Tokoh dan Karya Kesusasteraan
Melayu Bertaraf Dunia dalam
Pengajaran di Sekolah dan Pra-U
Pengenalan
Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptaan seni
yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut
sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan.
Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan
mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada
bahasa Sanskrit castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci.
Sastera yang dilahirkan oleh sasterawan diharapkan dapat memberi
kepuasan estetik dan intelektual kepada pembaca.
Sesebuah karya sastera harus mampu dinikmati dan difahami sepenuhnya
oleh sekelompok pembaca.
Pengenalan
Karya sastera itu adalah saling mendukung, dan untuk memastikan
sesuatu karya itu dapat dinilai dan diaplikasikan, maka hendaklah sesuai
dengan inti pati karya sastera berkenaan.
Selain itu, karya sastera mampu mengiktiraf bakat tokoh yang
mengamalkan dan menggiatkan sastera sehingga tersebar luas.
Antara tokoh yang dapat dilihat di dalam topik ini ialah A.Samad Said
dan Abdullah Munsyi merupakan tokoh yang hebat dalam bidang
penulisan, juga berdasarkan sumbangan beliau dalam dunia luar dan
akademik.
ISI KANDUNGAN
01 TOKOH-TOKOH 02 KARYA TOKOH
KESUSASTERAAN
MELAYU
KAEDAH PENGAJARAN DAN
03 PEMBELAJARAN PENGHAYATAN
TEKS KESUSASTERAAN DUNIA DI
SEKOLAH DAN PRA-U
01 TOKOH-TOKOH KESUSASTERAAN MELAYU
TUN SRI LANANG
o Nama sebenar Tun Muhammad bin Tun Ahmad.
o Bendahara Johor (1570-1579).
o Dibawa ke Acheh pada tahun 1613.
o Mengajar Bahasa Melayu kepada Syeikh Nuruddin al-Raniri.
o Menyumbang penulisan buku Sejarah Melayu.
TOKOH-TOKOH KESUSASTERAAN MELAYU
HAMZAH FANSURI
o Seorang pujangga Melayu-Islam pada zaman kegemilangan Acheh.
o Dilahirkan di Barus, Sumatera Utara.
o Terkenal sebagai seorang penyair dan ahli Tasawwur.
o Mempelopori genre syair dalam Kesusasteraan Melayu.
o Contoh karya: Syair Perahu, Syair Burung Pungguk, Syair Dagang,
Syair Sidang Fakir dan Syair Burung Pingai.
o Contoh kitab: Kitab Sarab al-Asyikin dan Asrar al-Ariffin fi-Bayyan
Ilmu al-Suluk wal-Tauhid.
TOKOH-TOKOH KESUSASTERAAN MELAYU
RAJA ALI HAJI
o Dilahirkan di Pulau Penyengat, Riau.
o Berketurunan pembesar Bugis.
o Terkenal sebagai ahli bahasa.
o Menulis tatabahasa Melayu yang bertajuk Bustan al-Katibin (Taman
Pujangga) pada tahun 1857.
o Menulis kamus yang bertajuk Kitab Pengetahuan Bahasa.
o Contoh karya: Tuhfat al-Nafis.
o Contoh syair: Syair Abdul Muluk, Syair Suluh Pegawai, Syair Siti Sianah,
Syair Gemala Mastika dan Gurindam Dua Belas.
TOKOH-TOKOH KESUSASTERAAN MELAYU
ABDULLAH MUNSYI
o Nama sebenar Abdullah bin Syeikh Abdul Kadir.
o Meminati bidang penulisan.
o Menghasilkan karya asli, terjemahan dan puisi.
o Contoh karya asli: Kisah Pelayaran Abdullah (1838), Dawa’il Kulub (1838) dan
Hikayat Abdullah (1840).
o Contoh karya terjemahan: Hikayat Panca Tenderan (1838).
o Contoh karya puisi: Syair Singapura Terbakar (1830) dan Syair Kampung
Gelam Terbakar (1847).
o Memperkenalkan genre karya baru iaitu autobiografi dan memoir.
TOKOH-TOKOH KESUSASTERAAN MELAYU
SYED SYEIKH AL-HADI
o Nama sebenar Syed Syeikh bin Ahmad al-Hadi.
o Dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka pada tahun 1867.
o Mendapat pendidikan di Mekah, Beirut dan Kaherah.
o Mengelola penerbitan al-Imam (1906-1908) bersama Syeikh Muhammad Jalaluddin
al-Azhari, Syeikh Muhammad Salleh al-Kalali dan Haji Abbas Mohammad Taha
setelah kembali ke tanah air.
o Menghasilkan novel saduran pertama berjudul Hikayat Faridah Hanum.
o Merupakan seorang tokoh sastera, agama, pendidikan dan wartawan yang
berwibawa.
o Merupakan tokoh reformis Islam.
.
TOKOH-TOKOH KESUSASTERAAN MELAYU
Ahmad Rashid Talu
. Abdul Rahim Kajai
Muhammad Yassin Maamur
Ishak Haji Muhammad
Keris Mas
Shahnon Ahmad
Usman Awang
A. Samad Said
Arena Wati
Muhammad Haji Salleh
Abdullah Hussein
S. Othman Kelantan
02 Karya A.Samad Said
o Novel pertama berjudul Gerhana ditukar judul kepada Salina.
o Profesor A. Teeuw dan sesetengah sarjana mengangkat novel ini sebagai
bertaraf antarabangsa.
o Novel ini memenangi hadiah penghargaan dalam Peraduan Penulisan Novel
1958 anjuran DBP .
o Ketika itu Samad berusia 23 tahun.
o Salina menceritakan kehidupan daif masyarakat Melayu di Kampung Kambing,
Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Penduduk bergelut dengan
kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan kebobrokan. Tema sebegini sama
sekali asing dalam kesusasteraan Melayu.
Karya A.Samad Said
o Novel Salina telah diadaptasi menjadi teater oleh dramatis Johan Jaaffar dan
dipentaskan sempena Pesta Kesenian (1986), dan kemudiannya di Singapura.
o Hasil karya beliau yang mengandungi pelbagai input yang boleh dijadikan
sebagai panduan hidup boleh diangkat sebagai sebuah karya agung Melayu
moden seperti novel Salina.
o sebuah karya yang hebat seperti mesej, nilai budaya, pandangan hidup, nilai
ilmu, teknik kepengarangan dan seni bahasa yang terdapat dalam sesuatu karya
ini mencetuskan idealisme pengarang dalam sesebuah karya.
o Sebuah karya yang unggul kerana mempunyai nilai estetik yang tinggi dari aspek
kepengarangannya.
Karya Abdullah Munsyi
o Hikayat Abdullah, beliau berjaya memberi gambaran yang jelas mengenai
pandangan orang Melayu terhadap kedatangan British ke Tanah Melayu.
o Beliau ialah pengkarya pertama yang telah lari daripada corak penulisan
tradisional.
o Sinopsis: hikayat ini merupakan suatu penceritaan yang menggambarkan
kehidupan penulis dan penduduk negeri Melaka serta peristiwa harian
terutamanya yang berkaitan dengan perhubungan dan pengalaman Abdullah
sendiri dengan orang-orang Inggeris, iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di
dalam atau di luar kerajaan, penduduk tempatan dan pemerintah.
Karya Abdullah Munsyi
o Teknik kepengarangan dan seni bahasa yang terdapat dalam sesuatu karya ini
mencetuskan idealisme pengarang dalam sesebuah karya dan mampu
mencetuskan pemikiran, nilai dan pegangan atau pandangan hidup bangsa
Melayu pada suatu ketika dahulu.
o Abdullah Munsyi juga mengkritik golongan penjajah, iaitu mengambil
kesempatan terhadap kelemahan orang Melayu. Walaupun begitu, kritikan yang
dilakukan oleh Abdullah Munysi memperlihatkan beliau mempunyai idealisme
dan pendiriannya terhadap mesej yang hendak disampaikan.
03
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGHAYATAN
TEKS KESUSASTERAAN DUNIA DI SEKOLAH DAN PRA-U
Pendidikan Kesusasteraan Melayu
o Kesusasteraan Melayu meletakkan asas pendidikan yang utuh bagi
sesebuah pemerintahan atau kerajaan membangunkan masyarakat
sesebuah negara berpandukan ilmu dan suluh akal budi yang tinggi.
o Berdasarkan kurikulum persekolahan kebangsaan yang mendukung
hasrat mulia Negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia
kepada generasi masa kini dan akan datang.
o Pendidikan Kesusasteraan Melayu bagi sekolah menengah didapati
selari dengan aspresiasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan insan yang seimbang dan dinamik daripada segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
o Matlamat kurikulum Kesusasteraan Melayu sekolah menengah adalah
untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu sastera agar dapat
menghayati, menghargai, mencintai dan memupuk rasa bangga
o terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan
kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera dalam kalangan
masyarakat
Guru Memainkan Peranan Dalam Pendidikan
Kesusasteraan Melayu.
Kita perlu mengkaji dan memahami betul-betul hakikat, teori dan fungsi
sastera dalam pendidikan dan peranannya dalam masyarakat.
Secara umumnya,menerima bahawa kesusasteraan ialah "ungkapan-ungkapan
indah" mengenai manusia masyarakat dan individu -mempersoalkan keujudan
diri dan hubungannya dengan manusia-manusia lain atau Penciptanya dalam
segala konflik dan kompleksiti.
Tentang diri sendiri penyair mungkin mengungkapkan erti kerinduan seperti
dalam sajak Buah Rindu atau Nyanyi Sunyi (Amir Hamzah), mengenai hubungan
dengan alam seperti "Tunggul-tunggul Gerigis" 'atau Ranjau Sepanjang Jalan,
(Shahnon Ahmad), mengenai masyarakat kota seperti dalam Salina (A. Samad
Said),
Pendekatan dan Perkaedahan Mengajar
Bagi perbincanqan ini kita maksudkan pendekatan sebagai
satu pegangan yang mengandungi strategi-strategi untuk
mencapai matlamat jangka panjang dalam pengajaran
kesusasteraan.
Setiap satu pendekatan yang diaplikasikan ini mencerminkan
satu pegangan atau falsafah tentang hakikat pengajaran dan
teori kesusasteraan. (Kamaruddin Husin: 88: 41) menyebut
beberapa pendekatan mengajar kesusasteraan.
analisis-struktural,berfokus, mengalami-menghayati, global
dan beberapa pendekatan kritik sastera seperti pendekatan
moral, pendekatan sosiologikal, pendekatan psikologi dan
pendekatan linguistic dan lain-lain lagi
Mendorong dan berperanan membimbing pelajar pra-U
. dalam:
Dalam mendalami kefahaman teks; mereka perlu mengadakan
aktiviti-aktiviti seperti;
Hari Minggu Sastera, perbengkelan menulis, ceramah dan forum,
diskusi buku dan pertandingan bahas dan penulisan,
mengadakan majalah kelas atau sekolah, mengadakan,
Pementasan drama berdasarkan teks sekolah, pertemuan dengan
novelis cerpenis atau penyair, menganjurkan "Hari Puisi" dan
"Malam Kebudayaan" dan berbagai kegiatan lain.
Memperkenalkan penulis karya-karya di negara luar
Kesimpulan
o Dalam dunia pendidikan kesusasteraan Melayu di sekolah dan juga di Pra-
Universiti khususnya, amatlah penting untuk mengetahui dan mengenali tokoh-
tokoh kesusasteraan Melayu supaya murid-murid dapat mencontohi tokoh-
tokoh tersebut dari segi genre, penghasilan karya yang kreatif dan karya
bermutu tinggi.
o Sejarah dan susur galur perkembangan kesusasteraan Melayu yang mampu
merentasi sempadan antarabangsa akan lebih dihayati dan sekaligus
menjadikan kesusasteraan Melayu sebagai medium penyuntik semangat
kepada murid-murid di sekolah.
o Secara tidak langsung juga, murid akan lebih terdedah dengan tokoh-tokoh
kesusasteraan Melayu yang bukan sahaja dari dalam negara sahaja malah
mereka turut terdedah kepada tokoh-tokoh kesusasteraan Melayu dari luar
negara seperti Indonesia.
o Karya-karya kesusasteraan Melayu tidak akan hebat jika bukan hasilnya
daripada tangan-tangan tokoh yang mempunyai keunikan dan keistimewaan
dalam setiap penghasilan karyanya.
Kesimpulan
o Kecenderungan murid terhadap sesebuah karya boleh dijadikan panduan
melalui karya-karya kesusasteraan Melayu oleh tokoh-tokoh dalam negara
yang mana karya tersebut mampu berdiri setanding di seantero dunia.
o Pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Melayu di sekolah dan Pra-
Universiti amat berbeza peringkatnya di mana di peringkat sekolah hanya
lebih didedahkan kepada unsur dalaman sastera itu sendiri berbanding di
Pra-Universiti dilihat lebih meluas apabila didedahkan dengan tokoh-tokoh
dan karya-karya agung kesusasteraan Melayu dalam PdPc.
o Hal ini supaya murid-murid lebih terbuka dan memahami dengan jelas
kesusasteraan Melayu itu bukan tertumpu hanya pada asasnya sahaja malah
lebih meluas pada bidang ilmunya terhadap tokoh dan karya kesusasteraan
Melayu yang ada.
o Guru-guru di sekolah berperanan penting sebagai penyampai ilmu
kesusasteraan Melayu agar mata pelajaran ini tidak mati dan terus hidup
agar kelestarian kesusasteraan Melayu dapat dikekalkan sehingga ke
generasi demi generasi yang akan datang.