINTI TOMIN (PENOLONG KANAN 1) PENTADBIRAN) : PUAN AMIZA BINTI PILUS (PK HEM) : PUAN SARIMAH BINTI MOHAMED (PK KOKURIKULUM) : PUAN MASMAH BINTI RAZALI (PK PETANG)


8 JAWATAN KUASA INDUK : Pengerusi : Puan Rafeah binti Basri Penyelaras : Puan Salasiah binti Tomin : Puan Amiza binti Pilus : Puan Sarimah Binti Mohamed : Puan Masmah binti Razali Setiausaha : Encik Ahmad Abdin Shakirin bin Baharin Penolong Setiausaha : Puan Noorul Huda binti Mohamed Nawawi Bendahari : Encik Vasantakumaran Sekar Penolong Bendahari : Cik Nurul Naheeda binti Mohamed Elias Zulkifli Floor Manager : Puan Masmah binti Razali Pembantu : Puan Amiza binti Pilus JAWATAN KUASA KERJA : NO. AHLI JAWATANKUASA TUGASAN FLOOR MANAGER : PN MASMAH BINTI RAZALI PEMBANTU : PN AMIZA BINTI PILUS 1. JEMPUTAN VIP / AJK PIBG Pn Rafeah binti Basri (Guru Besar) Pn Salasiah bt Tomin (PK Pentadbiran) Pn Amiza binti Pilus (PK HEM) Pn Sarimah binti Mohamed (PK Kokurikulum) Pn Masmah binti Razali (PK Petang) • Menyambut ketibaan tetamu VIP 2. TEKS UCAPAN DAN SLAID Nur Wardiah binti Ariffin (Ucapan GB) Najibah binti Mat Daud (Ucapan YDP) Siti Zahrah binti Hashim (Ucapan Perasmi) • Menyediakan teks ucapan GB • Menyediakan teks ucapan YDP • Menyediakan teks ucapan perasmi 3 PENGESAHAN KEHADIRAN & USUL / CADANGAN Sy. Azlin Wafa bt Sy. Munir Wafa (K) Sarah binti Shahril Azman (Kurikulum) Nik Rafidah binti Nik Abdullah Sidek (Hem) Nur Liliyani binti Abu Bakar (Kokurikulum) • Menyediakan google form kehadiran dan usul. • Usul yang diterima hanyalah usul ibu bapa yang hadir pada hari Mesyuarat Agung nanti. • Menyusun usul yang diterima mengikut unit dan diserahkan kepada unit-unit yang berkaitan serta mendapatkan maklum balas usul. • Usul yang telah lengkap dengan maklum balas perlulah diserahkan kepada setiausaha PIBG. 4 BUKU PIBG / MYLINK Siti Balkes binti Bahaudin (K) Nur Fasiha bt Samsu Zaman @ Taufiq Nur Afiifah binti mohd Razikin • Menyediakan buku program. • Mengumpul bahan-bahan untuk dimuatkan dalam buku program dalam bentuk Mylink. JAWATANKUASA PELAKSANA


9 • Menaip bahan-bahan tersebut dan menyusun mengikut muka surat kandungannya. • Menyerahkan draf pertama untuk semakan Guru Besar. • Membuat pautan Mylink (QR code) dan memuat naik pada ruangan chat untuk rujukan ibu bapa dan guru. • Mencetak 20 salinan buku program untuk ibu bapa, simpanan sekolah dan dokumentasi. 5. HEBAHAN / KAIN RENTANG Uthayalecthumy a/p Uthaya Kumar (K) Khoo Swee Ling Ahmad Zakwan bin Ahmad Nordin Mohd Rezmi bin Mohd Nor • Mereka bentuk poster hebahan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dan memuat naik di laman Facebook, laman sesawang sekolah serta Telegram rasmi SKS 24. • Menempah dan menggantung kain rentang di tepi pagar utama seminggu dari tarikh mesyuarat agung. (Rujuk Guru Besar untuk semakan ejaan dan ’design’) • Memastikan kain rentang diturunkan selepas Mesyuarat Agung. 6. SURAT JEMPUTAN AJK & VIP Ahmad Abdin Shakirin bin Baharin • Menyediakan surat jemputan kepada ajk PIBG & VIP NO. AHLI JAWATANKUASA TUGASAN 7. BACKDROP / PENTAS Nur Shadiana bt Mohd Nor (K) Saidatul Azira binti Abas Nurshafiqah Izazi bt Saridon Nur Ain Syamira binti Jarni Siti Zaharah binti Ramlee Norasikin binti Shamsudin Nur Shadiana bt Mohd Nor Sareswathy a/p Mijalagan Norhayati binti Tamjis Nor Fazlina binti Ishak • Menghias pentas dan backdrop. • Mengemas semula hiasan pentas dan ‘backdrop’ setelah majlis selesai. 8. PERSEMBAHAN VIDEO MONTAJ Fatin Nurhakimah Alia binti Mat Isa (K) Muhammad Daneil Faliq Akmal Adzrytta binti Nawi Che Nurul Fadhilah binti Che Ali • Menyediakan video montaj SKS 24 untuk ditayangkan pada awal mesyuarat sementara menunggu para jemputan hadir. • Mendapatkan gambar terkini semua AJK PIBG untuk ditayangkan. 9. PA SISTEM / TEKNIKAL Mazlan bin Jamhari (K) Raja Muhammad Azrien bin Raja Azaman Shah Mohd Helmi bin Saparwan • Memastikan PA Sistem dalam keadaan baik sepanjang program. • Menyediakan Minus One Lagu Negaraku. • Mengemas peralatan selepas majlis berakhir. 10. SLAID / LCD Mohd Najib bin Shahabudin (K) Mohd Nazri bin Mat Zan • Menyediakan LCD dan peralatan untuk tayangan. • Menayangkan slaid dan video sepanjang mesyuarat.


10 11. PERSEDIAAN & SUSUN ATUR SEBELUM MAJLIS Mohd Noor bin Mohd Yasin (K) Raja Salman Alfarisi bin Raja Mamat Mohamad Zubaidi bin Mohd Yaakob Ashrafuddin bin Mohamad Tawadzo Mohd Shazali bin Sharuddin • Menyusun kerusi di dalam dewan sebelum majlis. • Memastikan dewan berada dalam keadaan bersih. • Menyediakan kerusi dan meja alas untuk tetamu VIP, pencatat minit mesyuarat, siaraya, pendaftaran, dan penyampaian hadiah. • *Kerusi tetamu VIP perlu tagging.* 12. PERSEDIAAN & SUSUN ATUR SELEPAS MAJLIS Syafiq Aiman bin Kamarulzaman (K) Vasantakumaran a/l Sekar Fauzi bin Muhammad Mohd Saufee bin Md Sharif Rosli bin Rozemi Mohamad Saidi bin Zainal Azim Shahril Azrin bin Azizan Muhammad Hafiz bin Nor Hasbi • Mengemas semua peralatan, kerusi dan meja setelah majlis selesai. 13. LALU LINTAS & TUNJUK ARAH Ahmad Khairul Fahmi bin Abdul Halim (K) Ahmad Sahrul bin Zainal Abidin Zalizan bt Omar Siti Hajar binti Razali NO. AHLI JAWATANKUASA TUGASAN 14. PENDAFTARAN Seeta Banura binti Mohd Razali (K) Aleysha binti Ahmad Aiman Nurain Salwa binti Lokman Hakim Nurul Huda binti Mohd Ismail Siti Kamilah bt Hj Mohd Omar Nurul Amirah binti Zuhairi Norfarahin bt Abd Rahman • Menyediakan borang pendaftaran ibu bapa/ penjaga dan guru. • Menguruskan pendaftaran ibu bapa dan guru. 15. SIJIL PENGHARGAAN DAN CENDERAMATA Genga Devi a/p Subramaniam (K) Rubiah binti M.Ayob Ummi Kalsom bt Harun Noor Anita bt Ibrahim Fazlina binti Ismail • Mendapatkan nama penerima sijil / cenderamata. • Menyediakan sijil dan cenderamata. • Menyerahkan sijil , token murid dan cenderamata kepada AJK Pengurusan Hadiah. 16 PENGURUSAN HADIAH Siti Sarah binti Mahd Naim (K) Shatirah binti So’aed Masnidah binti Ishak Syakirah binti Muslim Ida Juliana bt Ismail Noor Ashikin binti Mohamad Suhaimi • Menguruskan penyampaian cenderamata untuk VIP dan AJK PIBG.


11 17. CABUTAN BERTUAH Siti Nor Adibas binti Ab Rahman (K) Norbaity binti Mohd Latip Nor Ain bte Mohd Zin Noorfairuz bt Hassan Ranjene a/p Ramaya Wafa Aqilah binti Alzolmin Norbaity binti Mohd Latip Ainun Bazilah binti Mohd Rafiee Nur Azyan Lina Binti Normisyadi • Menyediakan hadiah sebelum hari mesyuarat. • Menyediakan nombor dan kotak cabutan bertuah. • Menyusun hadiah-hadiah cabutan bertuah pada hari mesyuarat. • Menguruskan penyampaian hadiah cabutan bertuah. 18. JAMUAN VIP Siti Zarina binti Mohd Yusof (K) Mohd Rizal bin Mohd Razali Mariani binti Abd. Rahman Zuraini binti Zolkifli • Menghias tempat jamuan. • Memastikan tempat jamuan berada dalam keadaan bersih. • Menempah makanan dan memastikan makanan mencukupi. • Berada di tempat jamuan semasa jamuan berlangsung.Jamuan di Bilik Mesyuarat Mutiara • Mengemas tempat apabila selesai majlis 19. JAMUAN GURU Shamsinasuria bt Abu Kasim (K) Norazura bt Nordin Siti Noraimah binti Salleh Che Rosnah bt Che Ali • Menempah makanan (Bihun & air mineral) • Menyediakan meja untuk mengedarkan makanan & minuman • Mengedarkan makanan kepada tetamu. • Menyediakan dan mengedar makanan kepada guru 20 JAMUAN IBU BAPA / MURID BERTUGAS Emmie Farizana binti Hashim (K) Noorliza bt Mokhtar Hizamila binti Md Ali Noorul Huda binti Mohamed Nawawi • Menempah makanan (Bihun & air mineral) • Menyediakan meja untuk mengedarkan makanan & minuman • Mengedarkan makanan kepada tetamu. • Menyediakan dan mengedar makanan kepada ibu bapa. 21 KEBERSIHAN Pekerja swasta • Memastikan kawasan persekitaran sekolah bersih sebelum dan selepas mesyuarat. NO. AHLI JAWATANKUASA TUGASAN 22. JURUACARA MAJLIS Nor Hazren bin Hassim Haaneeza Maria binti Hamzah • Menyediakan skrip dan mengacarakan majlis. • Memastikan perjalanan program lancar. 23. BACAAN DOA Muhammad Azli bin Baharom • Menyediakan dan membaca doa semasa majlis. 24. PENCATAT MINIT Nadiatul Husna binti Hashim (K) Nurul Farah Huda binti Jamani Madiha binti Mohd Nordin Nur Irfahani Mariam binti Ismail Shamenee a/p Raja Nur Liyana binti Samsudin • Mencatat minit mesyuarat semasa majlis berjalan. • Menyerahkan minit mesyuarat yang telah siap kepada Setiausaha PIBG 2024/2025. 26. JURUFOTO Mengambil gambar sepanjang majlis


12 Nurul Naheeda Binti Mohamed Elias Zulkifli (K) Nur Faqihah binti Mat Zaid Nur A’yushah Binti Mustafa 27. PENGERUSI SEMENTARA • Mempengerusikan majlis sementara selepas AJK PIBG 2023/2024 dibubarkan dan sebelum mesyuarat ajk PIBG 2024/2025 dibentuk. 28. PENCALONAN DAN UNDIAN Nurul Nadia binti Muhamad Yusop (K) Asimah binti Abdul Razak Norliana binti Hussin Fadilah binti Sabtu Rimala a/p Murugayah • Mengira bilangan pengundi semasa proses pelantikan AJK PIBG yang baru. • Berada di dalam dewan semasa mesyuarat. • Memastikan pen dan papan putih tersedia semasa proses perlantikan. 29. DOKUMENTASI Isrulliza binti Ismail (K) Nurulhuda binti Mukhtar • Membuat dokumentasi sepanjang majlis. • Menyediakan laporan selepas majlis


13 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) D/A SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24, JALAN PETOLA 24/8,40300 SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN. N o. Tel. : 03-55418623 | No.Faks : 03-55482017 | Email : [email protected] Ruj. Kami : SKS24 100-13/1/4 jld. 2 ( ) Tarikh : 24 April 2024 Kepada: Semua Ibubapa dan Penjaga JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK SEKSYEN 24 KALI KE-34 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Berhubung perkara di atas, pihak sekolah menjemput YB Dato’/ Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 24 kali ke-34 yang akan diadakan secara bersemuka seperti butiran berikut: 3. Sukacita diingatkan bahawa usul dan cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan jika tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Usul yang berbentuk untuk membantu meningkatkan kecemerlangan murid-murid di SK Seksyen 24 amat digalakkan untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung tersebut. Pautan Google Form jawapan kehadiran dan usul akan diberikan oleh guru kelas melalui kelas masing-masing. 4. Mesyuarat Agung PIBG ini melibatkan semua guru dan ibu bapa/penjaga murid sesi pagi dan sesi petang secara bersemuka. Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar. Sekian, terima kasih. "MALAYSIA MADANI" ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menjalankan amanah MOHD AZLAN SHAH BIN MOHD ARSHAD YDP PIBG SESI 2023/2024 Tarikh : 11 Mei 2024 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : Dewan Terbuka Sk Seksyen 24 NOTIS MESYUARAT PIBG


14 BIL NAMA NAMA ANAK KELAS 1 MOHD SYARIFUDDIN BIN RAHMAT DAYANA DANIA BINTI MOHD SYARIFFUDDIN 6 AMANAH 2 NORDIANA BINTI IDRIS DAYANA DANIA BINTI MOHD SYARIFFUDDIN 6 BERSIH 3 JULIATI BINTI DERAMAN NURIN SYARAFANA BINTI SYAZUAN 2 FITRAH 4 NORMA BINTI ABDULLAH QASEH AALIYA MAISARA 6 RAJIN 5 SITI HAJAR BINTI MD YUSUF MUHAMMAD HAQIEM BIN HONEYSYAM 5 BERSIH 6 SARINA BINTI MD RASALI MUHAMMAD ALI KHASHAH BIN SYAMSURI MUHAMMAD ADIB 6 PINTAR 7 SITI HALIMAH BINTI CHE MEH NUR SAFIYYA HUMAIRA 2 HORMAT 8 ZARUL ZAFFUAN BIN ABDULLAH ALIYA ILYA MAISARA 1 GIGIH 9 NURUL AIN BINTI AHSBIHANI AINA NUR MADIHAH 5 BERSIH 10 ZARUL ZAFFUAN BIN ABDULLAH ALIYA ILYA MAISARA 1 GIGIH 11 NORAZWIN BT DERAHMAN MUHD HAZIM AQIL BIN NOR AZIMAN 6 AMANAH 12 NORAZMA BINTI AZIZ NUR MARSYA LIANA BINTI NAFIZUL SALMI 1 BERSIH 13 MASRINA BT MAHMOOD NUR ALYA BATRISIA BT M.HAMDAN 6 RASIONAL 14 MOHD AZLAN SHAH SU AMANDA ROSSA 6 PINTAR 15 WAN SHAHRULANUAR BIN KAMARUDDIN ALIYA SOFIA 4 JUJUR 16 MOHD NAZRI HASSAN MOHD FATEH NAUFAL 6 AMANAH 17 NOOR ZANARIAH BT YUSOF MUHAMMAD NASSARUDIN BIN MOHD NASIR 6 BERSIH 18 NOORHASLINDA BINTI MUSTAFA MUHAMMAD IRFAN BIN MOHD SUKRI 6 RASIOANAL 19 MOHD NAZRI OTHMAN ERIKA HANINA BT MOHD NAZRI 2 GIGIH 20 SALASIAH BINTI AHMAD NUR SYAZWANI BINTI ABDUL AZIZ 6 CERGAS 21 NORZINANI BT MUHAMAD @ MUHAMAD ISA NUR AIN QISTINA BINTI MD ZAIDI 4 CERGAS 22 AZIANA BINTI ROSLI PUTERA MUHAMMAD ISKANDAR SHAH 6 PINTAR 23 MOHAMAD SHARIZAL BIN ALIAS MUHAMMAD IMRAN SHAH BIN MOHAMAD SHARIZAL 5 AMANAH 24 NURAMALINA IDAYU BINTI ABDUL RAHMAN MUHAMMAD MUIZZ IRFAN BIN SHAHRULNIZAM 1 CERGAS 25 SHAFIQAH NADHIRA BINTI MOHAMAD ILHAM KHASFI BIN NAWAWI 2 AMANAH 26 ROHAIZAH BINTI ARIB @ ARIF AMNI DALILI BINTI SOLAHUDDIN 4 EFEKTIF 27 RRAHAJAH BT ABDUL MUTALIB MOHAMMAD ALIFF FARHAN BIN MOHAMAD FAISAL 2 EFEKTIF 28 AHMAD FARIQ BIN ABD HAMED AHMAD DAIM RIZQI 2 AMANAH 29 MOHD NUR AZRIN BIN MOHAMAD NORDIN NURDAMIA AZ-ZAHRA 4 CERGAS 30 SITI AMINAH BINTI MISKON MUHAMMAD AZMIN AQIL BIN AZURI 6 HORMAT 31 RAHIMAH BINTI BAIJAN NUR FARISYA AFREENA BINTI MOHD TARMIZI 6 IKHLAS 32 KHAIRIL ASWAD ALEESYA HUMAIRA 6 AMANAH 33 NUR FATHIAH IZZATI BINTI ABDUL MAJID NUR IZZAH INSYIRAH BINTI MOHD FIRDAUS 1 BERSIH 34 MUHAMMAD FAIZAL BIN MUSTAFA MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN MUHAMMAD FAIZAL 1 IKHLAS 35 FAZILAH BT SIMOH ANNUR HANA IZARA BT KAMARUL ARIFIN 4 GIGIH 36 ADAM B JAMAML MOHAMED MUHAMMAD FIRASH AIMAN BIN ADAM 2 DEDIKASI SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA


15 37 EDWAN EZZANE BIN SAPRUDIN PUTRI QIFFTIYA AZZAHRA'AUNI 5 TEKUN 38 SHARI NORSERI BT SHARI PUTRI QIFFTIYA AZZAHRA AUNI 5 TEKUN 39 NUR NAZIHAH BINTI AHMAD AHMAD HARRAZ ISKANDAR BIN ABU AMEER 1 DEDIKASI 40 MAZLINA BINTI TAJUDIN NUR NAURAH IRDINA BINTI MAT BAKRI 5 CERGAS 41 NIRWANA BINTI LOKSIN NURUL SYUHADAH NURUL IMAN BINTI ABDULLAH 6 AMANAH 42 MUHAMMAD RUDY BIN DAMAN HURI MUHAMMAD HARITH IMAN 4 DEDIKASI 43 NORLITA BINTI AHMAD MUHAMMAD HARRAZ NAUFAL BIN MUHAMMAD AZMIL 1 BERSIH 44 AHMAD AMIRUL BIN MOHAMAD AZMI NOOR ZEEYA AZZAHRA BINTI AHMAD AMIRUL 2 AMANAH 45 ABDUL KHALIK BIN SUNARTO AHMAD DANISH AMJAD 6 AMANAH 46 MOHD NOR AZAM BIN YUSOF MUHAMMAD AKEEL 5 AMANAH 47 ADAYANG BINTI RAJIMENT NURQISTINA BATRISYIA ABDULLAH 6 JUJUR 48 MOHD AZLAN B DRAMAN MOHAMAD ANIQ DANISH 1 GIGIH 49 MUHAMMAD HERMAN BIN ABDULLAH IZZ DAMIA MARISSA BINTI MUHAMMAD HERMAN 3 CERGAS 50 MOHD HILMI BIN ABDUL RAHMAN NUR DAMIA AWATIF 6 AMANAH 51 SHAIFULAZWAN B KAMARULZAMAN NUR DAMIA ADRINA 5 AMANAH 52 NURUL SYAFIAH BT TALIB MUHAMMAD FARIS AMMAR BIN MOHD ZAINI 5 BERSIH 53 AZLAN BIN ABDUL AZIZ NIK MUHAMMAD AKIF RAYYAN 6 PINTAR 54 HAZREEN BIN ZAKARIA IIZZUL HAQ BIN HAZREEN 5 BERSIH 55 MOHAMAD RAMZAN BIN AHMAD FATEH AR RAYYAN BIN MOHAMAD RAMZAN 1 AMANAH 56 MOHD IKRAM BIN CHE MAT NAURAH KHADIJAH BINTI MOHD IKRAM 4 CERGAS 57 SITI HALIMAH BT ABD HALIM WAN MOHAMMAD ZARIF BIN WAN MAHMOOD 5 BERSIH 58 SUMARNI BINTI AYOB SU AMMANDA ROSSA BINTI MOHD AZLAN SHAH 6 PINTAR 59 CHE ROHANA BINTI MAT JUSOH MOHD AIMAN FIRDAUS BIN MOHD NAZAIR 6 PINTAR 60 NOR BAIZURA BINTI ABDUL AZIZ PUTRI FAZRISYA MAISYARA 6 PINTAR 61 SUMARNI BINTI AYOB SU AMMANDA ROSSA BINTI MOHD AZLAN SHAH, 6 PINTAR 62 NIK FAIZAN BIN NIK MOHD FAUZI NIK NUR IRDINA BT NIK FAIZAN 3 AMANAH 63 MOHD NAQIYUDDIN BIN IDRIS MUHAMMAD NAQIB BIN MOHD NAQIYUDDIN 6 BERSIH 64 ASHRAF ZUWAIRI B MOHAMED IBRAHIM ARIZ IZDIHAR BIN MOHAMED IBRAHIM 4 FITRAH 65 MOHD HAFIZ BIN MD JALIL MUHAMMAD RIFQI DARIUS 5 BERSIH 66 NURSYAZWANI BINT MASDUKI MUHAMMAD HUZAIFAH BIN MOHD HAFIZ 1 EFEKTIF 67 ZULHAZIDAN BIN MESDEMAN NUR SAFWAH MEDINA 2 EFEKTIF 68 NOORHIDAYU ISMAIL NIK MUHAMMAD HADIF AMSYAR 6 PINTAR 69 MOHD RADUAN MOHD YASIN DANISH FITRI ABDUL AZIZ 5 HORMAT 70 ROSNAH BINTI DIN MOHAMMAD AL-HAKIM BIN MAZLAN 2 FITRAH 71 SITI ANITA BT JUSOH NURUL AQILAH DIYANA BINTI SYAIPUL HAKIM 3 IKHLAS 72 ROHALINA BINTI ALI MAISARAH DARVIENA BINTI MOHD RIZAL 6 AMANAH 73 NORZILAH BINTI ADAM ADREANNA ZAHRA BINTI SHAHRUL AMIN 3 CERGAS 74 SITI NOORHAFIZAH BINTI MOHD NOOR AQEEL BIN SALLEHUDDIN 1 HORMAT


16 75 NORAZMAN B ALIAS NUR AMANI ALESHA 6 BERSIH 76 ARIANI BINTI AHMAD MUHAMAAD AKEEL BIN MOHD NOR AZAM 5 AMANAH 77 AZZAHRA BT ABDULLAH RAISYA ZULAIQA BT MOHAMMAD ROZAIDY 1 DEDIKASI 78 SYAHIRAH BINTI ABDUL MALIQ RAQIB SYAHIR ALI BIN JAHABAR ALI 2 FITRAH 79 SITI ZAHARAH BINTI AWANG @ JUSOH RANIA CARMILA BINTI MOHD FURQAN 1 GIGIH 80 MOHD BADRUL HISHAM BIN MAT AMIN MUHAMMAD HUD BIN MOHD BADRUL HISHAM 2 BERSIH 81 AZIANTIE BINTI MAT ALWI MUHAMMAD IMAN FITRI 6 IKHLAS 82 SARAH ADILA BINTI CHE MAMAT NIK SOFEA DAMIA BINTI NIK MOHD MASRI 6 IKHLAS 83 MAZLAN BIN GHANI MUHAMMAD NAZMI NAZRIN 4 84 AZIANTIE BINTI MAT ALWI MUHAMMAD BILAL 2 DEDIKASI 85 AMINUDDIN BIN DESA MUHAMMAD AMIRUL DHABITH 5 HORMAT 86 ROSNANI BINTI NAWIRI LIYA ZAFIRAH BINTI ASHRAFUDDIN 6 CERGAS 87 HISHAMUDDIN BIN YAHYA MUHAMMAD HARRAZ AQIL BIN HISHAMUDDIN 5 PINTAR 88 NORLIZA BINTI ABDULLAH MUHAMMAD AMIRUL DHABITH 5 HORMAT 89 NATRAH BINTI HASAN ALEESYA SORFINA BINTI MOHD AZHAR 5 JUJUR 90 SITI NURSHIEHAR BINTI CHE KUB MUHAMMAD SHAMIL NUR IMAN BIN MAT SAPIK 2 AMANAH 91 ASMA AZWANI BT HARUN M.AMMAR FAYYADH RIFQI 1 FITRAH 92 ROSAZIHAN BINTI HAPIT NUR AMANI HUMAIRA 2 IKHLAS 93 ZULFADHILAH AHMAD ILMAN HARAZZ & IMNA IMANI 2 AMANAH 94 MOHD FAIEEZ BIN MD JUPRI YASMEEN HANA BINTI MOHD FAIEEZ 1 FITRAH 95 MUHAMMAD AHMAS B MD DOLI NUR INARA 1 IKHLAS 96 NOOR HASLIHSA HASHIM ILMAN HARAZZ & IMNA IMANI 2 AMANAH 97 AWANIS ANUAR SITI NUR ALEEYA HANNAH ANUAR 5 HORMAT 98 SITI NUR FARHANA BT ARIF AMIR AMRAN MEGAT KHALISH FAEEQ BIN MEGAT KHUZAIRI 2 JUJUR 99 IRYANI BINTI AB RAHMAN IRDINA BINTI MOHD FIRDAUS 3 HORMAT 100 YUSOF BIN YAACOB AHMAD SHARIF ADLI BIN YUSOF 2 AMANAH 101 ROZIANA BINTI ISA NURHARISYA AQILAH BT ELIYA AMAN ZAIN 4 FITRAH 102 NORAWATI MUHAMMAD MUHAIMIM 2 FITRAH 103 AZAHARULIMAN BIN AZAHARI NAWAL FARIS 5 JUJUR 104 ABU BAKAR BIN SUDIN MHD ARIFF HAQIMIE BIN ABU BAKAR 5 105 SUHAIMI BIN SHAMSUDDIN NUR SOFIA BATRISYA BINTI SUHAIMI 6 JUJUR 106 NORAZLIN BINTI OSMAN NURNAYLI HAFNI BINTI ZUL HASNAN 6 CERGAS 107 SITI ROGAYAH BINTI MD SHAH SITI NOR AISHAH BINTI MOHD RIDUAN 6 PINTAR 108 RA MOHAMMAD HAIRIL BIN RAJA YUSOF RAJA IZZ RIZQIN 2 DEDIKASI 109 MOHD FADLI YUSOF FARISYA NURAIN 3 CERGAS 110 NUR FARHANNA BT ISHAK ALISHA MARYAM BINTI MD ZAHIRUDIN 2 IKHLAS 111 ZURAINI BINTI MOHD YUSOF QASEH HANA INSYIRAH BT JOSHAIDI 2 DEDIKASI 112 ADIEFALIAS AINA AFRINA BINTI ADIEF 5 113 IZAIDAH BT MD ISA MUHAMMAD HARITH ZAFRAN 1 EFEKTIF 114 YASMIN AHMAD JAUZI IlHAM KHAIFA 3 DEDIKASI 115 SITI ZURAIDA BINTI MOHD KAMIL WAN MUHAMMAD FAIQ AMSYAR BIN WAN MOHD FIRDAUS 3 HORMAT 116 NARTI BT ALIAS SURFINA ADLINA BT ZULKIFLI 4 BERSIH 117 NURUL SALMIRA BINTI ISMAIL NIK NURAINA SUFIYA BINTI NIK MAHMOOD 5 AMANAH


17 118 MAHATHIR B MOHAMAD HILAL MUKHRIZ BIN MAHATHIR 1 IKHLAS 119 MOHD FARIDUDDIN BIN MUHAMMAD ARIF NUR FAQIHAH ALYA BINTI MOHD FARIDUDDIN 1 FITRAH 120 KAMARUL EZWAN BIN MD YASSIN NUR QAIREEN ALYSHA 5 CERGAS 121 MUSTAPA BIN MOHAMAD FAUDZAN ZULHAIREE BIN MUSTAPA 6 HORMAT 122 ZABIDAH BT MISKON AMIRUL HADI MOHD ALI 1 CERGAS 123 AZNI BIN KAMARUDDIN AIRIS 5 JUJUR 124 NURUL SYAZA ABDUL LATIF RAJA FARHAN BIN RAJA FARID 1 EFEKTIF 125 SALIZAH BINTI MOHAMED SAFA ANNUR BINTI ABDULLAH 3 AMANAH 126 AESAH BINTI AHMAD FARISAH ADRIANA BINTI FADLY 3 GIGIH 127 NORLIDA ZULKAFLY MUHAMMAD AFNAN SYAFIQ B. MUHAMMAD KHAIRY IZZUDDIN 5 JUJUR 128 NUR AZRINA BINTI HARUM NUR FIRYAL QISYA BINTI MOHD FATHULLAH 4 DEDIKASI 129 MOHD ZAHIR BIN HARUN MUHAMMAD ZIYAD AMSYAR BIN MOHD ZAHIR 1 GIGIH 130 MAZLINA BINTI MAMAT AISYAH DAMIA 2 FITRAH 131 LALITHA A/P VEERAN VARSHINE A/P ARUMUGAM 4 GIGIH 132 MOHD SALLEH BIN MOHAMMAD NORZAN MUHAMMAD SAFWAN BIN MOHD SALLEH 2 FITRAH 133 NATASHA HANIM BINTI RAMLI MUHAMMAD AMSYAR BIN MOHD ZAIRI 5 CERGAS 134 ZAILAN BIN DAUD ZUYYIN ADELIA BINTI ZAILAN 5 PINTAR 135 SITI HADIJAH BINTI AHMAD MAULANA RIZQI BIN MUHAMMAD RAFIUDDIN 4 GIGIH 136 HAMIZAH BINTI MOHD ZAIN SITI NUR IRDINA BI NTI AZMI 3 HORMAT 137 NURUL HAYATI NAQEEYYAH HUMAIRAH BINTI HAFIZHAZIDI 6 IKHLAS 138 IMRAN BIN MOHD YUSOP INSYIRAH BINTI IMRAN 4 DEDIKASI 139 SUHAILA BINTI MOHD YUSOF SITI AISYAH 1 DEDIKASI 140 NORFARAHIN BINTI ABD RAHMAN SYARIFAH ZARA AMMARA 2 AMANAH 141 SHAMSINASURIA BINTI ABU KASIM NUR HAFIYA BINTI HIZKHIR 2 DEDIKASI 142 Siti Zarina bt Mohd Yusof NUR AIN SOLEHAH BT MOHD FAHMI 4 AMANAH 143 ZURAINI BINTI ZOLKIFLI FAHMI EYMAN BIN MOHD HAIRY 6 BERSIH 144 FARAHANI BINTI MOHD ASDI MUHAMMAD AMMAR DANIAL BIN YUSRI 4 CERGAS 145 MOHD SHAZALI BIN SHARUDDIN IMTIYAZ AL IMAN BINTI MOHD SHAZALI 2 AMANAH 146 SITI NOORUZUBAIDAH BINTI ZULKIFLI ADAM HARITH FAHMY ALRAMADHANY BIN MUHAMMAD FIRDAUS 4 BERSIH 147 NORLIZA BINTI HAMZAH MUHAMMAD AQIL MUHAIMIN BIN MOHAMAD ZAKI 5 BERSIH 148 RAJA SALMAN ALFARISI BIN RAJA MAMAT RAJA MUHAMMAD 2 AMANAH 149 NORSHAHADAH BINTI MD SHAMSUDDIN RAJA MUHAMMAD IZZ RIZQIN BIN RAJA MOHAMMAD HAIRIL 2 DEDIKASI 150 MASNIDAH BINTI ISHAK MUHAMMAD FARIS WAFIY 6 IKHLAS 151 HAANEEZA MARIA BT HJ HAMZAH NUR FATIN BAZILAH BT MOHD BAZLI 4 AMANAH 152 NOORUL HUDA BINTI MOHAMED NAWAWI HUMAIRA NURAISYAH BINTI NOREADY 2 AMANAH 153 NORHAYATI BINTI TAMJIS FATINI NUR MAJDINA 3 HORMAT 154 ASHRAFUDDIN BIN MOHAMAD TAWADZO LIYA ZAFIRAH 6 CERGAS 155 NOR FAZLINA BINTI ISHAK QIMIE HARIZ B ZUL HELMY AZLI 5 AMANAH


18 BIL NAMA BIL NAMA 1 AZMAN MOHD ARIS 44 MAZLAN BIN JAMHARI 2 SALASIAH BINTI TOMIN 45 MOHAMAD SAIDI BIN ZAINAL AZIM 3 AMIZA BT PILUS 46 ISRULLIZA BINTI ISMAIL 4 MASMAH BINTI RAZALI 47 NORBAITY BINTI MOHD LATIP 5 ZUHANA BINTI ABDUL SAMAD 48 HIZAMILA BINTI MD ALI 6 SHOBEHAH BINTI ISMAIL 49 KHOO SWEE LING 7 SEETA BANURA BINTI MOHD RAZALI 50 AHMAD ZAKWAN BIN AHMAD NORDIN 8 ZALIZAN BINTI OMAR 51 NIK RAFIDAH BT NIK ABDULLAH SIDEK 9 NOORLIZA BINTI MOKHTAR 52 NORLIANA BINTI HUSSIN 10 MOHD NAJIB BIN SHAHABUDIN 53 SHAHRIL AZRIN BIN AZIZAN 11 SITI SARAH BINTI MAHD NAIM 54 MOHAMAD ZUBAIDI BIN MOHD YAAKOB 12 NUR FASIHA BT SAMSU ZAMAN @ TAUFIQ 55 MASNIDAH BINTI ISHAK 13 ALEYSHA BINTI AHMAD 56 AHMAD SAHRUL BIN ZAINAL ABIDIN 14 NORFARAHIN BINTI ABD RAHMAN 57 GENGA DEVI A/P SUBRAMANIAM 15 SHAMSINASURIA BINTI ABU KASIM 58 HAANEEZA MARIA BT HJ HAMZAH 16 UTHAYALECTHUMY A/P UTHAYAKUMAR 59 NOORUL HUDA BINTI MOHAMED NAWAWI 17 SITI ZAHRAH BINTI HASHIM 60 NORHAYATI BINTI TAMJIS 18 SITI ZARINA BT MOHD YUSOF 61 NUR LILIYANI BINTI ABU BAKAR 19 IDA JULIANA BINTI ISMAIL 62 ROSLI BIN ROZEMI 20 SITI KAMILAH BINTI HJ MOHD OMAR 63 SITI NOR ADIBAS BINTI AB RAHMAN 21 ZURAINI BINTI ZOLKIFLI 64 SHAMENEE A/P RAJA 22 MOHAMAD SAIDI BIN ZAINAL AZIM 65 SARESWATHY A/P MIJALAGAN 23 NURULHUDA BT MUKHTAR 66 RANJENE A/P RAMAYA 24 NADIATUL HUSNA BINTI HASHIM 67 NURUL NAHEEDA BINTI MOHAMED ELIAS ZULKIFLI 25 NOR HAZREN BIN HASSIM 68 EMMIE FARIZANA BT HASHIM 26 UMMI KALSOM BINTI HARUN 69 KU NUR HASHMAH BINTI MAT DIRAN 27 CHE NURUL FADHILAH BINTI CHE ALI 70 NOOR ANITA BINTI IBRAHIM 28 SITI NORAIMAH SALLEH 71 NUR FAQIHAH BINTI MAT ZAID 29 MOHD REZMI BIN MOHD NOR 72 SYUHAIDA BINTI RAZAHALI 30 NURUL NADIA MUHAMAD YUSOP 73 NUR WARDIAH BINTI ARIFFIN 31 ROHANI BTE ZAKARIA 74 SYARIFAH AZLIN WAFA 32 NORDIANA BINTI SAHAR 75 SYAFIQ AIMAN BIN KAMARULZAMAN 33 MOHD SHAZALI BIN SHARUDDIN 76 MOHD RIZAL BIN MOHD RAZALI 34 SITI NOORUZUBAIDAH BINTI ZULKIFLI 77 NUR SHADIANA BT MOHD NOR 35 FAZLINA BINTI ISMAIL 78 RIMALA A/P MURUGAYAH 36 VASANTAKUMARAN A/L SEKAR 79 SARAH SHAHRIL AZMAN 37 MOHD HELMI BIN SAPARWAN 80 ASHRAFUDDIN BIN MOHAMAD TAWADZO 38 NUR AIN SYAMIRA BINTI JARNI 81 CHE ROSNAH BT CHE ALI 39 NAZIHAH WAHAB 82 NOR FAZLINA BINTI ISHAK 40 SITI ZAHARAH BINTI RAMLEE 83 RUKIAH BINTI TAR 41 FADILAH BINTI SABTU 84 NORFASIHAH BINTI TAIBON 42 ASIMAH BINTI ABDUL RAZAK 85 NORHAYATI BINTI MOHAMED 43 RAJA SALMAN ALFARISI BIN RAJA MAMAT 86 AZITA ABU BAKAR SENARAI KEHADIRAN GURU


19 87 NORSHAHADAH BINTI MD SHAMSUDDIN 88 NORLIZA BINTI HAMZAH 89 FARAHANI BINTI MOHD ASDI


20 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 JALAN PETOLA 24/8,40300 SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN. No. Tel. : 03-55418623 | No.Faks : 03-55482017 | Email : [email protected] MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE – 33 SESI 2023/2024 TARIKH : 10 Jun 2023 HARI : Sabtu MASA : 8.00 pagi – 1.25 petang TEMPAT : Dewan Sri Wawasan, SK Seksyen 24 KEHADIRAN : 243 orang CATATAN MESYUARAT 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS 1.1 Pengerusi majlis mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan guru. Majlis mempersilakan Ustaz Mohd Shazali bin Sharuddin untuk membacakan doa. 2.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2022/2023 2.1 YDP PIBG En Mohd Syariffudin bin Rahmat mengucapkan selamat datang kepada Dato Nazmi bin Ab Talib, Encik Azman bin Mohd Aris, Guru Besar SK Seksyen 24, Barisan Pentadbir SK Seksyen 24, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SK Seksyen 24, guru-guru serta ibu bapa. 2.2 Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan dan jawatankuasa PIBG yang telah berjaya merancang, mengelola dan melaksanakan program pada hari ini. Beliau percaya program ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim dan dapat memberikan peluang untuk ibu bapa bertukar-tukar pendapat demi untuk kecemerlangan sekolah. 2.3 Selain itu, YDP PIBG juga menyatakan Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa. PIBG boleh melaksanakan banyak aktiviti yang dirancang dan disusun mengikut keperluan sekolah. 2.4 YDP juga memberitahu bahawa pelaksanaan aktiviti yang dirancang dengan teliti akan dapat dijayakan sekiranya PIBG mempunyai sumber kewangan yang MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-33


21 mencukupi. Sumber-sumber kewangan perlu diperoleh dan diurus dengan bijak agar program yang hendak dilaksanakan akan memberikan kesan kepada kecemerlangan pendidikan anak-anak SKS 24. 2.5 Akhir sekali YDP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga pendidik yang telah berusaha gigih mendidik para pelajar sehingga menjadi insan yang berpendidikan dan cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pemantapan sahsiah. 2.6 Beliau juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak PIBG sekolah yang turut memberikan sumbangan terhadap kemenjadian anak-anak di SK Seksyen 24 ini. 3.0 UCAPAN GURU BESAR SK SEKSYEN 24 3.1 Guru besar berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia Dato Nazmi bin Ab. Talib pengarah pengurusan Syarikat Emerging Enterprise Sdn Bhd, Yang Dihormati Tuan Hj Mohd Syariffuddin bin Rahmat YDP PIBG sesi 2022/2023, Encik Ashraf Zuwairi bin Mohamed Ibrahim NYDP PIBG sesi 2022/2023, ibu bapa dan guru yang telah hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33. 3.2 Beliau menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak ibu bapa yang dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dengan menghadiri Mesyuarat Agung PIBG edisi kali ini. Kehadiran para ibu bapa menunjukkan kesungguhan dan komitmen dalam memacu kecemerlangan murid dan sekolah. 3.3 Beliau mengucapkan tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 33 dalam merancang dan menjayakan pelaksanaan mesyuarat. 3.4 Beliau menjelaskan tentang arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang membenarkan pelaksanaan mesyuarat agung tahunan dilaksanakan sehingga akhir bulan Jun pada tahun ini. Pelaksanaan ini tidak seperti kebiasaan yang selalunya berakhir sehingga hujung bulan Mac setiap tahun. 3.5 Beliau mengingatkan tentang prinsip dan perkara berkaitan dengan batasan kuasa PIBG yang perlu dipatuhi pada setiap masa. 3.6 Beliau menekankan peranan dan tujuan penubuhan PIBG sebagai pencetus permuafakatan antara ibu bapa, guru dan komuniti setempat. Permuafakatan ini diharapkan dapat membina kerjasama serta persefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab bersama dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran murid. 3.7 Beliau berharap agar pihak PIBG dapat mencapai kata sepakat dalam semua tindakan dan berharap permuafakatan yang terbina menjadi kunci kecemerlangan PIBG Sekolah. 3.8 Beliau berharap selain daripada memilih dan melantik jawatankuasa PIBG, diharapkan juga mesyuarat PIBG dapat berbincang dan mendapatkan persetujuan bersama berkaitan kutipan bayaran persekolahan. 3.9 Beliau memaklumkan bahawa program-program akan terus dilaksanakan bagi melonjak kecemerlangan murid. Setiap sekolah mempunyai kebitaraan tertentu. Menerusi bidang kurikulum, karnival “Project-based Learning” (PBL) telah dilaksanakan manakala dalam bidang sukan dan permainan pula, permainan bola sepak diberikan keutamaan. Bagi bidang unit beruniform kokurikulum, persatuan Pengakap telah diangkat bagi meningkatkan entiti daya kepimpinan murid.


22 3.10 Beliau memaklumkan perancangan sekolah iaitu satu program jangka masa panjang Transformasi Pembangunan Holistik 24 (TPH24) akan dilaksanakan. TPH24 dirancang bagi meningkatkan dan membangunkan fasiliti fizikal sekolah. 3.11 Beliau menekankan elemen yang terkandung dalam TS25 iaitu memantapkan kepimpinan sekolah, memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. 3.12 Guru besar sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pihak ibu bapa kerana sudi hadir ke mesyuarat PIBG. Guru besar juga mengucapkan syabas kepada AJK pelaksana mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-33 pada edisi kali ini. 4.0 UCAPAN PERASMIAN 4.1 Dato Nazmi bin Ab. Talib selaku Pengarah Urusan Emerging Enterprise Sdn. Bhd. mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak terutama para ibu bapa kerana sudi meluangkan masa untuk hadir pada majlis hari ini. Mudah-mudahan menerusi mesyuarat ini, idea - idea baharu akan diperolehi bagi tujuan pembangunan ilmu, sahsiah dan mencungkil bakat atau potensi murid melalui sekolah ini. 4.2 Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG dan jawatankuasa pelaksana kerana telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugasan yang lain. 4.3 Beliau menyatakan bahawa pihak PIBG dan sekolah bekerjasama melaksanakan aplikasi yang berpusatkan murid dan merancang untuk membina studio untuk merekodkan konten-konten digital yang boleh digunakan di peringkat sekolah. Projek ini merupakan kerjasama PIBG dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). 4.4 Beliau menyeru supaya semua pihak bersama-sama berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam membangunkan dan memajukan PIBG demi kecemerlangan pendidikan anak-anak murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 24. 4.5 Akhir sekali beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga pendidik yang telah berusaha gigih mendidik para pelajar sehingga menjadi insan yang berpendidikan dan cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pemantapan sahsiah. 4.6 Beliau seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 24 kali ke-33 2023/2024. 5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE32 5.1 Setiausaha PIBG sesi 2022/2023 Encik Nor Hazren bin Hassim membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG yang ke- 32. Setiausaha meminta hadirin merujuk minit mesyuarat agung yang sudah diberikan. 5.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 32. Dicadangkan : Encik Mohd Fadli bin Yusof Disokong oleh : Puan Ariani bt Ahmad


23 6.0 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 6.1 Setiausaha PIBG Encik Nor Hazren Bin Hassim membentangkan laporan aktiviti yang dijalankan oleh PIBG dan sekolah sepanjang sesi 2022/2023. 6.2 Antara aktiviti yang dijalankan oleh unit Kurikulum ialah Hari Apresiasi Kecemerlangan 2021 dan 2022, Bengkel Pengurusan Kertas Soalan Pentaksiran Rekod Prestasi Program Gilap Cemerlang, Taklimat Program Bantu Baca (KPM) bersama Ibu Bapa, Penataran PBS bersama Ibu Bapa, karnival “Project-based Learning” (PBL), program Tazkirah Ramadhan dan Program Gema Ramadhan. 6.3 Aktiviti unit Hal Ehwal Murid pula adalah Sambutan Hari Raya peringkat sekolah, Program Kitar Semula, Program Gotong-Royong Perdana Siri I, II & III dan Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah. 6.4 Seterusnya unit Kokurikulum pula menjalankan aktiviti seperti Kejohanan Merentas Desa, Sukaneka Tahunan, Kejohanan Sukan Tahunan, Perkhemahan Unit Beruniform, majlis Apreasiasi Kecemerlangan Kokurikulum dan Membina Trek Keselamatan Jalan Raya di Dataran Kejat. 6.5 Program Pembangunan Sekolah pula seperti Penghasilan Model dan Pelan Anjung Bestari TPH24, mengecat dinding Dewan Sri Wawasan dan perubahan irama lagu sekolah. Lain-lain program adalah seperti Program Sembang Sahur TV3 anjuran PIBG dan Panitia Agama dan Ziarah Cakna tahun 2023 daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling yang dijalankan sebanyak 24 kali. 7.0 PERARA-PERKARA BERBANGKIT 7.1 Nama guru besar tiada dalam senarai kehadiran guru walaupun beliau hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 32. Mohon nama guru besar Encik Azman bin Mohd Aris disenaraikan dalam senarai kehadiran tersebut. 7.2 Merujuk kepada minit mesyuarat agung kali ke-32, perkara 8.1 menyatakan tentang baki kewangan terkini berakhir 31 Disember 2021 – baki bawa ke hadapan adalah sebanyak RM 137,693.01. Jumlah yang dicatatkan sebenarnya ialah jumlah perbelanjaan dalam tahun semasa (2022) dan bukan baki terkini mengikut penyata akaun bank. Pihak sekolah memohon untuk meminda baki terkini yang sepatutnya iaitu sebanyak RM 102,485.96 berdasarkan penyata akaun bank terkini berakhir 31 Disember 2021. 8.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2022/2023 8.1 Encik Vasantakumaran a/l Sekar selaku bendahari membentangkan laporan kewangan tahun 2022 yang berakhir pada 31 Disember 2022. Baki kewangan adalah sebanyak RM 102,485.96. 8.2 Beliau meminta ahli mesyuarat untuk meneliti perincian pendapatan dan perbelanjaan pada laporan kewangan pada muka surat 45 sehingga 50. 8.3 Pengesahan laporan kewangan bersyarat telah dipersetujui dalam mesyuarat. Dicadangkan oleh : Encik Shaifulazwan bin Kamarulzaman Disokong oleh : Puan Norlida bt Zulkafly 9.0 PERBINCANGAN USUL 9.1 Puan Yunizar binti Mohd Yusoff mencadangkan pihak sekolah membuat satu papan tanda amaran di hadapan pintu pagar utama contohnya; “setiap kenderaan ibu bapa hanya menurunkan anak-anak tidak melebihi 30 saat” bertujuan untuk


24 mengelakkan kesesakan lalu lintas terutama ketika waktu puncak dan Puan Aziana binti Rosli juga mencadangkan agar ditingkatkan lagi keselamatan murid yang berada di luar sekolah. 9.1.1 Jawapan daripada naib pengerusi, pihak sekolah/PIBG/MPP Zon 8 telah berbincang tentang perkara ini dan akan memasang papan tanda “Tempat Menurunkan Dan Mengambil Murid Sahaja” di hadapan pintu C dan pintu D. Namun ia bergantung kepada peruntukan yang diberikan oleh MBSA. 9.2 Encik Muhammad Rudy bin Daman Huri mencadangkan agar pemantauan keselamatan murid SK Seksyen 24 perlu ditambah baik. 9.2.1 Jawapan daripada Naib Yang Dipertua, guru sentiasa mengawasi murid-murid pada waktu pagi, tengah hari dan petang terutamanya ketika waktu murid balik. Pihak sekolah dan PIBG telah membuat permohonan kepada pihak MPP Zon 8 agar lampu isyarat dipasang untuk mengawal lalu lintas jalan raya di hdapan sekolah. Kerjasama ibu bapa/penjaga juga diperlukan untuk bersama-sama membantu pihak sekolah memantau keselamatan murid-murid. 9.3 Puan Ariani binti Ahmad memohon penjelasan tempoh masa menghantar usul dan cadangan PIBG hanya tiga hari termasuk cuti Sabtu dan Ahad kerana ia terlalu singkat dan tidak logik. 9.3.1 Jawapan daripada Naib Yang Dipertua, ketetapan tersebut dibuat bertujuan untuk membolehkan pihak sekolah dan PIBG menjawab usul, mencetak dan dimasukkan ke dalam buku Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). Walau bagaimanapun, ibu bapa/ penjaga dibenarkan memberikan usul hingga MAT berlangsung. 9.3.2 Jawapan daripada Encik Nor Hazren bin Hassim menyatakan bahawa rasional tempoh yang ditetapkan untuk memberi usul adalah agar kesemua usul dapat diberikan maklum balas oleh pihak sekolah. Walau bagaimana pun, jika ada usul yang diperolehi selepas tarikh tutup, pihak sekolah masih akan mempertimbangkan untuk menjawab usul tersebut. 9.3.3 Puan Norlida Zukafly mencadangkan agar hebahan mengenai Mesyuarat Agung Tahunan PIBG disebarkan ke semua platform dan saluran agar semua ibu bapa mendapat maklumat berkenaan program. 9.4 Puan Ariani binti Ahmad memohon pencadang usul yang tidak hadir AGM dapat dibincangkan dalam AGM. 9.4.1 Jawapan daripada Naib Yang Dipertua usul diterima dan akan dibincangkan ketika MAT berlangsung. 9.5 Puan Ariani binti Ahmad mencadangkan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) perlu aktif untuk memberi nilai tambah (check & balance) pada aktiviti dan program sekolah. 9.5.1 Jawapan daripada naib pengerusi, pihak sekolah akan memastikan “group WhatsApp” akan berfungsi sebagai platform untuk perbincangan tentang aktiviti dan program sekolah kepada semua ahli yang dilantik. 9.5.2 Pihak sekolah akan mengedar “google form” Sarana Ibu Bapa bagi mengetahui kekuatan, kemahiran dan waktu yang sesuai untuk membantu pihak sekolah.


25 9.6 Puan Ariani binti Ahmad memohon bantuan pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk jaga lalu lintas. 9.6.1 Jawapan daripada Naib Yang Dipertua, penglibatan RELA untuk perkara ini akan melibatkan kos yang tinggi. Sekiranya KISB dapat diaktifkan mungkin boleh dijadikan salah satu aktiviti yang boleh membantu menyelesaikan isu lalu lintas. 9.6.2 Naib pengerusi memaklumkan peruntukan PIBG tidak mencukupi untuk memohon bantuan pihak RELA kerana sumbangan PIBG yang diterima hanya 50%. 9.7 Encik Zarul Zaffuan bin Abdullah mencadangkan agar silaturahim antara ibu bapa dan guru dieratkan. 9.7.1 Jawapan daripada Naib Yang Dipertua, hubungan silaturahim antara ibu bapa telah erat. 9.8 Puan Ariani binti Ahmad memohon pihak pengurusan memantau guru yang mengeluarkan bahasa dan perbuatan yang kurang sopan pada pelajar ketika marah serta memohon guru tidak mendenda murid secara pukal. Puan Sumarni binti Ayob pula memohon guru dapat mengawal emosi sewaktu mengajar dan sesi soal jawab di dalam kelas dengan anak-anak murid agar mempertimbangkan tindakan agar tidak cepat untuk menghukum murid yang tidak dapat atau salah menjawab soalan yang diberikan. 9.8.1 Jawapan daripada Naib Yang Dipertua, pihak sekolah memandang serius isu ini dan telah mengingatkan guru-guru tentang peraturan ketika menjalankan tugas pada mesyuarat guru kali pertama atau setiap kali mesyuarat dijalankan. Pihak sekolah juga sentiasa memantau isu ini dan sekiranya ada laporan guru-guru akan dipanggil dan seterusnya guru tersebut diberikan nasihat oleh guru besar. 9.8.2 Puan Ariani binti Ahmad meminta penjelasan mengenai isu saman yang dimaklumkan oleh anaknya. 9.8.3 Jawapan daripada guru besar berkenaan isu saman, ia adalah satu strategi program daripada unit disiplin sekolah untuk menyelesaikan masalah disiplin murid dan ibu bapa akan diberikan surat saman sebagai surat peringatan mengenai kesalahan yang dilakukan oleh murid. 9.9 Puan Ariani binti Ahmad memohon justifikasi kriteria kelulusan penggunaan dana PIBG seperti program perlawanan persahabatan bola sepak dan pengangkutan (bas) untuk jamuan pengawas berbanding dengan keperluan dana untuk RELA bagi menjaga lalu lintas. 9.9.1 Jawapan daripada Naib Yang Dipertua, perkara tersebut perlu mengikut kelulusan perbincangan AJK PIBG dalam mesyuarat AJK atau perbincangan khas bersama AJK kerana peruntukan yang diperlukan untuk bayaran RELA dalam tempoh setahun adalah tinggi. 9.9.2 Puan Ariani binti Ahmad menyatakan bahawa pada tahun lepas sekolah menggunakan khidmat RELA kerana baki wang PIBG masih mencukupi untuk membayar khidmat RELA. 9.10 Puan Roziana binti Yusof mencadangkan agar perabot seperti meja dan kerusi untuk murid yang sesuai dalam kelas dan membuat keceriaan tandas. 9.10.1 Jawapan daripada Naib Yang Dipertua, isu ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak dalam memastikan fasiliti di dalam kelas lebih


26 kondusif. Boleh diusahakan bersama KISB dan ibu bapa dan jika ada peruntukan perabot lama dapat ditukar. 9.11 Puan Nurul Hayati mencadangkan guru mata pelajaran memberikan kerja rumah supaya murid tidak tertinggal van sekolah kerana di akhir kelas, anakanak didenda oleh guru mata pelajaran kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah sehinggakan melewati waktu balik dan menyebabkan murid tertinggal van sekolah. 9.11.1 Jawapan daripada Naib Yang Dipertua, pihak sekolah telah ambil maklum dan akan mengambil tindakan mengingatkan murid serta guruguru berkaitan isu ini agar tidak berulang. 9.12 Encik Eady bin Suhaini dan Encik Mohamad Sharizal bin Alias memohon pengawal keselamatan membantu pelajar melintas jalan pada setiap waktu kerana pada waktu tengah hari atau petang didapati tidak ada pengawalan lalu lintas daripada mana-mana pihak. 9.12.1 Jawapan daripada Naib Yang Dipertua, tugas pengawal keselamatan hanya di kawasan sekolah sahaja. 9.13 Puan Ramlah binti Abdul Nazir mencadangkan agar guru faham apabila anakanak minta keizinan ke tandas memandangkan anak-anak perlu minum air yang banyak kerana musim panas. 9.13.1 Jawapan daripada Naib Yang Dipertua, satu jam selepas rehat baru murid dibenarkan ke tandas. 9.14 Encik Zulfadli bin Sharifuddin memaklumkan agar dewan terbuka perlu menyediakan kipas. 9.14.1 Jawapan daripada Naib Yang Dipertua, kipas dinding memang telah sedia ada sebanyak 6 buah sebaik sahaja dewan siap dibina. 9.15 Puan Shafiqah Nadhira Mohamad mencadangkan agar kelas tambahan atau tuisyen diadakan untuk semua murid Tahap 1 dan 2 untuk kebaikan semua murid. Jika ada, beliau minta hebahkan kepada semua murid dan ibu bapa. 9.15.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, unit kurikulum telah merancang untuk mengadakan kelas tambahan berfokus bagi murid-murid Tahap 2 khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains selepas dicadangkan dalam mesyuarat PIBG dan ia melibatkan kos. Bagi murid Tahap 1 yang tidak atau kurang menguasai kemahiran asas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilibatkan dalam program intervensi iaitu Program Gilap Cemerlang. 9.16 Encik Mohd Fariz bin Yusof mencadangkan agar jadual waktu disemak semula kerana bebanan beg sekolah yang sangat berat. 9.16.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, jadual waktu yang disusun oleh pihak sekolah pada setiap tahun merujuk kepada SPI yang telah dikeluarkan oleh KPM bertarikh 23 Mac 2022. 9.17 Puan Ariani binti Ahmad meminta maklum balas berkaitan program kecemerlangan untuk murid Tahun 5. 9.17.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, Program Kecemerlangan Akademik yang dirancang oleh pihak sekolah khususnya unit Kurikulum melibatkan semua aliran iaitu Tahun 4,5 dan 6 seperti kelas tambahan dan Bengkel Menjawab Soalan.


27 9.18 Puan Siti Zawani binti Harun mencadangkan agar murid hanya membawa buku teks dan buku tulis sahaja bagi Tahun 6 kerana beg terlalu berat. 9.18.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, penggunaan buku teks adalah mengikut jadual waktu dan penggunaan buku aktiviti adalah mengikut keperluan. 9.19 Puan Nuramalina Idayu binti Abdul Rahman mencadangkan agar diadakan kelas membaca khas bagi murid Tahun 1 yang masih lemah dan tidak mengenal huruf untuk membaca agar murid tersebut dapat membaca dengan lancar. 9.19.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, pihak sekolah akan mengadakan Program Gilap Cemerlang dan Program Bantu Membaca. 9.20 Puan Ramlah binti Abdul Nazir mencadangkan agar setiap guru memaklumkan kerja rumah di dalam “Group Whatsapp” kerana terdapat murid yang terlepas pandang dan tidak hadir ke sekolah. 9.20.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, guru sentiasa mengingatkan murid tugasan yang perlu dibuat di rumah sebelum sesi pembelajaran berakhir dan bagi murid yang tidak hadir, guru akan mengingatkan tugasan apabila mereka hadir ke sekolah. 9.21 Puan Norma binti Abdullah, Puan Noorhidayu Ismail dan Puan Norlida Zulkafly mencadangkan agar tandas sekolah dapat dibaiki dan melatih murid agar menggunakan tandas dengan betul kerana anak beliau selalu mengadu tandas rosak, tiada kunci serta kotor. 9.21.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, setiap laporan aduan kerosakan akan diambil maklum dan tindakan oleh unit selenggara. Berikutan isu najis yang dibuang merata-rata, pihak sekolah sentiasa memberi peringatan kepada murid-murid berkaitan isu kebersihan dan tatacara penggunaan tandas dengan betul semasa perhimpunan rasmi juga pada waktu rehat. 9.21.2 Encik Fadly mencadangkan agar setiap aduan dan selenggara yang dijalankan mesti disediakan laporan beserta tarikh. 9.22 Encik Azlan bin Draman mencadangkan untuk menyediakan sudut “lost and found” bagi memudahkan murid untuk rujuk barang yang hilang seperti tanda nama, bekas makanan dan minuman. 9.22.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, pihak sekolah telah menyediakan lokasi di kantin bagi memudahkan murid meletakkan barang-barang yang dijumpai dan ibu bapa perlu melabel nama pada barangan anakanak. 9.23 Encik Suhaimi bin Abdullah, Encik Mohamad bin Awang Mat dan Puan Ariani binti Ahamd meminta maklum balas status perlaksanaan Program Loker Buku Teks untuk murid menyimpan buku kerana beliau difahamkan loker telah ada tetapi masih belum digunakan. 9.23.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, loker Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mula beroperasi bagi semua kelas Tahun 1 dan Tahun 2 bermula awal April bagi mengatasi isu beg berat. 9.24 Encik Zulfadli bin Sharifuddin memaklumkan bahawa murid tahap 2 lebih memerlukan loker berbanding murid tahap 1 kerana murid tahap 1 tidak mengenal buku jika buku berada di dalam loker atau tidak.


28 9.24.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, peruntukan loker dari KPM adalah untuk murid Tahun 1 dan Tahun 2 sahaja. Walau bagaimanapun murid tahap 2 yang memerlukan loker boleh menyewa loker yang diuruskan oleh pihak swasta. 9.25 Puan Ariani binti Ahmad mencadangkan pihak sekolah memantau pengawas yang menyalahgunakan kuasa dengan memukul murid menggunakan permbaris. 9.25.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, pihak sekolah telah memberi Kursus Kepimpinan kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan ketua kelas untuk memberi garis panduan melaksanakan tugas masing-masing. 9.26 Puan Ariani binti Ahmad memohon memantau kualiti dan harga makanan di kantin sekolah. 9.26.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, pihak sekolah sentiasa memantau kualiti makanan setiap hari dan dilaporkan dalam buku laporan kantin. Harga makanan di kantin mengikut seperti Perjanjian Kantin dan pihak kantin tidak boleh menaikkan harga sewenang-wenangnya. 9.27 Puan Ariani binti Ahmad memohon memantau dan membuat “spot check” pada murid yang membawa vape. 9.27.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, unit disiplin sentiasa melaksanakan “spot check” iaitu 1 minggu 2 kali bukan sahaja berkaitan isu vape tetapi bertujuan mengelakkan murid membawa barang yang tidak sepatutnya dibawa ke sekolah. Jika ada barangan berkaitan dijumpai, pihak sekolah akan memanggil ibu bapa untuk hadir ke sekolah bagi memaklumkan kes tersebut seterusnya merekodkan kesalahan di dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). 9.28 Puan Ariani binti Ahmad memohon agar tidak mengamalkan diskriminasi kepada pelajar yang tidak mampu dalam setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 9.28.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, pihak sekolah tidak mendiskriminasi mana-mana murid. Setiap murid diberi peluang yang sama untuk mengikuti semua program di sekolah. Walau bagaimana pun ada program yang pihak sekolah laksanakan terhad kepada jumlah yang dibenarkan seperti Lawatan Sambil Belajar. 9.29 Puan Ariani binti Ahmad memohon pihak sekolah mengikuti garis panduan KPM berkenaan sahsiah diri murid seperti gaya rambut pelajar lelaki. 9.29.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, pihak sekolah sentiasa mematuhi garis panduan oleh KPM. 9.30 Puan Ariani binti Ahmad memaklumkan stok buku di sekolah tidak memuaskan. Beliau menyatakan sama ada penggunaan buku aktiviti tambahan adalah satu keperluan yang diwartakan oleh KPM sehingga menjejaskan pembelajaran. 9.30.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, pihak sekolah telah memanjangkan isu ini kepada pihak kedai buku. Dimaklumkan buku aktiviti yang dijual melibatkan beberapa penerbit buku yang tidak dapat memenuhi bilangan keperluan oleh pihak kedai buku. 9.31 Puan Nor Azerin Farina binti Abdul Rashid mencadangkan agar pihak sekolah membuat t-shirt sukan yang berbeza atau tag nama jawatan yang disandang


29 murid kerana waktu murid-murid memakai baju sukan, sukar untuk membezakan antara pengawas dan murid biasa kecuali pengawas perempuan yang memakai tudung yang berbeza dari murid biasa. 9.31.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, pihak sekolah menerima cadangan untuk membuat tag nama jawatan yang disandang bagi membezakan pengawas dengan murid yang lain. 9.32 Puan Azzahra mencadangkan agar pihak sekolah pertimbangkan untuk murid tahun 1 diberi aras kelas yang bawah. 9.32.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, aras 1 merupakan kedudukan bilikbilik khas. 9.33 Puan Ariani binti Ahmad memaklumkan bahawa pihak sekolah sentiasa memberi info program dan aktiviti di saat akhir. 9.33.1 Jawapan daripada Yang Dipertua, program kokurikulum melibatkan penyertaan murid daripada pihak KPM/swasta ada sesetengah program dimaklumkan secara “adhoc” atau perubahan peserta di saatsaat akhir. 9.34 Encik Mohd Faidzee bin Kamarudin dan Puan Norazreen Azman mencadangkan agar aktiviti kokurikulum dijalankan pada waktu lain kerana waktu pelaksanaan kokurikulum adalah sama dengan Sekolah Agama Rendah Islam Madrasah Tahfiz As-syauqi dan pelajar terpaksa ponteng untuk hadir kokurikulum. 9.34.1 Jawapan daripada Yang Dipertua bahawa jadual perjumpaan mingguan kokurikulum sekolah adalah di bawah ketetapan KPM, JPN, PPD dan sekolah. Sebarang aktiviti sekolah kebangsaan harus diberikan keutamaan. Perjumpaan mingguan kokurikulum merupakan salah satu pentaksiran yang akan ditaksir di dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). 9.35 Puan Ariani binti Ahmad mencadangkan agar peruntukan dari PIBG disediakan untuk menjayakan Program Graduasi Tahun 6 supaya semua murid tahun 6 berpeluang menyertai program tersebut. 9.35.1 Jawapan daripada guru besar, pihak sekolah telah ambil maklum dan akan membuat penambahbaikan. 9.36 Encik Shaifulazwan bin Kamarulzaman mencadangkan agar bas dan van sekolah masuk ke kawasan sekolah di bangunan blok E untuk mengambil murid bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan murid tertinggal van atau bas sekolah. 9.36.1 Jawapan daripada guru besar, pihak sekolah tidak bersetuju untuk membenarkan bas atau van masuk ke kawasan sekolah bagi mengelakkan keluar masuk bas atau van yang tergesa-gesa kerana bas atau van sekolah juga turut mengambil murid sekolah lain. Pihak sekolah juga dalam perancangan untuk menempatkan bas atau van berhampiran pintu masuk atau keluar. Pihak sekolah juga telah memohon dengan pihak MBSA laluan kedua tetapi tidak diluluskan. 9.37 Encik Shaifulazwan bin Kamarulzaman mohon agar program-program yang tidak berkaitan dengan kokurikulum tidak dijalankan pada hari persekolahan kerana mengganggu waktu kelas pembelajaran. Guru-guru didakwa akan meninggalkan kelas untuk melaksanakan program yang dianjurkan dengan kerjasama pihak luar iaitu program Sembang Sahur.


30 9.37.1 Jawapan daripada guru besar, program Sembang Sahur dengan kerjasama pihak stesen televisyen dengan kelulusan KPM merupakan sisipan pada Gema Ramadan iaitu disambut pada setiap tahun. Aktiviti juga dibantu oleh MPP Zon 8. Guru yang berkelapangan sahaja turut serta dalam menjayakan program. Waktu pembelajaran berjalan seperti biasa. 9.38 Puan Salasiah binti Tomin iaitu penolong kanan pentadbiran mengusulkan beberapa cadangan daripada Unit Kurikulum, Unit HEM, Unit Kokurikulum dan Prasekolah yang memerlukan persetujuan ahli mesyuarat supaya kutipan wang boleh dibuat untuk menjayakan program yang dirancang dan seterusnya memberikan manfaat kepada anak masing-masing. Berikut adalah senarai program yang memerlukan kelulusan ahli mesyuarat untuk kutipan wang: UNIT KURIKULUM UNIT HEM UNIT KOKURIKULUM PRASEKOLAH 1.Kelas tambahan - Tutor Sinar Sasaran : Murid- murid Tahun 4,5 dan 6 Kutipan sebanyak RM40 - Pembelian buku (sekali sahaja) dan RM 60 - Bayaran kelas tambahan untuk 4 subjek (BM,BI.M3 ,SN) setiap bulan. Bayaran sebanyak 6 kali (RM360) iaitu dari Julai hingga Disember 2023. 1.Kem Pemimpin Muda Sasaran : 200 orang Bayaran Konsultan: RM20/orang 2.Lawatan Kerjaya/Kembara Sejarah Bayaran Konsultan : RM100/orang (Bergantung kepada tempat lawatan) 1.Perkhemahan Unit Beruniform Sasaran: 150- 180 orang murid Tahap 2. Bayaran : • RM50/ orang tanpa tshirt. • RM80/ orang termasuk t-shirt. 1.Fotografi Konvo Prasekolah : RM25 2.Lawatan ke Sunway Wild Life : RM 80. 9.38.1 Puan Ariani binti Ahmad menyokong usul yang dikemukakan dengan syarat mengambil kira pembahagian dari dana PIBG dan mengharap ibu bapa turut membantu dalam mencari dana tajaan. 9.38.2 Sokongan sebulat suara bagi usul kutipan wang bagi program yang dibentang. 9.39 YDP mencadangkan agar sumbangan PIBG dikekalkan RM60. 9.39.1 Puan Ariani binti Ahmad menyokong mengekalkan sumbangan PIBG dengan dibuat pengasingan pembayaran sumbangan PIBG dan keceriaan yang dibelanjakan. 9.39.2 Sokongan sebulat suara bagi mengekalkan sumbangan PIBG dengan syarat dibuat pengasingan.


31 10.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG SESI 2022/2023 10.1 YDP PIBG, Mohd Syariffuddin bin Rahmat mengumumkan pembubaran jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023. 10.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023, guru-guru dan ibu bapa yang banyak membantu beliau dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai Yang Dipertua PIBG sesi 2022/2023. 11.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATAN KUASA INDUK PIBG SESI 2023/2024 11.1 Encik Mohd Rizal bin Mohd Razali dilantik sebagai pengerusi sementara. Beliau mengucapkan terima kasih dan memohon ibu bapa atau penjaga agar dapat bekerjasama untuk melancarkan proses pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024. 11.2 Pencalonan untuk jawatan YDP PIBG 2023/2024 Nama calon : Encik Mohd Azlan Shah bin Mohd Arshad Cadangan : Encik Fadli bin Yusof Sokongan : Encik Shaifulazwan bin Kamarulzaman Nama calon : Encik Mohd Syariffudin bin Rahmat Cadangan : Puan Norlida bt Zulkafly Sokongan : Puan Syafiqah Nadira binti Mohamad 11.3 Pencalonan untuk jawatan NYDP PIBG 2023/2024 Nama calon : Encik Mohd Syariffudin bin Rahmat Cadangan : Puan Norlida bt Zulkafly Sokongan : Puan Syafiqah Nadira binti Mohamad Nama calon : Encik Fadli bin Yusof Cadangan : Encik Shaifulazwan bin Kamarulzaman Sokongan : Encik Mohd Nor Azam bin Yusof 11.4 Pencalonan untuk jawatan AJK Ibu Bapa 2023/2024 Nama calon : Encik Fadli bin Yusof Cadangan : Puan Ariani binti Ahmad Sokongan : Encik Mohd Nor Azam bin Yusof Nama calon : Encik Muhammad Rudy bin Daman Huri Cadangan : Puan Nordiana binti Idris Sokongan : Puan Amiza binti Pilus Nama calon : Puan Ariani binti Ahmad Cadangan : Puan Sumarni binti Ayob Sokongan : Puan Zuraini binti Yusuf Nama calon : Encik Azni bin Kamaruddin Cadangan : Puan Syafiqah Nadira binti Mohamad Sokongan : Puan Salasiah binti Tomin Nama calon : Puan Syafiqah Nadira binti Mohamad


32 Cadangan : Puan Norlida bt Zulkafly Sokongan : Cik Sarah binti Shahril Azman Nama calon : Puan Zuraini binti Yusuf Cadangan : Puan Nordiana binti Idris Sokongan : Puan Siti Hajar binti Md Yusuf Nama calon : Encik Shaifulazwan bin Kamarulzaman Cadangan : Encik Mahathir bin Mohamad Hilal Sokongan : Encik Mohd Nor Azam bin Yusof Nama calon : Encik Wan Shahrulanuar bin Kamaruddin Cadangan : Encik Mahathir bin Mohamad Hilal Sokongan : Encik Ashrafuddin bin Mohamed Tawadzo Nama calon : Datin Rohalina binti Ali Cadangan : Puan Norlida bt Zulkafly Sokongan : Puan Haaneeza Maria binti Hamzah 11.5 Pencalonan untuk jawatan Juru Audit Dalaman Ibu Bapa 2023/2024 Nama calon : Puan Syafiqah Nadira binti Mohamad Cadangan : Puan Norlida bt Zulkafly Sokongan : Cik Ain Syamira binti Jarni Nama calon : Encik Wan Shahrulanuar bin Kamaruddin Cadangan : Encik Shaifulazwan bin Kamarulzaman Sokongan : Encik Mahathir bin Mohamad Hilal 11.6 Pencalonan untuk jawatan Pemegang Amanah Ibu Bapa 2023/2024 Nama calon : Encik Wan Shahrulanuar bin Kamaruddin Cadangan : Encik Shaifulazwan bin Kamarulzaman Sokongan : Encik Mahathir bin Mohamad Hilal Pencalonan ditutup Cadangan : Encik Mahathir bin Mohamad Hilal Sokongan : Puan Norlida bt Zulkafly 11.7 Pencalonan untuk jawatan Setiausaha PIBG 2023/2024 Nama calon : Encik Ahmad Abdin Syakirin bin Baharin Cadangan : Encik Azman bin Mohd Aris Sokongan : Sebulat suara 11.8 Pencalonan untuk jawatan Bendahari PIBG 2023/2024 Nama calon : Encik Vasantakumaran a/l Sekar Cadangan : Encik Azman bin Mohd Aris Sokongan : Sebulat suara


33 11.9 Pencalonan untuk jawatan AJK Guru 2023/2024 Nama calon : Puan Nurul Nadia binti Muhamad Yusop Cadangan : Puan Salasiah binti Tomin Sokongan : Sebulat suara Nama calon : Encik Muhammad Daniel Faliq Akmal bin Johari Cadangan : Puan Zuhana binti Abdul Samad Sokongan : Sebulat suara Nama calon : Cik Sarah binti Shahril Azman Cadangan : Puan Salasiah binti Tomin Sokongan : Sebulat suara Nama calon : Encik Mohamad Saidi bin Zainal Azim Cadangan : Puan Salasiah binti Tomin Sokongan : Sebulat suara Nama calon : Puan Norazura bt Nordin Cadangan : Puan Amiza binti Pilus Sokongan : Sebulat suara 11.10 Pencalonan untuk jawatan Juru Audit Dalaman Guru 2023/2024 Nama calon : Puan Haaneeza Maria binti Hamzah Cadangan : Encik Azman bin Mohd Aris Sokongan : Sebulat suara 11.11 Pencalonan untuk jawatan Pemegang Amanah Guru 2023/2024 Nama calon : YM Raja Salman Alfarisi bin Raja Mamat Cadangan : Encik Azman bin Mohd Aris Sokongan : Sebulat suara 12.0 KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 Penasihat : Encik Azman bin Mohd Aris Yang Dipertua : Encik Mohd Azlan Shah bin Mohd Arshad Naib Yang Dipertua : Encik Mohd Syariffudin bin Rahmat Setiausaha : Encik Ahmad Abdin Syakirin bin Baharin Bendahari : Encik Vasantakumaran a/l Sekar AJK Ibu Bapa : Encik Shaifulazwan bin Kamarulzaman : Encik Fadli bin Yusof : Encik Azni bin Kamaruddin : Encik Muhammad Rudy bin Daman Huri : Datin Rohalina binti Ali : Puan Ariani binti Ahmad AJK Guru : Puan Nurul Nadia binti Muhamad Yusop : Encik Muhammad Daneil Faliq Akmal bin Johari : Cik Sarah binti Shahril Azman : Encik Mohamad Saidi bin Zainal Azim


34 : Puan Norazura bt Nordin Juru Audit Ibu Bapa : Puan Syafiqah Nadira binti Mohamad Pemegang Amanah Ibu Bapa : Encik Wan Shahrulanuar bin Kamaruddin Juru Audit Guru : Puan Haaneeza Maria binti Hamzah Pemegang Amanah Guru : YM Raja Salman Alfarisi bin Raja Mamat 13.0 UCAPAN PENANGGUHAN 13.1 Encik Mohd Azlan Shah bin Mohd Arshad selaku YDP PIBG Sesi 2023/2024 mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak sepanjang sesi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-33. 13.2 YDP mengharapkan kerjasama dan komitmen daripada semua jawatankuasa yang dilantik bagi sesi 2022/2023 supaya dapat menjalankan tugas dan amanah dengan sebaik mungkin. 14.0 PENANGGUHAN MESYUARAT 14.1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 ditangguhkan pada jam 1.25 petang.


35 BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT Perkara : Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-33 Sesi 2023/2024 Tarikh : 10 Jun 2023 Tempat : Dewan Sri Wawasan BIL. PARA PERKARA UNIT TINDAKAN/ PERKEMBANGAN/ ULASAN 1 7.1 Nama guru besar tiada dalam senarai kehadiran guru walaupun beliau hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 32. Mohon nama guru besar Encik Azman bin Mohd Aris disenaraikan dalam senarai kehadiran tersebut. SU PIBG Selesai 2 7.2 Merujuk kepada minit mesyuarat agung kali ke-32, perkara 8.1 menyatakan tentang baki kewangan terkini berakhir 31 Disember 2021 – baki bawa ke hadapan adalah sebanyak RM 137,693.01. Jumlah yang dicatatkan sebenarnya ialah jumlah perbelanjaan dalam tahun semasa (2022) dan bukan baki terkini mengikut penyata akaun bank. Pihak sekolah memohon untuk meminda baki terkini yang sepatutnya iaitu sebanyak RM 102,485.96 berdasarkan penyata akaun bank terkini berakhir 31 Disember 2021. Bendahari PIBG Selesai dipersetujui dalam Mesyuarat AJK PIBG Bil. 3 Sesi 2023/2024 Tarikh : 24 April 2024 Urus Setia Nur Afiifah Binti Mohd Razikin Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seksyen 24 Tarikh : 24 April 2023


36 Program-program sekolah yang telah dilaksanakan bersama-sama PIBG bagi tahun 2023 adalah seperti berikut : UNIT KOKURIKULUM BIL PROGRAM 1 PROGRAM MERENTAS DESA 2023 2 PROGRAM MERENTAS DESA 2024 3 SUKAN TAHUNAN DAN SUKANEKA SEKOLAH 2023 4 PROGRAM PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 2023 5 OLAHRAGA MSSD PETALING PERDANA 6 BOLA SEPAK MSSD PETALING PERDANA 7 BOLA SEPAK PIALA RAJA MUDA 2023 8 PERTANDINGAN PANCARAGAM PERINGKAT KEBANGSAAN UNIT HAL EHWAL MURID BIL PROGRAM 1 PROGRAM SUMBANGAN AEON BIG KEPADA ASNAF 2 PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI 3 PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 4 PROGRAM ZIARAH CAKNA WARGA SK SEKSYEN 24 5 PROGRAM SUMBANGAN KARANGKRAF KEPADA ASNAF 6 PROGRAM KITAR SEMULA ANJURAN MBSA 7 PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1 8 PROGRAM HARI TERBUKA UNIT KURIKULUM BIL PROGRAM 1 SUMBANGAN KERTAS A4 2 SUMBANGAN AL- QURAN PEMBANGUNAN SEKOLAH BIL PROGRAM NAIK TARAF 1 BAIKPULIH LONGKANG 2 PEMBELIAN MEJA SEKOLAH 3 SELENGGARA TANDAS 4 SUMBANGAN TONG SAMPAH LAIN-LAIN BIL SUMBANGAN 1 MENJAGA LALUAN TRAFIK WAKTU PULANG SEKOLAH 2 SUMBANGAN BAJU MELAYU DARIPADA JAKEL 3 SUMBANGAN MEMBAIKPULIH ALAT MUZIK 4 PROGRAM FREE MARKET BERSAMA KSIB SEKSYEN 24 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2023/2024


37 LAPORAN KEWANGAN


38


39


40 BIDANG : PENGURUSAN BIL NAMA BAPA/PENJAGA NAMA ANAK KELAS USUL MAKLUM BALAS 1 MOHD NAZRI OTHMAN ERIKA HANINA 3 EFEKTIF Harap pihak Koperasi membuat status laporan stok buku2 yang tersedia / tiada dicapaian FB sekolah SKS24, untuk mengelakkan ibubapa terpaksa berulang alik ke sekolah untuk membeli buku-buku di koperasi pada awal tahun/ akhir tahun Sebarang aduan kekurangan stok buku akan dipanjangkan terus kepada pihak kedai buku untuk tindakan seterusnya. Sesi 2024- 2025 , pihak sekolah telah buat penambahbaikan - Pembelian keperluan buku dan bahan persekolahan murid mulai dibuka sebelum Cuti khir Tahun 2023 iaitu sebaik murid-murid menerima BAP(22.1 2024) lalu. Stok bukubuku adalah mengikut bil murid pada akhir tahun tersebut. Siasatan kami, kekurangan stok tersebut adalah hanya pada Buku Aktiviti PSV Tahun 1,2& 3 pada masa sesi pembelajaran2024 bermula pada Mac-April 2024. Pihak Kedai Buku menerima masalah mendapat bekalan tambahan masa kini kerana bukubuku tersebut telah kehabisan stok dipasaran. Penambahan murid masuk telah mengganggu bekalan yang sedia ada di Kedai Buku Sekolah. Langkah pembaikan akan diambil oleh pihak sekolah & Kedai Buku Sekolah. 2 ARIANI BINTI AHMAD MUHAMMAD AKEEL 6 FITRAH Mohon pastikan stok buku aktiviti di kedai buku sekolah sentiasa cukup dan stok dikemaskini bagi memudahkan urusan pembelian dan mengelakkan murid diberi amaran oleh guru subjek (tiada buku aktiviti). Cadangan buka pra order awal tahun 3 NORLIEYANA BINTI ABDUL AZIZ MUHAMMAD DANISH SAIFULLAH BIN ERMAN 6 EFEKTIF Mencadangkan penambahbaikan urusan pembelian buku di koperasi sekolah 4 MUHAMMAD SHAHRIL BIN ABU SUMAN MUHAMMAD DANISH AQIL 5 DEDIKASI Mewujudkan koperasi sekolah dengan menggantikan kedai Buku Sekolah Koperasi sekolah merujuk kepada sekolah menengah sahaja. 5 MOHD NAZRI OTHMAN ERIKA HANINA 3 EFEKTIF Mengadakan ruang akhbar untuk pelajar membaca di waktu rehat. Surat khabar telah disediakan oleh pihak sekolah bermula bulan Mac 2024. Murid-murid boleh membaca surat khabar yang disediakan di Dewan Wawasan dan Dewan Terbuka sebelum masuk ke kelas mahupun ketika waktu rehat. 6 Status pembinaan Dewan sekolah? Apa perancangan dan langkah dilaksanakan oleh pihak sekolah? Status - Ditangguhkan hingga Dana Tabung PIBG mencukupi dengan jumlah perbelanjaan yang diperlukan. 7 Kurang komunikasi oleh pihak sekolah untuk mengutarakan kejayaan pelajar sekolah kepada lapisan masyarakat dan ibubapa melalui buletin, berita bagi mempromosi kejayaan guru-guru dan pelajar sekolah SKS24. Pihak sekolah menggunakan medium Hub Info Telegram, FB sekolah dan group KSIB dibawah seliaan PIBG dan menggunakan kaedah 2 hala supaya memudahkan komunikasi dan berkongsi gambar serta aktiviti yang berlaku di sekolah 8 ADAM BIN JAMAL MOHAMED MUHAMMAD FIRASH 3 GIGIH Mewujudkan group TG/Whatsapp rasmi sekolah dimana semua USUL & CADANGAN


41 AIMAN BIN ADAM pengumuman rasmi sekolah, hanya pihak admin/pihak sekolah shj dibenarkan post. 9 ARIANI BINTI AHMAD MUHAMMAD AKELL 6 FITRAH Mohon sekolah & PIBG aktifkan media sosial untuk berkongsi gambar & aktiviti program sekolah. Contoh fb, hub telegram sekolah. 10 AHMAD ISMAIL FARAH 2 FITRAH Peraturan membenarkan murid yg naik bas sekolah keluar awal 5 minit, perlu dikembalikan. ini mengelakkan kesesakan depan sekolah Peraturan tersebut tidak diguna pakai selepas KPM mengumumkan SOP PKP COVID 19 telah tamat pada 11 Januari 2022 11 ARIANI BINTI AHMAD MUHAMMAD AKELL 6 FITRAH Mohon pihak sekolah dapat maklumkan info awal berkaitan takwim wajib sekolah khususnya yang memerlukan penglibatan semua ibubapa. Takwim sekolah bergantung keoada Takwim KPM yang sentiasa berubah mengikut keperluan / Isu semasa. Bagaimanapun, pihak sekolah senantiasa berkongsikan maklumat & jadual-jadual program serta aktiviti sekurangkurangnya seminggu dari tarikh kejadian kepada semua ibu bapa /penjaga murid melalui mediummedium guru & ibu bapa / penjaga murid masing-masing. 12 YASIR BIN KHAIRUDDIN AYRA AMEENA BINTI YASIR 1 IKHLAS Aliran traffic untuk drop anak anak Ibu bapa telah dimaklumkan untuk turunkan anak-anak di pintu C sahaja 13 MUHAMMAD FARID BIN JOHAN OII MUHAMMAD RAYYAN BIN MUHAMMAD FARID 1 HIJAU Masa waktu masuk persekolahan pada hari Jumaat mungkin boleh dianjakkan sedikit segingga 2.15pm bagi memberi ruang kepada pelajar lelaki untuk Solat Jumaat juga memudahkan penjaga(atuk/bapa/pakcik) tidak terkejar-kejar menghantar pelajar. Anjakan waktu mula akan menyebabkan waktu balik menjadi lebih lewat dan menyebabkan banyak masalah terutama masalah pengangkutan serta keselamatan. Murid-murid berkaitan dicadangkan di hantar sebelum solat Jumaat iaitu 12.45 - 1.15 petang 14 SYAHIRAH BINTI ABDUL MALIQ RAQIB SYAHIR ALI BIN JAHABAR ALI 3 FITRAH Membenarkan murid dtg pukul 2:15 pada hari jumaat SEMASA MURID BALIK SEKOLAH DI MINTA CIKGU PERHATIKAN Guru bertugas sentiasa memantau murid pada waktu balik. Guru bertugas juga akan menefon ibu bapa jika anak-anak belum diambil selepas 30 minit dari waktu balik 15 MOHD FADLI BIN YUSOF FARISHA NURAIN BINTI MOHD FADLI 4 FITRAH MOHON SEMAKAN AYAT PADA SAYA MENCADANGKAN USUL USUL DIKETENGAHIKAN @ DIKETENGAHKAN Telah diambil maklum dan tiadakan pembetulan telah dibuat iaitu "diketengahkan" 16 MOHD NOR AZAM BIN YUSOF MUHAMMAD AKEEL 6 FITRAH PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENYAMPAIAN MAKUMAT: 1. MANFAATKAN PAPAN KENYATAAN DI DEPAN PAGAR UTAMA SEKOLAH 2. MEMASANG DIGITAL BANNER DI PAGAR UTAMA SEKOLAH. 3. SISTEM SIARAYA UNTUK PENGUMUMAN SEGERA DAN PENTING SERTA WAKTU KECEMASAN. Segala penambahbaikan sistem penyampaian maklumat bergantung kepada kewangan PIBG dan semua isu yang berkaitan dengan fasilitis sekolah ada dibincangkan bersama-sama dalam mesyuarat jawatankuasa PIBG dan seterusnya dipanjangkan ke pihak PPD mahupun agensi berkaitan.


42 4. PAMERKAN PLAN LANTAI BLOK SEKOLAH DAN KELAS. 5. PERBAIKI PAPAN TANDA KELAS DAN LABEL BANGUNAN YANG TELAH USANG DAN ROSAK 6. PLAN LALUAN KECEMASAN DAN KAWASAN BERKUMPUL MASA BERLAKU KECEMASAN 17 SYAHRUL IZZWAN BIN BADERI SHAH MUHAMMAD DANISH BIN SYAHRUL IZZWAN 5 EFEKTIF Pihak sekolah perlu meningkatkan keselamatan pelajar semasa melintas jalan pada waktu pulang sesi pagi dan petang kerana pada ketika itu laluan agak sibuk dan ade kenderaan yg tidak berhenti di laluan zebra depan sekolah Pihak sekolah mencadangkan PIBG menyediakan anggota RELA untuk membantu mengawal keselamatan murid.Bagaimanapun kos menyediakan anggota RELA harus dibincangkan& persetujuan pihak ibu bapa/penjaga muridmurid. 18 WAN HAZWANI BINTI WAN HUSSIN AMIER FARIEZ BIN AMIR FAIZ 1 AMANAH SAYA MENCADANGKAN GURU2 UNTUK MEMBUAT SATU WAKTU UNTUK ANAK2 SOLAT ZUHUR BERAMAI2 DIIMANKAN OLEH GURU PETANG JUGA, KERANA ANAK2 DAH BERUMUR 7 TAHUN DAN KEATAS WAJIB MENUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU. Murid-murid dibenarkan untuk menunaikan solat di bawah seliaan guru yang bertugas di surau dengan syarat anak-anak tahu membaca niat solat dan surah Al-Fatihah serta surah lazim 19 SITI FATIMAH BINTI GHAZALI HARIZ IMRAN 6 EFEKTIF Wujudkan masa untuk slot solat Zohor dan Asar berjemaah bagi murid tahap 1 yang beragama Islam 20 AQILAH DAYANA BINTI AZNIRULHISHAM MUHAMMAD RAZIQ RIZQI 1 IKHLAS Saya usulkan untuk sebarang handover, perlu ada kehadiran ibu bapa agar tiada barang/buku/alatan tercicir Cadangan yang baik dan akan dipertimbangkan sesuai dengan keperluan tersebut. 21 MOHD SHAKUR BIN BANURI ZAHRA NISA' BINTI MOHD SHAKUR 4 GIGIH Semasa berada di sekolah, saya tidak mendengar loceng untuk memberi tahu masa tamat waktu kelas/ sekolah. Saya tidak pasti, adakah loceng ini ada atau rosak. Semoga cadangan ini dapat dipertimbangkan. Pihak sekolah sedang berusaha untuk pembaikan tersebut. Terima kasih. 22 SITI FATIMAH BINTI GHAZALI HARIZ IMRAN 6 EFEKTIF Penjaja kawasan sekolah. Mohon pihak sekolah menegur supaya tidak menjual makanan ringan dan aiskrim di luar pagar Guru bertugas telah pun menegur kerana melibatkan murid tertinggal van dan bas, namun ianya juga diluar tindakan bidang kuasa pihak sekolah (melibatkan penguatkuasaan MBSA) Justeru, ibu bapa/ penjaga sila terus membuat aduan kepada penguatkuasa MBSA untuk tindakan yang sewajarnya. 23 Mohon pihak sekolah memantau barang yang dijual di kedai buku. Barang yang seakan-akan berbentuk mainan jangan dijual kerana murid tahun 1 akan guna duit belanja makan untuk membeli barang tersebut Pihak sekolah ambil maklum dan telah menasihati murid-murid dalam setiap kali perhimpunan. Teguran kepada pihak Kedai Buku terus diberi jika pihak sekolah menerima aduan.


43 BIDANG : KURIKULUM BIL NAMA IBU BAPA/PENJAGA NAMA ANAK KELAS USUL MAKLUM BALAS 1 NOR AZLIN BINTI IBRAHIM NUR AIMI ZULAIKHA BINTI ASRUL NAIM 6 DEDIKASI Diharap guru boleh beritahu buku apa yang hendak digunakan untuk setiap subjek Semua guru telah sedia memaklumkan tentang penggunaan buku teks dan buku tulis memang perlu dibawa mengikut jadual waktu. Penggunaan buku aktiviti mengikut keperluan dan dimaklumkan murid. 2 ROHAINI BINTI BURHAN FAZRIN HYZAM, FAZRIN HYZUL 5 EFEKTIF , 4 GIGIH Saya mohon kalau boleh guru setiap subjet boleh beri info awal tentang buku apa yg nak dibawa sebelum hari mengajar kerana kami parent risau tentang masalah isu kesihatan (tentang beg berat) size murid sekarang pun kecil kecil dan ada masa tu kadang tak guna pun buku yg dibawa . 3 SAHRIZAN BIN MOHD ARSHAD SHAHID AMZAR BIN SAHRIZAN 4 GIGIH Beg sekolah yang dipikul oleh anakanak berat. Mohon pihak sekolah kurangkan mata pelajaran atau mempertimbangkan kaedah yang bersesuaian bagi menangani masalah beg berat. Jadual waktu disusun mematuhi Surat Siaran KPM bertarikh 23 Mac 2022 Penyusunan Semula Jadual Waktu Bagi Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( Semakan 2017) Kementerian Pendidikan Malaysia. Tahap 1 - 3 hingga 4 mata pelajaran, Tahap 2 - 5 hingga 6 mata pelajaran. 4 AHMAD ISMAIL FARAH 2 FITRAH Masalah bag sekolah berat perlu diatasi segera. Bag berat boleh menimbulkan masalah kesihatan pd murid2. 5 MUHAMMAD SHAHRIL BIN ABU SUMAN MUHAMMAD DANISH AQIL BIN MUHAMMAD SHAHRIL 5 DEDIKASI MENGATASI BEG BERAT MURIDMURID DENGAN MEMPERKEMASKAN LAGI JADUAL ANJAL 6 MOHAMAD BIN AWANG MAT HAWA NUR HANANIA 4 CERGAS Isu beg sekolah berat.. jadual kelas melebihi 5 matapelajaran. 7 MOHD SHAZWAN BIN MOHD YUSOFF MUHAMMAD RAZIQ HANAN 4 AMANAH Isu beg sekolah terlalu berat kerana membawa semua buku untuk 6 matapelajaran dalam 1 hari 8 NOR HAZLIN BINTI RAHALIM HAWA NUR HANANIA 4 CERGAS Jadual kelas melebihi 5 matapelajaran dan beg sekolah berat . 9 SALINA BINTI MOHAMAD SHAMSURI MUHAMAD SYAFI AKIF 2 BERSIH Jadual waktu dikaji semula sebab anak2 hari2 bawa beg yg berat. Anak mengadu sakit bahu. 10 JAMILAH BINTI MOHD NOR NUR ZAARA NAJLA BINTI MOHD HISHAM 6 FITRAH KEMAJUAN PELAJARAN MURID DAN TIDAK MEMBEBANKAN MURID SEPERTI MEMBAWA BEG BERAT.. 11 WAN MARLIANA WAN MOHD SOTAR MUHAMMAD ZARIF ADZRI BIN MOHD AMIN 5 DEDIKASI Kaji semula jadual waktu murid. Maksimum 4 subjek dalam 1 hari bagi mengelakkan beg berat ke sekolah. Ataupun menyediakan loker untuk murid menyimpan buku-buku. 12 MOHD NAZRI OTHMAN ERIKA HANINA 3 EFEKTIF Apa tindakan yang sering diambil oleh guru bagi pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah atau tidak membawa buku ke sekolah? Nasihat dan amaran akan diberi kepada murid berkenaan.Jika berterusan akan dipanjangkan kepada guru disiplin, Guru Bimbingan, PK Pentadbiran /PK Petang dan Guru Besar. Guru juga akan merekodkan dalam sistem SSDM


44 13 SITI FATIMAH BINTI MOHD GHAZALI HARIZ IMRAN 6 EFEKTIF Tingkatkan motivasi murid dlm pembelajaran. Contoh: Telah dilaksanakan pada hari Panitia Bahasa Melayu pada a. Untuk tahap 2, guru memberikan setiap hari Rabu. peribahasa atau learning/motivational quotes di akhir sesi pembelajaran dan murid perlu beri maksudnya dan aplikasi dlm kehidupan harian di dlm kelas. It can be done daily or weekly. Murid yg participate akan dipilih utk berucap di dlm perhimpunan dan diberikan hadiah saguhati. 14 b.Initiate pembelajaran pelbagai spt lakonan (esp subjek sejarah) atau menggunakan bahan2 spt lego utk subjek pecahan (matematik). Penggunaan bahan visual, gambar dan video yg bersesuaian dgn topik yg diajar. Cadangan yang baik.Akan ditambah baik dari semasa ke semasa 15 c. Cipta tema menarik setiap minggu utk sesi pembelajaran. Ia dpt menggalakkan penyertaan murid dlm kelas dan setiap tema berbeza perlu diilhamkan drpd murid sendiri. Pembelajaran bertema memang telah sedia ada dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (Sukatan Pelajaran) dan disusun dalam Rancangan Pelajaran Tahunan setiap mata pelajaran berdasarkan ketetapan yang telah diputuskan dan dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua panitia. 16 2. Mewujudkan kembali reward system atau kupon ganjaran. Guru memberi kupon/token kpd murid yg berkelakuan baik, suka menolong dan aktif dlm kelas. Murid yg memperoleh paling byk kupon/token dpt ganjaran yg bersesuaian, sama ada weekly or monthly. Telah dilaksanakan setiap tahun. Murid-murid yang berkelakuan baik dan menunjukkan sikap yang positif diberikan ganjaran dan direkodkan dalam Sistem Amalan Baik. 17 ARIANI BINTI AHMAD MUHMMAD AKEEL 6 FITRAH Apakah perancangan program kecemerlangan untuk murid tahun 6 bagi persedian menghadapi exam UASA. Bengkel Menguasai Kemahiran Menjawab Soalan bagi semua murid tahun 4-6 telah dirancang dan dijalankan 2 kali setiap tahun sebelum UPSA dan UASA dijalankan. 18 ANIZAL BINTI AWANG PUTRI AKIFA NAILA BINTI KHAIRULNIZAM 2 GIGIH KELAS TAMBAHAN BAGI YANG BELUM BOLEH MEMBACA UTK TAHUN1 Program Bantu Baca Tahap 1 telah dilancarkan dan telah bermula pada 29 April 2024. 19 AZIAN BINTI HUSSSIN ADRIANA SAFIYA BINTI ZAMRULNIZAN 1 HIJAU Menambahkan kelas utk tahun 1, telalu ramai Dan padat dalam 1 kelas. Kelas dibuka mengikut Waran Perjawatan yang telah dilluluskan oleh KPM dan mengikut jumlah bil bilik darjah & guru yang dibekalkan. 20 SYAHIRAH BINTI ABDUL MALIQ RAQIB SYAHIR ALI BIN JAHABAR ALI 3 FITRAH Membawa murid-murid ke perpustakaan di sekolah untuk menarik minat untuk membaca Murid-murid dibawa ke perpustakaan untuk Program NILAM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengikut jadual yang telah disusun dan ditetapkan oleh Guru Media.


45 BIDANG : HAL EHWAL MURID BIL NAMA BAPA/PENJAGA NAMA ANAK KELAS USUL MAKLUM BALAS 1 UMMI SALMA SHUKOR MUHAMMAD RIDZMI , MUHAMMAD RIZQI, MOHAMMAD RIZQULLAH 1 EFEKTIF 3 DEDIKASI 6 EFEKTIF SAYANGI BUKU TEKS SEKOLAH ANDA Kesedaran Penjagaan buku teks penting kepada pelajar pelajar yang telah menerima buku teks dari pihak SPBT supaya hargai buku buku yang telah diterima. Pihak SPBT juga perlu memantau ketika serahan buku yang di buat hal ini kerana terdapat buku yang sangat uzur, muka surat helaian hilang, rosak akibat terkena air tetap di beri kepada pelajar tahun seterusnya. Harap pengurusan ketika pemberian selepas ini lebih teratur. Supaya pelajar tidak ketinggalan kerana menunggu buku teks yang baru. Terima Kasih. Kempen " Sayangi Buku Teks " diadakan setiap tahun bagi memastikan murid-murid menjaga buku teks dengan baik. Pelancaran Kempen pada tahun 2024 telah diadakan pada 6 Mei 2024.Setiap guru kelas akan diminta membuat semakan buku yang rosak semasa serahan buku teks. Permohonan penukaran buku teks mengambil masa bergantung stok yang ada di Stor Pusat dan tarikh pengambilan ditentukan oleh pihak PPD. 2 NORFAEZAH BINTI MOHD DAUD AHMAD RAYYAN HARRAX 1 AMANAH 1) Mewangi & Mencantikkan Toilet 2) Sistem Pembelian disekolah menggunakan Touch n Go Rutin harian pekerja pembersihan tandas adalah 2 kali sehari.Cadangan kepada pihak PIBG bagi Program Tandas Angkat bagi tujuan keceriaan. Pembelian secara " Touch n Go " akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah persetujuan oleh semua ibu bapa/ penjaga murid sekolah ini. 3 NURUL IZWANI BINTI MOHAMAD YAHYA NUR MIQHAYLA DANISHA 4 BERSIH Menaik taraf kebersihan tandas tandas di sekolah.. 4 MOHD NAZRI BIN OTHMAN ERIKA HANINA 3 EFEKTIF Kerosakan tandas pelajar yang tidak dibaiki dan diselia akan memberi ancaman bahaya kepada pelajar terutama murid Tahab 1. Kerja pembaikan akan diambil tindakan oleh Unit 3K dari semasa ke semasa berdasarkan aduan 5 AHMAD SYAFIK BIN ROSLI AHMAD RAYYAN HARAZ 1 AMANAH Perbaiki Tandas 6 SYAHIRAH BINTI ABDUL MALIQ RAQIB SYAHIR ALI BIN JAHABAR ALI 3 FITRAH Tandas di sekolah kotor Tandas dicuci 2 kali sehari mengikut Perjanjian Kontraktor Pembersihan.Mohon kerjasama ibu bapa/ penjaga murid menerapkan amalan pendidikan kebersihan dari rumah lagi.Muridmurid sentiasa diberi peringatan untuk menjaga kebersihan tandas dalam perhimpunan rasmi sekolah 7 AHMAD BIN ISMAIL FARAH 2 FITRAH Locker yg ada dimanfaatkan sepenuhnya utk menyimpan buku teks. jadi bag murid tidak berat Loker memang telah digunakan oleh semua murid tahun 1 dan tahun 2 8 SITI FATIMAH BINTI GHAZALI HARIZ IMRAN 6 EFEKTIH Loker untuk Tahap 1, mohon pihak sekolah nyatakn status terkini penyediaan loker di dalam kelas. Bilakah loker boleh digunakan sepenuhnya Telah beroperasi seperti biasa 9 Isu tandas. Mohon penjelasan dr pihak sekolah jika duit yg disalurkan oleh KPM sebyk RM70k telah digunakan sebaiknya utk memperbaiki tandas sekolah. Jika ya, kenapa Pemantauan dilaksanakan oleh pihak PPD kerana kontraktor dilantik oleh pihak PPD bukan pihak sekolah. Sebarang aduan kerosakan selepas selesai urusan selenggara pihak sekolah akan


46 masih byk lg tandas yg rosak dan tidak boleh digunakan (berdasarkan info anak sy tahun 6, hanya satu je tandas yg bole guna). Kalau salah, tolong betulkan. panjangkan kepada kontraktor berkenaan dan telahpun diambil tindakan oleh kontraktor. 10 ARIANI BINTI AHMAD MUHAMMAD AKEEL 6 FITRAH Pintu tandas di pasang penyangkut di bahagian pintu tandas dan kunci pintu/selak tandas. Akan diusahakan secara berperingkat bergantung kepada sumber kewangan yang ada 11 SITI NURSHIEHAR BINTI CHE KUB MUHAMMAD SHAMIL 3 AMANAH Anak2 perlu ada lokar sendiri seperti mana tahun lepas. Bagi murid Tahap 2 sila berhubung dengan guru kelas bagi urusan Loker. 12 SYED AL HAFIZ BIN SAYED HAMDAN SHARIFAH NUR DAMIA AINA 4 AMANAH MEMBERIKAN KEMUDAHAN LOKER DI DALAM KELAS Kemudahan Loker peruntukan KPM adalah bagi murid Tahun 1 dan Tahun 2 sahaja.Pihak sekolah masih menunggu peruntukan Loker KPM bagi Tahun 3 sekiranya ada. Pengurusan loker bagi murid Tahap 2 dicadangkan agar diambilalih oleh AJK PIBG 13 SUMARNI BINTI AYOB MUHAMMAD WAHYU INZAGHI BIN MOHD AZLAN SHAH 5 GIGIH Mencadangkan agar pelajar2 yg bermasalah diberi jawatan tertentu spt ketua kelas mahupun pengawas dlm tempoh percubaan, utk pelajar2 ini dpt mengetahui kebolehan & mendisiplinkan diri serta merasakan kehadiran mereka diperlukan bukan disisih mahupun kerap dimarahi atau dihukum (reversed phycology) Pihak sekolah sentiasa memberi peluang kepada semua murid dalam semua bidang Kurikulum, HEM,Kokurikulum dan sesi Pdpd sebagai ketua kumpulan, AJK Kelas dan lain-lain. 14 AHMAD BADLI BIN SULAIMAN NUR AIN KHAYLA 2 AMANAH PENJUALAN MAKANAN DI KANTIN ADA TIDAK BERKHASIAT DAN ADA YANG TAK SEPATUTNYA DI JUAL Pemantauan telah dilaksanakan oleh pihak PKD pada 25 April 2024 dan telah mendapat penilaiaian 90.3 %. Ajk Kantin juga sentiasa melaksanakan pemantauan dan dilaporkan dalam buku Laporan Kantin Makanan yang dijual di kantin telah mengikut senarai makanan dalam buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat KPM 15 SITI AMINAH BINTI SHAFII MUHAMMAD ADAM ZULFAQAR 4 AMANAH MENU DI KANTIN 16 SYAHIRAH BINTI ABDUL MALIQ RAQIB SYAHIR ALI BIN JAHABAR ALI 3 FIRAH Menjual makanan yang berkhasiat di kantin 17 NORLELA BINTI HASIM NUR ALEEYA BINTI MOHD FIRDAUS 1 GIGIH RMT BAGI MURID MURID YANG KURANG BERKEMAMPUAN CONTOH ANAK ANAK SAYA SENDIRI.. TERIMA KASIH Ketetapan pemilihan murid RMT bergantung kepada data yang dikemaskini oleh ibu bapa murid dalam sistem APDM. Kegagalan ibu bapa kemaskini data peribadi murid dalam APDM boleh menyebabkan berlakunya keciciran murid RMT. Hebahan telah pun dipanjangkan kepada ibubapa.


47 BIDANG : KOKURIKULUM BIL NAMA BAPA/PENJAGA NAMA ANAK KELAS USUL MAKLUM BALAS 1 NURUL SYAFIAH BINTI TAIB MUHAMMAD FARIS AMMAR, AISYAH AZ ZAHRA 6 DEDIKASI, 3 BERSIH Saya harap bagi penyertaan perkhemahan koko bagi tahun ni dapatlah disertai oleh murid-murid yang belum pernah lagi sertai. Kita ibu bapa faham kuota tidak banyak untuk bilangan murid yang terlalu ramai, tetapi saya rasa penyertaan bagi murid yang sama sejak tahun 4 berulang-ulang kali adalah tidak adil bagi murid-murid lain walaupun ia berdasarkan siapa cepat dia dapat. TEMPAHAN UNTUK PENDAFTARAN PENYERTAAN (BERSERTA DEPOSIT)AKAN DIBUKA KEPADA MURID YANG BELUM PERNAH MENYERTAI PERKHEMAHAN SELAMA 2 MINGGU (KEUTAMAAN MURID TAHUN 6 YANG BELUM PERNAH MENYERTAI PERKHEMAHAN) SELEPAS TAMAT TEMPOH 2 MINGGU TERSEBUT, PENDAFTARAN PENYERTAAN AKAN DIBUKA KEPADA SEMUA MURID TAHAP 2 . 2 SITI NOR AISYAH BINTI MOHAMAD SHARIF ARYAN NAUFAL 2 FITRAH Saya mencadangkan usul pakaian uniform sekolah pada hari isnin sahaja ..Dan hari seterusnya pakai baju sukan..oleh disebabkan cuaca panas tak menentu,saya harap dapat pertimbangkan terima kasih.. BERDASARKAN PEKELILING KPM BILANGAN 2 , 2024 TELAH DITETAPKAN MURID SEKOLAH UNTUK MEMATUH ETIKA BERPAKAIAN IAITU 2 HARI BAJU SERAGAM SEKOLAH, 2 HARI BAJU SUKAN DAN 1 HARI BAJU KOKURIKULUM. KPM MENYERAHKAN KEPUTUSAN PIHAK SEKOLAH DENGAN MENETAPKAN, HARI ISNIN MEMAKAI SERAGAM SEKOLAH, HARI RABU BAJU UNIFORM KOKURIKULUM ATAU T-SHIRT KOKURIKULUM DAN SELEBIHNYA BAJU SUKAN DISELANGI SERAGAM SEKOLAH BERDASARKAN MASA M/PEL PJ DALAM JADUAL WAKTU KELAS. NOTIS KETETAPAN PAKAIAN INI TELAH DIKELUARKAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA MURID SEBELUM BUKA SESI 2024-2025 (17 MAC 2024) LALU.


48 BIDANG : PIBG BIL NAMA BAPA/PENJAGA NAMA ANAK KELAS USUL MAKLUM BALAS NOR AZLIN BINTI IBRAHIM NUR AIMI ZULAIKHA BINTI ASRUL NAIM 6 DEDIKASI Penambahan tempat duduk untuk pelajar menunggu di luar sekolah ketika balik Tempat duduk menunggu di luar kawasan sekolah setakat ini adalah mencukupi. Pihak PIBG dan sekolah menyarankan murid menunggu di kawasan kantin sekolah (bagi ibubapa yang lambat ambil anak) atas faktor keselamatan dan mudahkan pemantauan oleh pihak sekolah. 1 MOHD NAZRI OTHMAN ERIKA HANNA 3 EFEKTIF Menutup culvert longkang terutama di hadapan pagar hadapan sekolah untuk mengelakkan pelajar terjatuh ke dalam longkang ketika berasakan untuk pulang. Akan dibincangkan dan diambil tindakan oleh Jawatankuasa PIBG yang baru sesi 2024/25 dengan AM dan PBT (MBSA) berkenan perkara ini. 2 Minit mesyuarat diedarkan secara digital i.e. pdf, scrib lebih awal daripada mengedarkan /memapar layar pada hari mesyuarat. Minit mesyuarat akan diedarkan oleh urusetia kepada ahli yang hadir di kaunter pendaftaran pada hari berkenaan. (Secara digital/ pdf). 3 Menjemput YB Parlimen Shah Alam / ADUN Batu 3 melawat sekolah, merasmikan Mesyuarat PIBG di samping memberi sumbangan/bantuan pada pihak sekolah. Sebarang jemputan rasmi adalah tertakluk kepada peraturan dan garis panduan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Walau bagaimanapun pihak Parlimen/ Adun sentiasa membantu PIBG dan sekolah dalam menyalurkan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan. 4 Apa perancangan yang dilakukan oleh PIBG dan pihak sekolah untuk menambah dana seperti acara Hari Kantin, Hari Sukan, Hari Keselamatan etc. PIBG sentiasa menyokong setiap program yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah yang mampu memberi impak yang baik bagi murid dan sekolah. PIBG mengambil kesempatan ini, menyeru semua ibubapa dapat menjalankan tanggungjawab membuat sumbangan tahunan PIBG yang telah dipersetujui dan ditetapkan. Ini bagi memastikan dana PIBG sentiasa mencukupi untuk menyokong aktiviti sekolah dan menjaga kebajikan murid. Selain itu PIBG sentiasa berusaha mencari sumbangan luar bagi menyokong keperluan aktiviti sekolah. Walaubagaimanapun, jika terdapat keperluan yang mendesak untuk kepentingan murid, tabung kutipan


49 sumbangan tambahan akan diaktifkan untuk memenuhi keperluan berkenaan. 5 PIBG harus mengusulkan cadangan untuk pemilihan guru terbaik yang memberi teknik pengajaran yang lebih EFEKTIF kepada pelajar dan pemilihan ini diadakan dari kalangan pelajar sekolah. Inisiatif Anugerah kepada guru seperti guru cemerlang, guru terbaik pilhan di kalangan murid-murid telah di adakan oleh pihak sekolah setiap tahun. PIBG sentiasa menyokong inisiatif yang sangat baik sebegini sebagai satu motivasi kepada guru yang mendidik anak-anak kita dan sedia membantu mengikut keperluan sekolah. 6 Mengadakan big data untuk melihat keberkesanan PIBG sebagai kumpulan sokongan ibu bapa dari pelbagai bidang kerjaya, kepakaran etc. Prestasi kecemerlangan PIBG boleh dinilai setiap tahun berdasarkan buku laporan tahunan yang dikeluarkan semasa Mesyuarat Agong Tahunan (MAT) PIBG Sekolah. PIBG sentiasa berusaha membuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas ibubapa di dalam MAT PIBG. PIBG sentiasa mengalu-alukan ibubapa yang mempunyai apa juga kepakaran dan kemahiran untuk menyumbang tenaga dan pengalaman bagi membantu memperkasakan peranan PIBG. 7 Mengadakan sistem wakaf kerusi dan meja Dari kalangan ibubapa dan alumni sekolah (soalan : adakah Alumni SKS 24 wujud?) Cadangan yang baik. Akan dinilai dan diambil tindakan oleh Jawatankuasa PIBG sesi 2024/25. Alumni SKS24 masih dalam peringkat proses pengumpulan data ahli dan penubuhan. 8 Laporan tinjauan tahab keselesaan guru harus dikemukan kepada PIBG dan ibubapa. Tinjauan ini untuk mengukur apakah bentuk perubahan Yang diinginkan oleh guru dalam mendidik para pelajar. PIBG mengambil inisiatif mengaktifkan kumpulan sarana KSIB dalam membantu pihak sekolah bagi memenuhi keperluan dan keselesaan tambahan yang diperlukan oleh sekolah. Melalui jalinan kerjasama yang baik ini setiap objektif dan matlamat sekolah dapat difahami bersama. Maklum balas secara terus dan aktif sebegini mampu membantu sekolah dan murid untuk mencapai kecemerlangan dalam akedemik, kurikulum dan ko kurikulum. Sokongan daripada semua ibubapa juga perlu untuk lebih cakna membantu anak /murid agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah, beradab dan akhlak mulia.


Click to View FlipBook Version