The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PSVK3433 ASAS MEMBUAT CORAK & REKAAN - EPORTFOLIO

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Luck -kun, 2023-04-12 12:43:29

EPORTFOLIO SENI TIE DYE & UKIRAN KAYU

PSVK3433 ASAS MEMBUAT CORAK & REKAAN - EPORTFOLIO

Keywords: TIE DYE & UKIRAN MOTIF

—PSVK3433 ASAS MEMBUAT CORAK DAN REKAAN E-PORTFOLIO


PENGHARGAAN


Pohon pepaya tiada berduri, Tumbuh bersama bunga melati, Izinkan saya perkenalkan diri, Moga-moga menyentuh hati.


Siapakah Saya ? Nama: Muhammad Syafiq bin Johar Kelas: 2PISMP MT2 Angka Giliran: 2021162340035 Pensyarah Mengajar: Encik Kamal bin Baharom


ISI KANDUNGAN Bahagian A (Tie & Dye) 1. Pengenalan 2. Alatan dan Bahan 3. Proses Pembuatan 4. Hasil Produk 5. Analisis Unsur Seni 6. Kesimpulan Bahagian B (Ukiran Motif) 1. Pengenalan 2. Alatan dan Bahan 3. Proses Melukis 4. Hasil Lukisan Motif 5. Analisis Unsur Seni 6. Kesimpulan


Tie & Dye Bahagian A Medium: Baju Tie & Dye


Pengenalan: Apakah Itu Tie & Dye ? - Berdasarkan Razis Ismail (2020), Tie Dye adalah teknik pewarnaan kain dengan cat pewarna untuk menghasilkan corak tertentu yang menarik dan unik. - Berdasarkan kamus online Merriam Webster, nama Tie Dye berasal dari bahasa Inggeris di mana ‘tie’ bermaksud mengikat dan ‘dye’ yang bermaksud pewarna. - Tie Dye dilakukan dengan menggunakan dua teknik iaitu teknik ikatan dan teknik celup (Widodo,2012). Contoh corak Tie & Dye


Pengenalan: Apakah Itu Tie & Dye ? - Tie Dye teknik membuat ikatan-ikatan pada kain menggunakan tali atau getah sebelum kain diletakkan cat pewarna. Bahagian kain yang tertutup tali atau getah tidak akan terkena cat pewarna sehingga menghasilkan corak yang pelbagai dan istimewa. - Tie Dye dahulunya hanya digunakan pada kain. Akan tetapi, seiring dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi, teknik tie dye ini telah mula digunakan pada baju, seluar, daster dan lainlain (Sarip et. al., 2022). Gambar memaparkan Daster (baju tidur wanita) yang mempunyai corak Tie & Dye.


Ada beberapa versi bagi sejarah latar belakang corak Tie Dye. Berdasarkan CNN Indonesia (2020), corak Tie Dye mula diperkenalkan di bahagian Afrika, sebelum imigran-imigran Afrika membawa corak ini ke Peru, Amerika Selatan. Selepas itu, corak ini mula berkembang di Asia iaitu di Jepun dengan nama ‘Shibori’. Berikutan peredaran masa, corak Tie Dye semakin banyak digunakan sehingga kini. Pengenalan: Sejarah Ringkas Tie & Dye Gambar menunjukkan seorang ahli muzik, John Sebastian memakai pakaian bercorak ‘Tie & Dye’ di Festival Woodstock 1969 (CNN Indonesia, 2020).


Sarung Tangan Baju Putih Alatan & Bahan Berfungsi untuk mengelakkan tangan daripada comot Berfungsi sebagai medium untuk corak Tie & Dye Getah/Tali Berfungsi sebagai pengikat bagi medium Air Berfungsi untuk membasahkan medium supaya memudahkan peresapan warna Pewarna Berfungsi untuk memberikan warna pada medium Untuk membuat corak Tie & Dye, beberapa alatan dan bahan perlu disediakan terlebih dahulu


Langkah 1 Pakai sarung tangan Proses Pembuatan Corak Tie & Dye Langkah 2 Rendam medium (baju) ke dalam air untuk membasahkan medium bagi memudahkan proses menggulung dan penyerapan warna


Langkah 3 Langkah 4 Gulung medium secara pusaran yang berpusat di tengah dan ikat dengan getah sehingga rapi dan kemas Letakkan pewarna yang diingini. Bagi mencantikkan lagi corak yang bakal terhasil, boleh menggunakan dua warna atau lebih tetapi jangan terlalu banyak Proses Pembuatan Corak Tie & Dye


Langkah 5 Terbalikkan medium dan ulang proses meletakkan pewarna di bahagian belakang bagi memastikan warna terkena pada keseluruhan bahagian baju Langkah 6 Biarkan medium selama beberapa minit bagi membolehkan warna meresap sepenuhnya Proses Pembuatan Corak Tie & Dye


Langkah 7 Buka ikatan getah dan jemur di tempat yang sesuai. Tunggu medium sehingga kering sebelum menggunakannya Proses Pembuatan Corak Tie & Dye


HASIL CORAK TIE & DYE


● Warna yang digunakan ialah warna asas iaitu kuning dan warna tertier iaitu hijau Analisis Unsur Seni ● Terdapat unsur jalinan, iaitu corak pusaran yang berpusat di tengah baju, dan merupakan corak tidak terancang ● Corak menampakkan unsur ruang terbuka di tengahtengah ● Garisan yang tidak sekata selang di antara warna dan bentuk pusaran yang terbentuk adalah berunsurkan bentuk ilusi


Kesimpulan Corak Tie & Dye merupakan corak yang telah menyumbang kepada kelestarian seni sejak dahulu lagi. Bermula hanya pada kain, penggunaan dan pengaplikasian corak ini turut berkembang seiring dengan peredaran masa. Hasilnya, corak ini telah banyak digunakan dalam seni moden seperti penghasilan baju, daster, seluar dan banyak lagi. Tambahan pula, penggunaan bahan yang ringkas dan mudah diperoleh untuk menghasilkan sebuah corak yang kompleks menggalakkan lagi penghasilan corak ini bukan sahaja di kalangan orang dewasa bahkan juga kanak-kanak. Oleh itu, corak Tie & Dye perlulah sentiasa diperkenalkan serta diajar dari generasi ke generasi agar penggunaannya dapat dikekalkan dan dinaik taraf dengan lebih baik.


Ukiran Motif Bahagian B Bahan Pelajaran: Ukiran Motif di Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan


Ukiran ialah satu produk atau lukisan yang terhasil daripada torehan, goresan, pahatan dan cara-cara lain, dengan menggunakan peralatan yang tajam, pada bahagian tertentu (Ahmad,2016) Pengenalan: Definisi Gambar mempamerkan salah satu corak yang diukir pada tiang Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan, Malaysia


Berdasarkan Mohd Nazzri bin Ahmad (2016), kewujudan seni ukiran kayu di Malaysia berkait rapat dengan keperluan masyarakat untuk memperbaiki taraf hidup mereka. Disebabkan masyarakat memerlukan rumah untuk hidup, dan kebanyakan rumah tradisional dibina menggunakan kayu, maka hal ini menyebabkan seni ukiran kayu mula wujud dan berkembang di Malaysia. Pengenalan: Sejarah Ukiran Kayu Melayu


Sebelum Kedatangan Islam 01. - Kegiatan mengukir kayu atau kraftangan (berasakan kayu) telah mula bertapak di Malaysia - Motif yang diukir adalah berasaskan kepercayaan HinduBuddha (Animisme) seperti unsur-unsur gunungan, makara, teratai, naga dan stupa - Ukiran mula diaplikasikan dan dibuat pada bangunanbangunan Selepas Kedatangan Islam 02. - Kegiatan ukiran corak dan motif ditukar kepada unsurunsur yang berasaskan tumbuhan, geometri dan khat - Perubahan menunjukkan bahawa corak dan motif ukiran juga dipengaruhi oleh kepercayaan semasa masyarakat Sumber: (Nasir & Muhamad, 2018) Pengenalan: Sejarah Ukiran Kayu Melayu (Kronologi)


Pengenalan: Istana Lama Seri Menanti Istana Lama Seri Menanti merupakan satu-satunya istana yang dibina pada abad ke-20 dengan keunikan tersendiri iaitu menggunakan kayu tanpa paku dan mempunyai bentuk binaan yang simetri (Abidin et al., 2017). Hal ini menjadikan istana ini tetap dikekalkan dan dipelihara sebagai satu khazanah negara walaupun telah banyak istana batu lain yang dibina di Malaysia.


Motif Flora Motif Fauna Motif Geometri Pengenalan: Jenis Motif di Istana Lama Seri Menanti 01. 03. 02. Berdasarkan Noor Aishah Omar (2014), kebanyakan ukiran kayu yang diterapkan di Malaysia adalah berunsurkan flora, fauna, geometri dan seni tulisan khat. Istana Lama Seri Menanti mempunyai 55 hingga 60 motif berlainan yang diukir pada tiang, pintu dan tingkap. Motif-motif tersebut boleh dikategorikan seperti dibawah: Motif yang berasaskan tumbuhtumbuhan Motif yang berasaskan haiwan atau hidupan mistik Motif yang berasaskan bentuk-bentuk geometri (bulatan segi tiga, segi empat sama, dsb) Gambar menunjukkan motif kepala cicak yang diinspirasikan oleh motif di negeri Kelantan


Penguasaan & Kemegahan Diraja - Raja dianggap tidak sempurna jika tidak memiliki corak atau motif di pekarangan istananya (Ahmad,2016) Sebagai Seni Budaya Masyarakat tempatan - Ukiran motif yang berbeza melambangkan status, kepercayaan dan kebudayaan bagi kaum, bangsa atau agama yang berbeza (Daud,2012) Menghargai Ciptaan Tuhan - Keunikan dan keindahan kewujudan flora dan fauna diterapkan dalam seni ukir motif di istana Kepentingan Ukiran Motif di Istana


PROSES PENGHASILAN LUKISAN MOTIF ISTANA LAMA SERI MENANTI LANGKAH 1 MEMBUAT PEMILIHAN MOTIF Semasa saya berada di Istana Lama Seri Menanti, saya telah mengelilingi kawasan pekarangan istana tersebut dan telah mengambil gambar beberapa motif dan corak yang menarik dan unik untuk dijadikan sebagai ‘subject matter’ bagi lukisan motif saya. Selepas membanding beza gambar-gambar tersebut, saya telah membuat keputusan untuk melukis tiga jenis corak di sebelah. Corak ini dipilih kerana melambangkan gabungan antara unsur flora dan geometri.


PROSES PENGHASILAN LUKISAN MOTIF ISTANA LAMA SERI MENANTI LANGKAH 2 MEMBUAT LAKARAN KASAR Selepas membuat pemilihan, saya membuat lakaran kasar untuk melihat sama ada lukisan yang bakal terhasil nanti adalah sesuai atau tidak. Aspek yang saya nilai semasa membuat lakaran ini termasuklah aspek susunan dan saiz agar saya tidak tersilap lukis motif tersebut mengikut ‘portion’ yang salah.


PROSES PENGHASILAN LUKISAN MOTIF ISTANA LAMA SERI MENANTI LANGKAH 3 MULA MELUKIS MOTIF Setelah saya berpuas hati dengan lakaran saya, saya memulakan proses melukis motif saya dengan serius dan berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan lukisan motif saya tidak terhasil dengan kemas.


PROSES PENGHASILAN LUKISAN MOTIF ISTANA LAMA SERI MENANTI LANGKAH 4 MEMBUAT SHADING Selesai sahaja proses melukis motif-motif tersebut, saya membuat shading menggunakan pensel dengan mengambil kira bahagianbahagian yang tidak terkena pencahayaan. Bahagian ini saya akan gelapkan manakala bahagian yang terkena pencahayaan saya akan biarkan. Dengan itu, bayang yang terbentuk akan kelihatan lebih menarik dan ‘natural’.


PROSES PENGHASILAN LUKISAN MOTIF ISTANA LAMA SERI MENANTI LANGKAH 5 MEMBUAT KEKEMASAN Langkah terakhir saya untuk menyiapkan lukisan motif Istana Lama Seri Menanti ini adalah dengan membuat kekemasan pada lukisan tersebut. Antara kekemasan yang saya lakukan termasuklah menerangkan garisan motif, menambah kehitaman pada bahagian yang tidak terkena cahaya, dan memadam kesanlebihan pensel menggunakan pemadam. Dengan berakhir proses memperkemas lukisan tadi, maka siaplah lukisan motif saya ini.


Hasil LUKISAN MOTIF ISTANA LAMA SERI MENANTI


● Lukisan motif ini menggunakan media pensel maka tiada warna yang digunakan. Analisis Unsur Seni ● Terdapat unsur jalinan, iaitu motif yang dilukis, dan merupakan corak terancang. ● lukisan menampakkan unsur ruang di belakang motif menyebabkan motif menjadi timbul. Selain itu, gabungan rupa geometri dan organik jelas kelihatan bagi ketiga-tiga motif. ● Garisan yang digunakan adalah pelbagai seperti garisan nipis, garisan tebal, garisan beralun dan garisan berduri. Terdapat juga unsur bentuk iaitu bentuk yang berunsurkan bentuk ilusi


Scan untuk melihat penerangan lebih lanjut secara Digital


Kesimpulan Istana Lama Seri Menanti telah memperlihatkan pelbagai motif yang diukir dan dipelihara hingga kini. Motif-motif ini terdiri daripada unsur flora, fauna dan geometri dan telah diukir dengan tujuan dan fungsi mereka tersendiri. Terdapat motif yang diukir untuk melambangkan kemegahan sang raja manakala terdapat juga motif yang diukir untuk menghargai ciptaan dan kurniaan tuhan. Walau bagaimanapun, semua motif ini bergabung di bawah satu tujuan iaitu melambangkan status sosioekonomi masyarakat tempatan. Oleh hal yang demikian, penghargaan dan apresiasi seharusnya diberikan terhadap khazanah dan warisan negara ini agar keunikannya terus berkekalan sehingga generasi mendatang.


Penutup E-Portfolio


Sekian, Terima Kasih -PSVK3433 ASAS MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Click to View FlipBook Version