PENJANA KERJAYA
3.0
BAHAGIAN A :
LATIHAN PENJANAKERJAYA 3.0
1. Apakah itu PenjanaKerjaya 3.0?
• PenjanaKerjaya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)
adalah bertujuan merangsang permintaan pekerjaan di kalangan majikan dan
meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja
tempatan.
• Bertujuan untuk menggalakkan majikan melantik pekerja baru bagi membuka
peluang pekerjaan kepada lebih ramai orang yang memerlukan.
• Program Insentif ini hanya untuk majikan yang ingin melantik pekerja baru atau
mendaftar pekerja yang belum dicarum untuk menjadi pekerja tetap syarikat.
2. Apakah insentif di bawah PenjanaKerjaya?
Insentif di bawah PenjanaKerjaya meliputi 4 kategori berikut:
• #MyApprentice: Insentif Perantis bagi majikan yang mengambil pencari kerja
tempatan secara perantis dalam kalangan lepasan sekolah dan graduan.
• #HireMalaysia - Terdapat tiga kategori: • Insentif Pengambilan Pekerja tempatan
di bawah umur 40 tahun;
• Insentif Pengambilan Pekerja tempatan berumur 40 tahun sehingga 60 tahun;
dan
• Insentif Pengambilan Pekerja tempatan dalam golongan mudah terjejas
terutamanya Orang Kurang Upaya (OKU) dan peserta Program Return to Work
PERKESO.
Nota: Umur pencari kerja adalah berdasarkan pada umur semasa tarikh
pengambilan oleh majikan.
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
• Bantuan Mobiliti (Mobility Assistance): bayaran one-off kepada pekerja melalui
majikan yang berpindah dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja;
• Program Latihan: menyediakan latihan semula (reskilling and upskilling)
berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah kategori
#HireMalaysia".
Siapakah yang LAYAK memohon PenjanaKerjaya 3.0?
•Majikan daripada semua kategori industri yang berdaftar dengan PERKESO
kecuali majikan perniagaan milikan tunggal.
•Majikan yang berdaftar dengan SSM sebelum 1 Januari 2021 atau pihak
berkuasa yang lain seperti ROS, ROC, PBT, dan lain-lain.
•Majikan Sektor Awam, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun
Yang Diasingkan Saraan,Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) adalah layak bagi
kategori Perantisan.
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
3. Majikan manakah yang TIDAK LAYAK memohon PenjanaKerjaya 3.0?
•Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing /
Contractor for Service) yang memberikan perkhidmatan penempatan pekerjaan
kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan langsung.
•Majikan Sektor Awam, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun
Yang Diasingkan Saraan, Pihak BerkuasaTempatan (PBT), Kedutaan dan mereka
yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan).
4. Apakah jenis pekerjaan yang TIDAK DIBENARKAN untuk memohon
PenjanaKerjaya 3.0?
•Pekerjaan yang berkonsepkan tidak formal atau Gig.
•Pekerjaan yang berkonsepkan Multi Level Marketing (MLM) adalah tidak
dibenarkan memohon PenjanaKerjaya 3.0 kerana ia merupakan satu bentuk
pekerjaan yang memerlukan pembentukan rangkaian ahli/pekerja untuk
membolehkan pengambilan pekerja dalam skala yang besar dan tidak mempunyai
tugas kerja yang jelas.
•Contoh : Dropship, Agen ataupun stokis. Pekerja mestilah mempunyai masa kerja
mengikut kerja pejabat.
5. Apakah kategori pekerja yang TIDAK LAYAK mendapat insentif di bawah
PenjanaKerjaya 3.0?
•Pekerja yang telah atau sedang menerima dan tersenarai dalam Program
PenjanaKerjaya 2.0.
•Pekerja yang telah atau sedang menerimadan tersenarai dalam mana-mana
Program Subsidi Upah (PSU) sama ada di bawah majikan yang sama atau
berbeza.
•Pekerja yang berhenti secara sukarela adalah tidak layak. Walaubagaimanapun
bagi pekerja yang berhenti secara sukarela dan mempunyai tempoh 2 bulan
pengangguran adalah layak dipertimbangkan.
•Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.
•Ibu bapa, suami atau isteri, adik-beradik atau anak yang diambil sebagai pekerja.
•Pekerja bukan warganegara.
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
6. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Program Insentif
Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 3.0?
Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
i. Dokumen yang perlu dimuat naik dalam Portal PenjanaKerjaya
•Maklumat akaun bank majikan(salinan hadapan yang tertera nama majikan,
nombor akaun majikan dan nama bank).
•Maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang telah disahkan oleh
Pihak Bank (Business Registraton Number -BRN).
•Borang Pengesahan Pekerja yang telah ditandatangani oleh pekerja.
•Maklumat akaun bank pekerja (salinan halaman hadapan Penyata Bank yang
tertera nama pekerja, nombor akaun pekerja,nombor kad pengenalan dan nama
bank).
ii. Dokumen yang perlu dikemukakan kepada pegawai PERKESO sekiranya
diminta
•Perakuan / Self Declaration oleh majikan sekiranya pekerja tersebut terdiri dalam
kategori Golongan Mudah Terjejas seperti di dalam jadual.
•Kontrak Perkhidmatan Pekerja Baru serta maklumat slip gaji pekerja.
•Borang Perakuan Berkanun.
•Bukti caruman kepada KWSP bagi pekerja yang baru diambil bekerja.
7. Bagaimanakah pembayaran insentif di bawah PenjanaKerjaya 3.0
dilaksanakan?
•Bayaran insentif pertama di bawah PenjanaKerjaya 3.0 akan dikreditkan ke
dalamakaun majikan atau pekerja (mengikut kategori insentif) dalam tempoh 30
hari selepas permohonan yang lengkap diluluskan.
•Majikan hanya perlu membuat sekali permohonan sahaja dan bayaran insentif
bagi bulan-bulan berikutnya akan dikreditkan terus ke dalam akaun majikan
berdasarkan penerimaan bayaran caruman kepada PERKESO bagi bulan
berikutnya.
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
8. Apakah tanggungjawab dan tindakan majikan selepas menerima insentif
Elaun Persediaan Kerja (Bantuan Mobiliti)?
•Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membuat bayaran kepada pekerja
selepas bayaran insentif ini dikreditkan ke akaun majikan.
•Majikan hendaklah memberi notifikasi kepada pekerja selepas pembayaran elaun
ini telah dibuat ke dalam akaun pekerja.
9. Bilakah tarikh tutup permohonan PenjanaKerjaya 3.0?
•Tarikh akhir permohonan untuk insentif PenjanaKerjaya 3.0 adalah pada 31
Disember 2021.
•Sekiranya majikan mengemukakan permohonan pada 31 Disember 2021, mereka
akan dibayarbagi tempoh 6 bulan mengikutstatus keaktifan pekerja.
10. Adakah majikanakan menerima insentifdi bawah PenjanaKerjaya 3.0
sekiranya pekerja dan perantis tersebut meletakkan jawatan?
•Insentif PenjanaKerjaya 3.0 bagi bulan berikutnya TIDAK AKAN DIBAYAR kepada
majikan sekiranya pekerja dan perantis tersebut meletakkan jawatan.
•Sekiranya pekerja atau perantis tersebut meletakkan jawatan, majikan diwajibkan
mengemaskini maklumat pekerja/perantis dalam sistem PenjanaKerjaya dalam
tempoh 48 jam dan di Portal ASSIST.
11. Bagaimanakah semakan status permohonan boleh dilakukan oleh
pihakmajikan?
•Majikan dan pekerja boleh membuat semakan status permohonan di Sistem
PenjanaKerjaya di laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
LANGKAH PERTAMA : BAGI MENDAPATKAN INSENTIF INI
•Daftar di www.myfuturejobs.gov.my
•Dapatkan pengesahan daripada PERKESO
•Iklankan jawatan kosong di MyFutureJob.
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
1. Layari pautan: www.myfuturejobs.gov.my
2. Klik pada butang “Employer sign in”
3. Seterusnya, klik butang “Register here” sebagai pengguna kali pertama.
4. Isi butiran-buiran berkenaan syarikat dan seterusnya klik “Send for approval”
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
5. Syarikat akan menerima maklumat berkaitan akaun syarikat setelah disahkan
oleh MYFutureJobs.
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
"Untuk Tindakan Pekerja di MyFuturejobs"
1. Layari pautan www.myfuturejobs.gov.my
2. Klik pada butang Job Seeker Sign in
3. Isi maklumat yang diperlukan
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
*Antara maklumat yang diperlukan
4. Masukkan data resume tidak melebihi 5MB
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
5. Masukkan gambar profil untuk bantu majikan mengenali anda
6. Pilih bidang pekerjaan yang anda inginkan
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
7. Lengkapkan maklumat pengalaman pekerjaan anda
8. Maklumat tahap pendidikan anda
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
9. Maklumat Tambahan
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
10. Kemahiran
11. Muat naikkan maklumat sokongan
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
12. Semak semua maklumat yang telah diberikan
13. Cari iklan kerja yang telah dilakukan oleh majikan
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
14. Mohon kerja
15. Setelah majikan menerima permohonan anda. Anda akan menerima notifikasi
seperti berikut :
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
LANGKAH KEDUA
•Lantik pekerja baru melalui MyfutureJobs.
- Setelah pekerja melakukan permohonan kerja melalui MyFutureJobs, Majikan
perlu melakukan proses menerima pekerja dan melantik pekerja melalui
MyFutureJobs.
•Lakukan proses temuduga dan seterusnya melantik pekerja tersebut sebagai
pekerja tetap.
- Sekiranya perlu, majikan perlu menjalankan proses temuduga kembali. Proses
ini bergantung kepada budi bicara majikan.
•Sekiranya pekerja tersebut telah diterima bekerja.
- Setelah diterima bekerja, Majikan boleh memulakan proses pendaftaran
pekerja dilangkah yang berikutnya.
LANGKAH KETIGA : TINDAKAN MAJIKAN
Daftar pekerja di Perkeso melalui Portal Assist.
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
PORTAL ASSIST
1. Apa itu portal assist PERKESO?
ASSIST Portal adalah portal layan diri, kaedah pembayaran yang baru
diperkenalkan di mana majikan pencarum dapat mengemukakan Jadual Caruman
dan seterusnya melakukan pembayaran caruman melalui dalam talian.
2. Cara daftar untuk majikan yang belum berdaftar dengan Portal Assist
PERKESO, Bagaimana proses pendaftaran boleh dilakukan?
Berikut merupakan proses pendaftaran Portal Assist:
a) Muat turun Borang Permohonan dari laman web PERKESO:
www.perkeso.gov.my atau dapatkan dari borang fizikal dari mana-mana kaunter
cawangan PERKESO.
b) Lengkapkan borang permohonan :-
- Isi borang
- Cop & tanda syarikat
c) Kirim borang yang lengkap ke mana-mana kaunter Cawangan PERKESO.
Sebagai alternatif, majikan boleh menghantar e-mel ke [email protected]
atau e-mel atau faks ke pejabat PERKESO.
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
d) Kaunter akan menghasilkan ID Pengguna dan e-mel automatik akan dihantar ke
inbox majikan (sila periksa folder spam anda).
e) Rujuk e-mel dan klik pautan, ikuti arahan di skrin untuk menetapkan semula kata
laluan.
f) Setelah selesai pendaftaran pendaftaran ke ASSIST Portal, majikan boleh mula
menggunakan ASSIST Portal mulai 1 Jan 2018 dan seterusnya.
3. Apa borang yang perlu diisi untuk mendaftar sebagai majikan di PORTAL
ASSIST?
Majikan dan pekerja mesti didaftarkan dengan PERKESO dalam tempoh tidak
lewat daripada 30 hari dari tarikh seorang pekerja diambil bekerja. Bagi tujuan
pendaftaran, majikan dikehendaki mengisi Borang Pendaftaran Majikan (Borang 1)
serta Borang Pendaftaran Pekerja (Borang 2) bersama dengan dokumen yang
ditetapkan secara dalam talian melalui Portal ASSIST.
Jika berlaku perubahan nama / alamat / jenis / status ketuanpunyaan
perusahaan atau pekerja, pengemaskinian rekod yang dimaksudkan boleh
dilakukakan melalui Portal ASSIST. PERKESO hanya menggunakan Nombor Kad
Pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk semua
urusan dan tidak lagi menggunakan Nombor Keselamatan Sosial.
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
Borang 1 (Pendaftaran majikan boleh diperolehi melalui) :
https://www.perkeso.gov.my/mengenai-kami/sumber/borang-borang.html
Contoh Borang 1
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
*Untuk menggunakan Portal ASSIST, anda perlu muat-turun Borang Permohonan
Enrolment
*Penggunaan Portal Assist dan diemelkan ke idportalperkeso.gov.my borang yang
telah dilengkapkan tersebut.
Contoh Borang 1
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
4. Apakah pautan PORTAL ASSIST yang disediakan oleh pihak PERKESO? Ya .
Sila buka pautan :
https://assist.perkeso.gov.my/employer/login
5. Bagaimana cara untuk mendaftarkan pekerja baharu pada sistem PORTAL
ASSIST?
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftarkan pekerja baharu pada sistem
PORTAL ASSIST (atau boleh Rujuk Panduan Manual ASSIST PERKESO):
i. Pada PORTAL ASSIST PERKESO Klik Icon Senarai Pekerja
Klik My Sites Pendaftaran Kemaskini
Baharu Tambah Pekerja
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
ii. Isi Informasi pekerja yang hendak didaftarkan (klik pada kotak “Register new
employee”)
iii. Klik kotak “read and agree term and condition” Klik Simpan Klik Simpan &
Teruskan
iv. Muatnaik dokumen sokongan
Klik Butang Muatnaik dokumen sokongan Klik add document Pilih fail dan
buka fail untuk di muatnaik Klik simpan dan teruskan Klik Submit
*Dokumen sokongan yang diperlukan adalah :-
- Borang 2 : Borang pendaftaran pekerja
- Surat pengesahan kerja
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
LAMPIRAN
1. BORANG PENDAFTARAN ID PORTAL PERKESO
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
2. BORANG 1 – BORANG PENDAFTARAN MAJIKAN
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
3. BORANG 2 – BORANG PENDAFTARAN PEKERJA
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
4. BORANG SIP1 – BORANG PENDAFTARAN MAJIKAN
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
5. BORANG SIP 2 – BORANG PENDAFTARAN PEKERJA
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
BAHAGIAN B :
LATIHAN PENJANAKERJAYA 3.0
12. Bilakah majikan boleh membuat permohonan program latihan di bawah
PenjanaKerjaya 3.0?
•Permohonan Latihan PenjanaKerjaya 3.0 oleh majikan boleh dibuat mulai 15 Julai
2021 setelah menerima kelulusan permohonan Insentif Pengambilan daripada
PERKESO.
•Majikan disarankan untuk membuat permohonan bagi Program Latihan di bawah
PenjanaKerjaya 3.0 dalam tempoh masa 90 hari selepas menerima kelulusan.
13. Bilakah tarikh tutup permohonan program latihan di bawah PenjanaKerjaya
3.0?
•Majikan boleh membuat permohonan Latihan PenjanaKerjaya 3.0 sehingga
31 Mac 2022 bagi setiap pekerja yang diluluskan.
14. Apakah syarat kelayakan majikan untuk Program Latihan PenjanaKerjaya
3.0?
•Majikan yang mengambil pekerja/perantis di bawah PenjanaKerjaya layak
memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran
berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan;
•Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluanindustri sahaja
akan diluluskan.
•Setiap pekerja yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 3.0 hanya layak
mengikuti 1 kursus yang tersenarai di sistem latihan PenjanaKerjaya sahaja.
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
15. Apakah bidang kursus yang ditawarkan di bawah Program Reskilling
PenjanaKerjaya 3.0?
•Program Reskilling PenjanaKerjaya 3.0 terbuka kepada semua bidang pekerjaan
dan perusahaan di negara ini.
•Senarai penuh kursus yang ditawarkan ada disenaraikan di laman sesawang
www.myfuturejobs.gov.my/ms/senarai-penyedia-latihan
LANGKAH KEEMPAT : TINDAKAN MAJIKAN 'PERMOHONAN LATIHAN'.
a) Daftar masuk ke penjanakerjaya.perkeso.gov.my
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
a) Daftar masuk ke penjanakerjaya.perkeso.gov.my
b) Sistem memaparkan Home Page setelah pengguna daftar masuk
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
c) Daftar masuk
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
PENTING !
Sila daftar hanya menggunakan kod kursus dibawah sahaja.
*Kesilapan menggunakan kod kursus yang lain membolehkan anda tidak diterima
untuk melakukan latihan bersama Masa Kiara.
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
16. Apakah yang perlu dilakukan oleh majikan sekiranya permohonan latihan
ditolak?
•Majikan boleh membuat permohonan semula dengan memilih kursus yang bersesuaian
mengikut keperluan industri bagi pertimbangan PERKESO.
17. Adakah majikan atau pekerja perlu membuat permohonan secara terus dan
sebarang pembayaran kepadaPenyedia Latihan bagi tujuan permohonan latihan?
•Tidak. Setiap permohonan mestilah dilakukan oleh majikan melalui Portal
PenjanaKerjaya sahaja dan tiada sebarang pembayaran perlu dibuat kepada
Penyedia Latihan.
18. Dengan siapakah majikan boleh berhubung jika terdapat persoalan berkenaan
latihan PenjanaKerjaya 3.0 ?
•Majikan boleh berhubung dengan Pegawai Latihan (Cik Arthi a/p Ravindran, Cik
Malahayati binti Zahlan & Pn. Nurul Najiehah binti Zainal Abidin) di talian 03-8091 5300
atau e-mel kepada [email protected]
19. Adakah penyedia latihan atau majikan dibenarkan membuat pendaftaran
peserta melalui kaedah Whatsapp ataupun platform lain bagi tujuan membuat
pendaftaran pengambilan ?
•Tidak. Mana – mana penyedia latihan atau majikan dilarang membuat pendaftaran
peserta melalui medium lain selain daripada aplikasi PERKESO. PERKESO berhak
mengagalkan semua permohonan sekiranya didapati majikan atau penyedia latihan
didapati membuat sedemikian.
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
20. Apakah tindakan yang boleh diambil PERKESO sekiranya didapati maklumat
yang diterima adalah tidak benar ataupun palsu?
PERKESO boleh mengambil tindakan seperti berikut:
•Menolak permohonan oleh majikan atau penyedia latihan jika majikan atau penyedia
latihan mengemukakan butir-butir atau dokumen yang palsu, tidak benar atau tidak betul
sewaktu permohonan dibuat atau semasa permohonan diproses, atau jika majikan atau
penyedia latihan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di atas;
•Menangguhkan dan memberhentikan bayaran jika permohonan atau bayaran yang
dibuat oleh PERKESO adalah berdasarkan maklumat yang palsu, tidak benar atau tidak
betul, atau jika majikan atau penyedia latihan tidak memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan di atas; dan
•Mengambil apa-apa tindakan undang-undang menerusi laporan kepada PDRM ataupun
SPRM untuk menuntut semula bayaran yang telah dibayar kepada majikan dan penyedia
latihan, sekiranya majikan atau penyedia latihan telah menerima bayaran tersebut
berdasarkan kepada maklumat yang palsu, tidakbenar atau tidakbetul yang
telahdiberikan kepada PERKESO oleh mana-mana pihak, atau majikan atau
penyedialatihan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan selepas penerimaan
bayaran bagi program insentif tersebut
•Menggantung atau menangguhkan kelayakan permohonan baru daripada majikan yang
sedang dalam proses siasatan untuk mengemukakan tuntutan yang disyaki palsu atau
tidak benar.
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd
JADUAL INSENTIF PENJANAKERJAYA 3.0
Hak Cipta terpelihara Masa Kiara Sdn Bhd