Pertandingan Buku
Skrap Digital
Tokoh-tokoh
Kemerdekaan Malaysia
TUNKU ABDUL
RAHMAN PUTRA AL-HAJ
DISEDIAKAN OLEH :TIO KAI ZHI
Pendahuluan
Tokoh-tokoh seperti ini memberikan sumbangan yang amat mustahak dan
afdal dalam arah tunjuk mencapai kemerdekaan . Mereka berganding
bahu untuk mewujudkan perpaduan dan menanam semangat kekitaan di
Malaysia yang merupakan masyarakat pluraslitik . Akhirnya , Malaysia
dapat mencapai kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan . Hal ini
merupakan usaha mereka yang bersemangat patriotik dan mengorbankan
diri dalam mencapai kemerdekaan
Nama saya ialah Tio Kai Zhi yang berusia 17 tahun . Saya merupakan
pelajar tingkatan 5 Baiduri di SMK Dato Penggawa Timur , Masai ,
Johor . Saya dilahirkan pada 8 Disember 2004 di Johor .Sejak kecil lagi ,
saya lebih meminati terhadap sejarah negara dan budaya negara
masing-masing . Minat ini dapat mempelajari variasi sejarah dan
budaya negara masing-masing yang menarik.Minat ini juga
menyebabkan saya berfikiran luar kotak untuk menyelesaikan masalah
kerana sejarah mempunyai banyak iktibar yang harus saya tanam dalam
rohani saya
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ,nama penuh beliau ialah Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah . Beliau juga dikenang
sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia"Beliau dilahirkan pada 8
Februari 1903 di Istana Pelamin Palace Alor Setar, Kedah . Beliau telah
mendapatkan pendidikan rendah di Sekolah Melayu di Alor Star dan Sekolah
Inggeris .Kemudian , beliau dihantar ke Bangkok dan dimasukkan ke Sekolah
Debsurin apabila berumur 10 tahun . Beliau pulang ke Kedah dan menyambung
pelajaran di sekolah Melayu sebelum memasuki Penang Free School. Akhirnya
beliau melanjutakan pelajaran ke St. Catherine’s College, Universiti Cambridge,
England . Tunku Abdul Rahman merupakan anak melayu pertama yang memasuki
universiti inggeris dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan
Sejarah dari Universiti Cambridge. Pada tahun 1933, beliau berkahwin dengan
Meriam, seorang gadis cina yang memeluk agama islam.
vBeliau telah digelar Menteri Malaysia
pertama
vBiasanya dikenali sebagai "Tunku", "Bapa
Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia"
vBeliau melaungkan kata-kata keramat
"Merdeka" sebanyak 7 kali di Stadium
Merdeka pada 31 Ogos 1957
vPusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ,
iaitu Putrajaya , diambil bersempena dengan
nama nama beliau
Kelebihan Tokoh
Menang dalam keamanan
• Beliau pernah menolak permintaan Parti Komunis Malaya sebagai
parti yang sah untuk bertanding dalam pilihan raya kerana parti itu
pernah bertindak ganas
• Beliau juga mencapai kemerdekaan dengan aman tanpa
peperangan .Pada 8 Februari 1956 , setiausaha kolonial ketika
itu ,Alan Lennox-Boyd dan Tunku telah berganding bahu untuk
menandatangani perjanjian yang menjanjikan pembebaskan Tanah
Melayu daripada British
• Pada 10 Oktober 1945, Setiausaha Negara bagi Jajahan-jajahan mengeluarkan Kenyataan Dasarnya pada "Malayan
Union."Tunku mencadangkan pembangkang dengan cara yang aman.Sir Harold MacMichael,iaitu wakili Kerajaan
British, tiba di Kuala Lumpur pada 11 Oktober 1945. Beliau datang ke Alor Setar selepas melawat Sultan Johor, Selangor,
Pahang, Perak dan mengesahkan tandatangan mereka kepada perjanjian baru. Tunku adalah salah satu penceramah
paling popular di Alor Setar, Sungai Petani, dan Kulim, tetapi beliau tidak dijemput untuk mengambil bahagian dalam
mana-mana perbincangan yang diselenggarakan oleh abangnya, Sultan Badlishah. Selepas tiga hari rundingan Sultan
mengikuti contoh raja-raja saudaranya. Penyerahan Sultan dengan tegas dikritik oleh orang ramai dan oleh Tunku.
MacMichael terbang kembali ke London setelah mendapat semua tanda tangan dari para pemimpin untuk perjanjian
baru itu. Kemudian Perdana Menteri Britain mengumumkan bahawa Malayan Union akan berkuatkuasa pada 1 April
1946.
• Di samping itu ,negara menghadapi ancaman kofrontasi politik 'Ganyang Malaysia' yang dilancarkan oleh
Indonesia .Ancaman ini menyebabkan Sabah dan Sarawak diserang hendap Tentera Nasional
Indonesia(TNI).Kesanya,Tunku Abdul Rahman membawa isu ini kepada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu(PBB) untuk
berunding dengan Indonesia bagi menghentikan serangan ini
• Tunku adalah pelantikannya sebagai Pengerusi Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), menggantikan Dato ‘Onn Jaafar
pada tahun 1951. Dia menyatukan pelbagai komuniti Tanah Melayu
seperti UMNO, Persatuan Cina Malaya ( MCA) dan Malayan Indian
Congress (MIC). Beliau telah mengabungkan komuniti-komuniti ini
dan menubuh sebagai Parti Perikatan .Melalui kerjasama dan
perpaduan, Parti Perikatan memenangi pilihan raya pada tahun 1955
dan Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama.
• Pada tahun 1956, Tunku mengetuai sebuah kempen untuk berunding
dengan pihak British untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.
Hasil daripada rundingan tersebut, tarikh kemerdekaan telah
diputuskan pada 31 Ogos 1957 dan Persekutuan Tanah Melayu juga
dijanjikan penyerahan kuasa sepenuhnya.
Bukti
Parti Perikatan Persidangan Malaya Merdeka Di London
Sekian Terima Kasih