Majlis Penetapan Target SPM 2024 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 & DEWAN TERTUTUP SMK TAMAN INDERAWASIH, PERAI , PULAU PINANG SABTU 11 ME 8:00 PAGI I 2024 DIRASMIKAN OLEH: EN. ARMAN BIN ABDUL TALID (PENGETUA SMKTI)
Isi kandungan Perkara Muka Surat KATA ALU-ALUAN PENGETUA 2 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 3 ATURCARA MAJLIS 4 SENARAI NAMA AJK PIBG SESI 2023/2024 5 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 29 7 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 29 11 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 28 12 LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG SESI 2023/2024 20 PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2023/2024 22 USUL DAN CADANGAN 23 PENGHARGAAN 26
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur kita kehadrat Allah SWT katas limpah kurniaNya segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-29 dapat diterjemahkan pada hari ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibu bapa yang dapat hadir pada Mesyuarat Agong PIBG kali ke-29 ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan-kejayaan yang diharapkan. Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita semua mengharapkan peningkatan di dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik serta kokurikulum. Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. Sekian, Terima kasih. 2 (ARMAN BIN ABDUL TALID) Pengetua SMK Taman Inderawasih Kata Aluan Penasihat PIBG
Salam sejahtera. Yang saya hormati, Dato/Datin/Tuan-tuan/Puan-puan/Guru-guru dan semua ahli PIBG. Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat Tuhan, saya berpeluang untuk mencoretkan kata alu-aluan untuk Mesyuarat Agung Kali Ke-29, PIBG SMK Taman Inderawasih. Sebelum saya melangkah lebih jauh lagi, izinkan saya merakam jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua, semua Guru Penolong Kanan, para guru, staf sokongan, AJK PIBG, dan semua ibu bapa kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui PIBG SMK Taman Inderawasih sesi 2023/2024. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, saya rasa usaha-usaha yang telah dirancang tidak akan berjaya. Berkat usaha PIBG dan pihak sekolah yang sangat prihatin terhadap pendidikan murid maka kita dapat melaksanakan segala aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah kita. Oleh hal demikian, PIBG sentiasa menyokong segala program anjuran pihak sekolah bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam apa jua bidang. Saya juga menyeru, semua ibu bapa turut bekerjasama dengan pihak PIBG dan pihak sekolah untuk bersama-sama menyumbangkan khidmat bantu dan tenaga. Akhir sekali, saya mewakili jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan saya semasa memikul tanggungjawab selaku YDP PIBG sesi 2023/2024. Sekian, terima kasih. Kata Aluan YDP PIBG (EN. SARAVANAN A/L PERIASAMY) Yang Dipertua PIBG SMK Taman Inderawasih 3
8.00 – 8.30 pagi : Pendaftaran ibu bapa/ penjaga, guru dan pelajar Tingkatan 5. 8.30 – 9.00 pagi : Pelajar Ting. 5 ke makmal ICT 1 & 2 untuk program “Jom Cemerlang Sejarah SPM 2024” : Bacaan doa : Ucapan YDP PIBG Ucapan Tuan Pengetua, En. Arman bin Abdul Talid (perasmian program) : Penyampaian Sijil kepada AJK PIBG sesi 2023/2024 9.30 – 11.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 Kata aluan Yang DiPertua PIBG Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2023/2024 Perkara Berbangkit Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan 2023/2024 bagi tahun Tahun yang berakhir 30 April 2024 Menerima dan Membahaskan Usul Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 Perlantikan AJK Baru Ucapan penangguhan 11.30 – 12.30 tengah hari : Majlis Konsultasi Penetapan Target SPM 2024 12.30 tengah hari : Bersurai Atur Cara Majlis 4
YANG DIPERTUA PIBG EN. SARAVANAN A/L PERIASAMY NAIB YANG DIPERTUA PIBG EN. SHAHABUDIN BIN ABD RAHMAN SETIAUSAHA PN IZEAN BINTI ABDUL WAHAB PENOLONG SETIAUSAHA PN NURUL MULIANI BINTI MOHD ISA BENDAHARI PN. LEE LENG LENG AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA EN. SHAHRIL NIZAM BIN MOHD SHAHAR EN. THAWAMARI A/P SUBRAMANIAM EN. AHMAD NASRAH BIN BADRI PN. NORLIZA BINTI SALEH PN. SHAMIZA BINTI ABDULLAH PN. ROZIE BINTI ABAS AHLI JAWATANKUASA GURU PN. ZAINON BINTI YAZID PN. LIZAWATI BINTI ASMANI ENCIK PADMANATHAN A/L NADASON ENCIK MOHD NUHAIRI BIN ABD RAHMAN JURU AUDIT PUAN HEMALATHA A/P RAJANDRAN (WARIS) ENCIK KHAIRUL ANUAR BINTI RAMLI (GURU) Ahli Jawatankuasa PIBG 2023/2024 5
YANG DIPERTUA PIBG EN. SARAVANAN A/L PERIASAMY NAIB YANG DIPERTUA PIBG EN. SHAHABUDIN BIN ABD RAHMAN SETIAUSAHA PN IZEAN BINTI ABDUL WAHAB PENOLONG SETIAUSAHA PN NURUL MULIANI BINTI MOHD ISA BENDAHARI PN. LEE LENG LENG Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-29 6
SENARAI JAWATANKUASA Surat-menyurat, Laporan, Setiausaha & Minit Mesyuarat Agung ke-28 dan Penetapan Target 1. Pn. Izean binti Abdul Wahab 2. En. Mohd Amran Bin Wahab Penyediaan Slaid 1. En. Mohd Firdaus bin Aziz Maklum balas kehadiran dan Usul 1.Pn. Izean Binti Abdul Wahab Undian AJK Mengira dan melapor keputusan undi En. Burhanuddin Bin Mohd Zahri (K) 1. 2. Pn. ‘Asrah Binti Abdul Hamid Cadangan dan Usul 1. En. Arman bin Abdul Talid 2. Pn. Susilawati binti Saad En. Mohamed Mohainudin Bin Md Hanifa 3. Pn Devakunchari A/P Subramaniam 4. 5. En. Saravanan A/L Periasamy En. Shahabudin Bin Abd Rahman 6. 7. Pn. Izean binti Abdul Wahab Pencatat papan putih 1. Pn. Lim Seow Yen (K) 2. Pn. Dheeviiah A/P Thagarajah Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-29 7
SENARAI JAWATANKUASA Pencatat Minit 1. Pn. Nurul Muliani bin Mohd Isa (K) 2. Pn. Suzana Binti Ismail 3. Pn. Mariani Binti Embran Pendaftaran 1. Pn. Romah Binti Husin (K) 2. Pn. Rosnah binti Othman 3. Cik Ani Asmaa Binti Asli Siaraya dan Teknikal En. Muhamad Rasimi bin Muhamad Yusup 1. Persiapan pentas/backdrop 1. En Lai Nam Chun (K) 2.Pn. Jamilah Binti Mohamad Noor Pengacara Majlis 1. Pn. Asma Ayu Binti Ahmad Shukri Persiapan Tempat (Sebelum) 1. Pn. Chew Siew Mun (K) 2. En. Padanathan a/l Nadason 3. Pn. Hafizah Binti Raslan Keselamatan / Petunjuk arah/ kawalan disiplin pelajar 1. En. Zulkifle Bin Harun (K) 2. Pn. Komathy a/p Gopalan En. Khairul Nizam Bin Abdul Manaf 3. Kemas Dewan (Selepas) 1. Pn. Law Mee Peng (K) 2. En. Rahmat Bin Shahabudin 3. Pn. Nura Binti Ahmad Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-29 8
SENARAI JAWATANKUASA Bacaan Doa 1. En. Khairul Anuar bin Ramli Buku Program Pn. Tuan Nur Amni Aliah Binti Tuan(K) 1. Cik Siti Fatimah Zaharah Binti Salahudin 2. Kebersihan & Disiplin En. Mohd Nuhairi bin Abd Rahman (K) 1. 2. Pn. Musliza Binti Madi Konsultasi Waris 5M – Pn. Nur Khairina Binti Abdul Manaf 5N – En. Mohd Firdaus Bin Aziz 5D – En. Khairul Anuar Bin Ramli 5Z – En. Lai Nam Chun 5I – Pn. Hafizah Binti Raslan Jamuan (Waris & Guru) 1. Pn. Zainon Binti Yazid (K) 2. Pn. Normala Binti Ibrahim 3. Pn. Marlizam Binti Md Ramli Penyedia Kad Penetapan Target 1. Nur Raihan Binti Azmi 2. En. Mohd Amran Bin Wahab Jamuan Pelajar 1. Pn. Nasirah binti Mat Isa (K) 2. Cik Vijayaletchumi A/P Krishnan Penyedia Dokumen 1. En. Abu Bakar Binti Zakaria Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-29 9
Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-29 SENARAI JAWATANKUASA Banner & Promosi 1. En. Mohd Zaiman bin Ali Penyedia, Penyerahan Sijil 1. Cik Chin Lee Hoon (K) 2. Pn. Nooraidila Binti Saaid Jom Cemerlang Sejarah 1. Pn. Phuah Siew Imm Pn. Siti Zurairah Binti Abdul Hamid 2. 3. Pn. Lizawati binti Asmani 4. Pn. Amira Syafiqa Binti Ismail Penyediaan, Penyerahan Doorgift 1. Pn. Nurhazwani Binti Jamil (K) 2. Pn. Nur Khairina Binti Abd Manaf Dokumentasi & Jurufoto 1. Pn. Noorita Binti Pauzi (K) 2. Pn. Rahmah Binti Abdullah 10
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-29 11
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28 Tarikh: 24 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa: 8.00 Pagi Tempat: SMK Taman Inderawasih Kehadiran : Rujuk lampiran 1 1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 1.1 YDP PIBG mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-28 ini kembali seperti normal selepas wabak Covid-19. Sekalung penghargaan kepada semua ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan semua ibu bapa serta guru-guru yang terlibat berganding bahu dalam menggerakkan dan memberikan sokongan padu kepada setiap program yang direncanakan oleh pihak sekolah. Semoga semangat dan keiltizaman ibu bapa terus kekal untuk melihat SMKTI terus bergerak ke hadapan dalam menerajui pendidikan negara. 1.2 YDP PIBG menyeru kepada semua ahli PIBG bersatu hati dan tenaga bagi menjayakan segala misi PIBG agar menjadi sebuah persatuan yang dinamik dan progresif demi kepentingan, kebajikan dan kecemerlangan anak-anak di SMKTI. Tindakan: Makluman 12
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28 2.0 UCAPAN DAN PERASMIAN PENGETUA 2.1 Tuan Pengetua En Arman Bin Abdul Talid merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 yang telah menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Pengetua juga turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada AJK PIBG diatas gerak kerja yang baik sepanjang sesi 2022/2023. 2.2 Tuan pengetua mengucapkan terima kasih kepada waris yang hadir. Kehadiran ini jelas menunjukkan komitmen yang tinggi ibu bapa terhadap anak-anak di sekolah ini. Tanggunjawab dan peranan ibu bapa ini sangat penting dalam setiap organisasi yang di sertai di sekolah bersama-sama guru-guru. Semoga terdapat idea-idea baru dan perkongsian ilmu demi mencapai kecemerlangan anak-anak pelajar di SMK Taman Inderawasih. 2.3 Tuan Pengetua memaklumkan ibu bapa berkaitan keputusan SPM 2022. Secara keseluruhannya terdapat peningkatan dari segi kelulusan pelajar layak menerima sijil SPM 2022 di sekolah SMK Taman Inderawasih iaitu daripada 73.72% meningkat kepada 83.30%. Manakala GPS sekolah mengalami sedikit kemerosotan sebanyak 0.01% iaitu daripada 5.58% kepada 5.59%. 2.4 Pihak sekolah memastikan peratus yang layak menerima sijil akan meningkat dan menghampiri 90% serta GPS akan turut meningkat. Namun begitu, usaha ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama ibu bapa terutama ibu bapa para pelajar yang akan menduduki SPM 2023. Pihak sekolah berharap ibu bapa dapat membantu pihak sekolah iaitu dengan memantau pembelajaran anak-anak pelajar ketika berada di rumah. 13
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28 2.5 Tuan Pengetua turut memaklumkan Program Peningkatan Sejarah sedang dilaksanakan bagi meningkatkan peratus layak terima sijil pelajar SPM. Hal ini kerana, pelajar perlu lulus dua subjek iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah untuk mendapatkan sijil SPM. 2.6 Tuan Pengetua menyatakan setelah beliau menggambil alih tugas pada 8 Mei 2023 terdapat beberapa masalah sosial yang dapat dikenal pasti. Masalah sosial tersebut sangat membimbangkan pihak sekolah yang mana boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes yang ditangkap atau dirampas penyalahgunaan rokok elektronik atau dipanggil sebagai ‘Vape’. Mengikut surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia bilangan 17 tahun 2015 pelajar-pelajar dilarang membawa, mengisap, mengedar, menjual, memiliki, menyimpan, mempamir dan sebagainya rokok eletronik atau ‘Vape’. Selain itu, untuk makluman ibu bapa sekiranya terdapat pelajar yang menyalahgunakan ‘Vape’ akan dikenakan tindakan disiplin. 2.7 Tuan Pengetua memperkenalkan PKHEM baharu sekolah SMK Taman Inderawasih iaitu Encik Zanusi Bin Othman yang menggantikan Puan Nor Zakiah Binti Hamid yang dinaikan pangkat sebagai PK Pentadbiran di SMK Machang Bubok. 2.8 Tuan Pengetua merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung kali ini dan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28. Tindakan : Makluman 14
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28 3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27 3.1 YDP PIBG Encik Mohd Shahril Rizam Bin Mohd Shahar membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27 sesi 2022/2023. 3.2 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27 SESI 2022/2023 telah dicadangkan untuk disahkan oleh En. Saravanan A/L Periasamy dan disokong oleh En. Mohd Shahabudin Bin Abdul Rahman. 4.0 PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada Perkara Berbangkit 5.0 MEMBENTANGKAN AKTIVITI TAHUNAN Rujuk lampiran 2, Jadual Laporan Aktiviti Tahunan Sesi 2022/2023 Tindakan : Makluman 15
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28 6.0 MEMBENTANGKAN DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN 2022/2023 BAGI TAHUN YANG BERAKHIR 21 Jun 2023 Puan Phuah Siew Imm membentangkan Penyata Kewangan Berakhir 21 Jun 2023. (Rujuk Lampiran Penyata Kewangan) Pn. Rosnah Binti Othman mencadangkan penyata kewangan ini diluluskan dan disokong oleh En. Saravanan A/L Periasamy. Tindakan : Makluman 7.0 PENYERAHAN SIJIL PENGHARGAAN UNTUK AJK SESI 2022/2023 Tuan Pengetua menyampaikan sijil penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa sesi 2022/2023. (Rujuk Lampiran 2 Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023) Tindakan : Makluman 8.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2022/2023 DAN PERLANTIKAN AJK BARU Encik Amran Bin Wahab mencadangkan pelantikan baru untuk sesi 2023/2024. Encik Muhamad Rasimi Bin Muhamad Yusup menyokong. (Rujuk Lampiran 3 senarai AJK PIBG bagi sesi 2023/2024). Tindakan : Makluman 16
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28 9.0 MENERIMA DAN MEMBAHASKAN USUL YDP Encik Saravanan membacakan beberapa usul yang telah dikemukakan oleh waris/ibu bapa. Terdapat beberapa usul yang telah dikemukakan antaranya: i.Mengadakan kelas tambahan bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 telah dilaksanakan kelas tambahan pada cuti pertengahan tahun baru ini. Bagi murid tingkatan 4 kelas tambahan bagi subjek tertentu telah di rancang bagi persediaan awal. Bagi pelajar tingkatan 3 akan dilaksanakan program secara berkelompok dan berkala. Usul di terima sebulat suara Tindakan : PKP ii.Tandas di bahagian atas sering ketiadaan air Penolong Kanan Pentadbiran Puan Susilawati memaklumkan terdapat peruntukan sebanyak RM50 000.00 oleh pihak KPM untuk membaik pulih tandas di sekolah. Kerja baik pulih tandas di Blok A dan Blok C tingkat 3 iaitu tandas pelajar perempuan sedang giat dijalankan. Masalah air di tandas pelajar perempuan blok C terdapat 14 tangki air namun hanya 2 sahaja yang berfungsi. Pihak PPD dalam proses mencari pihak kontraktor untuk dibaiki. Tindakan : Pengetua 17
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28 iii.Mengenai pemotongan rambut pelajar mengikut spesifikasi oleh KPM. Seperti tercatat dalam buku panduan sekolah terdapat ciri-ciri rambut yang dibenarkan. Namun yang menjadi isu adalah terdapat pelbagai fesyen rambut pelajar-pelajar apabila datang ke sekolah. Oleh itu, pihak sekolah memohon untuk dibawa usul bagi kebenaran memotong rambut para pelajar yang sudah diberi amaran. Usul dibawa oleh pentadbir untuk usul di terima. Encik Nuhairi Bin Abd Rahman mencadangkan dan disokong oleh Encik Saravanan A/L Periasamy. Tindakan : PKHEM iv.Sumbangan PIBG untuk setiap keluarga bagi pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 ialah RM 150.00. Usul ini dicadang oleh Puan Zarina Bin Mat Isa dan disokong oleh Ahmad Nasrah bin Badri. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan jumlah sumbangan PIBG. Tindakan : SU, Bendahari PIBG dan Guru Tingkatan 18
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28 10.HAL-HAL LAIN i.Tuan Pengetua mengucapkan tahniah di atas pelantikan AJK PIBG Sesi 2023/2024. ii.Penukaran tandatangan cek akaun PIBG sesi 2023/2024 iaitu YDP, Setiausaha dan Bendahari PIBG bagi sesi 2023/2024. Tindakan : YDP, SU dan Bendahari PIBG 11. UCAPAN PENANGGUHAN YDP PIBG mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk menjadi sebahagian daripada AJK PIBG. YDP PIBG akan berusaha untuk turut serta membangun kecemerlangan SMK Taman Inderawasih. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.35 pagi. 19
Laporan Tahunan Aktiviti PIBG Sesi 2023/2024 BIL PROGRAM TARIKH 1. Penetapan Target Spm Dan Perkampungan Sejarah Spm 24/6/2023 2. Diolag Prestasi ( Pentadbir Bersama Murid Spm ) 1 - 8/7/2023 3. Ceramah Motivasi SPM 26/7/2023 4. Karnival Eksplorasi Stem Teknology Hijau 26/7/2023 5. Teknik Menjawab Pendidikan Islam Dan Pendidikan Moral SPM 28/7/2023 6. Program Panitia Pendidikan Seni Dan Kimia 28/7/2023 7. Program Eksplorasi Menasik Umrah Dan Haji Ting 5 8/9/2023 8. Pesta Rekabentuk Tanglung 2023 27/9/2023 9. Fiesta Kerja Kursus Mata Pelajaran Mpei 24/10/2023 10. Eksporasi Rukun Negara 8/11/2023 11. Program Perfect Score Spm 2023-Hotel Seri Malaysia K.Batas 1 - 2/10/2023 12. Program Skor A Mpdca – Uitm P.Pauh 16/11/2023 13. Program Eksplorasi Bukit Berapit 14/12/2023 14. Teknik Menjawab GKT Spm 19/12/2023 20
BIL PROGRAM TARIKH 15. Program Tuisyen Cemerlang 2023 April - Dec 2023 16. Program Tuisyen Cemerlang 2023 April - Dec 2023 17. Program Tuisyen MPDCA Mei - Dec 2023 18. Kem Kepimpinan Kental Diri Spm 2 - 3/5/2024 Laporan Tahunan Aktiviti PIBG Sesi 2023/2024 21
Penyata Kewangan PIBG Sesi 2023/2024 22
23 BIL PENCADANG NAMA ANAK USUL / CADANGAN 1. MURUGAN A/L BATUMALAI RAVEENDARAN MUNUSAMY MANIKANDAN A/L MURUGAN (1 NILAM) GEETHARAJ AVEENDARAN (3 DELIMA) MENCARI JALAN MENUTUP LONGKANG BESAR DI HADAPAN PINTU MASUK SEKOLAH. 2. SHFOL AZLI BIN AZIZ NURIN SAIDATUL ASYIKIN (1 ZAMRUD) TEMPAT BERBUMBUNG BAGI MENGHANTAR ANAKANAK KE SEKOLAH SEMASA HUJAN. 3. NEOH BEE BEE LOR TZE CHIEN (5 MUTIARA) REHAT SEPERTI BIASA SEMASA DI BULAN PUASA. 4. NORLIZA BINTI SALLEH NUR HAWANIS SUFFIYA BINTI AZUAN (5 NILAM) MENGENAKAN DENDA RM1 BAGI SETIAP BUKU YANG TIDAK DIBALUT SUPAYA MENGHARGAI BUKU TEKS. 5. ZAH BINTI YUSOFF NURIN AMILIA NABILA BINTI MOHD AZILAH (5 NILAM) PERBANYAKKAN TEKNIK MENJAWAB. 6. LEE PEI PEI DEVATHI A/P RAMALINGAM LOGANATHAN TER JIA YIN (1 NILAM) ANN THENISHA SHREE A/P SAMUEL ANAND (4 ZAMRUD) SAYIRTHIGEIN (1 NILAM) SEKOLAH DI CAT SEMULA SUPAYA LEBIH CERIA. MENINGKATKAN KEBERSIHAN PERSEKITARAN SEKOLAH. Usul & Cadangan Sesi 2024/2025
24 BIL PENCADANG NAMA ANAK USUL / CADANGAN 7. NOR ARNIZA NUR ANNASUHA BINTI MOHAMAD AZRI (3 DELIMA) PAPAN TANDA (SINGBOARD ) “SILA PERLAHANKAN KENDERAAN DI KAWASAN PELAJAR MELINTAS KE SEKOLAH DI JALAN SIMPANG 3 7 ELEVEN. 8. LEELA@RAJALETCHUMY A/P V.PALANINDY MUTHTAMILSELVAN A/L RAJA SEGARAN (5 DELIMA) SEKOLAH MENYEDIAKAN DEWAN TERTUTUP BAGI PEPERIKSAAN SPM. 9. HALIM BIN DESA NAFIS HAFIZAL BIN HALMI (2 ZAMRUD) MENAMBAH BAIK SISTEM PEREKODAN BAGI PELAJAR YANG LAMBAT. 10. MUNIANDY DARMALINGAM MAHA TRIYAATHINI A/P MUNIANDY (2 INTAN) MEMERIKSA KONDISI KIPAS ANGIN DI SETIAP KELAS DAN NAJIS KELAWAR YANG TERDAPAT DI KELAS. 11. VASANTHAMALAR A/P LETCHIMENIM TVISHAA KAUR A/P RANGET SINGH (3 NILAM) PENGUSAHA KANTIN SENTIASA MEMASTIKAN MAKANAN YANG DIJUAL DI TUTUP SUPAYA TIDAK TERDEDAH. 12. IMEE EZAINEE BINTI IBRAHIM MUHAMMAD AMIR HAZEEM BI MOHD HIZAMIL (4 NILAM) TARIKH MESYUARAT AGUNG DI RANCANG BERSAMA-SAMA IBU BAPA BAGI MENINGKATKAN KEHADIRAN IBU BAPA. Usul & Cadangan Sesi 2024/2025
25 BIL PENCADANG NAMA ANAK USUL / CADANGAN 13. FUZIAH BINTI ZAKARIA NURUL FATEHAH BINTI MOHD NOOR (5 INTAN) TIDAK MENGGUNAKAN TELEFON UNTUK BELAJAR. 14. PIHAK SEKOLAH SUMBANGAN PIBG SATU KELUARGA (RM50.00) 15. PIHAK SEKOLAH TABUNG PENINGKATAN AKADEMIK TINGKATAN 4 (RM100.00) TABUNG PENINGKATAN AKADEMIK TINGKATAN 5 (RM100.00) PROGRAM/AKTIVITI LUAR KUTIPAN RM50.00 JUALAN KUPON RM15.00 BAGI MINGGU KEMUNCAK KOKURIKULUM Usul & Cadangan Sesi 2024/2025
Sesungguhnya, tiada kata secantik bahasa yang dapat diungkapkan bagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMKTI Kali Ke-29 Tahun 2024. Terutama buat Pengetua (Penasihat PIBG), Yang Dipertua PIBG serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Barisan Penolong Kanan, Guru-guru, Ibu Bapa, Anggota Kumpulan Pelaksana dan Pelajar SMKTI. Semoga Tuhan memberi keberkatan atas segala usaha kita. Sekian, terima kasih. Penghargaan 26