DUA 6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN
DALAM ISLAM
E – FOLIO
GARIS PANDUAN PENYIARAN
SESI – JUNE 2020
NAMA PENSYARAH: USTAZ MD SHUKRI BIN ABD RAHIM
NAMA NO MATRIK
NURUL NADIA BINTI MOHAMAD 14DHM18F2002
FUZI
NURUL NAJWA BINTI GHAZALI 14DHM18F2009
NUR AFIQAH BINTI JAMIL 14DHM18F2023
NUR ADILAH BINTI ABD RAZAK 14DHM18F2031
ISI KANDUNGAN
BIL SENARAI
1 PENGHARGAAN
2 PENGENALAN
3 KONSEP PENYIARAN ISLAM
4 PENGERTIAN PENYIARAN DAN PENYIARAN ISLAM
5 a) Penyiaran
b) Penyiaran Islam
6
7 GARISAN PANDUAN PENYIARAN DI MALAYSIA
8 1. AKTA PENYIARAN
2. AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997
9 3. AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997
4. AKTA TELEPERUBATAN 1997
10 5. AKTA HAKCIPTA 1997
CIRI-CIRI SIARAN YANG BOLEH DISIARKAN
CIRI-CIRI SIARAN YANG TIDAK BOLEH DISIARKAN
GARISAN PANDUAN PENYIARAN MENURUT ISLAM
-MODEL PENYIARAN ISLAM
-SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIIKUTI
GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN
a) SENI PENTAS
b) NYANYIAN
c) TARIAN
GARIS PANDUAN LAGU
a) LIRIK
b) PERALATAN MUZIK
c) UNSUR MUZIK
11 GARIS PANDUAN PENGANJURAN PROGRAM HIBURAN
a) MENEKAN ASPEK BERIKUT
b) MENJAUHI ASPEK BERIKUT
12 GARIS PANDUAN PEMAKAIAN HIBURAN DALAM ISLAM
13 KESIMPULAN
14 RUJUKAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah
kurinaNya dapat juga kami menyiapkan E-Folio kami yang telah diusahakan bertajuk "Garis
Panduan Penyiaran".
Ribuan Terima Kasih kami ucapkan kepada individu yang banyak membantu kami
sepanjang kami menyiapkan E-Folio ini. Pertama sekali Kepada USTAZ MD SHUKRI BIN
ABD RAHIM selaku pensyarah DUA6022-Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam kerana
diatas kesudian beliau memberi tunjuk ajar kami berkaitan dengan tugas ini.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibubapa dan tidak lupa juga rakan-rakan
seperjuangan yang bersama-sama berhampas pulas dalam menyempurnakan tugasan yang
diberikan oleh pensyarah.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak yang telah membantu kami secara langsung atau
tidak langsung sepanjang kami menjalankan E-folio kami.
PENGENALAN
Garis panduan penyiaran adalah merupakan satu perkara penting bagi melindungi
kepentingan orang awam, Negara dan kerajaan daripada anasir-anasir yang boleh mengancam
perpaduan dan pertumbuhan Negara yang disebarkan oleh media penyiaran. Tujuan garis panduan
ini adalah untuk memastikan semua bentuk penyiaran melalui radio dan televisyen di Malaysia
memenuhi dasar-dasar dan inspirasi Negara kearah mencapai wawasan 2020.
Garis panduan ini ditujukan kepada mereka yang terliat dalam penerbitan dan penyiaran
apa jua bahan siaran di radio dan televisyen. Semua stesen radio dan televisyen yang dilesenkan
di bawah Akta Penyiaran 1988 (Pindaan 1996), mesti menggunakan garis panduan ini. Antara
garis panduan yang mesti dipatuhi oleh setiap stesen penyiaran adalah dari segi bahan-bahan siaran
sama ada ia merupakan bahan yang boleh disiarkan atau sebaliknya.
Antara bahan siaran yang harus mematuhi garis panduan tersebut ialah siaran berita dan
siaran hiburan. Ciri-ciri siaran berita yang boleh disiarkan adalah bahan tersebut mestilah
menyokong wawasan Negara, menghormati sensitivity atau kepekaan rakyat, dan memaparkan
keindahan dan kemajuan Negara. Manakala , ciri-ciri siaran berita yang tidak boleh disiarkan
adalah bahan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang individu, menjejaskan imej malaysia
dan memperkecilkan Negara yang ada hubungan baik denganya serta menimbulkan sentiment
kesukuan, keagamaan, asal keturunan dan antara golongan.
Seterusnya, ciri-ciri siaan hiburan yang boleh disiarkan adalah lagu-lagu yang sesuai
dengan cita rasa majoriti masyarakat Malaysia dan mencerminkan keperibadian bangsa dan nilai-
nilai murni. Serta muzik, nyanyian, seni lakon dan seni tari yang membina watak dan peribadi
manusia yang sihat, berbudi bahasa, cergas dan maju. Manakala, siaran hiburan yang tidak boleh
disiarkan adalah, tarian-tarian tidak sopan dan bertentangan dengan seni tari Malaysia. Seni kata
yang menghina agama, bangsa dan yang menyinggung peribadi sesorang juga tidak boleh
disiarkan.
Terdapat juga garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian dalam siaran hiburan.
Antaranya, dari aspek perihal artis, iaitu rambut artis lelaki tidak boleh panjang, rambut mesti
disikat dengan rapi dan didandan dengan kemas. Dari segi pakaian pula, pakaian artis lelaki
mestilah lengkap, kemas dan sopan, seluar yang tidak terlalu ketat dan tidak boleh memakai
subang pada bahagian telinga dan hidung. Bagi artis perempuan pula, pakaian mereka mestilah
tidak mendedahkan sebahagian besar dada dan perut, skirt mestilah lengkap, kemas dan sopan.
Dari aspek tata kelakuan pula,artis tersebut mestilah tidak membuat pengucapan yang
menggalakkan kea rah kemungkaran atau menyentuh sensitiviti agama atau kaum melalui lirik
lagu, skrip komedi atau drama. Dan mereka juga tidak terikat atau melibatkan diri dengan apa-apa
perkara atau perlakuan yang boleh dianggap sebagai keruntuhan akhlak atau antisosial. Manakala,
penerbit dan pengarah pula, sekiranya penerbit dan pengarah yang terlibat dengan perbuatan yang
tidak bermoral, mereka akan didakwa dan disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman.
KONSEP PENYIARAN ISLAM
Konsep penyiaran Islam yang asas adalah bergantung kepada tasawur kemanusiaan yang
dilihat dari perspektif Islam, iaitu hubungan tiga segi antara Allah SWT, manusia dan masyarakat
(Islamic triangular relationship) (Ibrahim Abu Nab, 1984).
Melalui hubungan dengan Allah, manusia berkomunikasi dengan Allah secara vertikal
untuk memenuhi asas penciptaan dan semua kerja hendaklah sehingga menghasilkan output
penyiaran yang dianggap ibadah sekiranya ikhlas kerana Allah. Seterusnya, hubungan dengan
manusia. Manusia telah dilengkapkan keupayaan mendengar, melihat, kognitif dan boleh
membezakan antara baik dengan buruk. Penyiaran ini dianggap sebagai jalan bagi mengenali
Allah. Dan akhir sekali, hubungan dengan masyarakat. Akhlak merupakan prinsip asas dalam
merancang fungsi penyiaran. Oleh itu, objektif tertinggi penyiaran Islam adalah memperoleh
keseimbangan spiritual dan fizikal masyarakat.
Zulkiplie Abd. Ghani, 2009, mengatakan bahawa penubuhan media penyiaran yang
berkonsepkan Islam dilihat sebagai satu perubahan yang mengikut peredaran masa dan sesuai
dengan masa kini. Media penyiaran Islam dilihat semakin mendapat perhatian dan mencetuskan
fenomena positif dalam kalangan masyarakat. Penubuhan media penyiaran yang berkonsepkan
Islam merupakan sebuah platform baharu untuk mengembangkan dan menyampaikan dakwah
kepada masyarakat. Dan seterusnya membantu untuk memberi kefahaman mengenai Islam yang
mendalam dan mudah melalui bentuk audiovisual kepada audiens.
PENGERTIAN PENYIARAN DAN PENYIARAN ISLAM
a) Penyiaran
Berdasarkan Kamus Dewan (2007), penyiaran didefinisikan sebagai aktiviti mengadun
atau memancarkan rancangan radio dan televisyen kepada khalayak di sekitar kawasan yang dapat
diliputi oleh alat penerima siaran dengan menggunakan sistem analog, satelit atau kabel. Dari segi
bahasa (etimologi), penyiaran bererti proses, cara dan perbuatan menyiarkan. Dari segi istilah
(terminologi) pula, penyiaran bermaksud proses komunikasi yang disampaikan kepada audien,
iaitu suatu proses pengiriman maklumat daripada seseorang kepada masyarakat melalui proses
pemancaran elektromagnetik atau gelombang yang lebih tinggi (J.B Wahyudi, 1996).
b) Penyiaran Islam
Penyiaran Islam ialah suatu aktiviti yang dipancarkan kepada khalayak berasaskan nilai-
nilai keagamaan dan terjamin kebenarannya serta membawa keselamatan dalam kehidupan dunia
dan kehidupan akhirat. Menurut Ramli Abd. Rahim (1993), penyiaran azan menandakan waktu
solat TV1 dan segmen doa TV3 tidak cukup untuk memberi gambaran bahawa persembahan
televisyen kita sudah islamik. Begitu juga, kebanyakan masyarakat berpendapat bahawa penyiaran
Islam hanya tertumpu kepada program yang berbentuk ceramah, forum atau soal jawab agama
sahaja dan sesetengah orang pula beranggapan bahawa penyiaran Islam tidak wujud.
Menurut pandangan Abdullah Nasih ‘Ulwan dan Eric A. Winkel yang mengatakan banyak
program televisyen menyebarkan kemungkaran seperti pemaparan adegan-adegan lucah dan ganas
dan perkara ini bertentangan dengan maqasid al-syariah yang menegah perkara berikut. Menurut
Zulkiplie Abd. Ghani (2003) pula, mengatakan salah satu cara yang membolehkan Amerika
Syarikat mengembangkan dominasi ekonomi mereka dengan mengimport program penyiaran
yang khususnya dari negara-negara Barat.
GARISAN PANDUAN PENYIARAN DI MALAYSIA
1. AKTA PENYIARAN
Akta Penyiaran mengandungi peruntukan mengenai kawalan perkhidmatan penyiaran dan
bagi perkara yang berkaitan dengannya. Terdapat lima bahagian berasingan di bawah Akta
Penyiaran 1988 ini. Kuasa yang diwujudkan di bawah Akta Penyiaran 1988 adalah mutlak dan
dikawal oleh Menteri Penerangan. Tujuan akta ini diwujudkan adalah untuk memastikan TV3 atau
mana-mana institusi penyiaran yang mungkin akan wujud pada masa akan datang tidak dapat
mengelakkan daripada kawalan kerajaan.
Pada tahun 1996, akta ini telah dipinda dan dinamakan Akta Penyiaran (Pindaan) 1996.
Namun, pada tahun 1996 juga telah wujud rancangan Multimedia Super Corridor (MSC). Maka,
akta ini telah dimansuhkan dan diganti dengan akta baharu, iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia
1998. Undang-undang siber yang dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi campur tangan kerajaan
dalam memantau industri penyiaran, komunikasi dan multimedia. Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 (Akta 588) ini mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006. Akta ini
mengandungi 11 bahagian dengan 282 seksyen. Akta ini juga merupakan undang-undang
terpanjanag di Malaysia. Selain itu, terdapat juga empat (4) akta lain iaitu Akta Jenayah Komputer
1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997 dan Akta Hakcipta Pindaan 1997.
2. AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997
Akta Jenayah Komputer 1997 adalah berkaitan dengan kesalahan berkaitan
penyalahgunaan komputer untuk tujuan melakukan jenayah. Di bawah akta ini, akses secara tidak
sah atau mengubah apa-apa program atau data yang terdapat di dalam sesebuah komputer adalah
salah dan boleh dikenakan hukuman. Akta ini juga berkesan kepada apa-apa jenayah yang
dilakukan di luar Malaysia walaupun kesalahan tersebut dilakukan oleh seseorang atau dari sesuatu
tempat di luar Malaysia selagi mana komputer, program atau data tersebut adalah berada di
Malaysia atau boleh dicapai, dihubungkan atau digunakan dengan komputer di Malaysia.
3. AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997
Akta Tandatangan Digital 1997 adalah akta yang dibuat untuk memberi keyakinan dan
menggalakkan orang awam melakukan transaksi elektronik yang selamat di peringkat tempatan
dan antarabangsa. Akta ini berkuatkuasa pada 1 Oktober 1998.
Di bawah akta ini, tandatangan digital menyediakan sistem verifikasi untuk mengesahkan
identiti penghantar dan mesej yang dihantar. Untuk membolehkan tandatangan digital diperakui,
sijil daripada pihak berkuasa sijil perlu diperolehi. Sijil tersebut akan dihantar bersama mesej
sebagai pengesahan bahawa mesej adalah benar sepertimana yang dihantar dan diterima. Akta ini
bertujuan untuk mengawalselia penggunaan tandatangan digital, menjamin keselamatan mengenai
isu undang-undang yang berkaitan perdagangan elektronik, mengesahkan penggunaan
tandatangan digital melalui sijil perakuan yang dikeluarkan.
Tandatangan digital adalah tandatangan elektronik berbentuk suatu rentetan kod dan
digunakan untuk mengesahkan identiti penghantar sesuatu mesej atau penandatangan sesuatu
dokumen. Tandatangan digital digunakan untuk memastikan sesuatu maklumat itu betul dan sah
untuk komunikasi elektronik. Tandatangan digital adalah satu mekanisma yang digunakan untuk
menandatangani sesuatu dokumen secara rasmi. Tandatangan digital susah ditiru, kompleks,
menggunakan konsep enkripsi dan dekripsi. Satu cara mengesahkan pengirim dokumen dan
kandungannya. Membolehkan pengguna mengesahkan identiti pihak yang berurusan dengan
mereka. Memastikan tandatangan tidak palsu. Membolehkan urusan cara elektronik dibuktikan
dalam proses undang-undang. Antara produk yang terlibat adalah e-mail yang dilindungi, laman
web, pelayan..Perkhidmatan dalam talian (dengan teknologi enkripsi Secure Sockets Layer (SSL)
dan Secure Electronic Transaction (SET) prasana awam utama. Sijil Digital adalah dokumen
identiti digital seperti kad kredit elektronik yang merujuk kepada identiti seseorang ketika
melakukan perniagaan atau transaksi dalam talian. Dokumen ini juga memastikan data yang
dihantar dan diterima tidak dibaca oleh orang lain atau diubah.
4. AKTA TELEPERUBATAN 1997
Akta Teleperubatan 1997 ialah satu akta Malaysia bagi pengawalseliaan dan pengawalan
amalan teleperubatan; dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini merupakan
salah satu daripada enam undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini. Akta ini masih
belum berkuatkuasa, dan bergantung kepada budi bicara Menteri Kesihatan.
Secara ringkasnya, pegawai perubatan kini boleh merawat pesakit dari jauh. Pemantauan
boleh dilakukan dari mana saja. Perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perundingan kepada
pesakit individu, serta penyampaian maklumat tentang penjagaan kesihatan melepasi suatu jarak
tertentu, dengan menggunakan teknologi telekomunikasi. Hospital Putrajaya adalah antara
hospital kerajaan pertama mengamalkan pendekatan berelektronik. Sistem Maklumat Hospital
Bersepadu (THIS) membolehkan proses rujukan kes pesakit dilakukan di mana saja pesakit
mendapatkan rawatan. Selain Hospital Putrajaya, beberapa hospital baru lain terbabit dengan
pelaksanaan inisiatif ini termasuk Hospital Serdang, Ampang, Sungai Buloh dan Hospital
Selayang.
Seksyen 3(1):
a. pengamal perubatan penuh – ada perakuan teleperubatan.
b. pengamal perubatan luar negara – ada perakuan teleperubatan Majlis Perubatan
Malaysia, ada perakuan teleperubatan yang sah
Kuasa kelulusan mengamalkan teleperubatan Ketua Pengarah Perubatan Malaysia.
Jika langgar seksyen 3(1) ini boleh sabit kesalahan – denda <RM 500,000 @ penjara < 5
tahun @ keduanya.
Seksyen (4) perakuan mengamalkan teleperubatan:
Majlis perubatan – keluarkan perakuan bertulis, boleh tarik balik bila-bila masa, pengamal
boleh rayu kepada menteri.
Seksyen (5) persetujuan pesakit
(1) sebelum mengamalkan teleperubatan perlu dapat persetujuan bertulis drp pesakit.
(2) persetujuan tak sah sebelum maklumkan pada pesakit – hak, risiko, perlindungan
kerahsiaan.
5. AKTA HAKCIPTA (PINDAAN) 1997
Undang-undang hak cipta Malaysia ialah undang-undang yang melindungi hak
cipta di Malaysia. Undang-undang ini mengikut Akta Hakcipta 1987. Akta Hakcipta 1987
ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 April 1987. Akta ini memansuhkan Akta
Hakcipta 1969.
Akta ini dipinda oleh Akta Hakcipta (Pindaan) 1997. Antara sebab utama pindaan ini ialah
berikutan masalah pemindahan karya hak cipta melalui Internet.Malaysia ialah satu daripada
negara-negara yang menyertai Konvensyen Berne. Ini bermakna, karya-karya dari semua negara
dalam Konvensyen ini menikmati perlindungan pada taraf yang sama dengan karya-karya di
Malaysia. Walau bagaimanapun, karya dari negara yang tidak menyertai Konvensyen Berne juga
berhak mendapat perlindungan sekiranya karya itu "mula-mulanya diterbitkan di Malaysia" atau
"mula-mulanya diterbitkan di tempat lain tetapi diterbitkan di Malaysia dalam masa tiga puluh hari
dari penerbitan di tempat lain itu".
Seterusnya, jenis-jenis karya yang dilindungi oleh Akta ini ialah:
Karya sastera
Karya muzik
Karya seni
Karya terbitan
Filem
Rakaman bunyi
Siaran
Secara umum, hak cipta yang terdapat pada karya sastera, muzik atau seni selain daripada
fotograf wujud sepanjang hayat si pencipta dan wujud sehingga 50 tahun selepas kematiannya.
Bagi karya-karya jenis lain pula, jangka masa hak cipta ialah sehingga 50 tahun selepas karya itu
mula-mula diterbitkan.
Tidak seperti undang-undang hak cipta di negara lain, Malaysia mengakui hak cipta bagi karya
yang dibuat oleh Kerajaan atau pertubuhan Kerajaan. Ini dinyatakan dalam seksyen 11 (1). Sebagai
perbandingan, undang-undang hak cipta Amerika Syarikat tidak merangkumi karya-karya yang
dibuat oleh kerajaan kecuali sekiranya karya itu adalah untuk tujuan dagangan atau tujuan-tujuan
khas lain. Oleh itu, hampir semua karya yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat adalah di
dalam domain awam.Undang-undang hak cipta Indonesia juga tidak melindungi sebarang karya
yang dibuat oleh Pemerintah.
Antara ciri- ciri unik yang terdapat dalam Akta Hakcipta 1987 ialah kewujudan kuasa untuk
menguatkuasakan Akta tersebut. Akta ini memperuntukkan bahawa seorang pegawai polis boleh,
dengan waran yang dikeluarkan oleh majistret, memasuki rumah atau premis pada bila-bila masa
untuk mencari serta menyita apa-apa salinan langgaran hak cipta dan menggunakan kekerasan bagi
menggeledah tempat itu.
Antara bahan siaran yang harus mematuhi garis panduan terbahagi kepada dua iaitu Siaran
berita dan siaran hiburan dan Perihal artis dan tata kelakuan artis,
Penyiaran berita ialah medium penyiaran pelbagai acara berita dan maklumat lain melalui
televisyen, radio, atau internet dalam bidang siaran kewartawanan. Kandungannya biasanya
dihasilkan di dalam sebuah studio radio atau bilik berita studio televisyen, atau oleh rangkaian
penyiaran. Ia juga mungkin termasuk bahan tambahan seperti liputan sukan, ramalan cuaca,
laporan lalu lintas, ulasan, dan bahan lain yang dirasakan oleh penyiar yang berkaitan dengan
penonton mereka.
Ciri-Ciri Siaran Berita Yang Boleh Disiarkan
Antara bahan siaran yang harus mematuhi garis panduan tersebut ialah siaran berita dan
siaran hiburan. Ciri-ciri siaran berita yang boleh disiarkan adalah bahan tersebut mestilah
menyokong wawasan Negara, menghormati sensitiviti atau kepekaan rakyat, dan memaparkan
keindahan dan kemajuan Negara. Ciri- ciri seterusnya adalah Mengutamakan objektiviti, kreativiti
dan pemaparan fakta dan menggambarkan masyarakat berbilang kaum
Ciri-Ciri Siaran Berita Yang Tidak Boleh Disiarkan
Manakala, ciri-ciri siaran berita yang tidak boleh disiarkan adalah bahan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang individu, menjejaskan imej Malaysia dan memperkecil Negara
yang ada hubungan baik dengannya serta menimbulkan sentiment kesukuan, keagamaan, asal
keturunan dan antara golongan. Bahan siaran yang tak boleh disiarkan terbahagi kepada empat
iaitu ideologi dan politik, aspek keagamaan, ketertiban dan ketatasusilaan dan aspek sosial budaya,
1. Ideologi Dan Politik.
Bahan siaran menonjolkan ideologi yang bertentangan dengan ideologi negara
Malaysia.
Hubungan diplomatik dengan Malaysia melainkan dengan kebenaran.
Menjejaskan imej Malaysia dan memperkecilkan negara yang ada hubungan
baik dengannya.
Menggambarkan negara Malaysia yang tidak kemas kini dan mengandungi fakta-
fakta yang tidak tepat
2. Aspek Keagamaan.
Mempunyai unsur-unsur tidak mempercayai tuhan melainkan berkesudahan
dengan keimanan dan keinsafan.
Merosakkan kerukunan umat beragama.
Mengandungi penghinaan terhadap mana-mana agama di Malaysia.
Memaparkan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran al-Quran, sunah dan
mazhab Syafii. Menyinggung perasaan dan sentimen mana-mana kaum atau
penganut agama.
3. Ketertiban Dan Ketatasusilaan.
Mengandungi hasutan untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan
dengan undang-undang dan peraturan Negara .
Memaparkan modus operandi kejahatan secara terperinci dan mudah menimbulkan
rangsangan untuk menirunya .
Mendorong penonton untuk bersimpati terhadap pelaku kejahatan dan perbuatan
jahat itu sendiri.
Memenangkan kejahatan atas keadilan dan kebenaran. Menimbulkan sentimen
kesukuan, keagamaan, asal keturunan dan antara golongan. Menggambarkan dan
membenarkan penyalahgunaan serta kenikmatan dadah dan ubat-ubatan terlarang,
Menunjukkan kezaliman, kekejaman, keganasan, kekerasan dan kengerian sesama
manusia dan manusia terhadap binatang.
Memaparkan adegan-adegan jenayah yang menunjukkan kemenangan penjenayah
pada akhirnya.
Menunjukkan perlakuan-perlakuan yang mengghairahkan. Menunjukkan
perlakuan yang tidak senonoh atau kurang sopan dan bertentangan dengan nilai-
nilai murni masyarakat Malaysia.
Menunjukkan “close-up” pakaian baju mandi atau seluar pendek lelaki
dan perempuan kecuali siaran liputan sukan.
4. Aspek Sosial Budaya
1. Bercanggah dengan peruntukan Akta Hasutan 1948.
2. Merosak, membahayakan dan tidak sesuai dengan norma-norma kesopanan umum
di Malaysia.
3. Mengandungi ejekan dan menimbulkan kekeliruan terhadap adat istiadat yang
diamalkan di Malaysia.
4. Mengarahkan simpati kepada pelaku-pelaku serta perbuatan yang tidak bermoral
dan jahat.
5. Memberi perangsang dan pengalaman kepada perkembangan “counterculture”.
6. Menetapkan identiti satu-satu kaum di negara ini dengan jenis pekerjaan tertentu.
7. Menonjolkan/mengagungkan agama lain selain agama Islam.
8. Mengandungi adegan babi.
9. Mengagungkan “martial arts” asing seperti kung fu melainkan dengan kebenaran.
Ciri-Ciri Mematuhi Garis Panduan Yang Ditetapkan terbahagi kepada tiga iaitu :
1. Garis Panduan Penerbitan
Kod Etika Penyiaran.
Garis Panduan Penggunaan Bahasa Malaysia Standard.
2. Garis Panduan Artis Semasa Membuat Persembahan.
Garis Panduan Penilaian Lahu-Lagu Siaran.
3. Kod Etika Pengiklanan
GARIS PANDUAN PENYIARAN MENURUT ISLAM
MODEL PENYIARAN ISLAM
1. Mesej atau pesanan yang disampaikan.
2. Saluran yang menyalurkan makluman.
Udara.
Gerakan Badan.
Tangan.
Kaki.
Mata.
Kening.
3. Penerimaan maklumat dan pesanan yang terdiri daripada khalayak.
SYARAT YANG PERLU DIIKUT BAGI MEMASTIKAN MEDIA MENEPATI
KEHENDAK SYARAK
Menyebarkan peranan islam dan kebenaran kepada masyarakat.
Tidak meningalkan perkara asas yang menjadikan teras keimanan seseorang.
Hasil usaha mestilah disalurkan kembali ke jalan Allah S.W.T untuk teruskan
mengembangkan ajaran islam.
Perlaksanaan media mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh syarak.
Perkara yang diterbitkan mestilah dibenarkan oleh syarak.
Betulkan niat kerana Allah S.W.T.
Media boleh dijadikan sebagai alat untuk menghiburkan dan merehatkan minda. Seni muzik
dan lakonan boleh memberi kesan yang positif dan tidak melangar syariat kepada perkembangan
islam. Hukum hiburan adalah HARUS dengan syarat tidak melalaikan dan mengikut syariat islam.
Sebagai contoh
Skrip tidak mengandungi kata- kata yang berunsur kesat dan tidak menpunyai mesej yang
tersirat.
Lirik yang tidak di menpersedakkan semua jenis agama dan kaum.
Mesej dan gaya rentak muzik yang melalaikan sehingga lupa tanggung jawap sebagai umat
islam dan agama masing-masing.
Lakonan tidak ada unsur negetif untuk ditayangkan secara umum dan tidak ada babak-
babak persetuduhan antara lelaki dan perempuan .
GARIS PANDUAN HIBURAN MENURUT ISLAM
1. GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN
a) SENI PENTAS
• Ucapan, gerak laku dan sebagainya yang tidak mengandungi simbol-simbol yang
bertentangan dengan akidah, Syariah dan nilai islam.
• Sensitiviti mana-mana agama, budaya dan bangsa hendaklah dipelihara.
• Dalam keadaan yang bersesuaian supaya disenangi oleh orang yang menonton dan
mendengar.
• Plot penceritaan yang bukan realiti dan berasakan khayalan dibenarkan untuk
menyampaikan mesej yang baik.
• Lawak jenaka tidak boleh dilakukan pada perkara yang serius.
• Lawak jenaka hendaklah berpada-pada yang tidak melampaui batas.
• Tidak mengandungi unsur pendustaan fakta, kata-kata kesa, lucah atau fitnah.
• Tidak mengandungi unsur penghinaan kepada mana-mana organisasi.
• Tidak mengandungi unsur keganasan.
• Tidak menimbulkan trauma atau ganguan emosi.
• Tidak membawa watak yang menyerupai lain jantina.
b) NYANYIAN
Tidak mengandungi simbol yang bertentangan dengan ajaran islam.
Berinteraksi dengan penonton secara sopan.
Keadaan fizikal, mental dan emosi penyanyi berada pada tahap baik.
Persembahan diadakan dalam keadaan terkawal.
Tingkah laku tidak liar dan melampaui batas.
c) TARIAN
Gerak tari yang tidak bertentangan dengan akidah , syariah dan nilai islam.
Gerak tari yang tidak menimbulkan fitnah atau mempersendakan agama.
Penampilan yang tidak terdedah dan bercanggah dengan kehendak islam.
Selari dengan kehendak sayarakdan uruf masyarakat setempat.
Tiada unsur pemujaan kepada sesuatu makluk.
Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan dalam persembahan.
Tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan .
Tidak melakukan aksi yang terlarang .
2. GARIS PANDUAN LAGU
a) LIRIK
• Mengandungi kebaikan dan nilai murni.
• Memberi kesedaran dan membawa keinsafan.
• Selari dengan adab kesopanan.
• Pelihara sensitivity agama dan budaya bangsa lain.
• Boleh mengunakan terjemahan al-quran dan hadis dengn menjaga adab selaras
dengan syarak.
• Ayat al-quran tidak boleh dijadikan lirik lagu melainkan dengan kaedah yang
tertentu.
• Nasyid berbentuk doa adalah diharuskan.
• Tidak digalakan menggunakan hadis.
• Tidak mengandungi kalimah syahadah yang tidak sempurna.
• Tiada unsur luncah membangkitkan nafsu atau lambing perkataan lucah.
• Tiada unsur maksiat.
b) PERALATAN MUZIK
• Mengunakan peralatan muzik yang diharuskan oleh syarak.
• Tidak boleh digunakan untuk mengiring bacaan al-quran.
• Tidak boleh digunakan untuk mengiringi program yang diadakan di dewan agama,
tempat solat, masjid dan surau.
c) UNSUR MUZIK
Mendorong kepada suasana positif.
Menyuntik keterangan.
Membangkitkan semangat yang baik.
Tidak melambangkan pemujaan atau dianggap sacral oleh penganut agama lain.
Tidak membangkitkan emosi negatif yang bercangah dalam islam.
Tidak menganggu ketenteraman awam.
Tidak membawa kepada perbuatan maksiat.
3. GARIS PANDUAN PENGANJURAN PROGRAM HIBURAN
a) MENEKAN ASPEK BERIKUT
Manfaat dan kesejahteraan kepada masyarakat
Tempat yang bersesuaian
Masa dan hari yang bersesuaian yang tidak menyentuh senstiviti ajaran islam dan
masyarakat
Mendapat kelulusan pihak berkuasa sebelum menganjurkan program
b) MENJAUHI ASPEK BERIKUT
Unsur ritual, tanda atau symbol yang bertentangan dengan ajaran islam
Perbuatan yang diharamkan dalam islam
Keadaan yang membawa ganguan ketenteraman awam
Acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan semasa latihan atau raptai
Percampuran lelaki dan perempuan dikalangan penonton
Pembaziran dalam penganjuran
4. GARIS PANDUAN KLIP VIDEO
a) MENEKANKAN ASPEK BERIKUT
Rakaman visual diadakan dengan tujuan yang baik
Paparan visual mengandungi nilai yang baik dan membina minda
Paparan visual adalah sopan, teratur dan diterima mengikut “tatabahasa visual”
Paparan visual patuhi agar benar- benar selari dengan matlamat agama dan nilai
moral masyarat sekeliling.
b) MENJAUHI ASPEK BERIKUT
Unsur-unsur penghinaan terhadap individu dan kepercayaan masyarakat tertentu,
agama, bangsa dan Negara.
Paparan yang tidak sopan dan melangar nilai islam.
Ganguan kepada kesihatan emosi, mental dan pacaindera tertentu.
Simbol yang bertentangan dengan syariat islam.
Paparan negatif sama ada dari segi gerak geri atau bahasa.
5. GARIS PANDUAN PEMAKAIAN HIBURAN DALAM ISLAM
• Garis panduan in hendaklah dibaca Bersama dengan:
-garis panduan penapisan kandungan bahan-bahan penyiaran berunsur islam.
-garis panduan penapisan bahan-bahan penerbitan berunsur islam.
-garis panduan penapisan bahan-bahan penerbitan bercetakan dan audio visual
berhubung dengan unsur-unsur yang bercangah dengan akidah dan amalan ahli sunnah
wal jamaah.
• Garis panduan ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam
industry hiburan agar semua acara yang dijalankan sentiasa dalam lingkungan syarak.
• Intipati resolusi bengkel penyiaran:
-hiburan mesti menepati nilai Syariah.
-filem perlu menepati kod etika dan nilai islam, dakwah serta konsep amar makruf nahi
mungkar.
-menggubal modul atau kokurikulum penerbitan filem/drama yang menepati Syariah.
-menganjuran wacana/seminar kepada pengamal industri tentang aspek Syariah.
-menyediakan garis panduan Syariah.
• Bidang penyiaran adalah satu program dakwah.
• Garis panduan dan etika penulisan skrip.
• Industri penyiaran harus peka dengan senstiviti masyarakat.
• Konsep Syariah ditekankan sebagai garis panduan disamping menerapkan nilai murni.
• Pengiat seni filem negra perlu betranggungjawab berpandukan garis panduan
penapisan filem, akta dan undang-undang.
• Pengamal seni perlu mengamalkan budaya pembelajaran berterusan dan sinergi dengan
stesen lain.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kewujudan penyiaran Islam di Malaysia telah membawa satu sinar
baharu kepada masyarakat di Negara ini. Jika dilihat pada masa kini, dakwah perlu disampaikan
kepada masyarakat melalui medium yang menarik dan cepat. Bermula daripada kemunculan Astro
Oasis dan TV Alhijrah serta dengan program-program yang disiarkan yang berunsurkan agama
dan program realiti TV yang berunsurkan Islamik telah menjadikan stesen televisyen ini mendapat
rating tertinggi.
Semua orang yang terlibat dalam penerbitan dan penyiaran haruslah mengikuti garis
panduan yang telah ditetapkan demi mencapai Wawasan 2020. Serta mematuhi semua akta dan
peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, mereka juga perlu mematuhi Kod Etika Penyiaran yang
dirangka untuk melindungi kepentingan orang awam, Negara dan kerajaan daripada anasir-anasir
yang boleh mengancam perpaduan dan pertubuhan Negara yang disebarkan melalui media
penyiaran.
Akhir sekali, media penyiaran memainkan peranan yang penting kepada masyarakat di
Malaysia dalam menyampaikan maklumat dan juga sebagai medan sosial bagi mempercepat
proses modenisasi. Di Malaysia, terdapat dua jenis media penyiaran, iaitu media penyiaran melalui
televisyen dan radio. Dua medium ini pada awalnya menjadi alat utama bagi pihak kerajaan untuk
menyampaikan mesej-mesej pembangunan.
Rujukan
1. http://mussham274.blogspot.com/2017/07/komunikasi-dan-penyiaran-dalam-islam.html
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Jenayah_Komputer_1997
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Tandatangan_Digital_1997
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Teleperubatan_1997
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Hak_Cipta_1987
6. http://kpijpapsas.blogspot.com/2016/07/21-latar-belakang-dan-garis-panduan.html
7. https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyiaran_berita
8. http://konseppenyiaranislam.blogspot.com/2016/07/dua6022-komunikasi-dan-penyiaran-
islam.html