MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA TAHUN 2017
Tarikh : 28 Disember 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat/PPKi
Masa : 2.00-3.00 Ptg
Kehadiran:
1. Pn. Sio Siok Hie - Guru Besar
2. Christine Yek - SU Kokurikulum
3. Semua Guru – Rujuk lampiran
Agenda 1 : Ucapan Pengerusi.
1.1 Mesyuarat dimulakan
1.2 SU kokurikulum mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran ke Mesyuarat
Pengurusan kali pertama 2017.
Agenda 2 : Ucapan Guru Besar
2.1 Beliau berharap untuk pasukan menjadi juara dalam setiap pertandingan yang disertai.
2.2 Beliau juga berharap supaya ada di kalangan pelajar dapat mewakili ke peringkat
kebangsaan.
2.3 Beliau juga berharap semua guru dapat memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti ko
kurikulum sepanjang tahun 2017.
Tindakan : Agenda 2.3 Pengurus dan Penasihat Unit-Unit Kokurikulum
Agenda 3 : Taklimat aktiviti kokurikulum 2017
3.1 Aktiviti kokurikulum yang dilakukan harus berpandukan pekeliling.
3.2 Menyenaraikan aktiviti penting unit kokurikulum sepanjang tahun 2017.
3.3 Membentangkan dasar 1M1S .
3.4 Pengurusan aktiviti kokurikulum perlu dirancang dengan sempurna sebelum perlaksanaan..
3.5 Memastikan semua murid mengenakan pakaian baju T semasa perhimpunan unit beruniform.
3.6 Guru penyelaras memastikan semua murid terlibat dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan.
3.7 Setiap guru penasihat memastikan surat kebenaran dan perakuan kesihatan murid.
3.8 Perlantikan jawatankuasa unit-unit kokurikulum perlu mengambil kira potensi pelajar
3.9 Pertandingan peringkat PPD adalah seperti takwim.
Tindakan : Agenda 3.7 & 3.8 Semua Guru Penasihat
Agenda 4: Pengurusan kokurikulum tahun 2017
4.1 Perlaksanaan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah dijalankan pada setiap Rabu(.
4.2 Setiap aktiviti luar perlu mendapat kelulusan daripada JPN
4.3 Kad Kokurikulum pelajar akan diedarkan kepada guru penasihat dan akan diserahkan kepada
guru kelas akhir oktober untuk dimasukkan markah kedalam sistem.
4.4 Minit mesyuarat agung persatuan ,unit beruniform dan kelab persatuan mesti diserahkan
kepada PK Kokurikulum dalam masa 7 hari selepas mesyuarat.
Tindakan: Agenda 4 - Semua guru penasihat unit beruniform dan kelab persatuan
Agenda 5 : Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Tahun 2017
5.1 Kertas kerja pembangunan sukan bagi setiap permainan perlu disediakan.
5.2 Aktiviti kokurikulum tahun 2017 perlu dirancang berdasarkan SKT( sasaran Kerja
Tahunan).Rasionalnya supaya aktiviti kokurikulum yang dijalankan tahun ini dapat menarik
perhatian pelajar dan mencapai sasaran target 100 peratus penglibatan pelajar diperingkat
sekolah.
5.3 Setiap aktiviti mengikut jadual kerja kokurikulum yang telah ditetapkan .
Tindakan : Agenda 5 - Semua Guru Penasihat
Agenda 6 : Hal-hal lain.
6.1 Semua guru telah memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti pada tahun
2016.
6.2 Semua berkaitan aktiviti
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
Dicatat oleh, Disahkan oleh,
………………………………….. …………………………………………
(Christine Yek) (SIO SIOK HIE)
SU Kokurikulum GURU BESAR,
SJK THAI KWANG