The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by p105201, 2021-09-17 01:45:14

BUKU PROGRAM JAA

BUKU JAA 2020 (1)

KANDUNGAN

01 TEKS UCAPAN 06 ANUGERAH
PERASMI KURIKULUM

02 TEKS UCAPAN ANUGERAH HAL
PENGETUA
07 EHWAL MURID (HEM)

03 LIRIK LAGU 08 ANUGERAH
KOKURIKULUM
Negaraku, Sabah Tanah Airku
dan Lagu Sekolah

04 ATURCARA PROGRAM 09 PENGHARGAAN
PENAJA MAJLIS

0054 JAWATANKUASA
INDUK & AJK
PELAKSANA

LIRIK LAGU


LIRIK LAGU SEKOLAH
LIRIK LAGU NEGARAKU

Negaraku Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju, Kami warga St Joseph
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita Berasa bangga dengan namamu

selamat bertakhta, Kami junjung namamu
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Kami julang namamu

Raja kita selamat bertakhta Dipentas dunia

Kami bertekad dan berjanji
Dsipilin diri adalah jiwa kami
SABAH TANAH AIRKU Rajin usaha kekuatan kami
Sabah Tanah Airku Kecemerlangan harapan kami
Pendidikan kunci kejayaan
Negeri Kita Yang Tercinta
Pemuda Pemudi Semua MArilah Jadi pegangan kami
Budaya kerja cemerlang
Bangunlah Bersatu Semua
Marilah bersama serta maju jaya Jadi amalan kami
SM ST JOSEPH BESTARI
Merdeka Sepanjang Masa
Bersatu segala bangsa sentosa

UCAPAN PERASMI

Selamat sejahtera,salam Josephian HEBAT,
Terima kasih pada pengacara majlis…

Beras kunyit saya taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Berkembang kasih menabur budi,
Undangan tuan puan amat disanjungi.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi
menjemput saya untuk merasmikan Majlis JAA 2020, Ucapan syabas dan tahniah
kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan majlis ini yang merupakan majlis
untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka
dalam bidang akademik. Syabas dan tahniah pelajar-pelajar yang cemerlang.

Tuan-tuan dan puan-puan.
Cendekiawan ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit
hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan para pelajar
sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut, amat penting bagi
mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ini.

Selain itu, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-
anak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi namun dengan perubahan
zaman dan cabaran terutamanya semasa pandemik COVID-19 yang telah
mengubah cara pengajaran dan pembelajaran ini, ibu bapa telah mengambil alih
sebahagian besar tugas guru-guru untuk mendidik anak-anak di rumah. Selain
memainkan peranan penting dalam usaha menunjuk ajar dan membantu anak-
anak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru, ibu bapa juga telah berusaha
sehabis baik untuk menyediakan kemudahan pembelajaran di rumah yang
kebanyakannya menggunakan pautan Internet dan komputer serta telefon pintar.
Usaha ini membuktikan bahawa ibu bapa sangat menitikberatkan pembelajaran
anak-anak.

Saya percaya sambutan Majlis JAA pada hari ini adalah selari dengan matlamat
memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk
mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan semoga program
seumpama ini dapat berterusan pada masa akan datang bukan sahaja untuk
pelajar yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetap ada peningkatan
atau kemajuan.

UCAPAN PERASMI

Hadirin sekalian.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada para pelajar yang akan menerima anugerah atas pencapaian mereka
dan diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini
sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Kepada para pelajar,
ingatlah bahawa untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita harus
mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah putus asa, berpeganglah pada
prinsip alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya
percaya para pelajar yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka
yang rajin dan konsisten dalam mengulang kaji pelajaran sebagai satu jaminan
kecemerlangan berada dalam gengaman. Semua pihak termasuk ibu bapa dan
pelajar patut memberi sokongan padu kepada pihak sekolah jika semua mimpi
indah tentang kecemerlangan ingin direalisasikan.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah
dan syabas kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan Majlis JAA ini.

UCAPAN PENGETUA

Success is a journey not a destination,every beginner is a winner.
Success is not escaping problems but facing them creatively.
There is no success without sacrifice.

Saya petik poem oleh Felix Lugo, bersesuaian dengan tema Majlis kita pada pagi ini,
untuk meraikan kejayaan dan memberikan penghargaan kepada semua penerima
anugerah.

Terlebih dahulu, selamat sejahtera, salam Sabah Hebat, Salam PaparSmart
mendukung aspirasi mendahului perubahan dan salam Josephian Hebat kepada
Yang berbahagia En Suhaimi Hj Matshah, Pegawai Pendidikan Daerah Papar, selaku
perasmi bagi Josephian Appreciation Award 2020 pada hari ini. Yang berusaha Yang
di Pertua PIBG, Dr Rovina Ginibun, barisan Penolong Kanan, barisan Ketua Bidang dan
Ketua Panitia, Guru Cemerlang, para iba bapa, guru-guru dan penerima-penerima
anugerah yang dikasihi.

Bersyukur kita kerana ditemukan dalam majlis yang begitu bermakna ini secara
maya dan dalam norma baharu. Ucapan terima kasih kepada tn PPD, En Suhaimi Hj
Matshah kerana sudi hadir merasmikan majlis ini dan ibu bapa yang bersama-sama
kami pada hari ini untuk meraikan kejayaan anak masing-masing bagi tahun 2020.
Kehadiran dan komitmen anda menambah seri dan makna bagi majlis kami pada
hari ini. Syabas dan terima kasih juga kepada Penyelaras Josephian Appreciation
Award 2020, Pn Fatimah Anjot bersama dengan AJK Pelaksana yang telah merancang
dan melaksanakan majlis ini yang pertama kalinya secara maya dengan penuh
kesungguhan dan komitmen sehingga menjadi kenyataan pada hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,
Kita akui bahawa kejayaan seorang pelajar bukan hanya terletak pada usaha dan
kesungguhan guru semata-mata. Guru, selalu diumpamakan sebagai lilin
membakar diri demi anak-anak murid. Namun, ibu bapa juga berperanan besar
mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, factor utama
penentu kejayaan ialah pelajar itu sendiri. Pelajar menentukan usaha, kemahuan
dan sejauh mana perjuangan untuk mencapai kejayaan masing-masing.

Majlis pada hari ini diadakan dengan matlamat untuk menghargai kejayaan dan
kecemerlangan selain mengiktiraf peningkatan prestasi anak-anak murid, guru dan
warga St Joseph. Selain itu, kita juga memberi penghargaan kepada para pelajar
yang banyak memberi sumbangan kepada sekolah dengan memegang jawatan atau
tugas-tugas penting di sekolah.

UCAPAN PENGETUA

Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas
daripada fungsi tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja datang ke sekolah untuk
belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara atau modal insan yang berilmu
dan berakhlak mulia. Sekolah juga berperanan menyediakan pelajar untuk
menghadapi dunia VUCA pada masa kini. Sistem pendidikan telah banyak
mengalami perubahan dan inovasi maka pelajar-pelajar harus menjadi semakin
dinamik dan progresif untuk bersedia melalui proses perubahan dan pembaharuan
seiring dengan peredaran zaman. Sebagai ibu bapa, cabaran kita semakin besar
untuk mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi kompeten dan sempurna
di mata dunia. Halangan dalam musim pandemik banyak mengajar kita untuk
melengkapkan diri kita dari segi fizikal, emosi dan rohani. Oleh sebab itu, guru dan ibu
bapa harus saling berganding bahu untuk saling melengkapi dan bekerjasama
mendidik anak-anak sebagai pewaris masa depan.

Tuan-tuan, puan-puan dan para pelajar yang dihormati sekalian,
Sempena majlis ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada para penerima
anugerah yang akan menerima hadiah dan penghargaan atas pencapaian dan
sumbangan anda. Diharapkan pencapaian kecemerlangan ini akan terus berterusan
dan menjadi inspirasi kepada para pelajar yang lain. Semoga kejayaan ini tidak
melekakan anda dan anda tidak cepat berpuas hati dengan pencapaian setakat di
sini, sebaliknya terus berjuang untuk menikmati kejayaan di peringkat yang lebih
tinggi dan dalam pelbagai bidang. Kejayaan tidak akan berulang dengan sendiri di
masa hadapan, malah setiap cebis kejayaan itu adalah hasil usaha dan perjuangan
besar dan kecil.

Akhir kata, sekali lagi tahniah dan syabas kepada AJK Pelaksana, para penerima
anugerah dan hadiah dan para ibu bapa. Saya akhiri dengan sebuah puisi dalam
bahasa Inggeris untuk disimpan sebagai perangsang impian para pelajar.

Look Well to This Day By Kalidasa
Look well to this day,
For it and it alone is life.
In its brief course
Lie all the essence of your existence:
The Glory of Growth
The Satisfaction of Achievement
The Splendor of Beauty
For yesterday is but a dream,
And tomorrow is but a vision.
But today well lived makes every yesterday a dream of happiness,
And every tomorrow a vision of hope.

Sekian terima kasih dan selamat maju jaya. Josephian Hebat!

ATURCARA PROGRAM

Butiran

BUKU PROGRAM JAA

ATURCARA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Jenith Mahibol (Pengetua)


Timbalan Pengerusi : En. Sylvester John Asun (Pen. Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi (1) : En. Ahmezul Ahmad (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi (2) : Pn. Saidah S. Latip (P. Kanan Kokum)

Naib Pengerusi (3) : Pn. Kamisah Amiril (Pen. Kanan Petang)

Penyelaras : Pn. Fatimah Anjot

Timbalan Penyelaras : Pn. DK Rafidah Ag. Jair

Setiausaha : Pn. Siti Salehah

Timbalan Setiausaha : Puan Lee Kat Su

Bendahari : Pn. Alizah Durajak

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pemilihan Penerima Anugerah Penyedia Hadiah & Cenderamata

Ketua: Ketua :
Pn. Judith Sideh Pn. Siti Zahira Zakaria

Ahli-ahli: Ahli-ahli:
Pn. Norhayati Mudin Pn. Jennifer Sidi
Cik Rosidah Pn. Dg Sabariah Ampuan Mahmun
Pn. Norazilah
Pn Siti Zarifah Zakariah Penyampaian
Hadiah/Sijil/
Penyedia Sijil Cenderamata

Ketua : Ketua:
Cik Ruzilah Nuin Pn. Faznila Jualah

Ahli-ahli: Ahli-ahli:
Pn. Rubihah Ab Rahman Pn. Norazlinda Azima Arikah
Cik Marie Anunciata Benjamin Pn. Norfarazilah Talib
Pn. Hasnah Musa

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Backdrop Persembahan Pelajar dan
Muzik Iringan
Ketua :
Pn. Zarina Ramley Ketua:
(backdrop and cover design) Pn. Tan Jeck Fang

Ahli: Ahli:
En. Idris Saimon Pn. Jane Lupi
En. Aldrian Phillip
Tayangan Multimedia
Penyedia Teks Ucapan Penerima Anugerah

Ketua : Ketua :
Pn Doemi Blasius Cik Norsyamimi Noorsin

Ahli : Ahli-ahli:
Cik Minah Endisir Pn. Saifahtul Aini Sulaiman
Pn. Mariani Lasili Pn. Dg Sarah Aliumar

Rakaman Ucapan Promosi dan Pendaftaran Kehadiran

Ketua: Ketua:
En Lesley George Pn. Asmawati Latifah Abdul Latif

Ahli- ahli Ahli-ahli:
En Jibran @ Mohd Azlan Umpai En. Bonniface Francis
Cik Ellysia Richard Pn. Norshamsinar Sidek
Pn. Amelia Japari
Buku Program
Montaj Pembukaan Majlis
Ketua :
Ketua: Pn. Nooraini Ag Jambol
Pn. Hjh Hifzan Abd Aziz
Ahli-ahli:
Ahli-ahli: Pn. Hapsah Jatarin
Pn. Zuraifah Abd Rajak En. Jupites Jeprin
En. Mohd Asri Masajeh
En. Redzwan Bilmahruf

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Teknikal dan
Siaraya

Ketua :
Cik Nurul Nadia Az-Zahra Hazizan

Ahli-ahli:
En. Gary Justin
En. Awang Rusli Ag Matusin
En. Chong Voo Ming
En. Abdullah Basnih

Juruacara

Ketua :
Pn. Arrhadewi Binti Kanchong

Ahli:
Pn. Siti Zulaikha
En. Evaristus Entanak

Pengurus Upacara
(Floor Manager)

Ketua :
Cik Floriana

Ahli-ahli:
En. Joney L Madisir

Dokumentasi & Menghantar Berita kepada
pihak Suratkhabar

Setiausaha dan timbalan setiausaha

ANUGERAH
KURIKULUM

(BM)
(BI)

Anugerah Emas (Johan)
Anugerah Emas (Naib Johan)

Anugerah Perak (Tempat Ketiga)

ANUGERAH HAL
EHWAL MURID







ANUGERAH
KOKURIKULUM







ANUGERAH KHAS
GEMILANG

Tahniah

DR ROVINA
GINIBUN

PPEENNGGHHAARRGGAAAANN PPEENNAAJJAA
MMAAJJLLIISS

SEKALUNG BUDI
KEPADA PENDERMA
PIBG SMK ST JOSEPH PAPAR


Click to View FlipBook Version