The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadhazeeq283, 2023-01-24 02:06:16

BULETIN TAHUNAN JPP 2022

BULETIN JPP 2022

Kualiti Pimpinan Dijulang BULETIN JPP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau 2 0 2 2


Buletin JPP merupakan satu wadah yang dibangunkan oleh JPP IPG Kampus Tawau. Segala aktiviti yang telah disertai oleh para siswa guru IPG Kampus Tawau akan didokumentasikan dalam buletin JPP ini iaitu sebulan sekali. Program-program tersebut lazimnya terdiri daripada program yang diadakan sendiri oleh pihak IPG Kampus Tawau mahupun 26 buah lagi IPG yang terdapat di seluruh Malaysia. Dalam edisi khas kali ini, buletin JPP menyajikan rangkuman ringkasan aktiviti-aktiviti siswa guru IPG Kampus Tawau yang berlangsung dari bulan Mac hingga Disember 2022. Tambahan pula, buletin JPP ini digerakkan dengan kerjasama beberapa orang siswa guru bagi memurnikan lagi usaha ini. Akhir kata, semoga usaha ini dapat diteruskan agar kekal menjadi wadah utama para siswa guru untuk terus aktif dalam semua bidang pada masa akan datang. PENGENALAN K U A L I T I P I M P I N A N D I J U L A N G


OBJEKTIF 1. Melaksanakan fungsi JPP sebagai penghubung dalam warga IPG Kampus Tawau. 2. Memainkan peranan JPP sebagai penyebarluas maklumat semasa kepada siswa pendidik IPG Kampus Tawau. 3. Menggalakkan perkongsian ilmu dan cetusan kreativiti dalam kalangan siswa pendidik khususnya dan warga IPG Kampus Tawau amnya. 4. Menyokong usaha mengamalkan Budaya IPG secara menyeluruh. 5. Menggalakkan pemikiran yang reflektif dan inovatif. 6. Menyediakan platform penguasaan kemahiran digital secara optimum. K U A L I T I P I M P I N A N D I J U L A N G


Pen B U a L E T I N u J P P ng PENGARAH IPGKT Dr. Najamuddin bin Hj. Bachora K U A L I T I P I M P I N A N D I J U L A N G


KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR Dr. Mohd Asri bin Haji Ispal B U L E T I N J P P KETUA UNIT PEMBANGUNAN INSANIAH Encik Mazania bin Kasimin Penerbit KETUA UNIT DISIPLIN DAN TATATERTIB Puan Aminah binti Puyong K U A L I T I P I M P I N A N D I J U L A N G


PENASIHAT Puan Loretta@Lily Polus Sidang Redaksi B U L E T I N J P P PIMPINAN REDAKSI Encik Jeffery bin Apdal PENASIHAT Siti Fatimah binti Hj. Ishak K U A L I T I P I M P I N A N D I J U L A N G


Muhammad Haziq bin Tarmizi TIMBALAN K.BIRO AKADEMIK Zadatulnuratiqa binti Abd Rashid B U L E T I N J P P KETUA BIRO AKADEMIK K U A L I T I P I M P I N A N D I J U L A N G


B U L E T I N J P P 2 0 2 2 AHLI SKUAD BIRO Amirul Akmal bin Abdul Jalil Bahasa Melayu (SK) Siti Nursyamimi binti Lamsudi Pendidikan Islam 4 Nur Syalfarina binti Mustamin Pendidikan Islam 3 Siti Hajar binti Alias Pendidikan Islam 3 K U A L I T I P I M P I N A N D I J U L A N G


B U L E T I N J P P 2 0 2 2 JAWATANKUASA BULETIN Najiha Ariani Cyllesvia Juanis Bahasa Melayu (SK) Suhaila Bahasa Melayu (SK) K U A L I T I P I M P I N A N D I J U L A N G Syazwana Latifah Masturina Afifah


KEKUNCI EDITOR DARI


Semester Baru, Azam Baru Kini tiba masanya untuk siswa-siswi guru Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGKT) kembali ke kampus untuk menyambung pengajian. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar PPISMP Ambilan Jun 2021 yang berjaya beralih ke PISMP tahun 1 dan para pelajar PISMP Ambilan Jun 2021 yang telah memasuki tahun kedua ijazah. Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat datang buat siswa-siswi guru PPISMP Ambilan Jun 2022 yang baru mendaftar di IPG Kampus Tawau pada 1 Ogos 2022 yang lalu. Semoga seluruh warga IPG Kampus Tawau kekal bersemangat untuk melaksanakan tugasan dan menjalani tahun pengajian yang baharu. OLEH: MUHAMMAD HAZIQ BIN TARMIZI PISMP PAI 4 TAHUN 1


S E G M E N B E R I T A K U A L I T I P I M P I N A N D I J U L A N G


BULAN MAC PROGRAM DAN AKTIVITI SEPANJANG KUALITI PIMPINAN DIJULANG


MAC 2022 Kursus Penulisan Akademik yang melibatkan para pelajar IPGKT telah diadakan dengan jayanya pada 4-5 Mac 2022 bertempat di Dewan AlKhawarizmi. Program yang telah dirasmikan oleh Dr Lina Thomas @ Tupang ini turut dihadiri oleh Dr Ghazali Sulaiman, Dr Halimatussaadiah Mat Saad dan Puan Hajah Fatimah Dullah sebagai penceramah program. IPG KAMPUS TAWAU


Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGKT) telah menghantar 6 orang wakil bagi menyertai Pertandingan Majlis Tilawah, Tafsir dan Hafazan al-Qur'an (MTTHQ) peringkat kebangsaan 2022 anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Program ini berlangsung pada 11-13 Mac 2022 bertempat di IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada wakil pelajar IPGKT.


PROGRAM BICARA PEMIMPIN BERSAMA REKTOR IPGM 18 Mac 2022 Program Bicara Pemimpin Bersama Rektor IPGM yang melibatkan semua siswa pendidik IPGKT telah berjaya diadakan di Dewan Datuk Amir Bek pada 18 Mac 2022 yang lalu. Program ini dihadiri oleh rektor IPGM iaitu YBrs Dr Rusmini binti Ku Ahmad.


Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) SISWA SISWI GURU PISMP IPGKT . @PISMP . MAC 2022 Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah dijalankan oleh siswa guru PISMP ambilan Jun 2022 pada 21-25 Mac 2022. Pelajar ditugaskan untuk melakukan tugasan ini di sekolah yang dipilih selama satu minggu. Latest News MAC 2022 PISMP


BULAN APRIL PROGRAM DAN AKTIVITI SEPANJANG KUALITI PIMPINAN DIJULANG


Program Setitik Darah, Sejuta Rasa anjuran Politeknik Tawau Sabah (PTS) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGKT) di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diadakan pada 2 April 2022 di Dewan Datuk Amir Bek, IPGKT. Cenderahati diberikan kepada penderma yang hadir menderma darah pada hari tersebut sebagai tanda penghargaan. 2 APRIL 2022 PROGRAM SETITIK DARAH, SEJUTA RASA APRI L 2 0 2 2


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Tawau telah mengadakan Bengkel Penulisan Khat yang melibatkan semua siswa pendidik PPISMP PAI Ambilan Jun 2021. Ustaz Ismail bin Chacho@Maelcha merupakan penceramah jemputan bagi bengkel khat yang diadakan selama dua hari ini. Bengkel Penulisan Khat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang teknik penulisan khat yang betul kepada siswa pendidik PPISMP PAI Ambilan Jun 2021. 10 & 16 April 2022 BENGKEL PENULISAN KHAT APRI L 2 0 2 2


Satu program Majlis Khatam AlQuran, Penutupan Ihya' Ramadan & Iftar Perdana Bersama AnakAnak Yatim telah diadakan pada 27 April 2022 bertempat di Pusat Islam An-Nur IPG Kampus Tawau. 27 April 2022 MAJLIS KHATAM AL-QURAN, PENUTUP IHYA RAMADHAN DAN MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM APRI L 2 0 2 2


MAJLIS ISTIADAT WATIKAH PELANTIKAN APRI L 2 0 2 2 Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023 bertempat di Dewan Datuk Amir Bek. 29 April 2022


BULAN MEI PROGRAM DAN AKTIVITI SEPANJANG KUALITI PIMPINAN DIJULANG


Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah mengadakan Pertandingan Tiktok Lebaran bersempena dengan majlis Sambutan Lebaran Aidilfitri peringkat IPG Kampus Tawau. Semua siswa guru IPG Kampus Tawau dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini kerana hadiah yang disediakan sangat menarik. 12 - 18 Mei 2022 PERTANDINGAN TIKTOK LEBARAN ME I 2 0 2 2


IPG Kampus Tawau telah mengadakan satu majlis Sambutan Lebaran Aidilfitri bersempena dengan bulan Syawal. Sambutan Lebaran Aidilfitri dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pensyarah, staf dan siswa guru IPG Kampus Tawau. Pelbagai jenis makanan turut dihidangkan dalam majlis tersebut. 20 Mei 2022 SAMBUTAN LEBARAN AIDILFITRI ME I 2 0 2 2


Mei 2022 SAMBUTAN LEBARAN AIDILFITRI 20 Mei 2022 IPG Kampus Tawau telah mengadakan Sambutan Lebaran Aidilfitri sempena menyambut bulan Syawal pada bulan Mei yang lalu. Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan yang dianjurkan, iaitu pertandingan booth, pertandingan hidangan setiap booth dan cabutan bertuah.


Para siswa dan siswi PPISMP ambilan Jun 2021 IPG Kampus Tawau telah mengadakan satu jamuan akhir semester yang melibatkan semua pelajar dari unit Pendidikan Islam 1, 2, 3 dan 4. Jamuan tersebut berlangsung di masjid dengan kerjasama para AJK yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. 26 MEI 2022 JAMUAN AKHIR PPISMP ME I 2 0 2 2


Mesyuarat ini melibatkan semua ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGKT. Mesyuarat ini diadakan secara dalam talian melalui pautan Google Meet pada hari Selasa jam 0900 malam. 31 MEI 2022 MESYUARAT KERANGKA PEMBOLEHLAKSANAAN MANIFESTO ME I 2 0 2 2


BULAN JUN PROGRAM DAN AKTIVITI SEPANJANG KUALITI PIMPINAN DIJULANG


Siswa dan siswi guru PPISMP dan PISMP ambilan Jun 2021 telah menduduki ujian atas talian melalui platform Google Classroom. Warga IPG Kampus Tawau turut memberikan sokongan padu bagi meningkatkan lagi semangat para siswa dan siswi guru untuk beroleh kecemerlangan. 7 JUN 2022-16 JUN 2022 PEPERIKSAAN JUN 2022 JUN 2 0 2 2


BULAN JULAI PROGRAM DAN AKTIVITI SEPANJANG KUALITI PIMPINAN DIJULANG


Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) IPG Kampus Tawau telah menganjurkan satu webinar antarabangsa pada hari Selasa jam 0900 pagi hingga 1100 pagi melalui platform Zoom dan Youtube. Kelab Pembimbing Rakan Sebaya telah menjemput para panel yang hebat dan aktif bagi menjayakan program ini. Program ini disertai oleh semua siswa dan siswi PPISMP dan PISMP Ambilan Jun 2021. 19 JULAI 2022 WEBINAR ANTARABANGSA: PEMBELAJARAN BERMAKNA DI BILIK DARJAH JUL A I 2 0 2 2


JULAI 2022 KONVESYEN PEMIMPIN PENERAJU NASIONAL (JPP IPGM) 26-27 JULAI 2022 IPG Kampus Tawau telah menghantar dua orang siswa guru untuk mewakili IPGKT ke konvensyen Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG KPM di peringkat kebangsaan. Wakil pelajar yang terlibat ini memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertua dan Naib Setiausaha Agong Kehormat.


Dua orang wakil Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah mewakili IPG Kampus Tawau ke Konvensyen Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar( JPP) Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertempat di Hotel Flamingo, Kuala Lumpur selama 3 hari bagi membincangkan hala tuju IPGM dan peranan JPP sebagai wakil siswa-siswi guru. 26 JULAI 2022 - 28 JULAI 2022 KONVENSYEN KEPIMPINAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPG KPM JUL A I 2 0 2 2


BULAN OGOS PROGRAM DAN AKTIVITI SEPANJANG KUALITI PIMPINAN DIJULANG


Pendaftaran pelajar baharu PPISMP ambilan Jun 2022 bertempat di Dewan Amir Bek bermula jam 8 pagi sehingga 10.30 pagi yang dikelola oleh barisan Jawatan Perwakilan Pelajar dan barisan pensyarah IPG Kampus Tawau. 1 OGOS 2022 - 4 OGOS 2022 PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PPISMP AMBILAN JUN 2022 OGOS 2 0 2 2


Perhimpunan Bersama Pengarah bertempat di Dewan Amir Bek bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 malam yang dikelola oleh barisan Jawatan Perwakilan Pelajar dan barisan pensyarah IPG Kampus Tawau. 11 OGOS 2022 PERHIMPUNAN BERSAMA PENGARAH & PERASMIAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN OGOS 2 0 2 2


Pendaftaran pelajar baharu PPISMP ambilan Jun 2022 fasa 2, seramai 18 orang bertempat di Dewan Amir Bek bermula jam 8 pagi sehingga 10.00 malam yang dikelola oleh barisan Jawatan Perwakilan Pelajar dan barisan pensyarah IPG Kampus Tawau. 16 OGOS 2022 - 21 OGOS 2022 PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PPISMP AMBILAN JUN 2022 FASA 2 OGOS 2 0 2 2


PERTANDINGAN FOTOGENIK KEMERDEKAAN OGOS 2 0 2 2 Pertandingan fotogenik kemerdekaan telah dianjurkan oleh Biro Kebajikan dan Sosial IPG Kampus Tawau dari 12 hingga 22 Ogos 2022. Pertandingan ini melibatkan wakil 3 orang siswa atau siswi dari setiap unit untuk menghasilkan gambar yang bertemakan kemerdekaan. Gambar yang dihasilkan hendaklah dimuatnaik di Instagram dan pertandingan ini bertujuan menerapkan semangat kemerdekaan dalam kalangan para siswa. 12 OGOS 2022 - 22 OGOS 2022


PERTANDINGAN MENGHASILKAN BLOG KEMERDEKAAN OGOS 2 0 2 2 Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) telah mengadakan pertandingan menghasilkan blog kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan di bawah anjuran Biro Akademik. Setiap unit diminta untuk menghasilkan satu blog yang mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan dengan kemerdekaan dan disusun mengikut kreativiti masing-masing. 15 OGOS 2022 - 29 OGOS 2022


PERTANDINGAN FOTOGRAFI KEMERDEKAAN OGOS 2 0 2 2 Pertandingan fotografi kemerdekaan telah dianjurkan oleh Biro Helwani IPG Kampus Tawau dari 15 hingga 23 Ogos 2022. Pertandingan ini melibatkan wakil 3 orang siswa atau siswi dari setiap unit untuk menghasilkan fotografi yang bertemakan kemerdekaan. Foto yang dihasilkan hendaklah dimuatnaik di mana-mana media sosial dan pertandingan ini bertujuan menyuntik semangat patriotisme di kalangan siswa siswi. 15 OGOS 2022 - 23 OGOS 2022


PERTANDINGAN BILIK KREATIF OGOS 2 0 2 2 Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) telah mengadakan pertandingan bilik kreatif sempena bulan kemerdekaan di bawah anjuran Biro Kediaman. Setiap wisma diminta untuk menghantar 4 wakil (2 wakil setiap aras). Hiasan hendaklah mengikut tema kemerdekaan dan kreatif serta berada dalam keadaan kemas dan tersusun. 15 OGOS 2022 - 25 OGOS 2022


PERTANDINGAN VIDEO PENDEK MERDEKA OGOS 2 0 2 2 Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) telah mengadakan Pertandingan Video Pendek Merdeka sempena bulan kemerdekaan di bawah anjuran Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan. Setiap unit perlu menghasilkan video pendek berdurasi 5-7 minit yang bertemakan 'Keluarga Malaysia'. Video yang dihasilkan mestilah kreatif dan berdasarkan unsur kemerdekaan yang diketengahkan dan dimuatnaik ke dalam Youtube. 27 OGOS 2022 - 30 OGOS 2022


PERTANDINGAN INOVASI REPLIKA MONUMEN MALAYSIA OGOS 2 0 2 2 Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) telah mengadakam pertandingan Inovasi Replika Monumen Malaysia sempena bulan kemerdekaan di bawah anjuran Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa. Setiap unit diminta untuk menghasilkan sebuah monumen yang berbeza dengan unit lain mengikut kreativiti masing-masing. Terdapat hadiah yang menarik disediakan untuk para pemenang. 18 OGOS 2022 - 29 OGOS 2022


MAJLIS APRESIASI PENDIDIK OGOS 2 0 2 2 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pendidik pada 26 Ogos 2022 dengan tema yang telah ditetapkan iaitu 'Back To School'. Majlis ini diadakan di Dewan Amir Bek IPG Kampus Tawau pada pukul 7.30 a.m. sehingga 11 a.m.. Semua siswa guru, pensyarah dan staf digalakkan untuk memakai pakaian mengikut tema. 26 OGOS 2022


PERTANDINGAN FUN RUN MERDEKA OGOS 2 0 2 2 Fun Run Kemerdekaan telah berlangsung pada 28 Ogos di bawah anjuran Biro Sukan dan Rekreasi. Fun Run ini bermula pada jam 6.50 pagi dan tamat pada 9.30 pagi. Trek larian adalah di kawasan IPG Kampus Tawau. Fun Run ini melibatkan semua siswa siswi guru IPG Kampus Tawau. 28 OGOS 2022


PERTANDINGAN 'MERDEKA SALE' OGOS 2 0 2 2 Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) telah mengadakan pertandingan 'Merdeka Sale' sempena bulan kemerdekaan di bawah anjuran Biro Keusahawanan . Peserta perlulah mempromosikan barangan jualan tempatan dengan membuat video berdurasi 1 minit. Setiap unit perlu menghantar sekurangkurangnya tiga orang wakil untuk bertanding. 20 OGOS 2022 - 29 OGOS 2022


PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK BERKUMPULAN OGOS 2 0 2 2 Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) telah mengadakan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Berkumpulan sempena bulan kemerdekaan di bawah anjuran Biro Kebudayaan dan Kesenian. Semua siswa guru diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Setiap unit perlu menghantar video nyanyian untuk peringkat saringan pada 27 Ogos 2022 dan lima kumpulan akan dipilih untuk ke peringkat akhir yang diadakan pada 30 Ogos 2022 bertempat di Dewan Datuk Amir Bek. 27 OGOS 2022 - 30 OGOS 2022


PERTANDINGAN SUKANEKA MERDEKA OGOS 2 0 2 2 Sukaneka Merdeka telah diadakan pada 30 Ogos 2022 bertempat di belakang Astaka IPG Kampus Tawau. Sukaneka bermula pada jam 2 petang hingga 5 petang dan melibatkan semua warga IPG Kampus Tawau. Sukaneka ini dikelola oleh barisan Jawatan Perwakilan Pelajar (JPP) 30 OGOS 2022


PROGRAM AMBANG KEMERDEKAAN OGOS 2 0 2 2 Program Ambang Kemerdekaan telah diadakan pada 30 Ogos 2022 di Dewan Amir Bek IPG Kampus Tawau. Program ini bermula pada pukul 8 hingga 10 malam dan melibatkan semua warga IPG Kampus Tawau. Program ini dikelola oleh barisan Jawatan Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Tawau . 30 OGOS 2022


Click to View FlipBook Version